ASGMNT JUDI SIMPANAN

  • Upload
    zee0981

  • View
    1.085

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

1. 2. 3. 4.

ROHAIDAH BINTI HJ ABD HAFNI ASMIZAR BINTI AZAHAR TITEN RAHAYU BINTI ELIAS SUHAILA BINTI MOHD SHARIFF

DX 091756PIJ01 DX 091772PIJ01 DX 091779PIJ01 DX 091762PIJ01

FAKULTI TAMADUN ISLAM

PENSYARAH: USTAZ AHMAD FUHAD BIN ALIMSEMESTER II, SESI 2011/2012

PENGHARGAAN

BismillahHirrahmaNirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Di kesempatan ini kami ingin mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-Nya maka kami dapat menyiapkan Tugasan Berkumpulan ini.

Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek Usul Fiqh II iaitu Ustaz Ahmad Fuhad Bin Alim atas bimbingan, tunjuk ajar serta galakan yang diberikan sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan berkumpulan ini. Huluran bantuan dan sokongan yang diberikan akan kami kenang dan hargai sepanjang hayat kami.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada keluarga kami dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berjuang di jalan Allah, serta semua pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan Tugasan Berkumpulan tentang Peningkatan Kadar Judi Di Malaysia ini. Jasa kalian tidak terbalas, hanya Allah s.w.t jua yang dapat membalas dan memberkatinya. Akhir kata, terima kasih atas semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

I

BAB SURAT 1 PENGHARGAAN KANDUNGAN Definisi judi

TAJUK

MUKA I II-III 1

1.1 Judi dari sudut agama Islam 1.2 Judi dari sudut ajaran lain 1.2.1 Judi mengikut ajaran Budha 1.2.2 Judi mengikut ajaran Kristian 1.2.3 Judi mengikut ajaran Yahudi 1.2.4 Judi mengikut Amerika Syarikat dan Negara-Negara Dunia 1.3 Judi dari kamus dewan 1.3.1 Judi 1.3.2 Tikam Ekor 1.3.3 Judi Wawei 1.3.4 Judi Karen 1.2.5 Judi Bola 2 3 4 Pendapat-pendapat mengenai judi Faktor-faktor berlakunya judi Kesan negatif gejala judi 4.1 Negara 4.2 Kanak-kanak 4.3 Institusi keluarga 4.4 Terheret dengan budaya hutang 4.5 Meningkat pelbagai masalah social 4.6 Masyarakat

II

5

Langkah mengatasi masalah judi mengikut Islam 5.1 Agenda bertindak bersepadu bagi menangani gejala judi di Malaysia 5.1.1 Masyarakat 5.1.2 Pihak kerajaan 5.1.3 Pihak berkuasa 5.1.4 Sekolah 5.1.5 Ibu bapa 5.1.6 Parti politik 5.1.7 Badan bukan kerajaan 5.1.8 Mahasiswa

6

Cadangan Kesimpulan Bibliografi

III

1.0 Definisi Judi

Judi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Judi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkara yang dibenci di sisi Allah ini menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini. Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara darurat dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang HALAL. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa. Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Jika penyakit-penyakit ini tidak dibendung, akan hancurlah negara. Generasi akan datang akan terus hidup dalam kemungkaran, dan memimpin negara tanpa landasan Islam yang sebenar. Tetapi, jika kita mencegah parasit ini dari awal, kita dapat melahirkan insan yang patuh pada ajaran Allah yang Maha Benar. Generasi akan datang akan mengikut ajaran Allah dan meninggalkan larangannya. Masyarakat yang harmoni, tinggi sahsiah dan berintegriti juga akan terbentuk jika kita segera menghalangi perkara-perkara ini.

1.1 Judi dari Sudut Ajaran Islam

Segala jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau seumpamanya adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam.

Firman Allah: "Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: "Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu". (AlBaqarah: 219)

Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya: "Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". (Al-Maidah, 90-91)

Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi). Al maisir pada hakikatnya adalah segala bentuk permainan yang dimaksudkan untuk mendapatkan keuntungan material secara mudah. Unsur 'mudah' lebih dominan daripada perhitungan kerja keras dan kreativiti yang sihat.

Muhammad Ali Ash Shahbuny dalam tafsir Rawaul bayaan tafsir ayatil ahkam. Mengatakan "Para ulama telah sepakat akan haramnya berbagai macam judi/qimar dan yang termasuk diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surat Al Baqarah; 219 adalah setiap permainan yang menguntungan satu pihak dan merugikan pihak lain maka termasuk dalam maisir/qimar/judi yang diharamkan".

Dikutip dari DR Yusuf Qardhawi yang mengatakan "semua permainan yang di dalamnya ada perjudian, maka hukumnya haram. Sedang apa yang dinamakan judi adalah segala permainan yang mengandung untung atau rugi bagi pelakunya".

Al qimar / judi adalah permainan yang seorang mengambil dari kawan sepermainnya sesuatu demi sesuatu(berupa material). Al qimar/judi pada masa kini adalah seluruh permainan yang diisyaratkan padanya adanya suatu pemberian (berupa material) bagi pihak yang menang yang diambil dari pihak yang kalah.

Menurut badan kerjasama Pondok pesantren Jawa Barat bahwa judi adalah permainan dengan taruhan dengan segala bentuk dan caranya (tekniknya) yang pelakunya sebahagian beruntung dan sebahagian rugi adalah termasuk maisir/qimar.

Judi menurut Ibrahim Anis Al-Mu;jam Al-Wasith hal 7589, adalah "setiap permainan (labun) yang mengandung taruhan dari kedua pihak (muraahanah)."

Menurut Al-Jurani dalam At-Tarif hal. 17910, judi adalah "setiap permainan yang didalamnya di isyaratkan adanya suatu (berupa material) yang diambil dari pihak yang kalah kepada pihak yang menang."

Menurut Ali Ash-Shabuni dalam Rawai Al-Bayanfi Ayat Al-Ahkam(I/279), judi adalah "setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (riba) bagi satu pihak dan kerugian (khasarah) bagi pihak lainnya".

Secara bahasa, judi adalah mempertaruhkan sejumlah wang dalam suatu permainan. Dalam Fatwa al Azhar dijelaskan, judi dalam bahasa Arab "al maisir" atau "al qimmar". Dikatakan "al maisir" yang bermakna mudah. Kerana dengan berjudi seseorang boleh mengambil harta orang lain dengan cara yang sangat mudah. Dalam judi, beberapa orang akan bertaruh dengan hartanya dan melakukan sebuah permainan seperti dadu, tebak angka atau yang lain. Kemudian yang menang akam mengambil kumpulah harta tersebut.

Beberapa definisi tersebut saling melengkapi, sehingga dari kesemuanya dapat disimpulkan definisi judi yang secara menyeluruh. Jadi adalah segala permainan yang permainan yang

mengandung unsur taruhan (harta/materi) dimana pihak yang menang / untung mengambil (merampas) harta material dari pihak yang kalah.

Berdasarkan definisi di atas, dalam judi ada 3 (tiga) unsur aktiviti utama : 1) Pertama, adanya taruhan harta yang berasal dari para pihak yang sedang berjudi. 2) Kedua, ada suatu permainan, untuk menentukan pihak yang menang dan yang kalah. 3) Ketiga, pihak yang menang mengambil harta yang menjadi taruhan(murahanah), sedang pihak yang kalah akan kehilangan hartanya.

1.2 Judi dari Sudut Ajaran Lain

1.2.1 Judi Mengikut Ajaran Buddha

Ajaran lama Buddha Hinayana juga, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; "membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi". Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan 'mahjung' atas dasar untung nasib atau 'ong'. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.

1.2.2 Judi Mengikut Ajaran Kristian

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 " Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi

segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari".

Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ' Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)'. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi 'Bingo' sebagai akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat.

Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar 'melampau'. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

1.2.3 Judi Mengikut Ajaran Yahudi

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan. Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat. Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan.

1.2.4 Judi Mengikut Amerika Syarikat dan Negara-negara Dunia

Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan. Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti. Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.

1.3 Judi dari Kamus Dewan

1.3.1 Judi Permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (main ceki, main dadu dan sebagainya)

1.3.2 Tikam Ekor Permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dalam sesuatu keputusan loteri dan sebagainya. Menikam memasang wang dalam permainan judi (membeli tiket loteri dan lain-lain). Tikaman wang dan sebagainya yg dipasang dalamm permainan judi.

1.3.3 Judi Wawei Permainan judi dengan menikam pada salah satu daripada tiga puluh enam jenis gambar binatang. 1.3.4 Judi Karen

Permainan judi yang memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yang mengenai keping-keping besi.

