Asign2012(Mei)

  • Upload
    zusma

  • View
    219

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    1/17

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASARJANA MUDA PENGAJARAN

    SEMESTER SEPTEMBER / 2011

    ==================================================================

    HBEF1503MASYARAKAT DAN TAMADUN

    =====================================================================

    NO. MATRIKULASI : 650929075509001

    NO. KAD PENGNEALAN: 650929075509

    NO. TELEFON : 0174397433

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PP kedah

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    2/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ISI KANDUNGAN

    Bil Perkara Muka Surat

    1 Isi Kandungan 1

    2 Pendahuluan 2

    3 Ciri-ciri Masyarakat Majmuk 3

    4 Matlamat Dasar Pendidikan 4

    5 Falsafah Pendidikan Negara 5

    6 Kekuatan dan kelemahan 5

    7 Cadangan Peningkatan 10

    8 Kesimpulan 14

    9 Bibliografi 15

    Sekolah Wawasan mampu mempromosikan integrasi kaum di Malaysia. - Gambar hiasan

    2

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    3/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    1.0 Pengenalan

    Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum

    yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan

    India telahpun menetap di tanah bertuah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga

    merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia

    Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan dusun dan Iban

    Malaysia sememangnya terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang

    berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk berbilang kaum di Malaysia telah

    wujud pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Pada tahun

    1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan

    beliau berhubung masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan (2011)

    membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat

    majmuk mengikut Furnival (1948 ) merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang

    bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem

    politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa, idea dankaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar

    tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut

    garis perkauman. Bagi Prof Dr Hashim Kamali (IAIS) (2010) mendefisikan kemajmukan

    sebagai masyarakat yang ingin menjalani kehidupan bersama berlainan bangsa, agama serta

    latar belakang itu yang menentukan berjaya atau tidak konsep hidup dalam masyarakat

    majmuk serta memahami maksud kemajmukan sebenar dan menangani konflik dikaitkan

    dengan perbezaan serta kepelbagaian itu, rakyat tidak kira bangsa atau agama dinegara ini

    perlu memiliki sikap keterbukaan.

    Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-

    19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad

    3

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    4/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal

    Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk

    di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola

    penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada kaum

    Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.

    1.1 Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Furnivall (1948 )

    Mempunyai 2 atau lebih kumpulan etnik, tinggal di kawasan yang sama, tidak

    bercampur-gaul, berada dalam satu unit politik

    Pemerintah dari bangsa berlainan

    Tiada kesedaran kebangsaan

    Pembahagian ekonomi yang jelas antara kumpulan etnik

    Pasar sebagai tempat berinteraksi.

    Cenderung kepada konflik, perlu kuasa luar untuk mengawal keadaan

    Setiap kumpulan mempunyai aturan sosial tersendiri, sebagai panduan hidup

    (budaya, adat resam dan sebangainya)

    Wujud garisan-garisan pemisah yg memperkukuhkan (mutually reinforcing

    cleavages) BUKAN garisan-garisan silang-melintang (cross-cutting cleavages

    Oleh kerana kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia ini, maka adalah menjadi

    objektif dan dasar yang utama bagi kerajaan bagi untuk menggariskan serta

    menambahbaikan pelbagai dasar berkaitan pendidikan yang merangkumi serta mendasari

    semua kaum yang mendiami Malaysia. Kerajaan Malaysia sejak penubuhannya telah

    merangka pelbagai usaha dan menggariskan pelbagai dasar pendidikan kearah

    membangunkan modal insan yang sempurna bagi menjana Malaysia yang lebih makmur

    dan bersatupadu pada masa akan datang. Dasar-dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh

    4

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    5/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    kerajaan Malaysia bagi tujuan mencapai kesepaduan antara kaum melalui pendidikan ialah

    :

    Penyata Razak ( 1956 )

    Dasar Pendidikan Kebangsaan

    Laporan Rahman Talib ( 1965 )

    Jawatankuasa Kabinet ( 1979 )

    Merujuk kepada dasar-dasar pendidikan yang dinyatakan di atas, sebelum

    kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang

    betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem

    pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu

    Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan

    dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun

    1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian

    dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

    Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk

    mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya

    supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta

    memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.

    Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

    1.2Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

    Perpaduan negara untuk mencapai matlamat tersebut, penyata razak (1956) dan laporan

    rahman talib (1965) telah mengariskan tiga asas utama seperti berikut:

    Sistem persekolahan yang sama bagi semua.

    5

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    6/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan; dan

    Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.

    Semua dasar pendidikan yang dibentuk di atas adalah bertujuan melahirkan

    generasi muda Malaysia yang menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu:

    FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

    " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankanlagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

    diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

    negara. "

    2.0Kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan Negara dalam memupuk kesepaduan

    kaum dan etnik.

    Dalam melaksanakan serta merealisasikan perbagai dasar pendidikan negara sejak

    lepas merdeka hingga kini kerajaan berdepan dengan berbagai halangan dan rintangan

    dimana tiap-tiap dasar yang digariskan itu sudah pastilah mempunyai kekuatan dan

    kelemahan tertentu dalam proses merealisasikan pelaksanaannya. Di bawah ini dinyatakan

    kekuatan dan juga kelemahan dasar pendidikan kearah memupuk toleransi, kesepaduan

    kaum dan etnik di Malaysia.

    2.1 Kekuatan sistem pendidikan Negara kearah menyumbang perpaduan kaum di

    Malaysia.

    6

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    7/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    i)Sistem persekolahan yang sama bagi semua

    Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang

    menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis

    umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa

    Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

    Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh

    bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan

    disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan

    dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada

    Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa

    pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

    ii)Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

    Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

    ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan danpersefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan

    rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di

    negara ini. Peruntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar terkandung dalam

    Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

    pada semua peringkat pendidikan.

    iii)Kurikulum yang sama

    Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala

    ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan

    kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-

    ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan

    pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara

    7

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    8/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita

    negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping

    menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

    iv)Sukatan pelajaran yang seragam

    Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata

    Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi

    mewujudkan perpaduan negara.

    Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan.

    Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan

    hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat

    resam.

    v)Peperiksaan yang seragam

    Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah

    diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan

    adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklahterganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses

    menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

    vi) Sekolah Wawasan

    Di bawah konsep Sekolah Wawasan, kerajaan meletakkan sekolah aliran yang berbeza di

    bawah satu lokasi supaya kanak-kanak yang berlainan latar belakang kaum ini boleh

    berkongsi padang permainan dan berkongsi waktu perhimpunan.

    Semua murid dari ketiga-tiga aliran sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil dapat

    menyesuaikan diri apabila berkongsi kemudahan dalam satu kompleks Sekolah Wawasan.

    Tiada sebab mana-mana pihak perlu ragu dengan pelaksanaan Sekolah Wawasan kerana

    jelas hubungan antara pelajar pelbagai kaum berjalan lancar, tiada orang hilang identiti

    bahasa masing-masing tetap berdiri sebagai sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah

    8

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    9/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Tamil.

    2.2 Kelemahan sisitem pendidikan dalam perpaduan kaum dan etnik

    i) Sistem pendidikan yang Berbeza

    Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem

    Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat

    permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi

    keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan

    berkembang secara sendirian.

    Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda pemuda Cina.

    Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya

    datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

    Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang

    tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya

    dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau

    bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah

    Cina, Melayu atau Inggeris.

    Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem

    persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.

    Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasapengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi

    kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem

    persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian

    satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik

    9

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    10/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak mempunyai pandangan

    dunia (world view) yang sama.

    Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya.

    Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang

    penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk

    membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

    ii) Pola Penempatan Yang Berlainan

    Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum

    yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu

    memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di

    kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan

    kemudiannya bertukar kepada Bandar (sehingga kini) dan kaum India di kawasan ladang-

    ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

    iii) Tempat Persekolahan Berbeza

    Dari umur kecil lagi, masyarakat kita dibahagi mengikut kaum dan kalau menjelang

    umur 18 tahun, barulah kita menggalakkan perpaduan kaum melalui penyertaan di PLKN

    ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat. Oleh kerana itu, sistem pendidikan rendah

    dan menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian dan perpisahan

    mengikut barisan kaum.

