Upload
vuongquynh
View
402
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 1 dari 1
ARAHAN TETAP KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
MENGENAI
POLISI DAN TATACARA PENGURUSAN KAWAD JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
BAB 1 — ARAHAN DAN MULA KUATKUASA Arahan
1. Arahan dan tarikh mula kuatkuasa
BAB 2 — NAMA DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM YANG LAIN
2. Nama dan rujukan
3. Sumber Kuasa
4. Ringkasan dan tujuan Manual Arahan Tetap
5. Pemakaian Arahan Tetap (Applicability)
6. Ingkar perintah
7. Had umur untuk latihan kawad
8. Tabik hormat BAB 3 — TAFSIRAN-TAFSIRAN DAN ISTILAH-ISTILAH
9. Tafsiran-tafsiran
10. Istilah- istilah BAB 4 — JURULATIH DAN PERLANTIKAN
11. Perlantikan Jurulatih dan Penolong Jurulatih
12. Kriteria perlantikan Jurulatih dan Penolong Jurulatih
13. Perlucutan perlantikan Jurulatih
14. Pelepasan Jurulatih yang mengalami kecacatan kekal
15. Kawalan Jurulatih
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 2 dari 2
16. Tugas Jurulatih
17. Etika Jurulatih
18. Simbol Jurulatih
19. Khidmat Jurulatih
20. Mesyuarat penyelarasan Jurulatih
21. Kekananan Jurulatih
22. Elaun-elaun
23. Pengiktirafan perlantikan seseorang Jurulatih
24. Panggilan hormat
25. Kursus Peningkatan Kejurulatihan
26. Peminjaman Jurulatih kepada agensi lain
27. Penempatan Jurulatih
28. Jurulatih tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang
kecederaan, kehilangan dan kerosakan semasa latihan.
BAB 5 — DISIPLIN DAN TANGGUNGJAWAB ASAS SESEORANG JURULATIH
29. Etika mengendalikan latihan
30. Teguran kepada Jurulatih
31. Denda dan hukuman padang kawad
32. Pergaulan berlainan gender di padang kawad BAB 6 — JENIS-JENIS KAWAD JABATAN
33. Matlamat kawad
34. Kawad Bulanan
35. Kawad di Pusat Latihan
36. Kawad menyambut ketibaan
37. Kawalan Kehormat
38. Kawalan Sukuan
39. Kawad pemeriksaan pegawai atau anggota sebelum mula tugas / roll
call
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 3 dari 3
40. Kawad Istiadat
41. Kawad Paluan Berundur atau Perbarisan Keluar (persaraan)
42. Kawad dalam acara sukan BAB 7 — PADANG KAWAD JABATAN
43. Padang Kawad Rasmi
44. Padang Kawad Latihan dan Sementara BAB 8 — PERALATAN DAN AKSESORI KAWAD
45. Pakaian semasa kawad
46. Aksesori pakaian kawad
47. Penggunaan tetuang
48. Penggunaan pedang dan tongkat
49. Pakaian kepala BAB 9 — POLISI DAN LARANGAN-LARANGAN YANG BERKAITAN DENGAN LATIHAN
50. Larangan-larangan di padang kawad
51. Larangan pemakaian aksesori pakaian kawad selain dari urusan
kawad
BAB 10 — EDARAN TERHAD
52. Edaran Terhad dan salinan
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 4 dari 4
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 5 dari 5
BAB 2 — NAMA DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM YANG LAIN
2. Nama dan rujukan
(a). Manual Arahan Tetap ini dinamakan Arahan Tetap Ketua
Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi Dan
Tatacara Pengurusan Kawad Jabatan Imigresen
Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai Arahan Tetap);
(b). Arahan Tetap ini membatalkan dan menggantikan mana-
mana arahan yang sebelumnya berkuatkuasa berkaitan
dengan kawad Jabatan Imigresen Malaysia;
(c). Setiap rujukan kepada kawad Jabatan Imigresen Malaysia
sama ada sebelum berkuatkuasanya Arahan Tetap ini atau
sesudahnya hendaklah bermaksud dengan rujukan kepada
Arahan Tetap ini;
(d). Manual Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Mengenai Polisi Dan Tatacara Pengurusan Kawad Jabatan
Imigresen Malaysia ini hendaklah menjadi dokumen rasmi
rujukan utama dalam hal berhubungkait kawad Jabatan
Imigresen Malaysia;
(e). Semua pihak adalah bertanggungjawab mengambil maklum
dan melaksanakan semua tindakan yang diarahkan di bawah
Arahan Tetap ini selanjutnya.
3. Sumber Kuasa
Arahan ini dibuat oleh Ketua Pengarah berdasarkan kuasa yang
diperuntukan di bawah seksyen 3(2) Akta Imigresen 1959/63
[Akta 155].
4. Ringkasan dan Tujuan Manual Arahan Tetap
Manual Arahan Tetap ini bertujuan untuk menjelaskan dan
menetapkan polisi dan tatacara yang berkaitan dengan
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 6 dari 6
pengurusan kawad Jabatan serta arahan yang berhubungkait
dengannya;
(a). Tafsiran dan istilah berkaitan kawad;
(b). Perlantikan jurulatih dan penolong jurulatih;
(c). Perlucutan perlantikan Jurulatih;
(d). Pelepasan Jurulatih yang mengalami kecacatan kekal;
(e). Disiplin dan tanggungjawab Jurulatih;
(f). Jenis-jenis kawad Jabatan;
(g). Padang Kawad Jabatan;
(h). Peralatan dan aksesori kawad;
(i). Polisi dan larangan berkaitan latihan kawad; dan
(j). Semua perkara yang bersangkutan dengan kawad Jabatan.
5. Pemakaian Arahan Tetap (Applicability)
Arahan Tetap ini adalah mengikat semua pegawai imigresen dan
anggota berpakaian seragam berhubung kawad Jabatan
Imigresen Malaysia.
6. Ingkar perintah
Kegagalan atau keengganan mematuhi mana-mana klausa di
bawah manual Arahan Tetap ini hendaklah diistilahkan sebagai
ingkar perintah di bawah Peraturan 4(2)(i) Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
7. Had umur untuk latihan kawad
Untuk tujuan latihan kawad dan sebarang aktiviti melibatkan
kawad Jabatan Imigresen Malaysia, pegawai imigresen dan
anggota yang telah mencapai umur lima puluh (50) tahun dan ke
atas adalah diberi kelonggaran untuk tidak menyertainya jika faktor
kesihatan tidak mengizinkan.
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 7 dari 7
8. Tabik hormat
Untuk tujuan latihan kawad dan sebarang aktiviti melibatkan
kawad Jabatan Imigresen Malaysia, tabik hormat hendaklah
seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
melalui Arahan Tetap mengenai Polisi, Prosedur dan Disiplin
Pakaian Seragam Jabatan Imigresen Malaysia.
BAB 3 — TAFSIRAN-TAFSIRAN DAN ISTILAH-ISTILAH 9. Tafsiran-tafsiran
Tafsiran yang berkaitan bagi peruntukan di bawah Arahan Tetap
ini adalah berdasarkan kepada seksyen 2 dan seksyen 3 Akta
Imigresen 1959/63 [Akta 155], iaitu;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Imigresen yang dilantik
di bawah seksyen 3;
“pegawai imigresen" ertinya mana-mana orang yang dilantik di
bawah seksyen 3;
“pegawai kanan imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik
di bawah seksyen 3(1) dan (1A) dari pangkat Timbalan Penolong
Pengarah Imigresen sehingga Ketua Pengarah Imigresen.
