Upload
znazeha
View
1.565
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
1.1 MAKSUD MAQASID SYARIAH
Maqasid yang dimaksudkan dari segi bahasa ialah “maqsad” yang diambil
dari perkataan bahasa arab. Pengertian maqasid dari sudut bahasa melayu pula
adalah tujuan dan maksud. Perkataan ini membawa pelbagai makna antaranya
menuju, arah jalan yang lurus atau memecahkan. Menurut Asmadi Mohamed
Naim perkataan al-Qasd pula membawa kepada maksud tongkat. Ini bermakna
dengan adanya maqasid ia banyak faedah kepada manusia iaitu dapat
membantunya dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.1
Pelbagai pandangan tokoh mengenai maqasid dan pengertiannya. Antara
pendapat yang memperkatakan mengenai maqasid ialah seorang cendikiawan
islam iaitu Ismail al-Hasani, beliau telah membuat syair bagi mengaitkan
maksud maqasid yang dikatakan tujuan dalam syariat islam. Syair beliau
didalam buku tersebut yang berbunyi:
” Sesungguhnya seruan kearah al-Qasadiyyah (matlamat akhir atau tujuan
syariat) adalah tugas pertama dalam syariat islam. Ia menunjukkan dan
membawa perbuatan seseorang manusia kepada perbuatan, yang perbuatan
tersebut dilakukan. Oleh seseorang yang niatnya bertepatan dengan kehendak
Allah S.W.T ketika mensyariatkannya keatas manusia”.
Manakala menurut pendapat imam al-Syatibi didalam buku yang berjudul
maqasid syariah dan pemikiran pengurusan islam yang dimaksudkan dengan
maqasid itu sebenarnya:
Pertama: Maksud dan matlamat akhir syariah islam adalah supaya dilaksanakan
sesuatu hukum yang diminta untuk dilaksanakan dan meninggalkan perbuatan
yang dilarang melakukannya.
1 Asmadi Mohamed Naim (2003). Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
1
Kedua: Matlamat akhir syariah Islam supaya dilaksanakan sesuatu yang
maksud dan pengertiannya dapat difahami secara terus daripada al-Qur’an dan
al-Sunnah tanpa menggunakan al-Qiyas dan sebagainya.
Ketiga: Matlamat syariat Islam untuk memperoleh maksud yang menjadi tujuan
kepada pelaksanaan sesuatu hukum.
1.2 TUJUAN MAQASID
Diciptakan manusia dipermukaan bumi adalah bertujuan sebagai khalifah
yang dilengkapi dengan peraturan-peraturan yang sempurna agar ia dapat
menyelamatkan manusia dari segala kejahatan dan penindasan. Peraturan inilah
yang disebut sebagai syariah. Selagi mana manusia berpegang dengan prinsip-
prinsip syariah pasti mereka memperoleh kehidupan yang selamat di dunia dan
di akhirat.
Syariat yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w telah dinyatakan di dalam al-
Quran sebagaimana firman Allah yang berbunyi :
” tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk
menjadi rahmat sekalian alam”.
Syariat Islam amat mementingkan keutamaan dalam pengurusan umatnya.
Keberadaan maqasid di dalam kehidupan manusia itu banyak membantu dalam
menguruskan kehidupan agar menjadi lebih teratur.
Tujuan utama perundangan hukum Syara’ atau maqasid syariah ialah
memberikan kebaikan yang sememangnya diperlukan oleh setiap orang.
Perundangan hukum syara’ adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan
kebaikan manusia sejagat. Dalam kehidupan, tidak kira apa jenis manusia tidak
kira sama ada yang bertamadun atau yang hidup di dalam hutan belantara,
mereka semua amat memerlukan kepada sesuatu yang baik agar ia memberi
manfaat bagi mereka. Sudah pasti semua yang diinginkan oleh mereka adalah
sesuatu yang memberi manfaat dan mereka juga mendapat manfaat tersebut.
Pada prinsip asas syariat tiga perkara yang menjadi keutamaan dan
dipelihara oleh Islam. Dengan erti kata lain, ianya amat menitikberatkan perkara
2
daruriyat (amat perlu) dari perkara hajiyat (perkara perlu) dan perkara
tahsiniyat (pelengkap).
1.3 KEPENTINGAN MENGETAHUI MAQASID SYARIAH
Mengetahui tujuan-tujuan dan kepentingan maqasid syariah yang telah
ditetapkan oleh syaa’ adalah menjadi perkara-perkara yang penting dalam diri
setiap yang bergelar muslim. Kepentingan untuk mengetahui maqasid syariah
adalah kerana ia dapat membantu seorang mujtahid didalam perkara-perkara
seperti:
i. Untuk memahami nas-nas syara’ dan mengaplikasikannya keatas
masalah-masalah yang baru timbul atau berdalil dengannya keatas
hukum masalah-masalah tersebut.
ii. Bertujuan untuk mengenalpasti diantara dalil-dalil yang bertentangan
antara satu sama lain dan mengetahui dalil yang lebih utama untuk
diterima pakai atau ditinggalkannya berhubung dengan masalah-
masalah yang didapati beberapa dalil yang bertentangan dengannya.2
Oleh yang demikian, setiap yang bergelar umat islam wajib keatas kita untuk
mengetahui maqasid syariah yang mana islam menjaga setiap kemaslahatan
setiap umatya dari pelbagai aspek.
