31
1.0 PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini, manusia sebagai makhluk sosial tidak akan pernah terlepas daripada dilanda pelbagai dugaan dan masalah. Masalah yang menimpa manusia terkadang membuat manusia menjadi kecewa, tidak berdaya, dan putus asa. Bahkan sering terpampang di media individu yang diterpa berbagai masalah hidup lebih memilih mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri akibat ketidaksanggupan menanggungnya. Oleh sebab itu manusia harus mendapat bimbingan agar mampu membantu keluar daripada masalah yang sedang dihadapinya. Disebabkan itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mewujudkan bermula daripada peringkat sekolah lagi yang dikendalikan oleh golongan profesional iaitu guru kaunseling (kaunselor). Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Bimbingan boleh diberi kepada pelajar berdasarkan masalah seperti masalah peribadi dari segi intelek,rohani, emosi atau sosial. Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Boy and Pine (1968) mendefinasikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif, saling hormat menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh 1

Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

1.0 PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini, manusia sebagai

makhluk sosial tidak akan pernah terlepas daripada dilanda pelbagai dugaan

dan masalah. Masalah yang menimpa manusia terkadang membuat manusia

menjadi kecewa, tidak berdaya, dan putus asa. Bahkan sering terpampang di

media individu yang diterpa berbagai masalah hidup lebih memilih mengakhiri

hidupnya dengan membunuh diri akibat ketidaksanggupan menanggungnya.

Oleh sebab itu manusia harus mendapat bimbingan agar mampu membantu

keluar daripada masalah yang sedang dihadapinya. Disebabkan itu,

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mewujudkan bermula daripada

peringkat sekolah lagi yang dikendalikan oleh golongan profesional iaitu guru

kaunseling (kaunselor).

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan

sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan

secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar

sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi

penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Bimbingan boleh diberi

kepada pelajar berdasarkan masalah seperti masalah peribadi dari segi

intelek,rohani, emosi atau sosial. Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua

hala. Boy and Pine (1968) mendefinasikan kaunseling sebagai satu

perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan bantuan

daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif, saling hormat

menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan

diberikan atas keperluan-keperluan masalah-masalah serta perasaan-

perasaan klien. Kaunselor akan mewujudkan suasana yang teraputik semasa

berlangsungnya sesi.

Oleh itu, bimbingan dan kaunseling merupakan suatu proses

pertolongan sistematik yang profesional membantu individu memahami

dirinya dan dunia mereka supaya memahami kehendak, mencari kekuatan

dan kelemahan diri serta menilai potensi. Menurut Teori Maslow, setiap

individu perlu memenuhi keperluan untuk memperoleh kesenangan hidup.

1

Page 2: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

2.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ilmu bimbingan dan kaunseling tidak hanya tertumpu kepada guru kaunseling

semata-mata. Ilmu ini seharusnya sebati dalam diri setiap guru termasuklah

guru biasa. Hal ini kerana tugas guru bukan sekadar menyampaikan wahana

akademik malah menjadi pembimbing kepada para pelajar. Seorang guru

yang efektif harus memastikan bahawa murid-muridnya dapat

mengembangkan kemahiran mereka bagi menangani masalah yang wujud di

dalam kehidupan. Murid-murid yang tidak tahu menangani masalah emosi

dan peribadi akan menyebabkan mereka gagal mengikuti aktiviti

pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru

supaya menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam bimbingan dan

kaunseling bagi membantu murid-murid mengatasi masalah dan secara tidak

langsung mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Terdapat lima

kemahiran asas bimbingan dan kaunseling yang perlu dikuasai oleh guru

iaitu:

Rajah 1 : Kemahiran Asas Kaunseling

2

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran melayan dan mendengar

Kemahiran mengintepretasi tingkah laku

bukan lisanKemahiran memberi

tindakbalas

Kemahiran mengenalpasti

masalah

Kemahiran melaksana intervensi

Page 3: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

2.1 Kemahiran Melayan Dan Mendengar

Pengaplikasian kemahiran melayan dan mendengar adalah penting

bagi guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua

kemahiran ini amat penting untuk membina asas hubungan yang

kukuh antara guru dan murid-murid. Melalui kemahiran melayan dan

mendengar, guru menyampaikan mesej bahawa beliau bersedia

secara fizikal dan psikologikal terhadap apa yang diperkatakan serta

dilakukan oleh murid-murid. Dalam suasana teraputik sedemikian,

kanak-kanak didorong untuk terus menceritakan apa yang terbuku

dalam hati, termasuklah perasaan.

