32
DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang sela mat di mana warga Sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar. MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berteru san dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. RASIONAL 1. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan. 2. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselantan fizikal, s osial , Emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. 3. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan Inst itusi pendidikan dari segi keselamatan. 4. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas ,t anpa Sokongan keluarga dan komuniti. PERANCANGAN Bagi melicinkan pelaksanaan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah , ibu bapa, agensi- agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Jawatankuasa 1.Jawatankuasa Induk - Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri dari wakil- wakil ibu bapa, guru, polis dan bukan kerajaan 2. Jawatankuasa Pelaksana 3. Kekerapan Mesyuarat 4. Kehadiran ahli-ahli dalam mesyuarat 5. Sistem Fail : - surat panggilan mesyuarat - minit mesyuarat

arahan prosedur keselamatan.docx

Embed Size (px)

Citation preview

DEFINISI

SekolahSelamatdidefinisikansebagaipersekitaransekolahyangselamatdimanawargaSekolahmerasaselamattanpagangguandaripadamana-manapihaksamaadadaridalammahupundariluar.

MATLAMAT

Mewujudkanbudayaselamatdisekolahdanpersekitaransecaraberterusandengansokongankeluargadankomunitisetempat.

RASIONAL

1.Dalambanyakkeadaankeselamatankerapdiabaikandanjarangdijadikanasas utamapertimbangan.2.Wargasekolahdewasainiterdedahdenganisu-isukeselantanfizikal,sosial, Emosidanteknikal.Justeru,polisiyangberterusanperludiwujudkan.3.KurangmendapatkerjasamadaripadakeluargadanmasyarakatdenganInstitusipendidikandarisegikeselamatan.4.Keupayaansekolahdalammenanganiisu-isukeselamatanamatterbatas,tanpa Sokongankeluargadankomuniti.

PERANCANGANBagimelicinkanpelaksanaanProgramPeningkatanKeselamatanSekolahyangkeahliannyaterdiridaripadawakilsekolah,ibubapa,agensi-agensikerajaandanbukankerajaan.

Jawatankuasa

1.JawatankuasaInduk-Ahli-ahliJawatankuasaterdiridariwakil-wakilibubapa,guru,polisdanbukankerajaan2.JawatankuasaPelaksana3.KekerapanMesyuarat4.Kehadiranahli-ahlidalammesyuarat5.SistemFail:-suratpanggilanmesyuarat-minitmesyuarat-suratperlantikanj/kuasatahunsemasa-maklumatdiriahlijawatankuasa

FungsiJawatankuasa

1.Menyediakankodetikadantanggungjawabsemuawargasekolah.2.Menyediakankodetikadantanggungjawabpihaklain(komuniti,keluarga)3.Mempromosikansecaraaktifkoddanetikakepadasemuawargasekolahdankomunitisetempat.4.Mendidikdanmelatihguru,kakitangansekolahdanahlikomunitiakanprosedurkeselamatanyangada.5.Memastikanwujudkesedarandikalangansemuapihakakanisukearahpeningkatankeselamatansekolah.6.Melaksana,menilaidanmengkajisemulasemuadasardanprosedurpeningkatankeselamatansekolahdarimasakesemasa.

PolisiKeselamatanMuridPergidanBalikSekolah

1.Datacarapelajarkesekolah.2.KaedahPemantauanyangterancang3.RekodKemalangan4.TatacaraMurid,TatacaraGurudanTatacaraIbuBapa5.KaedahyangterancangmempromosikansemuapolisiPPKSkepadawargasekolah,ibubapadankomuniti6.Pelankawasanberisikosekitasekolah7.Pelajarmematuhitatacarapergidanbaliksekolah8.Polisiditerima,difahami,dihargaidanpenglibatansepenuhnyaolehwargasekolah,ibubapa,pelajardankomunitiluar.9.Polisismematuhikehendakundang-undang.10.Semuatatacaratindakanmenghadapikrisisdipamer,dijelaskan,difahamidanmesrapengguna.11.Sistemkwalanlalulintasdidalamdandiluarsekolah.

PolisiKeArahSalahLakuSifar

1.ProgramKeArahPeningkatanDisiplin

oTatacaraMuridoTatacaraGuruoTatacaraIbuBapa

2.SistemPemantauanDisiplin

-Pemeriksaanmengejut-BukuPengesananPelajar/TindakanSusulan

3.RekodSalahLakutermasukSSDM4.KelabPencegahanJenayah5.PegawaiPerhubunganSekolah-BukuLawatanPolis6.PenglibatanAgensi-AgensiLain7.PeraturanSekolah8.Peraturan-PeraturanPendidikan,BukuBukuPanduandanSuratSuratPekelilingIkhtisasDisiplin9.SuratPenurunanKuasaMerotan10.Kesesuaianpolisi-polisilainyangbolehdibinadalamkontekssekolah.

Polisi PengurusanKeselamatnDanTatacaramenghadapiKrisis

1.Sistemkawalankeluarmasuksekolah(BukuRekodPelawat,BukuKebenaranMembawaPelajarKeluardanlain-lain)2.SitemKawalanKeluarmasukKelas3.SistemPengenalanyangberkesanuntukmurid,kakitangandanpelawat.4.Sistemtelekomunikasiyangberkesan.5.Nombor-nombortelefonsemuapihakyangberkaitansemasakrisisdipamerkandenganjelasditempatyangsesuai.6.Peraturandanarahankeselamatandipamerkandenganjelasditempatyangsesuai.7.Kerjasamaanatarapihakpolis,pengawalkeselamatansekolah,sukarelawansebelum,semasadanselepaswaktupersekolahan.8.WargasekolahdapatmenyatakandanmenjelaskantatacaramenghadapiKrisis.9.PerhimpunanSekolah(Mingguan/harian)

-LaporanPerhimpunanMingguan/harian -Penglibatanmurid

CONTOH POLISI.

