Upload
danglien
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
DOKUMEN SEBUT HARGA
JAKIM BILANGAN 6/2018
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
(JAKIM)
SEBUT HARGA MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SATU (1) SET SISTEM KONFEREN DI DEWAN DATUK MOHD SHAHIR
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
TARIKH BUKA : 14 MAC 2018 (RABU) TARIKH TUTUP : 21 MAC 2018 (RABU)
ARAHAN:
PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI SEGALA BUTIRAN DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN SEBELUM MENGISIKANNYA
BAHAGIAN 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 1. KENYATAAN TAWARAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa Penyebut harga bagi
Membekal,Memasang,Mengujilari Dan Mentauliah Satu (1) Set Sistem Konferen Di
Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SEBUT HARGA
2.1 Penyebut harga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan pendaftarannya masih lagi
berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan
dan telah ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan tempatan di dalam
kod bidang berikut
010302 Peralatan Sistem Bunyi, Pembesar Suara dan Projektor;
ATAU
221304 Perkhidmatan Audio Visual
Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga salinan sijil taraf Bumiputera dari
Kementerian Kewangan serta salinan sijil pendaftaran GST.
2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:
2.2.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;
2.2.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan
2.2.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.
2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.
2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.
3. SYARAT- SYARAT AM SEBUT HARGA
3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut harga.
3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.
3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.
3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.
3.1.4 Penyebut harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut harga.
3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.
3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
3.1.8 Penyebut harga hendaklah mengemukakan tawaran harga tidak termasuk kenaan GST.
4. SPESIFIKASI TEKNIKAL
4.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.
4.2 Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.
4.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebut harga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM).
4.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.
5. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-
mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut
harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
6. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
6.1 Dokumen sebut harga ini mengandungi perkara-perkara berikut :
TAJUK LAMPIRAN NAMA LAMPIRAN
Arahan kepada Penyebut Harga Bahagian 1
Skop Kerja Bahagian 2
Spesifikasi Teknikal Kerja Bahagian 3
Peringatan mengenai Kesalahan Rasuah Bahagian 4
Jadual Spesifikasi Teknikal Lampiran A
Jadual Harga Lampiran B
Latar Belakang Penyebut Harga Lampiran C
Surat Akuan Penyebut Harga Lampiran D
Surat Akuan Pembida Lampiran E
Senarai Rekod Pengalaman Kerja yang Berkaitan Sahaja (Tahun 2015 hingga 2017)
Lampiran F
Senarai Semak Dokumen Sebut Harga Lampiran G
Borang Sebut Harga Perkhidmatan Lampiran Q
6.2 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.
6.3 Harga bagi setiap jenis kerja hendaklah dimasukkan dengan lengkap ke jadual
harga mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan. 6.4 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas kontraktor
hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. 7 PENJELASAN LANJUT
Sekiranya terdapat maklumat dalam dokumen sebut harga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi Pegawai bertanggungjawab untuk penjelasan lanjut di alamat seperti di bawah;
Berkaitan Spesikasi Teknikal Kerja Encik Mohd Jahari bin Jaafar Unit Penyelenggaraan dan Pembangunan Institut Latihan Islam Malaysia
No. Tel : 03-8921 8409 No. Faks : 03-8921 8413 Email : [email protected]
Berkaitan Dokumen Sebut Harga dan Harga
Puan Hamizah bt Mohd Unit Perolehan Institut Latihan Islam Malaysia
No. Tel : 03-8921 8404 No. Faks : 03-8921 8413 Email : [email protected]
8 TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
BAHAGIAN 2 :SKOP KERJA
1. SKOP KERJA SEBUT HARGA
Kerja-Kerja Membekal,Memasang,Mengujilari Dan Mentauliah Satu (1) Set Sistem Konferen Di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
2. LOKASI KERJA-KERJA ADALAH SEPERTI BERIKUT ;-
Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, Jalan Maktab, Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
3. TEMPOH MASA SIAP KERJA
Tempoh masa siap kerja ini adalah 4 MINGGU dari Tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.
