Upload
mrszaki
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
1/29
AREA 3304PENGURUSAN BANDAR
TAJUK: PERSEKITARANSEMULAJADI(EKOLOGI BANDAR)
MOHD IZHAM SYAHIMI BINRAMLI
AEA 060205
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
2/29
Skop
1. Punca rebakan bandar2. Kesan rebakan bandar
3. Bandar lestari4. Pengurusan pertumbuhan &
pembangunan lestari
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
3/29
Rebakan bandar? Perluasan kawasan bandar
mengakibatkan rebakan bandar. Rebakan bandar menyebabkan kawasan
bandar utama bercantum dengankawasan bandar berdekatan &membentuk kawasan bandar yang luas.
Proses ini dinamakan konurbasi. Contoh konurbasi: Kuala Lumpur - Petaling
Jaya Subang Jaya-Shah Alam - Klang -Pelabuhan Klang
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
4/29
Punca rebakan bandar1. Urbanisasi Urbanisas berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui
pertambahan bilangan bandar-bandar baru . Kawasanyang sebelum ini merupakan luar bandar akan berkembangmembentuk sebuah bandar.
Selain itu, penubuhan bandar-bandar satelit dipinggir bandar juga dianggap sebagai bandar-bandarbaru. Bandar Satelit merupakan Bandar baru yangdibangunkan khas tidak jauh dr bandar utama.
Contoh; Pada tahun 1990-an konsep bandar baru industritelah diperkenalkan Melalui rancangan estet perindustrianbandar-bandar industri ini mula dirancang dan diwujudkanantaranya adalah Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan danBandar Baru Senawang di Selangor.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
5/29
Urbanisasi sambg. Pinggir bandar yang berpontensi akan dimajukan
dan dibangunkan menjadi bandar setelit atau bandarbaru yang lengkap dan moden.
Contoh; Kawasan di sekitar kuala Lumpur sepertiSelayang, Cheras telah membentuk bandar satelit dankawasan-kawasan seperti Bandar Baru Nilai danSenawang pula muncul sebagai bandar industri.
Melalui dasar penyelerakkan industri ke desa, bandar-bandar baru yang berasaskan industr turut dirancangdan dibina. seperti bandar baru kertih di Kemamam
Terenganu terbentuk hasil daripada Industrigas asli.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
6/29
2. Harga tanah lebih rendah dikawasan luar bandar berbanding
kawasan-kawasan Bandar.3. Pertumbuhan dalam pendapatan
peribadi.
4. Pelaburan berskala besar dalamprasarana pengangkutanmembolehkan pekerja untuk hidup
pada jarak lebih jauh daripadatempat pekerjaan mereka.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
7/29
Kesan rebakan bandar
1. Kehilangan kawasan hijauAkibat daripada rebakan bandar yangtidak terkawal menyebabkan kawasanhijau semakin berkurangan dan terushilang.
Justeru, kawasan hijau tersebutdimajukan dengan pelbagai projekpembangunan seperti projekperumahan, pasaraya dsb.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
8/29
sambunganContoh; Seiring dengan pertambahan kawasantepu bina, kawasan hijau di Wilayah Lembah Klangmengalami kemerosotan kawasan hijausebanyak 20% dari tahun 1988 hingga tahun1998. Selari dengan perkembangan rancak tepubina antara tahun 1994 hingga 1996, kawasanhijau juga mengalami pengurangan terbesarpada tahun tersebut, iaitu daripada keluasansebanyak 255,415 hektar kepada 229,427hektar (10%). Wilayah Persekutuan didapatidaerah yang paling banyak kehilangan kawasanhijau dalam tempoh 10 tahun (1988 hingga 1998).
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
9/29
Jumlah Kawasan Hijau (Hektar) dan PeratusanPengurangan Di Wilayah
Lembah Klang Antara Tahun. Dari Tahun 1988 1998Mengikut Daerah
DAERAH
HIJAU1988
% HIJAU1990
% HIJAU1994
% HIJAU1996
% HIJAU1998
Gombak 61,458 0.9 60,885 1.5 60,001 8.5 54,921 4.1 52,658
H.Langat
83,017 0.3 82,766 2.1 81,028 6.1 76,113 3.0 73,826
DBKL 19,283 5.6 18,208 13.1 15,814 15.4 13,371 20.4 10,637
Petaling 46,430 3.3 44,898 8.7 40,982 20.9 32,408 14.0 27,855
Klang 59,952 1.1 59,310 2.9 57,590 8.6 52,614 4.9 50,025
UMLAH 270,14
0
1.5 266,06
7
4.0 255,41
5
10.2 229,42
7
6.3 215,00
1
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
10/29
2.Kesan terhadap KualitiAir
Kehadiran bahan pencemar / enfluendalam air yang menyebabkankandungan, warna dan bau airberubah.
Kesan perkembangan bandarterhadap kualiti air dikenalpastimelalui analisis.