POLISI 1 : PERGI DAN BALIK SEKOLAH DENGAN SELAMAT

A) MATLAMAT.

1-Mewujudkan keadaan yang selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.2-Memupuk sikap toleransi di kalangan ibubapa dan murid.3-Memastikan ibubapa dan murid menjaga keselamatan diri dan anak dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.4-Meyakinkan ibubapa terhadap keselamatan diri dan anak mereka dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

B) RASIONAL

1-Ramai ibubapa dan murid terdedah kepada bahaya akibat kecuaian ataupun sikap tidak mementingkan aspek keselamatan.2-Kesedaran ibubapa dan murid terhadap keselamatan pergi dan balik sekolah amat kurang3-Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan keselamatan di luar kawasan sekolah amat terbatan atas sikap acuh tak acuh ibubapa dan murid.4-Mengadakan persekitaran yang selamat untuk ibubapa dan murid melalui pendidikan keselamatn diri dalam perjalanan pergi dan balik sekolah mat diperlukan.

C) POLISI

Memastikan ibubapa dan murid sekolah selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1-Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan ibubapa dan murid semasa pergi dan balik sekolah.2-Mengenalpasti masalah berkaitan dengan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah.3-Supaya ibubapa dan murid peka terhadap keselamatan diri mereka semasa pergi dan balik sekolah.4-Meyakinkan ibubapa terhadap keselamatan diri mereka dan anak mereka berdasarkan peraturan yang disediakan.

E) TATACARA AM1-Penyediaan jadual bertugas guru dan pengawas serta dengan bantuan ibubapa di pintu masuk di pintu masuk ( gate ) sebelum dan selepas masa persekolahan.2-Kenderaan ibubapa dilarang memasuki kawasan sekolah.3-Murid beratur semasa balik ke rumah.4-Murid berada di tempat menunggu sekiranya kenderaan mereka belum tiba.

F) TATACARA UNTUK MURID.

a) Pergi dan balik dengan berjalan kaki.

1- Melintas Jalan. - Murid dikehendaki berjalan kaki hingga berada dihadapan sekolah. - Murid dikehendaki mengikut arahan pekerja sekolah yang mengawal lalulintas di waktu pergi dan balik sekolah. - Murid dikehendaki berdiri di atas kaki lima atau bahu jalan ketika hendak melintas. - Undur dua langkah ke belakang apabila anda melihat kenderaan besar. - Tunggu sehingga pekerja lalulintas memberi arahan kepada kenderaan supaya berhenti. - Tunggu arahan daripada pekerja lalulintas. - Lihat kanan, kiri dan kanan semula. - Melintas apabila menerima arahan daripada pekerja lalulintas dan apabila sudah pasti kenderaan sudah berhenti.

2- Berjalan kaki di dalam kawasan sekolah. - Murid dikehendaki menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan. - Murid dikehendaki berhenti di lintasan pejalan kaki ( zebra ) - Lihat kanan, kiri dan kanan semula. - Melintas apabila sudah pasti tidak ada kenderaan atau kenderaan sudah berhenti.

3- Berjalan kaki di waktu hujan. - Murid dikehendaki memakai baju hujan. - Jika memakai payung anda mesti memegang dengan betul supaya tidak menghalang pandangan hadapan. - Murid dikehendaki berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin. - Sekiranya hujan terlalu lebat, murid di minta menumpang teduh di tempat Selamat seperti pondok menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan berteduh di bawah pokok. - Murid dikehendaki tidak menggunakan payung ketika hujan ribut dan angin kencang. - Murid dikehendaki tidak bermain-main di dalam hujan.

4- Berjalan kaki di tempat sunyi dan semak. - Murid dikehendaki berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang - Murid digalakkan mempunyai pengetahuan seni mempertahankan diri. - Sekiranya berlaku kecemasan, anda jangan panik. Menjerit meminta tolong, cuba pertahankan diri atau lari menyelamatkan diri. - Laporkan kejadian tersebut kepada guru dengan segera untuk tindakan seterusnya.

b) Pergi dan balik dengan menaiki bas.

Tidak terdapat murid yang menaiki bas.

c) Pergi dan balik dengan menaiki basikal.

- Murid dinasihatkan memahirkan diri menggunakan basikal sebelum menunggang basikal ke sekolah. - Murid-murid diminta memakai pakaian yang boleh memantulkan Cahaya ( vest keselamatan). - Murid dikehendaki memastikan basikal sentiasa dalam keadaan baik. - Murid-murid dilarang mengayuh terlalu laju. - Murid-murid dilarang bersaing atau bergandingan. - Apabila sampai ke sekolah murid diminta berhenti dan turun di laluan yang disediakan. - Murid-murid dikehendaki menolak basikal mereka ke tempat meletak basikal yang disediakan. - Di waktu balik dari sekolah murid dikehendaki menolak basikal mengikut lorong basikal yang disediakan hingga ke pintu pagar sekolah. - Selepas pintu pagar sekolah, murid dibenarkan menunggang basikal dengan cermat balik ke rumah.

d) Pergi dan balik dengan menaiki motosikal.

- Pastikan motosikal dalam keadaan baik dan sempurna. - Murid-murid tidak dibenarkan menunggang motosikal ke sekolah. - Murid-murid yang dihantar oleh ibubapa dengan motosikal dikehendaki memakai topi keledar. - Apabila sampai ke sekolah murid-murid dikehendaki turun di pintu pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki. - Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas. - Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga motorsikal ibubapa / penjaga mereka sampai. - Sekiranya berlaku kemalangan, anda dikehendaki memohon bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru atau guru bertugas atau pihak pentadbir.

e) Pergi dan balik menggunakan kereta atau van.

