APK : Ismail group

Embed Size (px)

DESCRIPTION

merupakan seorang tokoh koperat yang berjaya di Malaysia. semoga menjadi panduan buat siswa yang membuat esaimen berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Citation preview

1.0 PENGENALANDalam perkembangan ekonomi hari ini, kita dapat lihat betapa banyak syarikat tidak kira sama ada syarikat kecil atau besar yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dalamnegara kita. Tanpa mengira kelas atau jenis industri yang di usahakan, perkembangan ini dari sudut ini telah membawa dan memberi manfaat kepada negara, bukan itu sahaja, ianya juga telah membuka ruang dan peluang kerjaya terutama kepada mahasiswa-mahasiswayang telah bergraduasi untuk menceburi bidang tersebut.Secara teori sejarahnya, kegiatan usahawan telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak zaman Alam Melayu lagi ( zaman sebelum Tanah Melayu). Pengusaha atau usahawan pada masa itu digelar sebagai pedagang, kemudian golongan ini di panggil usahawan bermula kurun ke-19. Bermula detik itulah kegiatan ekonomi mula berkembang dan melalui tranformasi dari pelbagai aspek. Perkembangan yang paling ketara ialah dari aspek system ekonomi dan perkhidmatan.Sistemdan perkhidmatan yang disediakan bukan lagi terhad kepada bidang urus niaga sahaja, tetapi meliputi hampir keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan seperti pendidikan, teknologi dan perindustrian. Kita sedia maklum, perkembangan sebegini tentuakan membawa kesan positif dan tidak kurang kesan negatifnya kepada negara, antara kesan positif yang jelas memberi manfaat ialah membuka peluang pekerjaan dan membantu menaikkan taraf ekonomi rakyat.Selain itu, dengan perkembangan ekonomi yang semakinpesat dan maju juga telah menarik minat para pelabur dan pengusaha industri untuk melabur di negara kita, maka dari situ bermulalah kegiatan import dan eksport yang telah menyebabkan aktiviti dalam bidang ini berlaku dengan semakin rancaknya. Antara barangdagangan yang di eksport ke luar oleh negara kita ialah bahan galian seperti minyak dan tanaman seperti kelapa sawit. Manakala dalam kegiatan import pula, negara kita mengimport pelbagai barangan asas khusunya teknologi dan pendidikan.Justeru itu, sebagai rakyat yang prihatin dan cintakan negara seharusnya kita mencuba untuk melibatkan diri dan membantu mengembangkan kegiatan dalam merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam Negara khususnya. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk menjayakan perkara tersebut antaranya ialah mengadakan kempen dan program yang berkaitan dengan usahawan. Tersangat rugi sekiranya rakyat tidak menggunakan peluang yang telah di berikan ini kerana ia bukan sahaja baik untuk Negara, tetapi sebagai langkah untuk meningkatkan taraf ekonomi individu itu sendiri.

2.0 ISU BERKAITANTugasan kerja khusus untuk subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan telah mewajibkan pelajar untuk memilih tajuk tugasan berkaitan tokoh usahawan atau produk yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia amnya. Oleh kerana itu, saya telah memilih tokoh usahawan bumiputera yang disegani dan menjadi contoh bagi usahawan yang meningkat naik iaitu Haji Ismail B. Ahmad. Individu ini merupakan pengasas kepada penubuhan syarikat terkenal HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD.Memulakan kerjaya hanya sebagai seorang peruncit di Bazar Mara yang terletak di pecan Kuan, Langkawi. Kemudian bermula dari situlah beliau giat menjalankan aktiviti usahawannya sehingga mampu memiliki syarikat sendiri yang bukan sahaja memfokuskan dalam bidang perniagaan, malahan turut mengembangkan ke sektor perkhidmatan dan perhotelan. Pencapaian yang memberansangkan ini antaranya disebabkan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh anak-anak Haji Ismail.Dalam tugasan ini saya lebih menceritakan mengenai syarikat HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD dan tidak menumpukan hanya kepada Haji Ismail. Keunikan yang dimiliki oleh syarikat ini ialah kerana struktur atau jawatan ahli lembaga pengarah dipegang oleh anak-anak Haji Ismail. Hal ini keranaempayar yang pada awal dikenali sebagai Haji Ismail Group dikembangkan dan dimajukan sendiri oleh mereka setelah kematian Haji Ismail.Berdasarkan daripada pemerhatian, konklusi yang dapat dibuat ialah Haji Ismail berjaya menerapkan sifat dan nilai etikayang diperlukan oleh seorang usahawan itu ke dalam diri anak-anaknya. Dari situ timbul rasa kesedaran dan kepentingan untuk meneruskan perniagaan tersebut. Saya tidak berminat untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai syarikat dan perniagaan yang dijalankan kerana perkara ini akan diterangkan dengan terperinci selepas ini.

