Article 1-KEMALANGAN DITEMPAT KERJA

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 Article 1-KEMALANGAN DITEMPAT KERJA

    1/6

    http://dalzakga.blogspot.com/2013/07/kemalangan-di-tempat-kerja.html

    KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

    PENDAHULUAN

    1. Apakah yang bezanya kemalangan ditempat kerja dan

    kemalangan jalan raya? Sudah tentu kita semua dapat membezakan

    kedua-dua jenis kemalangan ini iaitu kemalangan jalan raya adalah

    kemalangan atau kecelakaan yang terjadi semasa kita berada di jalan raya.

    Manakala kemalangan di tempat kerja adalah bencana atau kecelakaan

    yang berlaku ketika di tempat kerja seperti terjatuh dari tempat tinggi

    semasa bekerja di tapak pembinaan dan sebagainya. Tanpa kita sedari

    sebenarnya kita lebih berisiko untuk mendapat kemalangan di tempat kerja

    berbanding dengan kemalangan jalan raya.

    2. Ini kerana tempoh kita berada di tempat kerja lebih lama

    berbanding di jalan raya (kecuali pemandu). Umum beranggapankemalangan di tempat kerja ini hanya melibatkan kerja di kawasan tapak

    projek pembinaan, perlombongan dan kilang seperti kuari serta yang

    melibatkan kerja buruh. Sebenarnya ia merangkumi semua tempat

    pekerjaan dari kerja di pejabat hinggalah ke ladang seperti pertaniaan,

    perhutanan, perikanan, pengangkutan, penyimpanan, komunikasi,

    perkhidmatan (gas, elektrik, air dan kebersihan), perdagangan borong dan

    runcit, kewangan, hotel, restoran dan banyak lagi.

    http://dalzakga.blogspot.com/2013/07/kemalangan-di-tempat-kerja.htmlhttp://dalzakga.blogspot.com/2013/07/kemalangan-di-tempat-kerja.htmlhttp://dalzakga.blogspot.com/2013/07/kemalangan-di-tempat-kerja.html
  • 8/10/2019 Article 1-KEMALANGAN DITEMPAT KERJA

    2/6

    PUNCA KEMALANGAN

    3. Pengamalan budaya kerja yang selamat dan sihat memerlukan

    kerjasama dan komitmen semua pihak dalam organisasi. Golongan

    pekerja sering menyalahkan pihak pengurusan kerana tidak menyediakanperalatan yang selamat manakala pihak pengurusan menyalahkan pekerja

    tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika keadaan ini berterusan dan

    berlaku kemalangan ia akan merugikan kedua-dua belah pihak.

    Kecenderungan utama berlaku kemalangan di tempat kerja boleh

    dibahagikan kepada beberapa faktor utama iaitu punca asas dan punca

    langsung. Punca asas kemalangan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian

    iaitu:

    a.Faktor peribadi. Ilmu pengetahuan pekerja tidak mencukupi serta

    pekerja tersebut tidak mahir dalam mengendalikanSelain itu keadaan

    motivasi, fizikal dan mental yang lemah boleh mengundah kemalangan

    ketika melaksanakan kerja.

    b.Faktor pekerjaan. Persekitaran peralatan dan kawasan kerja yang tidak

    sesuai dan rekabentuk serta rutin senggaraan yang dilakukan juga boleh

    menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Contohnya jam operasi

    jentera yang telah melampaui tempoh yang ditetapkan.

    c.Prestasi Penyeliaan. Kegagalan mematuhi prosedur dan arahan yang

    disampaikan tidak sempurna serta kelengkapan yang disediakan tidak

  • 8/10/2019 Article 1-KEMALANGAN DITEMPAT KERJA

    3/6

    mencukupi dalam melaksanakan sesuatu kerja juga seringMengambil

    mudah sesuatu prosedur yang telah ditetapkan dan peraturan yang ada

    tidak dikuatkuasakan.

    d.Polisi dan Keputusan Pengurusan. Dalam melaksanakan sesuatu

    prosedur dan proses kerja pihak pengurusan hendaklah mengkaji dengan

    lebih mendalam sebelum ia digunapakai, supaya tidak mengundang

    kemalangan semasa kerja dilaksanakan.

