artikel jalur lebar-mzmy

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 artikel jalur lebar-mzmy

    1/6

    JALAUR LEBAR NASIONAL : SATU KELEBIHAN DAYA SAING KOPERASI.

    Kelebihan dan manafaat kepada koperasi

    Manfaat Jalur Lebar kepada Gerakan Koperasi di dalam Konteks Ekonomi

    1. Pentadbiran bagi Anggota Lembaga Koperasi

    Struktur koperasi telah meletakkan pentadbiran koperasi pada tahap

    tertingginya adalah pada Mesyuarat Agung iaitu anggota koperasi.

    Seterusnya keputusan ini dipertanggungjawabkan kepada Anggota Lembaga

    Koperasi yang telah dipilih dan dipersetujui dalam MA tersebut. Pentadbiran

    koperasi telah diserahkan kepada kebijaksanaan ALK di mana Akta Koperasi

    1993 telah menetapkan peranan dan tanggungjawab ALK menurut seksyen

    45 AK1993. Seterusnya pentadbiran ini diamanahkan kepada 6 atau sehingga

    15 anggota lembaga yang dilantik oleh MA. Pentadbiran ini merangkumi

    pentadbiran pengurusan dan operasi koperasi yang mana ia telah ditugaskan

    kepada ALK-ALK berkenaan. Melaui konsep semasa, pentadbiran dilakukan

    secara manual dimana perjumpaan, mesyuarat dan perbincangan dilakukan

    secara tradisional dan bersemuka antara satu sama lain. Proses ini

    mengambil masa yang agak lama di mana proses tersebut mungkin

    melibatkan masa dan tenaga yang agak banyak.

    Namun, dalam era teknologi yang maju selaras dengan pengenalan jalur

    lebar nasional, kemudahan ini perlu dimanafaatkan oleh ALK koperasi di

    mana pentadbiran koperasi dapat dilakukan secara online atau maya. Konsep

    ini telah lama diperkenalkan di negara-negara maju termasuklah US, Eropah

    dan Jepun. Melalui konsep pejabat maya, pentadbiran sesebuah organisasi

    dapat dijalankan tanpa batasan masa dan kemampuan. Pentadbiran koperasi

    dapat dijalankan tanpa mempunyai pejabat yang khusus. Dengan kata lain

    ALK dapat mengurus dan mentadbir koperasi dari mana-mana tempat yang

    dapat menerima signal jalur lebar tersebut dan berhubung terus dengankoperasi atau pengurus melalui peranti PC atau telefon mudah alih yang

    mempunyai kemudahan internet. Oleh itu koperasi amnya dan khususnya

    ALK dapat mentadbir dengan baik dan berkesan dengan kemudahan jalar

    lebar ini.

    1

  • 8/7/2019 artikel jalur lebar-mzmy

    2/6

    2. Perkhidmatan secara cekap dan berkesan kepada anggota dan

    masyarakat

    Peranan dan kelebihan jalur lebar kepada koperasi ini juga tidak dapat

    dinafikan. koperasi dapat menanafaatkan kemudahan jalur lebar menerusi

    khidmat koperasi secara terus kepada anggota dan masyarakat. Kemudahan

    dan perkhidmatan yang diberikan oleh koperasi dapat disampaikan terus

    kepada anggota tanpa melalui proses yang rumit dan memerlukan masa

    yang agak lama. Penjimatan masa dan proses kerja memudahkan anggota

    mendapatkan perkhidmatan dan barangan yang terdapat dikoperasi.

    Anggota dapat memanafaatkan kemudahan jalur lebar ini dengan

    mengetahui perkembangan koperasi melalui satu sentuhan sahaja dan

    dengan kemudahan yang ada ini, maklumat berkenaan dengan koperasi

    dapat dimuat turun dengan lebih pantas dan cepat. Maklumat-maklumat

    inilah dapat digunakan oleh anggota dan masyarakat dalam mendapatkan

    perkembangan terbaru berkenaan dengan koperasi.

    Secara kasarnya, perkembangan jalur lebar ini dapat meningkatkan proses

    muat turun maklumat sebanyak 40 kali ganda dari proses yang sebelumnya.

    Keadaan ini sudah tentu akan dapat meningkatkan operasi koperasi dan

    seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada anggota

    dan masyarakat.

    Manafaat jalurlebar kepada koperasi juga tersebar melalui perkhidmatan

    yang cekap dan berkesan kepada anggota dan masyarakat. Melalui jalur

    lebar, koperasi dapat meningkatkan proses kerja bagi setiap permohonan

    anggota ataupun bagi setiap urusan di koperasi. Masa dapat dipendekkan

    dan urusan pejabat menjadi semakin mudah,cepat dan pantas.Jalur lebar

    juga dapat meningkatkan penyediaan infrastruktur koperasi dan seterusnya

    dapat meningkatkan daya saing koperasi. Kelebihan inilah dapat membantu

    koperasi mencapai matlamat dan visinya dengan lebih cepat dan berjaya.