3.0 SEJARAH PENUBUHANSemua sedia maklum bahawa Pulau Langkawi merupakan sebuah kawasan pelancongan yang terkenal dalam dan luar negara kerana keindahan dan tempat bersejarah yangterdapat di sana. Selain itu, Pulau Langkawi juga telah di ishtiharkan sebagai zon bebas cukai pada tahun 1987. Zon Bebas cukai adalah satu kawasan yang diisytiharkan oleh Menteri Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 3 (1) Akta Zon Bebas 1990 dan tujuan utamanya ialah untuk menggalakkan perniagaan entrepot dan perkembangan industri yang berorientasikan eksport. Zon Bebas adalah satu kawasan yang berada di luar kawasan utama Kastam. Antara barang yang tidak dikenakan cukai ialah coklat, minumam keras, minyakwangi, pinggan mangkuk dan kereta.Dari detik itulah bermulanya kerjaya seorang tokoh usahawan yang tidak asing lagi bagi penduduk Langkawi iaitu Haji Ismail bin Ahmad sebagai seorang yang berjaya dan menjadi contoh kepada pengusaha di pulau tersebut. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di Bazar Mara yang terletak ditengah pekan Kuah, Langkawi Kedah.Pada mulanya, konsep yang digunakan oleh Haji Ismail ialah berasaskan keluarga kerana diawal pembabitannya dalam bidang tersebut, pekerja yangbekerja di kedainya ialah dalam kalangan anak-anak beliau sahaja.Demi menyahut cabaran kerajaan dan selaras dengan Langkawi yang diistiharkan sebagai pulau bebas cukai, beliau telah melakukan tranformasi dalam konsep perniagaannya yang pada mulanya berasaskan keluarga kepada perniagaan yang lebih besar dan pada tarikh 11 Januari 2005, kedai Haji Ismail telah bertukar nama dan telah diperbadankan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD. Dengan penuh tekad dan bersungguh-sungguh, syarikat ini telah mengembangkan cawangan dan perkhidmatan seperti haji, perhotelan dan pelancongan. Kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD telah dikenali di seluruh Negara amnya kerana kualiti produk dan harganya yang murah serta berpatutan. Di antara barangan jualannya ialah Pinggan Mangkuk, Kelengkapan Dapur, Coklat, Bagasi, Batik, Pelikat, Tuala dan sebagainya.

4.0 LATAR BELAKANG

HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHDadalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya dan telah diperbadankan secara rasmi pada 16 NOV 2009 di bawah Akta Syarikat 1965.Terdapat 8 orang pemegang saham dalam syarikat ini dan pemegang saham tersebut hanya terdiri dari ahli keluarga Arwah Haji Ismail bin Ahmad sahaja. Syarikat ini di tubuhkan bertujuan untuk menguruskanpentadbiran dan hala tuju anak-anak syarikat supaya berjalan lancar dan seiring dengan misi syarikat untuk menjadi sebuah syarikat pioneer dan mampu bersaing di pasaran global.Caj perkhidmatan yang disediakan pada anak-anak syarikat merupakan sumber utama kepada syarikat tersebut.Antara perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan oleh syarikat ialah :Memantau dan mengawal selia perjalanan seharian anak-anak Syarikat dan mengadakan program mengenai pekerjaan, memberi latihan dan taklimat untuk meningkatkan kualiti pekerja.

