48
ULUM AL-QURAN (DPF 3153) “ASBABUN NUZUL” NAMA NO.MATRIK JULIANATI BT. MUSTAFFA PI 11O321 LYANA IZZATI BT YAHIL PI 110322 U/P USTAZAH DZAKIAH MISKIAH BT SALLEH Kolej Pengajian Islam Johor

ASBABUL NUZUL JULYANA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Harap ia membantu anda.. Bagi student MARSAH khas utk adik2 ye. ingat kak julia & kak yana tau sem 5 DPI 2013

Citation preview

Page 1: ASBABUL NUZUL JULYANA

ULUM AL-QURAN(DPF 3153)

“ASBABUN NUZUL”

NAMA NO.MATRIKJULIANATI BT. MUSTAFFA PI 11O321LYANA IZZATI BT YAHIL PI 110322

U/P USTAZAH DZAKIAH MISKIAH BT SALLEH

Kolej Pengajian Islam Johor

Page 2: ASBABUL NUZUL JULYANA

PENGERTIAN

Sebab-sebab

turun ayat

Asbaab al- Nuzul

bahasa

sebab turun

ASBAAB AL-NUZUL

Page 3: ASBABUL NUZUL JULYANA

istilah

PENGERTIAN

Apa-apa yang menyebabkan penurunan

sesuatu ayat atau pemberian jawapan

terhadap sebabnya atau untuk

terangkan hukumnya pada masa

berlakunya peristiwa itu.

ASBAAB AL-NUZUL

Page 4: ASBABUL NUZUL JULYANA

Berasal daripada

Nabi,Sahabat atau Tabiin

Riwayat tabiin boleh

diguna pakai (al-

suyuti)

Riwayat sahabat & tabiin bkn pendapat biasa,tetapi riwayat yang Marfu’

“Adalah tdk sah menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dgn Asbab Nuzul,kecual i lah dgn

bersandarkan kpd riwayat yg sah ataupun dgn mendgr sndir i secara langsung drpd mereka yg

menyaksikan turunnya ayat,mengetahui sebabnya serta berusaha bersungguh-sungguh

utk menel it inya”(al-Wahidi)

Berdasarkan panduan & riwayat

yang sahih

CARA MENGETAHUI ASBAB AL-NUZUL

Page 5: ASBABUL NUZUL JULYANA

PEMBAHAGIAN NUZUL AL-QURAN

Penurunan al-Quran Tanpa Sebab

Penurunan al-Quran Bersebab

Page 6: ASBABUL NUZUL JULYANA

Penurunan al-Quran Tanpa

Sebab

Kisah umat terdahulu

dengan nabi mereka.Contoh :

Kisah kaum Nabi Nuh a.s

Beri panduan ke jalan yang

benarContoh : al-Rum : 30

Ayat yang menceritaka

n kisah-kisah ghaib

yang berlaku

akan datang.Contoh :Peristiwa

hari kiamat,kead

aan pada hari

tersebut & gambaran nikmat & azab pada hari kiamat

Ayat yang menggamba

r- kan kejadian

yang berlaku

pada zaman silam. Contoh :

Pembinaan kaabah oleh Nabi Ibrahim

Page 7: ASBABUL NUZUL JULYANA

Penurunan al-Quran

Bersebab

Page 8: ASBABUL NUZUL JULYANA

(1) Menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan

3م1وا 3ع5ل ت :ى8 ت ح3 ى8 3ار3 ك س1 1م5 5ت 3ن و3أ ة3 الص:ال3 1وا ب 3ق5ر3 ت ال3 1وا آم3ن :ذSين3 ال Vه3ا ي3 أ يا

… 1ون3 3ق1ول ت م3ا

Maksudnya : “wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang,sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan”.

(surah al-Nisa’ ayat 43)

Contoh:

Page 9: ASBABUL NUZUL JULYANA

(2) Menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Baginda

ر�ا ك� ذ� ه� ك ذ� ك� ه ك� ل� ل� ه�و ك� ل�� ل� ك� ه� � ذ� ك� �ل ك� �ل �ك ا ذ�ي ك� ل� ل �ل ه�و ل�� ك! ل" ل#

Maksudnya : “dan mereka bertanya kepadamu ( wahai Muhammad), mengenai Zul Qarnain. Katakanlah “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu daripada Allah

yang menerangkan) sedikit tentangnya.”