Kemahiran melayan yang digunakan oleh guru bertujuan

menggalakkan murid untuk bercakap. Menurut Covey (2001),

perbuatan melayan melibatkan enam kombinasi keadaan iaitu tahap

tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan, kualiti vokal, bahasa tanpa

lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, mendengar dan kontak

mata.

Mendengar juga penting dalam proses kaunseling. Pemahaman

yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang

baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang

perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang

dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar

perasaan yang dinyatakan. Oleh yang demikian, amat penting bagi

kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada

dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan

berbuat demikian, kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien

dengan lebih sempurna. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran

mendengarnya dengan beberapa cara menyatakan semula,

menggambarkan semula, dan memberikan respon.

3

Page 4: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

Semasa menjalani praktikum, saya telah mengaplikasikan kemahiran-

kemahiran asas kaunseling sebagai nilai tambah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi terhadap murid-murid

khas. Murid-murid khas yang terdiri daripada pelbagai kategori

masalah sentiasa mendambakan layanan daripada gurunya. Saya

telah mengaplikasikan kemahiran melayan dan mendengar semasa

mengajar subjek Bahasa Melayu bertajuk bunyi-bunyi haiwan di

Kelas Bestari. Saya telah menggunakan nada suara yang rendah agar

tidak wujudnya jurang di antara guru (saya) dan murid. Saya juga

sentiasa menunjukkan ekspresi muka yang gembira supaya suasana

di dalam kelas menjadi ceria. Seorang murid bernama Nabila telah

menyuruh saya membunyikan bunyi kucing. “Cikgu, macam mana

bunyi kucing?” Saya pun melakonkan dan membunyikan bunyi haiwan

tersebut bersama-sama murid yang lain. Murid-murid menjadi sangat

aktif apabila saya sentiasa melayan karenah mereka.

Semasa peringkat lembaran kerja, seorang murid bernama

Azam menceritakan tentang pengalamannya pergi memancing ikan di

sungai. Saya telah mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan

menyatakan semula apa yang telah diceritakan. “Ooo…Azam pergi

memancing ikan ye…..” Murid tersebut pun meneruskan ceritanya

mengenai jenis-jenis ikan yang berjaya dipancing. Saya pun

mengajukan pelbagai soalan kepada Azam sebagai tanda saya

memahami apa yang diceritakan oleh murid tersebut. Begitu juga

dengan murid yang lain. Ada yang menceritakan tentang ayam yang

dibela dan ada yang takut kepada katak. Sebagai guru, saya perlulah

memahami kehendak murid kerana menurut teori Maslow, kanak-

kanak ingin rasa dihargai. Walaupun tidak mempunyai kepakaran

dalam bidang kaunseling, namun saya haruslah menguasai

kemahiran-kemahiran asas kaunseling supaya dapat diterapkan dalam

pengajaran dan pembelajaran secara tidak lagsung.

4

Page 5: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

2.2 Kemahiran Menginterpretasi Tingkah Laku Bukan Lisan

Kemahiran ini membawa maksud proses aktif di mana kaunselor atau

guru menjelaskan makna tingkah laku yang ditunjukkan oleh klien

mengikut fahaman kaunselor dari perspektif yang baru. Menurut

Shostrom (1968), kesenyapan yang berlaku bukan kerana tindak

balas tetapi mempunyai makna yang kompleks. Kesenyapan terbahagi

kepada dua iaitu positif dan negatif. Berdasarkan carta pai komunikasi

interpersonal yang terdapat di dalam buku bimbingan dan kaunseling,

kanak-kanak lebih memilih untuk menggunakan bahasa badan dan

bukan lisan untuk berhubung.