2.0 KEDUDUKAN MAQASID SYARIAH DALAM PEMBENTUKAN HUKUM
DARI SUDUT KESAN TERHADAP MASYARAKAT.
Kedudukan maqasid syariah yang telah ditetapkan dalam syariat islam dikategorikan
kepada tiga bahagian:
2.1 MASLAHAH DARURIYAT
Tujuan utama syariah Islam menetapkan maslahah dalam kehidupan manusia
adalah bertujuan untuk menjadikan kehidupan sesebuah masyarakat menjadi
lebih teratur. Antara salah satu kemaslahatan yang dijaga oleh Islam ialah
maslahah daruriyat. Maslahah daruriyat bermaksud ialah perkara yang menjadi
2 Abdul Karim Ali, Raihanah Hj Azahari. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia yang Membangun. Shah Alam : Universiti Malaya
3
asas utama dalam kehidupan manusia. Sekiranya perkara daruriyat ini tidak ada,
kehidupan mereka menjadi tidak berperaturan. Nilai hidup mereka akan terjejas
teruk. Kepentingan dan kebajikan tidak terjamin. Keadaan menjadi kucar- kafir
dan tidak berketentuan.
Perkara-perkara yang dititikberatkan oleh syariat Islam dalam menjaga
kemaslahatan dari aspek daruriyat (keperluan asasi) dapat dibahagikan pula
kepada lima penjagaan iaitu penjagaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta
benda. Segala urusan agama dan keduniaan dibina atas dasar menjaga
maslahah-maslahah ini dan hanya dengan memeliharanya segala urusan yang
dilaksanakan oleh seseorang individu itu akan berjalan dengan lancar. Oleh
sebab itu dikatakan sekiranya perkara ini tidak terdapat dalam kehidupan
masyarakat maka ia akan memberikan kesan negatif terhadapnya.3
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam firman Allah S.W.T :
Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman
untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah,
tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya,
tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki
mereka[1472] dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, Maka
terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk
mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-
Mumtahanah:12)4
2.1.1 Memelihara Agama
Manusia diciptakan didunia agar dapat mengamalkan ajaran
Islam yang sebenar dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini
3 Abdul Karim Ali, Raihanah Hj Azahari. Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia yang Membangun. Shah Alam : Universiti Malaya4 Surah al-Mumtahanah: ayat 12
4
maka ianya diperlengkapi dengan nafsu dan akal. Peranan bagi
manusia itu sendiri agar dapat memegang ajaran Islam diatas
landasannya yang sebenar. Oleh sebab itu maqasid itu dibentuk
supaya manusia itu dapat memelihara maslahah yang telah ditetapkan
oleh Islam. Menjadi tanggungjawab bagi manusia itu untuk
memelihara agamanya dari dihancurkan oleh musuh Islam. Dengan
syariat yang diturunkan kepada manusia perlulah berusaha agar
mampu memelihara metod kehidupan kita yang berlandaskan islam
yakni agama yang suci dan keyakinan dari kerosakan yang mungkin
timbul disebabkan pencampuran dari pihak lain.
2.1.2 Memelihara Jiwa
Jiwa adalah merupakan elemen penting dalam kehidupan
manusia. Tanpa jiwa maka manusia itu akan hilang dari kehidupan
dunia. Ia sama sekali tidak dapat dijual beli dan dikembalikan
semula. Islam adalah agama yang indah sangat menghargai jiwa ini,
ia meletakkan jiwa diposisi yang tinggi. Oleh kerana itu Allah
menitikberatkan kepada manusia agar sentiasa memelihara jiwa.
Walaubagaimanapun adanya kecenderungan negatif mereka
seringkali hilang kesedaran sehinggakan sanggup membunuh antara
satu sama lain. Syariat Islam mengerti betapa pentingnya jiwa ini
sehinggakan adanya perlindungan Islam terhadap sesuatu perkara
yang akan mengancam jiwa manusia.
2.1.3 Memelihara Akal
Ada perkara yang berbeza diantara manusia dengan makhluk
lain iaitu akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Akal memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa akal
manusia tidak dapat memikirkan serta menentukan diantara perkara
yang baik mahupun perkara buruk. Manusia dikurniakan akal agar ia
berfungsi untuk melancarkan lagi kegiatan harian secara normal.
Salah satu fungsi akal yang ada disebutkan didalam Islam ialah dalam
5
mempergunakan akal dan memeliharanya. Bukti menunjukkan
bahawa Islam itu sangat mementingkan kepada pemeliharaan akal
adalah merujuk kepada pengharaman arak. Islam sangat menjaga
maslahah umatnya supaya akal yang dianugerahkan oleh Allah itu
dapat dijaga dengan sebaiknya.
2.1.4 Memelihara Keturunan
Keturunan merupakan penyambung kepada generasi pada
masa akan datang. Islam mensyariatkan kepada seluruh manusia
agar menjaga serta memelihara keturunan agar ia sentiasa bersih dan
terhindar dari perkara yang boleh merosakkan sesebuah keturunan.
Sebagai contoh perlindungan Islam dalam konteks pemeliharaan
keturunan, Islam sama sekali tidak membenarkan serta tidak
memberi peluang walau sedikit pun adanya hubungan rambang.
Sebagaimana firman Allah:
Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu
jalan yang buruk.5
Islam sangat menekankan bahawa penjagaan keturunan itu
penting dan perkara ini mestilah diambil berat oleh semua yang
bergelar Islam. Ini kerana sudah pasti terdapatnya kemaslahatan
yang dijaga dalam konteks memelihara keturunan.