    Sebelum pemodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki sekolah, tidak susah membuat

    kawan daripada kaum dan bangsa yang lain. Dalam masyarakat kita yang cukup majmuk,

    pada bila-bila masa kanak-kanak tentulah bermain dan berborak dengan rakan seumur

    mereka, tidak kira bangsa. Masalahnya muncul apabila kanak-kanak masuk sekolah. Kalau

    mereka semua menghadiri sekolah yang sama, tiadalah masalah - tetapi oleh kerana pihak

    10

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    11/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    kolonialis enggan menyokong satu sistem sekolah untuk semua rakyat, kita sudah biasa

    dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-masing.

    Kalau terdapat cukup peluang untuk kanak-kanak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-

    rakan mereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita masih boleh mengelak persoalan

    polarisasi kaum. Tetapi dalam zaman urbanisasi ini, kita hidup dalam masyarakat di mana

    kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran kerana mereka lebih gemar bersembang dan

    bergaul dengan rakan sekolah.

    Hakikatnya sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolah kebangsaan, kalau anak Cina pergi

    sekolah jenis kebangsaan Cina, kalau anak India pergi sekolah jenis kebangsaan Tamil,

    dimana ada titik pertemuan untuk perpaduan nasional? Realitinya, kita sudah mengamalkan

    suatu sistem pendidikan berdasarkan segregasi.

    3.0 Cadangan Peningkatan

    i) Program Rimup

    Antara program yang perlu dipertingkatkan lagi pelaksanaanya ialah

    memperkasakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) yang dilihat

    sebagai satu program yang baik bagi tujuan kesepaduan etnik di Malaysia, natijahnya

    program ini tidak dilaksanakan secara berkesan dan bersungguh-sungguh sebagaimana

    yang diharapkan. Oleh itu adalah dicadangkan agar pihak sekolah selaku pemain utama dan

    penggerak tranformasi kerajaan perlu melaksanakan program ini dan nampak dilaksanakan

    secara nyata. Antara program atau aktiviti-aktiviti yang dapat dijayakan bersama antara

    sekolah kebangsaan , sekolah jenis kebangsaan ialah:

    A) Kegiatan Kokurikulum,

    B) Pertandingan Reka Cipta

    C) Kelab Rukun Tetangga

    D) Lawatan Sambil Belajar

    11

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    12/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    E) Pertukaran Pelajar

    F) Program Anak Angkat antara sekolah berkenaan.

    Dengan menjayakan aktiviti-aktiviti seumpama di atas nescaya, kesepaduan antara

    kaum dapat tercapai dan dapat menepati kehendak program yang diwujudkan serta dapat

    meningkat serta menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin

    perpaduan nasional.

    ii) Pendemokrasian Pendidikan

    Globalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap

    peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu

    diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Masalah kekurangan guru terlatih,

    taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana yang berkualiti merupakan faktor

    penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan kebolehan kanak-kanak.

    Untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan, kerajaan perlulah memberi

    peruntukan yang lebih tinggi bagi dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah luar bandar agar

    tidak terus ketinggalan berbanding sekolah-sekolah di bandar-bandar termasuklah membinaasrama-asrama bagi membolehkan pelajar-pelajar menikmati kemudahan. Selanjutnya

    kerajaan juga perlu memperuntukkan tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai latar

    kaum untuk mengajar dikawasan luar bandar supaya tenaga pengajar ini dapat memberi

    input yang lebih berkesan kearah mencapai kesepaduan etnik dalam Negara kita. Kita

    melihat Sek Kebangsaan dikuasai oleh guru-guru melayu sahaja, begitu juga dengan SJKC

    atau SJKT.

