Aplikasi web full 1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1. PENGENALANAPLIKASI WEB 1.0Penggunaan Web 1.0 adalah merupakan penggunaan teknologi terawal daripada website. Sifatumum yang sinonim dengan Web 1.0 adalah Read. Web 1.0 telah diperkenalkan oleh TimBerners-Lee sekitar tahun 1989, di mana Web Browser pertama diperkenalkan pada Oktober 1980manakala Web Server Pertama diperkenal pada November 1990. Web 1.0 juga boleh dilihat darisudut teknologi, penyelidikan, ekonomi, Boom, Dotcom dan Bust 1.0 yang hanya boleh dibacasahaja. Hyper rangkaian Web 1.0 telah mula digunakan secara meluas kepada orang ramai padatahun 1993. Terdapat pelbagai ciri-ciri Web 1.0 yang membezakan di antara Web 2.0, Web 3.0 danWeb 4.0. Antaranya adalah: (1) Bersifat laman web statikLaman Web 1.0 ini mengandungi maklumat sama ada berguna atau sebaliknya. Iahanya boleh dibaca oleh pembaca untuk mendapatkan maklumat tanpa boleh memberikan komen,ulasan atau sebagainya. Web 1.0juga boleh dilayari secara percuma seperti Geocities(penyelidikan asal). Oleh itu kebanyakan Web 1.0 ini lebih bersifat peribadi yang memberimaklumat mengenai pemilik tapak yang tidak menerima perubahan kerana jarang dikemaskinioleh pemilik web. (2)Laman Web 1.0 tidak interaktif.

2. Laman ini dikatakan tidak interaktif apabila pelawat hanya boleh melawat dan membacalaman Web 1.0 tetapi tidak boleh memberikan kesan atau menyumbang kepada laman web. Web1.0 tidak wujud interaksi di antara pemilik web dengan pelawat disebabkan perhubungan strukturWeb 1.0 amat minimum dan tidak berubah. (3)Laman Web menggunakan aplikasi proprietari Dalam Web 1.0 pemilik tapak boleh mengaplikasi perisian Webnya dan boleh dimuat turunoleh pelawatnya namun tidak boleh memberi maklum balas terhadap perisian tersebut. Contohnyasekiranya sesebuah syarikat mengiklankan tawaran jawatan kosong, pelawat boleh membacaiklan dan memuat turun borang namun tidak menghantar hasil borang permohonan secara terusmenerus melalui web. (4) Gaya penulisan Web 1.0 bersifat peribadi, profesional, deskriptif dan kenyataan fakta (5) Unsur- unsur laman Web 1.0 seperti imej, ikon, teks, menu dan navigasi.Terdapat beberapa kemudahan teknologi yang telah dibangunkan melalui Web 1.0 iaitu: (1) Teras utama Web 1.0 HTML, HTTP , URI (2) Perubahan baru Web 1.0 - XML, XHTML, CSS (3) Server-Side Scripting ASP, PHP, JSP, CGI, PERL (4) Client- Side Scripting JavaScript, VBScript, Flash (5) Downloadadable Components ActiveX/JavaBerikut adalah contoh pengaplikasian hasil daripada laman Web 1.0: 3. http://www.w3.org/History/19921103-hypertext/hypertext/WWW/TheProject.html 4. Laman Web pertama dunia http://www.w3.org/History/19921103-hypertext/hypertext/DataSources/bySubject/Overview.htmlLaman pencarian pertama di duniaPengaplikasian laman Web 1.o telah digunakan secara meluasnya di serata dunia sejak iadiperkenalkan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa permasalahan dan kelemahan Web 1.0sehingga wujudnya penggunaan Web 2.0. Kelemahan yang dapat dikenal pasti adalahpengaplikasian ketika menggunakan Web 1.0 agak perlahan. Di samping itu, laman Web 1.0 perlusentiasa dikemas kini sekiranya pemilik web mahu memasukkan maklumat atau informasi yangbaru. Ini bermaksud, pemilik web perlu melakukan pengulangan kerja untuk mengemaskini webyang diciptanya. Permasalahan lain terdapat sesetengah pemilik web tidak dapat mengawal seliaweb dengan baik kerana tidak mendapat maklum balas daripada pelawat. 