10. Istilah-istilah
Istilah-istilah selain daripada yang diperuntukan oleh Arahan Tetap
ini kecuali ditentukan kemudiannya mengikut penggunaannya oleh
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia—
“Pegawai Lain-Lain Pangkat (PLP)” ertinya Pegawai Imigresen
dari gred terendah sehingga yang berpangkat Pegawai Imigresen
Tinggi;
“pegawai” termasuklah pegawai kanan imigresen dan Pegawai
Lain-lain Pangkat (PLP);
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 8 dari 8
“anggota” ertinya lain-lain kakitangan Jabatan Imigresen selain
pegawai imigresen;
“pakaian seragam” ertinya pakaian atau aksesori-aksesori atau
kedua-duanya yang sama jenis dan bentuk seperti ditetapkan oleh
Ketua Pengarah untuk dipakai oleh pegawai imigresen dan
anggota berpakaian seragam;
“Pusat Latihan” ertinya sesebuah institusi latihan yang ditetapkan
oleh Ketua Pengarah untuk tujuan kursus dan latihan,
termasuklah sesebuah Akademi Imigresen;
“Tongkat Jurulatih” ertinya suatu tongkat yang dianugerahkan
kepada seseorang Jurulatih dan ianya hanya boleh digunakan
oleh Jurulatih Kawad Jabatan Imigresen Malaysia yang dilantik
oleh Ketua Pengarah;
“tongkat latihan” ertinya suatu tongkat yang digunakan oleh
Penolong Jurulatih untuk tujuan latihan di padang kawad;
“pedang” ertinya Pedang Istiadat yang dikhaskan penggunaannya
kepada seseorang pegawai kanan imigresen;
“DPM” ertinya seseorang pegawai imigresen berpangkat Pegawai
Imigresen Kanan atau Pegawai Imigresen Tinggi yang mahir
berkenaan kawad dan protokol, dilantik oleh Ketua Pengarah
sebagai Drill And Protocol Master bagi Jabatan Imigresen
Malaysia;
“DPO” ertinya seseorang pegawai imigresen berpangkat Pegawai
Imigresen Kanan atau Pegawai Imigresen Tinggi yang mahir
berkenaan kawad dan protokol, dilantik oleh Ketua Pengarah
sebagai Drill And Protocol Officer bagi Jabatan Imigresen Malaysia
bertindak sebagai penolong kepada DPM;
“pegawai pemerintah perbarisan” ertinya seseorang pegawai
kanan imigresen yang menguasai keseluruhan kawalan ke atas
sesuatu perbarisan;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 9 dari 9
“pegawai kawalan” ertinya seseorang pegawai kanan imigresen
yang mengetuai platun kawalan kehormat perbarisan;
“cif baris” ertinya seseorang pegawai imigresen berpangkat
Pegawai Imigresen Kanan atau Pegawai Imigresen Tinggi yang
mengetuai lain-lain platun selain platun kawalan kehormat dalam
sesuatu perbarisan;
“penanda baris” ertinya seseorang pegawai imigresen berpangkat
Pegawai Imigresen Kanan atau Pegawai Imigresen (I) yang
berfungsi sebagai penanda di dalam setiap platun;
“pengiring kawalan” ertinya seseorang pegawai imigresen yang
berfungsi untuk mengiringi penerima tabik hormat mengikut
kesesuaian sesuatu perbarisan, penentuan pangkat pengiring
kawalan adalah berdasarkan kepada penerima tabik hormat;
“Jurulatih” ertinya seseorang pegawai imigresen selain pegawai
kanan imigresen yang dilantik di bawah Arahan 11 (1);
“Penolong Jurulatih” ertinya seseorang pegawai imigresen selain
pegawai kanan imigresen yang dilantik di bawah Arahan 11 (2);
“cogan baris” ertinya suatu peralatan yang digunakan untuk
penandaan di padang kawad;
“pentas hormat” ertinya suatu platfom yang disediakan di Padang
Kawad Latihan dan Sementara untuk tujuan menerima tabik
hormat (Bab 7 arahan 44 berkaitan);
“modul kawad” ertinya suatu set dokumen yang disediakan oleh
pihak Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), mengandungi kata
perintah, tatacara mengajar dan pergerakan lengkap berkaitan
kawad Imigresen Malaysia.
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 10 dari 10
BAB 4 — JURULATIH DAN PERLANTIKAN 11. Perlantikan Jurulatih dan Penolong Jurulatih
(1). Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana pegawai
imigresen yang memenuhi kriteria ditetapkan sebagai
Jurulatih Kawad Jabatan melalui suatu Watikah Perlantikan;
(2). Ketua Pengarah boleh melantik melalui surat mana-mana
pegawai imigresen yang memenuhi kriteria ditetapkan
sebagai Penolong Jurulatih Kawad Jabatan bagi membantu
tugas Jurulatih;
(3). Seseorang Penolong Jurulatih boleh dilantik sebagai Jurulatih
apabila memenuhi kriteria yang ditetapkan dan diperakukan
oleh pihak yang mengawalselia Jurulatih Kawad Jabatan
Imigresen Malaysia;
(4). Jumlah Jurulatih dan Penolong Jurulatih tidak terhad dan
boleh ditentukan oleh pihak yang mengawalselia Jurulatih
Kawad mengikut kesesuaian dan keperluan semasa Jabatan.
12. Kriteria perlantikan Jurulatih dan Penolong Jurulatih
(1). Untuk tujuan perlantikan sebagai Jurulatih Kawad Jabatan
kelayakan asas terbahagi kepada dua, iaitu;
(a). Seseorang pegawai imigresen yang mempunyai
kelayakan formal kerana menghadiri kursus kejurulatihan
anjuran mana-mana agensi beruniform seperti Polis
DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia atau
Jabatan Penjara Malaysia; atau
(b). Seseorang pegawai imigresen yang tidak memiliki
kelayakan formal kerana menghadiri kursus kejurulatihan
kawad tetapi mempunyai kemahiran asas kawad yang
disahkan oleh pihak yang mengawalselia Jurulatih
Kawad sebagai mencukupi, serta mempraktikkan
kemahiran tersebut secara berterusan dan telah pernah
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 11 dari 11
dilantik melaksanakan latihan kawad, dengan syarat
pegawai terlibat apabila dilantik hendaklah
melengkapkan Kursus Penyelarasan Modul Asas Kawad
Jabatan Imigresen Malaysia yang dianjurkan oleh
Akademi Imigresen Malaysia untuk tempoh tidak kurang
dua minggu;
(2). Penolong Jurulatih Kawad Jabatan boleh dilantik dari
kalangan mana-mana pegawai imigresen yang mempunyai
kriteria tambahan seperti ditetapkan di para 3 di bawah dan
diperakukan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
Ibu Pejabat Imigresen Malaysia. Penolong Jurulatih
hendaklah terlibat secara aktif dalam membantu Jurulatih bagi
tempoh tidak kurang dua belas bulan sebelum boleh
dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Jurulatih Kawad
Jabatan;
(3). Kriteria tambahan untuk tujuan perlantikan sebagai Jurulatih
dan Penolong Jurulatih Kawad Jabatan dinilai dari segi
individu dengan kriteria ditetapkan seperti di bawah;
(a). Seorang pegawai imigresen;
(b). Berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh kepada arahan;
(c). Penampilan menarik apabila berpakaian seragam;
(d). Mempunyai fizikal yang layak bagi seorang Jurulatih;
(e). Mempunyai kemahiran asas kawad yang mencukupi
serta mengikut modul kawad Jabatan;
(f). Mempunyai minat yang mendalam dalam kawad; dan
(g). Bebas dari tindakan tatatertib Jabatan.
13. Perlucutan perlantikan Jurulatih
(1). Seseorang pegawai imigresen apabila dilantik sebagai
Jurulatih Kawad Jabatan Imigresen Malaysia hendaklah patuh
kepada setiap arahan Ketua Pengarah dan boleh dilucutkan
apabila melakukan perkara-perkara di bawah;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 12 dari 12
(a). Melanggar mana-mana arahan Ketua Pengarah yang
boleh diistilahkan sebagai ingkar perintah mengikut
Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
(b). Melanggar mana-mana dari peruntukan di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993;
(c). Tidak mematuhi mana-mana klausa dari Arahan Tetap
ini;
(d). Disabitkan bersalah atas sesuatu kesalahan bersabit
undang-undang jenayah Negara; atau
(e). Didapati gagal memberikan komitmen sebagai seorang
Jurulatih kawad.
(2). Mana-mana Jurulatih yang dilucutkan, hendaklah
mengembalikan apa-apa simbol yang dianugerahkan
kepadanya semasa perlantikan dan apabila tidak diserahkan
hendaklah dirampas oleh pihak yang bertanggungjawab bagi
pengeluaran simbol tersebut;
(3). Seseorang Penolong Jurulatih Kawad Jabatan Imigresen
Malaysia boleh ditamatkan khidmatnya sebagai Penolong
Jurulatih Kawad Jabatan Imigresen Malaysia pada bila-bila
masa apabila Ketua Pengarah berpuashati bahawa beliau
tidak lagi layak menjalankan tugas sebagai Penolong Jurulatih
Kawad.
14. Pelepasan Jurulatih yang mengalami kecacatan kekal
(a). Seseorang Jurulatih yang dilantik di bawah Arahan Tetap ini
hendaklah dilepaskan dari tanggungjawab sebagai seorang
Jurulatih Kawad apabila mengalami suatu kecacatan kekal
yang menyebabkan beliau tidak lagi memenuhi kriteria yang
ditetapkan bagi seseorang Jurulatih Kawad;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 13 dari 13
(b). Jurulatih yang dilepaskan sebagai Jurulatih dibenarkan terus
menyimpan apa-apa simbol yang diberikan kepada seseorang
Jurulatih dan boleh terus menggunakannya sebagai
penghargaan di atas jasa bakti beliau kepada Jabatan; dan
(c). Jurulatih yang dilepaskan itu masih boleh memberikan
khidmat nasihat yang berhubungan dengan kawad Jabatan.