- Murid dikehendaki memastikan pintu kereta ditutup dengan sempurna sebelum kereta bergerak. - Gunakan talipinggang keledar. - Anda dilarang bergurau atau bermain semasa kenderaan bergerak. - Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik kenderaan. - Apabila sampai ke sekolah murid-murid diminta turun di pintu pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki. - Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas. - Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga kereta ibubapa / penjaga mereka sampai.

G ) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1-Menemani anak berjalan kaki dalan keadaan cuaca gelap, hujan dan sunyi sehingga sampai ke sekolah.2-Mengingatkan atau menasihatkan anak supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap orang-orang yang tidak dikenali semasa pergi dan balik sekolah.3-Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi sekolah sekiranya anak lewat balik.4-Memastikan anak memakai pakaian cerak atau bahan reflektif jika jika berjalan dalam cuaca gelap.5-Elakkan anak dari menaiki kenderaan yang uzur atau kurang sempurna.6-Mengingatkan anak supaya mematuhi peraturan lalulintas sebagaimana yang telah disampaikan oleh pihak sekolah.

H ) TATACARA UNTUK GURU.

1-Memberi penerangan tentang risiko yang berada di sekitar sekolah atau sepanjang perjalanan ke sekolah.2-Membuat rondaan ke tempat yang berisiko tinggi atau tempat yang selalu dikunjungi oleh murid.3-Memberi pertolongan cemas jika perlu.4-Menelefon pihak ambulan, bomba atau polis jika berlaku kemalangan.5-Menghubungi keluarga murid.6-Membuat laporan kepada Guru Besar.

I) TATACARA BILA BERLAKU KEMALANGAN.

1-Murid dikehendaki jangan panik.2-Catat nombor, jenis dan warna kenderaan yang terlibat.3-Laporkan kepada guru.4-Guru akan bertindak mengikut tatacara untuk guru.

POLISI 2 : SIFAR PONTENG.

A) MATLAMAT.

1-Membasmi masalah ponteng sekolah di kalangan murid.2-Menggalakkan murid menepati waktu persekolahan dan ko-kurikulum.3-Menanamkan rasa suka berada di sekolah.4-Memastikan murid membawa surat sakit / surat dari penjaga sekiranya tidak hadir.

B) RASIONAL

1-Adanya pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah.2-Sikap murid yang tidak menepati waktu.3-Menyediakan persekitaran belajar yang seronok untuk menarik minat murid.

C) POLISI

Memastikan murid hadir mengikut waktu persekolahan dan aktiviti ko-kurikulum.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1-Mengurangkan ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa sebab.

E) TATACARA AM.

1-Penandaan buku jadual kedatangan oleh guru kelas setiap hari sebelum jam 09.00 pagi.2-Menyimpan rekod / maklumat surat sakit / surat dari penjaga.3-Mengemaskini borang kehadiran murid dalam Sistem Merit De Merit.

F) TATACARA MURID.

1-Setiap murid mesti ada peraturan sekolah.2-Murid dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.3-Hendaklah hadir ke sekolah dan hadir dalam semua aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan semua murid.4-Murid yang tidak hadir hendaklah menyerahkan surat sakit / surat dari penjaga / membuat panggilan telefon.5-Murid yang bermasalah hendaklah dirujuk kepada guru kaunseling.

G) TATACARA GURU

1-Pastikan murid ada buku peraturan sekolah.2-Pastikan murid sampai tepat pada waktunya sebelum 7.30 pagi.3-Sentiasa memberi peringatan kepada murid.4-Mengenalpasti murid yang selalu ponteng5-Mencatat butiran kesalahan murid.6-Hantar surat peringatan kepada ibubapa murid.7-Guru hendaklah menyemak rekod kedatangan harian dan buku kawalan kelas.8-Guru kelas hendaklah merujuk masalah murid yang sukar dibimbing kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.9-Kes yang berat akan dirujuk kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid dan Guru Besar.

H) TATACARA IBUBAPA.

1-Pastikan anak-anak bersekolah pada waktunya.2-Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang ketidakhadiran anak-anak ke sekolah.3-Sentiasa menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak.4-Ibubapa pastikan dan beri kerjasama kepada pihak sekolah jika berlaku gejala ponteng.5-Ibubapa hendaklah hadir ke sekolah setelah menerima surat amaran ketidakhadiran anak ke sekolah tanpa sebab.6-Mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak sekolah.7-Ibubapa mesti menandatangani surat jaminan bertulis bahawa anak jagaan menghentikan perlakuan agar tidak berulang.

POLISI 3 : BILIK-BILIK SELAMAT.

A) MATLAMAT

1-Memastikan bilik-bilik yang selamat dan kondusif untuk pendidikan dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.2-Mengurangkan kecederaan serius ketika sessi pengajajaran dan pembelajaran.

B) RASIONAL1-Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan di dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas.2-Keselamatan diri kerap diabaikan.3-Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera sewaktu mengikuti sessi pembelajaran.

C) POLISI

Memastikan bilik-bilik di sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses pengajaran dan pembelajaran agar melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.

C) TUJUAN / OBJEKTIF

1-Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai bilik-bilik yang selamat.2-Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak boleh dielakkan.3-Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak mereka berada di dalam bilik darjah / bilik-bilik khas.4-Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.5-Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan diri kepada warga sekolah.

D) TATACARA AM.

1-Penyediaan peraturan bilik darjah dan bilik-bilik khas.2-Merekodkan peralatan.3-Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat di dalam bilik-bilik tersebut.4-Sentiasa membersihkan bilik-bilik supaya ianya selamat.5-Penyediaan jadual bertugas untuk bilik darjah dan bilik tertentu.6-Terdapat kotak ubat di bilik-bilik yang berisiko mendatangkan kecederaan.

