Asid Alkali,Peta Minda.rph

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Asid Alkali,Peta Minda.rph

    1/5

    NAMA : ____________________________ TAHUN: 5 __________________ TARIKH : _________________

  • 7/29/2019 Asid Alkali,Peta Minda.rph

    2/5

    NAMA : ____________________________ TAHUN: 5 __________________ TARIKH : _________________

    Lengkapkan jadual di bawah

    BAHAN RASA PERUBAHAN KERTAS LITMUS SIFAT BAHAN

  • 7/29/2019 Asid Alkali,Peta Minda.rph

    3/5

    NAMA : ____________________________ TAHUN: 5 __________________ TARIKH : _________________

  • 7/29/2019 Asid Alkali,Peta Minda.rph

    4/5

    NAMA : ____________________________ TAHUN: 5 __________________ TARIKH : _________________

    Saya telah menjalankan mikropengajaran mata pelajaran Sains serta membuat rakaman di dalam bilik darjah 5J. Saya memilih tajuk

    "Acid dan Alkali" dan mengajar dalam Bahasa Inggeris. Masa peruntukan yang ditetapkan dalam mikropengajaran ini ialah sebanyak 5 minit.

    Saya menggunakan menggunakan papan putih dan handouts dalam sesi pengajaran ini.

    Semasa sesi pengajaran mikro dijalankan, saya mendapati murid-murid saya tidak jelas dengan soalan-soalan yang

    dikemukakan dalam bahasa Inggeris. Bagi golongan murid yang lemah dalam bahasa Inggeris, mereka tidak menunjukkan keyakinan

    apabila menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Walaupun topik ini pernah diajar dalam bahasa ibunda, bahkan juga murid-

    murid telah menguasai segala kemahiran yang terkandung pada topik itu. Kemungkinan besar disebabkan tahap penguasaan bahasa

    Inggeris mereka masih lemah.

    Pada masa yang sama, ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan

    lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah saya sedikan, didapati masa yang digunakan

    untuk menjalankan pengajaran tidak seiring. Masa yang saya rancangkan sebenarnya 5 minit tetapi melihat balik rakaman yang dibuat, saya

    telah menggunakan masa sebanyak 6 minit 28 saat untuk menyampaikan pengajaran iaitu melebihi masa 1 minit 28 saat .Ini disebabkan saya

    mengulangkan soalan yang dikemukan kepada murid-murid yang lemah sebanyak dua kali supaya mereka lebih faham dengan keperluaan

    soalan.

    Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan dalam sesi mikropengajaran ini ialah saya berjaya menarik perhatian

    dan minat murid untuk belajar. Kandungan pelajaran yang saya rancangkan menjurus ke arah kesediaan minda murid seperti dikaitkan dengan

    pelajaran lepas, isu persekitaran. Saya juga menghubungkaitkan pengajaran saya dengan kehidupan harian murid.Selain itu, nada suara saya

    yang sesuai dan lantang juga memudahkan murid-murid di dalam kelas saya dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu

  • 7/29/2019 Asid Alkali,Peta Minda.rph

    5/5

    NAMA : ____________________________ TAHUN: 5 __________________ TARIKH : _________________

    pemahaman murid saya terhadap apa yang saya sampaikan. Hal yang sedemikian membolehkan murid-murid saya memberi tumpuan dan

    fokus terhadap pengajaran dan pembalajaranyang dijalankan. Di samping itu, sikap ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga

    menyebabkan murid-murid lebih hormat kepada saya.

    Pemberian arahan yang jelas juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam sesi penyampaian saya. Arahan yang diberi dengan

    jelas memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid

    yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian saya berkenaan isi pelajaran.

    Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan lagi supaya dapat meningkatkan lagi kualiti

    pengajaran saya pada masa yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan mikropengajaran kali ini,

    penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan

    dalam RPH. Ketepatan masa perlu dipatuhi bagi melancarkan proses P&P.

    Di samping itu juga, saya juga akan cuba memberi kelas bimbingan kepada golongan murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris. Saya

    akan mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan istilah-istilah sains yang diajar dalam dwibahasa supaya murid-murid dapat menguasai

    kemahiran yang diajar pada masa akan datang.