24
1 MOUL PENDIDIKAN MUALLAF: AKHLAK ISLAMIYYAH Oleh; Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Pendidikan Muallaf melalui akhlak Islamiyyah adalah satu metode dakwah yang sangat berkesan. Melalui penonjolan akhlak Islamiyyah golongan Muallaf dapat mengetahui bahawa perlakuan Muslim adalah berlandaskan agama mereka. Kertas kerja ini mengupas konsep akhlak Islamiyyah dari sudut teori dan kepentingannya dengan terperinci untuk memberikan gambaran yang jelas kepada golongan Muallaf berkaitan keindahan akhlak Islamiyyah. Hasil yang boleh diambil dari kertas kerja ini ialah pemahaman berkaitan akhlak Islamiyyah dan hubungannya dengan tingkah laku seharian Muslim Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Akhlak Islamiyyah, Teori Akhlak, Kepentingan Akhlak, Muslim PENGENALAN Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan umatnya. Manusia membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan amalannya mengikut bentuk dan acuan sistem akhlak tersebut (Haron, 1988). Jika setiap individu Muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan dan sebagainya. Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja gejala kerosakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan di akhirat. Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang individu sangat diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikannya pula kepada orang lain supaya mampu membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki Nabi Muhammad S.A.W dan telah menjadi amalan harian baginya kerana

Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan muallaf melalui penonjolan akhlak islamiyyah

Citation preview

Page 1: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

1

MOUL PENDIDIKAN MUALLAF: AKHLAK ISLAMIYYAHOleh;

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

AbstrakPendidikan Muallaf melalui akhlak Islamiyyah adalah satu metode dakwah yang sangat berkesan. Melalui penonjolan akhlak Islamiyyah golongan Muallaf dapat mengetahui bahawa perlakuan Muslim adalah berlandaskan agama mereka. Kertas kerja ini mengupas konsep akhlak Islamiyyah dari sudut teori dan kepentingannya dengan terperinci untuk memberikan gambaran yang jelas kepada golongan Muallaf berkaitan keindahan akhlak Islamiyyah. Hasil yang boleh diambil dari kertas kerja ini ialah pemahaman berkaitan akhlak Islamiyyah dan hubungannya dengan tingkah laku seharian Muslim

Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Akhlak Islamiyyah, Teori Akhlak, Kepentingan Akhlak, Muslim

PENGENALAN

Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan umatnya. Manusia membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan amalannya mengikut bentuk dan acuan sistem akhlak tersebut (Haron, 1988). Jika setiap individu Muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan dan sebagainya. Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja gejala kerosakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan di akhirat.

Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang individu sangat diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikannya pula kepada orang lain supaya mampu membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki Nabi Muhammad S.A.W dan telah menjadi amalan harian baginya kerana akhlak itu termasuk setengah daripada iman. Pembangunan negara tidak bermakna sekiranya insan itu runtuh akhlaknya.

Justeru itu ahli pendidikan bermuafakat bahawa pendidikan akhlak adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Kemuliaan dan kebahagiaan, aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak. Akhlak adalah sifat yang penting dalam membezakan antara manusia dan binatang.

Manusia sempurna (insan kamil) ialah manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. Maka seseorang yang jahil tetapi berakhlak mulia lebih baik dari seseorang yang berilmu tetapi tidak berakhlak. Oleh itu mendidik anak-anak dengan pelajaran tinggi tanpa mendidik akhlak mereka bererti kita mendidik para penjenayah professional yang boleh menjual negara, bangsa dan agama. Akhlak merupakan manifestasi yang dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan melalui gaya dan tindakan.

Page 2: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

2

Lantaran itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani.

DEFINISI AKHLAK

Istilah akhlak berasal daripada bahasa Arab yang diambil daripada perkataan ‘khuluq’ yang boleh didefinisikan sebagai perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Berdasarkan pengertian ini, akhlak merupakan perangai, tabiat, maruah atau agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang (Asmawati Suhid, Abdul Rahman Md. Aroff, 2004). Akhlak juga diberi erti sebagai perangai atau tabiat kerana ia dimiliki oleh individu sejak lahir lagi. Selain itu, definisi yang diberi oleh al-Ghazali (Ghazali Darussalam, 1997) bahawa akhlak ialah satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah sebati, yang daripadanya lahir tingkah laku yang mudah dicerna tanpa memerlukan pengulangan.

Menurut Imam al-Maududi yang memperlihatkan akhlak itu telah dimiliki oleh seseorang sejak dia dilahirkan. Akhlak itu terbahagi kepada dua iaitu akhlak yang mulia atau akhlak yang terpuji (mahmudah) dan akhlak yang buruk atau akhlak yang tercela (mazmumah). Mari kita perhatikan sabda Nabi Muhammad s.a.w, maksudnya: “Yang paling aku kasihi daripada kalangan kamu dan yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari kiamat ialah yang paling mulia akhlaknya” (Riwayat Al-Tirmizi).

Mengikut Imam al-Ghazali, akhlak bukan perbuatan lahir kerana mungkin seseorang itu sifatnya pemurah tetapi tidak menderma kerana sebab-sebab kewangan atau sebagainya. Sebaliknya mungkin pula seseorang yang bersifat kedekut itu menderma untuk dipuji orang. Selain itu, pandangan beliau lagi adalah akhlak bukan ilmu atau pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan dan beliau bertegas bahawa akhlak itu suatu tabiat peribadi yang menentukan corak tindak tanduk seseorang dalam hidupnya (Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid, 2011).

Akhlak yang mulia menurut Imam Ghazali ada 4 perkara iaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil. Jelasnya, ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilaturrahim, berani mempertahankan agama, sentiasa bersyukur dan berterima kasih, sabar dan redha dengan kesengsaraan, berbicara benar dan sebagainya.Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diredhai oleh Allah seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Berkata, "Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".

Akhlak yang mulia iaitu akhlak yang diredhai oleh Allah, akhlak yang baik itu dapat diwujudkan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah iaitu dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan semua larangannya, mengikuti ajaran-ajaran dari sunnah Rasulullah, mencegah diri kita untuk mendekati yang makruf dan menjauhi yang mungkar, seperti firman Allah S.W.T dalam surah al-Imran ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah

Page 3: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

3

umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah” (Surah Al-Imran, 3: 110)

SEJARAH ILMU AKHLAK ISLAMIYYAH

Allah adalah sumber kepada segala ilmu pengetahuan dan kebenaran. “Allah menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau falsafah) kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerah hikmah, maka dia telah diberi kebaikan yang maha banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pengajaran”. Justeru itulah, orang-orang Islam dilarang supaya tidak angkuh dengan ilmu yang dimiliki kerana, “Kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja” dan ingatlah bahawa “di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu, ada lagi orang yang mengetahui (iaitu Allah)” (Asmawati Suhid, 2009: 122).