E) TATACARA GURU. 1- Merangka satu peraturan yang sesuai dengan bilik masing-masing. 2- Menjumlahkan setiap keperluan asas yang ada dalam bilik masing- masing.3-Melekatkan peraturan dan jumlah keperluan asas pada tempat yang sesuai di dalam bilik masing-masing.4-Mewujudkan satu buku untuk staf atau individu yang ingin meminjam keperluan asas yang terdapat di dalam bilik tersebut.5-Menerangkan kepada murid setiap peraturan di dalam bilik masing-masing.6-Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh murid-murid.

F) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1-Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan anak-anak agar mematuhi setiap peraturan di dalam bilik darjah dan bilik khas.2-Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap bilik-bilik yang berisiko dan boleh mendatang kecederaan.3-Memeriksa peralatan yang dibawa pulang.4-Mengingatkam anak-anak supaya memulangkan peralatan atau bahan yang dipijam dari pihak sekolah sebelum tarikh tamat peminjaman.5-Sentiasa menghubingi pihak sekolah jika terdapat sebarang kemusykilan.

G) TATACARA UNTUK MURID

Muriddikehendakimematuhi semua tatacara yang dirangka pada setiap bilik darjah dan bilik-bilik khas oleh guru yang berkenaan.

( Sila semak lampiran berkelat )

POLISI 4 : PERSEKITARAN SELAMAT.

A) MATLAMAT

1-Memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif untuk pertumbuhan dan perkembangan bagi melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.2-Mengurangkan kecederaan serius ketika berada di dalam kawasan sekolah.

B) RASIONAL1-Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan ketika berada di dalam kawasan sekolah.2-Keselamatan diri kerap diabaikan.3-Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera sewaktu berada di dalam kawasan sekolah..

C) POLISI

Memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses pertumbuhan dan perkembangan murid agar melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.

C) TUJUAN / OBJEKTIF

1-Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai persekitaran sekolah yang selamat.2-Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak boleh dielakkan.3-Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak mereka berada di dalam kawasan sekolah.4-Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.5-Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan diri kepada warga sekolah.

D) TATACARA AM.

1-Mengenalpasti tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya.2-Merekodkan tempat-tempat yang bahaya.3-Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat di sekolah4-Sentiasa kebersihan persekitaran agar ianya selamat.

E) TATACARA GURU. 1- Menyenaraikan tempat-tempat yang bahaya. 2- Melabelkan tempat-tempat yang bahaya tersebut agar mudah dikesan oleh warga sekolah.3-Memberi penerangan kepada murid tentang tempat-tempat yang boleh mendatangkan kecederaan.4-Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh murid-murid.5-Guru yang bertugas memantau pergerakan murid agar mematuhi peraturan yang disediakan.6-Memberi teguran dan nasihat kepada murid yang melanggar peraturan.7-Merujuk kapada guru displin atau guru bimbingan dan kaunseling sekiranya seorang murid melanggar peraturan tersebut lebih dari tiga kali.

F) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1-Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan anak-anak agar mematuhi setiap peraturan keselamatan di sekolah.2-Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap tempat-tempat yang berisiko di sekolah yang boleh mendatang kecederaan.3-Sentiasa menghubungi pihak sekolah jika terdapat sebarang kemusykilan.

G) TATACARA UNTUK MURID

1-Murid yang berjalan kaki dikehendaki mematuhi peraturan berjalan kaki apabila memasuki kawasan sekolah.2-Murid yang berbasikal dikehendaki mematuhi peraturan berbasikal dalam kawasan sekolah.3-Murid yang menaiki kereta atau van dikehendaki mematuhi tatacara menaiki kerata arau van.4-Murid dikehendaki sentiasa peka terhadap setiap papan tanda yang terdapat di persekitaran sekolah.5-Berhati-hati dengan tempat yang bahaya seperti longkang dan pokok berduri.6-Murid dikehendaki tidak mencerobohi tempat yang berlabel kawasan larangan.7-Murid dikehendaki tidak berlari-lari ketika menaiki dan menuruni anak tangga.8-Murid dikehendaki mematuhi langkah-langkah keselamatan setiap masa.

H) TATACARA UNTUK PENGAWAS

1-Pengawasdikehendakimembantu guru di dalam melaksanakan keselamatan di persekitaran sekolah.2-Pengawas diminta merekodkan murid yang melanggar peraturan yang dietapkan.3-Nama yang direkodkan hendaklah dirujuk kepada guru pengawas.4-Murid yang melanggar peraturan melebihi tiga kali perlu diambil tindakan dengan merujuk kepada guru displin atau guru bimbingan dan kaunseling.

POLISI 5 : KEHILANGAN HARTA BENDA.

A) MATLAMAT.

1-Memupuk sikap menghormati harta benda orang lain dan hak milik orang.2-Memastikan harta benda murid selamat berada di sekolah.3-Memastikan murid dapat menggunakan harta benda mereka dengan selamat.4-Memupuk tabiat murid cara untuk menjaga harta benda sendiri dengan selamat.

B) RASIONAL

1-Murid tidak hormat kepada hak milik orang.2-Kehilangan harta benda murid seringkali berlaku dalam sekolah.3-Murid kurang memberi perhatian terhadap harta benda mereka.4-Terdapat murid yang suka mengambil harta benda orang lain.