5. APLIKASI WEB 2.0 Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, inovasi dalam dunia websemakin hari semakin mengalami perkembangan yang signifikan. Ini dibuktikan dengan adanyaTeknologi Web 2.0. Istilah Web 2.0 untuk pertama kali dicetuskan pada tahun 2003 oleh OReillyMedia, dan dipopularkan pada konferensi Web 2.0 pertama pada tahun 2004. OReilly Media (DaleDougherty) berkolaborasi dengan Media Live International (Craig Cline) mempopularkan istilah inidalam berbagai konferensi sejak 2004. Itulah mengapa istilah ini kemudian terkenal, dan seakankemudian istilah ini merujuk pada suatu versi baru, atau babak baru di dunia web, namunsebenarnya secara teknis tidak ada pembaharuan yang bererti pada proses teknisnya. TeknologiWeb 2.0 merupakan teknologi web yang menyatukan teknologi-teknologi yang dimiliki dalammembangun web. Penyatuan tersebut merupakan gabungan dari HTML, CSS, JavaScript, XML,dan tentunya AJAX. Oleh itu, Web 2.0 bermaksud sistem komunikasi yang bersifat dua arah iaitupemilik memberikan informasi, kemudian pengunjung bisa meninggalkan/menambahkan sesuatudi dalamnya. dengan kata lain kita sebut web 2.0 sebagai web read-write. Oleh yang demikian, Web 2.0 adalah suatu teknologi yang membolehkan interaksi antaradiri kita sendiri dengan orang lain. Web 2.0 ini telah diubah penggunaannya daripada sistemdokumen siap sedia kepada platform aplikasi dan menjadikan web menjadi aplikasi yang berjalandi atas browser. Web ini mempunyai beberapa ciri khusus dan istimewa yang membezakandengan aplikasi-aplikasi internet terdahulu iaitu Web 1.0. Antaranya adalah perbezaan di antaralaman web terdahulu yang statik dengan ciri-ciri blog yang lebih terbuka serta mengajak 6. penyertaan dan kemasukan pengguna. Begitu juga dengan Britannica Online dan Wikipedia dimana kedua-duanya adalah ensiklopedia tetapi Britannica mempunyai kawalan editorial ketatdan berbayar, manakala Wikipedia mempunyai sistem editorial terbuka tetapi percuma.Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web yang berbentukstatik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebihinteraktif dan pelbagai. Ia menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagihanya penyampai informasi semata-mata. Dahulunya web berfungsi untuk menyampaikanmaklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat dengan interaksiyang terbatas. Kini dengan pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, komunikasi manusiamenjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luas dan terbuka merentasibatas sempadan negaraAntara aplikasi yang menjadi pendokong web 2.0 ini adalah aplikasi teknologi blog, wiki,podcast serta rangkaian sosial. Keempat-empat inovasi ini berkembang dengan pesat danmendapat sambutan yang baik dari komuniti internet. Web 2.0 dapat mengembangkan kreativitimanusia, mempelbagaikan cara komunikasi, memperbesar dan memperluas hubungan sosial,mempertingkatkan keselamatan dalam proses perkongsian maklumat serta menggalakkankolaboratif dalam pembelajaran. Potensinya amat besar dan bermanfaat kepada penggunainternet.Sebagai contoh, Blog umpamanyamenggantikanfungsi web peribadi denganmembenarkan pemiliknya berkongsi pengalaman serta pandangan dengan masyarakat duniatanpa batasan. Penulis blog mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data atau maklumat dalam 7. laman. Kandungan dapat disebarkan dengan pantas dan percuma. Setiap maklumat yang dikongsiakan dinilai oleh pembaca dan mereka boleh berkomunikasi dengan penulis secara terussekiranya mereka ingin memberikan maklum balas. Selain itu, Wiki menjadi satu platform baruyang unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki, pengguna