Mengurus serta mentadbir kewangan anak-anak Syarikat supaya kelancaran proses aliran wang, aset dan tanggungan Syarikat terjamin.

Mengendalikan urusan sumber manusia kepada mana-mana anak Syarikat yang memerlukan.

Mengendalikansepenuhnya urusan pentadbiran dan pengurusan anak-anak syarikat.

Menyediakan satu kumpulan pekerja yang memantau stok-stok barangan kedai dan gudang bagi memastikan bekalan mencukupi dan pada harga yang terkawal.

Menyediakan Kawalan Keselamatan bagi mengawal dan memastikan keseluruhan aset dan semua premis dalam keadaan yang baik dan selamat.

Mengawal selia dan memantau sistem IT semua anak Syarikat agar sistem beroperasi dalam keadaan baik dan lancar.

Terdapat tiga anak-anak syarikat dan satu syarikat berkaitan pengarah yang diseliakan di bawah HIG Langkawi Holdings Sdn Bhd :

1. PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHDMenjalankan Perniagaan Runcit dan borong. Ditubuhkan pada tahun 2005 bersempena pengambil alihan syarikat asal Haji Ismail Group yang ditubuhkan pada tahun 1987. Kini Syarikat ini mempunyai 5 cawangan kedai. 4 daripada 5 cawangan tersebut beroperasi di Bandar Kuah manakala 1 lagi beroperasi di Kompleks Jetty Point. Produk utama adalah barangan bebas cukai yang terdiri dari pelbagai jenis coklat, barangan dapur, bagasi dan batik serta pelikat. Waktu operasi ialah seawal jam 8.00 pagi untuk kedai yang beroperasi di Jeti Kuah dan pukul 9.00 pagi bagi cawangan di Bandar Kuah.2. HIG PROPERTY SDN BHDAktiviti utama adalah dalam pengkhususan dalambidang pembinaan bangunan dan kemajuan hartanah. Ditubuhkan pada 13 Oktober 2005. Selain itu, syarikat ini juga membekalkan kemudahan untuk mendapatkan bahan-bahan dalam industry binaan.3. HIG TRAVEL & TOURS SDN BHDDitubuhkan pada 14 Jan 2010 tetapi masih belum beroperasi kerana masalah teknikal yang dialami. Mengikut perancangan Syarikat ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya setelah hotel memulakan perniagaannya. Objektif penubuhan adalah bagi memeriahkan sektor pelancongan yang semakin rancak berkembang pesat di Pulau Langkawi disamping membuka ruang pekerjaan kepada penduduk di pulau tersebut terutamanya. Bertepatan dengan kepentingan keusahawan iaitu usahawan bukan sahaja mencipta kekayaan, malah mendorong pembahagian kekayaan yang dimiliki yang seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi ( Kuratko dan Hodgetts, 2007).4. PERNIAGAAN HAJI ISMAIL SDN BHD (378251-D)Ditubuhkan pada 29 Februari 1996. Menjalankan perniagaan secara borong kepada peruncit-peruncit di sekitar Langkawi dan membekalkan barangan keperluan kepada Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Menjadi antara syarikat terbesar yang wujud di Langkawi kerana menjalankan aktiviti mengimport barangan bebas cukai. Antara barangan yang diimport adalah Coklat, pinggan mangkuk, barangandapur, bagasi, batik, pelikat, tuala dan sebagainya.