4. Kerja-kerja yang dinyatakan pada jadual di atas adalah seperti di Lampiran ‘A’ dan;
5. Spesifikasi teknikal seperti di Lampiran ‘A’ adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mempengaruhi pertimbangan tawaran pelawaan sebut harga.
6. Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.
7. Sebelum mengisi dan menghantar tawaran sebut harga, Penyebut Harga hendaklah dokumen sebut harga dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
8. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.
BAHAGIAN 3 : SPESIFIKASI TEKNIKAL KERJA
1. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Surat Setuju Terima akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kontraktor.
2. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor juga tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
3. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI
3.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan
dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi spefikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
3.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
3.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
4. RINGKASAN SEBUT HARGA
4.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
4.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj
lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
4.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai
kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh kerja.
4.4 Harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
4.5 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
5. PERANCANGAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
5.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu
sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehingga siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen sebut harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari dokumen sebut harga itu.
5.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam dokumen sebut harga, hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.
6. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN
PERLANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
i) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
ii) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
iii) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
iv) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang
munasabah; dan
v) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
7. KERJA PERUBAHAN
7.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-
arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
7.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
8. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya.
9. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
10. BON PELAKSANAAN/WANG TAHANAN BAGI KONTRAK PERKHDIMATAN
10.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan sebelum menandatangani kontrak. Bon Pelaksanaan mestilah dalam bentuk Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank yang berdaftar di Malaysia. Nilai bon pelaksanaan adalah seperti berikut:
(a) Dua peratus setengah (2.5%) daripada jumlah harga kontrak bagi
kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00; atau
(b) Lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000.00.
10.2 Jaminan Bank mestilah sah berkuat kuasa di sepanjang tempoh kontrak
sehingga 12 bulan selepas tamat tempoh waranti;
10.3 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan kepada penyebut harga selepas semua syarat kontrak dipenuhi;
10.4 Selain daripada remidi-remidi lain yang sedia terkandung di dalam kontrak
ini, Kerajaan juga sentiasa berhak memotong kesemua atau apa-apa jumlah wang yang terkumpul di dalam Bon Pelaksanaan tersebut jika sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran syarat di bawah kontrak yang akan ditandatangani oleh kontraktor.
11 DENDA LEWAT PERKHIDMATAN
11.1 Penyebut harga yang berjaya hendaklah menyempurnakan kontrak perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak;
11.2 Penyebut harga yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya kelewatan
yang berlaku adalah berpunca daripada penyebut harga sendiri. Cara perkiraan denda tersebut adalah mengikut formula berikut:
Formula Bagi Mengenakan Denda:
Denda: V(T + D) x 5%
T
V: Nilai Kontrak
T: Tempoh Bekalan Mengikut Kontrak (dalam hari)
D: Bilangan Hari Yang Lewat
BAHAGIAN 4 : PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (akta 694).
2. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada
mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota
perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
4. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
LAMPIRAN 9
SENARAI SEMAK
SEBUT HARGA JAKIM 6/2018: MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SATU (1) SET SISTEM KONFEREN DI DEWAN DATUK MOHD SHAHIR,
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) SILA TANDAKAN BAGI DOKUMEN –DOKUMEN YANG DISERTAKAN DAN SUSUN DOKUMEN MENGIKUT URUTAN BILANGAN DI BAWAH;
BIL
PERKARA/ DOKUMEN
UNTUK DITANDA
OLEH SYARIKAT
UNTUK DITANDA OLEH
JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT
HARGA
1.
Senarai Semak (Lampiran G) Lampirkan Senarai Semak ini di muka hadapan dokumen tawaran sebut harga
2.
Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran A) Borang Sebut Harga Perkhidmatan (spesifikasi teknikal) (Lampiran Q) telah diisi dengan lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan ditandatangani
3.
