45
3 1. PENDAHULUAN Kajian ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula apabila pelajar tidak dapat menguasai kata kunci dan definisi setiap nilai yang dipelajari. Sedangkan matapelajaran Pendidikan Moral ini telah di ajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Para pelajar hanya perlu mengingati sebanyak 36 nilai termasuk kata kunci dan definisi setiap nilai. Permasalahan yang kedua ialah pelajar tidak memahami cara atau teknik menjawab soalan Pendidikan Moral berformat SPM. Para pelajar hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur pemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan pelajar dalam menjawab soalan. Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Oleh itu, saya sebagai guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh para pelajar dengan terperinci sebelum merancang langkah- langkah pembaikan.

Aplikasi Psikologi Report

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Aplikasi Psikologi Report

3

1. PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati

dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih

dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui

perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan

teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai

mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah

yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula apabila pelajar tidak

dapat menguasai kata kunci dan definisi setiap nilai yang dipelajari. Sedangkan matapelajaran

Pendidikan Moral ini telah di ajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Para pelajar

hanya perlu mengingati sebanyak 36 nilai termasuk kata kunci dan definisi setiap nilai.

Permasalahan yang kedua ialah pelajar tidak memahami cara atau teknik menjawab

soalan Pendidikan Moral berformat SPM. Para pelajar hanya menjawab mengikut cara

tersendiri seperti menjawab soalan struktur pemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata

kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan pelajar dalam menjawab soalan. Dalam proses

pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Oleh itu, saya

sebagai guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh para pelajar dengan terperinci

sebelum merancang langkah- langkah pembaikan.

Page 2: Aplikasi Psikologi Report

3

2. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib lulus bagi

calon bukan bumiputera dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tanpa kelulusannya calon

bukan bumiputera sukar untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) tempatan. Di sekolah saya iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang Kepong

mata pelajaran ini adalah di bawah bidang Kemanusiaan dan jumlah waktu pengajaran dan

pembelajaran (P&P) bagi tingkatan menengah atas ialah 3 waktu sahaja. Semua calon SPM

bukan bumiputera adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Hal ini menyebabkan guru

mengajar pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana dan

lemah. Dalam P&P, saya kerapkali menghadapi masalah menerangkan definisi nilai kepada

calon. Malah pelajar juga kurang atau tidak mengulangkaji definisi nilai yang telah dipelajari

di sekolah. Mereka juga tidak mahu bertanya jika mereka tidak memahami nilai atau tidak

pasti dengan definisi nilai kepada saya atau rakan yang tahu kerana takut dilabel sebagai

pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat langsung latihan secara kendiri.

Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka beranggapan bahawa mereka tidak mampu

menghafal kesemua 36 nilai dan definisinya.

Latihan yang saya beri sebagai kerja rumah atau kerja lebihan tinggal latihan sahaja.

Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Perasaan

kecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi

itu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang

telah saya gunakan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral

ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek ini

adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap dijalankan sekurang-

kurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik.

Page 3: Aplikasi Psikologi Report

3

3. PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN

Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada cara atau strategik P&P yang

digunakan ketika mengajar pelajar-pelajar ini. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar ini

sering menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Saya

mendapati mereka belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa

subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pendidikan

Moral sebenarnya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea

untuk menggunakan teknik hafalan , iaitu 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi. Saya menyuruh setiap

pelajar ini untuk menghafal 1 nilai 1 definisi. Saya juga menyatakan bahawa setiap kali

waktu Pendidikan Moral pelajar perlu membacakan nilai dan definisinya kepada saya.

Mereka juga perlu menulis sebagai pengukuhan.

Teknik kedua yang saya gunakan adalah dengan membuat peta minda. Peta minda

merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan

untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Melalui teknik ini, saya menunjukkan

contoh dengan melukis di papan putih bagi satu bidang besar yang di dalamnya terdapat

beberapa nilai mewakili setiap bidang dan melalui nilai itu, pelajar memecahkan kepada dua

kata kunci. Pelajar boleh membuat peta minda mengikut kreativiti pelajar itu sendiri dan ini

dapat memudahkan pelajar mengingati nilai dan definisi. Teknik yang saya laksanakan ini

adalah sebagai salah satu galakan kepada pelajar-pelajar ini serta dapat menambah keyakinan

kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti mana yang disangkakan oleh

mereka. Dengan ini juga para pelajar dapat belajar subjek ini dengn seronok.

Pelajar mempunyai masalah dalam menjawab soalan berbentuk struktur mengikut

format SPM sebenar. Pelajar-pelajar saya ini tidak memahami cara atau teknik untuk

menjawab soalan berbentuk peperiksaan. Kebanyakkan mereka hanya menjawab mengikut

cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci

nilai tidak sama sekali diaplikasikan oleh mereka dalam jawapan. Mengikut pengalaman

mereka ketika di Tingkatan 4, mereka tidak didedahkan langsung dengan teknik jawapan

yang betul. Yang anehnya ialah pelajar-pelajar ini tidak sama sekali mengetahui bahawa

format menulis jawapan struktur dan esei adalah bergantung pada peruntukan markah setiap

soalan. Malah yang lebih mengejutkan saya ialah mereka tidak tahu apakah itu : W + KK+ S

(W = Watak , KK = Kata Kunci dan S = Situasi). Keadaan ini amat mendukacitakan saya,

kerana inilah yang merupakan teknik paling penting dalam menjawab soalan peperiksaan.

Page 4: Aplikasi Psikologi Report

3

4. TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting

bagi saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu

pelajar pelajar ini untuk skor markah yang cemerlang dalam kertas Pendidiakan Moral SPM.

Oleh itu, teknik 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi dimulakan dengan memberi tumpuan yang lebih.

Setiap kali waktu Pendidikan Moral, pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk membaca nilai,

definisi dan kata kuncinya kepada saya sebelum memulakan sesi pengajaran. Malah saya juga

memastikan mereka menulis apa yang dibacakan kepada saya agar mereka tidak lupa begitu

saja. Kaedah ini saya jalankan setiap waktu P&P Pendidikan Moral dan saya mendapati

keberkesanannya amat positif. Selepas peringkat tersebut, saya mengunakan teknik saya

sendiri untuk membolehkan pelajar-pelajar ini mengetahui cara menulis jawapan struktur.