5.0 MIS DAN VISIMisiMenjadi sebuah Syarikat yang mampu untuk berdaya saing di peringkat global dan memastikan HIG HOLDINGS SDN BHD sebagai satu syarikat Penjenamaan Melayu yang disegani.VisiMenjadisatu kumpulan syarikat bumiputera terunggul serta berinovatif.6.0 AHLI LEMBAGA PENGARAH

Ahli Lembaga Pengarah
HIG Langkawi Holdings Sdn Bhd

HAJI AZIZAN BIN HAJI ISMAIL
Pengerusi Eksekutif Kumpulan (1980- Sekarang)
HIG Langkawi Holdings Sdn BhdBertanggungjawab dalam mengendalikan bahagian Hartanah, Pembangunan dan Pembinaan

HAJI ABU BAKAR BIN HAJI ISMAIL
Pengarah Urusan (1989 Sekarang)
Kumpulan HIG Langkawi Holdings Sdn BhdBertanggungjawab sepenuhnya dalam pengendalian dan hala tuju Syarikat.

AZIZBIN HAJI ISMAIL
Pengarah Eksekutif Logistik / Warehouse (1987- Sekarang)
HIG Langkawi Holdings Sdn Bhd.Bertanggungjawab dalam mengendalikan bahagian pengurusan stok untuk semua cawangan.

ROSNA BINTI HAJI ISMAIL
Pengarah Eksekutif Admin/ HR (1994- Sekarang)
HIG Langkawi Holdings Sdn BhdBertanggungjawab dalam mengendalikan bahagian HR dan kebajikan pekerja. Pengurus Kedai Jalan Pandak Mayah 6

ROSLEE BIN HAJI ISMAIL
Pengarah Eksekutif Pemasaran (1997- Sekarang)
HIG Langkawi Holdings Sdn BhdBertanggungjawab sebagai Pengurus Cawangan Kompleks Cayman & Cawangan No. 66 Jalan Pandak Mayah 5, mengendalikan bahagian pesanan barangan dan pemasaran.

ROSNI BINTI HAJI ISMAIL
Pengarah Eksekutif Admin/HR (2000- sekarang)
HIG Langkawi Holdings Sdn BhdMemantauCawangan Kompleks Cayman, bertanggungjawab dalam kewangan dan perbankan Kedai.

NOOR HAFIZA BINTI HAJI ISMAIL
Pengarah Eksekutif Kewangan (2007- Sekarang)
HIG Langkawi Holdings Sdn BhdBertanggungjawab sebagai Pengurus Cawangan untuk lot kedai di KompleksJetty Point .

YAH BINTI OTHMAN
Pemegang Saham (1994- Sekarang)
HIG Langkawi Holdings Sdn BhdBertanggungjawab sebagai Penasihat kepada pembangunan perniagaan.

7.0 CARTA ORGANISASI

`8.0 AKTIVITI SYARIKAT

Aktiviti harian Syarikat adalah melibatkanurusniaga jualan secara borong kepada peniaga-peniaga kecil dan anak syarikat. Operasi bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang dan akan dilanjutkan pada hari-hari tertentu seperti hujung minggu, hari kelepasan am dan musim-musim perayaan.Pelaksanaandan perancangan aktiviti harian adalah dibawah pengawasan Pengurusan Syarikat. perkhidmatan yang dijalankan termasuklah menerima pesanan, pembungkusan dan penghantaran barang. Selain jualan borong, syarikat juga menerima pesanan barang melalui pesanan daripada wakil kerajaan.Antara barangan yang dijual dan mendapat permintaan tinggi dari kalangan peruncit dan pelanggan ialah seperti bagasi, pinggan mangkuk, kain batik, kain pelikat, tuala, coklat, barangan keperluan dapur dan pelbagai lagi barangan bebas cukai. Kebanyakan barangan ini diimport sendiri oleh syarikat sebagai inisiatif untuk memajukan mengembangkan potensi syarikat.Jualan secara runcit dijalankan melalui anak syarikat iaitu Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Terdapat lima buah kedai di sekitar bandar Kuah bagi memastikan kuantiti bekalan yang diimport memenuhi sasaran dan bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan perniagaan di seluruh Pulau Langkawi.