C) POLISI

Memastikan harta benda murid selamat sepanjang masa mereka berada di dalam kawasan sekolah.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1-Murid berasa senang hati untuk menyimpan barang mereka di sekolah2-Memupuk pengetahuan mengenai hak milik.3-Menyemaikan sifat tidak tamak pada murid sejak kecil.4-Membuat pemeriksaan secara tiba-tiba apabila berlaku kehilangan harta benda.5-Menyediakan satu tempat khas untuk menyimpan hartabenda murid yang hilang dan membuat penyiasatan sekiranya ada murid melaporkan kehilangan harta benda mereka untuk memastikan benda itu kepunyaan murid tersebut.

E) TATACARA UNTUK MURID.

1-Murid dikehendaki / digalakkan menulis nama mereka pada harta benda seperti pensil, pemadam, kotak pensil, pembaris dan lain-lain.2-Murid dikehendaki melaporkan dengan segera kehilangan harta benda.3-Murid tidak dibenarkan membawa harta benda yang berharga ke sekolah seperti rantai emas, cincin emas dan lain-lain lagi.4-Murid tidak dibenarkan membawa duit lebih dari RM 5 ke sekolah kecuali hendak membuat bayaran tertentu.5-Murid dikehendaki menyimpan harta benda di tempat yang selamat.6-Murid dikehendaki mempunyai rasa hormat terhadap hak milik orang lain.7-Murid hendaklah prihatin terhadap harta benda sendiri.8-Murid yang kehilangan harta benda dikehendaki melaporkan kepada mana-mana guru, guru-guru bertuga atau guru kebajikan sekolah dengan seberapa segera.

F) TATACARA UNTUK GURU1-Guru dikehendaki menasihatkan murid agar menulis nama mereka pada peralatan sekolah seperti pensil, pemadam, kotak pensil, pembaris dan lain-lain.2-Guru yang menerima aduan kehilangan harta benda murid dikehendaki membawa aduan tersebut kepada guru kebajikan sekolah.3-Guru kebajikan sekolah dikehendaki mewujudkan satu ruang khas untuk menyimpan harta benda yang hilang.4-Guru kebajikandikehendakimenyiasat terlebih dahulu kesahihan aduan kehilangan.5-Setiap harta benda yang diterima dan diserahkan kepada murid perlulah direkodkan di dalam buku daftar kehilangan harta benda.

G) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1-Sentiasa membekalkan alat tulis dan wang yang secukupnya.2-Sentiasa memastikan alat tulis mencukupi untuk hari esoknya.3-Memastikan ada nama pada alat tulis anak.4-Memastikan anak membawa balik alat tulis.5-Memastikan anak tidak mengambil harta benda orang serta sentiasa memeriksa begnya.6-Melaporkan kepada pihak sekolah tentang kekerapan berlakunya kehilangan.7-Sentiasa mengingatkan anak supaya sentiasa peka terhadap harta benda ketika berada di sekolah.8-Sentiasa memeriksa wang yang dibaa oleh anak sebelum pergi ke sekolah.9-Sediakan dompet kecil untuk anak supaya wangnya tidak tercicir.10-Memastikan anak-anak tidak membawa barang bernilai ke sekolah.

POLISI 6 : KESELAMATAN DI WAKTU PAGI DAN REHAT.

1- KESELAMATAN DI WAKTU PAGI.

A) MATLAMAT

1-Mewujudkan suasana yang selamat di waktu pagi.2-Memupuk minat membaca di kalangan murid.3-Memastikan murid-murid menjalankan aktiviti yang berfaedah semasa waktu pagi.4-Meyakinkan ibubapa terhadap a]keselamatannya anaknya di waktu pagi.

B) RASIONAL.

1-Murid-murid suka kejar mengejar di waktu pagi.2-Murid-murid membuat kerja yang sia-sia di waktu pagi.3-Harta benda murid hilang di waktu pagi.4-Terdapat ibubapa yang risau terhadap keselamatannya anaknya semasa di sekolah.

C) POLISI

Memastikan murid menggunakan waktu pagi dengan bijak dan optimis dalam suasana yang selamat pada waktu pagi.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1-Mengurangkan / mengelakkan kadar kecederaan murid-murid pada waktu pagi.2-Melatih murid agar memurnikan masa pagi dengan betul dan optimis.3-Memupuk dan mengukuhkan budaya berdisplin dalam diri murid-murid.4-Mewujudkan keyakinan di kalangan ibubapa terhadap keselamatan anak mereka ketika berada di sekolah.

E) TATACARA UNTUK MURID

1-Sebaik sahaja murid berada di SK Behor Empiang, murid tertakluk dengan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam buku peraturan sekolah.2-Murid yang berbasikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang disediakan3-Murid dkehendaki meletakkan beg di dalam kelas.4-Murid yang bertugas dibenarkan berada di dalam kelas untuk membersihkan kelas sehingga loceng dibunyikan.5-Murid-murid lain hanya dibenarkan berada di kantin ( terutamanya murid RMT ), Dataran Murni dan Dataran SKBE.6-Murid-murid menggunakan masa tersebut dengan berkualiti seperti berbincang dan membaca nota atau apa saja perkara yang berkaitan dengan persekolahan.7-Murid-murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan selepas loceng dibunyikan.8-Perhimpunan harian akan dimulakan dengan bacaan doa selamat.9-Murid akan mendengar dan meneliti buku displin / peraturan sekolah yang akan di bacakan sekurang-kurangnya seminggu sekali oleh guru mengikut keadaan semasa.10-Murid diminta membawa buku peraturan sekolah setiap kali ke perhimpunan.11-Guru bertugas akan memberi taklimat mengenai senario semasa.12-Perhimpunan akan diakhiri dengan ikrar murid untuk mematuhi peraturan sekolah.

F) PERANAN PENGAWAS.

