Upload
others
View
36
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
MQA 07/02 ( 4 )
ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 4 /2008
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BIL
PEMATUHAN KEPADA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2006 - PINDAAN KE ATAS ARAHAN
PERBENDAHARAAN (AP) 103 Semua Pengarah Bahagian, Semua Ketua Unit, Semua Warga MQA,
1. TUJUAN
1.1 Arahan Pentadbiran ini adalah bertujuan untuk
menjelaskan mengenai garis panduan pengurusan bil di
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan
proses bayaran bil dilaksanakan menepati dan mematuhi
kehendak Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 7
Tahun 2006 – Pindaan Ke Atas Arahan Perbendaharaan
(AP) 103. 2. LATAR BELAKANG
2.1 Menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 7
Tahun 2006 - Pindaan Ke Atas Arahan Perbendaharaan
(AP) 103, Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah
2
memastikan bahawa bil dan tuntutan dibayar dengan
segera tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh ianya
diterima. (SPP Bil. 7 Tahun 2006 seperti di LAMPIRAN 1).
Pindaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan kewangan.
2.2 Bil-bil adalah merujuk kepada semua bil yang diterima,
pelbagai tuntutan daripada pegawai, Ahli Jawatankuasa
Akreditasi dan Ahli Majlis, bil utiliti, tuntutan honorarium
dan perjalanan Ahli Panel Penilai, bil daripada pembekal
dan sebagainya.
2.3 Urusan pembayaran sedia ada di MQA dikendalikan
sepenuhnya oleh Bahagian Kewangan bermula daripada
penerimaan Pesanan Kerajaan, invois, pengesahan
penerimaan, penyediaan baucar bayaran dan seterusnya
penyediaan cek.
2.4 Mesyuarat Pengurusan Kewangan PTJ JPM yang
dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri KSN pada 7 November
2006, telah menetapkan bilangan hari untuk memproses bil
agensi-agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri ialah dua
(2) hari di Pusat Kos, tujuh (7) hari di Pusat
Tanggungjawab (PTJ) dan lima (5) hari di Pejabat
Pembayar. Ini adalah bagi memastikan setiap proses kerja
yang terlibat disesuaikan bagi memastikan tempoh 14 hari
yang ditetapkan dapat dicapai.
3
2.5 Dalam melaksanakan SPP bil 7/06, adalah ditetapkan
bilangan hari untuk memproses bil di MQA ialah tiga (3)
hari di Pusat Kos, tujuh (7) hari di Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan empat (4) hari di Pejabat
Pembayar. 3. PUSAT KOS, PUSAT TANGGUNGJAWAB DAN PEJABAT
PEMBAYAR
3.1 PUSAT KOS BAGI PEROLEHAN BEKALAN /
PERKHIDMATAN (SELAIN DARIPADA TEMPAHAN PENGANGKUTAN / PENGINAPAN / SEMINAR / BENGKEL BERKAITAN DENGAN TUGAS RASMI /
KURSUS )
3.1.1 Dalam melaksanakan proses ini, Pusat Kos adalah
merujuk kepada Bahagian yang membuat perolehan.
Pegawai yang bertanggungjawab adalah pegawai
yang dilantik di setiap Bahagian. Pusat Kos yang
telah ditetapkan mengikut kategori perolehan adalah
seperti berikut :
i) Bahagian Pentadbiran – alat tulis pejabat,
perabot, semua penyelenggaraan (kecuali
penyelenggaraan peralatan ICT), percetakan
(kecuali percetakan yang diuruskan oleh Unit
Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa),
kelengkapan pejabat, peralatan pejabat,
sewaan, bekalan am, pakaian dan sebagainya;
4
ii) Bahagian Teknologi Maklumat – peralatan
dan penyelenggaraan peralatan ICT;
iii) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia –
latihan dan pengiklanan jawatan;
iii) Bahagian Rujukan Kelayakan – buku,
majalah dan jurnal; dan
v) Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa –
penerbitan buku, percetakan (diari, kalendar,
kad raya dan sampul raya), cenderamata,
pengiklanan dan promosi.