Bahasa badan dan bukan lisan

55%

Nada suara38%

Lisan7%

Komunikasi Interpersonal

Rajah 2 : Carta Pai Komunikasi Interpersonal

Di dalam apa jua situasi, penting bagi kaunselor untuk

mentaksirkan kesenyapan yang ditunjukkan oleh klien sama ada

bersifat positif atau negatif. Mehrabian (1972) telah mengenalpasti tiga

dimensi yang dikatakan berkesan dalam mentafsir tingkah laku bukan

lisan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak iaitu tindakbalas semulajadi

(kontek mata,sentuhan), perasaan teransang (ekspresi muka, suara),

dan sifat dominan (faktor sosial). Tujuan kaunselor membuat

interpretasi adalah untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup

mereka berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan. Selain itu juga

dapat membantu klien melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya

dengan mudah, tersorok atau tidak disedarinya.

5

Page 6: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

Guru Pendidikan Khas yang efektif merupakan seorang guru yang

sentiasa peka dengan keadaan murid-murid. Lebih-lebih lagi murid-

murid Pendidikan Khas. Ketika praktikum, saya telah mengaplikasikan

kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan semasa

berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik.

Tajuk pelajaran pada hari tersebut ialah turutan nombor menaik.

Apabila saya menyuruh seorang murid untuk menjawab soalan yang

diutarakan, murid tersebut meletakkan dagu dan tangan di atas meja.

Saya mula curiga dengan tindak tanduk Firdaus yang resah gelisah.

Saya bertanya kepada Firdaus, “Firdaus tak faham ye apa yang cikgu

ajar”. Firdaus tetap mendiamkan diri. Saya membuat jangkaan bahawa

Firdaus tidak berminat dengan aktiviti yang dijalankan. Saya pun

meletakkan tangan di dahi Firdaus. Ternyata Firdaus tidak sihat.

Terdapat juga seorang murid yang duduk bersendirian di

mejanya semasa berlangsungnya aktiviti permainan ketingting. Saya

telah memberi sedikit waktu kepada murid tersebut untuk melayani

perasaannya. Setelah itu saya telah memerhatikan kontak mata murid

tersebut sama ada memandang saya atau tidak. Ternyata murid

terebut memandang saya dan sudah bersedia untuk berkongsi

masalah. Murid yang bernama Lutfi pula sering berada di dalam dunia

khayalannya. Apabila saya menyuruh Lutfi membaca nombor, dia

kelihatan terkejut dengan panggilan saya. Saya pun mendekatinya dan

bertanya apa yang difikirkannya. Seorang murid lagi kedengaran

sering mengeluh semasa berlangsungnya pembelajaran. Murid

tersebut akan bermalas-malas apabila diminta melakukan aktiviti. Saya

telah bertanya kepada

6

Page 7: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

2.3 Kemahiran Memberi Tindakbalas

Kemahiran ini memerlukan kaunselor atau guru memberi perhatian

kepada perasaan dan pernyataan lisan kanak-kanak sepanjang sesi

kaunseling. Kanak-kanak akan lebih terdorong untuk meneruskan

perkongsian masalah sekiranya guru melaksanakan kemahiran

tersebut. Antara tindakbalas positif guru bimbingan dan kaunseling

terhadap maklumat yang dibekalkan oleh kanak-kanak termasuklah

memberi motivasi, memberi galakan, mencabar secara positif,

memberi pujian, anggukan kepala dan bertanya soalan. Terdapat

empat kaedah memberi tindak balas kepada klien iaitu dorongan

minimum, parafrasa dan refleksi, kemahiran meminta penjelasan, dan

menggunakan konfrontasi.

Kaedah tindakbalas

Tujuan Contoh

Dorongan minimum

Bertujuan menggalakkan klien meneruskan berucap

“ lepas itu”, “kemudian”, dan “terangkan lagi”.

Parafasa Mendorong klien meneroka perasaannya dengan lebih mendalam

“ adakah ini betul?” atau anda yakin dengan kata-kata….”

Refleksi Menunjukkan perhatian dan rasa empati kepada klien

“anda seolah-olah bimbang tentang membuat keputusan”

Kemahiran meminta

penjelasan

Menjelaskan kekeliruan tetapi digunakan apabila perlu sahaja

“awak telah bercerita tetapi terdapat sedikit kekeliruan,boleh awak ceritakan sekali lagi?”