Jadual Harga (Lampiran B)
4.
Latar Belakang Penyebut harga (Lampiran C);
5.
Rekod Pengalaman Kerja (Jika ada); i) Senarai pengalaman kerja /senarai kerja yang telah disiapkan berkaitan sebut harga ini. (Lampiran F)
6..
Surat Akuan Pembida (Lampiran E);
7.
Borang Akuan Sebut Harga (Lampiran D)
8.
Profil syarikat yang mengandungi maklumat ; carta organisasi syarikat, profil kakitangan syarikat (masukkan juga nama jawatan dan tugas) dan sebagainya;
9.
Salinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan GST
BIL
PERKARA/ DOKUMEN
UNTUK DITANDA
OLEH SYARIKAT
UNTUK DITANDA OLEH
JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT
HARGA
10.
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga(3) bulan terakhir dan disahkan oleh pihak bank atau laporan akaun syarikat yang disahkan dan diaudit oleh Juru Audit Bertauliah (Disember 2017, Januari 2018 dan Februari 2018)
11.
Perkara-perkara lain sekiranya ada (Nyatakan); ………………………………………...
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
LAMPIRAN A
JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL SEBUT HARGA JAKIM BILANGAN 6/2018
MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SATU (1) SET SISTEM
KONFEREN DI DEWAN DATUK MOHD SHAHIR, INSTITUT LATIHAN ISLAM
MALAYSIA (ILIM)
BIL PERKARA/PERIHAL SPESIFIKASI
MINIMUM PATUH
(Y/T) SPESIFIKASI
PENYEBUTHARGA
1
DELIGATE UNIT STANDARD MIC WITH MIC DELIGATE
Bilangan : 40 unit
Jenama / Model Sila nyatakan:………………….
Tahun dikeluarkan
Terkini
Monitor speaker volume
Headphone volume compact
Attractive design
Built-in volume control for
Headphone microphone with
Flexible stem and light ring
Power source 35V DC
Input Microphone terminal :XLR-4-
31 type
Output Monitor speaker : 130 ohms
200 mW
Headphone/Recording Mini jack x 2
Connection terminal DIN 8P connector
Function Monitor speaker volume
Headphone volume
Weight Please specify
Warranty 1 year
BIL PERKARA/PERIHAL SPESIFIKASI
MINIMUM PATUH
(Y/T) SPESIFIKASI
PENYEBUTHARGA
2
CHAIRMAN UNIT C/W LONG MIC
Bilangan : 1 unit
Jenama / Model Sila nyatakan:………………
Tahun dikeluarkan Terkini
Monitor speaker volume
Headphone volume compact
Priority speech function
Attractive design
Built-in volume control for
Headphone microphone with
Flexible stem and light ring
Power source 35V DC
Input Microphone terminal :XLR-4-
31 type
Output Monitor speaker : 130 ohms
200 mW
Headphone/Recording Mini jack x 2
Connection terminal DIN 8P connector
Function Monitor speaker volume
Headphone volume
Priority speech function
Berat Sila Nyatakan :………………..
Warranty 1 year
3
CENTER AMPLIFIER CONTROL UNIT
Bilangan : 1
Jenama / Model Sila nyatakan:…………………
Tahun dikeluarkan Terkini
BIL PERKARA/PERIHAL SPESIFIKASI
MINIMUM PATUH
(Y/T) SPESIFIKASI
PENYEBUTHARGA
Power up to 64 contribution
units
Control for up 192 contribution
units for 3 Central Units
Input 1 x Mic : 60 Db,600 ohms
Output 3 x recording: -20Db 10k ohms
External EQ -20Db 10k ohms
Function switch Delegate units simultaneous
operation set to 0,1,2,3 & 4
Mic function : off 30 sec
(selectable)
FBS selection :
External/Off/Auto/Manual
MP3 recording and playback
Berat Sila Nyatakan :……………….