9.0 PEMBEKALBarangan bebas cukai yang diedar dan dijual oleh syarikat iniialah sebahagian besarnya adalah diperolehi dengan cara mengimport secara terus dari China, India, Thailand, Indonesia, Singapura, Amerika dan England. Sebahagian lagi diperolehi dari agen-agen pembekal barang yang terdapat di seluruh Malaysia. Keyakinandan kepercayaan yang tidak terhingga diberikan oleh pembekal banyak membantu dalam mengukuhkan lagi kedudukan perusahaan bagi menghadapi saingan yang wujud dalam kalangan pengimport-pengimport yang lebih besar.

10.0 ASPEK PEMASARANAkhir-akhir ini, kesemua barangan yang diimport telah diagihkan dan dihantar ke setiap premis Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Cuma sebahagian kecil sahaja peruncit-peruncit kedai bebas cukai di Langkawi yang berurus niaga dengan syarikat ini. Pihak syarikat sentiasa optimis bagi memastikan kesemua pesanan yang diterima oleh Premis Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd akan dihantar tepat pada waktunya supaya bekalan stok akan senantiasa mencukupi dan memenuhi selera pelanggan untuk membeli-belah disini. Sebagai usahawan, telah menjadi tanggungjawab untuk merancang dan meneliti produk-produk baru untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan. Saban tahun ahli majlis tertinggi Pengarah dan wakil syarikat akan menghadiri pameran berkaitan barangan import untuk membuat pilihan baranganyang sesuai dengan kehendak pasaran tempatan.

11.0 PANDANGAN INDIVIDUKetika orang lain sibuk membincang mengenai tokoh yang akan dipilih untuk dijadikan sebagai tajuk tugas kerja khusus individu, terngiang-ngiang dalam fikiran saya siapakah tokoh yang akan dipilih? Pada mulanya saya ingin menulis mengenai tokoh usahawan yang terkenal dalam bidang perniagaan iaitu Tan Sri Khalid bin Ibrahim. Tetapi malangnya ada pelajar yang telah menggunakan tokoh tersebut sebagai tajuk tugasan.Adat dalam menuntut ilmukerana kerana ada ketikanya tuhan tidak memberikan apa yang kita impikan, tapi tuhan beri apa yang kita perlu, kemudian terlintas difikiran nama sebuah syarikat yang semakin pesat berkembang di negara ini iaitu syarikat HIG LANGKAWI HOLDNGS SDN BHD, tanpamelengahkan masa, dengan segala kemudahan yang tersedia di perpustakaan saya memulakan pencarian maklumat mengenai badan organisasi tersebut. Maklumat demi maklumat mula dikumpulkan dan dari situlah timbul perasaan kagum dalam diri dan lahir rasa minat untuk menceburi bidang usahawan.Yang membuatkan saya tertarik mengenai syarikat ini ialah kerana pada awal penglibatan dalam bidang perniagaan, syarikat ini merupakan sebuah kedai runcit yang beroperasi di Bazar Mara, bandar Kuah, Langkawi Kedah. Bermula dari situlah kedai yang hanya menyediakan barang runcit ini pesat berkembang sehingga menjadi sebuah syarikat besar yang membekalkan barang-barang kepada syarikat dan peruncit-peruncit. Kejayaan dan pencapaian yang dimiliki dapat menggambarkan betapa perlunya untuk seseorang usahawan itu memenuhi kriteria dan nilai seseorang usahawan.Seperti yang dinyatakan oleh seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Salleh (2005) mengenai ciri usahawan menurut perspektif Islam antaranya ialah:Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi.

Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang cekap.

Berfikiran ke hadapan.

Sentiasa menilai tindakan (bermuhasabah) dan berwaspada.