Konfrontasi Menarik perhatian terhadap percanggahan antara komunikasi lisan dengan bukan lisan

“awak kata boleh berkawan dengan dia, tapi mengapa suara awak tinggi?”

Rajah 3 : Kaedah Memberi Tindakbalas

7

Page 8: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan kemahiran memberi

tindakbalas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni. Tajuk pelajaran pada hari tersebut ialah bidang menggambar

menggunakan teknik gosokan. Saya telah memberikan duit syiling

kepada setiap murid untuk ditekap. Murid-murid berasa sangat teruja

dengan pembelajaran pada hari tersebut. Ada murid yang bertanya,

“cikgu, nak buat apa dengan duit ni?” Saya pun terus menjawab

pertanyaan murid “hari ini, kita nak buat gambar bunga menggunakan

duit syiling”. Murid yang lain pula bercakap “cikgu, saya tidak tahu nak

buat ni”. Lalu saya menjawab “ Mari cikgu tunjukkan”. Semasa

berlangsungnya pengajaran, saya berusaha untuk tidak

mengecewakan murid-murid saya dengan menjawab semua soalan

yang diutarakan.

Seperti yang kita semua tahu, murid-murid khas bersifat sensitif.

Sekiranya guru tidak memberi tindakbalas terhadap apa yang

diperkatakan, mereka akan menunjukkan ekspresi muka yang kecewa

pada waktu itu juga. Saya akan berasa tidak adil kepada mereka jika

saya tidak mengendahkan mereka. Kekurangan yang ada pada

mereka sentiasa mengingatkan diri saya agar sentiasa memenuhi

keperluan mereka. Selain itu, saya juga telah menggunakan kemahiran

memberi tindakbalas ini dengan tujuan menggalakkan murid untuk

berkomunikasi dan berfikir. Saya telah mengaplikasikan teori

konstruktivisme iaitu pembinaan pengetahuan. Saya telah memberi

lembaran kerja kepada murid-murid. Seorang murid bernama Irfan

bertanya kepada saya, “cikgu, selepas nombor 7,nombor 8 kan?”

Kemudian, saya menjawab, “Irfan yakin?Cuba Irfan bilang semula

turutan nombor bermula daripada 1”. Saya masih tidak mengabaikan

murid dengan memberi tidakbalas. Namun, tindakbalas ini lebih

bersifat pembinaan ilmu pengetahuan.

8

Page 9: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

2.4 Kemahiran Mengenalpasti Masalah

Salah satu daripada strategi untuk mengenalpasti masalah kanak-

kanak adalah melalui tinjauan. Melalui tinjauan, guru boleh mengumpul

sebanyak mana maklumat mengenai klien. Pemerhatian boleh dibuat

melalui pergaulan murid, prestasi murid atau temubual bersama guru

kelas. Guru juga boleh mengenalpasti masalah murid semasa

berlangsungnya sesi kaunseling dengan menginterpretasi maklumat-

maklumat yang diberi oleh murid. Terdapat dua aspek dalam

mengenalpasti masalah iaitu membuat interpretasi dan pemikiran

reflektif.

Menginterpretasi bermaksud memberi tafsiran atau penjelasan

tentang makna, tujuan, dan implikasi terhadap sesuatu. Kemahiran ini

merupakan proses yang digunakan kaunselor untuk memberikan

maklumbalas kepada klien supaya berupaya untuk melihat

masalahnya dari satu sudut yang berbeza. Kaunselor akan memberi

penghuraian kepada situasi yang diutarakan oleh klien. Menurut

Ishamuddin Hj. Ismail (1999), tujuan interpretasi ialah membantu

klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak

dapat dilihat dengan mudah. Kaunselor perlulah bijak dalam

mengenalpasti masalah berdasarkan penceritaan klien.

Menurut Brichall (1992), pemikiran reflektif memerlukan

penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan

kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk

untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan

keputusan bagi tindakan seterusnya. Guru kaunseling perlulah berfikir

secara reflektif dengan mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman-

pengalaman yang sedia ada dan mengemukakan pelbagai

kemungkinan dengan wajar. Selain itu, kaunselor juga boleh menilai

kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif.