Perkembangan tamadun ilmu dalam Islam pula boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa pertama bermula pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dibangkit menjadi Rasul hingga kepada penubuhan Universiti Hikmah di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mun lebih kurang pada tahun 830 Masihi. Fasa ini berkembang selama kira-kira tiga abad dari awal abad ke-7 hingga akhir abad ke-9 Masihi. Manakala fasa kedua pula bermula pada awal abad ke-10 hingga akhir abad ke-19 Masihi. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa klasik Islam.

Manakala fasa ketiga atau fasa moden pula bermula pada akhir abad ke-19 apabila Negara-negara Islam silih berganti jatuh dan terpaksa tunduk kepada serangan dan kekuatan senjata bangsa-bangsa imperialis Barat. Sementara era pasca-moden pula menyaksikan negara-negara bangsa (nations states) umat Islam yang dibentuk bangsa penjajah tersebut mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang didakwa agak terbatas kepada aspek-aspek politik dan pentadbiran sahaja, tetapi masih dijajah dalam bidang-bidang penting yang lain seperti bidang teknologi, perundangan, perdagangan, kewangan, sistem maklumat, pendidikan, pertahanan negara dan sebagainya (Asmawati Suhid, 2009: 122).

Walau bagaimanapun, perkembangan akhlak fasa klasik Islam berubah wajah dari corak normatif kepada analisi ataupun falsafah (al-fikr al-khuluqi) hasil daripada pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Barat klasik ketika itu terutama Greek. Walau bagaimanapun, pemikiran akhlak yang bercorak normatif terus juga berkembang dan mendapat tempat dalam Islam hinggalah ke dewasa ini. Dengan demikian, perkembangan akhlak dalam Islam dapatlah dikategorikan kepada dua bahagian utama, iaitu akhlak normatif (adab) dan akhlak analisis (falsafah). Akhlak normatif merujuk kepada pemikiran akhlak yang lebih menumpukan kajiannya untuk mencari jawapan kepada persoalan apakah itu? Daripada persoalan kenapakah? Ataupun bagaimanakah?. Ia meniliti secara simplistik prinsip-prinsip akhlak dalam al-Quran dan al-Sunnah terutama tentang konsep kebaikan dan keburukan. Tentang betul dan salah mengenai sesuatu perbuatan dan tentang suruhan dan tegahan agama dengan sokongan ayat-ayat al-Quran, al-Hadis dan sebagainya (Asmawati Suhid, 2009: 123).

Page 4: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

4

Manakala pemikiran akhlak yang berbentuk analisis ataupun falfasah pula lebih cenderung ke arah mencari jawapan dan penyelesaiannya kepada persoalan-persoalan kenapakah dan bagaimanakah. Lantas prinsip-prinsip al-Quran dan al-Hadis tentang akhlak dianalisis dengan cara yang lebih rasional serta dikaitkan dengan realiti dan keperluan masyarakat semasa. Contohnya, penganalisaan tentang berbagai-bagai persoalan akhlak dalam Islam seperti: Apakah itu akhlak?, Adakah akhlak manusia boleh diasuh menjadi baik?, Bagaimanakah cara membentuk akhlak seseorang?, Apakah cara-cara berkesan untuk mendidik akhlak anak-anak, golongan dewasa dan sebagainya (Asmawati Suhid, 2009: 124).

Dari sudut sejarah, pemikiran akhlak bercorak analisis ini wujud dalam Islam secara beransur-ansur mulai awal abad ke-10 Masihi akibat pertembungan dua tamadun gergasi dunia ketika itu, iaitu tamadun Islam dan Greek. Sebagaimana telah dipelajari di atas, autoriti agama dan ketuhanan menjadi terpinggir dalam falsafah ilmu Barat moden. Keadaan yang sama juga tidak terkecuali berlaku dalam disiplin ilmu ketika Barat. Perkembangan ini sangat bertentangan dengan pemikiran akhlak era moden dalam Islam.

Era ini tetap menyaksikan bahawa pergantungan kepada autoriti wahyu atau agama masih utuh. Al-Quran dan al-Hadis tetap menjadi sumber utama rujukan dan inspirasi serta menjadi kriteria penilai dan sekaligus alat penapis kepada semua idea luar yang diambil, dimodifikasi ataupun ditolak. Manakala karya-karya akhlak era klasik terus dikaji dan dirujuk pada era moden sebagai sumber tambahan kepada al-Quran, al-Hadis dan sebagainya (Asmawati Suhid, 2009: 126).

KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIYYAH DALAM KEHIDUPAN

Akhlak islamiah merupakan ilmu akhlak menduduki tempat yang paling mulia di antara ilmu-ilmu yang ada, kerana ia membimbing manusia. Menurut Islam, akhlak merupakan antara ciri yang membezakan manusia daripada haiwan. Manusia tanpa akhlak yang baik hilang taraf kemanusiaannya. Oleh kerana itu, Islam amat menitikberatkan persoalan akhlak. Sebagai manifestasi kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia, Islam menyusun dengan begitu rapi sistem dan kaedah akhlaknya.

Dalam hubungan ini,, perutusan Nabi Muhammad sendri merupakan simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam. Menurut Bukhari, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Mohd Liki Hamid :118). Di samping itu, akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keislaman dan keimanan seseorang. Seseorang Islam yang mempunyai ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman dan keimanan yang tinggi.

Selain itu, akhlak juga menduduki tempat paling dominan dalam Islam lantaran ia memaksi dimensi roh kepada Islam itu sendiri. Setiap aspek ajaran Islam seperti iman, ilmu, ibadat dan semua aktiviti ekonomi, politik dan sosial dikuasai, dijiwa dan disahkan oleh akhlak sebagaimana dimensi roh menguasai jasad manusia. Jika roh dipisahkan daripada jasad, jasad akan mati dan tidak berpungsi lagi. Begitulah juga pentingnya akhlak

Page 5: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

5

kepada semua aspek ajaran Islam. Islam sangat mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan dan sekali gus pemilikan akhlak yang mulia.