Saya memohon untuk tidak menyatakan kesemua nilai yang dinyatakan oleh Mohd Salleh (2005) kerana saya hanyamenyenarai pendek nilai yang secara jelasnya dimiliki oleh Haji Ismail dan anaknya. Nilai yang disebutkan di atas sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita bahawa unsur-unsur ini yang sebenarnya menjadi faktor kepada kejayaan HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD pada hari ini.Pada pandangan saya, keteguhan dan kesungguhan yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini iaitu Haji Ismail bin Ahmad harus diberikan pujian, sifat sebeginilah yang sepatutnya dimiliki dan diaplikasikan dalam diri setiap individu yang bergelar usahawan. Tanpa semangat yang jitu, mana mungkin sesebuah organisasi itu akan berjaya seperti mana kejayaan yang di capai oleh HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD.Untuk makluman, syarikat ini bagaikan sebuah barang pusaka kerana telah diwariskan secara turun-temurun kepada ahli keluarga Haji Ismail, walaupun sudah hampir sepuluh tahun kematian pengasas syarikat tersebut, syarikat ini masih berkembang pesat dan terus melakar kejayaan kerana peranan yang dimainkan oleh anak-anak Almarhum Haji Ismail. Sikap tanggungjawab dan komitmen yang diberikan terhadap syarikat menjadi kunci kejayaan tersebut.Maka tidak hairanlah sekiranya syarikat ini terus melebarkan sayapnya bukan sahaja dalam bidang perniagaan, malahan dalam bidang perkhidmatan seperti perlancongan,perhotelan dan pakej haji. Sebagai seorang, saya merasa bangga kerana diberikan peluang untuk menulis serba sedikit mengenai tokoh usahawan yang disegani ini.

12.0 KESIMPULANSebagai sebuah organisasi ekonomi yang rancak meniti kemajuan, HIG LANGKAWIHOLDINGS SDN BHD seharusnya dijadikan sebagai contoh kepada usahawan-usahawan bumiputera yang ingin menceburi bidang tersebut. Kredibiliti dan pencapaiannya dalam bidang usahawan tidak boleh disangkal lagi. Kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada usahawan baru untuk terus mengembangkan penglibatan dengan lebih profesional bagi menghadapi saingan pasaran global.Selain itu, sistem pengurusan yang cekap dan sentiasa berusaha mencari altenatif untuk memajukan syarikat juga harus dipuji, ini dapat dilihatkerana pada awalnya syarikat ini hanyalah sebuah jkedai runcit sahaja, kemudian dengan tekad dan kesungguhan untuk berdaya saing dalam industri ini telah membuatkan empayar HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD semakin melebarkan sayapnya. Ini juga dibantu dengandasar-dasar kerajan yang inginkan penduduk bumiputera untuk lebih keterhadapan dalam ekonomi khususnya di negara Malaysia tercinta ini.Usahawan dikatakan sebagai pencetus inovasi kerana keberanian mereka untuk menceburi sesuatu bidang baru, Mutakhir inisyarikat Perniagaan Haji Ismail Sdn Bhd telah menjadi agen tetap yang membekalkan perkakas dapur seperti Vantage (porcelain), Superware (melamine), Noritake (fine Porcelain) dan Queen Anne (silverware). Bagi memantapkan lagi kedudukan syarikat, pihak Pengurusan telah berbincang dan bercadang untuk mempelbagaikan lagi barangan import disamping mengimport sendiri barangan tertentu bagi mendapatkan harga yang lebih kompetitif dan sesuai dengan taraf hidup pelanggan.Justeru itu, tanpa usaha dan kegigihan kitatidak mampu untuk mencapi sesuatu kejayaan yang diimpikan. Antara faktor yang membuatkan seseorang usahawan itu berjaya ialah kerana fokus dan komitmen yang diberikan ketika memulakan sesuatu perniagaan, usahawan yang berjaya adalah manusia yang akan terus bangun ketika jatuh dan tersenyum ketika sakit. Walau apa jua rintangan yang menanti, usahawan perlu sentiasa dalam keadaan bersedia bagi menghadapi rintangan tersebut.

LAMPIRAN