Warranty 1 year
Tandatangan Penyebut Harga : ........................................................ (Nama syarikat tidak perlu)
LAMPIRAN B JADUAL HARGA
MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SATU (1) SET SISTEM
KONFEREN DI DEWAN DATUK MOHD SHAHIR, INSTITUT LATIHAN ISLAM
MALAYSIA (ILIM)
BIL PERKARA JENAMA KUANTITI
(A)
HARGA/ UNIT (RM)
(B)
HARGA KESELURUHAN
(RM)
C = (A) X (B)
1.
Membekal dan memasang Deligate unit standard mic with mic deligate
40
2. Membekal dan memasang chairman unit c/w long mic
1
3. Membekal dan memasang center amplifier control unit 1
4.
Membekal dan memasang kabel 10 meter untuk control unit
4
5.
Membekal dan memasang kabel 2 meter untuk control unit
6
6.
Membekal dan memasang custom made flight case untuk sistem konferen
1
7.
Kerja penyambungan semua peralatan,pendawaian interacking dan aksesori yang berkaitan.
*Semua punca bekalan kuasa peralatan mestilah berada di satu tempat bagi memudahkan pengendalian
Pukal
BIL PERKARA JENAMA KUANTITI
(A)
HARGA/ UNIT (RM)
(B)
HARGA KESELURUHAN
(RM)
C = (A) X (B)
8.
Kerja-kerja pengujian,pentauliahan dan latihan,menyediakan semua Manual Operation dan Lukisan Litar Sambungan bagi semua jenis peralatan
Pukal
9.
Lain-lain kerja yang berkaitan yang tidak dinyatakan di dalam spesifikasi peralatan :- Sila Nyatakan : ............................................ ............................................. ..............................................
JUMLAH BESAR HARGA (Tidak termasuk 6% GST)
Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ........ minggu (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) Tempoh perkhidmatan boleh disiapkan selepas perkhidmatan mula dilaksanakan : ....... minggu Tawaran harga yang ditawarkan adalah tidak termasuk kenaan GST. Harga adalah termasuk semua urusan membekal, memasang, dan menguji sistem persidangan yang baru. TANDATANGAN : NAMA : JAWATAN : COP SYARIKAT :
LAMPIRAN C
LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA
MAKLUMAT LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA
1. Nama Penyebut Harga
________________________________________________________________
2. Alamat Pejabat :
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
___________________________________
No. Telefon: ___________________ No. Fax: _____________
Email: _________________________________
3. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia Malaysia
____________________________________________
(Sertakan Salinan Sijil Pendaftaran)
i. No. Pendaftaran :_________________________________________
ii. Tarikh Daftar : _______________sah hingga _______________
iii. Kod Bidang /Tajuk Kecil : ___________________________________
iv. Taraf (Bumiputera/Bukan Burmiputera): ________________________
v. Jika Bumiputera tempoh sah taraf dari __________ hingga ________
4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. atau Perseorangan (Nyatakan)
i) Modal dibenarkan : RM ______________
ii) Modal dibayar : RM ______________
5. Perniagaan utama lain, jika ada :
1. __________________ sejak ________________
2. __________________ sejak ________________
6. Buatan Dalam Malaysia (Jika berkaitan)
Sebutkan samada barang-barang yang hendak dibekalkan itu dibuat dalam Malaysia
atau di Luar Malaysia
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
________________________________________________________
7. Bilangan Pekerja berkaitan sebut harga ini:
Pengurusan: ______________________
Profesional: ______________________
Sokongan: ______________________
8. Pekerja-Pekerja: Beri peratus pembahagian pekerja dari segi ras yang digunakan
oleh firma tuan bagi menjalankan sebut harga ini:
1. Melayu: ................................%
2. Cina: ................................%
3. India: ................................%
4. Lain-lain: ................................
9. Ahli-Ahli Syarikat
a) Ahli-ahli Lembaga Pengarah
BIL NAMA JAWATAN SAHAM MODAL
DIPEGANG
b) Ahli-ahli Pengurusan dan Profesional
BIL NAMA JAWATAN KELULUSAN
AKADEMI/IKTISAS
10. DATA-DATA KEWANGAN
a) Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan
(Balance Sheet )* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.
