7
Ni untuk ulang kaji je… saje nak kongsi… saya buat ringkas je..untuk tahu sikit2 je… sebarang penambahan..sila kongsi bersama..thanks 1. Apakah nama jawatan yang anda temuduga ini? Pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah dg41 2. Apakah kaedah yang anda gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?(Soalan ini boleh dikatakan wajib, setiap calon perlu huraikan 1 kaedah yang digunakan dalam PNP.Oleh itu ulangkaji Ilmu Pendidikan supaya bersedia dengan jawapan dan teori yang betul) 3. 4. 1. Kaedah Tradisional Ia meliputi - Tugasan membaca buku teks - Kuliah - Mengucap dengan kuat - Tumpuan kepada perbendaharaan - Laporan secara lisan oleh murid - Mengkaji semula(riview) - Ujian,kuiz dan peperiksaan 2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan 3. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen 4. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi - Projek - Tinjauan - Penyelidikan atau penjelajahan - Tunjukcara atau demonstrasi - Kelab kesihatan - Lawatan 5. Apakah yang anda faham mengenai Falsafah pendidikan Negara ? Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia

Apakah Nama Jawatan Yang Anda Temuduga Ini

Embed Size (px)

DESCRIPTION

temuduga spp

Citation preview

Page 1: Apakah Nama Jawatan Yang Anda Temuduga Ini

Ni untuk ulang kaji je… saje nak kongsi… saya buat ringkas je..untuk tahu sikit2 je…

sebarang penambahan..sila kongsi bersama..thanks

1. Apakah nama jawatan yang anda temuduga ini?

Pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah dg41

2. Apakah kaedah yang anda gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

(Soalan ini boleh dikatakan wajib, setiap calon perlu huraikan 1 kaedah yang

digunakan dalam PNP.Oleh itu ulangkaji Ilmu Pendidikan supaya bersedia dengan

jawapan dan teori yang betul)

3.4. 1. Kaedah Tradisional  Ia meliputi  -       Tugasan membaca buku teks -       Kuliah -       Mengucap dengan

kuat -       Tumpuan kepada perbendaharaan -       Laporan secara lisan oleh murid -       Mengkaji semula(riview) -       Ujian,kuiz dan peperiksaan 

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)  Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :  P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul

maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan  3. Kaedah kumpulan  - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa -

main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen     4. Kaedah penyelesaian masalah  Ia meliputi -     Projek -     Tinjauan -     Penyelidikan atau penjelajahan -    

Tunjukcara  atau demonstrasi -     Kelab kesihatan -     Lawatan

5.  Apakah yang anda faham mengenai Falsafah pendidikan Negara?

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya

menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas

prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada

peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK

menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan

selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab

yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses

asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara

langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan

Page 2: Apakah Nama Jawatan Yang Anda Temuduga Ini

cita-cita negara.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan

pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga

untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan

bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh

segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara

menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat

dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

6. Apakah maksud KSSR, LINUS, 1M1S ?

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap

dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta

Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis,

Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan

Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan

Mengira)

LINUS

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi

maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.Program ini dirancang dan dibentuk

Page 3: Apakah Nama Jawatan Yang Anda Temuduga Ini

sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1

pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang

Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta

mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

DASAR 1 MURID 1SUKAN (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

7. Apakah MBMMBI, PBS, SAPS,SPPBS?

MBMMMBI

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan

bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa

ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan

bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi

membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik

iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri

daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan

akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,

Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan

autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang

berasaskan sekolah.

Saps – system analisis peperiksaan sekolah

Page 4: Apakah Nama Jawatan Yang Anda Temuduga Ini

SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai

pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah

di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu

seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi

kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat

perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan

sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui

analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).

Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan

mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang

diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi

setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses

memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada

perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas

peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis

peperiksaan yang telah dijalankan.

Satu sistem yang bagus berpusat ” One stop center ” tetapi kelemahan dia, oleh kerana

berpusat, jika terlalu ramai orang akses ia boleh berlaku kesesakan trafik.

Sppbs - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

8. Sekolah berprestasi tinggi.

. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak dan  Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia ditakrifkan sebagai sekolah yang

mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek

pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang

dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu

berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

9. NKRA Pendidikan

Page 5: Apakah Nama Jawatan Yang Anda Temuduga Ini

Pada 11 Julai 2009, YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan enam bidang NKRA

iaitu i) Mengurangkan Kadar Jenayah, ii) Memerangi Rasuah, iii) Meluaskan Akses Kepada

Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan, iv) MeningkatkanTaraf Hidup Rakyat

Berpendapatan Rendah, v) Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan pedalaman dan vi)

Menambah Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana.

3. Di bawah NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan, empat sub NKRA telah dikenalpasti iaitu i) Prasekolah, ii) LINUS, iii)

Sekolah Berprestasi Tinggi dan iv) Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar.

10. Pelan Strategik Interim

11.  RMK 10 Pendidikan

12. Soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kos anda : Cth bagi KPLI j-QAF Apakah

Peranan Guru j-QAF dalam membangunkan modal insan.

13. Maklumat baru: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa

Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun 2025.

Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP .

 Aspek dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )Secara umum, terdapat 9 perkara iaitu :

Memartabatkan profesion perguruan.

Page 6: Apakah Nama Jawatan Yang Anda Temuduga Ini

Meningkatkan kualiti guru Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang Kualiti dalam latihan perkhidmatan Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1

guru 16 orang pelajar.Meningkatkan kepimpinan sekolah.

Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.

Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan. Meningkatkan kualiti sekolah.

Meningkatkan kemudahan ICT disekolah Kemudahan Internet dan jalur lebar

Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.

Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.

Meningkatkan penguasaan bahasa ketigaPenglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.

Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolahMeningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.

Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan

Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.

Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negaraMembina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.

Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.