15. Kawalan Jurulatih
(1). Seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih Kawad Jabatan
Imigresen Malaysia diletakkan di bawah pengawasan
Pengarah Bahagian / Negeri masing-masing dengan syarat
bahawa Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia hendaklah mempunyai kawalan
sepenuhnya bagi tujuan perlantikan, perlucutan, perlepasan,
penyelarasan modul latihan dan penyelarasan tugas Jurulatih
Kawad;
(2). Seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih itu apabila diarah
melaksanakan tugas melatih di mana-mana pusat latihan atau
negeri, hendaklah berada di bawah kawalan Pengarah bagi
pusat latihan atau negeri berkenaan itu dan dengan
pengawasan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.
16. Tugas Jurulatih
(1). Seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih Kawad Jabatan
Imigresen Malaysia hendaklah pada sepanjang masa
bertanggungjawab dan mengambil tahu mengenai urusan
yang melibatkan kawad Jabatan seperti ditetapkan di bawah
Arahan Tetap ini;
(2). Seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih juga adalah
bertanggungjawab melatih pegawai-pegawai baru pada setiap
masa; dan
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 14 dari 14
(3). Sentiasa bersedia menyumbang kemahiran dan tenaganya
bagi membantu pusat latihan pada bila-bila masa diperlukan
serta melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh
komited.
17. Etika Jurulatih
Seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih hendaklah
mengamalkan etika seperti ditetapkan di bawah;
(1). Sikap dan disiplin diri yang tinggi;
(2). Sentiasa mengutamakan tugas kejurulatihan kawad
mengatasi kepentingan peribadi;
(3). Melaksanakan hukuman dan denda secara profesional tanpa
melibatkan emosi;
(4). Menghormati padang kawad sebagai rumah keduanya; (5). Menyampaikan sepenuhnya ilmu kawad kepada semua
pegawai imigresen;
(6). Sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran kejurulatihan
kawad; dan
(7). Komited kepada setiap latihan dengan menumpukan sepenuh
perhatian kepada latihan.
18. Simbol Jurulatih
Seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih apabila dilantik
hendaklah dibekalkan dengan simbol dan aksesori seperti di
bawah;
(1). Jurulatih hendaklah dibekalkan dengan Tongkat Jurulatih dan
Lencana Kemahiran Ahli Kawad yang menjadi pengenalan
kepada seseorang Jurulatih;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 15 dari 15
(2). Penolong Jurulatih apabila dilantik layak menggunakan
tongkat latihan; dan
(3). Mana-mana pegawai imigresen dan anggota yang tidak
dilantik sedemikian adalah dilarang menggunakan sebarang
simbol dan aksesori yang dikhaskan sebagai pengenalan
Jurulatih dan Penolong Jurulatih.
19. Khidmat Jurulatih
(1). Khidmat seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih itu boleh
digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan oleh mana-
mana pusat latihan, bahagian dan negeri yang melibatkan
kawad Jabatan Imigresen Malaysia seperti diperuntukkan di
bawah Arahan Tetap ini;
(2). Khidmat Jurulatih Kawad adalah diiktiraf oleh Jabatan sebagai
khidmat bakti dan tergolong dalam tugas rasmi Jabatan yang
boleh dimasukkan ke dalam Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) seseorang pegawai imigresen.
20. Mesyuarat penyelarasan Jurulatih
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Imigresen
Malaysia sebagai penyelaras bagi Jurulatih Kawad Jabatan
Imigresen Malaysia hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya
tiga sesi Mesyuarat dalam tempoh masa satu (1) tahun bagi tujuan
penyelarasan Jurulatih Kawad, dengan syarat selanjutnya
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Imigresen
Malaysia boleh memanggil mesyuarat pada bila-bila masa apabila
diperlukan untuk sebarang tujuan penyelarasan Jurulatih Kawad.
21. Kekananan Jurulatih
(1). Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia sebagai penyelaras bagi Jurulatih Kawad
Jabatan Imigresen Malaysia hendaklah menetapkan dari
masa ke semasa dan membuat pemberitahuan tentang
senarai kekananan Jurulatih Kawad berpandukan kepada
kriteria dan kelayakan di bawah;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 16 dari 16
(a). Kekananan perkhidmatan;
(b). Kemahiran kawad dan protokol;
(c). Pengetahuan mengenai ilmu kawad;
(d). Tahap kursus kejurulatihan kawad; dan
(e). Komitmen yang ditunjukkan dalam setiap latihan yang
dikendalikan.
(2). Hendaklah ada seorang DPM (Drill and Protocol Master) dan
seorang DPO (Drill and Protocol Officer) yang dilantik dari
kalangan Jurulatih dan berpangkat sama ada Pegawai
Imigresen Kanan atau Pegawai Imigresen Tinggi serta
mempunyai kemahiran maksima melebihi mana-mana
Jurulatih lain; dan
(3). DPM dan DPO mempunyai kawalan menyeluruh dalam apa-
apa juga aktiviti kawad terutamanya sesuatu perbarisan yang
melibatkan Jabatan sama ada beliau terlibat secara langsung
atau tidak langsung dengan upacara tersebut.
22. Elaun-elaun
Apabila seseorang Jurulatih atau Penolong Jurulatih itu diarah
melaksanakan tugas berkaitan kawad di mana-mana institusi,
bahagian atau negeri, beliau hendaklah dibayar apa-apa elaun
yang beliau layak menerimanya mengikut Perintah Am atau
Pekeliling Perkhidmatan semasa yang berkuatkuasa.
23. Pengiktirafan perlantikan seseorang Jurulatih
(1). Seseorang Jurulatih Kawad hanya boleh diwatikahkan oleh
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau Timbalan Ketua
Pengarah Imigresen Malaysia sebagai simbol pengiktirafan
kejurulatihan beliau dalam bidang kawad. Simbol-simbol yang
dianugerahkan kepada seseorang Jurulatih adalah lambang
pengiktirafan Jabatan; dan
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 17 dari 17
(2). Perlantikan seseorang Jurulatih itu hendaklah direkodkan ke
dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan.
24. Panggilan hormat
Seseorang Jurulatih atau Penolong Jurulatih itu pada sepanjang
masa hendaklah dipanggil dengan panggilan hormat “Cikgu” oleh
semua pegawai tanpa mengira pangkat sebagai menghargai
sumbangan jasa bakti mereka kepada Jabatan. Bagi DPM dan
DPO dipanggil dengan panggilan hormat “Encik”.
25. Kursus Peningkatan Kejurulatihan
(1). Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia hendaklah sentiasa bekerjasama dengan
Pengarah Akademi Imigresen Malaysia bagi membangunkan
modul kursus kepada Jurulatih dan Penolong Jurulatih untuk
meningkatkan mutu kejurulatihan kawad di Jabatan Imigresen
Malaysia. Untuk tujuan kursus ini, seseorang Jurulatih dan
Penolong Jurulatih itu boleh dihantar menjalani latihan di
pusat latihan agensi lain selain daripada Akademi Imigresen
Malaysia; dan
(2). Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia dan Pengarah Akademi Imigresen
Malaysia hendaklah sentiasa mengemaskini serta
membangunkan modul kejurulatihan kawad bagi
meningkatkan mutu kawad di Jabatan Imigresen Malaysia.
26. Peminjaman Jurulatih kepada agensi lain
(1). Peminjaman Jurulatih dan Penolong Jurulatih Kawad Jabatan
Imigresen Malaysia kepada mana-mana agensi lain bagi
tujuan latihan atau pengadilan aktiviti kawad adalah
dibenarkan dengan syarat permohonan dibuat melalui
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia; dan
(2). Apabila seseorang Jurulatih atau Penolong Jurulatih itu
dipinjam oleh mana-mana agensi lain, agensi tersebut
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 18 dari 18
hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa-apa
elaun yang beliau layak dan Jabatan hanya akan membayar
elaun perjalanan seperti ditetapkan oleh peraturan semasa.
27. Penempatan Jurulatih
(1). Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia hendaklah memaklumkan kepada
Pengarah Imigresen Bahagian / Negeri mengenai perlantikan
seseorang Jurulatih itu; dan
(2). Pengarah Bahagian / Negeri hendaklah seberapa yang boleh
menempatkan Jurulatih itu di Bahagian / Unit Latihan masing-
masing mengikut kesesuaian bagi membolehkan beliau
melaksanakan tanggungjawab sebagai Jurulatih Kawad pada
bila-bila masa diperlukan.
28. Jurulatih tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang
kecederaan, kehilangan dan kerosakan semasa latihan.
