8
10 Tips Bina Keyakinan Diri Keyakinan diri amatlah penting dalam pembentukan peribadi seseorang insan. Apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi, pasti dia mempunyai masa depan yg cukup cerah malah dia juga menyebabkan orang sekelilingnya terkena tempias keyakinan yg ada dalam dirinya. Namun, bagaimana untuk membina keyakinan diri sedemikian rupa? 1. Percaya dan yakin pada kebolehan diri Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain. "Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan," (Riwayat Bukhari dan Muslim) 2. Senyumanmu menawan Sentiasa tersenyum, walau dalam keadaan gembira, bahagia, dan dalam perasaan yg tidak selesa sekalipun. Apabila bibir tersenyum, ia seseolah-olah mengarah minda untuk turut menjadi positif dan menyebabkan diri kelihatan berkeyakinan walaupun hati sebenarnya amat terketar-ketar. Sabda Rasulullah S.A.W. "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari) 3. Rentak langkah yg meyakinkan Gaya badan menyuarakan seribu satu kata mengenai seseorang itu. Pernahkah anda mengalami situasi di mana apabila anda menghadiri satu-satu majlis, hampir kesemua mata tertumpu pada seseorang yg hadir di majlis tersebut? Dia tidak perlu menyuarakan apa-apa,

Artikel Perhimpunan

  • Upload
    joektp

  • View
    219

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

umum

Citation preview

10 Tips Bina Keyakinan Diri Keyakinan diri amatlah penting dalam pembentukan peribadi seseorang insan. Apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi, pasti dia mempunyai masa depan yg cukup cerah malah dia juga menyebabkan orang sekelilingnya terkena tempias keyakinan yg ada dalam dirinya. Namun, bagaimana untuk membina keyakinan diri sedemikian rupa? 1. Percaya dan yakin pada kebolehan diriSetiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan," (Riwayat Bukhari dan Muslim)2. Senyumanmu menawanSentiasa tersenyum, walau dalam keadaan gembira, bahagia, dan dalam perasaan yg tidak selesa sekalipun. Apabila bibir tersenyum, ia seseolah-olah mengarah minda untuk turut menjadi positif dan menyebabkan diri kelihatan berkeyakinan walaupun hati sebenarnya amat terketar-ketar. Sabda Rasulullah S.A.W. "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari) 3. Rentak langkah yg meyakinkanGaya badan menyuarakan seribu satu kata mengenai seseorang itu. Pernahkah anda mengalami situasi di mana apabila anda menghadiri satu-satu majlis, hampir kesemua mata tertumpu pada seseorang yg hadir di majlis tersebut? Dia tidak perlu menyuarakan apa-apa, bibirnya tersenyum dan langkahannya cukup membuatkan orang di sekelilingnya merasakan aura kehebatan dan keyakinannya.4. Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diriSetiap insan pasti ada kelemahannya. Orang yg berkeyakinan diri yg tinggi, pasti sentiasa cuba untuk menjadi yg terbaik. Oleh itu, dia sentiasa memperbaiki dirinya dari hari ke hari dan menjadikan hari esoknya lebih baik daripada hari ini.Sabda Rasulullah S.A.W. "Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud)

5. Malu itu biarlah bertempatBenarlah malu itu perisai diri dan iman. Namun, biarlah malu itu berada di tempat yg betul. Usahlah malu untuk bertanya dan menyuarakan pendapat kerana malu bertanya akan menyebabkan sesatnya jalan. Usahlah juga malu untuk mengajak-ajak ke arah kebaikan kerana ganjaran pahala yg amat besar menanti di hadapan. Namun, malulah untuk melakukan kemungkaran dan tebalkanlah sifat malu dalam diri kepada Yang Esa untuk menayang-nayangkan segala keburukan diri kepadaNya."Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin," (Adz-Dzariyat: 55)

6. Jangan memandang rendah pada keupayaan diriJangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan kekuatan diri, lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan ini,". Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang itu, oleh sebab itulah Dia memberikan ujian yg berbagai-bagai, sesuai dgn kemampuan seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yg lebih baik.