Contoh; tren perubahan kualiti airsungai dengan tren perkembangankawasan tepu bina.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
11/29
Contoh; Perkembangan guna tanah yang pesat diLembah klang dalam jangka masa berlaku pada 1994hingga 1998 kepada semua jenis guna tanah kecuali
guna tanah pertanian dan hutan yang mengalamipengurangan sebanyak 70%. Perbandingan dengan trenperubahan tepu bina dan tren kualiti air sungai bagi tahun 1994 hingga 1998 menunjukkan terdapatperkaitan di antara pertambahan kawasan tepu
bina dengan penurunan kualiti air daripadasederhana tercemar ke tahap tercemar. Penurunankualiti air sungai ini berpunca daripada aktiviti gunatanah seperti perindustrian, pertanian, kumbahandomestik, pembinaan dan kerja tanah.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
12/29
Perbandingan Perubahan Tren KualitiAir dan Pertambahan Kawasan
Tepubina
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
13/29
3.Kesan terhadap Kualiti Bunyi
Pembangunan bandar dan perkembangan guna tanahseperti perindustrian, perdagangan dan institusi secaratidak langsung meningkatkan lagi kepesatan aktivitikependudukan, pertambahan bilangan kenderaan danmenyumbang kepada kesesakan. Ia turut mengubahkawasan semula jadi menjadi kawasan yang dipenuhibangunan dan jalan raya.
Pembinaan bangunan-bangunan dan struktur berasaskan batu dan pengurangan kawasan hijaumengurangkan daya tampanan bunyi bising yangdikeluarkan oleh pelbagai aktiviti guna tanah. kawasan tepu bina terutamanya pusat bandar sepertiPusat Bandar Kuala Lumpur dan Klang mengalami kadarkebisingan yang melebihi daripada had yang dibenarkan di
dalam Garispanduan Kebisingan Malaysia.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
14/29
4.Kesan terhadap Kualiti Udara Perkembangan bandar secara tidak langsung turut
mempengaruhi perubahan komposisi udara. Kesan ini dinilaimelalui anggaran jumlah habuk di dalam udara.
Pertambahan jumlah kenderaan akibat daripadapertambahan bilangan penduduk di kawasan bandar mendedahkan alam sekitar kepada risiko pencemaran melaluipeningkatan jumlah karbon monoksida di dalam udara.Selain daripada faktor kenderaan, pelepasan asap daripadaaktiviti perindustrian dan pembakaran secara terbuka turutmemburukkan lagi keadaan.
Contoh; Kajian perubahan tahap kualiti udara daripada tahun1994 hingga tahun 1998, menunjukkan keadaan kualiti udaramasih terkawal di Wilayah Lembah Klang. Walau bagaimanapun,langkah pemantauan dari masa ke semasa perlu diteruskan bagimengekalkan situasi ini danmengelakkan penurunan kualiti udaradi masa akan datang.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
15/29
5. Kesan terhadap Peningkatan Suhu
Perubahan yang berlaku kepada kawasansemulajadi seperti kawasan hijau dan badanair kepada struktur hutan batu turut memberikesan kepada peningkatan suhu bandar.
Proses pembersihan tanah, penebanganpokok-pokok dan penambakan lombong-lombong mengurangkan sumber yang dapatmembantu mengekalkan kelembapanatmosfera semulajadi. Sehubungan denganitu, tenaga haba yang diserap dan disimpanoleh bangunan dan jalanraya menyebabkansuhu di kawasan perbandaran menjadi lebihtinggi.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
16/29
6. Pemanasan Global Peningkatan suhu dunia secara
menyeluruh dengan kadar 2 - 3 Csetahun.
Ianya diakibatkan oleh kesan rumahhijau dan penipisan lapisan ozon.
Antara penyebab : penyahhutanan,pertambahan pengeluaran asapindustri & kenderaan, pertambahanalat penghawa dingin & dll
Kesannya : berlaku fenomena cuaca yangtidak menentu seperti kemarau, hujan,angin yg sukar diramal.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
17/29
7. Kesan Rumah Hijau Merujuk kepada kewujudan gas-gas
rumah hijau khususnya karbondioksida dan metana yangbertindak membenarkan bahangan
matahari masuk tetapimemerangkap bahangan bumikeluar.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
18/29
Bandar Lestari Persidangan URBAN21 di Berlin pada Julai 2000- Bandar lestari merujuk
kepada gagasan untuk meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi
komponen ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan datang.
Dengan kata lain, bandar raya lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat,dinamisme, kemudahan dan prasarana lestari dari segi penggunaansumber tenaga, bekalan air dan pelupusan sisa efisien, sistempengangkutan canggih, rekabentuk bangunan dan prasarana mesraalam dengan dikelilingi kehijauan pelbagai flora dan fauna.