(1). Seseorang Jurulatih atau Penolong Jurulatih yang dilantik
tidaklah boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa
kecederaan, kehilangan dan kerosakan kepada pelatih sama
ada sebelum, semasa atau selepas sesuatu latihan itu
dilaksanakan; dengan syarat
(2). Jurulatih atau Penolong Jurulatih itu telah melaksanakan
latihan dan proses latihan dengan suci hati mengikut
peruntukan Arahan Tetap ini termasuk dalam melaksanakan
hukuman dan denda di padang kawad;
(3). Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia hendaklah menjalankan siasatan jika
terdapat aduan atau tohmahan salah laku Jurulatih atau
Penolong Jurulatih semasa melaksanakan latihan dan
keputusan siasatan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua
Pengarah dan Pengarah Bahagian / Negeri pegawai
berkenaan;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 19 dari 19
(4). Jika setelah siasatan selesai dijalankan dan mendapati aduan
atau tohmahan terhadap seseorang Jurulatih atau Penolong
Jurulatih itu berasas dan benar, maka suatu amaran bertulis
hendaklah dikenakan kepada beliau dan jika kesalahan
berulang beliau hendaklah dilucutkan sebagai seorang
Jurulatih atau Penolong Jurulatih; dan
(5). Jurulatih atau Penolong Jurulatih berhak diberikan peluang
untuk membela diri terhadap tohmahan atau aduan salah laku
secara bertulis kepada Ketua Pengarah melalui Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Imigresen
Malaysia.
BAB 5 — DISIPLIN DAN TANGGUNGJAWAB ASAS SESEORANG JURULATIH
29. Etika mengendalikan latihan.
Setiap Jurulatih dan Penolong Jurulatih Kawad pada setiap masa
hendaklah mematuhi etika ditetapkan seperti di bawah apabila
mengendalikan latihan;
(1). mengendalikan latihan dengan penuh berdisiplin dan dengan
sepenuh hati;
(2). mematuhi modul yang ditetapkan oleh Jabatan;
(3). berpakaian kemas dan bersih sepanjang masa supaya
menjadi teladan kepada pelatih;
(4). tidak mengamalkan sebarang bentuk diskriminasi yang
melibatkan gender, agama, kaum dan seumpamanya;
(5). tidak mengamalkan pilih kasih dalam latihan;
(6). tidak melaksanakan hukuman dan denda di padang kawad
berdasarkan kepada dendam;
(7). sentiasa prihatin kepada setiap pelatih sepanjang latihan;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 20 dari 20
(8). kreatif;
(9). berfikiran terbuka;
(10). taat setia yang tidak berbelah bahagi;
(11). berperikemanusiaan;
(12). mengetahui semua pergerakan dan sentiasa membetulkan
kesalahan pelatih;
(13). peka terhadap sesuatu situasi, masalah, cuaca, kesihatan
pelatih dan mengambil tindakan serta keputusan segera;
(14). bersifat mendorong pelatih supaya tidak mudah putus asa;
(15). bersikap sabar dengan kerenah pelatih;
(16). tegas dalam latihan;
(17). sentiasa yakin dengan arahan yang diberikan; dan
(18). tidak menggunakan kekerasan fizikal terhadap pelatih
semasa membetulkan sesuatu kesalahan.
30. Teguran kepada Jurulatih.
Sepanjang latihan kawad setiap orang termasuk pegawai atasan
hendaklah sentiasa memelihara maruah dan kredibiliti seseorang
Jurulatih dan Penolong Jurulatih Kawad itu dengan mengelakkan
perkara di bawah;
(1). Membuat teguran dan nasihat secara langsung atau tidak
langsung kepada seseorang Jurulatih atau Penolong
Jurulatih di khalayak pelatih; dengan syarat
(2). Seseorang pegawai kanan imigresen yang
bertanggungjawab bagi sesuatu latihan kawad itu berhak
menghentikan serta merta tindakan seseorang Jurulatih atau
Penolong Jurulatih itu sekiranya beliau bertindak
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 21 dari 21
bertentangan dengan Arahan Tetap ini. Tindakan hendaklah
dibuat dengan cara yang tidak menjatuhkan maruah
seseorang Jurulatih dan Penolong Jurulatih;
(3). Tidak mengeluarkan sebarang kata-kata kesat terhadap
Jurulatih dan Penolong Jurulatih; dan
(4). Tidak menggunakan sentuhan fizikal terhadap Jurulatih dan
Penolong Jurulatih semasa membetulkan sesuatu
kesalahan.
31. Denda dan hukuman padang kawad.
Dalam sesuatu latihan kawad, seseorang Jurulatih diberi hak
untuk melaksanakan hukuman dan denda di padang kawad yang
bertujuan mendidik pelatih serta mengekalkan disiplin pelatih
seperti ditetapkan di bawah;
(1). Denda mengulangi perbuatan kawad mengikut pelajaran
yang diajar secara berulang kali sehingga Jurulatih atau
Penolong Jurulatih berpuashati;
(2). Denda terbahagi kepada dua iaitu denda secara individu dan
berkumpulan;
(3). Denda secara berkawad dalam pergerakan berjalan laju
(drill) atau berlari anak dalam bentuk berkumpulan boleh
dikenakan kepada pelatih kerana tidak dapat melaksanakan
pergerakan seperti yang diarahkan oleh Jurulatih atau
Penolong Jurulatih;
(4). Hukuman boleh dilaksanakan oleh Jurulatih atau Penolong
Jurulatih dalam keadaan berikut;
(a). Hadir lewat ke latihan setelah Ketua Platun selesai
melapor atau semasa Jurulatih telah memulakan
latihan;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 22 dari 22
(b). Tidak mengenakan pakaian seperti yang ditetapkan di
bawah Arahan Tetap ini atau Arahan Tetap Pakaian
Seragam;
(c). Meninggalkan baris atau masuk baris tanpa
kebenaran;
(d). Berkelakuan yang ditegah semasa berada di padang
kawad;
(e). Bercakap-cakap dalam baris;
(f). Mengingkari arahan;
(g). Tidak peka kepada kata perintah dan arahan;
(h). Melakukan pergerakan latihan secara sambil lewa;
(i). Mengeluarkan kata-kata kesat kepada Jurulatih,
Penolong Jurulatih atau pelatih lain; dan
(j). Perbuatan batuk, meludah, sendawa atau
seumpamanya yang disengajakan.
(5). Jenis-jenis hukuman yang boleh dilaksanakan oleh
seseorang Jurulatih itu adalah seperti di bawah; (a). Tekan tubi;
(b). Ketuk ketampi;
(c). Guling sisi (Side roll);
(d). Lompat bintang;
(e). Latihan fizikal jasmani (Physical Training);
(f). Squad jump;
(g). Merangkak (crawl);
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 23 dari 23
(h). Gulingan ke hadapan (Forward roll);
(i). Berlari mengelilingi padang kawad dalam jumlah yang
ditentukan oleh Jurulatih;
(j). Berlari anak dengan membawa beban; dan
(k). Lain-lain hukuman fizikal yang tidak dilarang.
(6). Latihan fizikal jasmani (PT) terbahagi kepada (20) dua puluh
gerakan dan Jurulatih boleh memilih mana-mana kombinasi
latihan fizikal tersebut sebagai hukuman pilihan;
(7). Seseorang Jurulatih itu adalah dilarang dari melaksanakan
apa-apa jenis hukuman seperti di bawah yang boleh
memudaratkan atau mencederakan pelatih;
(a). Commando rest;
(b). Jalan itik;
(c). Bentuk senaman yang memudaratkan lutut, leher dan
tulang belakang;
(d). Hukuman yang berbentuk menjatuhkan maruah pelatih
seperti mencerca nama, keluarga, bangsa atau agama
pelatih; dan
(e). Lain-lain hukuman fizikal dan mental yang diyakini
boleh memudaratkan serta mendatangkan kecederaan
kepada pelatih.
32. Pergaulan berlainan jantina di padang kawad
Dalam sesuatu latihan kawad, seseorang Jurulatih dan Penolong
Jurulatih Kawad hendaklah mengelakkan pergaulan bebas
berlainan jantina. Jurulatih sebolehnya hendaklah mengelakkan
sentuhan badan secara terus atau dengan menggunakan apa-apa
peralatan kepada pelatih yang berlainan jantina dari Jurulatih pada
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 24 dari 24
bahagian sulit kecuali pada bahagian selainnya untuk tujuan
melatih.
BAB 6 — JENIS-JENIS KAWAD JABATAN 33. Matlamat kawad
(1). Kawad hendaklah dilaksanakan dan diamalkan secara berterusan di Jabatan Imigresen dengan matlamat seperti di bawah;
(a). Meningkatkan disiplin berpasukan dalam diri setiap
pegawai imigresen dan anggota;
(b). Mewujudkan semangat kerja berpasukan;
(c). Melahirkan rasa cinta kepada Jabatan Imigresen
Malaysia;
(d). Prihatin kepada masalah rakan sepasukan;
(e). Mendidik pegawai imigresen dan anggota untuk
bertindak mengikut arahan;
(f). Meningkatkan daya tahan dari segi fizikal dan mental
pegawai imigresen dan anggota;
(g). Melahirkan pelapis kepada Jurulatih dan Penolong
Jurulatih; dan
(h). Melahirkan sikap hormat menghormati.