1.3.5 Judi Bola Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam. Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan. Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia. Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi. Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.

2.0 Pendapat-pendapat mengenai judi 2.1 Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim Mutakhir pertaruhan dikutip melalui cara yang kadang-kadang tidak disedari oleh para peserta pertandingan. Antaranya, ia berselindung di sebalik istilah seperti wang penyertaan, yuran pertandingan dan sebagainya.

Adakalanya, ia dikutip secara tidak langsung misalnya melalui caj panggilan telefon untuk menyertai sesuatu pertandingan. Di dalam semua keadaan di atas, jika pada hakikatnya hadiah yang disediakan adalah daripada sumber yang dikeluarkan oleh peserta, maka ia dikira suatu perjudian. Contohnya, jika menyertai pertandingan memancing dan hadiahnya disediakan daripada wang penyertaan, maka ia termasuk dalam perjudian, 2.2 Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali Ulama silam menyimpulkan judi boleh terjadi dalam beberapa bentuk: Pertama, maysir al qimar- judi dengan pertaruhan harta yang disepakati adalah maysir yang diharamkan. Ciri utamanya adalah pemain sama ada menang atau rugi; permainannya melibatkan pertaruhan harta dan memindah milik harta melalui pertaruhan. Kedua, maysir al lahw yang disepakati haramnya. Ada sebahagian judi yang tidak melibatkan pertaruhan harta. Contohnya seperti nard, tawilah dan tab. Ciri utamanya adalah permainan yang semata-mata bergantung kepada nasib dan tidak berdasarkan pemikiran, kiraan dan seumpamanya. Ketiga, maysir al lahw yang tidak disepakati haramnya. Para ulama berselisih pandangan tentang hukum permainan yang tidak melibatkan pertaruhan wang tetapi memerlukan pemainnya berfikir, mengira dan menilai. Imam Hanafi mengatakan permainan itu asalnya haram kecuali empat jenis iaitu lumba kuda, lumba unta, memanah dan permainan antara suami isteri. Imam Malik sama dengan pandangan Hanafi. Mengenai catur, Imam Malik dilaporkan membenci permainan catur dan melarangnya (haram).

Imam Shafie: semua permainan yang bergantung kepada pengiraan, pemikiran dan perancangan strategik tidak dilarang tetapi makruh. Syaratnya, tiada pertaruhan, percakapan buruk atau melalaikan solat. Imam Hambali: semua permainan yang tiada pertaruhan harta selagi mana tidak mengandungi mudarat atau melalaikan daripada perkara yang fardu pada asalnya adalah harus. Katanya lagi, ulama berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tidak ada sebarang pertaruhan. Imam Malik dan Hanafi mengharamkannya, Imam Syafie berkata ia makruh dengan syarat permainan itu tidak melengahkan daripada solat, tiada pertaruhan wang dan tidak bercakap perkara buruk dan keji. Imam Hambali pula berpandangan catur sama seperti nard iaitu hukumnya haram. Hukum catur diqiaskan kepada hukum nard, katanya. Ada pun tentang pertandingan melagakan haiwan, Dr. Adawiah berkata, ia adalah haram sama ada melibatkan pertaruhan wang atau tidak. Sebabnya ia adalah sia-sia, tidak berfaedah dan menyakitkan haiwan yang terlibat, Permainan sukan ekstrem, kata Dr. Adawiyah, dibenarkan dengan syarat pesertanya adalah ahli dalam sukan itu dan kemungkinan untuk selamat dan tidak cedera adalah tinggi serta tidak melibatkan pertaruhan wang atau harta benda. Sebaliknya, jika dikhuatiri sukan itu membawa bahaya dan mudarat kepada pemainnya atau pemainnya bukan ahli dalam sukan itu, maka ia dilarang dalam semua keadaan sama ada melibatkan pertaruhan atau tidak, 2.3 Mahamad Naser Disa Pertimbangan moraliti dan sistem nilai masyarakat berbilang kaum di negara ini tidak harus dibiarkan terlalu terbuka tanpa merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Negara dengan jelas memperuntukkan Islam sebagai agama negara. Tafsiran Perkara 3 telah dijelaskan dalam keputusan beberapa kes mahkamah seperti Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Meor Atiqurrahman lawan Fatimah Sihi. Dalam kes Lina Joy dan MAIWP, Mahkamah Persekutuan memberi tafsiran yang lebih luas kepada Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan memutuskan antara lain seperti berikut: Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ia juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman. Menurut Nasir, ada dakwaan bahawa prinsip Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas bukan Islam kerana melanggar hak kebebasan asasi kerana Perkara 11 menyatakan dengan jelas bahawa tiaptiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkannya. Adakah hak kebebasan beragama orang lain akan terjejas apabila mengharamkan sesuatu aktiviti yang kelihatan negatif menurut Islam, Walaupun, golongan tersebut mempertahankan perjudian sebagai hak kebebasan beragama bagi yang bukan Islam, ia jelas adalah perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang dan prinsip moral yang tidak akan dilindungi di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan sebagai suatu 2.4 Tun Dr Mahathir dlm akhbar The Sun (2010 : 2) http://www.thesundaily.comComment [u1]: Comment [u2]: Comment [u3]:

Bahawasanya judi ini hanyalah dilarang untuk orang Islam sahaja namun tidak dilarang dalam agama lain. Dari itu, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, kerajaan dan rakyat Malaysia haruslah meraikan kepelbagaian ini. Kerajaan Malaysia yang

diketuai oleh seorang yang berugama Islam tidak boleh untuk mengharamkan judi bola ini hanya kerana Islam mengharamkan perjudian. cukai bagi perjudian ini akan membantu kerajaan Malaysia untuk menguruskan belanjawan Negara. 2.4 Adun Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah ( 2010) http://kafesantai.blogspot.com/2010/05/pendapat-pemimpin-umno-yangdangdangal.html#ixsslh8MFNtX8

Industri judi sukan haram dapat dikawal sekiranya ia dinaungi undang-undang Malaysia. Ini dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti dan menangkap pengusaha judi sekiranya ada kempen membasmi perjudian di masa hadapan,

2.5 YAB Nik Aziz Nik Mat (1992) http://kickdefella.wordpress.com/2010/05/28/judi-siapa-untung-siapa-rugi/#comment58377

Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya, -19 November 1992.

2.6 YAB Nik Aziz Nik Mat (1992) http://kickdefella.wordpress.com/2010/05/28/judi-siapa-untung-siapa-rugi/#comment58377

Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana? -26 November 1994

2.7 Dr Mohd Asri Zainul Abidin dlm Utusan Malaysia (2010)

Walaupun miskin, golongan tersebut mempunyai maruah dan seharusnya bantuan untuk membasmi kemiskinan itu diperoleh daripada sumber yang halal. Jangan kita menjadikan sumber kewangan daripada aktiviti judi sebagai amalan untuk membantu masyarakat miskin kerana dibimbangi ia menimbulkan suasana kebanggaan di kalangan syarikat judi kelak. Kita tidak mahu suatu hari nanti, masyarakat pun terdidik dengan pandangan bahawa judi pun halal kerana sudah terbiasa mendapat bantuan daripada sumber judi, Memang benar rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam. Rakyat tidak mengetahui daripada sumber mana sumbangan itu diperoleh jadi mereka tidak berdosa, pihak yang berdosa adalah kerajaan negeri kerana mereka mengetahui daripada mana duit tersebut diperoleh, Sumber daripada cukai judi boleh digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal. Bagi negara berbilang agama seperti Malaysia, aktiviti judi hanya boleh dibenarkan dalam jumlah kecil dan terkawal kerana aktiviti tersebut tidak berdosa ke atas penganut bukan Islam. Jangan pula kita terlalu ghairah untuk mendapat hasil daripada aktiviti judi. Rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri. Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi, mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka. Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,

Beliau juga menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan, Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber, Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan, 27 September 2010 2.8 Abdullah Ahmad Badawi (2010) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=500322 "Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga." Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat sebelum meluluskan lesen judi bola. Mungkin pendapatan kerajaan akan bertambah RM5.4 bilion hasil kutipan cukai dari judi bola. Judi bola haram di Malaysia dikatakan mencecah RM20 bilion setahun. Judi adalah haram dan akan tetap haram walau apa alasannya sekali pun. 23 Mei 2010 2.9 Abdullah Nasuh Ulwan dlm Pendidikan Anak-anak Dalam Islam Judi menjadikan manusia berserah kepada nasib saja tanpa tenaga dan dengan cita-cita kosong, bukannya atas usaha bersungguh-sungguh. Judi juga seperti alat merobohkan rumah tangga bahagia, mengosongkan saku yang berisi, memiskinkan kaum keluarga kaya dan merendahkan jiwa yang mulia.