"...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan," (Ath-Thalaq:7)7. Hargai DiriAnda adalah unik kerana tiada satu pun di dunia ini yg mempunyai nama anda, dan mempunyai peribadi yg sama, wajah yg sama, pendidikan yg sama ataupun gaya bahasa yg sama dengan diri anda. Andalah satu-satunya insan sedemikian di bumi Allah ini. Maka, hargailah diri dan peribadi anda sebaiknya. Jangan mudah goyah dan terhanyut ke kanan dan kiri, mengikut gaya dan pendirian orang lain tanpa mengira dan mengukur buruk baik kesannya pada diri anda. Biarlah setiap tindakan dan bicara anda itu benar-benar datangnya dari diri anda, bukan disebabkan pengaruh orang lain.8. Jangan membandingkan diri dengan orang lainMelakukan perbandingan terhadap diri dengan orang lain adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Kelebihan dalam dirimu itu takkan pernah sama dgn kelebihan yg ada dalam diri orang lain. Definisi kecantikan pada hati dan wajahmu itu takkan pernah sama dengan definisi kecantikan yg ada pada gadis yg lain. Setiap usahamu itu tidak sama kekuatannya dengan usaha yg dialirkan oleh insan lain. Maka, usahlah melakukan perbandingan dirimu dengan insan lain. Yang penting, jadilah dirimu yg terbaik!

"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza," (Al-Lail: 4)

9. Senantiasa berfikiran positifOrang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yg amat positif. Apa sahaja yg dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut positif dan apa sahaja yg didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran yg positif. Oleh sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa dia dilihat sebagai seorang yg berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat cerah, dia akan mengejar apa yg dikatakan itu kerana dia positif dan yakin bahawa dia boleh melakukannya.10. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasiAdakalanya motivasi yg ada dalam diri kita mudah jatuh kerana ia juga ada naik surutnya. Oleh itu, jangan biarkan diri terus hanyut apabila merasakan diri tidak berkeyakinan dan sebagainya. Bacalah buku-buku motivasi dan dengarlah kata-kata yg membangkitkan semangat dalam diri. Berbicara dengan diri sendiri juga mampu untuk menaikkan semangat, antaranya mungkin dengan menulis surat kepada diri sendiri di dalam diari ataupun jurnal agar semangat yg luntur kembali pulih.

Sama-samalah kita membina dan mengukuhkan lagi keyakinan diri yang ada dalam diri agar diri kita hari ini jauh lebih baik dari hari sebelumnya, insya-Allah.