bebas memasukkan maklumatdan melakukan suntingan sendiri terhadap data yang disumbangkan daripada pengguna lain.Perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan. Ensiklopedia bebasWikipedia merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai sebuah sumberrujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa. Aplikasi teknologi yang mendapat tempat perhatian ramai ialah rangkaian sosial yangterdiri daripada jaringan rangkaian sosial Myspace, Friendster, Facebook, Twitter, Flirk sertabeberapa lagi telah membentuk beberapa kumpulan komuniti maya berskala besar yangmengumpulkan manusia dari seluruh dunia. Antara laman sosial yang paling digemari ialahFacebook (www.facebook.com) yang diasaskan oleh Zuckerberg mempunyai lebih 60 juta ahliaktif sejak ia ditubuhkan pada 4 februari 2004. Laman ini membenarkan perkongsian maklumatperibadi, minat, gambar foto dan video antara satu sama lain Jika sebelum ini dalam web 1.0, merupakan aplikasi yang mendominasi cara hidup, kiniweb 2.0 pula memberi dimensi baru yang lebih moden secara masa nyata (real time). Kepantasanaliran data dan juga pertambahan bilangan pengguna. Web 2.0 menuju landasan yang tepatsebagai wadah komunikasi masyarakat siber.CI R I - CIRI WEB 2.0 8. 1. Interaktif - (Penggunaan medium yang lebih meluas seperti video, suara, imej dan foto, perbincangan berbentuk forum, blog dan sebagainya merupakan ciri-ciri interaktif yang wujud dalam Web 2.0)2. Jaringan sosial - Jaringan sosial bermaksud pembinaan komuniti maya yang menggunakan platform web dan portal bagi merealisasikan tujuan tersebut.3. Perkongsian maklumat secara percuma - Online encyclopedia! Tidak pernah terlintas di dalam minda kita 5 tahun sebelum ini, kita bakal menikmati pencarian dan perkongsian maklumat dan pengetahuan secara percuma dan tanpa batasan.4. Bernilai komersil - boleh menjalankan bisnes di internet.5. Functionality - Pelajar inginkan sesuatu yang dapat menyokong teori pembelajaran mereka dengan melihat kepada fungsi serta aplikasi teori tersebut.6. RSS reader pada web site atau blog 9. - Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah laman web di kemas kini Justeru, kepopularan istilah Web 2.0 dan penerimaannya secara meluas terbukti melaluihasil carian di enjin carian Google yang menyenaraikan kira-kira 466 juta bahan elektronikmengenai Web 2.0. Malah pihak perpustakaan turut menterjemahkan idea Web 2.0 ke dalamdunia perpustakaan melalui saranan pengwujud dan Perpustakaan 2.0 (Library 2.0) yang pernahmenjadi topik hangat di persidangan- persidangan perpustakaan. Menerusi Perpustakaan 2.0,mereka yang bertanggungjawab disarankanagar memanfaatkan teknologi berkaitanuntuk mencapai sasaran pengguna yang lebih ramai dan khidmat yang lebih berkualiti.APLIKASI Web 3.0Dalam tempoh yang beberapa tahun ini, pembangunan WEB (world wide web www) berkembangdengan begitu pantas. Bermula dengan Web 1.0 sehingga Web 3.0. Web 1.0 adalah lebih bersifatreadable di mana pengunjung dapat membaca dan melihat isi kandungan, tetapi pengunjungtidak dapat berinteraksi antara mereka. Informasinya bersifat static dan menggunakan grafik. Web2.0 pula bersifat interaktif, readable and writeable. Pengunjung web 2.0 bebas memberipendapat, berinteraksi dan berkongsi maklumat satu sama lain. Web 2.0 juga banyak membantupengguna dalam mencari bahan-bahan yang diinginkan seperti berita, artikel dan pelbagai lagi.Namun kesahihan artikel itu tidak dapat dikatakan tepat dan benar. Web 3.0 merupakan web yang hampir sama funginya dengan Web 2.0, dan hanya yangmenjadi