Contoh:

(Surah al-Kahfi ayat 83)

Page 10: ASBABUL NUZUL JULYANA

(3) Menerangkan sesuatu perkara bila ditanya kepada Nabi, turunlah ayat menerangkan hukum

Sه: الل Sل3ى إ 3كى 3شت و3ت وجSها ز3 فى 1ج8دSل1ك3 ت :تى ال ق3ول3 :ه1 الل مSع3 س3 ق3د d3صير س3ميعdب :ه3 الل Sن: إ 1ما 3حاو1ر3ك 3سم3ع1ت ي :ه1 و3الل

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi

Maha Melihat

Contoh:

(Surah al-Mujadalah ayat 1)

Page 11: ASBABUL NUZUL JULYANA

(4) Apabila berlaku sesuatu peristiwa

( SيلS5ف ال Sص5ح3اب3 Sأ ب Vك3 ب ر3 ف3ع3ل3 5ف3 3ي ك 3ر3 ت 3م5 3ل Sيلp( ١أ 3ض5ل ت فSي 5د3ه1م5 3ي ك 3ج5ع3ل5 ي 3م5 3ل أ

Sيل3( )٢) 3اب ب3 أ ا u5ر ط3ي 5هSم5 3ي ع3ل س3ل3 ر5

3 جyيلp( ٣و3أ Sس مSن5 pة ار3 SحSج3 ب مSيهSم5 3ر5 ت(٤( )p1ول 5ك م3أ p3ع3ص5ف ك 3ه1م5 ع3ل (٥ف3ج3

Maksudnya : “1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Rabbmu telah bertindak terhadap tentara bergajah 2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan ka’bah) itu sia-sia, 3. dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, 4. yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, 5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).”

Contoh:

(Surah al-fiil ayat1-5)

Page 12: ASBABUL NUZUL JULYANA

Pembahagian

Penurunan

Bersebab

Page 13: ASBABUL NUZUL JULYANA

(1) Satu ayat satu sebab nuzul

Contoh:

Maksudnya : “1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.”

Page 14: ASBABUL NUZUL JULYANA

(2) Satu ayat beberapa sebab nuzul

Maksudnya :- Terdapat beberapa riwayat mengenai sebab nuzul sesuatu ayat.

Pertama : riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang asbabun nuzul, namun begitu satu daripadanya adalah riwayat yang sahih maka

hendaklah diterima riwayat yang sahih itu.

Riwayat pertama :- Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim drpd Jundub al-Bajali :

إال شيطانك أرى ما محمد يا فقالت امرأة فأتته ليلتين أو ليلة يقم فلم النبي اشتكىالله قد فأنزل تركك

Maksudnya : “Nabi mengalami sakit, menyebabkan dua atau tiga malam baginda tidak bangun sembahyang malam. Maka datanglah seorang wanita menemui baginda dan berkata : Wahai Muhammad! Aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu, sepanjang dua atau tiga malam ini ia tidak menghampirimu lagi.”

Page 15: ASBABUL NUZUL JULYANA

Maksudnya :- “1. Demi waktu dhuha. 2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. 3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). 4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. 6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?. 7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?. 8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?.9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. 10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. 11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”

(Surah ad-Dhuha ayat 1-7)

Page 16: ASBABUL NUZUL JULYANA

Riwayat kedua :- Hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya, daripada budak perempuan pembantu rumah nabi yang meriwayatkan :

فمات السرير، تحت فدخل وسلم عليه الله صلى النبى بيت دخل جروا إنبيت : فى حدث ما خولة، يا فقال الوحى عليه ينزل ال إيام أربع النبى فمكثلو : نفسى فى فقلت ؟ يأتينى ال جبريل وسلم عليه الله صلى الله رسول 5 فجا الجرو فأخرجت السرير تحت بالمكنسة فأهويت وكنسته، البيت هيأتالرعدة، أحذته عليه نزل إذا وكان لحيته، ترعد وسلم عليه الله صلى النبى

اآلية الله .فأنزل

Maksudnya : “Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah nabi lalu masuk di bawah katil tempat tidur, lalu mati di situ.