Al-Quran bukan sahaja menyama taraf kalangan orang yang berilmu dengan kalangan orang yang bertakwa, tetapi menjadikan akhlak sebagai kualiti teras yang dapat mengesahkan darjat kedua-dua golongan tersebut. Lantas al-Quran melarang keras para ilmuan yang sombong dan angkuh, kerana ilmu bersifat konprehensif, neutral dan global dan hanya sedikit sahaja yang mampu digarap oleh minda manusia. Al-Quran juga berulang kali menggunakan ungkapan “kalangan yang beriman dan berbuat baik”. Ini bermakna bahawa orang yang beriman tidak akan benar-benar beriman kecuali disokong oleh akhlak yang baik, dan begitulah sebaliknya orang yang berakhlak juga tidak akan bermakna tanpa keimanan (Mohd. Nasir Omar, 2005: 40).Kesimpulannya, akhlak mulia amat penting diamalkan dalam kehidupan seharian manusia. Ia mampu menumbuhkan rasa malu bagi melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan aturan Allah dan hubungan kemanusiaan. Akhlak mulia juga mampu mendorong manusia melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan melakukan kejahatan sekurang yang mungkin. Ini mampu menjauhkan sifat dan keinginan bagi memanfaatkan manusia demi kepentingan dirinya sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

KONSEP AKHLAK DAN ADAB

Nabi Muhammad S.A.W telah menegaskan bahawa baginda telah mendapat didikan akhlak daripada Allah S.W.T sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Tuhanku telah mendidikku dan Dia memperelokkan adabku”.

Sesungguhnya adab-adab yang diajar dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W berteraskan akhlak Islam (Asmawati Suhid, 2009: 13). Adab dalam Islam merupakan perilaku yang dilakukan secara disedari, yakni berteraskan ajaran al-Quran dan hadis. Dengan kata lain, adab dalam Islam bukanlah sesuatu yang dicipta atau diada-adakan oleh manusia menurut kehendak atau kemahuan nafsu. Daripada sekecil-kecil adab hinggalah sebesar-besar adab itu, ia diajar oleh al-Quran dan hadis. Contohnya, ketika makan terdapat adab-adab tertentu seperti dimulai dengan membaca bismillah, membaca doa, makan menggunakan tangan kanan, berhenti makan sebelum kenyang, mengambil makanan yang paling hampir dan sebagainya. Menurut Abdul as-Salim Makram (1999), adab dalam Islam bersumberkan wahyu Ilahi yang memberikan bimbingan kepada umat Islam agar ke arah kepatuhan yang sebenar.

Namun, perlu difahami bahawa bukan semua adab-adab yang ditentukan oleh al-Quran dan hadis bersifat wajib atau mesti dilakukan oleh umat Islam (Asmawati Suhid, 2009: 14). Dalam konsep akhlak Islam, terdapat empat aspek yang digariskan oleh al-Quran dab hadis hendaklah difahami dengan baik iatu Iman, Islam, Takwa dan Ehsan. Kempat-empat aspek ini merupakan asa pembentukan dan amalan akhlak mulia. Ini sekali gus, memastikan amalan akhlak itu diterima oleh Allah S.W.T dan mendapat ganjaraan pahala kelak. Empat konsep tersebut akan dijelaskan dengan terperinci dalam penerangan di bawah satu persatu.

Page 6: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

6

1. Iman

Iman membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh dan pengakuan hati dan lidah disertai dengan malan anggota badan. Misalnya, apabila manusia beriman atau percaya tentang kewujudan Allah S.W.T, maka dia akan tunduk dan patuh kepada segala suruhan-Nya sama ada melalui hati atau ucapannya. Kepatuhan ini pula disertai dengan perbuatan anggota tubuh badan seperti sembahyang, berpuasa, menunaikan haji, bersedekah, berzikir dan sebagainya.

Dalam Islam, terdapat enam perkara yang wajib dipercayai dan disebut sebagai rukun iman sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Enam rukun iman tersebut ialah:1. Percaya kepada Allah s.w.t dengan mengenali dalil-dalil tentang kewujudan dan

kebesaran Allah Yang Maha Esa.2. Percaya kepada malaikat, iaitu mempercayai makhluk di alam ghaib.3. Percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul.

Kitab-kitab yang diturunkan adalah seperti kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s, Taurat kepada Nabi Musa a.s, Injil kepada Nabi Isa a.s, dan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu al-Quran. Dalam kitab-kitab ini terkandung perkara-perkara yang disuruh dan dilarang serta mana yang baik dan buruk.

4. Percaya kepada para nabi dan rasul. Manusia tidak dibiarkan begitu sahaja, terumbang-ambing ibarat kapal yang tiada nakhoda, malah diutuskan para nabi dan rasul untuk menyampaikan risalah Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia dan memberi panduan serta bimbingan ke rah jalan yang benar.

5. Percaya kepada hari kiamat. Hari akhirat merupakan hari sesudah mati setelah berlakunya hari kiamat. Manusia tidak hanya hidup di dunia, malah akan mnempuh hidup yang berkekalan di akhirat kelak. Berikutan denga hari akhirat ini, maka wajibjuga diimani tentang hari pembalasan, adanya pahal dan dosa, serta adanya syurga dan neraka.

6. Percaya kepada qadak dan qadar Allah S.W.T, iaitu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T yang mesti ditiruti bagi kesinambungan dalam pengurusan dan kemakmuran alam semesta ini.

Apabila seseorang itu beriman dengan perkara-perkara di atas, maka dengan sendirinya akan melahirkan amalan dan tingkah laku yang bersesuaian dengan keimanan itu.

2. Islam

Islam ialah nama yang diberi oleh Allah S.W.T kepada agama yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam”(Surah Al-Imran, 3: 19). Islam bermaksud mentauhidkan (mengesakan) Allah S.W.T, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W daripada Allah S.W.T. Para nabi dan rasul semuanya membawa ajaran mentauhidkan Allah S.W.T yakni

Page 7: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

7

Islam kepada umat mereka. Mereka menyeru para umat manusia supaya hanya menyembah Allah, Tuhan sekalian alam serta mematuhi segala suruhan dan perintah-Nya. Agama Islam bukan merupakan agama yang menyentuh soal-soal ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa, zakat, beribadat di masjid dan sebagainya. Akan tetapi, agama Islam mencakupi setiap aspek kehidupan manusia baik dari segi politik, sosial, ekonomi, perundangan, pentadbiran dan sebagainya. Malah dalam setiap aspek ini soal akhlak atau etika sangat ditekankan, misalnya dalam aspek politik ada akhlaknya, dalam aspek sosial ada akhlaknya, dalam aspek ekonomi ada akhlaknya, dalam sistem perundangan ada akhlaknya dan dalam hubungan antarabangsa ada akhlaknya. Kesemua nilai-nilai akhlak yang digariskan oleh Islam ini semata-mata bagi melindungi dan memelihara kehidupan umat manusia.

Nilai-nilai akhlak tidak hanya terbatas kepada umat Islam sahaja bahkan boleh diguna pakai oleh umat bukan Islam kerana sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa Islam membawa rahmat kepada seluruh manusia. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam”(Surah Al-Anbiyaa’, 21: 107).