2.1.5 Memelihara Harta
Harta adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah
s..w.t kepada manusia. Semua manusia itu mempunyai
kecenderungan untuk memiliki dan menguasai harta. Kecenderungan
yang tinggi juga diiringi dengan penegasan agar ia dapat dipelihara.
Aturan yang berkaitan dengan harta serta perlindungan Islam
terhadapnya telah diatur didalam syariat Islam. Ibnu Taymiyyah
mengatakan bahawa syariah itu datang adalah bertujuan
5 Surah al-Israa : 32
6
merealisasikan dan menyempurnakan maslahah dan membendung
serta mengurangkan kerosakan6. Oleh sebab itu Islam menggalakkan
manusia untuk bergiat serta melaksanakan muamalat. Prinsip
muamalah inilah yang mendidik jiwa manusia agar bertransaksi
secara adil dan menjaga ketetapan yang berkaitan dengan harta.
Hukum daruriyat itu wajib dilaksanakan, tiada hukum lain yang boleh
menghalangnya melainkan dalam kelompok daruriyat itu sendiri. Maka hukum
daruriyat yang tinggi perlu diutamakan dari hukum daruriyat yang rendah.
Sebagaimana contoh, jihad itu adalah diutamakan kerana bertujuan untuk
memelihara agama sekalipun terpaksa berkorban nyawa. Begitulah tersusunnya
islam menjaga perlindungan buat umat islam.
2.2 MASLAHAH HAJIYAT
Perkara kedua yang sangat dititikberatkan oleh agama Islam dalam
kehidupan umat Islam ialah maslahah hajiyat. Maslahah hajiyat bereti perkara
yang diperlukan manusia bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi
dalam urusan hidup seharian. Sekiranya perkara hajiyat ini tidak terdapat,
peraturan hidup manusia tidak terjejas sepertimana terjejasnya kehidupan
mereka apabila perkara daruriyat tidak ada. Tetapi mutu kehidupan mereka
berada di tahap yang buruk. Kehidupan mereka sentiasa berhadapan dengan
pelbagai masalah. Perkara hajiyat diperlukan bagi menghilangkan beban
daripada orang ramai agar mereka dapat menjalani kehidupan dan berurusan
sesama mereka dengan baik. Dari segi susunannya ia terletak selepas maslahah
daruriyat.7
2.3 MASLAHAH TAHSINIYAT
Kemaslahatan yang turut dijaga oleh syariat Islam terhadap umatnya adalah
maslahah tahsiniyat yang dikenali sebagai pelengkap kehidupan. Maslahah
tahsiniyat ialah perkara yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadikan
kehidupannya lebih bernilai akhlak dan pekerti mulia. Sekiranya perkara
tahsiniyat ini tidak ada, kehidupan tidak rosak seperti hilangnya perkara
6 Dr. Muhammad rawas Qal’ahji (2005). Urusan Kewangan Semasa menurut Perspektif Syariah Islam. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers7 Prof.Madya Selamat bin Hassim(2009). Usul Fiqh.Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
7
daruriyat dan tidak menimbulkan masalah berat seperti ketiadaan perkara
hajiyat, tetapi nilai kehidupan agak rendah. Nilai akhlak mulia tidak wujud lagi.
Keindahan adat budaya sudah tidak dihormati.
Jumhur ulama telah berpendapat bahawa hukum-hukum syara’ mengandungi
hikmah dan maqasidnya yang tersendiri iaitu menjaga kemaslahatan manusia didunia
dan akhirat. Pengamatan terhadap hukum-hukum ini telah menghasilkan suatu jalinan
yang rapat diantara hukum syarak dan maqasidnya. Oleh itu perkara ini penting untuk
diketahui oleh umum agar penjelasan dan kefahaman akan dapat dicapai.
3.0 PENGARUH MAQASID DALAM PEMBENTUKAN HUKUM DARI
PELBAGAI ASPEK
Islam menetapkan maqasid dalam kehidupan umat Islam bagi menjaga ketiga-tiga
maslahah bagi melindungi kehidupan manusia. Penjagaan Islam bagi perkara daruriyat
iaitu penjagaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Begitu juga Islam sangat
menjaga kesemua yang menjaga kemaslahatan umatnya. Pengaruh maqasid dalam
pembentukan hukum dapat dilihat dari aspek:
3.1 ASPEK IBADAH
Pembentukan hukum dari aspek ibadah telah ditetapkan didalam Islam.
Pelbagai perkara yang dapat dilihat yang mempengaruhi pembentukan sesebuah
hukum agar ia sentiasa memelihara agama yang dianutinya. Antara hukum yang
dapat dilihat didalam ibadah, telah disyariatkan beberapa kemudahan iaitu
rukhsah (keringanan) seperti sembahyang qasar dan jamak bagi orang yang
musafir.
Begitu juga telah dibenarkan kepada umat Islam untuk berbuka puasa
sekiranya sakit yang akan mendatangkan mudharat yang besar ataupun
kesakitan dan kebimbangan yang amat dahsyat kepada orang yang berpuasa.
Jika penyakitnya itu menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin
dahsyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan mati (sekiranya dia
meneruskan puasanya), maka pada waktu itu dia wajib berbuka.