Dalam pada itu, saya juga menekankan bahawa setiap soalan struktur perlu ditulis

dengan mengambil perhatian pada peruntukan markah yang diberi. WKKS perlu diterapkan

mengikut peruntukan markah yang diturunkan. Saya juga mengingatkan pelajar-pelajar ini

agar berhati-hati semasa menjawab soalan struktur terutamanya yang memerlukan contoh. Di

peringkat awal pengajaran saya banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi.

Langkah ini dapat memahirkan mereka dalam menulis jawapan yang betul. Saya dapati

langkah ini amat berkesan kerana pelajar mula mahir dengan cara menulis jawapan yang

betul. Malah mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka kini lebih confident ketika

menjawab soalan Pendidikan Moral.

Para pelajar juga diuji setiap bulan dengan mengadakan ujian mudah oleh saya,

dimana pelajar perlu menulis semula nilai dan definisi yang telah dihafal. Strategik ini saya

jalankan selama 6 bulan dan hasilnya cukup memuaskan. Bagi kelas pandai mereka dapat

menyenaraikan kesemua 36 nilai dan definisnya tanpa sebarang masalah. Manakala bagi

kelas lemah, walaupun tidak semua pelajar dapat mengingati 36 nilai yang dipelajari, tetapi

mereka menunjukkan perubahan dengan mengingati 20 nilai daripada 36 nilai yang telah

dipelajari. Melalui cara ini juga, saya dapati pelajar-pelajar ini mempunyai memori ingatan

yang baik.

Saya juga menggunakan konsep peta minda untuk memudahkan kumpulan pelajar

lemah dalam mengingati nilai-nilai yang terdapat dalam setiap bidang. Dalam silibus

Pendidikan Moral, terdapat tujuh bidang besar yang mengandungi 36 nilai yang memerlukan

Page 5: Aplikasi Psikologi Report

3

pelajar mengingat semua nilai dan definisi. Pelajar akan diberi peta minda berdasarkan setiap

bidang dan nilai yang terdapat di dalam bidang itu dan kemudian akan dipecahkan kepada

dua kata kunci (untuk setiap nilai). Kata kunci adalah merupakan perkara penting yang perlu

diingati dalam setiap definisi. Kata kunci dan definisi nilai ini amat penting kerana ia akan

digunakan dalam menjawab soalan peperiksaan SPM sebenar.

Mengikut format peperiksaan SPM, terdapat dua bahagaian di mana bahagian (A)

merupakan soalan struktur yang mengandungi 8 soalan dan bahagian (B) terdapat 3 soalan

berbentuk esei (pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan sahaja). Setiap soalan meminta

pelajar-pelajar atau calon-calon untuk menyatakan nilai, definisi , kata kunci dan perlu

menjawab mengikut teknik yang yang betul bagi soalan yang meminta pelajar-pelajar

jelaskan, terangkan dan huraikan nilai. Bagi soalan yang berbentuk sebegini, pelajar perlulah

memasukkan format WKKS (Watak + Kata Kunci + Situasi ) ketika menjawab begitu juga

soalan berbentuk esei.

Page 6: Aplikasi Psikologi Report

3

5. PENDEKATAN TEORI PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MASALAH

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 DAN

TINGKATAN 5 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG.

5.1. Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun.

Pendidikan merupakan agensi terpenting dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses

pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan

berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses pengajaran

Barat meyakini bahawa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian kaedah

penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan

minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987).

Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran

dan pembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Seringkali dapat dilihat bahawa pelajar

amat sukar untuk memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti

pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang

melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata tanpa ada sebarang alternatif atau

usaha yang dapat menarik minat dan penglibatan mereka. Dari segi kemahiran

berfikir, pelajar kelihatan sukar untuk mengeluarkan pendapat serta idea sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pelajar juga sukar untuk membuat

gambaran secara imaginasi tentang apa yang diajar oleh guru. Akibatnya, pelajar

kurang memahami dan mengingat apa yang diajar dalam bilik darjah. Keberkesanan

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan

strategi pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalam kelas.

Berdasarkan pengalaman saya semasa di sekolah, kebanyakan pelajar dilihat

tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)

berlangsung. Mereka seringkali bersembang, bermain dan tidak menumpukan

perhatian sepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh guru. Hal ini terjadi disebabkan

fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada satu kecerdasan sahaja iaitu

Page 7: Aplikasi Psikologi Report

3

verbal-linguistik yang mana guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan

kaedah tradisional tanpa menggunakan bahan bantu mengajar serta aktiviti yang

bersesuaian dan membuatkan pelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas.

Saya berpendapat pelajar akan belajar dengan lebih berkesan jika diberi

peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Di sini

peranan guru dilihat memberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar di dalam

kelas. Justeru, saya mengambil inisiatif meningkatkan penglibatan pelajar di dalam

kelas saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengaitkan pendekatan

Teori Kecerdasan Pelbagai mengikut subjek yang saya ajar.

5.2. Integrasi Unsur Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran.

Barat meyakini bahawa unsur-unsur kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jasmine (1996), unsur-unsur

kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran bagi sesuatu

mata pelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran, di samping dapat

memperkembangkan kecerdasan yang relevan dengan topik pembelajaran. Dalam

mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai, Jasmine (1996) menyatakan bahawa

adalah perlu untuk memasukkan ke dalam rancangan pengajaran, jenis-jenis

kecerdasan yang hendak diintegrasikan mengikut kesesuaiannya dengan topik yang

diajar. Sebelum itu Armstrong (1994) menganjurkan agar, dalam merancang sesuatu

pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai, guru-guru menetapkan

objektif pengajaran terlebih dahulu diikuti dengan memikirkan persoalan-persoalan

seperti yang terdapat dalam Rajah 1.

Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan teori kecerdasan pelbagai

dalam sistem pendidikan pada tahun 2001 melalui Pusat Perkembangan Kurikulum

yang kini dikenali sebagai Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara rasionalnya

ialah seperti berikut :

Di samping menghasilkan pelajar yang seimbang, Model Teori Kecerdasan

Pelbagai membantu pelajar memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad

akan datang.

Page 8: Aplikasi Psikologi Report

3

Model Teori Kecerdasan Pelbagai dapat membantu kita menganjak kita focus

dari isi kandungan kepada hasil pembelajaran generic yang lebihh penting

dan berguna kepada pelajar.