Sebab itu selama empat hari wahyu tidak turun kepada baginda. Maka baginda bersabda : Wahai Khaulah apa yang telah terjadi di

rumah Rasulullah ini , sehingga Jibril tidak datang kepadaku ? Maka aku berkata dalam diriku: Alangkah baiknya seandainya aku

mengemas rumah ini dan menyapunya. Lalu aku menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan bangkai anak

anjing. Selepas itu nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar. Adalah nabi apabila turunnya wahyu, baginda terketar.”

Page 17: ASBABUL NUZUL JULYANA

Kita perlu mengambil riwayat pertama sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama jelas kesahihannya

sedangkan riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di dalam sanadnya terdapat perawi

yang tidak diketahui namanya (rawi majhul). Pada riwayat yang kedua ini terdapat kepalsuannya . Selain itu , riwayat pertama diterima kerana ia

diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim.

Page 18: ASBABUL NUZUL JULYANA

Kedua : Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, namun di antara keduanya masih boleh ditarjihkan di

antara salah satu daripadanya disebabkan salah satunya lebih sahih di antara yang lain ataupun

perawi pertama telah menyaksikan sendiri kejadian tersebut, oleh itu, dalam keadaan tersebut, riwayat

ini seharusnya diterima sebagai sebab nuzul.

Riwayat pertama :- Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud berkata :

Maksudnya: “Suatu ketika aku berjalan bersama nabi di Madinah. Baginda bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan orang Yahudi, salah seorang daripada mereka berkata ; ”Cubalah kamu tanya sesuatu kepadanya (nabi). Lalu mereka bertanya, ”Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi berdiri dan diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu sedang turun kepada baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu. Selepas itu baginda bersabda: sebagaimana firman Allah :

Page 19: ASBABUL NUZUL JULYANA

Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai muhammad) tentang roh. Katakanlah: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku…”

(Surah al-Isra’ ayat 85)

Page 20: ASBABUL NUZUL JULYANA

Riwayat kedua: Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi katanya :

 : هذا عنه نسأل شيئHا أعطونا لليهود قريش قالت : اآلية هذه فنزلت الروح عن سلوه فقالوا الرجل

Maksudnya : “Orang-orang Quraisy berkata kepada orang Yahudi. ”Berilah kepada kami sesuatu persoalan untuk kami tanya kepada lelaki ini (nabi Muhammad). Mereka menjawab : Tanyalah kepadanya tentang roh. Maka mereka pun bertanya kepada nabi. Maka Allah menurunkan ayat ”

Daripada kedua-dua riwayat tersebut, riwayat pertama adalah lebih rajih berbanding riwayat kedua. Ini adalah

kerana hadis pertama diriwayatkan oleh al-Bukhari.Selain itu, Ibn Mas’ud ada bersama nabi ketika peristiwa

penurunan ayat tersebut berlaku dan beliau menyaksikan sendiri keadaan itu. 

Justeru itu, riwayat pertama diterima sebagai sebab nuzul ayat tersebut.

Page 21: ASBABUL NUZUL JULYANA

Ketiga : Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan tidak pula dapat ditarjihkan, maka terimalah

kedua-dua riwayat sebagai asbabun nuzul . Dalam konteks ini kita hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua

peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam tempoh waktu yang berhampiran.

Riwayat pertama :- Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah daripada Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku sumbang dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda kepada Hilal:

Maksudnya : “Bawakan bukti atau belakang kamu akan kusebat . Hilal berkata : Wahai Rasululullah, bagaimana keadaannya kalau seseorang itu mendapati isterinya berlaku sumbang dengan seorang lelaki, adakah ia perlu membawa keterangan atau saksi juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda :”

Page 22: ASBABUL NUZUL JULYANA

Maksudnya : “Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. 