1-Pengawas bergerak ke tempat-tempat bertugas seperti yang ditetapkan.2-Pengawas dikehendaki mengawasi tingkahlaku murid-murid supaya berdisplin di waktu pagi.3-Mereka juga akan memastikan murid-murid membuat perkara yang berfaedah di waktu pagi.4-Pengawas dikehendaki menghubungi dan melaporkan kepada guru bertugas sekiranya berlakunya kecederaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

G) PERANAN GURU BERTUGAS.

1-Guru bertugas perlu memastikan murid-murid mematuhi tatacara di waktu pagi supaya tidak berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini.2-Guru dikehendaki meronda kawasan sekolah untuk memerhatikan tingkahlaku murid.3-Guru perlu menasihati murid supaya membuat sesuatu yang berfaedah seperti membaca buku dengan senyap, perbincangan dan sebagainya.4-Jika terdapat murid yang tidak mematuhi peraturan, guru perlu segera menegur atau memberi amaran kepada murid tersebut.5-Jika kemalangan berlaku, guru perlu mengambil tindakan segera.

H) TATACARA UNTUK IBUBAPA.

1-Ibubapa hendaklah memastikan anaknya sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi.2-Ibubapa yang menghantar anak perlu meninggalkan anak di luar pintu pagar sekolah.3-Ibubapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa urusan.4-Ibubapadikehendakimematuhi tatacara di waktu pagi.

CONTOH PERATURAN BILIK-BILIK KHAS.

PANDUAN KESELAMATAN DAN PERATURAN DI MAKMAL SAINS.

1- Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.

2- Bahan kimia dan alat radas tidak boleh diubah dan dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.

3- Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.

4- Gunakan serpihan kayu, batang mancis atau pemetik api untuk menyalakan penunu bunsen. Jangan menyalakan penunu bunsen dengan kepingan kertas.

5- Jangan buangkan bahan pepejal ke dalam singki. Bahan pepejal ini hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

6- Batang mancis dan serpihan kayu yang bernyala haruslah dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

7- Baca label pada botol bahan uji sebelum menggunakannya.

8- Jangan bazirkan bahan-bahan kimia.

9- Bahan pepejal hendaklah dikendalikan dengan menggunakan spatula dan tidak menggunakan jari anda.

10- Asid dan alkali yang terkena pada kulit dan pakaian haruslah dibasuh seberapa segera dengan menggunakan air paip yang banyak.

11- Jika asid dan alkali termasuk ke dalam mata anda, basuh segera dengan menggunakan air paip yang banyak.

12- Jangan rasa sebarang bahan kimia walaupun ia adalah larutan yang cair. Semua bahan kimia adalah beracun dan merbahaya.

13- Jika asid dan alkali termasuk termasuk ke dalam mulut anda, ludahkannya serta merta dan basuh mulut anda dengan menggunakan air yang banyak.

14- Jangan minum air paip yang terdapat di dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum.

15- Jangan bazirkan gas, air dan tenaga letrik.

16- Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai. Guru anda akan meletakkan gebar di atas badan anda untuk memadamkan api itu.

17- Jika berlaku kebakaran, peraturan kebakaran sekolah anda hendaklah dipatuhi.

18- Laporkan semua kemalangan dengan serta merta kepada guru.

19- Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan.

20- Bersihkan tempat anda selepas menjalankan eksperimen dan tinggalkan makmal dalam keadaan bersih dan kemas.

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA RAKAN-RAKAN ANDA

Disediakan oleh :

Panitia Sains SKBE.

PANDUAN PERATURAN PUSAT SUMBER

1- Tidak dibenarkan membawa masuk makanan, minuman, beg dan topi keledar ke dalam pusat sumber. Sila letakkan di luar atau tempat yang disediakan.

2- Dilarang membuat bising, berbual-bual atau bersiul di dalam pusat sumber.

3- Letakkan kembali buku yang telah digunakan dan diambil ke tempat asal atau di atas rak yang disediakan.

4- Pelihara harta milik pusat sumber. Dilarang menconteng meja, kerusi, dinding dan lantai pusat sumber.

5- Hargai semua hak milik pusat sumber dengan sebaiknya. Gunakan dengan cermat supaya ianya boleh sentiasa digunakan untuk jangka panjang.

6- Pengawas pusat sumber berhak menuntut ganti rugi untuk sebarang kecacatan dan kehilangan buku dari peminjam.

7- Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan sekiranya pemulangan buku lewat dari tarikh yang ditetapkan.

8- Sebarang pinjaman buku hendaklah melalui proses pendaftaran di kaunter pinjaman terlebih dahulu.

9- Pelajar hanya dibenarkan meminjam atau memulangkan buku pada waktu rehat atau semasa pengawas pusat sumber yang bertugas berada di kaunter.

10- Para pengguna pusat sumber haruslah sentiasa menjaga kebersihan pusat sumber, buang sampah ke dalam tong sampah.

Disediakan oleh :

Guru Pusat Sumber SKBE.yak e p < ^ an>

14- Jangan minum air paip yang terdapat di dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum.

15- Jangan bazirkan gas, air dan tenaga letrik.

16- Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai. Guru anda akan meletakkan gebar di atas badan anda untuk memadamkan api itu.

17- Jika berlaku kebakaran, peraturan kebakaran sekolah anda hendaklah dipatuhi.

18- Laporkan semua kemalangan dengan serta merta kepada guru.

19- Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan.

20- Bersihkan tempat anda selepas menjalankan eksperimen dan tinggalkan makmal dalam keadaan bersih dan kemas.

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA RAKAN-RAKAN ANDA

Disediakan oleh :

Panitia Sains SKBE.

PERATURAN BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR.(BBM)

1- Murid-murid tidak dibenarkan masuk kecuali dengan arahan guru.

2- Anda dilarang atau minum di dalam bilik ini.

3- Anda hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik ini.