    3. Penjimatan kos bagi urusan pengurusan dan pentradbiran koperasi

    2

  • 8/7/2019 artikel jalur lebar-mzmy

    3/6

    Jalur lebar ini juga dapat menjimatkan kos pengurusan dan pentadbiran di

    koperasi. Penggunaan laman web, email dan aktiviti-aktiviti lain secara

    onlione dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan mengurangkan kos bagi

    mengenalpasti pasaran-pasaran baru bagi koperasi. Kemudahan jalur lebar

    ini membuka peluang dan ruang kepada koperasi untuk memperolehi

    sebanyak mungkin maklumat dan informasi bagi kegunaan dan manafaatkoperasi.

    Berbanding dengan kaedah tradisional dimana koperasi memerlukan ramai

    pekerja dan alatan sokongan, pengenalan jalur lebar ini dapat mengurangkan

    kebergantungan koperasi kepada sumber manusia tradisional sebaliknya

    sumber manusia kini lebih kepada sumber manusia yang mempunyai

    kemahiran pengetahuan. Inovasi dan kreativiti menjadi daya tarikan utama

    kepada koperasi dalam mendapatkan pekerja dan seterusnya menggunakan

    jalur lebar sebagai alatan untuk mendapatkan pasaran dan pada masa yangsama menjimatkan kos dimana pekerja yang diperlukan untuk menjalankan

    aktiviti pengurusan dan pentadbiran koperasi hanya seorang atau dua orang

    sahaja. Keadaani ini semestinya menjimatkan kos pentadbiran koperasi da

    nkoperasi boleh memanafatkan kelebihan ini demi meningkatkan daya saing

    koperasi.

    4. Meningkatkan komunikasi dalaman dan luaran bagi koperasi

    Jalur lebar juga dapat meningkatkan komunikasi dalaman dan luaran bagi

    sesebuah koperasi. Komunikasi tidak lagi menggunakan pos atau telegraph,

    sebaliknya pengenalan jalur lebar ini dapat meningkatkan komunikasi melalui

    aplikasi online secara terus dan langsung. Tiada lagi tempoh masa yang

    panjang dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke pihak dalaman

    mahupun luaran. Email, fax, scan dokumen akan menjadi pantas dan cepat

    delalui jalur lebar ini dan keadaan ini memberi kelebihan kepada koperasi

    dari segi keberkesanan komunikasi. Secara taka langsung keadaan ini dapat

    meningkatkan jaringankomunikasi bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga

    kepada pelanggan sama ada tempatan ataupun antarabangsa.

    5. Sumber kuasa bagi keberkesanan kecekapan

    Perkhidmatan yang ditawarkan kepada anggota dan masyarakat akan lebih

    berkesan dengan adanya jalur lebar yang dapat di capai oleh anggota dan

    masyarakat secara langsung melalui website koperasi. Keadaan ini dapat

    3

  • 8/7/2019 artikel jalur lebar-mzmy

    4/6

    meningkatkan keupayaan koperasi dalam memberikan perkidmatan secara

    terus dan telus kepada anggota dan masyarakat seterusnya dapat

    meningkatkan sistem perkhidmatan dan penyampaian kepada anggota

    khasnya dan masyarkat amnya. Jalur lebar ini meningkatkan kecekapan

    pengurusan dan pentadbiran ke tahap 40 kali lebih cepat dari keadaan biasa.

    Manfaat Jalur Lebar kepada Gerakan Koperasi di dalam Konteks Sosial

    1. Peluang meningkatkan ekonomi di kawasan luar bandar

    Sebagai sebuah gerakan koperasi yang sememangnya bermotifkan kepada

    menjaga kebajikan dan membela nasib anggotanya, jalur lebar dilihat

    sebagai pemangkin utama ke arah meningkatkan ekonomi di kalangan

    anggotanya termasuklah mereka yang berada di luar bandar. Ini jelas

    membuktikan bahawa dengan adanya jalur lebar, para anggota di dalam

    koperasi bebas menjalankan aktiviti mereka termasuklah sebarang bentuk

    perniagaan mahupun peluang pekerjaan dengan hanya berurusan dari rumah

    sahaja tanpa perlu bersusah-payah mengharungi kesesakan lalulintas, serta

    menjimatkan masa di samping dapat mengelakkan diri dari bahayapencemaran alam sekitar di sekeliling. Malahan, dengan penggunaan jalur

    lebar yang semakin berkembang kini, para naggota dengan mudahnya dapat

    mencari pelanggan dengan cepat dan pantas kerana maklumat yang

    disampaikan juga jelas dan jitu dalam menjamin keberkesanan pemasaran

    produk dan perkhidmatan terus kepada pelanggan. Inisiatif ini seharusnya

    digarap dalam setiap gerakan koperasi di Malaysia bagi menjamin

    keberkesanan aktiviti berbentuk perniagaan khususnya agar dapat

    membolehkan setiap anggotanya mendapat pulangan yang

    memberangsangkan seterusnya meningkatkan ekonomi koperasi tersebut.