(Surah al-Nur ayat 6)”

Page 23: ASBABUL NUZUL JULYANA

Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim , lafaz hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl bin Sa’ad:

Maksudnya : “Bahawa ‘Umaymir telah datang kepada ‘Asim Ibn ‘Adi iaitu ketua bagi suku Bani ‘Ajlan sambil berkata : Apa pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya bersekedudukan dengan lelaki lain , apakah patut ia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu ia dibalas bunuh pula atau apakah yang sepatutnya dilakukan ? Tolonglah tuan hamba bertanyakan Rasululah tentang perkara ini? Selepas itu, ‘Asim pergi kepada Rasulullah dan bertanya : Wahai Rasulullah (‘Asim bertanya tentang perkara ‘Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka melayani pertanyaan seumpama itu. Lalu baginda mengecam pertanyaan seumpama itu. Walau bagaimanapun, ‘Uwaymir masih tidak berpuashati , sambil beliau bersumpah: Demi Allah , aku tidak puas hati kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda tentang hal tersebut. Maka ‘Uwaymir pun datang menemui baginda sambil berkata : Wahai Rasuullah, seseorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain, adakah patut dia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu, ia akan dibunuh balas pula, atau apakah yang sepatutnya ia lakukan. Maka baginda menjawab:Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat tentang kamu dan isteri kau kemudian nabi memerintahkan kepada suami isteri untuk bermula‘anah , sebagaimana Allah sebutkan di dalan kitabNya. Maka ia melakukan li’an dengan isterinya iaitu firman Allah :”

Page 24: ASBABUL NUZUL JULYANA

Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama sahih oleh itu, kita hendaklah mengambil kedua-dua

riwayat itu sebab nuzul ayat berkenaan. Kedua-dua peristiwa itu berlaku dalam masa yang

berdekatan di mana dalam riwayat tersebut kita boleh menyatakan bahawa orang pertama yang

bertanya ialah Hilal ibn Umaiyyah , kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh ‘Uwaymir

sebelum jawapan diberikan

Page 25: ASBABUL NUZUL JULYANA

Keempat :Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan tidak dapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak disebabkan

oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di antara keduanya adalah jarak masa yang jauh. Kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan

berulang kali dengan berasaskan sebab penurunannya juga lebih daripada satu.

Riwayat pertama :- Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-Bazzar daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasululullah SAW berdiri di samping mayat Hamzah yang gugur syahid dalam perang Uhud dalam keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalu baginda bersabda :

مکانک منهم بسبعين المسلنMaksudnya :- “Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang dari kalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau. Maka di saat itu, Jibril menurunkan ayat terakhir daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekat jenazah Hamzah. Firman Allah :”

Page 26: ASBABUL NUZUL JULYANA

Maksudnya :- “Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yan sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. ”

(Surah al-Nahl ayat 126)

Page 27: ASBABUL NUZUL JULYANA

Riwayat kedua: Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay ibn ka’ab yang berkata :

Maksudnya :- “Ketika berlangsungnya peperangan Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6 orang Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelarkan tubuhnya, maka berkatalah golongan Ansar : Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang kafir ) nescaya kami pasti akan akan mengajar mereka secukup-cukupnya. Ketika hari pembukaan kota Mekah maka Allah menurunkan ayat:”

Daripada kedua-dua riwayat ini kita tidak boleh mengumpulkan dan menyelaraskan di antara kedua-dua riwayat tersebut. Ini adalah kerana jarak waktu

di antara dua peristiwa itu yang terlalu jauh.Jika dilihat , Peperangan Uhud berlaku pada tahun ke-3 Hijrah manakala pembukaan Kota Mekah pula pada tahun-ke 8 Hijrah. Rumusan yang boleh dibuat ialah ayat tersebut diturunkan sebanyak dua

kali .

Page 28: ASBABUL NUZUL JULYANA

Kelima : Apabila kedua-dua riwayat tidak tegas.

“Ayat ini diturunkan tentang hal ini.” atau, “Aku mengira ayat ini diturunkan tentang hal ini.”Dalam hal ini tiada percanggahan di antara riwayat-riwayat itu kerana sebab atau maksud riwayat tersebut adalah sebagai penjelasan atau pentafsiran dimana perkara itu terkandung di dalam makna ayat.