Asset*
(A)
Liabiliti*
(B)
Nilai Kewangan
( Worth) (A – B)
Semasa : RM
Tetap : RM
_____________
Jumlah : _____________
Semasa : RM
Tetap : RM
____________
Jumlah : ____________
Semasa : RM
Tetap : RM
__________
Jumlah : ___________
b) Akaun Wang Di Tangan (Cash in hand) **
1. Nama dan alamat bank di mana akaun dibuka :
________________________________________________________
________________________________________________________
2. Nombor Akaun _________________________________________
c) Kemudahan Kredit bagi tender ini. (Sila sertakan salinan surat daripada bank/
insititusi kewangan terlibat dan diakui sah)
1. Nama dan alamat Bank /Instititusi kewangan yang memberi kemudahan kredit :
______________________________________________________
______________________________________________________
2. Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk tender ini.
i) Overdraf atau Talian Kredit RM ______________
ii) Overdraf bercagar RM ______________
iii) Pinjaman tetap yang akan/layak diperolehi untuk projek
RM______________
iv) ________________________
RM ____________________________
Jumlah RM
=============
11. No. Cukai Pendapatan: _________________________________
Peringatan Penting:
** Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank tiga (3) bulan terakhir (Disember 2017, Januari 2018 dan Februari 2018) sebelum tarikh tutup sebut harga. Sebut Harga yang tidak disertakan dengan penyata ini,akan ditolak.
LAMPIRAN F
REKOD PENGALAMAN KERJA
i) Pengalaman Kerja/Senarai Kerja Yang Telah DISIAPKAN (TAHUN 2015-2017)
Bil Nama Projek dan Agensi yang Mengawasi
Harga Kontrak Tempoh Tarikh Siap Sebenar
LAMPIRAN F1
ii) Senarai Kerja Dalam Tangan/Kerja Yang SEDANG DILAKSANAKAN
Bil Nama Projek dan Agensi yang Mengawasi
Harga Kontrak Tempoh
LAMPIRAN D
BORANG AKUAN SEBUT HARGA
Pengarah
Institut Latihan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Puan,
SEBUT HARGA JAKIM BIL6/2018
MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SATU (1) SET SISTEM KONFEREN DI DEWAN DATUK MOHD SHAHIR, INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat..............................................................................mengambil bahagian dalam MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SATU (1) SET SISTEM KONFEREN DI DEWAN DATUK MOHD SHAHIR, INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
2. Syarikat sebagai Penyebut harga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan
terikat dengan syarat-syarat sebut harga, kontrak dan spesifikasi kerja yang terkandung di
dalam dokumen sebut harga. Penyebut harga juga telah memahami bahawa Bahagian Hab
Halal, Jakim berhak menerima atau menolak sebut harga ini, sama ada harga yang
ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain.
3. Penyebut harga mengakui bahawa semua kenyataan yang diberikan adalah
benar dan jika sekiranya mana-mana kenyataan yang tidak benar penyebut harga
bersedia diambil tindakan oleh pihak Kerajaan.
4. Penyebut harga bersetuju bahawa harga sebut harga yang ditawarkan ini
laku (valid) selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga.
Dalam tempoh tersebut penyebut harga tidak boleh menarik diri daripada tawaran
ini.
5. Selanjutnya sekiranya sebut harga penyebut harga ini diterima, penyebut
harga akan mengikat suatu kontrak serta memberi cagaran keselamatan dalam
tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh terima surat tawaran Jakim.