Bandaraya lestari juga seharusnya ditunjuangi pelbagai aktiviti martabattinggi dari segi keilmuan, penyegaran minda, penyuburan rohaniah,hubungan sosial dan kegiatan perdagangan
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
19/29
Dari aspek pengurusan alam sekitar, proses perbandaranbiasanya menghadapi enam cabaran utama, iaitu sistempengangkutan, bekalan tenaga, pengurusan air sisa dansisa pepejal, pengurusan sistem pemparitan dan saliranbandar, pemuliharaan kawasan hijau, riadah serta siar
kaki, dan kemudahan infrastruktur. Masalah-masalah lain juga seringkali meruncing, seperti peluang pekerjaan,kepadatan penduduk, pembangunan industri, keselamatan danzon pemisah antara bangunan.
Gagasan bandar raya lestari telah mula dilaksanakan secara
menyeluruh di Kyoto, Perth dan Stockholm.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
20/29
Pengurusan pertumbuhan& pembangunan lestari
Alam sekitar terdiri daripada semuafaktor hidup dan bukan hidup sertainteraksi antara kedua-duanya. Iamemberi kesan kepada organisma
sama ada secara individu ataupopulasi dalam kitaran kehidupan.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
21/29
Dasar Alam Sekitar Negara,Malaysia
Dasar Alam Sekitar Negara merupakan satustrategi kerajaan untuk memulihara, menjagadan mengurus alam sekitar dalam kontekspembangunan lestari sejajar dengan matlamatwawasan 2020. Namun begitu, tidak dapatdinafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negarayang kaya dengan sumber alam semulajadi dansumber asli yang menjadi asas kepada
pertumbuhan negara.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
22/29
Prinsip-prinsip Dasar Alam SekitarNegara
Pengawasan Alam Sekitar Menghormati dan
berprihatin terhadap alam sekitar mengikut standardmoral dan etika yang tertinggi. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam
Memulihara ekosistem semulajadi untuk memastikankeutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem
sokongan hidup. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
Memastikan peningkatan berterusan dalam produktivitidan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia.
Penggunaan lestari sumber-sumber asli Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkanasas sumber dan keutuhan alam sekitar.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
23/29
Membuat keputusan bersepadu mengintegrasikan dimensialam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.
Peranan sektor swasta Memperkukuhkan peranan sektorswasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
Komitmen dan kebertanggungjawaban memastikan semuapembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awammempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dankebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk,merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.
Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa Menyertaisecara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat kearah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
24/29
Ke arah PembangunanMampan
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
25/29
Dengan mengambil konsep pembangunan yang berterusan,LA21 menyediakan kerangka bagi mengatasi masalah-masalah sosial dan alam sekitar masa kini , termasuklahpencemaran udara, pembasmian hutan, kehilanganbiodiversiti, kesihatan, penduduk yang berlebihan,kemiskinan, penggunaan tenaga, pengeluaran bahanbuangan dan isu-isu pengakutan.
LA21 juga menyeru untuk mengambil tindakan bagimeredakan kemiskinan, mengatasi masalah-masalah
kesihatan, meningkatkan sumber bekalan air, danmengurus pertanian dengan sempurna. Ketiga-tigaakitviti pencemaran utama dalam masyarakat, tenaga,pengangkutan dan bahan buangan seharusnya dibangunkandengan sedemikian rupa supaya keadaan alam sekitar dankualiti kehidupan rakyat meningkat.
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
26/29
LA21 adalah blueprint ke arah hidup berterusan di
abad ke-21 ini. LA21 adalah satu komitmen kearah pembangunan yang berterusan, yang telahdipersetujui oleh kebanyakkan kerajaan-kerajaandi dunia.
LA21 adalah bertanggungjawab untuk bagaimanahendak menjadikan pembangunan berterusansecara sosial, ekonomi dan alam sekitar padaabad ke-21 ini. Kerajaan, agensi-agensi bukankerajaan (NGO), industri dan rakyat jelata adalahdigalakkan untuk melibatkan diri
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
27/29
Strategi Hijau Malaysia
Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan untuk mengintegrasikanpertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan danproses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangkapanjang , dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Strategi Hijau Malaysia mengandungi:
1. Pendidikan dan Kesedaran2. Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar3. Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang
bersepadu4. Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar5. Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian6. Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat7. Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-Pelan Tindakan
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
28/29
Kesimpulan Pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar yang bersepadu
perlu dilaksanakan dalam konteks pembangunan lestari.Pembangunan lestari juga merupakan suatu proses membuatkeputusan bersama bagi memastikan bahawa aktiviti ekonomi,kebajikan manusia (termasuk kesihatan) dan ekosistem sama-
sama diberi pertimbangan tersepadu bagi memastikan generasikini dan akan datang dapat memenuhi keperluannya secaraberterusan. Pembangunan lestari adalah program yangdirancang dalam Agenda 21 pada Persidangan PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar (UNCED) di Riode Janeiro pada Jun 1992 .
8/14/2019 AREA 3304 Ekologi am
29/29
Namun begitu, persidangan bumi ini yangdiadakan sepuluh tahun sekali adalah untukmencapai objektif yang dirancang untukmenunjukkan kemampuan strategi yangdilaksanakan dan membuktikan keberkesanannya.
Justeru, pemuliharaan dan penjagaan alam sekitaramat perlu untuk generasi yang akan datang dapatmenikmatinya.