"Betapa ramai orang dihina kerana judi, selepas mereka hidup mulia suatu masa dulu dan betapa ramai lagi orang yang menjadi miskin, selepas suatu masa dulu hidup kaya raya." Judi juga membangkitkan permusuhan dan perasaan benci antara kedua orang yang terbabit, kerana satu daripadanya memakan harta yang lain dan mendapatkan wang dengan cara tidak betul. "Judi menghalang daripada mengingati Allah dan solat serta menolak kedua-dua orang yang berjudi itu kepada sejahat-jahat akhlak dan seburuk-buruk adat," sambil menjelaskan satu hadis dilaporkan al-Baihaqi:

"Nabi Muhammad s.a.w datang kepada suatu kaum yang bermain dadu, lalu baginda berkata: Hati-hati yang lalai, tangan-tangan terus bekerja serta lidah pula mengucapkan kata-kata yang sia-sia dan batil."

Ulama terbabit menyatakan, Judi adalah suatu hobi yang penuh dengan dosa, menelan waktu dan tenaga, membiasakan kemalasan serta menghalang umat daripada berusaha dan menjana produk. "Judi menolak tuannya kepada melakukan dosa, kerana si penjudi yang muflis mahu mendapatkan wang dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara mencuri dan merampas atau mengambil rasuah dan menipu," Judi akan menimbulkan perasaan takut di dalam hati, menyebabkan penyakit, menghancurkan urat saraf dan menimbulkan perasaan dengki. Memberikan derma kepada manusia, tidak dibenarkan oleh Islam, melainkan dengan cara yang betul, bersih lagi mulia. Adapun derma yang dilakukan melalui judi atau merampas hak orang lain, tidak diakui Islam."

2.10 Dewan Ulamak PAS Pusat (2010) Umno yang mendabik dada memperjuangkan Islam rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam. Tindakan kerajaan atas alasan menyekat perjudian tanpa lesen itu juga turut memperlihatkan kedangkalan mereka dalam mengatasi isu tersebut.

Adakah memadai untuk menghalang kemudaratan dengan cara memberikan lesen untuk melakukan kemudaratan tersebut umpama ingin menghalang orang yang mencuri dengan memberikan lesen kepada mereka untuk mencuri. Kelulusan judi ini juga memperlihatkan bahawa kerajaan hanya bertopengkan Islam demi wang, politik dan kerakusan kuasa semata-mata, " Pihak kerajaan berkemungkinan tidak segan silu meluluskan lesen judi tersebut demi untuk mencapai matlamat MEB bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Jika itulah yang berlaku, bermakna dasar pemerintahan negara ini adalah sekular melalui cabang pragmatisme dan bukannya Islam sebagaimana yang mereka uar-uarkan bahawa negara ini adalah negara Islam. Di hadapan masyarakat, mereka menzahirkan bahawa mereka inginkan Islam dengan menganjurkan pelbagai program keislaman seperti forum, sambutan hari kebesaran Islam termasuk begitu vokal dalam isu larangan berpolitik dalam masjid tetapi dalam masa yang sama mereka tidak kisah untuk menghalalkan perkara yang haram di sisi Islam dengan memberikan alasan yang tidak logik. Selain itu, mufti termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dicabar menyatakan pendirian berhubung perkara ini dan tidak hanya berdiam diri. "Mereka tidak seharus vokal dalam isu yang memihak kepada kerajaan semata-mata tetapi menikus dalam isu yang merosakkan umat Islam demi menjaga jawatan dan kuasa semata-mata, Pengertian halal seolah olah dipermudahkan Umno BN dengan erti setiap yang berlesen itu adalah halal, manakala yang tidak berlesen adalah haram. Sedangkan Islam mempunyai garis panduan jelas berhubung perkara halal dan haram termasuklah judi. "Halal bagi mereka adalah kegiatan yang berlesen, adapun haram adalah kegiatan yang tidak diberikan lesen oleh mereka. Islam Hadhari yang sebelum ini dijadikan sebagai topeng untuk mengekalkan kuasa kini tenggelam kerana slogan tersebut hanya memakan diri dan merugikan mereka," 17 Mei 2010

2.11 Nasrudin Hassan at-Tantawi dlm Harakahdaily (2010)

Ucapan-ucapan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit pemimpin Umno selain jelas menunjukkan sikap mereka yang sememangnya tidak cerdik dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan, Undang-undang jelas menyatakan yang semua lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan negeri hanya bertanggungjawab terhadap premis judi sahaja di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961. Premis judi yang ada sekarang ini di bawah negeri PR adalah warisan Umno kerana diluluskan oleh mereka sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri. Kemudiannya berkaitan kenyataan yang dibuat oleh Hishammuddin Hussein seolah-olah sebelum ini belum ada pihak yang memberikan cadangan berkaitan judi sedangkan PR umumnya dan PAS khasnya dalam ceramah-ceramah umum serta di dalam Parlimen sentiasa memberikan cadangan agar judi ini dimansuhkan secara total dan diterapkan nilai-nilai agama di dalam masyarakat serta memberikan pendidikan secara mendalam tentang bahaya judi kepada intitusi kekeluargaan dan masyarakat, Kerajaan mengambil jalan dengan memekakkan telinga malah membakulsampahkan setiap pandangan yang diberikan kerana sudah memang dasar Umno yang bertuhankan keduniaan semata-mata, tetap menghalalkan judi kerana pulangan yang lumayan. Rakyat dibiarkan dalam keadaan yang lalai dan leka dengan sibuk akan hal berjudi tanpa memikirkan apa yang berlaku di sekitar walaupun ianya melibatkan kedaulatan negara dan keruntuhan sosial. Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) mencabar pihak yang mengeluarkan kenyataan ini agar membuat satu usul ke Parlimen supaya sebarang lesen judi yang telah dikeluarkan ditarik balik memandangkan mereka juga ahli Parlimen demi untuk memastikan rakyat Malaysia terpelihara daripada melakukan dosa, 15 Jun 2010 2.1Datuk Awang Adek Hussein dlm Li Fook Gao Jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan

pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram). Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hamper. "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. "Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," 2.13 Sabaruddin Ahmad dlm BERNAMA (2011) Kerajaan negeri perlu memberi perhatian serius terhadap gejala itu kerana ia boleh menggugat kesejahteraan rakyat tanpa mengira sempadan kaum dan taraf sosioekonomi. "Masyarakat kita akan berpecah belah kerana judi. rompakan, penceraian, bunuh diri dan penipuan akan berleluasa. Justeru kerajaan negeri tidak harus memandang remeh perkara ini, Pertiga mempunyai bukti kukuh mengenai wujudnya lambakan premis judi berkomputer tanpa lesen di seluruh negeri ini. Hasil pemantauan yang dijalankan oleh pihak kami mendapati lebih daripada 300 premis judi berkomputer beroperasi secara aktif di sekitar Pulau Pinang ini dan kami ada bukti bergambar mengenainya,

Kita akan mengadakan demonstrasi pada setiap hari bermula semalam bagi mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap premis judi berkomputer itu. -28 November 2011 2.14 Saifuddin Nasution Ismail (2010)http://wargamarhaen.blogspot.com

Pakatan Rakyat sedia bersama-sama dengan Umno menghasilkan memorandum bersama, khususnya dengan Pemuda Umno bagi menangani masalah judi yang semakin berlebih-lebihan di negara ini. Perjudian tidak membawa sebarang manfaat, malah hasil judi juga tidak membawa sebarang keberkatan, khususnya kepada umat Islam. Mengikut taksiran Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1983), perjudian adalah permainan berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang. 2.15 Datuk Seri Liow Tiong Lai dlm Bernama Online (2011) Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Ketagihan Judi akan ditubuhkan untuk membantu penjudi tegar. Penubuhan jawatankuasa itu adalah perlu memandangkan masalah ketagihan judi juga tergolong dalam permasalahan mental. Kalau penjudi biasa, mereka masih boleh lagi mengawal diri tetapi kita bimbang dengan penjudi tegar, yang jika duit tak ada pun, mereka tetap mahu berjudi, Memandangkan belum ada badan khas untuk melihat masalah tersebut, kementerian itu merasakan bertanggungjawab untuk membantu pejudi tegar kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyumbang kepada masalah mental yang serius kepada golongan itu. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Datin Dr 24 Mac 2010