Jelas menunjukkan bahawa tidak ada sesuatu perkara pun yang tidak dijelaskan oleh Islam tentang peraturan dan hukumnya yang meliputi segala keperluan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Tidak ada suatu pun peraturan dan hukum Islam yang di luar kemampuan manusia atau tidak sesuai untuk memenuhi keperluan manusia. Ini sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran menerusi firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: “Allah tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar yang termampu dipikul olehnya”(Surah Al-Baqarah, 2: 286).

3. Takwa

Takwa membawa maksud memelihara diri dan menjauhi daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T seperti berbohong, khianat, rasuah, fitnah, mencuri, membunuh, menipu, mengambil harta manusia tanpa hak dan sebagainya. Takwa lebih merupakan galakan kepada manusia untuk melakukan perkara-perkara yang berakhlak dan menepati garis-garis agama. Orang yang bertakwa ialah orang yang berusaha memelihara dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara dimurkai Allah s.w.t dan akan mendapat balasan pahala. Oleh yang demikian, orang-orang yang bertakwa adalah mulia di sisi Tuhannya. Dengan kata lain, yang menjadi ukuran kemuliaan manusia dalam Islam adalah sifat takwanya, bukan darjat, pangkat, keturunan, kekaayaan atau bangsa seseorang itu. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa” (Surah al-Hujurat,49: 13)

Jelas di sini, walaupun sekiranya seseorang itu berdarjat, berketurunan mulia, berpangkat tinggi, disanjungi manusia tetapi sifat takwanya lemah, maka dia dianggap tidak mulia di sisi Allah s.w.t. Sebaliknya, walaupun sekiranya seseorang itu miskin, tidak berpangkat, tidak berharta dan seumpamanaya tetapi sifat takwanya kepada Allah s.w.t

Page 8: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

8

kukuh, maka dia adalah manusia yang mulia di sisi Allah s.w.t. Oleh yang demikian, sifat takwa memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi dan akhlak manusia tanpa mengira bangsa, kaum, keturunan atau darjat seseorang itu (Asmawati Suhid, 2009: 27-28).

4. Ehsan

Ehsan bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas. Konsep Ehsan merupakan kemuncak kepada amalan akhlak Islam. Intipati kepada sifat Ehsan pula ialah kecintaan kepada Allah s.w.t, sesuai dengan firman Allah S.W.T surah Luqman ayat 22 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah S.W.T (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang ke[pada simpulan (tali agama) yang teguh” (Surah Luqman, 31: 22).

Apabila seseorang mempunyai sifat Ehsan, iaitu kecintaan yang ikhlas kepada Allah s.w.t, maka dia akan melakukan perkara-perkara yang disuruh dan diredhai serta mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dan dimurkai oleh Allah s.w.t. Sifat Ehsan juga merupakan intipati akhlak Islam kerana dengan sufat ini seseorang itu menyedari dan menginsafi bahawa apa sahaja yang dilakukan deapat dilihat oleh Allah s.w.t. Contohnya, seseorang yang berpuasa walaupun bersendirian, dia tidak kan mencuri-curi makan atau minum kerana dia menyedari bahawa Allah s.w.t melihat apa yang dilakukannya. Begitu juga seseorang peniaga tidak akan melakukan penipuan dari segi timbangan atau sukatan kerana dia sedar bahawa perbuatnnya diperhatikan oleh Allah s.w.t. Oleh itu, sifat Ehsan dapat mengawal akhlak dan peribadi seseorang itu (Asmawati Suhid, 2009: 28-29).

ISLAM DAN PENDIDIKAN AKHLAK

Akhlak merupakan salah satu teras atau asas ajaran Islam. Malah istilah akhlak juga boleh didefinisikan sebagai agama dan maruah. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa menurut kaca mata Islam, akhlak adalah sebahagian daripada agama Islam itu sendiri.

Akhlak mempunyai hubungan rapat dengan agama. Bahkan boleh dikatakan agama merupakan asas penting dalam usaha membentuk akhlak dan moral yang sihat dan mulia. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Agama itu adalah akhlak”. Justeru, manusia yang tinggi statusnya di sisi Allah S.W.T adalah manusia yang paling mulia akhlaknya. Malah tidak sempurna amalan seseorang Muslim itu sekiranya dia tidak memiliki nilai-nilai moral dan akhlak yang baik dan terpuji.

Tujuan utama perutusan Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah s.w.t kepada manusia juga memperlihatkan kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam. Tiada gunanya seseorang itu berakhlak atau bermoral tinggi namun dia tidak mempercayai dan patuh kepada peraturan Allah s.w.t.

CIRI-CIRI ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYYAH

Page 9: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

9

Keistimewaan dan keunggulan adab dan akhlak boleh dilihat daripada pelbagai sudut ciri-ciri yang mendasarinya iaitu dasar yang membezakan antara akhlak Islam dengan lain-lain sistem akhlak dan moral. Antara ciri-ciri adab dan akhlak ialah:

a) Diciptakan Oleh Allah s.w.t

Adab dan akhlak Islam bersifat al-Ilzam yang bermaksud ia diciptakan dan ditentukan oleh Allah s.w.t. Ketentuan-ketentuan itu pula diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W menerusi al-Quran dan Hadis. Oleh sebab adab dan akhlak Islam dicipta oleh Allah s.w.t, maka ia bersifat sempurna dan sesuai dengan fitrah manusia. Allah s.w.t yang menciptakan manusia, maka sudah tentu adab dan akhlak yang perlu dipatuhi dan diikuti juga tidak ada kecacatan dan kekurangannya (Asmawati Suhid, 2009: 59).

b) Tetap dan Umum

Adab dan akhlak tidak boleh diubah kerana ianya bersifat tetap. Ketetapan akhlak Islambermula sejak penurunan al-Quran sehinggalah ke akhir zaman. Umat Islam tidak boleh mengubahnya sesuka hati mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri. Islam telah menetapkan prinsip adab dan akhlak yang tidak boleh berubah. Contohnya, adab menutup aurat, adab pemakanan, adab berpolitik dan sebagainya. Walaupun bersifat tetap adab dan akhlak Islam, namun ia boleh berubah apabila berlakunya keadaan darurat.