9

Page 10: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

Di samping itu, saya telah mengaplikasikan kemahiran mengenalpasti

masalah dalam p&p saya. Pada satu sesi p&p Bahasa Melayu, semua

murid memberikan penglibatan yang baik dalam setiap aktiviti yang

dijalankan bermula daripada set induksi sehinggalah peringkat

penutup. Namun, terdapat seorang murid yang kelihatan muram

daripada awal p&p lagi. Tanggapan awal saya kemungkinan Nasuha

tidak berminat dengan pengajaran hari tersebut. Saya telah bertanya

kepada Nasuha mengapa dia kelihatan muram. Namun, Nasuha hanya

mendiamkan diri. Setelah itu, saya mendekati Nasuha dan mengusap

bahunya. Saya bertanya sekali lagi. Tetap tiada respon. Apabila saya

terpandang matanya yang merah, barulah saya tahu bahawa Nasuha

demam. Dahinya juga panas. Disebabkan keadaannya yang tidak

sihat, saya telah membawa Nasuha ke satu ruangan yang lain untuk

berehat. Nasuha telah saya kecualikan dalam p&p tersebut.

Pengaplikasian kemahiran mengenalpasti masalah juga perlu

bagi guru biasa semasa sesi p&p. Kemahiran ini membantu guru

membuat interpretasi terhadap perwatakan murid. Semasa

berlangsungnya sesi p&p, terdapat juga seorang murid yang bernama

Izzudin seringkali cuba mengelak matanya daripada bertentang

dengan mata saya. Apabila menyedari keadaan tersebut, saya pun

mendekati Izzudin. Izzudin semakin menundukkan pandangannya dan

seolah-olah mengecilkan dirinya. Saya pun bertanya kepada Izzudin

mengenai tindakannya. Pada mulanya Izzudin hanya mendiamkan diri.

Namun setelah berasa selesa dengan kehadiran saya, Izzudin mula

mengeluarkan suara. Menurut Izzudin, dia takut sekiranya saya

bertanyakan hal keluarganya. Saya tidak menunjukkan riak terkejut

malah saya memberitahu Izzudin bahawa tidak perlu takut dengan

saya kerana saya tidak akan memaksa Izzudin untuk bercerita

mengenai hal keluarganya.

10

Page 11: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

2.5 Kemahiran Melaksana Intervensi

Perkataan intervensi membawa maksud satu proses untuk pemulihan,

perkembangan, pencegahan dan krisis Dalam konteks kaunseling,

intervensi merupakan teknik yang digunakan dalam sesi terapi.

Intervensi sering diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi

yang teruk, gangguan mental dan emosi. Intervensi boleh dibahagikan

secara langsung dan tidak langsung. Intervensi secara langsung

menggunakan teknik kaunseling individu atau kumpulan manakala

intervensi secara tidak langsung melibatkan kerjasama keluarga klien

untuk menggalakkan mereka membantu klien menyelesaikan masalah.

Kemahiran melaksana intervensi melibatkan kemahiran

merumus dan kemahiran membuat keputusan. Merumus adalah

pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting

yang telah diberitahu klien semasa sesi kaunseling. Tujuan kaunselor

membuat rumusan adalah untuk menyedarkan dan mengimbas

kembali klien apa yang telah dibincangkan. Menurut Ishamuddin

Hj.Ismail (1999), merumus bertujuan memperdengarkan klien dengan

kata-kata kaunselor berkenaan isu yang dibincangkan. Merumus akan

membantu klien dalam mendapatkan kata sepakat dan tindakan

susulan yang harus diambil.

Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses

penyelesaian masalah. Membuat keputusan merupakan peringkat

akhir dalam proses penyelesaian masalah. Kemahiran membuat

keputusan merupakan proses mental yang melibatkan seseorang itu

bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik dari beberapa pilihan

terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria

tertentu. Seorang kaunselor perlulah berfikir secara kreatif dan

menggunakan pemikiran reflektif untuk menimbangkan pilihan-pilihan

yang terbaik.

