Upload
phungnhu
View
228
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
APLIKASI BULUH DALAM REKA BENTUK AKSESORI DALAMAN KERETA
Fandi Ahmad Syah Bin Amir Syah
Disertasi ini diserahkan
bagi memenuhi keperluan untuk ijazah
Sarjana Seni
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2013
i
PENGAKUAN PENULIS
Saya mengaku bahawa kerja-kerja di dalam disertasi/tesis ini telah dilaksanakan selaras
dengan peraturan-peraturan Universiti Malaysia Sarawak. Ia adalah asal dan adalah hasil
kerja saya, kecuali dinyatakan sebaliknya atau diakui sebagai kerja dirujuk. Ia belum pernah
lagi dikemukakan di Universiti Malaysia Sarawak atau mana-mana institusi akademik atau
bukan akademik lain untuk mana-mana ijazah atau kelayakan.
Nama Pelajar: Fandi Ahmad Syah Bin Amir Syah
No Kad Pelajar: 10021654
Program Ijazah: Ijazah Sarjana Seni (Seni Reka Perindustrian)
Fakulti: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
Tajuk Disertasi/Tesis: Aplikasi Buluh Dalam Reka Bentuk Aksesori Dalaman Kereta
Tandatangan Pelajar :
Tarikh :
ii
DEDIKASI
Saya dedikasikan penyelidikan ini
khas buat Ibubapa saya Amir Syah bin Syah Minan dan Sumiati Binti Rahmat serta seluruh
ahli keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan.
Sekalung penghargaan buat anda semua.
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat
menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan ditujukan kepada pihak
Universiti Malaysia Sarawak kerana telah menjadi institusi yang menyalurkan bantuan dan
segala ilmu pengetahuan kepada saya dalam menjalankan penyelidikan ini. Sekalung budi
juga diberikan kepada pihak universiti kerana telah berjaya melahirkan graduan-graduan yang
berkaliber dan menjadikan saya salah seorang graduan yang berwawasan dan berusaha gigih
dalam mencari ilmu pengetahuan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Prof Dr. Hj Khairul Aidil Azlin
Abd Rahman dan Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
dicurahkan selama proses penyelidikan ini dijalankan. Penghargaan juga kepada Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif serta semua pensyarah dan warga fakulti yang membantu secara langsung
dan tidak langsung atas sumbangan idea serta pandangan mereka dalam memantapkan lagi
penyelidikan saya.
Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Sarawak Forestry, iaitu
Dr Alik Duju kerana sudi berkongsi ilmu serta memberi tunjuk ajar dan membenarkan saya
menggunakan fasiliti di Sarawak Forestry. Tidak lupa juga kepada pihak Sabah Forestry yang
membenarkan saya mengadakan lawatan sambil belajar disana. Seterusnya sejuta
penghargaan kepada Dr. Hamdan Husain daripada Bahagian Keluaran Hutan (Forest Research
Institute Malaysia (FRIM) dan Dr. Syed Mustafa Syed Jamaludin daripada Kumpulan
Teknologi Plastik dan Komposit (SIRIM Berhad) serta warga kerja yang terlibat
membenarkan saya menjalankan latihan industri dan penyelidikan saya di sana.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (MyBrain
Master) kerana menaja yuran pengajian saya dan membolehkan saya melaksanakan
penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa serta rakan-rakan yang sentiasa
memberi sokongan dan galakkan kepada saya dalam menempuh segala cabaran dan dugaan
sepanjang pengajian saya. InsyaAllah berkat dorongan dan doa-doa yang diberikan dapat
membantu saya mencapai cita-cita saya kelak. Sekian terima kasih.