Allah S.W.T juga memberikan keringanan kepada orang yang bermusafir
yang tidak kurang daripada 83 kilometer dengan syarat ia adalah permusafiran.
Allah S.W.T telah memberikan nikmat yang begitu indah dalam hidup insan
8
dimana Allah memudahkan segala urusan yang disyariatkan kepada umat Islam.
Dalil mengenai kedua-dua keuzuran ini ada disebutkan di dalam firman Allah
S.W.T :
Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau
dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa),
sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah
menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Selain itu juga, dalam ibadat Islam turut mensyariatkan agar setiap manusia
agar sentiasa bersuci dan menutup aurat didalam sembahyang, memakai bau-
bauan semasa berada di masjid dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai
serta mendampingi diri dengan Allah s.w.t dengan mengerjakan berbagai-bagai
ketaatan seperti sembahyang, puasa dan bersedekah. Ini kerana ia
mempengaruhi amalan yang dilaksanakan oleh individu berkenaan.
Keringanan juga diberi dalam ibadat melalui perkara-perkara hajiyat seperti
menunaikan sembahyang didalam keadaan duduk bagi bagi mereka yang tidak
mampu berdiri, gugur kewajipan bersembahyang bagi perempuan yang
didatangi haidh dan nifas. Dibenarkan juga bagi manusia untuk menyapu khauf
sebagai ganti basuh kaki ketika wudhuk semasa perjalanan sebagai musafir atau
tidak.
Begitu Allah S.W.T telah menetapkan suatu hukum yang amat memudahkan
umatnya disamping menjaga kemaslahatan semua orang. Pengaruh maqasid
dalam pembentukan hukum dari aspek ibadah dapat menjadikan seseorang
berusaha untuk menjaga agamanya agar sentiasa sempurna. Sesungguhnya
perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah perancangan yang
terbaik.
3.2 ASPEK MUAMALAT
9
Kasih kepada harta adalah merupakan fitrah dalam kehidupan manusia dan
harta juga merupakan keperluan penting yang mesti dijaga oleh manusia. Ia
merupakan keutamaan dalam perkara daruriyat. Islam mensyariatkan kepada
semua umat Islam agar sentiasa menjaga harta kerana didalamnya terkandung
maslahah-maslahah penting bagi manusia. Oleh sebab itu dikatakan maqasid
syariah itu banyak mempengaruhi atas pembentukan sesuatu hukum.
Dalam perkara urusan seharian atau muamalat banyak akad dan urusan yang
diharuskan syarak yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah orang ramai.
Antaranya ialah akad-akad jual beli, sewaan, syarikat, pelaburan dan lain-lain.
Demikian juga dalam hal tertentu syarak mengharuskan akad yang tidak
mengikut kaedah yang biasa diamalkan. Contohnya ialah akad salam
(tempahan), akad ini tidak mengikut amalan jual beli biasa yang dibenarkan di
mana barangan yang hendak dibeli atau dijual mesti ada semasa akad perjanjian
jual beli dibuat. Dalam akad salam barang yang dijual belum disiapkan lagi
sebaliknya akan disiapkan selepas menerima pesanan dengan syarat yang
tertentu. Jual beli seumpama ini diharuskan syarak kerana keadaan hidup orang
ramai memerlukan kepada akad yang sedemikian contohnya tempahan rumah,
kerja-kerja pemborongan, tempahan hasil pertanian dan banyak lagi. Dalam
lapangan pembuatan perkara ini banyak berlaku seperti menempah sesuatu
barang hasil buatan kilang.
Mengharamkan pencarian harta dari sumber yang tidak baik
Antara perkara-perkara yang turut diharamkan oleh syariat Islam adalah
riba, ihtikar (Monopoli harta yang diperlukan oleh umum), penipuan, berniaga
barang-barang haram, gharar, mengharamkan pengeksploitasian golongan kuat
terhadap golongan lemah. Pengharaman ini adalah bertujuan menjaga maslahah
orang ramai terutamanya perkara keutamaan yang telah ditetapkan dalam
maqasid syariah.
Bagi menjaga kepentingan orang ramai dan pengaruh keatas pembentukan
hukum, Islam mengharamkan pendapatan yang kotor kerana prinsip Islam ialah
menghalalkan yang baik dan mengharamkan yang kotor. Pencarian
(pendapatan) yang kotor ialah pendapatan yang diperoleh melalui jalan
10
kezaliman dan mengambil harta orang lain secara tidak benar seperti merompak,
mencuri, menipu, mengurangkan sukatan dan timbangan, memonopoli,
menggunakan kesempatan atas keterdesakan orang lain untuk mengaut
keuntungan dan lain-lain. Juga memperoleh sesuatu tidak sepadan dengan usaha
dan pengorbanan seperti riba, judi (termasuk loteri) dan sebagainya. Islam juga
mengharamkan pendapatan melalui aset yang haram seperti arak, babi, berhala,
patung, bijana yang diharamkan, anjing dan sebagainya. Juga pendapatan yang
dihasilkan melalui manfaat yang tidak diakui syara‘ seperti upah tukang ramal,
penenung nasib, pengurusan riba, atau bekerja di bar, disko dan tempat-tempat
hiburan yang diharamkan dan seumpamanya.