Ketentuan ini dinyatakan menerusi kaedah fiqh yang disebut sebagai “ Darurat menghalalkan yang haram”. Ia bertujuan untuk memberi kelonggaran dan kemudahan kepada umat Islam apabila berhadapan dengan kesulitan. Contohnya, adab pemakanan. Umat Islam dilarang memakan daging khinzir. Namun, apabila berlaku keadaan yang darurat maka umat Islam dibenarkan memakannya bagi tujuan menyambung nyawa dan kehidupan. Manakala umum pula bermaksud ketentuan adab dan akhlak dalam Islam itu secara prinsip umum sahaja, perlaksanaannya terpulang kepada manusia tanpa mengabaikan hukum syarak. Contohnya, dalam Islam anak-anak wajib berbuat baik kepada ibu bapa. Maka, berbuat baik itu disebut secara umum sahaja. Namun cara berbuat baik itu pula terpulang kepada anak-anak samada memberi wang tiap-tiap bulan kepada kedua ibu bapa mereka atau membelikan rumah yang selesa kepada mereka dan sebagainya (Asmawati Suhid, 2009: 60).

c) Mudah

Kemudahan yang dimaksudkan dalam adab dan akhlak Islam ialah tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang di luar kemampuannya. Atau dalam erti kata lain, adab dan akhlak Islam yang ditentukan oleh Allah s.w.t adalah dalam keupayaan dan kemampuan manusia, maka Dialah Yang Maha Mengetahui tahap keupayaan dan kemampuan manusia. Oleh itu, tidak ada satu pun adab Islam yang diperintahkan kepada umat Islam untuk mematuhinya dan diluar kemampuan untuk melaksanakannya.

d) Toleransi

Page 10: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

10

Toleransi atau disebut sebagai tasamuh dalam bahasa Arab bermaksud bermurah hati atau bermudah-mudahan. Ia bermaksud bermurah hati dan bermudah-mudahan dalam pergaulan sesama manusia. Orang yang dapat bertolak ansur, bersabar, dan dapat mengawal dirinya bagi mengelakkan pergaduhan dan perselisihan adalah orang yang mengamalkan toleransi. Dalam Islam, toleransi bertujuan mewujudkan kerukunan, keharmonian hidup dan perpaduan sesama manusia. Selain itu juga, ia merupakan tujuan atau misi utama Islam yang bersesuaian dengan makna Islam itu sendiri iaitu aman, damai dan sejahtera (Asmawati Suhid, 2009: 63).

e) Universal

Adab dan akhlak Islam juga bersifat sejagat ataupun universal. Ianya dapat dilihat dari sudut masa atau zaman, tempat, bangsa dan kaum. Dengan kata lain, adab dan akhlak Islam sesuai dilaksanakan pada bila-bila masa atau zaman sejak ia diturunkan sehinggalah ke hari kiamat. Contohnya, wajib mentaati ibu bapa dalam urusan kebaikan, memberi sedekah, memelihara dan mengasihani anak yatim, menutup aurat yang ditentukan oleh Islam, menjauhi sesuatu yang memabukkan seperti arak yang membolehkan hilang akal dan sebagainya. Demikian juga adab dan akhlak Islam yang sesuai dilaksanakan di mana-mana tempat dan kawasan asalkan ia tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Setiap bangsa atau kaum boleh meneruskan amalan atau budaya masing-masing selagi ia bertepatan dengan syariat Islam (Asmawati Suhid, 2009: 64).

SUMBER-SUMBER ASAS AKHLAK ISLAMIYYAH

Allah s.w.t tidak akan membiarkan hamba-NYA menjalani kehidupan di dunia ini tanpa panduan dan bimbingan yang jelas dan sempurana. Malah kehidupan yang mereka jalani itu hendaklah mengambil kira kehidupan di akhirat. Dengan kata lain, panduan dan bimbingan yang disediakan oleh Allah S.W.T kepad aumat manusia itu mencakupi kedua-dua kehidupan iaitu dunia dan akhirat. Hal ini, bersesuaian dengan tujuan dan matlamat manusia itu diciptakan iaitu sebagai hamba Allah s.w.t dan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Maka, dengan adanya panduan dan bimbingan daripada Allah s.w.t barulah manusia dapat merialisasikan fungsinya dengan baik dan sempurna. Kegagalan manusia memenuhi fungsi ini akan menyebabkan kepincangan dan ketidakstabilan kehidupan.Sumber asas utama bagi akhlak dalam Islam ialah wahyu Allah iaitu Al-Quran dan hadis. Kedua-duanya menyediakan manhaj atau kaedah yang jelas dan mantap dalam membentuk serta memelihara akhlak manusia. Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa akhlak Islam bukan sesuatu yang bersifat subjektif malah ia ditentukan dan di tetapkan oleh wahyu. Sumber rujukan umat Islam selepas al-Quran dan hadis pula ialah ijtihad. Oleh sebab itulah al-Quran, hadis dan ijtihad merupakan sumber utama akhlak islam, maka disini akan dihuraikan secara ringkas mengenai sumber-sumber ini.

1. Al-Quran

Page 11: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

11

Al-Quran ialah kitab yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah s.w.t untuk menjadi panduan dan hidayah dalam kehidupan manusia. Kitab al-Quran membawa kebenaran kepada manusia dan menjelaskan erti kehidupan yang sebenarnya. Firman Allah s.w.t dalam surah az-Zummar ayat 1-2, bermaksud: “Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya.” (Surah Az-Zummar,39: 1-2).

Berdasarkan ayat al-Quran diatas , kalam atau kata-kata allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur dan berterusan mengambil masa selama dua puluh tiga tahun dengan melalui perantaraan malaikat Jibril. Jika diteliti dari segi kandungan al-Quran, terdapat lebih kurang 1504 ayat yang berkaitan dengan bidang akhlak. Keadaan ini menunjukkan hampir 1/5 daripada ayat-ayat al-Quran menyentuh secara langsung tentang etika atau akhlak. Al-Quran mengajarkan manusia bagaimana sepatutnya bertingkah laku dan bertindak dengan betul dan berakhlak. Al-Quran juga menentukan perbuatan dan perlakuan yang halal dan haram.

Justeru itu, al-Quran merupakan sumber utama dalam menentukan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam kehidupan. Penentuan akhlak mulia dalam al-Quran bukan bersifat teoritikal semata-mata. Bahkan bersifat praktikal yang berdasarkan realiti atau hakikat kehidupan umat manusia.

2. Hadis

Hadis merupakan sumber asas kedua selepas al-Quran dalam pengambilam ilmu akhlak Islam. Definisi hadis ialah segala perkara yang disandarkan kepada perkataan,perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun perkara ini timbul daripada baginda, namun ia sekali-kali tidak terdorong oleh hawa nafsu, bahkan ia merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah an-najm ayat 3-4 yang bermaksud: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.” (Surah An-Najm, 53: 3-4).