Ang Kin Teng yang akan merangka program khas dan cara untuk membantu penjudi tegar termasuk mereka yang terlibat dengan judi dalam talian dan di pusat siber. 5 Oktober 2011 2.16 Adnan Saad dlm Utusan Melaka [email protected] (21 September) Lebih daripada 100 premis menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara terbuka dan beroperasi tanpa lesen di beberapa daerah di negeri ini. Kebanyakan premis berkenaan beroperasi di sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Ayer Keroh. Orang ramai kecewa dengan sikap tidak endah pihak berkuasa yang dilihat tidak serius mengambil tindakan terhadap kewujudan semakin banyak pusat judi berkomputer di negeri ini. Kami diberitahu, setiap kali serbuan hendak dilakukan melalui kerjasama pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ia sering kali gagal. Apabila serbuan dibuat, premis berkenaan tidak beroperasi. Serbuan itu gagal kerana pemiliknya seolah-olah sudah tahu mengenai operasi tersebut, Saya pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai sebuah pusat siber menjalankan kegiatan judi berkomputer di Melaka Tengah tetapi malangnya mereka tidak datang bertindak atau menahan pemiliknya, Saya bersama 60 ahli Gerakan Belia 4B termasuk orang ramai terpaksa mengambil tindakan sendiri apabila berjumpa dengan pemilik premis berkenaan dan meminta mereka menutup operasi premis tersebut. sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan wajar membanteras premis berkenaan, ahli Gerakan Belia 4B seluruh negeri melibatkan 6,000 orang akan membuat demonstrasi. 2.17 Datuk Ayub Yaakob (2011) Pihaknya akan menggunakan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 untuk mengheret kaki judi terbabit ke mahkamah sebagai membendung kegiatan judi.Mengikut

seksyen itu, pemain judi boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan. Jika dulu penganjur dan penjaga premis didakwa tetapi pemain judi dibebaskan selepas kenyataan diambil sebelum dipanggil ke mahkamah untuk jadi saksi. Kami akan usahakan supaya pemain mesin judi di kafe siber akan turut didakwa. Sebelum ini, mereka dijadikan saksi tetapi selepas ini mereka akan dituduh di mahkamah, Sebanyak 30 sasaran dikenal pasti tetapi kami berjaya menyerbu 25 sasaran, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang boleh didenda sehingga RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara lima tahun, jika sabit kesalahan. -26 Sept2011 2.18 Tuan Hj Abdullah Fahim dlm Utusan Melayu (1951) Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah haram. 2.19 Irvon (2011) Setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah. Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan. Kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah Acheh ini kerana bermain nombor ekor. Pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali. - 22 Mei 2011 2.20 Dr Mohd Puad Zarkashi (2010)

Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan gejala judi dan juga pemberian lesen judi, walaupun secara sah atau haram, kegiatan judi ini banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Sepatutnya kita cari jalan kurangkan budaya judi di negara ini, 2.21 Tan Sri Harussani Zakaria (2010) semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam. Saya tidak nampak langkah itu mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah penganjuran kegiatan perjudian bola tanpa lesen yang dikatakan akan berleluasa menjelang Piala Dunia. 2.22 Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz (2010) Kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian. 2.23 Mohamad Isa Abd Ralip (2010) Sebarang bentuk pertaruhan adalah judi dan matlamat tidak boleh menghalalkan cara walaupun alasannya setiap hasil yang diterima boleh digunakan untuk pembangunan sukan dan ia juga menjadi suatu kesalahan mengikut undang-undang syariah di negara ini. 2.24 Datuk Nooh Gadut (2010) cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran.Di KOTA BHARU. 2.25 Datuk Ahmad Shabery Cheek (2010)

Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain, 2.26 Ahmad Fadhli Shaari (2010) Kemungkinan premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi. Kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri. Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu. Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut, sekiranya rakyat Kelantan memberi sekali peluang kepada Umno menjadi kerajaan, pastinya kegiatan judi dan maksiat akan subur semula. Pemuda PAS mempersoalkan di manakah ketegasan Umno dan juga NGO-NGO mereka yang selama ini nyaring mendakwa mempertahankan kesucian Islam. Atau adakah Umno sudah hilang kejantanan sehingga membisu seribu bahasa dengan tindakan MCA yang jelas mencabar kedaulatan Islam. 2.27 Tan Sri Muhyiddin Yassin dlm Utusan Malaysia Online (2010) kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.

Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam. Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi, 2.28 Nasruddin Hassan At-Tantawi dlm Bernama.com (2010) Langkah kerajaan membenarkan pertaruhan bola sepak itu akan hanya menyebabkan generasi muda terutama golongan remaja yang tidak pernah berjudi tercebur dalam kegiatan perjudian. Apa yang dibimbangi ialah golongan remaja akan terpengaruh dengan tabiat berjudi sehingga boleh menghancurkan masa depan mereka. Kerajaan perlu mengambil langkah segera menarik balik pemberian lesen judi itu. 2.29 Tun Abdullah Ahmad Badawi dlm Bernama (2010) Rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka. Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan. Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga, 2.30 Datuk Mahfuz Omar dlm Harakahdaily (2010) Kami (Ahli Parlimen PAS) berkeyakinan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang wajar mempengaruhi kerajaan supaya isu pemberian lesen judi ini dibatalkan segera, Almarhum Tuanku Sultan Perlis merupakan Raja yang paling menonjol menegur pemimpin Umno pada ketika itu.

2.31 Radhi Mat Din dlm Bernama (2010) (Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya. Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," Jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola." Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan, 2.32 Khairy Jamaluddin dlm Bernama (2010) Pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut. Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta

bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut. Jjudi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri. "Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka. Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam. Pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira.

Alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia. Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno). 2.33 Datuk Dr Jacob George (2010) Sebelum ini hasil tersebut hanya dinikmati oleh sindiket haram yang mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit daripada aktiviti pertaruhan haram tersebut. Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh Negara

Langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit. Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain. Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja. Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik. 2.34 Datuk Seri S Samy Vellu

Parti terbesar India tidak menentang cadangan untuk membenarkan pertaruhan sukan di negara ini kerana ia membabitkan golongan bukan Islam sahaja. Saya berpendapat ia harus dibenarkan bagi membendung perjudian haram. Ia bukan sesuatu yang baru kerana perjudian sah dalam bentuk lain sudah ada untuk bukan Islam. Adalah lebih baik untuk mengawal pertaruhan sukan dengan adanya peraturan yang perlu dipatuhi. Wang yang dikutip dalam bentuk cukai dari syarikat yang mengendalikan pertaruhan sukan akan dapat digunakan untuk tujuan kebajikan bukan Islam. 2.35 Datuk Liew Vui Keong dlm Bernama (2010) Pemberian lesen pertaruhan judi bola sepak di negara ini wajar dilakukan bagi mengurangkan aktiviti perjudian haram. Perjudian haram, terutama pada masa sekarang membabitkan pertaruhan bola sepak Piala Dunia yang mencecah sehingga RM300 juta, tidak dapat dihapuskan biarpun tindakan tegas diambil untuk memeranginya.

Jika kerajaan memberikan lesen itu, aktiviti perjudian haram dapat dikurangkan melalui pihak yang menawarkannya secara sah.

Ia mampu mengurangkan perjudian haram membabitkan pertaruhan bola sepak yang berlaku setiap masa bukan sahaja ketika pertandingan Piala Dunia pada masa sekarang.

Menerusi pemberian lesen itu, kerajaan boleh memungut cukai dan boleh digunakan untuk tujuan pembangunan negara yang sesuai. Saya yakin kerajaan akan membuat keputusan yang baik untuk semua pihak dalam perkara ini.

2.36 Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dlm Utusan Online (2010)

Pasukan khas untuk memantau aktiviti pertaruhan bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung selama sebulan di Afrika Selatan itu akan diwujudkan di semua peringkat merangkumi Bukit Aman, kontinjen negeri dan daerah. Langkah itu diambil bagi membanteras aktiviti pertaruhan bola sepak di seluruh negara yang dijangka berleluasa sepanjang tempoh itu. Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Hasnan Hassan telah dilantik untuk mengetuai pasukan khas itu. Ia akan bekerjasama rapat dengan Interpol General Sekretariat Asia Pasific Expert Group on Asia Organised Crime yang berpengkalan di Lyon, Perancis. Sebagai permulaan, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman telah pun memulakan risikan awal dan mendapat maklumat mengenai beberapa sindiket yang mula beroperasi menerima pertaruhan sebelum kejohanan bermula. Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti ahli-ahli sindiket itu dan tempat-tempat operasi mereka. Penganjur pertaruhan sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk bergiat aktif sepanjang kejohanan itu.