34. Kawad Bulanan
(1). Kawad Bulanan adalah aktiviti latihan dan penyatuan kawad
bagi pegawai imigresen dan anggota berpakaian seragam
yang diadakan pada setiap bulan secara berterusan seperti
yang ditetapkan Pengarah Bahagian atau Negeri masing-
masing;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 25 dari 25
(2). Setiap pegawai imigresen dan anggota adalah diwajibkan
mengikuti latihan kawad sekurang-kurangnya empat (4) jam
dalam tempoh tiga puluh (30) hari;
(3). Arahan menjalani latihan kawad bulanan diwajibkan kepada
semua pegawai dan anggota dengan pengecualian hanya
kepada yang berumur lima puluh (50) tahun ke atas serta
mempunyai masalah kesihatan;
(4). Arahan kawad ini diwajibkan kepada;
(a). Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (Kanan);
(b). Timbalan Penolong Pengarah Imigresen;
(c). Pegawai Imigresen Tinggi;
(d). Pegawai Imigresen Kanan;
(e). Semua Pegawai Imigresen; dan
(f). Anggota berpakaian seragam yang lain.
(5). Mana-mana pegawai dan anggota yang tidak melengkapkan
latihan seperti ditetapkan tanpa sebarang alasan
munasabah, adalah diistilahkan sebagai telah ingkar
perintah Ketua Pengarah mengikut Peraturan 4(2)(i)
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993; kecuali
(6). Mana-mana pegawai dan anggota yang mendapat
pengecualian bertulis Ketua Pengarah. Bagi maksud arahan
ini, Ketua Pengarah termasuklah seseorang Pengarah
Bahagian atau Negeri: dan
(7). Mana-mana pegawai dan anggota yang dikenalpasti
mempunyai kecacatan kekal serta keadaan kesihatan yang
boleh memudaratkan jika menyertai latihan kawad dan
dengan syarat diperakui oleh pegawai perubatan yang sah.
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 26 dari 26
35. Kawad di Pusat Latihan
(1). Kawad di Pusat Latihan hendaklah dimasukkan sebagai
sebahagian dari modul kepada kursus yang dilaksanakan
secara berterusan bagi tempoh melebihi tujuh (7) hari;
(2). Pengarah Pusat Latihan boleh menetapkan mengenai
jangkamasa latihan, tempat latihan, pakaian kawad, had
umur dan faktor kesihatan bagi latihan kawad di Pusat
Latihan; dengan syarat selanjutnya
(3). Tertakluk kepada peraturan-peraturan Ketua Pengarah
mengenai Pusat Latihan;
(4). Pengarah Pusat Latihan hendaklah melaksanakan
Perbarisan Tamat Latihan bagi setiap siri Kursus Asas
Keimigresenan yang melibatkan pegawai lantikan baru Skim
Perkhidmatan Pegawai Imigresen dan Skim Perkhidmatan
Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen (Skim
Perkhidmatan Bersepadu);
(5). Untuk tujuan Perbarisan Tamat Latihan, Pengarah Pusat
Latihan hendaklah memastikan pegawai yang terlibat terdiri
daripada;
(a). Seorang pegawai kanan imigresen sebagai Pegawai
Pemerintah Perbarisan yang membawa pedang
Jabatan;
(b). Pegawai Kawalan bertugas hendaklah terdiri daripada
pegawai kanan imigresen yang membawa pedang
Jabatan;
(c). DPM atau DPO bertugas;
(d). Cif Baris hendaklah mengetuai Perbarisan masuk
padang;
(e). Dua orang Pegawai Pengiring; dan
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 27 dari 27
(f). Kenderaan istiadat seperti ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(6). Tetamu Kehormat yang memeriksa Kawalan Kehormatan
hendaklah membuat lakuan tabik hormat semasa melintasi
hadapan bendera;
(7). Semua jemputan dan hadirin yang terdiri dari pegawai kanan
imigresen hendaklah berdiri dan membuat lakuan tabik
hormat setiap kali bendera melintasi Pentas Hormat, dan
berdiri sedia sahaja setiap kali Pasukan Kawalan
Kehormatan melintasi pentas hormat;
(8). Lain-lain pegawai imigresen dan tetamu awam hendaklah
berdiri hormat setiap kali Pasukan Kawalan Kehormatan
melintasi pentas hormat;
(9). Semua yang hadir hendaklah berdiri hormat apabila /
semasa;
(a). Diumumkan ketibaan Tetamu Kehormat;
(b). Lagu Negaraku dan lagu Jabatan dinyanyikan;
(c). Tetamu Kehormat membuat pemeriksaan Kawalan
Kehormatan;
(d). Perbarisan melintasi pentas hormat;
(e). Bendera melintasi pentas hormat;
(f). Perbarisan membuat lakuan mara mengadap;
(g). Pegawai Pemerintah Perbarisan melapor untuk
meninggalkan padang kawad; dan
(h). Diumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 28 dari 28
36. Kawad dalam dewan
(1). Kawad dalam dewan hanya dilaksanakan dalam keadaan
seperti di bawah;
(a). Cuaca buruk yang tidak memungkinkan kawad
dilaksanakan di kawasan terbuka; dan
(b). Majlis yang ditetapkan di dalam dewan seperti upacara
penganugerahan pingat, pemakaian pangkat dan
seumpamanya.
(2). Tatacara kawad dalam dewan adalah sama mengikut format
di padang kawad kecuali arahan diubah daripada kata
perintah “baris” dan digantikan dengan “dewan”; dan
(3). Pergerakan kawad semasa di dalam dewan dilakukan tanpa
menghentak kaki. (Rujuk modul kawad)
37. Kawalan Kehormatan Imigresen
(1). Kawalan Kehormatan Imigresen (KKI) adalah suatu upacara perbarisan rasmi yang terancang untuk tujuan;
(a). Menyambut ketibaan DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu;
(b). Menyambut ketibaan pembesar negara seperti
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-
Menteri Kabinet dan Timbalannya;
(c). Menyambut ketibaan Hakim Mahkamah Persekutuan,
Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah
Tinggi;
(d). Menyambut ketibaan Ketua-ketua Perkhidmatan;
(e). Menyambut ketibaan pemimpin utama delegasi luar
negara;
(f). Perbarisan Tamat Latihan di Pusat Latihan Imigresen;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 29 dari 29
(g). Majlis persaraan atau pertukaran Ketua Pengarah dan
Timbalan Ketua Pengarah; dan
(h). Menyambut ketibaan Ketua Pengarah dan Timbalan
Ketua Pengarah baru.
(2). Kawalan Kehormatan terdiri daripada;
(a). Seorang pegawai kanan imigresen sebagai Pegawai
Pemerintah Perbarisan yang membawa pedang
Jabatan;
(b). DPM atau DPO;
(c). Cif Baris;
(d). Sekurang-kurangnya tiga puluh tiga (33) orang
anggota kawalan yang terdiri daripada pegawai
imigresen lain-lain pangkat, sama ada menggunakan
senjata atau tanpa senjata; atau
(e). Sekurang-kurangnya enam puluh enam (66) orang
anggota kawalan yang terdiri daripada pegawai
imigresen lain-lain pangkat, sama ada menggunakan
senjata atau tanpa senjata; dan
(f). Dua (2) orang pegawai pengiring Tetamu Kehormat
untuk pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan
terdiri daripada pegawai imigresen;dan
(g). Tiga (3) orang pembawa bendera.
(3). Kawalan Kehormatan hendaklah terdiri dari kalangan
pegawai imigresen sahaja; dan
(4). Kawalan Kehormatan hendaklah diiringi oleh Pasukan
Pancaragam Jabatan.
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 30 dari 30
38. Kawalan Sukuan
(1). Kawalan Sukuan adalah suatu upacara perbarisan rasmi
yang terancang bagi tujuan sambutan ketibaan tetamu
kehormat untuk sesuatu majlis anjuran Jabatan.
(2). Kawalan Sukuan terdiri daripada dua (2) kategori;
(a). Kawalan Sukuan Bersenjata; dan
(b). Kawalan Sukuan Tanpa Senjata.
(3). Komposisi Kawalan Sukuan Bersenjata terdiri daripada;
(a). Seorang Pegawai Imigresen Kanan atau Pegawai
Imigresen Tinggi sebagai Ketua Kawalan Sukuan;
(b). Sembilan (9) orang anggota kawalan yang terdiri
daripada pegawai imigresen lain-lain pangkat,
menggunakan senjata; dan
(c). Dua (2) orang peniup tetuang terdiri daripada pegawai
imigresen lain-lain pangkat.
(4). Komposisi Kawalan Sukuan tanpa senjata terdiri daripada;
(a). Seorang Pegawai Imigresen Kanan atau Pegawai
Imigresen Tinggi sebagai Ketua Kawalan Sukuan;
(b). Sembilan (9) orang anggota kawalan yang terdiri
daripada pegawai imigresen lain-lain pangkat;
(c). Dua (2) orang peniup tetuang terdiri daripada pegawai
imigresen lain-lain pangkat.