3.2 PUSAT KOS BAGI PEROLEHAN TEMPAHAN PERJALANAN / PENGINAPAN / SEMINAR / BENGKEL BERKAITAN DENGAN TUGAS RASMI / KURSUS
3.2.1 Dalam melaksanakan proses ini, Pusat Kos adalah
merujuk kepada Bahagian yang membuat perolehan.
Pegawai yang bertanggungjawab adalah Penyelia
Pembantu Tadbir setiap Bahagian.
3.2.2 Bahagian yang tidak mempunyai Penyelia Pembantu
Tadbir urusan perolehan tempahan dikendalikan oleh
Penyelia Pembantu Tadbir Bahagian Pentadbiran.
5
3.2.3 Tempahan yang melibatkan tugas rasmi dan kursus
di luar negeri akan diuruskan oleh Bahagian
Pentadbiran.
3.3 PUSAT TANGGUNGJAWAB DAN PEJABAT PEMBAYAR
Pusat Tanggungjawab adalah merujuk kepada Unit
Kewangan, Bahagian Kewangan MQA dan Pejabat
Pembayar adalah merujuk kepada Unit Akaun, Bahagian
Kewangan MQA. 4.0 KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 PUSAT KOS
i. Permohonan Perolehan
a. Setiap permohonan perolehan hendaklah
menggunakan Borang Permohonan Perolehan
seperti di LAMPIRAN 2 dan ditandatangani oleh
Pengarah Bahagian bagi perolehan sehingga
RM50,000.00.
b. Bagi Bahagian yang tiada Pusat Kos, hendaklah
melengkapkan borang tersebut dan menyerahkan
kepada Pegawai Tadbir / Penyelia Pembantu Tadbir
di Pusat Kos untuk tujuan pengesahan.
6
c. Bagi perolehan yang tidak melebihi RM10,000.00,
dibenarkan membuat pembelian terus daripada
mana-mana pembekal sama ada berdaftar atau tidak
tetapi menawarkan harga yang berpatutan.
d. Bagi perolehan melebihi RM10,000.00 hingga
RM50,000.00, boleh dibuat secara pembelian terus
dengan mana-mana pembekal tetapi hendaklah
memastikan harga yang berpatutan dan
menguntungkan serta perolehan tidak tertumpu
kepada pembekal tertentu. Selain daripada itu juga
perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua (2)
sebutharga daripada pembekal yang berbeza
sebagai tujuan perbandingan.
e. Untuk perolehan melebihi RM50,000.00 pula,
hendaklah menggunakan Borang Permohonan
Mengadakan Sebutharga seperti di LAMPIRAN 3
dan diserahkan kepada Urusetia Jawatankuasa
Sebutharga MQA.
f. Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen
sokongan keperluan perolehan tersebut dan sebut
harga daripada pembekal hendaklah diserahkan
kepada Unit Kewangan untuk tujuan penyediaan
Pesanan Kerajaan.
g. Unit Kewangan akan menyediakan Pesanan
Kerajaan dan menyerahkannya kepada Pusat Kos.
7
ii. Penerimaan dan Pengesahan Bil
a. Setelah semua barangan dan perkhidmatan
diselesaikan oleh pembekal, tanggungjawab pegawai
yang berkenaan di Pusat Kos ialah :
· Mendapatkan salinan asal Pesanan Kerajaan
(salinan berwarna kuning) dan mengesahkannya.
Pastikan juga pembekal membuat pengesahan di
Pesanan Kerajaan tersebut.
· Mendapatkan invois asal.
· Mendapatkan nota penghantaran (sekiranya ada)
daripada pembekal.
· Mengisi Borang Daftar Pengawasan Pembekal
seperti di LAMPIRAN 4.
b. Dokumen-dokumen di para 4.1 ii (a) hendaklah
didaftarkan menggunakan format seperti di
LAMPIRAN 5 dan dikepilkan di setiap set dokumen
tersebut.
c. Pengesahan bil hendaklah dilengkapkan dalam
tempoh tiga (3) hari dari tarikh terima dokumen dan
menyerahkan terus dokumen tersebut kepada Pusat
Tanggungjawab iaitu Unit Kewangan untuk tujuan
pembayaran.
d. Carta aliran kerja untuk proses di Pusat Kos adalah
seperti di LAMPIRAN 6.