Sesiapa yang menganjur, bertaruh atau membiarkan premis mereka dijadikan tempat menjalankan aktiviti haram berkenaan, akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang. Mana-mana pihak yang memainkan peranan mengutip pertaruhan boleh dituduh di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495). Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. "Pemain yang membuat pertaruhan pula bakal berdepan Seksyen 6(1) Akta sama yang mana boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. Mereka yang menjadi tuan rumah, penjaga, pengurus kerana membenarkan sebuah tempat digunakan sebagai rumah pertaruhan terbuka juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang seperti mana yang dikenakan terhadap penganjur. Polis dan Jabatan Siasatan Jenayah boleh mengambil tindakan tambahan seperti undang-undang pencegahan iaitu Ordinan Darurat dan juga akan mengambil tindakan menyita harta benda melalui Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pengganas 2007 (AMLA). Sehubungan itu diminta orang ramai supaya bersama-sama polis membanteras sebarang aktiviti pertaruhan haram terbabit. 2.37 Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dlm Bernama (2010) Kegiatan perjudian di Malaysia merekodkan pertaruhan RM1 juta sehari dengan anggaran RM125.8 juta setahun Ini berdasarkan penyiasatan yang dijalankan jabatannya sejak tiga bulan lepas dan polis kini memburu dalang yang menganjurkan sindiket judi haram ini termasuk menerusi internet sejak penganjur mula menyorokkan aktiviti mereka di belakang industri siber kafe. Kami berharap Majlis Perbandaran akan membuat pemeriksaan menyeluruh di premis

perniagaan siber kerana mereka yang mengeluarkan permit dan lesen kepada peniaga Polis juga sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada aktiviti perjudian harian yang dijalankan warga tempatan mempunyai hubungan dengan sindiket antarabangsa. Sejak Julai hingga Sept tahun ini, polis Bukit Aman telah menyerbu 10 premis perjudian haram di lima negeri dan menangkap 51 orang termasuk 22 wanita. Polis juga merampas RM61,112 wang tunai dan cek bernilai RM130,822 dalam operasi yang diadakan di Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Turut dirampas 50 mesin faks, 13 komputer peribadi, 33 mesin pengira, 46 telefon bimbit, 12 buku nota dengan nombor ekor 4 angka dan 3,184 kertas pertaruhan, tiga telefon, lima komputer riba dan enam pencetak.

Majoriti pusat perjudian beroperasi di dalam rumah dan unit kedai terpencil di mana sukar untuk mengecam kaki judi.

Penganjur dan kaki judi sekarang beroperasi di tempat-tempat ini untuk menyukarkan pihak polis menjejaki mereka. Kami tidak menyedari bahawa tempat ini adalah sarang perjudian sehinggalah kami benar-benar memantau kawasan tersebut. Mereka cuba mencabar sistem pemantauan kita.

Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa mengawal pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam aktiviti perjudian haram.

3.0 Faktor-Faktor Berlakunya Judi

Di antara faktor-faktor berlakunya gejala-gejala ini ialah:

1) Lemahnya iman Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: "Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amalamal soleh, maka baginya darjat yang mulia." (Taha: 75)

Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak yang buruk tanda lemahnya iman. 2) Kurang jati diri 3) Kecetekan akal fikiran 4) Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah. 4.0 Kesan Negatif Gejala Judi 4.1 Negara Negara yang membenarkan serta merestui berlakunya gejala perjudian serta menerima hasil pendapatan dari industri judi adalah sesuatu yang merbahaya. Ini kerana duit hasil judi tidak dapat dipastikan untuk keperluan apa. Adakah ia digunakan untuk membangunkan institusi pendidikan atau digunakan untuk membina institusi agama, atau digunakan untuk bantuan fakir miskin. Maka bukan sahaja masyarakat akan rosak, malahan institusi penting di dalam sesebuah negara seperti masjid dan lain-lain akan gagal berfungsi kerana dibangunkan atas hasil perjudian yang diperolehi oleh kerajaan. Seterusnya yakinlah kita jika maksiat dibenarkan berleluasa maka nantikanlah bala Allah. 4.2 Kanak-kanak Permainan judi sebenarnya merosakkan nilai dan gaya murni hidup kanak-kanak. Ia juga mendidik kanak-kanak untuk menjadi seorang pencuri demi memenuhi keperluan mereka untuk berjudi. Walaupun nilai pertaruhan mereka kecil, dan bentuk perjudian yang berlaku dalam bentuk yang terselindung, seperti tikam-tikam yang menawarkan hadiah permainan dan duit, mesin slot yang menawarkan permainan dan daun terup. Namun ianya jelas telah merosakkan budaya dan nilai hidup seorang anak kecil. Sekiranya ia dibiarkan berterusan maka akan meruntuhkan institusi negara tersebut. 4.3 Institusi Keluarga Ahli keluarga yang terlibat dengan kegiatan berjudi terutamanya ketua keluarga itu sendiri, pasti

akan membawa kesan parah kepada sesebuah institusi keluarga tersebut. Ketua keluarga yang berjudi akan menyebabkan pendidikan anak-anak terabai, keperluan asas keluarga tidak terpenuhi dan budaya berhutang dalam keluarga. Hasil pendapatan dari judi juga akan menyebabkan keberkatan rezeki tertolak lalu institusi keluarga itu akan runtuh dengan segala masalah seperti anak-anak yang tidak berakhlak, isteri yang curang dan lain-lain. Paling penting judi diharamkan dalam agama Islam. Janganlah menyuapkan mulut anak dan isteri dengan hasil judi yang telah jelas keharamannya. Ingatlah maksud hadis bahawa : Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya. Sekalipun jika anda tidak takut neraka, tapi sanggupkah anda melihat anak isteri terjerumus ke lembah kebinasaan dan seksaan api neraka dengan wang judi yang dimenangi ? Ingatlah bahwa judi tidak pernah membawa kesenangan kepada pengamalnya malah membinasakan lagi kebahagian hidup dunia dan akhirat. 4.4 Terheret Dengan Budaya Hutang Judi juga menyebabkan pertambahan hutang peribadi yang besar. Kaki judi yang kalah akan meminjam wang dari ceti haram atau along untuk meneruskan tabiat buruk mereka. walaupun pada mulanya kaki judi hanya meminjam dalam jumlah yang sedikit, tetapi apabila sering meminjam untuk berjudi, hutang akan meningkat sehingga tidak mampu bayar lagi. Judi juga boleh merosakkan hubungan dengan kawan dan keluarga. Hubungan kaki judi dengan kawan dan keluarga mungkin renggang kerana banyak masa mereka hanya dihabiskan dengan berjudi tanpa mengambil kira keadaan sekeliling. Hubungan juga akan menjadi tegang jika penjudi tidak dapat meminjam daripada kawan dan keluarga untuk meneruskan tabiat mereka ataupun melangsaikan hutang. Selain itu kes bunuh diri akan bertambah. Apabila kaki judi tidak dapat menyelesaikan hutang yang dipanjam dari ceti haram dan along, nyawa mereka dalam bahaya, dan jalan singkat diambil dengan membunuh diri sendiri seperti seorang lelaki yang kalah judi telah membakar dairinya dalam bilik tidur sehingga mengakibatkan rumah terbakar dan ibunya juga turut menjadi mangsa kebakaran (Utusan Melayu 27 Febuari 2002) 4.5 Meningkat Pelbagai Masalah Sosial

Judi sebenarnya mempunyai kesan negatif kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama. Dalam agama Islam, ia adalah salah satu daripada dosa besar. Walaupun ia tidak mendatangkan manfaat, malah membebankan mereka yang terlibat dengannya, kaki judi tetap tidak dapat menghindarkan diri daripada gejala ini. Terdapat pelbagai kesan negatif gejala judi ini. Antaranya judi berkait dengan penagihan dadah. Penagih dadah misalnya akan berjudi untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Judi juga menyebabkan kes penceraian bertambah iaitu lima kali ganda daripada masyarakat biasa. Kaki judi tidak dapat menjadi suami dan bapa yang baik kepada isteri dan anak-anak. Suami dan bapa yang kaki judi tidak dapat menyediakan keperluan harian yang mencukupi kepada isteri dan anak-anak kerana gaji yang diperolehi dihabiskan dimeja judi. Apabila gaji sudah habis, tidak mustahil untuk kaki judi mengadai barang kemas isteri bagi mendapatkan wang untuk berjudi. Keadaan ini akan mencetuskan perbalahan antara suami dan isteri yang akhirnya menyebabkan penceraian. Perlakuan jenayah mungkin meningkat akibat judi. Kaki judi yang terdesak tentu tidak teragakagak untuk melakukan jenayah seperti merompak dan menyamun bagi mendapatkan wang untuk berjudi ataupun membayar wang yang dipinjam daripada ceti haram atau along. Judi juga adalah punca rasuah. Adalah tidak mustahil bagi kaki judi untuk menyalahgunakan kuasa dengan mengamalkan rasuah untuk meneruskan tabiat mereka. Dengan berjudi, banyak masa terbuang. Sedangkan banyak lagi benda yang berfaedah boleh dilakukan. Gejala judi juga menyebabkan kaki judi mengabaikan kerja. Apabila waktu malam dihabiskan dengan berjudi sehingga pagi, kaki judi akan datang lewat ke tempat kerja dan prestasi kerja merosot kerana kurang tidor. 4.6 Masyarakat Berlakunya gejala judi didalam masyarakat menyebabkan wujudnya masyrakat yang tidak harmoni, bersikap mementingkan diri, tindas menindas, prasangka dan meningkatnya masalah sosial dalam masyarakat. Kualiti hidup masyarakat secara keseluruhan akan merosot. Pembangunan diri manusia dalam sistem masyarakat yang menjadikan judi sebagai cara hidup dan industri besar yang menjadi nadi ekonomi sesebuah negara akan menemui kegagalan. Sistem

hidup masyarakat akan kembali menjadi kehidupan yang tidak bertamadun, yang mementingkan hawa nafsu semata-mata. 5.0 Langkah Mengatasi Masalah Judi Mengikut Islam

Bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah judi ini? Kita sebagai masyarakat yang berfikiran waras patut memikirkan cara-cara yang yan berkesan untuk menangani penyakit yang melanda pada masa ini. Penyakit judi ini sangat merbahaya dan boleh mengancam negara dan seterusnya kita tidak lagi berada di landasan yang betul. Kita boleh mengikut contoh seperti yang digariskan oleh Hasan Al-Banna, sebagai "pembersihan" kepada gejala ini.

1) Yang pertama, mengislah peribadi. Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan bukannya mengikut orang lain.

Rasulullah S.a.w bersabda: " Janganlah ada seorang di antara kalian yang suka mengikut-ikut dan berkata: aku mengikuti orang lain, jika orang lain berbuat baik dan aku berbuat baik dan jika mereka berbuat buruk aku pun berbuat buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat menempatkan diri kalian, apabila orang lain berbuat baik hendaklah kalian pun berbuat baik, tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaklah kalian menjauhi perbuatan buruk mereka." (Hadith riwayat At-Tirmizi).

Begitulah maksudnya, dengan berbuat baik dan menjauhi perbuatan mungka sesungguhnya kita dapat menyucikan diri kita dan mengislah diri kepada yang lebih baik. Jika kita apat membersihkan jiwa kita, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan ketiga penyakit di atas. Kita juga hendaklah menjauhi rakan yang cuba mempengaruhi kita kearah yang tidak baik.

2) Kedua, mengislah keluarga. Selepas mengislah diri, kita hendaklah mengislah seluruh

keluarga kita, agar berada di atas landasan Islam, dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Pembentukan keluarga yang menamalkan seluruh prinsip Islam dan ajarannya dapat melahirkan generasi insan yang saleh wa musleh. Seterusnya mengislah masyarakat. Sebagai seorang mukmin, kita adalah bersaudara dengan mukmin yang lain. Jika seorang mukmin melihat kemungkaran yang dlakukan oleh saudaranya yang lain, mereka hendaklah sama-sama mebetulkan kesilapan tersebut.

Jika saudaranya bertindak melampaui batasan, hendaklah dia segera menahannya. Mreka hendaklah saling tolong menolong agar tidak menganiayai diri sendiri dan juga saudaranya yang lain. Rasulullah s.a.w penah menegaskan: " Bantulah saudaramu, baik dia zalim mahupun mazlum (dizalimi). Seorang sahabat bertanya: "Apabila mazlum (dizalimi) aku membantunya, tetapi bagaimana membantunya jika dia zalim?" Rasulullah S.a.w menjelaskan: "Engkau harus menahannya dari membuat zalim, itulah cara membantunya." (Hadith Riwayat Bukhari).

3) Seterusnya membebaskan negara dan mengislah kerajaan. Ketika hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin negara mengikut ajaran Islam yang betul, dan membebaskan negara dari unsur-unsur yang boleh menghancurkan umat. Penyakit judi dan rasuah sangat membahayakan umat. Para pemimpin negara di peringkat tertinggi perlulah mengislah diri mereka terlebih dahulu daripada gejala ini, kerana sikap pepimpin yang baik akan dicontohi oleh masyarakat. Sesungguhnya judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah.

5.1Agenda Bertindak Bersepadu Bagi Menangani Gejala Judi Di Malaysia 5.1.1 Masyarakat :y

Mewujudkan badan bertindak disetiap kawasan untuk membanteras dan memerangi usaha untuk menubuhkan pusat perjudian, samada yang haram mahupun yang berlesen ditempat kawasan anda.

y

Menghantar surat dan memorandum bersama, mengikut masyarakat setempat anda, kepada kerajaan, parti politik dan NGO bagi membantah usaha untuk menjadikan

Malaysia sebagai negara yang membenarkan industri judi.y

Mendesak pihak kerajaan dengan menulis surat kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat meminta agar aktiviti perjudian samada berlesen atau tidak, perlu dihentikan secara total.

y

Melaporkan sebarang maklumat yang diperolehi tentang kegiatan perjudian dikawasan anda kepada pihak berkuasa.

y y

Mengadakan kempen mencegah dan mendidik masyarakat tentang gejala buruk berjudi. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri, sebaliknya peka terhadap kegiatan remaja disekitar anda, sekiranya mereka melakukan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

y

Melengkapkan diri dengan maklumat tentang JUDI dan mengikut sama ada perkembangan isu mahupun perkembangan aktiviti pembasmian

y

Membantah setiap bentuk penajaan, promosi dan pengiklanan daripada sebarang syarikat judi ditempat anda ataupun di dalam media massa.

5.1.2 Pihak Kerajaany

Memberhentikan segala aktiviti judi berlesen seperti Casino de Genting, Sports Toto, 4 Digit dan lain-lain.

y

Mengharamkan untuk individu Muslim untuk memegang apa-apa jawatan dan saham dalam aktiviti yang haram disisi agama Islam.

y

Menarik pelaburan yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan syarikat perjudian, samada pelaburan secara lansung ataupun pelaburan secara tidak lansung.

y

Mengharamkan segala bentuk promosi, penajaan ataupun pengiklanan kepada syarikat yang mengendalikan perjudian.

y

Meningkatkan pertumbuhan pelbagai industri di Malaysia yang bebas dan tidak melibatkan perniagaan yang tidak beretika dan haram di Malaysia.

5.1.3 Pihak Berkuasay

Membuat perancangan sepanjang tahun aktiviti serbuan dan pemeriksaan secara besarbesaran di seluruh negara

y

Menangani isu rasuah dalam usaha pembanterasan judi.

y

Membina

jaringan

dengan

badan

bukan

kerajaan,

isntitusi-institusi

kampung/sekolah/masjid untuk bekerjasama dalam sebarang usaha pembasmian judiy

Lebih aktif memikirkan strategi-stategi baru dalam usaha untuk menumpaskan sebarang aktiviti perjudian

5.1.4 Sekolahy y

Melaporkan sebarang kes perjudian yang didapati berlaku di sekolah Bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyambut baik sebarang usaha membasmi kegiatan JUDI

y

Menganjurkan lebih banyak aktiviti kokurikulum/persatuan yang menerangkan mengenai mudarat judi

y

Tegas dalam perlaksanaan tindakan disiplin kepada para pelajar yang terlibat dalam perjudian samada secara lansung mahupun tidak.

y y

Mendidik dan menganjurkan program / kempen membasmi judi secara berterusan Membina rangkaian sekolah untuk bekerjasama menganjurkan aktiviti

pembasmian/kempen antijudi 5.1.5 Ibu Bapay y

Mengikuti sebarang program keibubapaan dalam usaha untuk membasmi JUDI Memberi pendidikan dan mengadakan perbincangan dengan anak-anak mengenai gejala buruk judi.

y

Peka terhadap perkembangan anak-anak dan juga pengaruh sekeliling yang memungkinkan mereka terjebak dengan gejala berunsur perjudian tanpa disedari

y

Membantah dan membanteras sebarang permainan yang berunsur judi (seperti tikamtikam, mesin slot) dikedai-kedai kawasan perumahan mereka.

5.1.6 Parti politiky

Menjadikan agenda membanteras judi sebagai satu agenda yang utama dalam setiap parti politik.

y

Mengadakan program kesedaran masyarakat bagi tujuan kesedaran negative judi kepada

masyarakat.y

Membangkitkan isu judi di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi mencari punca dan cara mengatasi gejala dan industri judi di Malaysia.

y

Memastikan setiap ahli parti politik bebas daripada aktiviti judi, samada sebagai penjudi mahupun terlibat dalam perniagaan berunsur judi.