Nabi Muhammad s.a.w merupakan model atau contoh terbaik sebagai ikutan umat islam khususnya dan manusia umumnya. Akhlak yang diamal dan dipamerkan oleh baginda yang berteraskan akidah Islam jelas sekali amat luhur dan murni. Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah S.W.T dilengkapi dengan sifat dan akhlak terpuji serta mulia. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 21, bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”(Surah Al-Ahzab, 33: 21).

Page 12: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

12

Antara matlamat hadis ialah memberi penekanan terhadap soal-soal kehidupan berakhlak serta mengatur kehidupan manusia sejajar dengan akhlak Islam. Oleh yang demikian, sekiranya diteliti hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w sangat menitikberatkan persoalan yang menyentuh hal-hal akhlak, kehidupan bermasyarakat, pendidikan akhlak dan cara perhubungan antara manusia dengan penciptanya. Kesemuanya ini bermatlamatkan membersih jiwa, mendidik akhlak, zuhud di dunia, bersedia menghadapi kehidupan di akhirat, beribadat dan membentuk peribadi manusia.

3. Ijtihad

Islam menggalakkan umatnya menggunakan akal fikiran bagi perkara-perkara yang tidak disebutkan nasnya dalam Al-Quran atau hadis. Inilah yang disebut sebagai ijtihad. Namun ijtihad hanya boleh dilakukan oleh para mujahid yang telah cukup syarat-syarat tertentu. Walaupun ijtihad merupakan proses penggunaan akal fikiran, ia tidak terlepas daripada bersandarkan prinsip-prinsip yang digariskan dalam Al-Quran. Dengan kata lain, hasil ijtihad yang telah diputuskan oleh para mujtahid sebenarnya setelah diteliti prinsip-prinsip yang ditentukan dalam Al-Quran.

CARA-CARA MENINGKATKAN AKHLAK ISLAMIYYAH

Terdapat beberapa cara yang dianjurkan oleh Islam bagi seseorang Muslim itu meningkatkan akhlak atau adab dalam kehidupan sehariannya sebagai umat Islam yang menyerahkan diri secara total kepada Allah s.w.t menerusi amalan dan perbuatannya sebagai hamba dan khalifah, maka sewajarnya dia sentiasa berusaha untuk meningkatkan akhlak mulia. Hal ini, kerana tidak dinafikan bahawa tahap keimanan dan akhlak seseorang itu boleh meningkat dan menurun akibat daripada faktor luaran dan perbuatan seseorang itu. Manusia yang dikatakan bersifat lemah dan pelupa mudah tergoda atau terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam kalangan masyarakat. Diantara kaedah yang boleh meningkatkan akhlak kita ialah :

Mengenal Dan Mengusai Ilmu Akhlak

Menjadi kewajipan umat islam untuk mempelajari apakah nilai akhlak atau adab yang dituntut dan dikeji oleh syariat Islam. Hal ini kerana, Ilmu akhlak tergolong dalam ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Muslim dan merupakan teras dalam Islam. Dengan kata lain, umat Islam dikehendaki menuntut ilmu akhlak agar dapat mengenal pasti akhlak mahmudah dan mazmumah. Contoh akhlak mahmudah ialah bersikap adil, bersedekah, memberi kesaksian benar dan lain-lain. Manakala contoh akhlak mazmumah ialah berbohong, melakukan fitnah, mencuri dan membunuh.

Untuk mengenali jenis-jenis akhlak ini, maka umat Islam perlu memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dan hadis. Tanpa ilmu tidak mungkin seeseorang Muslim itu dapat mengetahui akhlak yang mulia dan yang keji di sisi Islam. Dengan adanya penguasaan ilmu akhlak, seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan baik dan sentiasa berada di jalan yang benar dan mengikut syariat Islam.

Page 13: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

13

Menanamkan Keazaman Yang Kuat

Untuk meningkatkan penghayatan adab dan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian. Individu Muslim juga perlu menanamkan kesungguhan dan azam yang kuat dalam dirinya. Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa individu dapat di perkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat-sifat mulia. Mereka yang mempunyai keazaman tidak akan mudah berputus asa atau kecewa sekiranya gagal mencapai tujuan. Amalan yang bersifat sementara ini dan tidak istiqomah perlu dielakkan. Maka kesemua ini memerlukan kepada azam yang benar-benar teguh dalam diri seseorang.

Bagi menghasilkan azam yang tinggi juga, perlu disertai dengan keimanan yang kukuh dan mantap kerana keutuhan iman dan kekuatan azam berjalan seiringan dalam penghayatan adab dan akhlak Islam.

Membiasakan Diri Dengan Amalan Kebaikan

Bagi memperoleh adab dan akhlak mulia yang dikehendaki, individu Muslim juga boleh mengamalkannya secara berulang-ulang sehingga ia menjadi kebiasaan dalam kehidupannya. Contohnya, dia hendaklah membiasakan dirinya menepati waktu, menepati janji mengelak suka berbohong dan sebagainya. Dengan cara ini dapat menghapuskan akhlak yang keji dan digantikan dengan akhlak yang mulia. Begitu juga untuk membiasakan diri dengan sifat dan nilai yang baik dan membuang sifat yang tercela, individu Muslim hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan menurut perintahNYA. Setiap Muslim mesti berusaha untuk memiliki akhlak dan sifat terpuji walaupun adakalanya dia terpaksa memaksa dirinya untuk melakukannya.

Muhasabah Diri

Bagi meningkatkan penghayatan dan memperbaiki adab dan akhlak, seseorang itu perlulah memeriksa dan mengenal pasti keaiban atau kelemahan yang ada pada dirinya. Islam menggalakkan seseorang Muslim melakukan muhasabah diri untuk mengenal pasti amalan yang baik dan buruk yang telah dilakukan. Latihan muhasabah diri ini amat berkesan seandainya ia dilakukan secara jujur dan ikhlas serta berusaha memperbaiki keaiban yang terdapat dalam diri seseorang. Cara ini juga dapat mengawal dan membimbing individu Muslim agar tidak melanggari batas-batas syariat.

Berlapang Dada Menerima Nasihat

Seorang Muslim yang berusaha untuk memerbaiki dan meningkatkan penghayatan adab Islam mestilah sentiasa berlapang dada untuk mendengar nasihat. Berlapang dada bermaksud bersifat terbuka dan bersedia menerima teguran dan nasihat secara positif. Oleh itu, apabila keadaan ini ditegur terutama daripada orang soleh, maka hendaklah dia menganggap bahawa teguran itu tersebut merupakan kebaikan. Di samping itu, hendaklah dia menerima nasihat tersebut dan berasa syukur kerana tidak terus melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Namun kebanyakkan manusia biasanya tidak mudah menerima atau mengaku kesalahan dan kelemahan dirinya. Keadaan ini akan menyukarkan seseorang itu

Page 14: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

14

melakukan perubahan dalam dirinya. Maka sewajarnyalah sebagai seorang Muslim sifat berlapang dada ini diamalkan agar peningkatan akhlak dapat dilakukan dalam kehidupan seharian.