11

Page 12: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

Setelah beberapa kali berhadapan dengan murid-murid semasa sesi

p&p, saya semakin mengenali murid-murid termasuklah masalah-

masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran. Kebanyakan murid

dari kelas Bestari masih tidak menguasai kemahiran menulis. Seorang

murid bernama Normimi Shuhada mengalami masalah kritikal dalam

menulis. Menyambungkan titik-titik juga Mimi tidak mampu. Saya telah

mencuba memberikan lembaran kerja huruf titik-titik kepada Mimi.

Namun, tetap tidak berjaya. Mimi tidak mengetahui bagaimanakah

untuk menyambungkan titik-titik yang telah disediakan. Bagi mengatasi

masalah tersebut, saya telah menyediakan gambar haiwan yang

mempunyai garisan putus-putus. Penggunaan gambar haiwan diharap

dapat menarik perhatian kesemua murid kelas Bestari agar berusaha

untuk menyambungkan garis putus-putus bagi membentuk gambar

haiwan. Saya telah member perhatian kepada Normimi Shuhada.

Saya juga telah menerapkan terapi seni dalam p&p saya.

Gambar haiwan yang telah terbentuk perlu diwarna oleh murid-murid.

Bezanya pada kali ini ialah murid-murid menggunakan warna lilin.

Terapi seni ini dapat membantu meningkatkan kefungsian motor halus

kanak-kanak. Guntingan dan tampalan juga merupakan salah satu

terapi seni. Terapi seni yang digunakan dapat menceriakan suasana

dan memberi kesan kepada pemulihan murid-murid. Selain terapi seni,

terapi muzik juga dapat membantu murid-murid dari segi emosi.

Apabila lagu dimainkan, murid-murid menjadi lebih bersemangat

secara semulajadinya. Terapi muzik digunakan bagi tujuan pemulihan,

pemeliharaan, dan peninhkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.

Terapi muzik akan membantu murid-murid dalam mengekspresikan

perasaan mereka. Sebagai contoh, Nabila yang bermasalah parkinson

kelihatan normal apabila diperdengarkan dengan muzik. Suaranya

yang halus juga bertukar menjadi kuat.

12

Page 13: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

3.0 RUMUSAN

Secara umumnya, bukanlah mudah untuk menjadi seorang kaunselor yang

berjaya kerana memerlukan penguasaan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu

mengaplikasikannya ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang

sesuai bagi mewujudkan keadaan yang teraputik. Tugas memberi bimbingan

dan kaunseling juga boleh dilakukan oleh guru biasa. Seorang guru yang

berkesan bukan sahaja menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-

muridnya berkaitan akademik sahaja. Guru perlulah memastikan murid-

muridnya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI).

Disebabkan itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membantu anak

murid mengembangkan kemahirannya supaya dapat menangani masalah

dalam kehidupan.

Kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling boleh diaplikasikan oleh

guru biasa semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai nilai

tambah. Di samping menyampaikan maklumat pelajaran, guru juga boleh

menerapkan nilai-nilai murni dengan memberi nasihat, membantu

menyelesaikan masalah, dan menginterpretasi tingkah laku murid-murid.

Pengaplikasian kemahiran asas kaunseling sebagai nilai tambah dalam

amalan p&p dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Secara tidak

langsung, guru akan mencipta kelainan dalam corak dan strategi pengajaran.

Guru akan melangkah setapak ke hadapan sekiranya mencipta pembaharuan

secara dinamik dalam pedagogi pengajaran. Pengajaran secara “2 in 1” iaitu

menggabungkan akademik dan emosi akan meningkatkan prestasi murid-

murid. Dalam masa yang sama murid dapat mengembangkan kemahirannya

supaya dapat mengurus dan menangani masalah yang wujud dalam

kehidupan yang serba mencabar ini.

13

Page 14: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

4.0 REFLEKSI

NAMA : NURUL SYAMIMI BINTI JAAFAR

NO KP : 890626-10-5574

OPSYEN : PISMP SEM 7 PENDIDIKAN KHAS/PJ/PSV

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana

dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja

kursus ini. Penulisan ini merupakan tugasan bagi subjek Bimbingan Dan

Kaunseling Kanak-kanak. Tugasan ini memerlukan komitmen yang tinggi

daripada diri saya sendiri agar mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum. Melalui tugasan

ini saya telah memperolehi pelbagai input yang berguna yang boleh

diaplikasikan semasa mengajar nanti.