4- Setiap bahan yang dipinjam mestilah direkodkan di dalam buku rekod pinjaman yang disediakan.

5- Bahan yang telah digunakan mesti diletakkan ditempat asalnya denga keadaan kemas dan tersusun.

6- Anda tidak dibenarkan membuat bising.

7- Carta yang telah digunakan mesti diletakkan pada rak yang disediakan.

8- Sila maklumkan kepada guru bilik ini sekiranya bahan yang anda pinjam rosak atau hilang.

Disediakan oleh :

Guru BBM SKBE.at su( , ^ pah ke dalam tong sampah.

Disediakan oleh :

Guru Pusat Sumber SKBE.

PERATURAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1- Pelajar dibenarkan keluar dan masuk dalam bilik kaunseling semasaWAKTU REHAT DAN SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN.

2- PelajarTIDAKdibenarkan keluar masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling pada waktu pengajaran dan pembelajaranKECUALI

A)Ada temujanji dengan guru bimbingan dan kaunseling.B)Dipanggil oleh guru bimbingan dan kaunseling.C)Dirujuk oleh guru-guru.D)Hal-hal yang difikirkan perlu.

3- PelajarTIDAK DIBENARKAN MEMBAWAsebarang bahan bacaan, maklumat dan peralatanKELUARdari bilik bimbingan dan kaunseling tanpa kebenaran dari guru bimbingan dan kaunseling.

4- Setiap bahan bacaan yang dibaca atau peralatan yang digunakan hendaklahDIKEMBALIKANke tempat asal.

5- Sebarang SAMPAH yang di bawa atau yang dihasilkan ke dalam bilik bimbingan dan kaunseling hendaklahDIBAWA KELUARbersama-sama dengan pelajar.

6- Pelajar dikehendaki bersama-samaMENJAGA KEBERSIHANbilik bimbingan dan kaunseling.

7- Semua murid dan guru diminta membuka alas kaki apabila ingin masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling.

Disediakan oleh :

Guru Bimbingan dan Kaunseling.

PERATURAN BILIK SENI

1- Dilarang berebut-rebut.

2- Dilarang masuk ke dalam bilik seni tanpa kebenaran atau kehadiran guru pendidikan seni bersama.

3- Hargailah semua hak milik sekolah yang terdapat di bilik seni. Dilarang melukis, menconteng atau merosakkan meja, kerusi, lantai dan dinding bilik seni.

4- Penggunaan suratkhabar sebagai alas meja adalah penting bagi mengelak sebarang kekotoran pada meja.

5- Amalkan sikap prihatin dan bertanggungjawab, pastikan susunan meja dan kerusi sentiasa dalam keadaan teratur dan baik.

6- Bersihkan dengan segera menggunakan kain pengelap sekiranya terdapat warna atau air yang tertumpah pada meja, kerusi dan lantai.

7- Sebagai langkah keselamatan, sentiasa berhati-hati dan cermat menggunakan peralatan seni yang tajam seperti gunting dan pisau pemotong.

8- Laporkan segera pada guru seni, sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.

9- Semua peralatan seni harus diletakkan kembali ke tempat asal setelah selesai digunakan. Dilarang membawa keluar sebarang peralatan hak milik bilik seni.

10- Sebelum beredar, pastikan suis ditutup dan tiada sisa-sisa atau sampah ditinggalkan atas meja dan lantai bilik seni.

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA DAN RAKAN ANDA

Disediakan oleh :

Guru Seni.

PERATURAN KEDAI SEKOLAH

1- Anda dilarang menbawa masuk beg, buku, makanan dan minuman ke dalam kedai.

2- Anda boleh membeli alat tulis pada waktu pagi iaitu sebelum pukul 7.30 pagi dan waktu rehat iaitu pukul 10.10 10.30 pagi.

3- Dilarang berebut-rebut ketika membeli alat tulis.

4- Selepas memilih barang yang dikehendaki anda mesti membayar wang di kaunter bayaran.

5- Dilarang sama sekali mencuri atau mengubah kedudukan barangan yang disusun pada rak yang disediakan.

6- Anda dilarang menjerit atau membuat bising ketika memilih barangan atau membayar wang.

7- Anda mesti beratur ketika membuat bayaran.

8- Anda hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kedai.

Disediakan oleh :

Guru Kedai Buku SKBE>

PERATURAN KESELAMATAN BILIK KEMAHIRAN HIDUP

1- Dapatkankan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel

2- Jangan bawa masuk beg ke dalam bengkel.

3- Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.

4- Gunakan latan dan bahan dengan cara yang betul

5- Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru dengan segera.

6- Bersihkan meja kerja dan kawasan bengkel setelah selesai menjalankan aktiviti.

7- Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

8- Pastikan alatan, bahan dan perkakas sentiasa dijaga supaya selamat digunakan.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1- Dilarang memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel.

2- Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut.

3- Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau ikat hujung tudung.

4- Fahami langkah kerjua sebelum memulakannya. Tanya guru jika terdapat sebarang keraguan.

5- Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel.

6- Cuci tangan selepas melakukan aktiviti.

Disediakan oleh :

Guru Kemahiran Hidup SKBE.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK MUZIK

1- Sila tanggalkan kasut dan berbaris sebelum masuk ke dalam bilik ini.

2- Murid-murid hanya dibenarkan membawa masuk peralatan muzik yang diarahkan, buku rujukan pendidikan muzik dan buku nota sahaja.

3- Segala jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa bersama.

4- Murid-murid dikehendaki duduk dengan tertib dan pastikan anda menerima arahan daripada guru sebelum memulakan aktiviti pembelajaran.

5- Ketika berada di dalam bilik ini, murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari atau bergurau sesama rakan yang boleh mengakibatkan kecederaan.