Islam membataskan para pemilik harta dalam pengembangan dan
pelaburan hanya melalui cara-cara yang dibenarkan oleh syara’ yang tidak
bertentangan dengan akhlak dan nilai moral yang tinggi serta kepentingan
umum. Ini kerana Islam tidak memisahkan antara ekonomi dan akhlak. Kerana
itu Islam mengharamkan:
a) Riba
Melalui sistem riba, pelaku riba mengeksploitasikan keperluan peminjam
dengan mengenakan ke atasnya lebihan yang diambil tanpa ada imbalan darinya
dalam bentuk kerja atau sumbangan pemikiran. Akibatnya orang kaya akan
bertambah kaya dan orang miskin akan bertambah miskin. Oleh itu al-Qur’an
amat keras dalam mengharamkan riba dan menjadikannya sebagai salah satu
dosa besar yang membinasakan. Rasulullah melaknati orang yang memakan
riba, yang diberi makan, penulisnya dan kedua-dua saksinya.
“Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-
hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".
padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan
riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah
11
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.
Ayat diatas dengan jelas undang-undang yang dilaksanakan dalam Islam
bagi menjaga harta dengan berdasarkan syarak iaitu membezakan antara
perbuatan riba dan jual beli. Allah tidak melarang jual beli. Bahkan dalam
rangka mencari keuntungan Allah tidak pernah memberi batasan berapa besar
seseorang boleh menjual barangnya. Dengan catatan tidak ada paksaan bagi
pembeli untuk membeli barang tersebut.
b) Ihtikar
Ihtikar ialah menyorok barang keperluan supaya harganya naik dengan
tujuan mengaut keuntungan yang banyak sedangkan orang itu mempunyai kuasa
monopoli. Ini juga diharamkan untuk mengelakkan dari sebarang kezaliman.
Maka ihtikar dikatakan berlaku jika seseorang itu menyorokkan sesuatu, barang
yang disorok itu adalah keperluan asa seperti gula, beras, garam dan mungkin
pada masa sekarang ini minyak,gas dan lain-lain serta orang itu mempunyai
kuasa monopoli atas barang tadi.
Perancangan Islam bagi menjaga umatnya terutamanya dari segi menjaga
harta Islam turut melarang umatnya mengambil harta orang lain secara salah.
Perbuatan ini adalah diharamkan. Islam melarang manusia membinasakan harta
kepunyaan orang lain dan diwajibkan membayar ganti ruginya. Islam sangat
melarang kepada berlakunya ihtikar ini kerana ia boleh membawa kepada
berlakunya kenaikan barangan8. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w
bersabda:
” Orang yang berusaha akan diberirezeki, sebaliknya orang yang menyorok
barangan dilaknat”9
8 Dr. Muhammad rawas Qal’ahji (2005). Urusan Kewangan Semasa menurt Perspektif Syariah Islam. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers9 Ibn Majah didalam al-Tijarat, Bab al-Ihtikar fi al-Aqwat
12
Sabda Rasulullah s.a.w :
”Seburuk-buruk hamba ialah orang yang menyorok barangan. Apabila
Allah menjadikan harga murah, dia berdukacita dan apabila Allah menjadikan
harga mahal, dia gembira”
Begitulah jelas keprihatinan Islam terhadap kebajikan-kebajikan umatnya
supaya dapat menjalani kehidupan yang selesa. Selain itu juga, mereka yang
mempunyai masalah pemikiran dilarang menjalankan urusniaga demi menjamin
keselamatan perpindahan harta serta tidak berlakunya penipuan dalam urusan
jual beli.
c) Tidak Memonopoli Hajat Orang Ramai
Dalam sabda Rasulullah s.a.w ada menyebutkan bahawa orang Islam itu
adalah bersaudara. Tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh menyerahkannya
kepada musuh. Berhubung dengan memonopoli hajat orang ramai, Islam
melarang dengan tegas tehadap tindakan memperlakukan perkara yang tidak
baik terhadap manusia. Terutama sekali mereka adalah merupakan saudara
seislam. Muamalat yang dilaksanakan atas dasar mengontrol harga, syarat-syarat
dan sebagainya bukanlah sepertimana yang dinyatakan Islam. Bahkan ia ditegah
sama sekali dilakukan oleh manusia.
Firman Allah S.W.T:
”janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan
timbangannya”10
Jelas disini menunjukkan bahawa didalam melaksanakan urusan muamalat
yang melibatkan hubungan antara seseorang dengan seseorang tidaklah boleh
kita melakukan sesuatu perkara yang akan menganiayai saudara kita sendiri. Ia
sangat dilarang dalam Islam dan perkara ini mestilah diambil berat oleh setiap
manusia.
10 Surah al-A’raf : ayat 85
13
3.3 ASPEK MUNAKAHAT
Manakala dari aspek munakahat pengaruh yang mewujudkan pembentukan
sesebuah hukum adalah hukum Syarak menetapkan hukum perkahwinan agar
kelahiran manusia berterusan. Maruah atau keturunan adalah perkara yang
daruriyat bagi manusia. Perkahwinan itu disyariatkan dan digalakkan kepada
umat Islam ini kerana dengan perkahwinan ia mengharuskan lelaki dan
perempuan melakukan persetubuhan hanya dengan menggunakan lafaz nikah.
Sepertimana didalam firman Allah S.W.T:
“ Maka hendaklah kamu kahwin mana-mana perempuan yang kamu ingini dua,
tiga dan empat, kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kahwinlah) seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Demikian itu
adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”.11
Begitu juga pensyariatan perkahwinan juga ada disebutkan didalam sabda
Nabi s.a.w yang bermaksud:
“ Barangsiapa suka kepada kejadianku (perangaiku dan tabiatku) maka
ikutlah sunnahku dan antara sunnahku itu ialah berkahwin. Maka barangsiapa
benci sunnahku itu bukanlah dari kalanganku”.