( Pusat Perkembangan Kurikulum 2001 :14)

Berdasarkan rasional di atas, dapat dikatakan bahawa kesemua unsur

kecerdasan pelbagai adalah antara perkara yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum

bagi melengkapi usaha membangunkan modal insan yang seterusnya dapat

menumbang kepada pembangunan negara.

5.3. Pendekatan teori kecerdasan pelbagai dalam menyelesaikan masalah

pembelajaran pendidikan moral.

Teori kecerdasan Pelbagai mengikut Howard Gardner didefinasikan sebagai

“An intelligence is the ability to create products that are valued within one or more

cultural settings.” ( Gardner, 1983). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis

iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik,

Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan &

Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 165)

Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan

dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna

perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara

berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan

menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari

segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi

kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melaui

pengajaran serta penerangan lisan. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul

Aziz Abdul Shukor, 2008 : 166).

Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah

kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan,

boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan

menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan

Page 9: Aplikasi Psikologi Report

3

metematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah

yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli Sains, walaubagaimanapun,

didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini

belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri

penemuan dan pembelajaran koperatif. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan &

Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 166)

Visual-Ruang merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,

ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan

ruang secara grafik. Seorang yang mempunyai kecerdasan ini boleh membentuk

gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam

bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya

imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan

gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta

dan gambarajah. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor,

2008 : 167)

Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk

menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran

fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang

mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang

melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti

menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kamahiran

motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi,

permainan, main peranan dan membina model. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan

& Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 167)

Page 10: Aplikasi Psikologi Report

3

Rajah 1. Persoalan yang timbul semasa merancang penyebatian unsur kecerdasan pelbagai

dalam pengajaran (Armstrong, 1994)

Logik-matematik Bagaimana saya boleh memasukkan nombor-nombor, pengiraan, logik, klasifikasi atau kemahiran berfikir secara kritis?

Interpersonal Bagaimana saya boleh mewujudkan perkongsian antara pelajar, pembelajaran koperatif, atau simulasi kumpulan?

Intrapersonal Bagaimana saya boleh membangkitkan perasaan diri atau memori atau memberi pilihan kepada pelajar?

Verbal-linguistik Bagaimana saya boleh menggunakan perkataan-perkataan secara lisan dan tulisan?

Muzik Bagaimana saya boleh memasukkan muzik atau bunyi persekitaran atau irama atau kerangka melodi?

Visual-ruang Bagaimana saya boleh guna bahan bantu visual, visualisasi, warna, lukisan atau metafora?

Kinestetik Bagaimana saya boleh melibatkan keseluruhan anggota badan pelajar atau pengalaman hands-on?

Naturalis Bagaimana saya boleh memasukkan pemerhatian terhadap dunia, mengklasifikasi atau kemahiran mengenal pasti?

OBJEKTIF

Page 11: Aplikasi Psikologi Report

3

Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi

termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi

yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi

seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik

tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain.

Walauapa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan

menghayati pengalaman muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang

tinggi lebih gemar belajar malalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis

tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan &

Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 167 - 168).

Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi,

tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal

boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan

dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan

seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada ‘mood’ orang dewasa

sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang

dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai

kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif

dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. (Suppiah

Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 168).

Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri

dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran

membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal

perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang

tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam

yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan

mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar

bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan

membuat laporan jurnal yang baik. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul

Aziz Abdul Shukor, 2008 : 168).

Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasikan dan

menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan

rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai

Page 12: Aplikasi Psikologi Report

3

kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara

alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan

naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. (Suppiah

Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 169)

Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu,

pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu

dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang

berlainan. Ia juga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi

melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini

dapat mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan

menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran.

Melalui pendekatan ini, saya menggunakan gabungan enam kecerdasan iaitu

Verbal-Linguistik, Logik- Matematik, Interpersonal, Intrapersonal, Kinestetik dan

Kecerdasan Muzik mengikut matapelajaran, kelas dan tahap kebolehan pelajar di

dalam kelas.

5.4. Kerangka Teorikal

Secara keseluruhannya, kajian ini bertitik tolak daripada andaian bahawa

usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas ada kaitannya dengan

strategi pengajaran dan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan dalam

bilik darjah. Dengan ini, guru dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar yang

agak pasif dalam kelas untuk melibatkannya bergerak aktif dengan membuat

intervensi yang bersesuaian dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

dalam bilik darjah.

Intervensi yang dimaksudkan adalah berbentuk penggunaan pelbagai strategi

pengajaran khususnya dari segi kaedah dam aktiviti yang dirancang dan seterusnya

dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajarn berlangsung. Kerangka kerja

konseptual dalam Rajah 2 secara tidak langsung memperlihatkan bahawa perancangan

pada strategi pengajaran khususnya pada pemilihan aktiviti-aktiviti contohnya seperti

Page 13: Aplikasi Psikologi Report

3

penggunaan permainan, kaedah simulasi, latih tubi bertindak sebagai pembolehubah

bebas untuk menguji kecerdasan pelajar. Hal ini disokong dengan pendekatan Teori

Kecerdasan Pelbagai, yang mengakui bahawa setiap pelajar memiliki pelbagai

kecerdasan dan cara seseorang pelajar berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan

dengan seseorang murid yang lain.

Terdapat enam daripada lapan jenis kecerdasan yang telah dikenal pasti oleh

pengkaji untuk melibatkan kecenderungan potensi pelajar dalam bentuk verbal-

linguistik, logik- matematik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan

muzik. Seterusnya, gabungan antara strategi pengajaran yang dirancang guru

bersama-sama dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk meningkatkan

penglibatan pelajar dalam kelas.