Dari segi pemerolehan ilmu, saya mendapat banyak input daripada

tugasan yang dilakukan dan dapat diaplikasikan semasa bergelar guru pada

suatu hari nanti. Tugas memberi bimbingan dan kaunseling bukan hanya

terletak dibahu kaunselor. Cuba kita bayangkan seorang kaunselor perlu

memberi kaunseling kepada warga sekolah. Disebabkan itu, sebagai bakal

guru biasa, saya perlulah menerapkan kemahiran-kemahiran asas dalam

kaunseling semasa sesi p&p dan tidak semata-mata bergantung pada

kaunselor. Tujuan saya mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling ke

dalam p&p adalah untuk membantu murid-murid mengembangkan

kemahirannya agar mampu menyelesaikan masalah yang berlaku dalam

kehidupan.

Banyak manfaat dan faedah yang diperoleh sepanjang penghasilan

kerja kursus ini. Setelah menyelesaikan tugasan, saya mula sedar bahawa

setiap murid mempunyai kehendak dan keperluan yang perlu dipenuhi. Murid-

murid mahu dilayan. Disebabkan itu saya telah mengaplikasikan kemahiran

melayan, mendengar, dan memberi tindakbalas. Ianya mampu melatih diri

14

Page 15: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

saya menjadi manusia yang bertanggungjawab dengan mengambil kira

keperluan orang lain tanpa mementingkan diri sendiri. Saya menyedari

bahawa melalui kemahiran tersebut, hubungan saya dengan murid-murid juga

akan menjadi lebih mesra. Murid-murid akan akan berasa selesa dengan

saya.

Saya juga dapat menimba pelbagai ilmu yang berguna di mana minda

saya terbuka untuk mentafsir segala perkara yang berlaku di sekeliling. Hal ini

dapat diperoleh semasa saya mengaplikasikan kemahiran menginterpretasi

tingkah laku bukan lisan dan mengenalpasti masalah. Sebagai guru

Pendidikan Khas, saya perlu berhadapan dengan alam Pendidikan yang

penuh dengan cabaran. Saya juga perlu berhadapan dengan murid-murid

yang mempunyai pelbagai kategori masalah pembelajaran. Sedikit sebanyak

saya telah memahami ekspresi wajah dan tingkah laku kanak-kanak khas.

Saya masih memerlukan panduan dan ilmu berkaitan cabaran PK sebagai

bekalan untuk menempuh hari mendatang sebagai seorang guru PK.

Melalui p&p yang dijalankan, saya dapat merasakan kualiti p&p saya

semakin meningkat kerana saya telah memperbaharui strategi pengajaran

saya. Pengajaran pada kali ini lebih bervariasi kerana saya turut menerapkan

unsur-unsur kaunseling. Dalam masa yang sama, saya dapat meningkatkan

kemahiran asas kaunseling yang ada dalam diri melalui bimbingan yang telah

diberikan kepada murid dari semasa ke semasa. Saya sedar bahawa bukan

mudah untuk menjadi guru PK. Guru PK perlulah mempunyai sifat kesabaran

yang tinggi dalam melayan kerenah anak-anak istimewa.

Saya berharap dengan ilmu yang ada ini akan membantu saya semasa

melaksanakan p&p di sekolah nanti. InsyaAllah. Pengalaman ini diharapkan

dapat membantu saya semasa bergelar guru pada suatu hari nanti. Akhir kata

saya berharap tugasan ini akan memberikan saya seribu satu makna yang

dapat saya aplikasikan suatu hari nanti. Sekian, terima kasih.

15

Page 16: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

RUJUKAN

Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip.Mohammad Nasir Bistaman,Ph.D.Ahmad

Jazimin Jusoh, Ph.D. Syed Sofian Syed Salim, Md Noor Saper (2009).

Kemahiran Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur : PTS Professional

Publishing Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj.Husin(1993), Pedagogi 3, Penggunaan Psikologi dalam Bilik

Darjah, Kuala Lumpur : Longman

Malek Muhd Said(2007), Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah, Kuala Lumpur : PTS Publication Sdn.Bhd.