iv
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
PENGAKUAN PENULIS i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
SENARAI KANDUNGAN iv
SENARAI GAMBARAJAH viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI GRAF DAN CARTA PAI xv
ABSTRAK xvi
ABSTRACT xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Persoalan Kajian 6
1.4 Objektif 7
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Hipotesis 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Limitasi Kajian 13
1.9 Kesimpulan 14
BAB 2 KAJIAN LEPAS
2.1 Pengenalan 15
2.2 Mengenali Sifat Fizikal Tumbuhan Buluh 16
2.3 Spesis Buluh Yang Popular Di Malaysia 18
2.4 Rawatan Buluh 21
2.5 Kegunaan Buluh Dalam Industri 23
2.6 Kandungan Kimia Dalam Buluh 27
2.7 Perekatan Buluh 28
2.8 Pengenalan Komposit 29
2.9 Proses Bahan Plastik 32
2.9.1 Termoplastik 32
2.9.2 Termoplastik Polipropilena, Polietilena Dan Ejen Gandingan 33
2.9.3 Proses Penyemperitan 36
2.9.4 Proses Pembentukkan Termo 39
2.9.5 Proses Pengacuan Mampatan 39
2.10 Industri Pembuatan Komponen Dan Aksesori Kereta 41
2.11 Penggunaan Bahan Semulajadi Dalam Proses Penyemperitan 43
2.12 Penggunaan Bahan Semulajadi Dalam Industri Pembuatan
Aksesori Kereta 47
2.13 Kerangka Teori 51
2.14 Kesimpulan 57
v
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 58
3.2 Kaedah Kualitatif 58
3.3 Kaedah Kuantitatif 65
3.4 Kajian Rintis 68
3.5 Proses Kajian 70
3.5 Kesimpulan 72
BAB 4 EKSPERIMEN DAN PROSES PENGHASILAN BAHAN BARU
4.1 Pengenalan 73
4.2 Proses Tekanan/Mampatan 74
4.2.1 Proses Penyediaan Bahan Mentah 75
4.2.2 Analisis Thermogravimetric (TGA) Termoplastik 79
4.2.3 Proses Campuran Polipropilena (PP) Dan Polietilena (HDPE)
Dengan Partikel Buluh Menjadi Pelet Menggunakan Mesin
Campuran Plastik 81
4.2.4 Proses Membentukkan Bahan Baru Daripada Butiran Pelet
Menjadi Papan Plastik Menggunakan Mesin Tekanan Haba
Dan Mesin Tekanan Sejuk 82
4.2.5 Komposisi Bahan 85
4.2.6 Ujian Bahan 91
4.2.6.1 Pemotongan Dan Pengukuran Bahan 92
4.2.6.3 Ujian Tegangan 93
4.2.6.3 Ujian Lenturan 94
4.2.6.4 Ujian Serapan Dan Pengembangan Dalam Air 94
4.2.6.5 Analisis Data Ujian Bahan 95
4.2.7 Proses Menghasilkan Produk Aksesori Kereta Daripada
Papan Plastik Menggunakan Mesin Pembentukkan Vakum 103
4.2.7.1 Proses Menghasilkan Papan Plastik Bersaiz
46.5 x 60 x 0.3cm Menggunakan Mesin Tekanan
Haba Dan Tekanan Sejuk 103
4.2.7.2 Proses Menghasilkan Acuan Kayu 105
4.2.7.3 Proses Membentuk Lembaran Papan Plastik
Menggunakan Mesin Pembentukkan Vakum 107
4.3 Proses Penyemperitan 111
4.3.1 Proses Penyediaan Bahan Mentah 112
4.3.2 Komposisi Bahan 116
4.3.3 Proses Penyemperitan Komposit Buluh Dan Plastik 117
4.3.3.1 Proses Campuran Polipropilena Dan Partikel
Buluh Menjadi Pelet Komposit 118
vi
4.3.3.2 Proses Menghasilkan Bahan Baru Daripada Pelet
Kepada Profil Buluh Komposit 121
4.3.4 Ujian Bahan 124
4.3.4.1 Pemotongan Dan Pengukuran Bahan 125
4.3.4.2 Ujian Tegangan 123
4.3.4.3 Ujian Serapan Air 129
4.3.4.4 Ujian Lenturan 132
4.3.4.5 Ujian Hentaman Izod 135
4.3.4.6 Ujian Ketumpatan Bahan 139
4.3.5 Kaedah Perbandingan Kekuatan Komposit Buluh Dan
Polipropilena (BB-PP) Dengan Komposit Sekam Padi Dan
Polipropilena (RH-PP) 143
4.3.6 Kaedah Perbandingan diantara Kekuatan Komposit Buluh
Dan Polipropilena (BB-PP) Dengan Kayu Mampatan
Berlaminat Daripada Kayu Tropika Berketumpatan Rendah 147
4.3.7 Kaedah Perletakan Komposit Buluh Plastik Dan
Polipropilena (BB-PP) Di Dalam Kumpulan Kekuatan
Kayu Piawai Malaysia (MS) 150
4.3.8 Kaedah Klasifikasi Komposit Buluh Dan Polipropilena
(BB-PP) Pada Papan Partikel Piawai Perindustrian
Jepun (JIS) 155
4.4 Kesimpulan 158
BAB 5 REKA BENTUK DAN VALIDASI PRODUK AKHIR
5.1 Pengenalan 159
5.2 Lakaran Awal Produk 159
5.3 Lakaran Perkembangan Idea 161
5.4 Validasi Secara Visual Lakaran Idea Produk Akhir 163
5.5 Lukisan 3 Dimensi Produk Akhir 167