6. Kami yang bertandatangani di bawah ini juga bersetuju untuk mematuhi
syarat-syarat am yang dinyatakan dalam Bahagian I Dokumen Sebut Harga
(Syarat-Syarat Am Sebut Harga). Harga yang dinyatakan seperti di Lampiran B
(Jadual Harga) akan dijadikan asas penilaian bayaran untuk perkhidmatan tersebut.
Ditandatangani oleh:
Nama:
_____________________________________
Jawatan:
_____________________________________
Cop/Alamat Syarikat:
_____________________________________
Tarikh:
_____________________________________
Disaksikan oleh:
Tandatangan:
______________________________________
Nama:
_____________________________________
No Kad Pengenalan:
______________________________________
Tarikh:
______________________________________
LAMPIRAN E
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
Sebut Harga Jakim Bil. 6/2018
MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI DAN MENTAULIAH SATU (1) SET SISTEM
KONFEREN DI DEWAN DATUK MOHD SHAHIR, INSTITUT LATIHAN ISLAM
MALAYSIA (ILIM)
Saya, ................................................................. (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P.
................................... yang mewakili .......................................................................... (Nama Syarikat)
nombor Pendaftaran MOF ............................................. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya
atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah
kepada mana-mana individu dalam Institut Latihan Islam Malaysia, Jakim atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama
ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk
membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Latihan Islam Malaysia, Jakim atau
mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas,
maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat
kuasa
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana
individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*
seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……………………………......
Nama:
No. K/P:
Cop Syarikat:
LAMPIRAN Q
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan
nombor ini
No. Sebut Harga
JAKIM BIL. 6/2018
(Kew. 284-Pin. 5/94)
KERAJAAN MALAYSIA
SELANGOR
SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada
Perjanjian Sebut Harga.
Kepada (Nama Syarikat):
.............................................................
.............................................................
.............................................................
.............................................................
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh
Kementerian/Jabatan (Alamat Lengkap):
Institut Latihan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
(u.p.: Puan Hamizah bt Mohd)
No. Telefon : I No. Telefon: 03-89218404
No. Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan: ...........................................
I
I Tarikh: 14 Mac 2018
Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan
pembelian ini 010302 atau 221304
I
I
1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan: (Sila lihat Arahan kepada Penyebut Harga)
1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki: 4 minggu selepas SST dikeluarkan
1.3 Arahan pengiriman:
Institut Latihan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda
nombor sebut harga: Jakim Bil. 6/2018
1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di
atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari, 21 Mac 2018
1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
Tarikh: Tandatangan:
Nama Pegawai:
Jawatan:
Bil. Perihal bekalan/ perkhidmatan dan Syarat-
Syarat Khas
Unit
Ukuran
Kuantiti/
Kekerapan
Kadar
(RM)
Harga
(RM)
Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh
Penyebut Harga
1.
MEMBEKAL,MEMASANG,MENGUJILARI
DAN MENTAULIAH SATU (1) SET
SISTEM KONFEREN DI DEWAN DATUK
MOHD SHAHIR, INSTITUT LATIHAN
ISLAM MALAYSIA (ILIM)
JUMLAH
(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
(ii) Tarikh penyerahan/ penyempurnaan ialah
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga
dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.
Tandatangan
Penyebut Harga:
Nama dan K/P:
Alamat Syarikat:
Tarikh :
Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-
syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau
diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan
yang berkaitan.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.
4. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh
diberi.
5. PERSETUJUAN
Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut
harga; dan (ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji
bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum
penyerahan bekalan tersebut; dan
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila
dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang dibekalkan
oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam
pelawaan ini.
8. PENOLAKAN
(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah
dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;
(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu
dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar
balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang
ditolak itu; dan
(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk
mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan
dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua
Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut
dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya
kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan
jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul
daripadanya.
11. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam
Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja
pembungkusan; dan
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
14. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal
barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai
adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
16. MATA WANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
17. PEMBUNGKUSAN
(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika
mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;
(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja
pembungkusan; dan
(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.