39. Kawad pemeriksaan pegawai atau anggota sebelum mula
tugas (Roll Call)
(1). Ketua atau pegawai yang bertanggungjawab bagi Unit /
Bahagian / Pejabat / Depot boleh melaksanakan kawad
untuk tujuan pemeriksaan pegawai atau anggota sebelum
memulakan tugas (roll call);
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 31 dari 31
(2). Roll call dilaksanakan dengan tujuan;
(a). Memeriksa pakaian pegawai / anggota;
(b). Memeriksa kehadiran pegawai / anggota;
(c). Menyampaikan maklumat terkini Jabatan;
(d). Menyampaikan taklimat ringkas tugas;
(e). Memastikan jumlah anggota mencukupi (tujuan
operasi); dan
(f). Melepaskan pegawai dan anggota dari tugas selepas
sesuatu aktiviti.
(3). Roll call dilaksanakan dalam pergerakan statik dan boleh
dilaksanakan di mana-mana kawasan yang bersesuaian
termasuklah dalam kawasan berbumbung atau tertutup;
(4). Ketua atau pegawai yang bertanggungjawab boleh
mengarahkan mana-mana pegawai imigresen tanpa mengira
pangkat untuk mengambil baris.
40. Kawad Istiadat
(1). Kawad Istiadat terbahagi kepada;
(a). Kawad Istiadat Mengiringi Jenazah;
(b). Kawad Istiadat Perkahwinan; dan
(c). Kawad Istiadat Paluan Berundur dan Perbarisan
Keluar.
(2). Kawad Istiadat Mengiringi Jenazah seperti di bawah;
(a). Kawad ini terdiri daripada dua belas (12) orang
pegawai imigresen sebagai pengusung keranda
sehingga ke perkuburan. Pakaian bagi pengusung
adalah pakaian seragam No. 2 atau No. 3A mengikut
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 32 dari 32
kategori pegawai (mengikut kesesuaian) dan dipakai
bersama songkok bagi jenazah muslim dan peak cap
bagi mayat bukan muslim. Bagi pakaian No. 3A
hendaklah dipakai bersama stable belt;
(b). Diketuai oleh seorang pegawai kanan yang berpakaian
seragam lengkap atau sekurang-kurang pegawai
imigresen berpangkat Pegawai Imigresen Tinggi atau
Pegawai Imigresen Kanan;
(c). Pengiring hendaklah terdiri dari sekurang-kurangnya
enam orang pegawai imigresen yang berpakaian
seragam lengkap.
(3). Kawad Istiadat Perkahwinan terbahagi kepada dua (2)
kategori;
(a). Perkahwinan pegawai kanan imigresen; dan
(b). Pegawai Imigresen Lain-lain Pangkat.
(4). Bagi perkahwinan pegawai kanan imigresen, Istiadat
Perkahwinan ditetapkan seperti di bawah;
(a). Pakaian adalah Pakaian Istiadat No. 1 bagi pegawai
kanan imigresen;
(b). Pasangan pengantin akan diiringi oleh dua (2) orang
pegawai kanan imigresen berpakaian No. 1 dan
mengarak pengantin melalui bawah pedang Jabatan
yang dihunuskan secara bersilang oleh sekurang-
kurang enam (6) orang pegawai kanan imigresen;
(5). Bagi perkahwinan Pegawai Imigresen Lain-lain Pangkat,
Istiadat Perkahwinan ditetapkan seperti di bawah;
(a). Pakaian adalah Pakaian Istiadat No. 1 bagi pegawai
imigresen;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 33 dari 33
(b). Pasangan pengantin akan diiringi oleh dua (2) orang
pegawai imigresen berpakaian No. 1 dan mengarak
pengantin melalui di tengah barisan pengiring yang
terdiri dari sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang
pegawai imigresen berpakaian No. 1.
41. Kawad Paluan Berundur dan Perbarisan Keluar (persaraan)
(1). Kawad Paluan Berundur dan Kawad Perbarisan Keluar
adalah kawad yang dilaksanakan apabila berlaku pertukaran
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah atau
persaraan seseorang pegawai imigresen;
(2). Kawad Paluan Berundur dikhaskan kepada Ketua Pengarah
dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen yang bertukar atau
bersara;
(3). Kawad Perbarisan Keluar dikhaskan kepada semua pegawai
imigresen yang bersara dari Perkhidmatan Imigresen, sama
ada persaraan wajib ataupun persaraan pilihan. Bagi tujuan
persaraan pilihan, pegawai hendaklah telah berkhidmat tidak
kurang dua puluh lima tahun (25) dalam Perkhidmatan
Awam;
(4). Kawad Paluan Berundur dilaksanakan seperti di bawah;
(a). Dilaksanakan di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia;
(b). Selepas selesai upacara serah menyerah tugas, Ketua
Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah diiringi oleh
dua orang Pegawai Pengiring sehingga ke pentas
hormat dan seterusnya sehingga pemeriksaan
Pasukan Kawalan Kehormatan;
(c). Selesai pemeriksaan Kawalan Kehormatan, Ketua
Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah akan diiringi
oleh Pegawai Pemerintah Perbarisan dan dua orang
peniup bag pipe sehingga ke kenderaan. Sebelum
menaiki kenderaan, pasukan pancaragam Jabatan
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 34 dari 34
akan memainkan lagu paluan berundur, setelah selesai
akan diiring masuk ke kenderaan;
(d). Semasa lagu paluan undur dimainkan, lakuan tabik
hormat dibuat oleh semua pegawai kanan dan juga
orang yang diraikan.
(5). Kawad Perbarisan Keluar dilaksanakan seperti di bawah;
(a). Dilaksanakan di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia setiap
enam bulan dengan mengumpulkan pegawai
imigresen yang bersara untuk diraikan dalam majlis
persaraan yang dinamakan sebagai Perbarisan Keluar;
(b). Perbarisan Keluar akan melibatkan Majlis
penyampaian sijil dan cenderahati di dalam dewan.
Setelah selesai pegawai yang diraikan akan diiringi
oleh dua orang Pegawai Pengiring melalui tengah
barisan Kawalan terdiri daripada tiga puluh orang
pegawai imigresen berpakaian kawad. Semasa
melalui barisan Kawalan, pasukan pancaragam
Jabatan akan memainkan lagu Jabatan dan lagu
paluan perpisahan;
(c). Selesai melalui barisan Kawalan, pegawai yang dirai
akan diberikan tabik hormat oleh dua orang DPM atau
DPO sebelum menaiki kenderaan meninggalkan Ibu
Pejabat.
42. Kawad dalam acara sukan
(1). Kawad juga tidak terkecuali dilaksanakan dalam setiap acara
sukan terutamanya melibatkan Temasya Sukan seperti
Sukan Imigresen Malaysia (SUKIM);
(2). Syarat untuk tujuan kawad acara sukan, setiap pegawai dan
anggota yang terlibat hendaklah lengkap berpakaian sukan
dan memakai pakaian / penutup kepala;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 35 dari 35
(3). Acara kawad adalah melibatkan pembukaan rasmi dan
penutupan rasmi Temasya Sukan terutamanya semasa
Ketua-Ketua Kontinjen melapor kepada Tetamu Kehormat.
BAB 7 — PADANG KAWAD JABATAN
43. Padang Kawad Rasmi
(1). Padang Kawad Rasmi adalah padang kawad yang
ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai padang kawad
rasmi Jabatan;
(2). Padang Kawad Rasmi hendaklah mempunyai ciri-ciri dan
keluasan minima yang boleh menampung sekurang-
kurangnya seribu orang dalam satu masa latihan;
(3). Padang Kawad Rasmi hendaklah diselenggara dan
dikawalselia sebaik mungkin dengan mengambilkira faktor
kebersihan, keselamatan dan kesesuaian oleh Pengarah
Negeri jika di Negeri dan Pengarah Pusat Latihan jika di
Pusat Latihan;
(4). Setiap Pusat Latihan hendaklah memiliki Padang Kawad
Rasmi Jabatan.
44. Padang Kawad Latihan dan Sementara
(1). Dalam keadaan tertentu, Ketua Pengarah boleh
mengarahkan latihan atau perbarisan dilaksanakan di mana-
mana lokasi yang bersesuaian, dan lokasi itu hendaklah
dianggap sebagai Padang Kawad Latihan atau Padang
Kawad Sementara; dan
(2). Padang Kawad Latihan atau Padang Kawad Sementara
boleh dijalankan sebarang aktiviti latihan kawad, perbarisan
dan lain-lain aktiviti kawad.