5.6 Validasi Produk Akhir 168
5.7 Reka Bentuk Produk Akhir 171
5.8 Pilihan Warna 173
5.9 Cadangan Produk Akhir 174
5.10 Lakaran Idea Awal Produk Cadangan 174
5.11 Lakaran perkembangan Idea Produk Cadangan 175
5.12 Lukisan 3 Dimensi Produk Cadangan 176
5.13 Validasi Produk Cadangan 179
5.14 Kesimpulan 181
vii
BAB 6 KESIMPULAN
6.1 Sumbangan Ilmu Baru Dalam Penyelidikan 182
6.2 Penyelidikan Masa Hadapan Bahan Buluh 187
RUJUKAN 189
LAMPIRAN 193
viii
SENARAI GAMBARAJAH
GAMBARAJAH HALAMAN
Gambarajah 1.1 : Contoh kraftangan dan perabot daripada buluh. 5
Gambarajah 1.2 : Bahagian reka bentuk kereta. 7
Gambarajah 1.3 : Reka bentuk aksesori dalaman kereta. 8
Gambarajah 1.4 : Contoh reka bentuk dalaman kenderaan yang menggunakan
bahan besi dan plastik. 9
Gambarajah 1.5 : Peta Malaysia, bandaraya Kuching dan kawasan sekitar
penebangan buluh. 11
Gambarajah 1.6 : Peta Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kajian penyelidik. 12
Gambarajah 2.1 : Kelebihan buluh. 15
Gambarajah 2.2 : Morfologi buluh. 17
Gambarajah 2.3 : Kaedah penyemburan batang buluh dengan bahan awetan dan
merendamkan batang buluh di dalam larutan asid borik. 22
Gambarajah 2.4 : Penggunaan buluh dalam kehidupan. 23
Gambarajah 2.5 : Kegunaan buluh di Malaysia. 25
Gambarajah 2.6 : Kegunaan buluh di luar negara. 26
Gambarajah 2.7 : Mesin penyemperitan. 36
Gambarajah 2.8 : Ringkasan proses penyemperitan. 37
Gambarajah 2.9 : Proses acuan mampatan yang digunakan untuk plastik. 40
Gambarajah 2.10: Reka bentuk panel dalaman kereta Triumph TR7 dikilangkan
pada september 1974 hingga 1981 oleh Triumph Motor
Company. 42
Gambarajah 2.11: Proses pembuatan produk stering kereta menggunakan acuan
dengan proses pengubahsuaian suntikan (reaction injection
moulded) RIM daripada Sheller Clifford Industry. 43
Gambarajah 2.12: Jenis-jenis profil dan produk komposit sekam padi dan
termoplastik. 47
Gambarajah 2.13: Penel hadapan dan pintu yang menggunakan komposit
semulajadi. 49
Gambarajah 2.14: Reka bentuk dalaman kereta yang menggunakan penggunaan
bahan semulajadi Rolls-Royce Phantom. 50
Gambarajah 2.15: Kerangka konsep. 52
Gambarajah 3.1 : Mesin pemotongan batang buluh. 59
Gambarajah 3.2 : Contoh aplikasi bahan buluh kepada pelbagai reka bentuk
produk. 60
Gambarajah 3.3 : Pembuatan aksesori kereta berasaskan buluh. 64
Gambarajah 3.4 : Profil plastik yang dihasilkan daripada bahan plastik
menggunakan proses penyemperitan. 64
Gambarajah 3.5 : Kerangka kerja eksperimen. 66
ix
Gambarajah 3.6 : Proses perolehan dan penyediaan maklumat ujian bahan. 67
Gambarajah 3.6 : Proses kajian. 70
Gambarajah 4.1 : Carta menilai bahan buluh melalui proses komposit. 73
Gambarajah 4.2 : Proses menghasilkan komposit buluh plastik menggunakan
proses tekanan haba dan tekanan sejuk. 74
Gambarajah 4.3 : Proses menebang buluh. 75
Gambarajah 4.4 : Proses mengukur diameter, ketebalan, dan berat buluh. 76
Gambarajah 4.5 : Proses menghancurkan buluh menggunakan mesin
pengisar drum chipper. 77
Gambarajah 4.6 : Proses menghancurkan buluh menggunakan mesin pengisar
knife ring flaker. 77
Gambarajah 4.7 : Proses memasukkan hancuran buluh kedalam ketuhar. 77
Gambarajah 4.8 : Proses mengasingkan hancuran dan partikel buluh mengikut
saiz menggunakan mesin pengayak steel screener. 78
Gambarajah 4.9 : Proses Analisis Thermogravimetric (TGA). 79
Gambarajah 4.10: Analisis Thermogravimetric (TGA) untuk plastik
polipropilena (PP). 80
Gambarajah 4.11: Analisis Thermogravimetric (TGA) untuk plastik
polietilena (HDPE). 80
Gambarajah 4.12: Proses mencampurkan hancuran buluh dan plastik
menggunakan mesin percampuran plastik. 82
Gambarajah 4.13: Perubahan bentuk bahan sebelum dan selepas dicampurkan. 82
Gambarajah 4.14: Proses meletakkan sebatian bahan komposit ke dalam
mesin tekanan haba. 83
Gambarajah 4.15: Proses meletakkan sebatian bahan komposit ke dalam