Rajah 2 : Kerangka Teorikal

Strategi pengajaran

Strategi pengajaran

Penerapan Teori Kecerdasan

Pelbagai

Penerapan Teori Kecerdasan

Pelbagai

Meningkatkan Penglibatan

Pelajar

Meningkatkan Penglibatan

Pelajar

Kepelbagaian aktiviti dalam kaedah pengajaran

Kepelbagaian aktiviti dalam kaedah pengajaran

Verbal-Linguistik

Logik – Matematik

Interpersonal

Intrapersonal

Muzik

Verbal-Linguistik

Logik – Matematik

Interpersonal

Intrapersonal

Muzik

- Pelajar aktif

- Tidak malu bertanya

- Berani menyatakan pendapat

- Pelajar aktif

- Tidak malu bertanya

- Berani menyatakan pendapat

Page 14: Aplikasi Psikologi Report

3

5.5. Hasil Kajian Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai.

Strategi pengajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang

digunakan oleh guru dapat dilihat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti memberi definilai nilai

dalam bidang pertama, pelajar diminta untuk keluar kehadapan kelas dan menyusun

jawapan berdasarkan nilai yang telah diberikan. Kemudian, guru akan bertanyakan

kepada pelajar lain samada jawapan tersebut betul atau tidak. Pelajar yang

berpencapain tinggi akan dapat bertindak dengan pantas manakala pelajar yang

berpencapaian rendah akan lebih tertumpu kepada perbincangan bersama rakan dan

penerangan guru. Langkah-langkah ini melibatkan Kecerdasan Logik-Matematik,

Kinestetik dan Interpersonal yang mana ianya menguji kemahiran bertindak,

menyelesaikan masalah keaktifan pelajar. Permulaannya, pelajar kelihatan takut,

kurang keyakinan dan tidak mahu keluar ke hadapan kelas untuk menyelesaikan

aktiviti tersebut. Namun, setelah diberikan sedikit motivasi oleh guru, pelajar cuba

melakukannya dan akhirnya berjaya.

Seterusnya untuk soalan latih tubi berbentuk soalan struktur dan esei

dijalankan. Pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk menjawab soalan di hadapan

kelas untuk membina keyakinan diri serta kesediaan mereka. Mulanya, pelajar

kelihatan malu dan segan untuk menjawab soalan tersebut kerana dikhuatiri salah.

Namun, lama-kelamaan perasaan tersebut dapat dihindarkan dengan sokongan dan

motivasi yang diberikan oleh guru dan pelajar-pelajar lain. Langkah ini seiring dengan

penggunaan Teori Kecedasan Interpersonal dan Intrapersonal iaitu kebolehan individu

menangani dan mengawal perasaan takut dan malu mereka serta kebolehan individu

memahami perasaan orang lain dan dan memberikan motivasi kepada individu lain.

Di samping itu, guru juga dapat mengetahui kebolehan pelajar samada dapat

menjawab soalan dengan teknik yang betul ataupun tidak. Guru akan mengajar teknik

yang betul sekiranya pelajar menjawab dengan salah. Aktiviti ini diteruskan untuk

setiap nilai yang baru tujuan pelajar mengingati teknik menjawab soalan berbentuk

esei dan struktur dengan betul.

Seterusnya, aktiviti suai pada definisi nilai dan kuiz dijalankan. Bagi akiviti

suai padan nilai dan definisi, pelajar dikehendaki menjawab dalam kertas yang telah

disediakan dan kemudian diberi peluang untuk membincangkan jawapan dengan guru

Page 15: Aplikasi Psikologi Report

3

menjemput pelajar keluar memberikan jawapan. Sekiranya salah, guru akan memberi

jawapan yang betul. Manakala bagi soalan kuiz pula, pelajar mejawab soalan

berbentuk peperiksaan SPM yang sebenar dan mesti menggunakan kaedah yang betul.

Aktiviti ini dapat dilihat menguji kepantasan pelajar mengingati definisi, menjawab

soalan serta mengingati pembelajaran yang telah diajar disamping menguji

kepantasan pergerakan dan keaktifan pelajar di dalam kelas. Guru juga dapat

mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalam subjek ini, juga pelajar yang lemah.

Kesemua kemahiran tersebut terkandung di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu

Kecerdasan Kinestetik, Logik-Matematik dan Intrapersonal.

Pelajar diperkenalkan dengan kaedah peta minda. Guru menyediakan satu

contoh peta minda berbentuk himpuan belon-belon yang mengandungi gambaran ciri-

ciri yang terdapat pada setiap nilai yang mewakili setiap bidang. Pelajar-pelajar juga

perlu memebentuk peta minda mengikut setiap bidang dan menyatakan nilai serta

definisi mengikut kreativiti masing-masing secara berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan

memperkembangkan kecerdasan-kecerdasan pelajar, misalnya aktiviti melukis peta

minda merujuk kepada kecerdasan ruang, kerja berkumpulan merujuk kepada

kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dan seterusnya pembentangan yang perlu

dilakukan oleh pelajar dihadapan kawan-kawan sekelas merujuk kepada kecerdasan

bahasa. Kesemua kecerdasan-kecerdasan ini digabungkan di dalam satu aktiviti untuk

menggalakkan keaktifan pelajar.

Seterusnya, pelajar dibawa untuk mendengar muzik tentang nilai dan definisi

di mana untuk memudahkan pelajar-pelajar mengingati setiap nilai dan definisi

melalui muzik. Berdasarkan kecerdasan muzik, elemen ini diplih kerana pengaruhnya

yang besar kepada golongan pelajar, dimana ia menjadi senario hiburan kepada muda-

mudi khasnya golongan remaja dan pelajar. Penggunaan rangsangan muzik bertujuan

untuk mengubah suasana pembelajaran agar lebih menarik dan pelajar boleh belajar

sambil berhibur. Sememangnya fitrah manusia suka kepada hiburan dan tidak salah

rasanya apabila kita menggunakan hiburan untuk tujuan pembelajaran selagi konsep

dan tujuan utamanya tidak menyimpang dari objektif utama pendidikan.

Page 16: Aplikasi Psikologi Report

3

6. PENDEKATAN TEORI BEHAVIORISME DALAM MENYELESAIKAN

MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG

6.1. Teori Behaviorisme

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan

oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan

dengan perubahan tingkah laku.Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan

daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan keatas haiwan seperti anjing,

tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada

perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas (R-G) yang menghasilkan perubahan

tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahwa pengajaran dan

pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkahlaku pelajar sama ada

baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh

diperhati, dikawa dan diramal.

Ivan Pavlov (1849-1936) menjalankan kajian keatas proses penghadaman.