Islam mensyariatkan perkahwinan adalah untuk menjaga maslahah yang
utama iaitu daruriyat dengan cara memelihara keturunan bagi umat Islam. Oleh
sebab itu segala hukum yang berkaitan tentang perkahwinan dilaksanakan. Islam
menggalakkan perkahwinan adalah untuk mencapai maslahah seperti memenuhi
kehendak naluri dan sifat semulajadinya, ia juga dapat menghindarkan diri dari
melakukan perbuatan terkutuk yang akan menjadikan maruah dan keturunan
11 Surah an-Nisa : 3
14
akan hilang disebabkannya. Dalam erti kata lain bahawasanya Islam
menggariskan cara-cara yang diturunkan secara qat’i menegaskan agar setiap
manusia menjaga maruah yang telah dikurniakan.
Sebagaimana firman Allah S.W.T:
Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi :
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan
dapat berlaku adil.
Pelaksanaan ini juga turut dibantu oleh pihak kerajaan bagi membantu
Islam untuk menjaga maruah dan keturunan bagi individu. Bagi tujuan menjaga
maruah dan keturunan hukum syarak mengenakan hukuman had ke atas pesalah
zina dan pesalah yang membuat tuduhan zina. Pada sudut lain menunjukkan
bahawa Islam telah menyediakan hukuman tertentu terhadap sesiapa yang
melanggar kaedah penjagaan keturunan. Hukuman yang telah ditetapkan adalah
sebatan rotan sebanyak 100 kali dan penjara setahun bagi penzina bujang dan
hukuman rejam bagi penzina yang pernah berkahwin secara sah.
Sebagaimana firman Allah S.W.T:
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka
deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan
janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu
untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada
Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman
15
mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang
beriman.12
Perancangan Islam cukup indah bagi menjaga dan memelihara kesucian dan
keharmonian umat Islam. Oleh kerana umat Islam itu sendiri menjadikan
maqasid itu perlu dalam kehidupan umat Islam dan ia sangat mempengaruhi.
3.4 ASPEK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
Islam meletakkan satu penyusunan berkisar tentang pengurusan dan
pentadbiran yang teratur terutamanya dalam kehidupan. Begitu juga dengan
tujuan yang akan dicapai setelah pengurusan dan pentadbiran itu dilaksanakan.
Kesemuanya telah disusun rapi oleh syariat Islam bagi menjaga maslahah untuk
manusia. Berkaitan pengurusan dan pentadbiran Islam ia merujuk kepada
beberapa perkara yang sudah menjadi ketetapan didalam Islam supaya perkara
ini dilaksanakan.
Sebagai contoh ilmu-ilmu pengurusan yang dititikberatkan oleh Islam ialah
berkaitan dengan pemilihan pemimpin dalam berorganisasi dan penggunaan
sistem syura. Bagi pengkaji Islam, pendapat golongan ini mengatakan bahawa
bentuk pengurusan dan pentadbiran ini perlu dilihat jelas bagi memastikan
setiap manusia juga mendapat maslahahnya.
Pemerintahan (pentadbiran) didalam Islam dan pengurusannya adalah
berperanan menjaga dua bahagian utama iaitu menjaga agama dari aspek
perkembangan, pelaksanaan. Kedua, mengurus dunia bagi keselamatan nyawa,
kesejahteraan akal, kesucian keturunan dan maruah serta mendapatkan harta
yang halal dari segi syarak.13
12 Surah an-Nur : 1213 Asmadi Mohamed Naim (2003). Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
16
Dalam pemilihan pemimpin dalam sesebuah negara Islam telah
menggariskan beberapa tugas dan tanggungjawab yang perlu dijaga bagi
mengekalkan keharmonian dalam pengurusan dan pentadbiran. Antara tugas
yang telah digariskan oleh Islam menurut pendapat Imam Abu Ya’la al-Farra
ialah:
i) Menjaga agama melalui penjagaan prinsip-prinsip yang
disepakati oleh ulama terdahulu. Sebarang keraguan itu perlulah
diperjelaskan dengan hujah yang jelas.
ii) Melaksanakan hukuman terhadap orang-orang yang bertelingkah
dan menghentikan pertelingkahan supaya tertegaknya keadilan
iii) Menjaga keselamatan kawasan yang dikuasai supaya rakyat
berasa tenteram untuk hidup dan merasa selamat.
iv) Menegakkan hukuman hudud untuk mengelakkan pencabulan
terhadap hak-hak Allah, hak individu daripada kebinasaan.
v) Menguruskan soal kewangan seperti harta sedekah, zakat, cukai
dan lain-lain.
vi) Mengagihkan harta kepada mereka yang layak menerima.
vii) Memastikan bahawa setiap individu yang dipikulan
tanggungjawab diberikan latihan secukup-ckupnya supaya mutu
perkhidmatan mereka bertambah baik.
viii) Terlibat secara langsung dalam memerhatikan dan meneliti
permasalahan perkara yang diuruskan olehnya dan tidak mudah
dipengaruhi dengan laporan dari orang bawahan kerana
dikhuatiri ia akan dikhianati.