mesin tekanan sejuk. 84
Gambarajah 4.16: Proses membuka papan plastik daripada acuan. 84
Gambarajah 4.17: Papan plastik yang sebati dan tidak sebati. 85
Gambarajah 4.18: Struktur ujian terhadap bahan. 91
Gambarajah 4.19: Proses memotong bahan menggunakan mesin pemotong. 92
Gambarajah 4.20: Proses mengukur spesimen. 93
Gambarajah 4.21: Ujian tegangan komposit plastik dengan partikel buluh. 93
Gambarajah 4.22: Ujian lenturan komposit plastik dengan partikel buluh. 94
Gambarajah 4.23: Ujian serapan dan pengembangan dalam air bahan
komposit buluh dan plastik. 95
Gambarajah 2.24: Proses meletakkan sebatian komposit kedalam acuan
Aluminium bersaiz 46.5 x 60 x 0.3 cm. 104
Gambarajah 4.25: Proses meletakkan acuan aluminium bersaiz 46.5 x 60 x 0.3
cm berisi sebatian komposit ke dalam mesin tekanan haba. 104
Gambarajah 4.26: Proses membuka dan membersihkan permukaan acuan
aluminium 46.5 x 60 x 0.3 cm. 105
x
Gambarajah 4.27: Proses membuat acuan kayu untuk proses pembentukkan
vakum. 106
Gambarajah 4.28: Mesin dan proses pembentukkan vakum lembaran plastik
dan komposit. 107
Gambarajah 4.29: Proses menghasilkan komposit buluh plastik menggunakan
proses penyemperitan. 112
Gambarajah 4.30: Hancuran buluh bersaiz 3mm sebelum dimasukkan kedalam
mesin pengisar turbo mill. 113
Gambarajah 4.31: Partikel buluh berlainan saiz selepas dimasukkan kedalam
mesin pengisar turbo mill dan keluar melalui shifter. 113
Gambarajah 4.32: Bahagian-bahagian utama mesin pengisar turbo mill Model:
TM 250 System. 114
Gambarajah 4.33: Partikel buluh diletakkan ke dalam mesin ujian kandungan
lembapan. 115
Gambarajah 4.34: Partikel buluh diletakkan ke dalam mesin pengering. 116
Gambarajah 4.35: Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan buluh
plastik komposit. 117
Gambarajah 4.36: Acuan yang digunakan dalam proses penyemperitan
percampuran partikel dan plastik. 118
Gambarajah 4.37: Pelet buluh plastik hasil daripada proses penyemperitan
campuran. 119
Gambarajah 4.38: Bahagian-bahagian utama mesin penyemperitan
Bausano Model: MD 72/36 Plus. 120
Gambarajah 4.39: Contoh profil kayu plastik hasil daripada proses
penyemperitan profil. 121
Gambarajah 4.40: Bahagian-bahagian utama mesin penyemperitan
Cincinati Model: Fiberex T 45. 122
Gambarajah 4.41: Proses memotong profil kayu menggunakan mesin pemotong. 125
Gambarajah 4.42: Proses meratakan spesimen mengikut saiz piawaian
menggunakan mesin penggiling. 125
Gambarajah 4.43: Proses mengukur spesimen menggunakan penimbang dan
digital micrometer. 126
Gambarajah 4.44: Proses ujian tegangan dengan jig dan extensometer sedang
dijalankan. 128
Gambarajah 4.45: Buluh komposit plastik dalam proses ujian tegangan. 129
Gambarajah 4.46: Proses merekodkan berat bahan sebelum dan selepas
direndam. 130
Gambarajah 4.47: Proses mengisi air suling di dalam bekas. 130
Gambarajah 4.48: Proses ujian serapan air komposit buluh plastik. 131
Gambarajah 4.49: Dua kaedah asas yang digunakan dalam ujian lenturan. 133
Gambarajah 4.50: Proses ujian lenturan komposit buluh plastik sedang
dijalankan. 134
xi
Gambarajah 4.51: Proses dan mesin dalam ujian hentaman izod. 135
Gambarajah 4.52: Antara alatan yang diperlukan untuk ujian hentaman
izod pada suhu -30C. 136
Gambarajah 4.53: Dimensi spesimen hentaman izod mengikut piawaian
ASTM 256. 136
Gambarajah 4.54: Kerja- kerja membuat lekuk (V) menggunakan mesin
pembuat lekuk. 137
Gambarajah 4.55: Kerja meletak spesimen komposit buluh plastik pada
pemegang spesimen dalam ujian hentaman izod. 138
Gambarajah 4.56: Proses pemotongan spesimen untuk ujian ketumpatan bahan
komposit buluh dengan plastik. 139
Gambarajah 4.57: Mesin densimeter (Electronic densimeter, SD 200L, E22b)
yang digunakan untuk ujian ketumpatan bahan. 140
Gambarajah 4.58: Kerja meletakkan spesimen komposit buluh dengan plastik