5.1.7 Badan Bukan Kerajaany

Melaksanakan gerakerja advokasi, meminta pihak kerajaan dan pihak berwajib supaya menghentikan aktiviti perjudian secara total

y

Mengadakan kempen pendidikan kepada masyarakat pelbagai peringkat umur, pelbagai latar belakang dan gender dalam mendidik mereka untuk mengetahui status industri judi di Malaysia dan membina prespektif untuk membenci aktiviti judi serta menggerakkan aktiviti menangani perjudian dikawasan mereka.

y

Terlibat dalam aktiviti pencegahan aktiviti perjudian samada yang berlesen ataupun yang tidak berlesen

y

Menghasilkan bahan-bahan penerbitan berkenaan aktiviti judi (samada buku, risalah, brosur dan lain-lain) serta maklumat terkini serta tindakan yang boleh diambil pelbagai pihak menangani isu dan gejala ini.

5.1.8 Mahasisway y

Mendesak pihak kerajaan untuk menghentikan industri perjudian di Malaysia Menganjurkan perbincangan (seminar, dialog, forum, bengkel dan lain-lain) bagi tujuan mengatasi gejala perjudian di Malaysia

y

Menganjurkan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif perjudian kepada masyarakat

y

Menubuhkan Jaringan Mahasiswa Menentang Perjudian serta merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menangani gejala perjudian diperingkat advokasi dan akar umbi.

6.0 Cadangan 1. Ketagihan terhadap perjudian merentasi etnik, usia, status sosioekonomi dan jantina.

Berjudi untuk keseronokan atau untuk menghabiskan masa lapang dengan mudah boleh menjadi ketagih, yang kemudiannya dikaitkan pula dengan bahaya terhadap mental, sosial dan fizikal. Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil, cukai, dan untuk lain-lain keperluan keluarga sebagai ganti digunakan untuk berjudi. Ketagihan itu telah menyebabkan hilangnya wang simpanan, tabungan pendidikan anak-anak, bayaran perumahan, tabungan persaraan, dan wang untuk urusan penting yang lain. Mereka terpaksa berbohong kepada sesiapa sahaja atau meminjam daripada keluarga dan rakan atau lebih malang lagi meminjam daripada along untuk mengekalkan tabiat berjudi mereka. Perjudian boleh menghancurkan atau memusnahkan hubungan, dan membawa kepada kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak secara haram seperti mencuri daripada perniagaan, pelanggan atau majikan mereka. Penagih judi juga mungkin melakukan jenayah untuk membiayai perjudian mereka, menyebabkan bahaya kepada mangsa dan keluarga mereka serta diri sendiri dan melibatkan kos dalam sektor keadilan jenayah. Kos sosial perjudian amat besar dan jauh mengatasi faedah ekonomi kepada kerajaan. Dikatakan bahawa masalah seorang penjudi memberi kesan kepada 7 17 orang yang lain, menunjukkan sebahagian besar penduduk menghadapi bahaya daripada masalah perjudian seperti kemusnahan kewangan, kehancuran perhubungan, keganasan rumah tangga, aktiviti jenayah, kemurungan dan bunuh diri. Kesan penagihan judi amat luas dan dalam. Kerajaan hendaklah melaksanakan langkah yang berikut: 1. Tarik balik cabutan khas Menggalakkan perjudian bukanlah jawapan kepada rangsangan ekonomi atau mengumpulkan sumber hasil kerajaan daripada cukai aktiviti perjudian.

Kerajaan perlu mengurangkan loteri dan cabutan mingguan empat nombor ekor (4-D), Toto dan lumba kuda oleh syarikat perjudian serta cabutan khas untuk mengurangkan tabiat berjudi. Kerajaan perlu dilihat menangani masalah ini sebagai ganti menghasilkan dan membolehkan ketagihan berjudi. 2. Pendekatan kesihatan awam Kita perlu mempunyai pendekatan kesihatan awam yang digunakan untuk mengatasi bahaya perjudian termasuk masalah judi. Contohnya di New Zealand, Kementerian Kesihatan di sana mempunyai Program Kesedaran dan Pendidikan Masalah Perjudian untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan bagi mendapatkan bantuan untuk mereka yang memerlukan. Melalui program kesihatan awam, kerajaan boleh menyedarkan masyarakat untuk memahami bahaya perjudian dan membina sokongan awam bagi langkah mencegah dan mengurangkan perjudian, bagi menghasilkan komuniti dan keluarga yang lebih selamat. Pada masa yang sama, kaki judi perlu diberi kaunseling dan sokongan untuk mencegah atau menguruskan tabiat perjudian mereka yang berisiko. Ini akan membantu menghapuskan bahaya yang dicetuskan oleh individu atau keluarga oleh perjudian. 3. Perundangan Kita memerlukan peraturan dan perundangan yang lebih ketat dan tegas terhadap pelbagai bentuk perjudian yang telah menular dalam masyarakat moden termasuk perjudian dalam talian. Hampir kepada kasino dan amalan perjudian lain secara langsung berkaitan perjudian. Peraturan perlu dikuatkuasakan untuk melindungi orang ramai daripada kemudahan untuk memuaskan tabiat berjudi sama ada melalui kasino, mesin judi atau melalui cabutan. Matlamat utama kerajaan rakyat seharusnya adalah untuk mengurangkan insiden perjudian dan masalah perjudian dan kesan ketagihan judi terhadap kehidupan individu dan masyarakat. Kita perlu menimbangkan bagaimana ramainya rakyat Malaysia yang kerugian akibat berjudi . Kos terhadap setiap orang tidak dapat diukur dan pertimbangan peningkatan kedai judi yang

boleh didapati dan kekurangan perlindungan terhadap tabiat itu. Kerajaan telah mewujudkan kaki judi yang telah menjadi ketagih kepadanya setiap minggu dan cabutan khas yang dibenarkan. Adalah tidak benar perjudian memacu pembangunan ekonomi dan kosnya terhadap keluarga, masyarakat dan negara mestilah dipertimbangkan dengan serius. Lebih banyak kemudahan untuk berjudi akan menimbulkan masalah yang lebih besar, kami amat berharap kerajaan akan meletakkan kesihatan rakyat negara ini lebih utama mengatasi faedah daripada perjudian. 2. Tujuan penggubalan akta-akta sedia ada yang membenarkan sebahagian aktiviti judi di

negara ini adalah jelas hanya untuk menghormati hak sebilangan warganegara bukan Islam dan tidak wajar untuk dijadikan sebagai suatu industri yang menjana pendapatan negara atau institusi pembangunan sosial yang menjadi rutin dan kebudayaan masyarakat yang diiktiraf oleh Negara.

Dalam hal ini, Kerajaan perlu mengambil peranan utama untuk membetulkan semula paradigma masyarakat pada hari ini berhubung dengan aktiviti judi halal seperti yang terkandung dalam undang-undang dan dasar ekonomi negara bahawa ia adalah khusus untuk warganegara bukan Islam. Malah, hasil pendapatan yang dikaut daripada kutipan cukai perjudian tidak wajar disalurkan ke akaun perbendaharan umum tetapi hendaklah diasingkan untuk manfaat masyarakat bukan Islam sahaja.

Selain daripada mengubah paradigma masyarakat, langkah pengawalan dan pencegahan dari sudut undang-undang juga perlu ditambah baik. Undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan judi adalah terkandung dalam pelbagai akta seperti Akta Pertaruhan 1953 [Akta 495], Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289], Akta Cukai Perjudian 1972 [Akta 65], Akta Loteri 1952 [Akta 288], Akta Pertaruhan Pool 1967 [Akta 384], Akta Eksasis 1976 [Akta 176], Akta Perlumbaaan (Lembaga Totalisator) 1961[Akta 494] dan Akta Duti Pertaruhan Dan Ambil Tagan 1948 [Akta 201].

Dalam hal ini, terdapat keperluan untuk menyatukan dan memperkemaskan semua undangundang tersebut di bawah satu akta sahaja agar pengawalan dan penguatkuasaan kegiatan judi

dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, teratur dan selaras.