Sebuah masyarakat yang membangun, metod pentadbiran yang bersandarkan
maslahah amat diperlukan. Ianya dianggap lebih sempurna untuk melayani
keperluan-keperluan yang timbul akibat dari perubahan-perubahan yang pesat
dalam masyarakat berkenaan. Perubahan itu biasanya membawa bersama
kelahiran banyak masalah-masalah luar jangka yang memerlukan penyelesaian
dengan segera dan tepat. Lantaran itu beliau berpendapat sekiranya satu bentuk
pentadbiran yang konservatif dipertahankan dalam masyarakat yang
membangun begini, ia boleh membantutkan kelancaran pembangunan itu sendiri
malah akan merupakan suatu penghalang besar terhadap penerusannya.
17
Secara kesimpulannya, segala hal yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran itu mestilah matlamatnya untuk mendapatkan kesejahteraan
beragama Islam. Keharmonian dalam hidup merujuk kepada matlamat dalam
mendahulukan perkara yang menjadi keutamaan iaitu mendahulukan perkara
daruriyat, diikuti dengan perkara-perkara perlu (al-hajiyat) dan seterusnya
dilengkapi dengan perkara tahsiniyat. Oleh itu pengurusan Islam mencakupi
kesempurnaan dunia dan akhirat. Perancang yang terbaik didalam pengurusan
dan pentadbiran mampu mewujudkan kehidupan yang harmoni.
3.5 ASPEK JENAYAH
Wujudnya maqasid syariah sangat mempengaruhi kepada pembentukan
sesuatu hukum Islam sangat menyusun rapi mengenai perlindungan manusia
dalam kehidupan terutama sekali berkaitan dengan nyawa. Oleh kerana
kehidupan dan kemajuan semakin membangun dan dikhuatiri perkembangan
yang berlaku mewujudkan kepada perselisihan serta pergelutan nyawa. Justeru
itu, islam mengambil tindakan yang bijak sejak awal lagi dengan menetapkan
beberapa perlindungan bagi memelihara nyawa manusia.
1) Pengharaman membunuh tanpa sebab
Islam sentiasa tegas dalam menyusun dan mengatur langkah agar jiwa dan
kehidupan manusia sentiasa terjaga. Sebagai contoh, dalam pembentukan hukum
Islam, syariat Islam begitu tegas dalam mengharamkan seseorang yang
membunuh seseorang yang lain tanpa sebab. Islam turut mengancam perbuatan
tersebut dengan azab yang akan ditimpa terhadap pembunuh pada masa akhirat
kelak.
2) Islam mewujudkan hukuman qisas
Hukum qisas ini diadakan adalah untuk menjaga setiap kebajikan dan
kemaslahatan diri manusia diatas segala perbuatan yang dilakukan untuk
menjaga keselamatan nyawa. Sekiranya pembunuhan berlaku dan menyebabkan
18
satu kematian, maka hukuman qisas perlu dilakukan bagi mengelak daripada
berlaku lebih banyak pembunuhan, kerana sekiranya hukuman ini dilakukan
dapat menakutkan orang lain supaya tidak melakukan kemusnahan dan
penderhakaan kepada Allah dengan membunuh atau menghilangkan nyawa dan
mencederakan diri dan orang lain, kerana nyawa adalah milik Allah dan semua
perbuatan ini hanya Allah sahaja yang layak melakukannya. Langkah ini lebih
jelas apabila Allah S.W.T telah menetapkan hukum tertentu terhadap orang yang
mencabuli nyawa orang lain. Oleh sebab itu hukum qisas diwujudkan yang
berasaskan prinsip bahawa ” hukuman setimpal seperti perbuatan pembunuh”.14
Dalam menjaga harta, Islam mengharamkan perbuatan mencuri dan setiap
mereka yang mencuri itu akan dikenakan hukuman. Oleh sebab itu, Islam
mewujudkan hukuman qisas bagi mereka yang melakukan jenayah mencuri.
Sebagaimana firman Allah S.W.T :
“ Hai orang-orang beriman! Telah diwajibkan kepadamu qisas berkenaan
orang yang dibunuh; orang wanita dengan wanita dan barang siapa yang dapat
pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan
cara yang baik dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada
yang memberi maaf dengan cara yang baik pula. Yang demikian itu suatu
keringanan dari Rab (Tuhan) kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang
melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yang sangat pedih”.15
Ini adalah bertujuan untuk memberikan pengajaran bagi setiap mereka yang
melanggar hukumnya. Setiap manusia itu dipertanggungjawabkan diatas segala
14 Asmadi Mohamed Naim (2003). Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Sintok: Universiti Utara Malaysia.15 Surah al-Baqarah : 178
19
apa yang mereka lakukan, sama ada perkara yang mereka lakukan itu baik atau
buruk, mahupun kecil atau besar, semua kesalahan berikut tetap akan mendapat
hukumannya.
Rancangan yang diwujudkan Islam bagi menjaga kemashalatan umatnya dari
segi penjagaan harta adalah dengan mewujudkan sistem undang-undang Islam
bagi mereka yang melakukan kekecohan dan kerosakan keatas harta yang
dimiliki oleh orang lain. Sudah diketahui oleh umum bahawasanya hukum
undang-undang jenayah Islam adalah undang yang terbaik walaupun pada masa
kini hanya dilaksanakan secara teori tetapi ia juga perlu diketahui oleh umum
agar ia dapat dipraktikkan bagi menjaga kemaslahatan umum.