pada mesin densimeter. 141
Gambarajah 4.56: Antara perabot dalam rumah yang dihasilkan oleh
Bio-Komposit (SIRIM). 145
Gambarajah 5.1 : Lakaran awal produk stering kereta. 161
Gambarajah 5.2 : Lakaran idea aksesori stering kereta. 162
Gambarajah 5.3 : Lakaran perkembangan idea stering kereta yang
diaplikasikan di dalam reka bentuk dalam kereta. 162
Gambarajah 5.4 : Lakaran reka bentuk produk akhir stering menggunakan
perisian rhinoceros. 167
Gambarajah 5.5 : Ukuran reka bentuk stering kereta mengikut pandangan
hadapan. 168
Gambarajah 5.6 : Reka bentuk akhir stering kereta (prototaip) daripada
komposit buluh dengan plastik melalui proses penyemperitan. 172
Gambarajah 5.7 : Reka bentuk akhir stering kereta (3D rendering) daripada
komposit buluh dengan plastik melalui proses penyemperitan. 172
Gambarajah 5.8 : Bahagian pemegang utama dalam reka bentuk stering kereta. 173
Gambarajah 5.9 : Pilihan warna reka bentuk stering kereta. 174
Gambarajah 5.10: Lakaran idea awal reka bentuk cermin pandang belakang
kereta. 175
Gambarajah 5.11: Lakaran perkembangan idea produk cadangan. 175
Gambarajah 5.12: Reka bentuk produk cadangan. 176
Gambarajah 5.13: Lukisan 3 dimensi menggunakan perisian rhinoceros
produk cadangan rangka luaran cermin pandang belakang. 177
Gambarajah 5.14: Produk rangka cermin dalaman kereta daripada komposit
buluh dengan polipropilena menggunakan proses
penyemperitan. 177
xii
Gambarajah 5.15: Produk rangka luaran lampu ketiga kereta daripada komposit
buluh dengan polipropilena menggunakan proses
penyemperitan. 178
Gambarajah 5.16: Reka bentuk produk cadangan apabila diaplikasikan dalam
reka bentuk aksesori dalaman kereta. 178
Gambarajah 6.1 : Hasil dapatan daripada tumbuhan buluh dan produk akhir
yang dapat dikitar semula. 182
Gambarajah 6.2 : Nilai tambah produk. 186
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL HALAMAN
Jadual 2.1 : Ringkasan beberapa spesies buluh di Malaysia. 18
Jadual 2.2 : Komposisi bahan kimia daripada beberapa jenis buluh di Malaysia. 27
Jadual 2.3 : Penggunaan beberapa plastik dalam pengaplikasian kepada
beberapa produk di pasaran. 33
Jadual 2.4: Sifat dan kandungan struktol TR 016. 35
Jadual 2.5 : Kata kunci. 51
Jadual 3.1 : Ringkasan temuramah dengan pihak industri dan agensi yang
terlibat. 62
Jadual 3.2 : Proses eksperimen awal dalam kajian rintis. 69
Jadual 4.1 : Komposit campuran polietilena (HDPE),(MAPE) dan partikel buluh. 86
Jadual 4.2 : Proses memasukkan (HDPE) ke dalam ketuhar. 88
Jadual 4.3 : Komposit campuran polipropilena (PP) dan partikel buluh. 89
Jadual 4.4 : Ringkasan (SAS) analisis komposit buluh dengan polietilena
(HDPE) menggunakan mesin proses tekanan haba. 98
Jadual 4.5 : Ringkasan (SAS) analisis komposit buluh dengan polipropilena
(PP) menggunakan mesin proses tekanan haba. 100
Jadual 4.6 : Masa yang digunakan semasa eksperimen pembentukkan vakum. 108
Jadual 4.7 : Hasil eksperimen proses pembentukkan lembaran plastik dan
komposit menggunakan mesin pembentukkan vakum. 109
Jadual 4.8 : Hasil keputusan daripada ujian kelembapan partikel buluh
menggunakan mesin ujian kandungan lembapan. 115
Jadual 4.9 : Ciri-ciri profil komposit buluh dengan plastik yang dihasilkan
melalui proses penyemperitan. 123
Jadual 4.10: Daya dan kelajuan yang dikenakan untuk mengukur setiap jenis
kekuatan dalam proses ujian tegangan. 127
Jadual 4.11: Keputusan ujian tegangan komposit buluh dengan plastik. 129
Jadual 4.12: Keputusan ujian komposit buluh dengan plastik dalam ujian
serapan air. 131
Jadual 4.13: Keputusan ujian lenturan komposit buluh dengan plastik. 135
Jadual 4.14: Keputusan ujian hentaman izod untuk spesimen komposit buluh
dengan plastik. 138
Jadual 4.15 : Keputusan ujian ketumpatan bahan untuk spesimen komposit
buluh dengan plastik. 142