Choong Lean Keow (2010).Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak Untuk

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Denan Kepujian Institut

Pendidikan Guru Malaysia.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Choong Lean Keow (2007). Kaunseling:Teori & Praktis Pengetahuan Dan

Pengalaman Pengamal. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-

kaunseling.html (Diakses pada 10 Februari 2012)

http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/

kaunseling.pdf (Diakses pada 10 Februari 2012)

http://azamri.tripod.com/rmodul8.htm ( Diakses pada 14 Februari 202)

http://eprints.uthm.edu.my/183/1/mohd_safiee.pdf ( Diakses pada 14 Februari 2012)

16

Page 17: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

LAMPIRAN

17

Kemahiran melayan dan mendengar

Kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan

Guru melayan dan mendengar cerita Izzudin mengenai ikan yang dipancing

Guru mendekati Firdaus yang kelihatan resah gelisah

Page 18: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

18

Kemahiran mengenalpasti masalah

Kemahiran memberi tindakbalas

Guru memberi respon terhadap pertanyaan murid mengenai gambar haiwan

Guru mengenalpasti masalah Nasuha yang kelihatan muram

Page 19: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

19

Kemahiran melaksanakan intervensi

Guru menjalankan intervensi terhadap Mimi yang mengalami masalah menulis

Page 20: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Definisi Bimbingan dan Kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

20

Page 21: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Definisi Bimbingan

• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.Pendekatan BimbinganPerkembangan Pencegahan Pemulihan KrisisGuru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.• Guru ini tidak digelar kaunselor

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

21

Page 22: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas – Part   2 26 Oktober 2009 cikgu Tinggalkan komen

Salam sejahtera..

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, kita masih dapat bernafas di hari yang indah dan menghirup udara yang segar sambil menikmati pemandangan di sekeliling kita. Tidak kira apa jua pemandangan, itulah yang kita lihat sekarang..bersyukurlah.. Semoga segala yang kita lakukan pada hari ini akan mendapat keberkatan daripadaNYA.. insyaallah..

Hari ini saya akan sambung lagi topik Bimbingan dan Kaunseling ini dalam bahagian yang kedua. Semoga apa yang terdapat dalam entri kali ini akan dapat dimanfaat bersama.

Definisi BIMBINGAN dan KAUNSELING

Terdapat pelbagai istilah yang memberi takrifan mengenai Bimbingan dan Kaunseling. Berikut adalah beberapa pandangan daripada beberapa orang tokoh mengenai takrifan Bimbingan dan Kaunseling :

Shertzer and Stone (1981)“..proses membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka supaya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri menentu aspirasi yang realistik (hubungan bermakna)”

Mansur Abdullah (1984)Membimbing orang yang dibantu menghadapi, mengertidan menerima teguran tentang dirinya, interaksi sesama orang lain sehingga membolehkan dibuat keputusan yang berkesan daripada pemilihan dalam hidupnya

Krumboltz (1965)Kaunseling – apa saja aktiviti yang beretika dilakukan kaunselor dalam usaha membantu klien wujudkan tingkah laku mendorong penyelesaian masalah klien

Zainal Abidin (2002)Kaunseling – satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama berfikir dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang terpilih.

Mungkin daripada beberapa pedapat di atas dapat disimpulkan bahawa :

Bimbingan – memberi nasihat, panduan, pengajaran kepada pelajar yang memerlukan

22

Page 23: Aplikasi bimbingan dan kaunseling dalam pnp

Kaunseling – membantu klien menolong diri sendiri mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran dan perasaan

Psikoterapi – pemulihan kekeliruan mental (contoh : skizofrenia, psikopath, penyakit mental (rawatan psikologi)

Matlamat Kaunseling Perubahan tingkah laku positif :

Membantu klien membuat perubahan tingkah laku = kehidupan lebih produktif dan memuaskan

Perhubungan Positif : Membantu klien memula dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang

lainPengurusan Kendiri Efektif :

Membantu klien membantu diri dengan efektif apabila dalam kesulitanProses membuat keputusan efektif :

Membantu klien dalam proses membuat keputusan dengan rasionalPencapaian Potensi :

Membantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensinyaSekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Sumber : Nota kuliah Bimbingan dan Kaunseling (KSPK, IPBMM 2008 – Mr.Lee)

23