Hargai Diri SendiriKita dilahirkan kedunia ini untuk menikmati kehidupan dunia dan membawa bekalan menuju hari akhirat. Dalam hidup ini kita yang menentukan nasib kita sendiri. Orang lain boleh membantu tapi ianya mestilah bermula dari diri sendiri kita dahulu. Jika kita memilih untuk berjaya, kita pasti akan berjaya. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing yang ada pada diri mereka. Anda juga pasti mempunyai kelebihan diri anda sendiri.Biasanya kita sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dikatakan oleh orang lain. Jika ada orang bercakap mengenai kelemahan diri kita, janganlah kita mudah berasa lemah dengan kritikan itu. Sebaliknya kita perlulah sentiasa cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita itu. Orang lain boleh berkata apa saja kepada diri kita, tapi kita tidak boleh lemah dengan kata-kata orang saja kan?Kita perlu menghargai diri kita sendiri kerana kita adalah mahkluk ciptaan Allah yang sangat hebat. Kita diberikan kekuatan oleh Allah dengan memberikan akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat supaya kita dapat menikmati kehidupan ini dengan sebaiknya. Hargailah nikmat akal dan tubuh yang kita miliki. Gunakanlah ia supaya dapat memberi kebaikan kepada diri kita sendiri dan juga orang lain.Hidup Ini Satu Anugerah AllahKita dilahirkan ke dunia ini untuk beribadah kepada Allah. Hidup ini adalah anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Pelbagai nikmat yang kita perolehi didunia ini. Kita boleh menikmati segala nikmat yang ada didunia ini tapi jangan sampai kita lupa kepada hari akhirat. Diri kita sendiri adalah anugerah dari Allah yang sangat berharga dan tidak ternilai harganya.Kita mampu melakukan banyak perkara yang kita suka. Kita diberikan kebolehan untuk berfikir menggunakan anugerah akal yang diberikan oleh Allah. Kita perlu menghargainya dengan melakukan perkara yang baik. Jangan salah gunakan nikmat yang ada ini dengan melakukan keburukan didunia ini. Bersyukur kita kerana diberikan pelbagai nikmat oleh Allah.Melakukan Perkara Yang Memberi ManfaatKita hidup di dunia ini untuk memberi manfaat kepada orang lain. Kita boleh membantu orang lain dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang lain pasti akan menghargai kita kerana dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tapi sebenarnya apabila kita telah melakukan kebaikan kepada orang lain, kita telah pun menghargai diri kita sendiri terlebih dahulu.Kita telah menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita untuk perkara yang baik. Itu bermakna kita telah menghargai diri kita sendiri. Jangan mengharapkan mendapat pujian atas kebaikan yang kita lakukan. Tapi lakukan dengan niat yang ikhlas. Orang lain akan lebih menghargai diri kita jika kita ikhlas membantu mereka.Hargai diri Sendiri Sebelum Orang Hargai KitaKita perlu menghargai diri kita sendiri kerana kita juga mempunyai kelebihan berbanding dengan orang lain. Jika kita mahu orang lain menghargai kita, maka kita perlu hargai diri kita sendiri dahulu. Merendah diri itu bagus kerana kita hanya manusia biasa sahaja. Tapi kita juga perlu mempunyai keyakinan dan percaya kepada diri kita sendiri. Kita perlu hargai kelebihan yang ada dalam diri kita.Setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza dalam diri mereka. Apa sahaja yang kita lakukan bukan kerana kita mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain tapi kita serius mahu menjadi seorang yang berjaya dalam hidup ini. Orang lain juga akan menghargai diri kita jika kita menunjukkan kesungguhan dan ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan.Diri Kita Tidak 100% SempurnaSetiap orang mempunyai kelemahan dalam diri mereka. Ini kerana diri kita tidak semestinya akan sempurna 100% dalam setiap aspek. Setiap kelemahan bukanlah penghalang bagi seseorang untuk mencipta kejayaan dalam hidup mereka. Kita boleh melihat kelemahan dalam diri kita. Cuba kenal pasti kelemahan dalam diri kita kerana kita boleh memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri kita itu.Apabila kita telah dapat mengenal pasti kelemahan dalam diri kita itu, maka kita perlulah berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kita sekurang-kurangnya perlu berusaha untuk baiki kelemahan yang ada dalam diri kita. Kita juga boleh meminta bantuan orang lain jika perlu. Kelemahan itu akan dapat diperbaiki sedikit demi sedikit.Setiap Orang Boleh Berjaya Jika Mereka MahuSetiap orang dilahirkan untuk berjaya jika mereka berusaha mencari kejayaan dalam hidup mereka. Kita tidak boleh hanya menyerahkan kepada nasib semata-mata. Usaha itu perlu sentiasa ada kerana usaha itu tangga kejayaan. Semuanya datang dari pemikiran kita sendiri. Jika kita berfikir seperti orang berjaya, diri kita akan rasa bersemangat berusaha mencari kejayaan itu.Takkan kita hanya mahu melihat orang lain sahaja yang berjaya. Bila lagi giliran diri kita sendiri dapat berjaya seperti mereka. Kejayaan dalam hidup ini adalah satu kepuasan kepada diri kita sendiri. Diri kita berhak untuk mendapat apa sahaja kejayaan yang kita mahu. Jika usaha yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, kejayaan akan datang kepada diri kita. Cuma masa yang menentukan.Sebagai kesimpulan, diri kita adalah hak milik kita sendiri. Jika kita tidak pandai menghargai diri kita sendiri maka kita juga yang akan rugi. Diri kita sendiri yang akan menentukan apa yang kita mahu lakukan. Orang lain hanya dapat membantu kita tapi yang selebihnya perlu melakukan usaha untuk diri kita sendiri. Kita perlu menghargai diri kita dengan melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Kepercayaan dalam diri sendiri juga penting.Jika tidak dapat melakukan kebaikan kepada orang lain, jangan pula melakukan keburukan kepada orang lain. Diri kita adalah seorang hamba yang lemah didunia ini. Kita perlu sentiasa berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah supaya diberikan kekuatan dalam diri kita bagi meneruskan kehidupan dunia yang penuh mencabar ini. Kita perlu sentiasa menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.Salah satu minat yang saya suka lakukan adalah menulis. Apabila saya memerlukan motivasi saya akan menulis untuk memberi semangat kepada diri saya sendiri. Apa sahaja yang saya tulis dalam artikel ini adalah apa yang terkeluar dari pemikiran saya. Menulis adalah satu kepuasan kepada diri saya. Menulis ada sesuatu yang menyeronokkan jika saya dapat menulis apa yang saya suka. Menulis juga sebagai tanda saya hargai diri saya sendiri.Dapat berkongsi dengan orang lain juga adalah satu kepuasan dalam menulis. Dengan menulis saya dapat berkongsi ilmu yang baik kepada pembaca. Saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri dan juga pembaca. Apa yang baik itu datang dari Allah, dan apa yang kurang itu adalah datang dari kelemahan diri saya sendiri.