Jadual 4.16: Keputusan ujian bahan (BB-PP) dan perbandingan kekuatan bahan
komposit dengan (RH-PP). 143
xiv
Jadual 4.17: Kekuatan mekanikal mampatan laminasi kayu berketumpatan
rendah iaitu mahang (Macarangga sp.), sesenduk (Endospermum
malaccense), jelutung (D.costulata) dan perbandingan dengan
komposit buluh plastik dan polipropilena (BB-PP). 148
Jadual 4.18: Formula determining basic stresses. 150
Jadual 4.19: Jenis kekuatan komposit buluh dengan polipropilena (BB-PP)
di dalam kumpulan kekuatan kayu. 154
Jadual 4.20: Jenis kekuatan kayu mengikut kumpulan SG 5, SG 6 dan SG 7
(MS 544: part 2:2011). 154
Jadual 4.21: Klasifikasi mengikut kekuatan lenturan papan partikel
(JIS: A 5908, 1994). 155
Jadual 4.22: Kualiti dalam klasifikasi berdasarkan asas papan partikel dan papan
partikel hiasan (decorative particle board) (JIS: A 5908, 1994). 157
xv
SENARAI GRAF
GRAF HALAMAN
Graf 5.1: Hasil dapatan min validasi secara visual reka bentuk stering kereta
mengikut pekerjaan. 165
Graf 5.2: Hasil dapatan min validasi secara visual reka bentuk aksesori
stering kereta. 166
Graf 5.3: Graf analisis komponen plot untuk reka bentuk aksesori stering kereta. 167
Graf 5.4: Validasi reka bentuk akhir aksesori stering kereta daripada komposit
buluh dengan polipropilena. 169
Graf 5.5: Validasi pemilihan warna produk akhir. 170
Graf 5.6: Validasi cara pemegangan produk akhir . 171
Graf 5.7: Validasi produk cadangan rangka cermin pandang belakang
kereta daripada komposit buluh dengan polipropilena. 160
SENARAI CARTA PAI
CARTA PAI HALAMAN
Carta pai 5.1: Peratus jantina responden dalam proses validasi. 164
Carta pai 5.2: Peratus umur responden dalam proses validasi. 164
xvi
Abstrak
Buluh merupakan tumbuhan semulajadi yang banyak terdapat di Malaysia. Buluh digunakan
secara meluas melalui penghasilan produk kraf sehinggalah penghasilan perabot. Berdasarkan
pemerhatian, tanaman buluh lebih menguntungkan oleh kerana ia mencapai tahap matang yang
lebih singkat berbanding kayu lain. Maka, objektif utama penyelidikan ini untuk menyelidik
secara fizikal dan fisiologi pengaplikasikan buluh sebagai komponen utama dalam penghasilan
produk aksesori dalaman kereta. Ia bagi menilai dan menentukan proses komposit yang sesuai
melalui kaedah campuran partikel buluh bersama bahan plastik. Bahan komposit ini pula dibentuk
melalui proses acuan, mampatan dan penyemperitan sebelum produk akhir terhasil. Hasilnya,
penghasilan komposit ini dapat mencari alternatif bagi menggantikan penggunaan besi dan plastik
sepenuhnya. Hasil dapatan validasi juga menunjukkan bahawa produk aksesori dalaman kereta
daripada bahan komposit buluh dengan polipropilena juga dapat memenuhi citarasa pengguna
yang cenderung ke arah reka bentuk moden dan mesra alam.
Kata kunci : buluh, pelet komposit, proses acuan, mampatan, penyemperitan, aksesori kereta.
xvii
Abstract
Bamboo is a natural plant that grows abundantly in Malaysia. Bamboo is extensively used
especially for the creation of craft products and furniture. The observation made has proven that
bamboo planting is economical as compared to other wood trees as it takes shorter time to grow.
Therefore, this research analyses the application of bamboo as the major component in creating
car interior accessories. The study entails the study of evaluation and confirmation of composite
material process involving particle mixture of bamboo and plastic. These composite materials are
formed through the process of molding, compression, and extrusion before the final product is
produced. The creation of bamboo composite provides alternatives to the usage of plastic and
metal for interior car accessories. It is validated that interior car accessories made of bamboo
and polypropylene is able to fulfill the interest of consumers who are keen on environmental
friendly products and modern design.