    4. Punca langsung kemalangan pula lebih menjurus kepada kelakuan

    tidak selamat pekerja dan keadaan kerja yang tidak selamat. Kelakuan

    pekerja yang tidak selamat ini boleh ditafsirkan sebagai melaksanakan

    kerja dalam keadaan terdedah kepada hazardantaranya tidak

    menggunakan peralatan yang betul, tidak memakai Personal Protective

    Equipment(PPE) apabila diperlukan, menggunakan peralatan serta jentera

    yang tidak atau masih dalam selenggaraan, bergurau semasa kerja dan

    bekerja dibawah pengaruh dadah atau alkohol. Bagi bekerja dalam

    keadaan tidak selamat pula ianya lebih tertumpu kepada keadaan di

    tempat kerja. Suasana tempat kerja boleh menyebabkan berlakunya

    kemalangan seperti bunyi bising yang melampau sehingga menyukarkan

    perhubungan komunikasi antara pekerja, sistem pengudaraan dan

    pencahayaan yang tidak sempurna, ruang kerja yang tidak dihadang

    terutamanya bekerja di tempat tinggi dan persekitaran yang terdedah

    kepada hazard seperti lubang yang tidak ditutup.

  • 8/10/2019 Article 1-KEMALANGAN DITEMPAT KERJA

    4/6

    KESAN DAN AKIBAT KEMALANGAN

    5. Kita menganggap kemalangan hanya memberi kesan buruk pada

    fizikal seseorang seperti kecederaan, kecacatan dan kematian.

    Sebenarnya banyak kesan negetif dan kerugian yang dialami oleh pekerja

    dan juga majikan. Secara amnya kesan seperti teori Bongkah Air dan ia

    boleh dibahagikan kepada kesan nyata dan kesan tersembunyi. Kesan

    nyata ini adalah kecederaan atau kematian kepada pekerja dan kerosakan

    pada peralatan.

    6. Manakala kesan tersembunyi ini sebenarnya lebih banyak daripada

    kesan nyata dan menjadi kesan yang tinggi tehadap kos keseluruhan

    kemalangan yang berlaku. Antara kesan tersembunyi adalah kerugian

    produktiviti serta kualiti kerja, kos pembersihan kawasan kemalangan,

    melatih pekerja baru untuk melaksanakan kerja, membaiki peralatan yang

    rosak semasa kemalangan, kerugian masa dan wang untuk urusan

    mahkamah serta tenaga kerja untuk urusan penyiasatan kemalangan

    menyebabkan kerja-kerja lain tertangguh dan banyak lagi. Untuk kesankepada mangsa kemalangan pula mungkin menyebabkan tekanan

    kehidupan dan trauma kepada mangsa serta keluarga.

    LANGKAH PENCEGAHAN

  • 8/10/2019 Article 1-KEMALANGAN DITEMPAT KERJA

    5/6

    7. Terdapat pepatah menyatakan mencegah lebih baik dari merawat.

    Dalam mencegah kemalangan ini, pelbagai teori telah dikeluarkan oleh

    pihak yang berkaitan dan yang paling popular adalah prinsip pencegahan

    yang di keluarkan oleh Kementerian Buruh dan Perkhidmatan Kebangsaan

    UK 1956. Walaupun ianya telah hampir separuh abad tetapi masih

    relavan, antara prinsip tersebut adalah:

    a.Kerjasama pengurusan dengan pekerja mestilah berterusan dan

    bersungguh-sungguh.

    b.Pemimpin tertinggi dan semua peringkat mestilah menyokong langkah

    keselamatan yang dilaksanakan.

    c.Dasar keselamatan dan kesihatan hendaklah jelas dan diketahui oleh

    semua peringkat.

    d.Pengetahuan dan kaedah terbaik mestilah digunakan.

    8. Selain itu dalam mengawal kejadian kemalangan yang berlaku,

    terdapat juga teori mengawal hazardiaitu dengan

    menghapuskan hazarddari tempat kerja, mengalihkan hazardke tempat

    lain, kawalan kejuruteraan dengan mengunakan peralatan tertentu seperti

    kipas ekzos untuk mengalihkan udara kotor, kawalan pentadbiran dengan

    membuat prosedur tertentu dan akhir sekali adalah penggunaan PPE.

    KESIMPULAN

    9. Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu dititik beratkan

    kerana ia banyak memberi kesan yang baik kepada pekerja dan

    organisasi. Untuk merealisasikan perkara ini perlu wujud kerjasama yang

    erat antara organisasi dengan pekerja. Peningkatan pengetahuan,

    kemahiran dan penguatkuasaan secara berterusan sangat penting dalam

    menjamin suasana, keadaan dan kelakuan kerja yang selamat dapat

  • 8/10/2019 Article 1-KEMALANGAN DITEMPAT KERJA

    6/6

    diwujudkan. Keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah diberi

    keutamaan dari segala-galanya.