8
4.2 PUSAT TANGGUNGJAWAB (UNIT KEWANGAN, BAHAGIAN KEWANGAN MQA)
i. Proses Pembayaran
a. Dokumen-dokumen yang diterima daripada Pusat
Kos hendaklah disemak dan dipastikan lengkap.
b. Invois yang diterima hendaklah direkodkan ke dalam
sistem SAGA dan pegawai yang berkenaan
hendaklah mengesahkan invois tersebut.
c. Proses penyediaan baucar bayaran bolehlah
dimulakankan setelah semua dokumen lengkap,
direkodkan ke dalam SAGA dan teratur.
d. Baucar bayaran yang telah ditandatangani oleh
pegawai yang telah diberikan penurunan kuasa
hendaklah diserahkan kepada Pejabat Pembayar
iaitu Unit Akaun untuk tujuan penyediaan cek.
e. Proses penyediaan baucar bayaran hendaklah
didaftarkan menggunakan format seperti di
LAMPIRAN 7 dan dikepilkan di setiap baucar
bayaran tersebut.
f. Semua tindakan di atas hendaklah diselesaikan
dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh terima
dokumen daripada Pusat Kos.
9
g. Carta aliran kerja untuk proses di Pusat
Tanggungjawab adalah seperti di LAMPIRAN 8.
4.3 PEJABAT PEMBAYAR (UNIT AKAUN, BAHAGIAN KEWANGAN, MQA)
i. Proses Penyediaan Cek
a. Baucar bayaran yang diterima daripada Pusat
Tanggungjawab hendaklah disemak dan dipastikan
lengkap.
b. Setelah disemak dan dipastikan lengkap, pegawai
yang berkenaan hendaklah mengesahkan
pembayaran tersebut ke dalam sistem SAGA.
c. Cek dicetak daripada sistem SAGA dan
mendapatkan tandatangan daripada pegawai yang
telah diberi penurunan kuasa menandatangani cek.
d. Proses penyediaan cek hendaklah didaftarkan
menggunakan format seperti di LAMPIRAN 7.
e. Semua tindakan di atas hendaklah diselesaikan
dalam masa empat (4) hari dari tarikh terima
dokumen daripada Pusat Tanggungjawab.
f. Carta aliran kerja untuk proses di Pejabat Pembayar
adalah seperti di LAMPIRAN 9.
10
5. TARIKH KUATKUASA
Arahan pentadbiran ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh ianya
dikeluarkan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
4 Februari 2008
sk: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti)
11
KEMENTERIAN KEWANGAN LAMPIRAN 1
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2006
Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Semua Pihak Berkuasa Tempatan
PINDAAN KE ATAS ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP) 103
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bilangan 1 Tahun 2002 telah meminda AP103 mengenai bil-bil hendaklah dibayar dengan segera. AP103(a) menghendaki bil-bil yang diterima daripada pembekal dan kontraktor dibayar dengan segera tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh bil tersebut diterima.
2. Mulai tarikh SPP ini, Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah memastikan bahawa bil dan tuntutan dibayar dengan segera tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh ianya diterima. Dengan itu, AP103 adalah dipinda seperti berikut:
"103(a) Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah meminta supaya semua bil dan
tuntutan disampaikan dengan seberapa segera. Dalam Arahan ini, bil dan tuntutan-tuntutan adalah termasuk juga invois, borang perakuan bayaran (Borang Perakuan Bayaran Siri JKR 66) dan inden kerja sama ada di bawah Peruntukan Mengurus, Pembangunan, Tanggungan atau Amanah. Mereka hendaklah memastikan bahawa bil dan tuntutan itu dibayar dengan segera tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh ianya diterima atau selaras dengan syarat- syarat perjanjian atau kontrak mengikut mana yang berkenaan.
(b) Bagi mematuhi Arahan di atas, Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah
menyenggara suatu Daftar Bil yang menunjukkan maklumat seperti terkandung di dalam Lampiran V. Daftar ini hendaklah diperiksa tidak kurang daripada sekali sebulan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat atau wakilnya yang diberi kuasa dan hendaklah ditandatangan ringkas. Penyenggaraan Daftar Bil secara manual seperti di Lampiran V adalah dikecualikan bagi Kementerian/Jabatan/Pusat Tanggungjawab yang melaksanakan sistem eSPKB di mana Daftar Bil adalah disediakan secara elektronik."