Firman Allah S.W.T :
Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa
Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari
Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.16
Dalam konteks Islam mengenai hukuman jenayah, Islam telah menetapkan
hukuman yang perlu dijatuhkan keatas pencuri seperti qisas, hudud, agar
kehidupan seseorang akan lebih terjamin, selamat dan sentiasa dilindungi.
Sepertimana yang kita ketahui, mencuri itu merupakan sesuatu perbuatan yang
diharamkan dan dihukumkan berdosa sekiranya individu Islam melakukan
perkara itu dan jelas-jelas perbuatan tersebut menunjukkan suatu jenayah. Oleh
sebab itu Islam mewujudkan hukuman qisas terhadap mereka yang sabit
kesalahan dan cukup syaratnya dan ia mestilah dikenakan hukuman had dan
potong tangan.
Selain nas Al-Qur’an dalam hadith Nabi s.a.w juga pernah menjatuhkan
hukuman potong tangan terhadap pencuri yang sabit kesalahannya.
Sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar yang
bermaksud : Dimana Nabi telah memotong tangan orang yang mencuri perisai
yang digunakan dalam peperangan yang berharga 3 dirham.
16 Surah al-Maidah: 38
20
Perancangan Islam begitu tersusun dan amat penting diaplikasikan dalam
kehidupan umatnya bagi menjaga kepentingan harta dalam kehidupan mereka.
Allah S.W.T telah menetapkan segala undang-undangNya dan tanpa seseorang
pun boleh melanggarnya serta mengingkarinya. Perintah had tersebut tidak
boleh dimaafkan sesiapa pun dan ia mestilah dilaksanakan apabila telah dibawa
kepada hakim dan sah kesalahnnya di mahkamah.
Begitu juga perlindungan yang sudah diwujudkan di Malaysia iaitu
mahkamah-mahkamah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
hukuman terhadap mereka yang mencuri dan melakukan jenayah lain. Perbuatan
yang dikatakan jenayah itu mestilah dihalang atau diambil tindakan17.
Mahkamah yang dipertanggungjawab perlulah menentukan pelaku jenayah
bersalah atau tidak. Selepas itu barulah dikenakan hukuman keseksaan kepada
pesalah agar orang lain akan selamat dan masyarakat menjadi tenteram dan
stabil. Oleh kerana itulah perlunya undang-undang jenayah agar ia dapat
menjaga keperluan asas yang lima terutamanya penjagaan nyawa.
3)Mengharamkan pengeksploitasian golongan kuat terhadap golongan
lemah
Antara perkara yang sangat diharamkan ialah pengeksploitasian golongan
kuat terhadap golongan lemah. Umpamanya pemegang wasiat yang memakan
harta anak-anak yatim, para pemimpin memakan harta rakyat, majikan
memakan hak pekerja dan pemilik tanah yang memakan hasil titik peluh petani
tanpa bayaran upah. Antara lain yang diharamkan secara keras oleh Islam ialah
mengambil harta awam secara salah, kerana setiap orang mempunyai hak ke
atas harta awam. Jika ia mencuri atau merampasnya bererti ia telah menzalimi
mereka keseluruhannya. Kelak mereka semua akan menuntutnya pada Hari
Kiamat nanti.
Begitu juga diharamkan menggunakan harta awam ke atas para pemerintah
yang tinggi sepertimana ia juga haram ke atas kerani-kerani yang rendah. Tidak
harus bagi mereka mengambil walau satu sen pun dengan jalan yang salah.
17 Zaini Nasohah (2004) Syariah dan Undang-Undang Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications
21
Mereka tidak boleh menggunakan jawatan mereka untuk menimbun kekayaan
atas alasan bonus atau hadiah.
Justeru itu jelaslah menunjukkan bahawa Allah s.w.t membuat undang-
undang yang terbaik bagi melindungi hamba-hambaNya daripada ancaman yang
sangat merbahaya berikutan penjagaan harta. Ekoran dari perkara tersebut ia
sekaligus dapat memberikan pengajaran kepada mereka yang yang bersalah
dengan hukuman yang sepatutnya serta setimpal untuk mereka. Sesungguhnya
Allah S.W.T itu Maha Adil dan lagi Maha Bijaksana dalam menjaga
kemashalatan hamba-hambaNya.
4.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, maqasid syariah adalah merupakan matlamat-
matlamat yang ingin dicapai oleh syara dalam pensyariatan hukum. Dengan adanya
maqasid syariah yang telah diwujudkan sejak dulu lagi maka ia banyak
mempengaruhi dalam pembentukan sesuatu hukum. Adanya maqasid syariah ia
dapat menjaga maslahah umat Islam dalam kehidupan serta menyempurnakan
segala kekurangan yang ada.
Sebagimana perkara yang telah dinyatakan dalam pembahagian maslahah
daruriyat, hajiyat dan tahsiniyat menunjukkan bahawa setiap manusia ini disuruh
untuk sentiasa memelihara dan menjaga nikmat yang telah diberikan oleh Allah.
Oleh sebab itu setiap hukum yang telah disyariatkan oleh Islam mempunyai manfaat
dan rahsia yang tersendiri. Lantaran daripada adanya maqasid syariah ini maka
sesuatu hukum itu terbentuk. Jelas disini bahawa ia menunjukkan bahawa syariat
Islam menuju kearah melaksanakan matlamat am iaitu membahagiakan individu,
masyarakat, menjaga sistem dan membangun dunia.
22