Undang-undang yang dicadangkan hendaklah bersifat sebagai undang-undang kawalan dan penguatkuasaan yang bertujuan untuk mengawal kegiatan judi yang dibenarkan oleh kerajaan bagi kepentingan golongan bukan Islam dan untuk menguatkuasa serta membendung aktiviti judi yang menjadi suatu kesalahan atau kegiatan judi yang dilakukan oleh orang Islam. Cadangan undang-undang kawalan judi ini bolehlah berperanan dan berkuatkuasa seperti Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) [Akta 368], Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (Disemak 2006), Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) [Akta 234] dan Peraturanperaturan Dadah Berbahaya 1952 yang mengawalselia penggunaan dadah yang berbahaya seperti candu masak (prepared opium), kanabis dan resin kanabis dan aktiviti perniagaan yang melibatkan dadah-dadah berbahaya tersebut.

Oleh yang demikian, cadangan undang-undang kawalan judi ini bolehlah berperanan untuk mengawalselia dan membendung aktiviti perjudian di kalangan orang Islam yang menjadi satu kesalahan di bawah akta/enakmen kesalahan jenayah Syariah Wilayah Persekutuan/NegeriNegeri.

Cadangan undang-undang kawalan judi ini hendaklah melarang sebarang kegiatan yang berkaitan dengan judi di kalangan umat Islam. Oleh itu, larangan tersebut perlu juga dimasukkan dalam Akta/cadangan undang-undang kawalan berkenaan dan bukan dikanunkan secara berasingan dalam Akta/Enakmen kesalahan jenayah Syariah semata-mata.

Selain itu, cadangan undang-undang kawalan judi ini diperlukan adalah untuk menyelaraskan hukuman bagi semua kesalahan yang berkaitan dengan judi. Ini kerana hukuman bagi kesalahan yang berkaitan dengan judi terletak di bawah akta-akta yang berasingan mengikut kategori judi. Antara contoh kepelbagaian penalti bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan judi adalah seperti yang diperuntukkan di bawah:

(i) subseksyen 4(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289] iaitu hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan rumah judi terbuka (denda tidak kurang daripada

RM5,000 dan tidak melebihi RM 50,000 dan pemenjaraan tidak melebihi 3 tahun dan sebagai tambahan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM 50,000 bagi setiap mesin yang dirampas.

(ii) subseksyen 4(1) Akta Pertaruhan 1953 [Akta 495] iaitu hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan rumah pertaruhan terbuka dan pusat bagi maklumat pertaruhan (denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM 200,000 dan pemenjaraan tidak melebihi 5 tahun); (iii) subseksyen 10(1) Akta Loteri 1952 [Akta 288] iaitu hukuman bagi kesalahan mempromosi judi tanpa permit atau kesalahan menjalankan aktiviti judi yang melanggar syarat-syarat permit (pemenjaraan tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau keduaduanya sekali)

(iv) subseksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563] iaitu hukuman bagi mengubah kandungan dan fungsi asal komputer kepada mesin judi (denda tidak melebihi RM100,000 atau pemenjaraan tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali atau denda tidak melebihi RM150,000 atau pemenjaraan tidak melebihi 10 tahun atau kedu-duanya sekiranya kesalahan ini dibuat dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditafsirkan oleh Kanun Keseksaan).

Dengan mewujudkan suatu undang-undang kawalan judi, penalti yang ditetapkan bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan judi yang sama tahap keseriusannya boleh diselaraskan dan penguatkuasaan undang-undang akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Selain itu, adalah dicadangkan agar penambahan hukuman bagi kesalahan yang berkaitan dengan aktiviti judi yang serius seperti aktiviti judi yang melibatkan jenayah Ah Long dan sindiket kongsi gelap perlu dilakukan dengan memperkenalkan hukuman seperti peningkatan bilangan sebat mandatori, pemanjangan tempoh pemenjaraan mandatori atau kenaikan hukuman denda agar undang-undang tersebut dapat mencegah seterusnya membasmi kegiatan judi yang boleh membawa kepada kemudaratan yang besar. Kepentingan untuk meningkatkan dan mengetatkan

hukuman bagi kesalahan aktiviti judi haram yang menyumbang kepada jenayah yang lebih buruk ini pernah dibincangkan dengan teliti di sidang Dewan Negara pada tahun 1989.20 Antara rasional peningkatan hukuman tersebut adalah untuk menghentikan operasi pemindahan sindiket-sindiket judi yang melibatkan perjudian dengan nilai wang yang besar di Singapura dan negara-negara berhampiran ke negara ini. Pemindahan sindiket-sindiket judi tersebut ke Malaysia adalah untuk mengelakkan hukuman yang amat ketat di negara-negara tersebut berbanding dengan hukuman yang masih rendah di negara ini. Malah, kadar mata wang di negara ini begitu rendah jika hendak dibandingkan dengan sindiket judi tersebut yang mencecah pertaruhan berbilion Dolar Amerika.

Walaupun cadangan kenaikan penalti bagi sindiket judi ini telah ditingkatkan menerusi pindaan Akta Rumah Perjudian Terbuka pada tahun 1989, keperluan untuk mengetatkan lagi undangundang yang mengawal dan mencegah aktiviti judi haram pada masa kini adalah amat tinggi sesuai dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi yang banyak mengubah dan mempengaruhi sindiket tersebut.

Oleh yang demikian, cadangan hukuman sebat atau pemenjaraan mandatori dilihat mampu mencetuskan kegerunan dan ketakutan kepada pesalah seterusnya memberi pengajaran kepada orang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama. Cadangan penambahan hukuman ini juga dapat membanteras dan menghentikan budaya negatif yang lahir daripada aktiviti judi seperti kejatuhan ekonomi rakyat, keruntuhan institusi kekeluargaan yang menjadi punca peningkatan gejala sosial di kalangan generasi muda.

Kesimpulan

Judi merupakan salah satu cara perolehan harta yang jelas diharamkan oleh Islam. Meskipun ada kebaikan, khususnya bagi mereka yang memperolehi keuntungan tetapi ia tetap ditegah kerana keburukannya adalah lebih besar. Bukan sahaja kepada individu yang kalah dan rugi tetapi ia ternyata mengancam kestabilan dan keharmonian sistem sosial dan ekonomi umat. Aktiviti judi sudah berlaku semenjak dahulukala lagi dan kini ia masih berlaku bahkan dengan teknik, kaedah dan platform yang pelbagai. Judi secara tradisi didapati banyak berlaku dalam acuan permainan

dan kini ia semakin canggih dengan adanya kemudahan teknologi internet tanpa perlu berhadapan dengan khalayak. Ia juga semakin banyak diterapkan di dalam bidang perniagaan dan pelaburan dengan ciptaan program, sistem dan skim tertentu seperti skim cepat kaya. Matlamat perekanya untuk mendapat keuntungan sebagaimana dalam objektif asal judi diterjemahkan dalam program dan skim tersebut sehingga mampu menarik lebih ramai peserta dengan bertopengkan perniagaan dan pelaburan. Walau apapun caranya sekiranya sesuatu aktiviti itu mempunyai elemen judi iaitu wujud unsur pertaruhan dalam perolehan harta yang hanya bersandarkan nasib dan keadaan lain yang tidak berkait secara langsung dengan nilai, peraturan dan nature perniagaan maka ia termasuk dalam kategori judi. Ini perlu dijadikan panduan agar kita tidak terpedaya dalam tipu muslihat syaitan dan konco-konconya yang secara jelas disebut oleh Allah mereka menjadikan judi sebagai alat perpecahan, perosak sistem sosial, ekonomi dan agama. Begitu juga dengan undang-undang yang menjadi garis panduan berhubung dengan judi adalah diperuntukkan dalam pelbagai akta. Namun, kewujudan undang-undang tersebut adalah bersifat umum dan tidak mencukupi untuk mengawal aktiviti-aktiviti perjudian daripada terus berleluasa. Justeru, adalah menjadi suatu keperluan yang mendesak kepada kewujudan atau penggubalan suatu bentuk kawalan dan selian undang-undang khusus berkenaan judi bagi tujuan penambahbaikan undangg-undang dalam usaha menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Usaha untuk menggubal undang-undang kawalan judi seperti yang diharapkan oleh semua pihak ini memakan masa yang panjang dan memerlukan kepada komitmen semua pihak yang berkenaan bagi bersama-sama menyumbang idea dan pandangan bagi mendraf rang undangundang tersebut. Semoga dengan usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak akan dapat menghindarkan diri khususnya dan masyarakat umumnya daripada amalan-amalan syaitan yang akan meruntuhkan akidah masyarakat Islam dan pembangunan negara.

BIBLIOGRAFI

Judi dan Kesannya Kepada Masyarakat. http://www.rakanmasjid .com Antara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam. Jurnal Syariah. 11:1 Tahun 2003

Lesen Pertaruhan Bola Sepak Boleh Kurangkan Judi Haram - LDP Judi Babitkan Pertaruhan RM1 Juta Sehari