3. Dengan berkuat kuasanya SPP ini, SPP Bil. 1 Tahun 1999 (Tambahan Pertama Kepada SPP Bil. 10 Tahun 1995), SPP Bil. 6 Tahun 2001 (Tambahan Kedua Kepada SPP Bil. 10 Tahun 1995) dan SPP Bil. 1 Tahun 2002 adalah dibatalkan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
12
(Tan Sri Izzuddin bin Dali) Ketua Setiausaha Perbendaharaan
31 Oktober 2006
s.k. Ketua Setiausaha Negara Ketua Audit Negara Akauntan Negara Malaysia Semua Pegawai Kewangan Negeri
13
14
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN PEROLEHAN
BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERMOHONAN
LAMPIRAN 2
NAMA PEMOHON
NO. ID STAFF
JAWATAN / GRED JAWATAN
BAHAGIAN
JENIS BARANGAN / PERKHIDMATAN YANG DIPOHON
(Sila nyatakan jenis, kuantiti dan maklumat barangan / perkhidmatan yang dipohon)
TUJUAN PERMOHONAN PEROLEHAN
(Sila sertakan dokumen sokongan keperluan perolehan tersebut)
BAHAGIAN B – MAKLUMAT PEROLEHAN (Sila sertakan sebutharga daripada pembekal yang dipilih. Bagi perolehan melebihi RM10,000.00 hingga RM50,000.00, sila sertakan sekurang-kurangnya dua (2) sebutharga daripada pembekal sebagai perbandingan dan nyatakan sebab-sebab pembekal dipilih atau tidak dipilih)
1
NAMA PEMBEKAL YANG DIPILIH
SEBAB PEMBEKAL DIPILIH
(Sila nyatakan sebab pembekal dipilih)
AMAUN (RM)
2
NAMA PEMBEKAL YANG TIDAK DIPILIH
SEBAB PEMBEKAL TIDAK DIPILIH
(Sila nyatakan sebab pembekal tidak dipilih)
15
3
NAMA PEMBEKAL YANG TIDAK DIPILIH
SEBAB PEMBEKAL TIDAK DIPILIH
(Sila nyatakan sebab pembekal tidak dipilih)
4
NAMA PEMBEKAL YANG TIDAK DIPILIH
SEBAB PEMBEKAL TIDAK DIPILIH
(Sila nyatakan sebab pembekal tidak dipilih)
5
NAMA PEMBEKAL YANG TIDAK DIPILIH
SEBAB PEMBEKAL TIDAK DIPILIH
(Sila nyatakan sebab pembekal tidak dipilih)
........................................ (Tandatangan Pemohon) Tarikh : Cop Rasmi :
BAHAGIAN C : UNTUK DIISI OLEH PENGARAH BAHAGIAN
Permohonan perolehan ini DISOKONG atas tujuan rasmi.
......................................................... (Tandatangan Pengarah Bahagian) Tarikh : Cop Rasmi :
BAHAGIAN D : UNTUK DIISI OLEH PUSAT KOS
i) Permohonan perolehan ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN (potong mana yang tidak
berkenaan). ii) Ulasan sekiranya tidak diluluskan : ................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
.................................................................... (Tandatangan Pegawai Pusat Kos) Tarikh : Cop Rasmi :
* Sekiranya permohonan tidak lengkap kembalikan kepada pemohon untuk dilengkapkan. * Sekiranya permohonan lengkap kemukakan kepada Unit Kewangan untuk tujuan penyediaan Pesanan Kerajaan.
16
LAMPIRAN 3
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
BORANG PERMOHONAN MENGADAKAN SEBUT HARGA (sila isikan dengan lengkap dan serahkan kepada Urusetia Jawatankuasa Sebuth arga)
NAMA
JAWATAN
BAHAGIAN
TAJUK SEBUT HARGA (sila sertakan dokumen sokongan keperluan perolehan tersebut)
CADANGAN TARIKH SEBUT HARGA DIBUKA
CADANGAN TARIKH SEBUT HARGA DITUTUP
MAKLUMAT TAMBAHAN
TANDATANGAN & COP RASMI TARIKH
…………………………………… …………………………...