    2. Mengurangkan migrasi penduduk desa ke bandar

    Keselesaan penggunaan jalur lebar juga bukan sahaja meningkatkan

    ekonomi di kawsan luar bandar, malah secara tidak langsung dapat

    mengurangkan penghijrahan penduduk ke bandar khususnya anggota

    4

  • 8/7/2019 artikel jalur lebar-mzmy

    5/6

    koperasi serta masyarakat sekeliling amnya. Jika sebelum ini kebanyakkan

    penduduk di desa lebih gemar berhijrah ke bandar kerana bagi mereka lebih

    mudah mendapat pekerjaan serta status gaji juga tinggi, namun pada masa

    sekarang perkara itu dapat disangkal dengan adanya jalur lebar yang sudah

    sememsatinya menjamin pendapatan yang berlipat kali-ganda termasuklah

    peningkatan dalam taraf hidup masyarakatnya dengan hanya menerusiperniagaan maya. Namun semua ini tidak akan menjadi nyata sekiranya

    tiada penglibatan yang serius dari semua pihak termasuklah gerakan

    koperasi itu sendiri. Justeru, gerakan koperasi haruslah bijak mengambil

    peluang yang ada demi menjamin gerakan koperasi yang lebih mampan

    tanpa perlu mengharapkan penghijrahan ke bandar semata-mata untuk

    menraih pendapatan dan taraf hidup yang tinggi kerana di dea pun koperasi

    mampu buktikan sekiranya bijak mengendalikan jalur lebar dengan efektif

    lagi efisyen.

    3. Meningkatkan kemahiran dan pendidikan

    Kebolehcapaian jalur lebar juga meningkatkan peluang pendidikan dan

    pembelajaran di kawasan luar bandar khususnya kepada anak-anak anggota

    serta anggota koperasi itu sendiri terutamanya dari segi kemahiran ICT. Ini

    dilihat sebagai persediaan awal kepada mereka untuk mempelajari dan

    berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan mahupun perniagaan dengan hanya

    bermula dari rumah dan seterusnya dapat mengurangkan tenaga tanpa perlu

    bergerak ke sana- ke mari untuk berbuat demikian. Jika sebelum ini, untukmembuka perniagaan sahaja, sesebuah gerakan koperasi itu perlu ke

    beberapa pejabat serta mengisi borang secara manual, namun sekarang

    dengan adanya jalur lebar semua itu telah dipermudahkan dengan hanya

    bertindak dari rumah serta anggota koperasi khususnya hanya perlu

    membuka paparan laman web serta boleh mengisinya secara atas talian

    (online). Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memberikan didikan

    awal yang lebih mudah kepada para anggota untuk sentiasa berfikiran kreatif

    dan inovatif dalam menjalankan sebarang gerak kerja di dalam koperasi

    tersebut agar lebih berkualiti dan produktif.

    4. Meningkatkan taraf hidup penduduk bandar

    Selain daripada memberikan ruang dan peluang yang baik kepada gerakan

    koperasi di kawasan luar bandar, anggota koperasi di bandar pun tidak

    5

  • 8/7/2019 artikel jalur lebar-mzmy

    6/6

    terkecuali mendapat faedah daripada perkembangan jalur lebar tersebut. Ini

    kerana, di bandar sememangnya merupakan merupakan sebuah kawasan

    yang maju dari segi teknologinya termasuklah ICT dan juga industri-industri

    besar sehingga menjaminkan hasil pulangan dan pendapatan tinggi saban

    waktu menerusi aktiviti perniagaan dan pekerjaan yang dilakukan. Malah

    menerusi program jalur lebar ini, para anggota secara tidak langsung dapatmeningkatkan produktiviti agar lebih dinamik, progresif dan berdaya saing.

    Maka, tidak hairanlah jika dikatakan, anggota koperasi di bandar

    sememangnya mempunyai peluang yang lebih dalam memajukan koperasi

    mereka kerana pelbagai kemudahan senang didapati di samping faktor

    pembangunan dan kedudukan kawasan bandar yang strategik dan stabil.

    Maka, manfaat jalur lebar ini haruslah dilihat secara lebih serius dalam

    menjana pendapatan koperasi selaras dengan impian dan harapan YB

    Menteri KPDNKK yang mensasarkan peningkatan KDNK negara terutamanya

    sumbangan koperasi dari 1% kepada 5% menjelang tahun 2013 nanti.

    6