31
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Artikulasi Konsonan Dan Diftong

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

FONETIK DAN FONOLOGI

BAHASA MELAYU

Page 2: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

ARTIKULASI KONSONANBunyi-bunyi konsonan ialah

bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung.

Page 3: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

CIRI-CIRI BUNYI KONSONAN

• Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:-

i. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak.

ii. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran.

iii.Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Page 4: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

i. Keadaan glotis• Jika glotis dirapatkan dan pita suara

bergetar apabila arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara.

• Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara.

ii. Keadaan lelangit lembut• Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi

konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral.

• Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal.

Page 5: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

iii. Cara arus udara• Udara yang keluar dari paru-paru yang akan

menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan separuh vokal.

iv. Sentuhan antara alat artikulasi• Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah

artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.

Page 6: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

CARA MENGHASILKAN BUNYI KONSONAN

i. Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu dihuraikan mengikut cara penghasilanya, iaitu dari segi cara arus udara keluar dari paru-paru.

ii. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal.

Page 7: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN LETUSAN

• Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

• Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.

• Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan.

• Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j].

Page 8: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN LETUSAN

• Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara:

i. Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan gusi-lelangit keras.

iii.Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan.

Page 9: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN LETUSAN

• Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j].

• Contoh penggunaan dalam perkataan:cuka jumlahbaca panjiMac caj

Page 10: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN LETUPAN

Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi.

Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.

Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan.

Page 11: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

LETUPAN DUA BIBIR

• Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah:

i. Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir.

iii.Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta.

Page 12: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

LETUPAN DUA BIBIR

• Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

• Contoh penggunaan dalam perkataan:pakar bungkusapi abaditiap sebab

Page 13: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

LETUPAN GUSI

• Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah:

i. Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi.

iii.Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.

Page 14: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

LETUPAN GUSI

• Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d].

• Contoh penggunaan dalam perkataan:tiap datinatas adegan

Page 15: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

LETUPAN LELANGIT LEMBUT

• Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah:

i. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.ii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut.

iii.Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta.

Page 16: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

LETUPAN LELANGIT LEMBUT

• Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

• Contoh perkataan:kapak gilalaksa sagu

Page 17: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

HENTIAN GLOTIS• Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara:i. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan

lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara.

iii. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis.

iv. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya:

[budak][kapak][tidak]

Page 18: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN GESERAN

Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser.

Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h].

Page 19: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA• Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan

dengan cara:i. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding

rongga tekak.iii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut

dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.

iv. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.v. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].vi. Contoh perkataan:

SemutAsapKeras

Page 20: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

GESERAN GLOTIS

• Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara:

i. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

iii.Contoh kehadiran dalam perkataan:HutanSahajaSuluh

Page 21: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN GETARAN

Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah.

Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r].

Page 22: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN GETARAN

• Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah:i. Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan

menggetarkan hujung lidah.ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding

belakang rongga tekak.iii.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iv.Contoh kehadiran dalam perkataan:

RambutSeruSukar

Page 23: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN SISIAN

Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.

Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l].

Page 24: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN SISIAN

• Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara:

i. Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah).

iii.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iv.Contoh kehadiran dalam perkataan:

LambatTualaCekal

Page 25: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN SENGAU

• Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.

• Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan.

• Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ɲ ], dan konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ].

Page 26: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN SENGAU DUA BIBIR

• Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar . • Contoh kehadiran dalam perkataan:

MalamAmanSiam

Page 27: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN SENGAU GUSI

• Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi atas.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.• Contoh kehadiran dalam perkataan:

NampakTanakDaun

Page 28: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS

• Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau dirapatkan ke langit keras.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. • Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin taip,

dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny.

• Contoh kehadiran dalaam perkataan:NyawaAnyam

Page 29: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT

• Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.• Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu,

konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.

• Contoh kehadiran daalam perkataan:NgiluAnganBising

Page 30: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

KONSONAN DIFTONG• Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu

satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain.• Diftong boleh dianggap sebagai satu suku

kata dan mempunyai puncak kelantangan.• Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang

dihasilkan kerana posisi lidah ketika menghasilkan bunyi.

• Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian akhirnya tidak sama. Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya lidah, bahagian lidah yang bergerak, serta strukturknya.

• Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong turun.

Page 31: Artikulasi Konsonan Dan Diftong

SEKIAN…