Syarat-syarat : 1. Perolehan yang dipohon adalah yang melibatkan harga RM 50,001.00 hingga tidak melebihi RM 200,000.00 2. Mempelawa sekurang-kurangnya lima pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
UNTUK KEGUNAAN URUSETIA SEBUT HARGA MQA
NO. SEBUT HARGA :
………………………………. ………………………… (b.p : Jawatankuasa Sebut Harga) Tarikh
Kepada :
Permohonan membuat panggilan sebut harga
tuan/puan telah diluluskan. Maklumat yang berkaitan dengannya adalah seperti berikut :
No. Sebut harga : Tarikh dan Masa Panggilan Dibuka :
Tarikh dan Masa Panggilan Ditutup :
………………………………. (b.p : Jawatankuasa Sebut Harga)
17
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
BORANG PENGAWASAN PEMBEKAL
LAMPIRAN 4
Nama Pembekal : ……………………………………………………………
Bekalan/Perkhidmatan : ……………………………………………………..
Cemerlang Tidak Mememuaskan
No. Kriteria Pengawasan 5 4 3 2 1 Jumlah Catatan 1. Harga 2. Kualiti (menepati spesifikasi)
3. Penghantaran (mengikut jadual) 4. Perkhidmatan selepas jualan (jika berkaitan) 5. Masa tindak balas
Jumlah
Rating Prestasi Pengesyoran Pembekal Baru / Pembekal Semasa 20 - 25 Cemerlang Diterima sebagai pembekal / Perkhidmatan diteruskan 15 - 19 Baik Diterima sebagai pembekal / Perkhidmatan diteruskan 10 - 14 Sederhana Diterima sebagai pembekal / Perbincangan dengan pembekal 5 - 9 Kurang Memuaskan Tidak diterima / Diberi surat amaran 0 - 4 Tidak Memuaskan * Tidak diterima / Gugurkan dari senarai pembekal
Keputusan/Pengesyoran :
Penilai
Tandatangan : ………………………….………
Nama : ………………………….………
Jawatan : ………………………….………
Tarikh : …………………………………
* Sekiranya pembekal hendak digugurkan : Disahkan oleh : Urusetia :
Nama : …………………………………... Nama : ……………………………….. Tandatangan : …………………………………... Kemaskini Maklumat di atas dalam Daftar Pembekal Jawatan : …………………………………... Tandatangan : …………………… Tarikh : …………………………………... Tarikh : ……………..
18
LAMPIRAN 5
Daftar Pergerakan Bil Di Pusat Kos
Perkara Tarikh Terima
Lengkap / Tidak
Lengkap
Tarikh Lengkap
Tandatangan
Tarikh Pesanan Kerajaan (salinan asal) diterima
Tarikh Invois diterima
Tarikh Nota Penghantaran diterima
Tarikh Daftar Pengawasan Pembekal diisi
Amaun (RM)
Tarikh diserahkan ke Unit Kewangan
19
LAMPIRAN 6 Carta Aliran Kerja Untuk Proses Di Pusat Kos
i. Permohonan Perolehan (Purchase Requisition )
Mula Tanggungjawab
Lengkapkan Borang Permohonan Perolehan dengan melampirkan dokumen sokongan keperluan perolehan tersebut i) Permohonan <RM10,000 sertakan
sebutharga daripada pembekal ii) Permohonan >RM10,000 hingga
RM50,000 sertakan sekurang-kurangnya 2 sebutharga daripada pembekal
Dapatkan tandatangan daripada Pengarah Bahagian di borang tersebut
Bahagian yang tiada Pusat Kos hendaklah menyerahkan borang tersebut kepada pegawai di Pusat Kos untuk tujuan kelulusan.
Pegawai Bahagian yang memohon /
Pusat Kos Pegawai Bahagian yang memohon /
Pusat Kos / Pengarah Bahagian Pegawai Bahagian
yang memohon
Tidak Lulus?