PRINSIP-PRINSIP AKHLAK ISLAMIYYAH

Islam adalah agama ciptaan Allah untuk seluruh umat manusia. Ia merentasi sempadan-sempadan bangsa, masa, lokasi dan semua perkaran dalam hidup mamnusia. Selaras dengan prinsip kesejagatan tersebut, maka bab ini akan meneliti beberapa aspek universal Islam yang menjadi dasar kepada pembentukan pemikiran akhlak dalam Islam. Antara prinsip-prinsip asas tersebut adalah seperti keimanan kepada Allah, persamaan dan kesatuan kemanusiaan, kebebasan, tanggungjawab, kesejagatan dan kesyumulan.

Keimanan Kepada Allah

Allah yang Maha Esa, Allah itu tunggal, Allah itu tidak dua atau tiga, tidak mempunyai anak dan tidak juga diperanakkan. Allah Maha Kuasa, Maha Sempurna dan Maha Mengetahui. Allah tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhluk tetapi semua makhluk yang dicipta oleh Allah akan kembali kepadaNya. Seseorang Muslim itu perlu sentiasa sedar akan kehadiran Allah dalam pemikiran dan dalam setiap ruang kehidupan mereka. Manakala untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar pula, seseorang perlu melaksanakan apa sahaja yang diperintah oleh Allah, dan dilakukan hanya kerana Allah.

Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Islam bukan sahaja agama yang mendasarkan aspek spiritualnya kepada keimanan, tetapi juga sistem sosial, ekonomi, politik dan moral. Dari perspektif akhlak, keimanan memainkan peranan yang penting dalam membina konsep, pandangan hidup, sikap, gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang individu. Keimanan seseorang itu akan mebawa kesedaran kepada seseorang individu bahawa Allah sahaja tempat untuk memohon perlindungan, pertolongan dan keampunan. Hanya pada Allah kita perlu sembah, mentaati, memuji dan memperhambakan diri.

Ketaatan dan perhambaan diri secara menyeluruh kepada Allah pula akan membebaskan manusia Muslim daripada diperhambakan oleh kuasa-kuasa lain selain Allah, sama ada ia berupa wang, pangkat, majikan mahupun nafsu. Golongan ini dianggap sebagai golongan yang bertuhankan nafsu.

Nabi Muhammad s.a.w juga ada menyatakan dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud “maka celakalah kepada penyembah dirham, penyembah dinar, dan pemuja pakaian yang mahal-mahal”. Sebaliknya Allah telah menjanjikan kekuatan dan ganjaran bagi mereka yang beriman kerana kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya, dan bagi orang-orang mukmin. Keimanan kepada Allah juga akan menyediakan asas yang kukuh kepada kelahiran generasi Muslim yang bermoral. Akhlak yang baik akan terbentuk dengan penyerahan diri dibuat secara total dan ikhlas kepada Allah dan akan membawa seseorang ke peringkat menerima dan tunduk patuh kepada apa sahaja yang terkandung dalam wahyu Allah samada berhubung dengan dengan soal-soal keimanan dan

Page 15: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

15

ibadat ataupun soal-soal akhlak serta kehidupan duniawi. Dengan itu akhlak adalah tunjang utama dalam kehidupan untuk memiliki keperibadian yang mulia tetapi perlu di diterapkan dengan keimanan yang mantap yang ada didalam hati sekaligus akan melahirkan akhlak yang terpuji.

Persamaan Dan Kesatuan Kemanusiaan

Konsep kesatuan kemanusiaan adalah berlandaskan kepada prinsip kesejagtan Islam. Islam mengajar bahawa semua manusia adalah sama dan setaraf dari sudut pandangan Allah. Faktor yang dapat membezakan status mereka disisi Allah adalah perbuatan kebaikan mereka iaitu taqwa. Pada dasarnya Islam mengiktirafkan bahawa manusia berbeza mengikut jantina, etnik, warna kulit, bentuk fizikal, personalitI, bahasa dan kebudayaan.

Tetapi kesemua cirri tersebut sudah tentu akan dapat memanifestasikan kekuasaan Allah dan tujuan pengenalan semata-mata, ibarat penggunaan kad pengenalan atau passport pada masa sekarang.

Istilah manusia dan kemanusian dalam kajian sains kemanusiaan Barat moden khusus merujuk kepada manusia dan kemanusiaan Barat sahaja. Lantas beribu juta manusia yang berkulit hitam, kelabu, kuning di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan dikategorikan sebagai golongan manusia yang boleh ditindas dan lebih rendah tarafnya berbanding dengan manusia lain. Kajian mereka ini adalah bertujuan untuk membezakan taraf manusia dengan manusia yang lain dan digunakan untuk kepentingan manusia Barat.

Sebaliknya, Islam melihat patriotisme sebagai suatu kebaikan yang diperintah oleh Islam bukan kejahatan. Patriotisme bermaksud perasaan cinta kepada dan menghormati sistem nilai dan kehidupan yang dianuti oleh sesuatu kelompok etnik tertentu. Perasaan bersedia untuk berkorban jiwa dan material bagi mempertahankan maruah bangsa dan Negara. Telah menjadi satu kewajipan bagi seseorang itu untuk berkhidmat dan mempertahankan kedaulatan bangsa dan tanah air daripada sebarang bentuk pencerobohan dab ketidakadilan.

Islam sekeras-kerasnya menolak konsep bahawa manusia mempunyai status yang berbeza berdasarkan warna kulit, bangsa, bahasa, atau tempat di mana mereka hidup. Menurut perspektif Islam, perbezaan ini tidak boleh dijadikan kriteria yang dapat membezakan taraf kemanusiaan. Hikmah Allah menjadikan manusia dari pelbagai puak, suku dan bahasa adalah untuk membuktikan keEsaan Allah agar manusia berkenal-kenalan, bekerjasama, dan bertoleransi antara mereka.

Allah menyuruh kita agar berkenal-kenalan dan menjalinkan silaturahim diantara satu sama lain, agar kita semua menjadi bersatu dan barulah boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu mencapai kesejagatan manusia di atas muka bumi ini. Dalam ayat lain juga, Allah taala melarang kita iaitu manusia secara keras agar janganlah kita bercerai-berai sebaliknya berpegang teguhlah dengan tali Allah.