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 36 dari 36
BAB 8 — PERALATAN DAN AKSESORI KAWAD
45. Pakaian semasa kawad
(1). Pakaian bagi Jurulatih dan Penolong Jurulatih Kawad untuk
tujuan sesi latihan kawad adalah sebagaimana ditentukan
oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat
Jabatan Imigresen sebagai pihak yang mengawalselia
Jurulatih Kawad Jabatan Imigresen Malaysia. Jurulatih dan
Penolong Jurulatih hendaklah berpakaian kemas serta
lengkap dengan aksesori kawad seperti di bawah;
(a). Peak cap atau beret;
(b). Belt kawad atau cross strap;
(c). Tongkat Jurulatih atau Tongkat Latihan;
(d). Anklet; dan
(e). But kawad.
(2). Semua pegawai imigresen dan anggota hendaklah
mematuhi etika berpakaian seragam ketika kawad seperti
ditetapkan di bawah;
(a). Kawad Istiadat hendaklah memakai pakaian No. 1;
(b). Kawalan Kehormatan hendaklah memakai pakaian No.
3B;
(c). Latihan kawad hendaklah memakai separa seragam,
iaitu sama ada memakai seluar No. 3A atau seluar No.
4A dengan kemeja ‘t’ berkolar dan berlogo Imigresen
seperti pakaian No. 8;
(d). Semua pegawai hendaklah memakai sama ada but
kawad atau but keselamatan penguatkuasa; dan
(e). Pegawai dan anggota lelaki hendaklah sentiasa
mengemaskan kemeja ‘t’ ke dalam seluar (tuck in).
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 37 dari 37
(3). Semua pegawai imigresen dan anggota adalah dilarang
memakai sebarang perhiasan apabila terlibat dalam
sebarang aktiviti kawad dan latihan kawad;
(4). Pengarah Pusat Latihan boleh menentukan jenis pakaian
yang perlu dipakai semasa latihan kawad dalam kawasan
Pusat Latihan. Arahan ini hanya terpakai bagi latihan dalam
kawasan Pusat Latihan sahaja.
46. Aksesori pakaian kawad
Aksesori di bawah adalah tergolong sebagai aksesori pakaian
kawad Jabatan Imigresen Malaysia;
(1). Jambul warna kelabu (hackle);
(2). Mafla warna kelabu;
(3). Sarung tangan warna kelabu (Korean glove);
(4). Tali pinggang atau tali sling warna kelabu (belt or cross
strap);
(5). Pembebat pergelangan kaki warna kelabu (anklet);
(6). But kawad (drill boot); dan
(7). Selempang.
47. Penggunaan tetuang
Tetuang digunakan bagi aktiviti seperti di bawah sahaja;
(1). Menaik dan menurunkan bendera di Pusat Latihan; dan
(2). Semasa ketibaan Tetamu Kehormat dan apabila Tetamu
Kehormat meninggalkan majlis.
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 38 dari 38
48. Penggunaan pedang dan tongkat
(1). Dalam apa-apa aktiviti kawad Jabatan dan perbarisan,
hanya seorang pegawai kanan imigresen sahaja yang
dibenarkan menggunakan pedang istiadat Jabatan;
(2). Tongkat sebagai simbol Jurulatih dianugerahkan kepada
seseorang yang dilantik sebagai Jurulatih dan hendaklah
dibawa ketika berpakaian seragam. Tongkat Jurulatih
terbahagi kepada dua, iaitu;
(a). Tongkat Jurulatih dianugerahkan kepada semua
Jurulatih sebagai simbol tauliah oleh Ketua Pengarah;
dan
(b). Tongkat Sukat (pace stick) yang dianugerahkan hanya
kepada DPM dan DPO.
49. Pakaian kepala
Dalam setiap aktiviti kawad Jabatan dan perbarisan, semua
pegawai dan anggota hendaklah memakai pakaian / penutup
kepala seperti ditetapkan dalam Arahan Tetap Ketua Pengarah
Imigresen Malaysia Mengenai Polisi, Prosedur dan Disiplin
Pakaian Seragam Jabatan Imigresen Malaysia.
BAB 9 — POLISI DAN LARANGAN-LARANGAN YANG BERKAITAN DENGAN LATIHAN
50. Larangan-larangan di padang kawad
(1). Semasa berada di kawasan padang kawad, semua Jurulatih
dan pelatih hendaklah sentiasa mengekalkan kebersihannya;
(2). Semua pegawai, Jurulatih dan pelatih adalah dilarang dari
melakukan perkara-perkara seperti di bawah semasa berada
berhampiran atau di dalam kawasan padang kawad;
(a). Merokok;
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 39 dari 39
(b). Membawa masuk kenderaan tanpa kebenaran ke
dalam kawasan padang kawad;
(c). Makan dan minum;
(d). Meludah di padang kawad;
(e). Melintasi atau menyeberangi Padang Kawad Rasmi
tanpa berkawad;
(f). Membiarkan atau membawa masuk sebarang jenis
haiwan ke padang kawad kecuali untuk pertunjukan
yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah;
(g). Mengubahpinda susunan tiang bendera atau alat
kebesaran padang kawad tanpa kebenaran;
(h). Membuat bising dengan hilai ketawa;
(i). Membuang sampah merata-rata di padang kawad; dan
(j). Lain-lain perbuatan yang boleh diistilahkan sebagai
tidak beretika dan tidak menghormati padang kawad.
51. Larangan pemakaian aksesori pakaian kawad selain dari
urusan kawad
Tiada sesiapa pun yang boleh mengenakan aksesori pakaian
kawad Jabatan untuk sebarang tujuan selain daripada urusan
kawad melainkan mendapat kebenaran Ketua Pengarah.
BAB 10 — EDARAN TERHAD
52. Edaran Terhad dan salinan;
Semua cetakan manual Arahan Tetap ini adalah diklasifikasikan
sebagai TERHAD dan dikhususkan hanya kepada semakan dan
rujukan pegawai dan anggota imigresen. Edaran untuk selain
pegawai imigresen boleh dibenarkan oleh Ketua Pengarah
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 40 dari 40
Imigresen Malaysia mengikut keperluan. Edaran terhad naskah
manual Arahan Tetap ini disalinkan kepada;
Bil Negeri/ Bahagian/ Unit No. Kawalan Salinan
1. IBU PEJABAT IMIGRESEN MALAYSIA;
Pejabat Ketua Pengarah 1
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) 2
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) 3
Bahagian Pentadbiran 4
Bahagian Kewangan 5
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 6
Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod 7
Bahagian Penguatkuasa 8
Bahagian Khidmat Expatriate 9
Bahagian Visa, Pas dan Permit 10
Bahagian Keselamatan dan Pasport 11
Bahagian Integriti 12
Bahagian Pekerja Asing 13
Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat 14
Bahagian Penasihat Undang-Undang 15
Unit Pengurusan Pakaian Seragam 16
2. AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA;
Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan 17
3. JABATAN IMIGRESEN NEGERI PERLIS
Pejabat Pengarah 18
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 41 dari 41
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 19
Pos Imigresen Padang Besar 20
Pos Imigresen Wang Kelian 21
Pos Imigresen Kuala Perlis 22
Pejabat Imigresen UPP Padang Besar 23
Pejabat Imigresen UPP Wang Kelian 24
Pejabat Imigresen UPP Kuala Perlis 25
Pejabat Imigresen UPP Chuping 26
4. JABATAN IMIGRESEN NEGERI PULAU PINANG
Pejabat Pengarah 27
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 28
Depot Imigresen Juru 29
Pejabat Imigresen Pelabuhan Pulau Pinang 30
Pejabat Imigresen LTA Bayan Lepas 31
Pejabat Imigresen Georgetown 32
5. JABATAN IMIGRESEN NEGERI KEDAH
Pejabat Pengarah 33
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 34
Pos Imigresen Bukit Kayu Hitam 35
Pos Imigresen Kota Putra 36
Pejabat Imigresen Kulim 37
Pejabat Imigresen Sungai Petani 38
Pejabat Imigresen UTC Alor Setar 39
Pejabat Imigresen RTC Napoh 40
Depot Imigresen Belantik 41
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 42 dari 42
Pejabat Imigresen Langkawi 42
Pos Imigresen LTA Langkawi 43
Pos Imigresen Jeti Kuah 44
Pos Imigresen Tanjung Lembung 45
Pos Imigresen Telaga Harbour Park 46
Pejabat Imigresen UPP Changloon 47
Pejabat Imigresen Ibu Pejabat UPP Negeri Kedah 48
Pejabat Imigresen UPP Kuala Kedah 49
6. JABATAN IMIGRESEN NEGERI PERAK