Ya
Pusat Kos
Serahkan borang tersebut kepada Unit Kewangan untuk tujuan penyediaan Pesanan Kerajaan
Pusat Kos
Tidak Lengkap?
Ya
PPA(W)K
Sediakan Pesanan Kerajaan dan dapatkan tandatangan pegawai yang diberi kuasa menandatangani Pesanan Kerajaan
Serahkan Pesanan Kerajaan tersebut kepada Pusat Kos yang memohon
PA(W)K / Pegawai
yang diberi kusa
PA(W)K
Tamat
20
ii. Penerimaan dan Pengesahan Bil
Mula Tanggungjawab Masa
Setelah barangan / perkhidmatan diselesaikan oleh pembekal, dapatkan : i) Salinan asal Pesanan Kerajaan (warna
kuning) ii) Sahkan Pesanan Kerajaan iii) Pastikan pembekal telah mengesahkan
Pesanan Kerajaan iv) Invois asal v) Nota Penghantaran vi) Lengkapkan Borang Pengawasan
Pembekal
Daftar dan kemaskini dalam format pergerakan bil di setiap set dokumen tersebut bermula dari tarikh dokumen diterima
Serahkan dokumen tersebut kepada Pusat Tanggungjawab untuk tujuan pembayaran
Pusat Kos Pusat Kos Pusat Kos
3 hari
1
21
LAMPIRAN 7
Daftar Pergerakan Bil Di Pusat Tanggungjawab dan Pejabat Pembayar
Perkara Tarikh Terima
Lengkap / Tidak
Lengkap
Tarikh Lengkap
Tandatangan
Tarikh Dokumen diterima daripada Pusat Kos
Tarikh invois dimasukkan ke dalam SAGA
Tarikh pegawai mengesahkan invois ke dalam SAGA
Tarikh baucar bayaran disediakan
Tarikh pegawai meluluskan baucar bayaran
Amaun (RM)
Tarikh diserahkan ke Unit Akaun
Tarikh dokumen diterima daripada Pusat Tanggungjawab
Tarikh pegawai mengesahkan baucar bayaran di SAGA
Tarikh cek dicetak
Tarikh pegawai menandatangani cek
Tarikh cek diserahkan
22
LAMPIRAN 8 Carta Aliran Kerja Untuk Proses Di Pusat Tanggungjawab
1 Tanggungjawab Masa
Terima dokumen daripada Pusat Kos PPA(W)K
Tidak
Lengkap?
Ya
PPA(W)K
3 hari
Rekodkan invois ke dalam SAGA
Pegawai sahkan invois di SAGA
PA(W)K PE(W)K
Sediakan baucar bayaran
Dapatkan tandatangan pegawai yang diberikan kuasa meluluskan baucar bayaran
PA(W)K PA(W)K
1 hari
Tidak Lengkap?
Ya
Pegawai yang diberi
kuasa
2 hari
Pegawai yang diberi kuasa meluluskan baucar bayaran menandatangani baucar bayaran
Pegawai yang diberi kuasa
Daftar dan kemaskini dalam format pergerakan bil di setiap baucar bayaran tersebut bermula dari tarikh dokumen diterima daripada Pusat Kos
Serahkan baucar bayaran tersebut kepada Pejabat Pembayar untuk tujuan penyediaan cek
PPA(W)K / PA(W)K / PE(W)K / Pegawai yang diberi kuasa
PA(W)K
1 hari
2
23
LAMPIRAN 9 Carta Aliran Kerja Untuk Proses Di Pejabat Pembayar
2 Tanggungjawab Masa
Terima baucar bayaran daripada Pusat Tanggungjawab
PE(A)K
Tidak
Lengkap?
Ya
PE(A)K
2 hari
Pegawai sahkan baucar bayaran di SAGA
Cek dicetak daripada SAGA
PE(A)K PA(A)K
Dapatkan tandatangan pegawai yang diberikan kuasa menandatangani cek
Daftar dan kemaskini dalam format pergerakan bil di setiap baucar bayaran tersebut bermula dari tarikh baucar bayaran diterima daripada Pusat Tanggungjawab
PA(A)K / Pegawai yang diberi kuasa
PA(A)K / PE(A)K /
Pegawai yang diberi kuasa
1 hari 1 hari
Tamat