Ia bukan menyatakan sebab nuzul kecualilah ada qarinah (bukti) yang membawa maksud penjelasan tentang sebab nuzul.

Page 29: ASBABUL NUZUL JULYANA

Keenam : Salah satu daripada ungkapan riwayat tidak tegas.

Riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca Surah al-Baqarah ayat 223 : yang bermaksud Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai….Maka Ibn Umar berkata kepadaku Tahukah engku tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku menjawab: Tidak tahu. Ibn Umar berkata : Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan menyetubuhi isteri dari arah belakang.

Page 30: ASBABUL NUZUL JULYANA

Riwayat kedua:- Hadis yang diterima daripada melalui Jabir yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai’ dan Ibn Majah, Jabir berkata:

Maksudnya :- “Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling. Dengan sebab itu, turunlah ayat 223 surah al-Baqarah.”

Maksudnya :- “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman”

(Surah al-Baqarah ayat 223)

Page 31: ASBABUL NUZUL JULYANA

Dalam hal ini riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan kerana tegas manakala

riwayat ungkapan Ibn Umar diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul.

Page 32: ASBABUL NUZUL JULYANA

(3) Satu sebab nuzul untuk banyak ayatKadang kala satu kejadian menyebabkan wahyu

turun dua kali atau lebih , iaitu sesuatu yang dipanggil oleh ulama dengan istilah : Turun

beberapa wahyu kerana sebab yang satu . Ini menunjukkan permasalahan

itu penting hinggakan banyak ayat yang diturunkan dalam pelbagai surah berkenaan satu

peristiwa.

(1)Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim Katanya :

! فأنزل   بشيء الهجرة فـي النساء يذكر الله أسمع ال الله رسول ياالله :

Maksudnya :- “Wahai Rasululah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang orang perempuan sedikit pun tentang Hijrah. Maka Allah menurunkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 195.”

Page 33: ASBABUL NUZUL JULYANA

Maksudnya :- “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

(surah ali ‘imram ayat 195)

Page 34: ASBABUL NUZUL JULYANA

(2) Daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Hakim katanya, aku bertanya Rasulullah :

Maksudnya :- “Wahai Rasulullah ! Engkau menyebut para lelaki dan tidak pernah menyebut para perempuan. Maka Allah menurunkan Surah al-Nisa’ ayat 32.

Maksudnya :- “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Surah al-Nisa’ ayat 32)

Page 35: ASBABUL NUZUL JULYANA

Maksudnya :- “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.“

(Surah al-Ahzab ayat 35)

Page 36: ASBABUL NUZUL JULYANA

Pegangan Ialah

Lafaz Umum,

bukan Sebab

Khusus

Page 37: ASBABUL NUZUL JULYANA

Para ulama usul berbeza pendapat dalam hal yang mana mesti diperhatikan untuk pegangan

sama ada umumnya lafaz atau khususnya sebab . Adakah hukum itu hanya berlaku atas kejadian peristiwa atau perseorangan tertentu

yang di situ ayat diturunkan atau hukum itu menjadi bersifat umum untuk kesemuanya . Menurut jumhur ulama , bahawa yang mesti

diperhatikan adalah umumnya lafaz dan bukan khususnya sebab. Ini pendapat ynag sahih. Apabila sesuatu ayat sesuai dengan sebab

secara umum atau sesuai dengan sebab secara khusus. Maka yang umum itu diterapkam kepada keumumannya dan yang khusus itu diterapkan

kepada kekhususannya.

Page 38: ASBABUL NUZUL JULYANA

Maksudnya :- “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

(Surah al-Baqarah ayat 222)

Page 39: ASBABUL NUZUL JULYANA

Daripada Anas bin Malik berkata yang bermaksud : Apabila setiap kali isteri-isteri oranag yahudi berhaidh, mereka dipulau

atau dikeluarkan daripada rumah tidak diberi makan atau diberi minum dan di dalam rumah mereka tidak bersama . Dengan itu Rasulullah ditanya tentang perkara itu, maka Allah menurunkan

ayat tersebut. Kemudian Nabi bersabda : ”Bersama-samalah dengan mereka di dalam rumah dan perbuatlah apa

sahaja, kecuali menyetubuhinya.”