Beliau menggunakan anjing dalam kajiannya, beliau secara tidak langsung telah

menemui perkaitan antara rangsangan semulajadi dengan gerakbalas. Teori beliau

telah dinamakan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. (Suppiah Nachiappan, Ramlah

Jantan & Abdul Azizi Abdul Shukor:183-184 ) manakala Thorndike (1874-1949) dan

Skinner (1904-1990) telah mengasaskan Teori Pelaziman Operan. Thorndike telah

menjalankan kajian keatas kucing dan menerima konsep pembelajaran“ cuba dan

jaya”. Seterusnya melalui satu kajian beliau telah mengemukakan tiga hukum

pembelajaran iaitu hukum kesan, hukum latihan dan hukum kesediaan. (Suppiah

Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Azizi Abdul Shukor: 184-185).

Skinner pula telah menjalankan satu kajian keatas tikus putih dan

mengasaskan Teori Peneguhan Positif dan Teori Peneguhan Negatif. (Suppiah

Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Azizi Abdul Shukor: 186-187).

Page 17: Aplikasi Psikologi Report

3

Pendekatan Teori Thorndike lebih selesa di praktikkan oleh guru. Berikut mengenali

teori ini dengan lebih jelas.

6.2. Teori Edward L. Thorndike (1874-1949)

Seperti yang telah diketahui, Thorndike telah memperkenalkan “pembelajaran

cuba dan jaya” serta tiga hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan, Hukum

Latihan dan Hukum Kesan. Melalui kajian beliau keatas seekor kucing lapar yang

dikurung dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di sebelah luar sangkar,

beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar

dari sangkar yang dikenali sebagai “pembelajaran cuba dan jaya”. Kucing tersebut

telah melakukan pelbagai usaha sehinggalah ia terpijak selak pintu sangkar dan pintu

terbuka lantas si kucing berlari keluar mendapatkan makanan. Beliau juga

menyarankan agar pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut

hukum pembelajaran. Di sinilah beliau telah menghasilkan tiga hokum pembelajaran

tersebut.

i. Hukum Kesediaan.

Kesediaan dapat dilihat dari tigaaspek iaitu kesediaan psikomotor,

kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Di mana apabila seseorang itu

bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan (kesediaan kognitif) maka

tindakan (kesediaan psikomotor) dapat memberi kepuasan (kesediaan

afektif) kepadanya. Ini bermakna sekiranya pelajar tidak mahu melakukan

sesuatu dan dipaksa untuk melakukannya, ia mampu menghasilkan

pembelajaran yang tidak sempurna. Boleh diringkaskan di sini bahawa

hokum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang

perlu ada sebelum individu itu bertindak.

ii. Hukum Latihan.

Hukum latihan ini sangat sesuai bagi latihan hafalan. Dalam latihan

hafalan, perkaitan antara rangsangan dangerakbalas (R-G) akan bertambah

kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Hukum latihan menyatakan

bahawa satu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan

dilemahkan apabila tiada pengukuhan.

Page 18: Aplikasi Psikologi Report

3

iii. Hukum Kesan.

Hukum kesan menyatakan jika sesuatu tindakan diikuti oleh perubahan

yang menyeronokkan dan positif, besar kemungkinan tindakan itu akan

kerap berlaku dan begitu juga sebaliknya. Contohnya selepas melakukan

sesuatu, mendapat pujian dan ini akan menggalakkan seseoran gitu

melakukan perbuatan yang seumpamanya.

Berdasarkan tiga hukum pembelajaran tersebut, maka guru bolehlah

menjadikannya sebagai satu pendekatan yang berkesan untuk merangka

strategi pengajaran dan pembelajaran sebagaimana mata pelajaran

Pendidikan Moral di dalam kelas. Antara strategi yang boleh diguna pakai

ialah :

a) Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar (kesediaan psikomotor,

kognitif dan afektif).

Seperti yang kita ketahui matapelajaran Pendidikan Moral ini diajar

kepada pelajar-pelajar bukan Melayu. Dan kita maklum yang mana

didikan di rumah dan budaya kaum mereka berbeza dengan kaum

Melayu yang mana kaum Melayu lebih menitik beratkan adab sopan

dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Jadi sebelum mengajar

pelajar-pelajar kita berkenaan dengan nilai-nilai murni yang

terkandung di dalam matapelajaran Pendidikan Moral ini, guru

seharusnya mengenali pelajar dan latar belakang sosial pelajar dan

keluarga. Ini kerana ada di kalangan mereka yang ibu bapanya tidak

ambil berat langsung tentang nilai-nilai murni. Lazimnya kebanyakan

pelajar-pelajar ini berada di kelas yang lemah berbanding pelajar yang

berada di kelas yang lebih baik. Adakalanya pelajar mempertikaikan

mengapa perlu belajar nilai murni kerana mereka rasa terkongkong

dengan nilai murni tersebut. Jadi guru perlu memastikan mereka

bersedia untuk belajarnilai murni (kesediaan kognitif) dan mahu

mengamalkan nilai murni (kesediaan psikomotor) yang mana boleh

mengubah mereka menjadi seorang insan yang lebih baik (kesediaan

afektif).

b) Mengadakan berbagai-bagai rangsangan seperti gambar berwarna-

warni, perisian komputer dan tayangan video untuk mewujudkan kesan

Page 19: Aplikasi Psikologi Report

3

pembelajaran yang menyeronokkan. Gambar berwarna-warni ini lebih

sesuai digunakan untuk pelajar yang lebih muda manakala bagi pelajar

yang lebih matang boleh menggunakan perisian komputer dan

tayangan video walau bagaimanapun ia tetap boleh digunakan untuk

pelajar yang lebih muda. Guru mungkin boleh membuat tayangan

video berkenaan tentang kehidupan keluarga yang mempunyai atau

mengamalkan nilai murni dan yang tidak mengamalkan nilai murni

dalam kehidupan seharian. Minta pelajar untuk mencari perbezaan atau

kesan yang boleh dilihat dari tayangan video tersebut. Bagi perisian

komputer pula, guru boleh member satu tugasan yang mana

pelajarperlu menyiapkan tugasan tersebut dengan mencari maklumat

dari internet. Dan untuk hasil yang lebih baik guru menetapkan laman

web mana yang perlu dilayari bagi mengelakkan sebarang

penyalahgunaan teknologi maklumat. Selain daripada itu, guru boleh

meminta pelajar untuk membuat “kad nilai” dimana setiap pelajar akan

diberikan satu salinan yang mengandungi nilai-nilai bagi setiap bidang

pembelajaran beserta dengan definasinya dan penekanan kata kunci.