Page 16: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

16

Perbezaan fizikal sebenarnya tidak akan menjejaskan taraf kemanusiaan seseorang menurut perspektif Islam. Kepelbagaian ini samalah seperti kepelbagaian konstitusi alam semesta yang tidak lebih dari memanifestasikan Kekuasaan Allah. Penentu kepada status manusia dalam islam adalah taqwa, iman, ibadat dan akhlak seseorang. Manusia yang paling tinggi status mereka menurut pandangan Islam adala manusia yang paling mulia akhlak mereka.

Justeru itulah, kekuatan dan kelemahan satu-satu bangsa yang bertamadun lebih berkait rapat dengan faktor akhlak mereka daripada kemajuan teknologi yang sedia ada. Dalam al-Quran, Allah berkali-kali menegaskan bahawa kebinasaan suatu tamadun manusia itu bukan sewenang-wenangnya dilakukan oleh Allah. Malah kebinaasan itu adalah akibat langsung daripada kecuaian manusia terhadap akhlak mereka

Kebebasan

Sumbangan Islam yang penting dalam lapangan falsafah sosial adalah berhubung dengan konsep manusia mempunyai kebebasan. Seungguhpun hanya Tuhan sahaja yang mempunyai kebebasan yang mutlak, manusia juga mempunyai kebebasan tetapi dalam bentuk yang relatif. Ini bukan bermaksud manusia itu tidak perlu berusaha kerana segala-galanya telah ditakdirkan oleh Allah, justeru manusia telah diberikan kuasa dan kebebasan untuk memilih sama ada kebaikan atau keburukan. Dengan kuasa memilih tersebut manusia mempunyai bebas untuk bertindak sama ada sebagai malaikat yang patuh kepada kehendak Allah atau untuk menolak dan melanggar hukum Allah.

Kebebasan manusia untuk menerima atau menolak iradah Allah ini telah dijelaskan juga dalam Ayat al-Quran, sesungguhnya manusia telah sanggup untuk memegang amanah Allah di dunia. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 72, bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah Al-Ahzab, 33: 72).

Kebebasan memilih bermakna setiap individu diberi kuasa untuk memilih di antara dua alternatif, baik ataupun buruk, betul atau salah, mutlak ataupun nisbi. Islam sering diprojek sebagai agama fatalistik iaitu agama yang berpegang bahawa segala sesuatu yang ditentukan oleh takdir. Manakala kebebasan dan daya usaha manusia tidak member apa-apa sumbangan.

Dakwaan ini sebenarnya tidak berasas. Adakah boleh diterima akal bahawa agamayang dikatakan fatalistik seperti Islam itu dapat mengusai separuh daripada dunia dalam masa kurang lebih 70 tahun sahaja. Oleh itu, Islam amat layak untuk dinobatkan sebagai

Page 17: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

17

agama yang mempunyai ketamadunan yang progresif dan merempuh setiap perubahan masa dan peristiwa.

Konsep kebebasan juga memberI skop yang sangat luas dan cukup komprehensif. Umpamanya, manusia bebas untuk menentukan corak hidup, bebas untuk berfikir, bersuara dan bertindak, bebas dan berhak untuk mendapatkan pelajaran yang diperlukan serta bebas untuk menjaga maruah dan mempertahankan diri dari segala bencana. Kebebasan yang paling istimewa yang dihadiahkan oleh Islam itu adalah seseorang itu diberikan kebebasan mengamalkan agama yang disukai.

Islam tidak dapat menerima hakikat bahawa seseorang itu tidak diberi kebebasan untuk beragama yang disukai selain dari agama yang terpaksa diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyang mereka. Islam sebenarnya telah melangkah setapak lagi dalam soal ini, di mana jika seseorang telah memeluk agama Islam, maka segala dosa yang beliau lakukan sebelum Islam adalah diampunkan. Jika diperhatikan kebebasan yang diberikan oleh Islam bukanlah bererti yang individu Muslim bebas melakukan keburukan demi keburukan dalam liku-liku perjalanan mereka menerokai kebenaran.

Kebenaran menurut perspektif Islam adalah seperti yang telah dijelaskan di dalam al-Quran, tambahan pula kebolehan manusia untuk membezakan antara nilai-nilai kebaikan dan keburukan juga sebenarnya telah diilhamkan kepada manusia secara semulajadi oleh Allah ke dalam setiap jiwa manusia.

KESIMPULAN

Akidah merupakan asas penting dalam Islam. Malah perlu dimantapkan agar akidah itu menjadi kukuh. Keimanan yang kukuh ibarat akar tunjang pada sebatang pokok yang membuahkan implikasi kepada keutuhan pokok tersebut. Selain itu, pokok mempunyai akar tunjang biasanya akan lebih kukuh dan mantap, lebih subur dan merupakan pokok yang mengeluarkan buah, pastinya buah yang dikeluarkan juga akan berkualiti dan baik. Akidah perlu disuburkan dengan amalan yang baik dan menjauhkan daripada perkara yang boleh merosakannya. Akhlak adalah salah satu sendi utama dalam ajaran Islam dan merangkumi seluruh bidang kehidupan. Selain itu, akhlak juga mengatur hubungan yang beradab antara manusia dengan Allah, Tuhan yang menciptakan, hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan makhluk yang lain. Dengan adanya hubungan yang begitu, kehidupan manusia akan menjadi lebih mantap kerana ianya bukan hanya diikat dengan hubungan manusia sesama manusia serta dengan makhluk yang lain tetapi yang utamanya adalah mempunyai hubungan yang kukuh dengan Allah yang Maha Pencipta.

Akidah dan akhlak adalah seiring dalam kehidupan sebagai seorang Muslim di dunia ini tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Sesungguhnya akidah yang mantap akan melahirkan akhlak yang terpuji sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah. Selaku orang Islam yang lebih memahami perlulah mengajar kepada orang yang baru memeluk Islam untuk kita sama-sama tingkatkan kualiti yang terbaik serta hebat sebagai hambaNya. Selain

Page 18: Artikel 5 moul pendidikan muallaf akhlak islamiyyah

18

itu kita mesti mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik dalam kalangan manusia.

RUJUKAN

Al-Qur’anAsmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak dan Adab Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.Ibrahim Abu Bakar. 2011. Akidah dan Akhlak Islam. Bangi : Universiti Kebangsaan

Malaysia. Jaafar Salleh. 2010. Adab Muslim. Kuala Lumpur: Mulia Cetak Sdn Bhd.Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid. 2011. Peribadi Muslim. Selangor: Power Press & Design

Sdn BhdMohd Liki Hamid. Pengajian Tamadun Islam Edisi ke -2. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn Bhd.Mohd. Nasir Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn Bhd.Rasid Muhamad. 2010. Menjejaki Keindahan Islam. Selangor: Univision Press Sdn. Bhd.http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/03/pengertian-akidah -serta-huraian- konsep .html