Keywords: bamboo, composite pellet, molding, compression, extrusion, car accessories.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penyelidikan ini dijalankan bertujuan memperbaharui bahan daripada tumbuhan buluh
untuk diaplikasikan sebagai salah satu bahan yang digunakan di dalam pembuatan aksesori
kereta. Dalam kajian ini kaedah komposit bahan digunakan sebagai bahan pengikat. Partikel
buluh dan termoplastik telah digunakan untuk dijadikan bahan komposit. Teknologi
pembuatan yang digunakan adalah berkaitan proses kejuruteraan bahan seperti proses
penyemperitan dan proses mampatan. Bahan baru buluh yang diperolehi akan diproses dan
dibentuk menjadi produk akhir iaitu sebagai produk aksesori dalaman kereta. Penggunaan
partikel buluh sebagai bahan dalam komposit adalah kerana kelebihan buluh yang mempunyai
sifat yang boleh digunakan semula, kos yang rendah, biodegradasi dan mempunyai kekuatan
mekanikal yang sesuai dalam pembuatan produk.
Buluh merupakan salah satu hasil hutan bukan kayu yang sangat penting di Malaysia.
(Khairuddin Kamaruddin, 2009) dalam penyelidikannya menerangkan buluh adalah sejenis
tumbuhan dari keluarga rumput (Graminae) dan tergolong dalam sub-keluarga bambusoidae.
Malaysia mempunyai tanah seluas 32.83 juta hektar dan daripada keluasan ini kawasan
berhutan ialah 20.20 juta hektar (Khairuddin Kamaruddin, 2009). Menurut sumber yang
diperoleh daripada Jabatan perhutanan Semenanjung Malaysia 2005, seluas 576 hektar tanah
telah ditanam dengan buluh. Taburan tumbuhan buluh mudah ditemui di seluruh negeri di
Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak (Khairuddin Kamaruddin, 2009). Negeri
Kelantan mencatatkan keluasan tanaman buluh yang paling tinggi iaitu seluas 155 hektar
diikuti dengan negeri Pahang seluas 122 hektar.
2
Buluh diakui mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan tradisional masyarakat
Malaysia. Namun begitu, kepentingan buluh semakin berkurangan ditelan arus kemodenan.
Pelbagai usaha dilakukan beberapa pihak untuk mencari kaedah bagi memanfaatkan buluh
dalam kehidupan moden. Menurut (Razak Wahab et al., 1997), kebiasaannya buluh
digunakan untuk kegunaaan tradisional seperti bakul, lidi sate, penyepit makanan, bahan
hiasan, colok dan perabot. Selain itu juga, penggunaan buluh sebagai papan laminasi panel
dan lantai telah mula mendapat perhatian daripada masyarakat dan pengusaha tempatan sejak
beberapa tahun kebelakangan ini.
Buluh sering di ibaratkan sebagai “kayu yang lemah”. Walau bagaimanapun, istilah
ini tidak tepat kerana dalam beberapa aspek (Khairuddin Kamaruddin, 2009) menyatakan
buluh masih mempunyai kelebihan berbanding kebanyakan kayu. Buluh merupakan
tumbuhan pelbagai guna yang boleh menjadi bahan pengganti semulajadi bagi spesies-spesies
kayu tropika yang sedang menghadapi kekurangan bekalan disebabkan penekanan kerajaan ke
arah usaha-usaha pemuliharaan hutan. Selain itu, (Chia & Kamo, 2005) juga menerangkan
bahawa buluh merupakan tumbuhan yang digunakan sebagai alternatif.
Di dalam kedua-dua iklim tropika dan subtropika (Razak Wahab, 2006) menyatakan
buluh tumbuh secara liar atau ditanam akan mencapai ketinggian maksimum dalam masa
yang singkat. Menurut (Unchi & Zamri, 2009) pula, antara kelebihan buluh adalah batang
buluh dapat ditebang dengan cepat selepas empat atau lima tahun penanaman. Kulma buluh
yang berumur diantara tiga dan empat tahun mempunyai ketebalan yang sesuai untuk
dijadikan produk pelbagai guna. (Razak Wahab et al., 1997) telah menyatakan tumbuhan
buluh dapat menghasilkan antara empat hingga lima kali lebih biojisim berbanding mana-
mana pokok kayu yang ada sekarang.
3
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dan industri di negara kita bagi
mempelbagaikan lagi aktiviti berkaitan tumbuhan buluh. Antara aktiviti-aktiviti tersebut
terdiri daripada penyelidikan, penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan, latihan, bantuan
kewangan dan promosi pemasaran. Penanaman buluh boleh dilakukan secara komersil dan
secara berkelompok melibatkan pekebun kecil yang diuruskan dalam satu organisasi.
(Khairuddin Kamaruddin, 2009) menyatakan di dalam pembangunan dan penyelidikan
terhadap bahan mentah buluh, agensi utama yang terlibat ialah Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai (FRIM). FRIM kini telah meneliti beberapa
cara bagi penambahbaikan pertumbuhan dan pengeluaran produk nilai tambah buluh. Untuk
menentukan perabot dan barangan buluh yang dihasilkan mencapai tahap piawaian yang
ditetapkan bagi tujuan eksport pula, agensi seperti Institut Piawaian dan Penyelidikan
Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah diberi mandat tersebut.