Kemudian pelajar dikehendaki menjadikan salinan tersebut sebagai

buku kecil mengikut kreativiti mereka supaya mereka boleh

membawanya kemana sahaja dan boleh membacanya bila-bila masa.

Dengan adanya rangsangan-rangsangan ini boleh membantu pelajar

untuk mengingat dan menghafal nilai-nilai murni serta definasinya

tanpa terlupa satu patah kata kunci. Ini adalah perlu untuk kefahaman

mereka tambahan pula ianya akan digunakan semasa menjawab soalan

peperiksaan terutamanya bagi Pendidikan Moral Kertas 2.

c) Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan

markah untuk respon yang betul. Ini adalah berkaitan dengan hokum

latihan. Seperti yang dinyatakan di atas, pelajar perlu mengingat dan

faham akan nilai murni berserta definasinya dan kata kuncinya. Ini

bermakna pelajar harus menggunakan hafalan. Contohnya dengan

adanya “kad nilai” seperti yang dinyatakan di atas, pelajar akan lebih

mudah untuk membuat penghafalan. Dan sebelum bermulanya

pelajaran yang baru atau sebelum bermulanya kelas pada hari tersebut,

Page 20: Aplikasi Psikologi Report

3

guru boleh memulakan dengan bertanya secara rawak definasi nilai-

nilai murni yang telah dipelajari sebelumnya. Dan mungkin guru boleh

memberikan satu situasi yang mana pelajar perlu menyatakan nilai

murni yang terlibat. Apabila respon atau jawapan yang diberikan, guru

boleh memberikan pujian dan meminta pelajar lain juga membuat

ulangkaji seperti pelajar yang memberikan respon tadi.

d) Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti

keadaan bilik yang ceria, bersih, tersusun, selesa dan harmoni. Ini juga

penting dan perlu dititik beratkan agar dapat menarik minat pelajar.

Page 21: Aplikasi Psikologi Report

3

7. PENDEKATAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF DALAM

MENYELESAIKAN MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG

7.1. Perkembangan Moral Kognitif

Menurut penulisan Prof Madya Dr Chang Lee Hoon (2002) pendekatan

perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif

yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932:57)

dan Kohlberg (1975:62). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang

memperkembang pertimbangan moral secara berperingkat iaitu bermula daripada

peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang

berautoriti sehingga peringkat berautonomi dimana keputusan moral ialah berasaskan

kepada prinsip moral sejagat.

Pendekatan perkembangan kognitif dikemukakan oleh Dewey.Seterusnya

dikembangkan oleh Jean Piaget dan Kohlberg.Piaget mendefinasikan tingkat

perkembangan moral pelajar melalui pengamatan dan wawancara. Hasil

pengamatannya perkembangan kemampuan kognitif pada pelajar mempengaruhi

perkembangan moral mereka.Pendekatan perkembangan kognitif Piaget mudah

digunakan dalam proses pendidikan di sekolah kerana ia memberikan penekanan pada

aspek perkembangan kemampuan berfikir.

Kolhberg(1981) dalam menghuraikan perkembangan prinsip asas moral

memberi penegasan seperti berikut: “the main factors which have been shown to

correlate with the development of a principle, predictable morality are intelligence,

moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency to

anticipate future events, the ability to maintain focuse attention, the capacity to

control unsocialised fantasies,and self-esteem.” Goleman (1995) telah memberikan

konsep baru tentang “emotional intelligence (EI)” atau kecerdasan emosi yang boleh

dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam

kehidupan sejagat atau ‘global village’.

Pendekatan perkembangan moral Kognitif seperti Piaget (1932) dan Kohlberg

(1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembangkan

Page 22: Aplikasi Psikologi Report

3

pertimbangan moral secara peringkat iaitu mematuhi peraturan moral kerana takut

hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana

keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat. Dalam

pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dan berfikiran terbuka

dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang

menjadi fokus adalah sumbangsaran iaitu menerima pendapat pelajar di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam penaakulan juga pertimbangan. Oleh itu

pendekatan ini lebih memfokuskan kepada aspek kognitif moral guru perlu

menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral

diberikan penekanan yang sama rata.

Di dalam analisis pendekatan nilai , fokus utama adalah memberi kemahiran

pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu nilai, hak individu

dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbang

fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu keputusan. Guru berperanan sebagai

seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang

telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar. Teori ini juga

merujuk kepada pendekatan penyayang (caring) iaitu memberi tumpuan kepada

konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian

dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan

mengukuhkan amalan menyayangi diri sendiri dan sesiapa sahaja yang mempunai

perhubungan dengan pelajar tersebut. Cara pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui

aspek yang berikut:

i. Modeling iaitu guru memberi tumpuan kepada perkembangan pelajar

sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang

(cared for). Melalui teladan maka konsep penyayang dapat ditunjkkan

dalam tingkah laku yang pelajar-pelajar boleh memerhati dan mengikuti.

ii. Dialog yang diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan

membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan

reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan

perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).

Page 23: Aplikasi Psikologi Report

3

iii. Amali iaitu dengan mengadakan aktiviti dalam menjalankan usaha

penyayang bersama pelajar dengan melibatkan komuniti.

iv. Pengesahan iaitu menggalakkan perhubungan antara guru dan pelajar.

Maka guru disarankan menggabungkan pendekatan yang mengembangkan

prinsip ini dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

Teknik adalah suatu cara dalam pendekatan pengajaran pembelajaran. Guru

Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru yang bijak memilih teknik

pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dan melaksanakannya dengan bantuan

kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat . Pendekatan`chalk and talk ‘

sepenuhnya di dalam kelas sudah bernoktah. Walaupun tiada satu kaedah dan teknik

mengajar yang tertentu yang boleh dinobatkan sebagai kaedah yang paling sesuai

digunakan untuk semua situasi pengajaran, namun kecekapan memilih teknik yang

sesuai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan merangsangkan minat murid

terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral.

Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana

pembelajaran yang saling pergantungan positif dimana pelajar akan belajar bersama-

sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Murid berkumpul untuk

melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual berikut:

Pembelajaran berkumpulan secara koperatif

Pembelajaran berkumpulan secara tradisional

Saling pergantungan positif Tidak ada pergantungan positif

Akauntabiliti individu Tidak ada akauntabiliti individu

Bersama-sama memimpin Seorang sahaja pemimpin yang dilantik

Bersama – sama bertanggungjawab Bertanggungjawab terhadap diri sahaja

Kumpulan yang heterogenous Kumpulan yang homogenoues

Penekanan kepada tugas dan proses Penekanan kepada tugas

Kemahiran sosial diajar secara langsung Kemahiran sosial diajar secara implisit dan diketepikan

Guru memerhati dan membimbing Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan

Kumpulan menilai keberkesanan kendiri Tidak ada proses berkumpulan

Sumber : Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.

Instruction A Models approach (3rd ed) Boston : Allyn and Bacon.

Page 24: Aplikasi Psikologi Report

3

Pendekatan ini mewujdkan kepekaan terhadap perasaan dan pandangan ahli

kumpulan lain dan seterusnya kefahaman dan saling hormat antara satu sama lain

untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi juga akan dapat ditangani

secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama. Pendekatan pembelajaran secara

kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti berfikir, berpasangan,

berkongsi, permainan, main peranan, projek serta menggunakan jigsaw puzzle.

Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral;

i. Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat

digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah.

Teknik nyanyian amat menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan

ketegangan setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh

digunakan sebagai set induksi sebagai isi pembelajaran dan untuk

melengkapkan aktiviti penutup.

Dalam Pembelajaran Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik

nyanyian boleh diselitkan bersama-sama dalam aktiviti ‘Brain Breaks’.

Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan, dapat

mengurangkan masa bosan di kalangan murid sekolah dan menjadi tarikan

kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru

tersebut.

Banyak lirik lagu yang sesuai digunakan dalam pengajaran Pendidikan

Moral. Antaranya ialah lagu-lagu Patriotik. Lagu-lagu patriotik amat

sesuai dijadikan set induksi, isi pelajaran atau penutup untuk

menyemaikan semangat patriotik dan cinta akan negara .Lagu- lagu

patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru adalah seperti

Sejahtera Malaysia, Malaysia Boleh, Keranamu Malaysia dan banyak lagi.

Banyak terdapat nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut. Pemilihan

lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan

isi pelajaran, usia murid, bangsa dan pelbagai unsur yang boleh membantu

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lagu-lagu juga boleh diubah

sari katanya sesuai dengan tajuk yang hendak diajar.

Page 25: Aplikasi Psikologi Report

3

ii. Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak.

Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap

penceritaan guru .Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih

menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati

dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita

boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru

melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral

dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada

kaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Pastikan objektif pengajaran dan pembelajaran ada kaitan dengan cerita

tersebut. Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-

nilai murni yang bersesuaian dengan tema. Semasa bercerita guru boleh

menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya seperti patung wayang

kulit, pelbagai jenis‘pupet’, gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar

yang bersesuaian.Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit

atau 60 minit turut mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita.

Seterusnya, selitkan nyanyian ke dalam langkah pengajaran dan

pembelajaran. Sesekali guru boleh mencuba kelainan dengan menyelitkan

lagu patriotik dalam semua langkah pengajaran iaitu dalam sesi set

induksi, langkah 1, 2, 3 dan sesi penutup. Cara ini samalah seperti kita

menonton filem muzikal. Sesekali membuat kelainan dari segi strategi

sudah tentu murid seronok dan ternanti-nanti untuk mengalami

pembelajaran sedemikian sekali lagi.Sudah tentu kenangan-kenangan

manis ini akan menjadi ingatan dan menyebabkan murid menggemari

kelas Pendidikan Moral.

7.2. Pendekatan Pemikiran dalam Pembelajaran

Konsep Kemahiran Berfikir secara kritis ialah satu proses penggunaan minda

yang berkesan untuk menilai kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, ‘worldview’ dan

Page 26: Aplikasi Psikologi Report

3

nilai untuk membolehkan seseorang bertindak balas secara rasional terhadap sesuatu

perkara berdasarkan bukti dan sebab munasabab.

Konsep Kemahiran Berfikir secea kreatif ialah kebolehan menggunakan minda

dalam menjana idea-idea baru, kemungkinan-kemungkinan baru, ciptaan baru

berdasarkan keaslian individu berkenaan. Dengan kata lain  ciptaan yang dihasilkan

oleh individu tersebut berdasarkan ideanya sendiri atau mengubah suai idea yang

sedia ada dengan membuat penambahbaikan ataupun melahirkan ciptaan baru

berdasarkan idea pokok yang telah ada.Selain itu proses berfikir juga merupakan

tindak balas yang berlaku dalam mental manusia  yang melibatkan beberapa peringkat

aktif seperti  mengenal dan memahami masalah  mencari maklumat sebagai

penyelesaian, membuat penolakan setelah menimbangkan segala kemungkinan

penyelesaian, menilai hipotesis yang sudah dibuat dan akhirnya bergerak ke peringkat

membuat keputusan. Seseorang yang sedang berfikir sebenarnya sedang mengawal

tingkah lakunya sendiri.

Alat-alat berfikir yang dapat digunakan dalam pengajaran pembelajaran

Pendidikan Moral ialah peta minda. Tony Buzan (1984) telah menghasilkan satu

teknik untuk mencatat nota dengan berkesan dan sistematik. Ciri-ciri yang harus

difikirkab dalam penyediaan peta minda ialah menggunakan kata kunci,

menggunakan imej, menggunakan warna dan lukisan tiga dimensi, mengguna

perkataan yang saiznya berbeza-beza, membezakan antara fakta utama dengan sub

fakta dan tulisan haruslah dalam huruf cerai jika tidak menggunakan komputer.

Alat berfikir yang kedua digunakan ialah pengurusan grafik. Ia merupakan alat

berfikir yang menggambarkan pemetaan atau pola penyusunan idea yang boleh

digunakan untuk menghubungkaitkan maklumat dengan sesuatu idea. Pengurusan

grafik dapat membantu murid dalam menggambarkan isi kandungan dengan jelas

secara visual. Bahagian-bahagian dalam pengurusan grafik boleh diubahsuai oleh

guru supaya relevan dengan tajuk / tema / perkara yang hendak disampaikan kepada

murid. Murid pula dikehendaki mengisi bahagian-bahagian dalam grafik seperti yang

diarahkan oleh guru.