Perkara yang menjadi perbincangan ialah jika sesuatu sebab itu khusus sedangkan ayat yang

diturunkan berbentuk umum. Dalam hal ini pendapat ulama terbahagi kepada dua.

Page 40: ASBABUL NUZUL JULYANA

Pendapat pertama :- Jumhur ulama berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz umum bukannya sebab yang khusus.

Contohnya :- Berkenaan ayat li’an.Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Tirmizi dan Ibn majah di mana Ibn. Abbas berkata yang bermaksud: Daripada Ibn Abbas katanya Hilal Ibn Umayyah telah menuduh isterinya berzina dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan nabi. Nabi bersabda “Hendaklah ada bukti atau saksi, kalau tidak belakang engkau akan disebat”. Hilal berkata “Wahai Rasulullah! Apabila seseorang daripada kami (suami) melihat lelaki bersama (melakukan persetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah seharusnya ia membawa bukti atau saksi juga ? Rasululah menjawab, “Saksi atau bukti, jika tidak belakang kamu akan disebat”. Hilal berkata lagi, “Demi yang mengutuskan engkau (Allah) dengan kebenaran, sesungguhnya saya berkata benar. Moga-moga Allah akan menurunkan ayat yang melepaskan belakang aku daripada disebat. Maka turunlah malaikat Jibril menurunkan ayat : Surah al-nur ayat 6 hingga 9.

Page 41: ASBABUL NUZUL JULYANA

Lafaz أزواجهم يرمون dan orang-orang yang menuduh ( ( والذين

isterinya berzina adalah dalam bentuk lafaz umum, namun begitu hukumnya bukanlah hanya terhenti kepada peristiwa yang khusus itu sahaja. Iaitu ia bukan hanya tertumpu kepada peristiwa Hilal

yang menuduh isterinya sahaja tetapi hukum yang dipegang ialah dengan meliputi semua kes lain atau kes menuduh isteri untuk semua orang (suami) tanpa perlu kepada dalil atau ayat lain.

Pendapat kedua:- Segelintir ulama mengatakan dimana yang menjadi pegangan dan hukum yang dipegang ialah sebab khusus, bukan lafaz yang umum. Mereka berpendapat demiakian kerana lafaz yang umum itu menunjukkan bentuk sebab yang khusus. Untuk berpegang dan menghukumkannya harus ada sokongan daripada dalil yang lain.

Page 42: ASBABUL NUZUL JULYANA

Faedah Mengetahui Sebab Nuzul

Page 43: ASBABUL NUZUL JULYANA

Mengetahui hikmat diperundangkan sesuatu

hukum

Mengkhususkan serta membataskan hukum yang diturunkan dengan sebab

yang berlaku

Syariat islam memberi perhatian yang serius terhadap kepentingan

umun

Mentafsirkan ayat berdasarkan sebuah

kesah dan cerita benar

Membantu memahami ayat dan maksud al-quran

Mengetahui pengkhususan hukum

Membantu ahli tafsir dan fiqh mengithbat hukum

Mengetahui ayat nasikh dan mansukh

Page 44: ASBABUL NUZUL JULYANA

70. Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, Iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri Yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka Dengan membawa keterangan Yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah Yang menganiaya diri sendiri.

(surah at-taubah ; 70)

BACK

Page 45: ASBABUL NUZUL JULYANA

97. Allah menjadikan Kaabah, Rumah Yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan Ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan Yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada di langit dan apa Yang ada di bumi, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(surah al-Mai’dah: 97)

BACK

Page 46: ASBABUL NUZUL JULYANA

15. sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air Yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu Yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak Yang lazat bagi orang-orang Yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu Yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (adakah orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam syurga Yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam neraka dan diberi minum dari air Yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)! (surah Muhammad: 15)

BACK

Page 47: ASBABUL NUZUL JULYANA

30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah agama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, Iaitu agama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu ; itulah agama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

(surah al-Rum:30)

BACK

Page 48: ASBABUL NUZUL JULYANA