6- Segala jenis peralatan muzik / elektronik yang berada di dalam bilik ini hanya boleh dimainkan dengan kebenaran guru sahaja.

7- Pastikan peralatan muzik / elektronik yang hendak digunakan berada dalam keadaan baik sebelum menggunakannya.

8- Sila laporkan kepada guru dengan segera jika peralatan muzik / elektronik yang hendak digunakan rosak.

9- Sentiasa menjaga keselamatan diri dan kebersihan bilik ini.

10- Sebelum meninggalkan bilik ini, sila pastikan peralatan muzik / elektronik disimpan dengan betul dan tutup semua suis alatan elektronik, kipas serta lampu.

Disediakan oleh :

Guru muzik SKBE.

PERATURAN PENGGUNAAN DI BILIK SPBT

1- Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru SPBT sebelum mengambil buku teks atau cd-rom buku teks.

2- Setiap buku teks dan cd-rom buku teks yang di ambil perlulah direkod ke dalam buku rekod yang disediakan.

3- Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke bilik SPBT dengan bersendirian tanpa memaklumkan kepada guru SPBT.

4- Dilarang mengambil buku teks dan cd-rom buklu teks tanpa kebenaran.

5- Buku teks dan cd-rom buku teks hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut rak yang disediakan.

6- Bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pada buku teks dan cd-rom buku teks, pastikan pintu bilik SPBT ditutup setiap kali beredar.

7- Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik SPBT, kutip sampah di persekitaran dan buangkan ke dalam tong sampah.

8- Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di bilik SPBT.

9- Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar.

Disediakan oleh :

Guru SPBT SKBE.

PERATURAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN DI BILIK SUKAN.

1- Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru pendidikan jasmani sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Dilarang mengambil peralatan sukan tanpa kebenaran.

2- Setiap peralatan sukan yang di ambil perlulah direkod ke dalam buku rekod bilik sukan.

3- Sebagai langkah keselamatan, elakkan dantang ke bilik sukan dengan bersendirian tanpa memaklumkan kepada guru pendidikan asmani.

4- Gunakan semua peralatan sukan mengikut kesesuaian dengan sebaik-baiknya. Dilarang penyalahgunaan peralatan-peralatan tersebut.

5- Peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut susunan asalnya. Pihak bilik sukan berhak menuntut ganti rugi daripada kelas terbabit atas segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan.

6- Bagi mengelakkan dari berlakunya kehilangan pada peralatan-peralatan dan kemudahan yang ada di dalam bilik sukan, pastikan pintu bilik sukan ditutup setiap kali sebelum beredar.

7- Berhati-hati ketika menggunakan atau membawa peralatan sukan yang tajam dan berat.

8- Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik sukan , kutip apabila ternampak sampah di persekitaran dan buangkan ke dalam tong sampah.

9- Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di bilik sukan.

10- Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar keluar.

Disediakan oleh :

Guru Bilik Sukan.

PERATURAN SEMASA DI KANTIN

1- Murid harus beratur di luar bilik darjah selepas bunyi loceng dan menuju ke kantin dengan berdisplin.

2- Murid-murid dikehendaki beratur dan sopan semasa membeli makanan.

3- Murid-murid yang telah mendapat makanan harus bergerak ke tempat yang dikhaskan.

4- Murid-murid mesti membasuh tangan sebelum dan selepas makan.

5- Murid-murid hendaklah makan dengan tertib di meja yang telah disediakan.

6- Murid-murid digalakkan menghabiskan makanan yang telah dibeli.

7- Pinggan dan gelas yang telah digunakan perlu diletakkan di dalam bekas yang disediakan.

8- Murid-murid tidak dibenarkan berlari ketika berada di kantin.

9- Bekas pembalut makanan seperti kertas dan plastik hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah.

10- Jika berlaku apa-apa kemalangan, murid-murid harus segera memberitahu pengawas yang bertugas.

Disediakan oleh :

Guru Kantin SKBE

PERATURAN SURAU DAN BILIK WUDU

1- Sila tanggalkan kasut sebelum masuk, kasut hendaklah diletakkan dalam keadaan teratur.

2- Dilarang membawa masuk makanan atau minuman ke dalam surau.

3- Telekung dan sejadah yang telah digunakan perlu dilipat dan diletakkan kembali ke tempat asal.

4- Buang sampah ke dalam tong sampah.

5- Dilarang menconteng atau merosakkan segala kemudahan yang terdapat dalam surau. ( Dinding, tingkap, pintu, lantai dan lain-lain ).

6- Jimatkan penggunaan elektrik, pastikan suis lampu, kipas dan sebagainya ditutup sebaik sahaja selesai digunakan.

7- Dilarang samasekali menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama serta boleh mencemarkan tempat beribadah ( surau ) .

8- Penggunaan surau untuk tujuan tertentu hendaklah mendapat kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu.

9- Sila pastikan keselamatan barang sendiri, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kecurian.

BILIK WUDU

1- Kasut hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke bilik wudu, sebaik-baik gunakan selipar atau terompah yang disediakan.

2- Elakkan dari berebut-rebut, gunakanlah kemudahan yang disediakan secara teratur dan mengikut giliran.

3- Dilarang meludah dimerata-rata tempat.

4- Tidak dibenarkan membuang air di bilik wudu, pergi ke tandas untuk tujuan tersebut.

5- Amalkan sikap prihatin, kutip dan buangkan ke dalam tong sampah sekiranya ternampak sampah atau sebagainya yang boleh mencemari persekitaran bilik wudu.

6- Elakkan pembaziran, pastikan paip air ditutup sebaik-baiknya setelah digunakan.

Disediakan oleh :

Panitia Pendidikan Islam SKBE