Page 27: Aplikasi Psikologi Report

3

8. PENDEKATAN TEORI SKEMATA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN JINJANG

8.1. Teori Skemata

Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak

dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan

sekian lama. Pada awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia

dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan

manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana

manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul

kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku,

maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan

peranannya. Seterusnya teori-teori ini berkembang dan digunakan dalam

menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian termasuklah dalam bidang

pendidikan.

Teori skemata diperkenalkan oleh Piaget pada tahun 1926, dan dikembangkan

maknanya oleh seorang ahli psikologi pendidikan iaitu R.C. Anderson. Skema dalam

psikologi dan sains kognitif menerangkan beberapa konsep, antaranya informasi

dikod dalam memori jangka panjang (Hyde dan Bizar, 1989) dan merupakan

rangkaian ilmu pengetahuan lampau yang mempengaruhi kefasihan dalam

pembelajaran. Teori Skema telah dibangunkan oleh R. C. Anderson (Gagne, Briggs,

& Wager, 1992) yang bercirikan aspek-aspek seperti berikut;

i. Skemata sentiasa diorganisasi secara bermakna, boleh ditambah dan

penglibatan individu dapat menambah pengalaman untuk menjurus

kepada pengkhususan tentang sesuatu informasi.

ii. Setiap skemata terkandung dalam skemata-skemata yang lain dan ia

mengandungi subskemata.

iii. Skemata bertukar-tukar dari semasa ke semasa apabila menerima

informasi yang baru.

Page 28: Aplikasi Psikologi Report

3

iv. Skemata juga harus distruktur semula konsep-konsepnya apabila

menerima data-data yang baru untuk bercantum bagi membentuk suatu

keseluruhan yang lebih besar daripada bahagian-bahagiannya.

Seterunya, skema adalah struktur kognitif yang telah dibentuk hasil daripada

interaksi dengan dunia luar bagi satu jangka masa. Struktur ini membolehkan manusia

mengekod dan mengingat kembali idea atau pengalaman seterusnya (Bartlett, 1958).

Menurut beliau, pengetahuan adalah rangkaian struktur mental (pemikiran) yang

abstrak (Gagne et al., 1992). Menurut Winn dan Sryder (1996), skema mempunyai

ciri-ciri berikut:

i. Skema merupakan satu struktur yang tersusun dalam ingatan. Ia juga

mengandungi pengetahuan dan struktur ini digabungkan dengan skema

yang lain.

ii. Skema wujud dalam bentuk yang lebih tinggi daripada pengetahuan

umum dan merupakan tafsiran kepada pengalaman.

iii. Skema meliputi konsep-konsep yang digabungkan melalui penyataan.

iv. Skema berbentuk dinamik, boleh berubah melalui pengajaran dan

pengalaman.

v. Skema memberi konteks untuk membantu menginterpretasikan

pengetahuan baru di samping membekalkan struktur untuk menyimpan

pengetahuan.

Oleh yang demikian, skema yang terbentuk bukan hanya akibat

interaksi pengalaman sedia ada dengan maklumat baru, tetapi juga dipengaruhi

oleh struktur kognitif yang sedia ada. Gabungan skema akan membina

rangkaian konsep yang membentuk domain pengetahuan. Justeru melalui teori

ini, guru-guru dapat membantu pelajar untuk membina ilmu pengetahuan

mendalam sebelum memulakan sesuatu pembelajaran. Hal ini kerana,

skemata ini akan tumbuh dan semakin bertambah apabila informasi baru

diterima. Di sini, pelajar akan berkontradiksi dan mengalami konflik jika asas

skemata yang sebelum ini tidak digunakan dengan baik. Namun, jika skemata

itu telah kekal berakar-umbi, ia agak sukar untuk bertukar dan hilang (Suppiah

Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008).

Page 29: Aplikasi Psikologi Report

3

Dalam pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah, seseorang guru itu

hendaklah menerapkan konsep yang dicadangkan oleh Piaget iaitu dengan

menggunakan konsep asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Berdasarkan

konsep Asimilasi iaitu satu proses menggunakan struktur yang sedia ada untuk

menyerapkan pengalaman dan pembelajaran baru kepada pelajar. Di sini guru

boleh memberikan contoh tentang nilai-nilai yang sedia ada dan yang sering

dilakukan oleh pelajar dalam menjalani kehidupan seharian dengan cara

membuat aktiviti main peranan. Oleh itu, murid akan dpat mengingati nilai

tersebut kerana ia telah biasa dilakukan dan secara tidak langsung akan

menguatkan skema yang ada.

Seterusnya konsep Adaptasi dan keseimbangan iaitu dengan

mengubahsuai skema selaras dengan pengalaman dan pembelajaran baru

pelajar. Melalui pendekatan ini, guru boleh menceritakan nilai-nilai yang

memang ada dalam diri pelajar namun jarang digunakan. Oleh itu, guru boleh

cuba mengubah persepsi pelajar terhadap nilai-nilai tersebut mengikut konsep

yang sebenar dan mengaikan dengan meminta pelajar cuba mengaitkan nilai

tersebut dengan pengalaman-pengalaman lampau mereka.

Antara impikasi yang dapat kita lihat melaui penekanan teori ini ke

atas pengajaran dan pembelajaran ialah seorang guru itu perlu mengaitkan

pengetahuan sedia pelajar dalam pembelajaran baru dalam usaha

mengorganisasi skema. Selain itu, guru haruslah menggunakan pengetahuan

sedia pelajar untuk menghasilkan satu ilmu baru “generative knowledge” iaitu

pengetahuan yang digunakan secara aktif untuk menginterpretasi situasi baru.

Guru juha harus kreatif menggunakan skemata untuk mengajar kemahiran

berfikir aras tingg, seterusnya membina ciri-ciri objek yang dapat menguasai

pemikiran logik, dan memahami konstruk global.

Page 30: Aplikasi Psikologi Report

3

9. KESIMPULAN

Masalah yang dihadapi oleh guru ketika mengajar matapelajaran Pendidikan Moral

dapat diatasi dengan menggunakan pelbagai pendekatan atau teori psikologi pendidikan.

Pendekatan dalam Pendidikan Moral yang dibentukkan adalah berasaskan pelbagai teori yang

berkaitan perkembangan moral dan pembentukkan sahsiah individu. Dengan menguasai-

menguasai pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk

mengembangkan aspek-aspek dalam pendidikan moral. Selain daripada itu, seseorang guru

haruslah mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan moral.