Pejabat Pengarah 50
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 51
Depot Imigresen Langkap 52
Pejabat Imigresen Taiping 53
Pejabat Imigresen Teluk Intan 54
Pejabat Imigresen Lumut 55
Pos Imigresen Pengkalan Hulu 56
Pejabat Imigresen UTC Perak 57
Pejabat Imigresen RTC Gopeng 58
Pejabat Imigresen LT Sultan Azlan Shah 59
Jeti Pelabuhan Ghadaf Marble Hutan Melintang 60
Pejabat Imigresen UPP Pengkalan Hulu 61
7. JABATAN IMIGRESEN NEGERI SELANGOR
Pejabat Pengarah 62
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 63
Depot Imigresen Semenyih 64
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 43 dari 43
Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang 65
Pejabat Imigresen Pelabuhan Utara 66
Pejabat Imigresen Pelabuhan Selatan 67
Pejabat Imigresen Pelabuhan Barat 68
Pejabat Imigresen Cawangan Kelana Jaya 69
Pejabat Imigresen Kajang 70
Pejabat Imigresen Cawangan Kuala Kubu Bharu 71
Pejabat Imigresen Cawangan Puchong 72
Pejabat Imigresen Cawangan Kuala Selangor 73
Pejabat Imigresen Cawangan Subang 74
Pejabat Imigresen Cawangan Kuala Langat 75
Pejabat Imigresen Barter Trade 76
Pejabat Imigresen Terminal Glenn Cruise 77
8. JABATAN IMIGRESEN KLIA
Pejabat Imigresen KLIA (AMC) 78
Pejabat Imigresen KLIA 1 79
Pejabat Imigresen KLIA 2 80
Depot Imigresen KLIA 81
9. JABATAN IMIGRESEN W.P KUALA LUMPUR
Pejabat Pengarah 82
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 83
Pejabat Imigresen Cawangan Wangsa Maju 84
Pejabat Imigresen UTC KL 85
Pejabat Imigresen UTC Sentul 86
Pejabat Imigresen UTC Keramat 87
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 44 dari 44
Depot Imigresen Bukit Jalil 88
10. JABATAN IMIGRESEN NEGERI SEMBILAN
Pejabat Pengarah 89
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 90
Pejabat Imigresen Port Dickson 91
Pejabat Imigresen Senawang 92
Depot Imigresen Lenggeng 93
11. JABATAN IMIGRESEN NEGERI MELAKA
Pejabat Pengarah 94
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 95
Pejabat Imigresen UTC 96
Depot Imigresen Machap Umboo 97
Pos Imigresen Tanjung Bruas 98
Pos Imigresen Sungai Rambai 99
Pos Imigresen Sungai Linggi 100
Pejabat Imigresen LTA Batu Berendam 101
Pejabat Imigresen Terminal Feri Pelabuhan Melaka 102
12. JABATAN IMIGRESEN NEGERI JOHOR
Pejabat Pengarah 103
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 104
Pejabat Imigresen Cawangan Johor Bharu 105
Depot Imigresen Pekan Nenas 106
Pejabat Pemeriksaan Imigresen JB Sentral 107
Pejabat Imigresen Pelabuhan Puteri Harbour 108
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 45 dari 45
Pejabat Imigresen Batu Pahat 109
Pejabat Imigresen UTC Johor 110
Pejabat Imigresen Kukup 111
Pejabat Imigresen Muar 112
Pejabat Imigresen Pasir Gudang 113
Pos Imigresen Stulang Laut 114
Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar 115
Pos Imigresen Tanjung Belungkor 116
Pos Imigresen Sebana Cove 117
Pos Imigresen Tanjung Pengelih 118
Pejabat Imigresen KSAB 119
Pejabat Imigresen Kluang 120
Pejabat Imigresen Pelabuhan Tanjung Pelepas 121
Pejabat Imigresen Mersing 122
Pejabat Imigresen Segamat 123
Pejabat Imigresen Cawangan Tampoi 124
Pejabat Imigresen Pagoh 125
Pejabat Imigresen Woodlands (WTCP) 126
Pejabat Imigresen Cawangan Kulaijaya 127
Pejabat Imigresen LTA Senai 128
13. JABATAN IMIGRESEN NEGERI PAHANG
Pejabat Pengarah 129
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 130
Pejabat Imigresen Pelabuhan Kuantan 131
Pejabat Imigresen Temerloh 132
Depot Imigresen Kemayan 133
Pejabat Imigresen Kuala Lipis 134
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 46 dari 46
Pejabat Imigresen Raub 135
Pejabat Imigresen Pulau Tioman 136
Pejabat Imigresen Bahagian Pelabuhan Pulau Tioman 137
Pejabat Imigresen LTA Sultan Ahmad Shah 138
Pejabat Imigresen Cawangan Pekan 139
Pejabat Imigresen UTC Kuantan 140
Pejabat Imigresen RTC Kuala Pahang 141
Pejabat Imigresen Cameron Highlands 142
14. JABATAN IMIGRESEN NEGERI TERENGGANU
Pejabat Pengarah 143
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 144
Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Pendakwaan 145
Depot Imigresen Ajil 146
Pejabat Imigresen Besut 147
Pejabat Imigresen Dungun 148
Pejabat Imigresen Kerteh 149
Pejabat Imigresen Chukai 150
Pejabat Imigresen Pelabuhan Kemaman 151
Bahagian Pintu Masuk Kuala Terengganu 152
15. JABATAN IMIGRESEN NEGERI KELANTAN
Pejabat Pengarah 153
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 154
Bahagian Penguatkuasa Negeri Kelantan 155
Unit Pendakwaan Jalan Telipot 156
Pos Imigresen Pengkalan Kubor 157
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 47 dari 47
Pos Imigresen Rantau Panjang 158
Pos Imigresen Bukit Bunga 159
Pejabat Imigresen Gua Musang 160
Pejabat Imigresen Pelabuhan Tok Bali 161
Depot Imigresen Tanah Merah 162
Pejabat Imigresen UPP Kota Bahru 163
Pejabat Imigresen UPP Bukit Bunga 164
Pejabat Imigresen UPP Rantau Panjang 165
Pejabat Imigresen UPP Pengkalan Kubor 166
16. JABATAN IMIGRESEN NEGERI SARAWAK
Pejabat Pengarah 167
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 168
Pejabat Imigresen Perkapalan Kuching 169
Pejabat Imigresen Bahagian Samarahan 170
Pejabat Imigresen LTA Kuching 171
Pejabat Imigresen Tebedu 172
Pejabat Imigresen Bunan Gega 173
Pejabat Kawalan Sempadan Imigresen Serikin 174
Pos Imigresen BIawak 175
Pejabat Imigresen Sematan 176
Pejabat Imigresen Sri Aman 177
Pos Imigresen Batu Lintang 178
Pos Imigresen Lubok Antu 179
Pejabat Imigresen Bahagian Sarikei 180
Pejabat Imigresen Bahagian Sibu 181
Pejabat Imigresen Bahagian Kapit 182
Pejabat Imigresen Bahagian Bintulu 183
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 48 dari 48
Pejabat Imigresen Bahagian Miri 184
Pos Imigresen Sungai Tujoh 185
Pejabat Imigresen Marudi 186
Pejabat Imigresen Bahagian Limbang 187
Pos Imigresen Tedungan 188
Pejabat Imigresen Sundar 189
Pos Imigresen Merapok 190
Pejabat Imigresen Lawas 191
Depot Imigresen Semuja 192
Pejabat Imigresen Mengkalap 193
Pejabat Imigresen LTA Gunung Mulu 194
Depot Imigresen Bekenu 195
Pejabat Imigresen Baram 196
Pos Kawalan Sempadan Imigresen Bario 197
Pejabat Imigresen LTA Miri 198
Pejabat Imigresen Perkapalan Miri 199
17. JABATAN IMIGRESEN NEGERI SABAH
Pejabat Pengarah 200
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 201
Pejabat Imigresen LTA Kota Kinabalu (Terminal 1) 202
Pejabat Imigresen LTA Kota Kinabalu (Terminal 2) 203
Pejabat Imigresen Pelabuhan Kota Kinabalu 204
Pejabat Imigresen Sipitang 205
Pejabat Imigresen Tenom 206
Pejabat Imigresen Keningau 207
Pejabat Imigresen Kudat 208
Pejabat Imigresen Sandakan 209
Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mengenai Polisi dan Tatacara Pengurusan Kawad
Mukasurat 49 dari 49
Pejabat Imigresen Tawau 210
Pejabat Imigresen Lahad Datu 211
Pejabat Imigresen Semporna 212
Pejabat Imigresen Unit Khas Kota Kinabalu 213
Pejabat Imigresen Ranau 214
18. JABATAN IMIGRESEN W.P LABUAN
Pejabat Pengarah 215
Unit Pengurusan Pakaian Seragam Negeri 216
Pejabat Imigresen Pelabuhan dan Terminal Feri 217
Pejabat Imigresen LT Labuan 218
19. LAIN-LAIN EDARAN
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM)
219
Majlis Bersama Jabatan, Ibu Pejabat 220
Kesatuan Pegawai-Pegawai Imigresen Malaysia Sabah (KPPISM)
221
Kesatuan Kakitangan Imigresen Malaysia Sarawak (KKIMS)
222