Fokus penyelidikan ini menekankan penggunaan teknologi oleh beberapa agensi
kerajaan dan swasta dari sudut penggunaan mesin dan proses. Pengetahuan mengenai sifat-
sifat semulajadi buluh adalah penting dalam menentukan hasil sama ada bahan asas daripada
buluh tersebut dapat dijadikan produk seperti pulpa dan kertas atau digunakan dalam industri
pembuatan komposit.
Persepsi masyarakat mengenai buluh sebagai tumbuhan lemah dan murah tidak lagi
boleh diterima kerana buluh dapat dijadikan sebagai bahan yang lebih produktif. Hal ini dapat
dilihat melalui penggunaan buluh dalam kehidupan harian manusia. Penggunaan rebung
buluh sebagai bahan makanan sehinggalah sisa buangan yang telah digunakan sebagai bahan
komposit adalah membuktikan kegunaan buluh amat penting dalam kehidupan manusia.
4
(Jamaludin Kasim, 2006) menyatakan di Malaysia, banyak kayu dan industri
berasaskan buluh menghasilkan banyak serbuk kayu sebagai bahan buangan. Serbuk kayu ini
juga telah dibakar tanpa penggunaan yang bermakna. Menurut (Jamaludin Kasim, 2006) juga
terdapat kira-kira 27 % hingga 48 % daripada buluh yang digunakan dalam industri buluh
adalah dibuang sebagai sisa. Bahan buangan ini jika ditukar atau digunakan semula akan
menjana pendapatan yang lebih kepada industri.
Penyelidikan yang dijalankan tertumpu pada partikel buluh iaitu hasil daripada
tanaman dan sisa buangan buluh yang dicampurkan dengan bahan plastik dan dijadikan
sebagai bahan komposit. Hal ini membolehkan biojisim buluh dimanfaatkan sebagai nilai
tambah sebagai produk bernilai tambah yang tinggi yang dapat dikomersilkan dalam
penghasilan produk baharu dalam industri pembuatan komponen kereta.
1.2 Penyataan Masalah
Pengeluaran produk berasaskan buluh banyak terdapat dipasaran. Produk buluh
kebanyakannya digunakan dalam penghasilan kraftangan dan pembuatan perabot. Walau
bagaimanapun, beberapa masalah yang dihadapi daripada penggunaan bahan semulajadi ini.
Antara masalah-masalah yang dihadapi adalah :
1. Bahan buluh kebiasaanya digunakan dalam keadaan lurus. Sifat buluh ini
sememangnya sukar untuk dibentuk dan teknologi yang digunakan adalah rendah
menjadikan masalah kepada pengusaha menghasilkan produk yang mempunyai bentuk
yang pelbagai. Selain itu spesies buluh di Malaysia juga adalah nipis dan tidak kuat.
5
(Khairuddin Kamaruddin, 2009) usaha untuk memindahkan kaedah teknologi terkini
dalam sektor pemprosesan keluaran buluh masih baru dijalankan di negara ini. Dari segi
penggunaan peralatan pemprosesan pula, mesin yang khusus untuk membelah batang buluh
yang berlainan saiz amat sukar diperoleh. Gambarajah 1.1 di bawah menunjukkan batang
buluh yang lurus digunakan sebagai bahan dalam pembuatan kraftangan dan perabot.
Gambarajah 1.1 : Contoh kraftangan dan perabot daripada buluh.
2. Produk daripada komposit buluh dan termoplastik yang dijadikan sebagai aksesori
kereta juga tiada di pasaran. Melalui pemerhatian yang dijalankan juga produk buluh
yang dihasilkan daripada bahan komposit kurang dipasaran kerana penggunaan
teknologi mesin yang canggih seperti proses acuan suntikan dan proses penyemperitan
yang kurang digunakan dan memerlukan kos mesin yang tinggi.
Menurut (Razak Wahab et al., 1997), kebiasaanya buluh digunakan dalam industri
kraftangan dan perabot. Industri ini lebih bercorak industri kampung dan industri kecil di
mana tahap teknologi pembuatan yang digunakan adalah rendah, tetapi memerlukan
kemahiran yang tinggi dalam pembuatan. Hasil pulangan balik bagi industri ini juga adalah
agak rendah dan penghasilan produk terhad berbanding dengan industri berasaskan hasil
hutan yang lain.
6
1.3 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan telah wujud di dalam kajian ini. Persoalan-persoalan tersebut
adalah:
a) Bagaimanakah sifat fizikal bahan dan kaedah pemprosesan dalam membentukkan bahan
kepada reka bentuk produk?
b) Bagaimanakah bahan buluh dapat diaplikasikan kepada nilai tambah pembuatan akesori
kereta?
c) Bagaimanakah penerimaan pengguna terhadap reka bentuk produk baru daripada bahan
komposit buluh plastik ?