perbezaannya adalah aplikasi-aplikasi online yang disediakan. Web 3.0 telah ditambah 10. baikkan penggunaannya kepada pengguna dengan berupaya untuk melakukan multi tasking.Web 3.0 pada mulanya dikenali sebagai Semantic Web yang diperkembangkan konten dari wwwyang berformat bahasa manusia yang umum (natural language) seterusnya kepada format yangdibaca dan digunakan oleh mesin (software). Fungsi web telah berubah menjadi lebih universalbagi pertukaran data, informasi dan pengetahuan yang secara tidak langsung dapat membantupengguna dengan penghasilan kecerdasan buatan yang dapat mengerti keinginan pengguna. Selain itu, terdapat beberapa format dan spesifikasi yang terdapat dalam Semantik Webiaitu Resource Description Frame (RDF) dan Ontology Web Language (OWL). RDF merupakantunggak utama disebalik teknologi web 3.0 di mana berfungsi sebagai pendefinisi format metadata.Manakala, RDF pula terdiri dari beberapa komposisi meliputi subjek, predikat dan objek. Predikatmenerangkan tentang sudut pandang dari subjek yang telah dijalaskan oleh objek. Sementarasubjek dan objek merupakan entiti yang telah dikelaskan. Dengan penggunaan RDF, laman webdapat menyimpan dan melakukan pertukaran data informasi antara web. RDF juga digunakan bagi aplikasi berikut :- RSS (RDF Site Summary)RSS berfungsi memberikan informasi yang terkini tanpa perlu penggunamengunjungi web tertentu untuk mencari informasi. FOAF (Friend of a Friend)Direka khas untuk mendeskripsikan pengguna, ketertarikan dan hubungan mereka. SIOC (Semantically-Interlinked Online Commnities) 11. Berkaitan tentang komuniti di online dan membina rangkaian hubungan antaraperbincangan yang berteraskan internet sebgai contoh mesaage board, mailing listdan blog. Manakala , bagi aplikasi yang memproses informasi yang digunakan oleh OWL berasaskanXML dan mudah untuk melakukan pertukaran antara mesin dan OS yang berlainan termasukbahasa yang berbeza. Antara contoh bahasa yang lain yang dimiliki oleh OWL ialah :- OWL LiteDigunakan untuk membantu pengguna yang memerlukan klasifikasikan hierarki dandalam batasan yang sederhana. OWL DLBerkaitan tentang kedudukan keseluruhan OWL, tetapi digunakan pada had-hadyang tertentu. OWL FullAplikasi yang membantu penggunaan yang maksimum dan sintaksis. Web 3.0 menawarkan sesuatu yang berbeza dan baru di dunia WWW yang padasebelumnya tidak lagi terlintas teknologi yang lebih kehadapan, maju dan hebat. Kehebatan web3.0 ini menunjukkan teknologi yang pasti terlaksana kerana tahap kecanggihan teknologinyamasih mampu digapai dan dilaksanakan. 12. Dalam penggunaan web 3.0 yang terkini yang berkonsepkan futuristic, terdapat juga istilahsecond life iaitu sebagai salah satu implementasi konsep web 3.0 dalam dunia virtual berasaskaninternet. Konsep yang ingin ditonjolkan dalam second life ini berkaitan dengan cara hidup mayayang dijalankan oleh orang di masa hadapan yang berkonsepkan kehidupan virtual iaitu diinternet. Kehidupan seperti ini pernah difilemkan seperti kehidupan di dalam filem Matrix, di manamanusia menggunakan dunia virtual. Dalam second life ini, pelbagai aktiviti seharian manusiayang mampu dilakukan dalam dunia virtual seperti berbual, berniaga, bersukan dan pelbagainya.Walaupun kedengaran idea ini agak baik, namun pelbagai aspek perlu dikira akan kesannya.Secara amnya, sajauh manapun kehebatan sesuatu perisian dan aplikasi yang bertujuan untukmemudahkan manusia sejagat, sedikit sebanyak mempunyai pro dan kontranya. 13. RUJUKANhttp://www.wittysparks.com/http://putrielf.wordpress.com/2012/09/30/kali-ini-kita-a/