    iii) Perubahan Dalam Bidang kokurikulum

    12

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    13/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bagi merealisasikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan rakyat Malaysia,

    adalah dicadangkan kerajaan membuat perubahan yang lebih drastik agar kegiatan ko-

    kurikulum disekolah, bukan sahaja berfokuskan sekolah khas atau sekolah dibandar sahaja

    malah melibatkan sejumlah besar sekolah diluar bandar supaya ada perubahan yang ketara

    kearah mencari mutiara-mutiara atau bakat pelajar diseluruh negara dalam perbagai bidang

    sukan. Untuk itu adalah dicadangkan pihak yang berkaitan dengan pendidikan fokus

    kepada: Contohnya,

    i) Diwujudkan gelanggang bola keranjang ( majoriti adadisekolah SJKC)

    dibina disekolah kebangsaan.

    ii) Kegiatan ko-kurikulum pula berubah daripada permainan bola sepak

    dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang.

    iii) Perkhemahan tahunan dirangkumkan kepada keterlibatan bersama

    SK,SJKC dan SJKT

    Semua ini perlu dilakukan supaya dapat menarik minat pelajar-pelajar agar terlibat

    kepada sesuatu yang baru dan mencabar kebolehan mereka disamping dapat bergaul dan

    berkenalan dengan rakan yang berlainan bangsa, keturunan dan agama..Hal ini perlulah

    menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan dalam menterjemahan kegiatan

    kokurikulum kearah perpaduan etnik disamping mempertingkatkan mutu sukan negara

    dalam sukan-sukan ini (bahagian ii) .

    iV) Penyediaan pelajar sebagai pekerja

    Penglibatan pemimpin bagi setiap organisasi dalam merekabentuk, merancang dan

    melaksanakan program pengembangan kerjaya akan menentukan kejayaan sesuatu

    perubahan ( zaidatol akmaliah, 1990 ). Setiap perubahan yang dibuat oleh pihak atasan,

    akan memberi tekanan kepada pihak bawahan. Kejayaan hanya akan tercapai jika pihak

    bawahan sanggup melaksanakan perubahan.

    13

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    14/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Penggubalan kurikulum ke arah sektor pekerjaan akan dilakukan setiap 10 tahun

    sekali. Namun begitu jangka masa 10 tahun terlalu jauh untuk sesuatu rancangan jangka

    panjang. Kerap kali berlaku, kegagalan untuk merancang dan kegagalan itu adalah

    kegagalan sepenuhnya.

    Sukatan pelajaran dan pekeliling yang diberikan akan mempengaruhi tekanan seseorang.

    Dalam hal ini pengetua sekolah atau ketua jabatan harus bijak. Kadang-kala seseorang

    pelajar itu tidak tahu apakah kerjaya akan diceburinya nanti . Sementara pelajar lain takut

    untuk bercita-cita kerana takut gagal mencapai cita-cita.

    Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat

    dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan

    peluang yang bakal diceburi oleh pelajar.

    Sepatutnya guru-guru diberi sedikit tekanan untuk meningkatkan pengetahuan tentang

    kerjaya. Pengetahuan guru tentang kerjaya pelajar akan bertambah dengan mengadakan

    perkembangan staf atau menghadiri mana-mana seminar.

    V) Kaji Nisbah Guru Dan Pelajar

    Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah

    purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenalpasti

    formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Kalau sekarang satu bilik

    darjah 1.5 guru, maka adalah dicadangkan satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik

    darjah ada dua orang guru).

    Dengan adanya nisbah seperti diatas maka guru dapat menumpukan

    100% pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan diyakini proses p&p akanlebih berkesan kerana guru dapat membimbing sepenuhnya murid dalam nisbah

    yang dinyatakan diatas

    14

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    15/17

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    16/17

    HBEF1503/650929075509--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Namun dengan adanya

    kefahaman, penjelasan, dan persetujuan semua pihak terhadap konsep, rasional dan

    langkah-langkah tindakan yang dimajukan. Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia) bukan

    sesuatu impian yang mustahil.

    Bibliografi2010/05/29

    Berita harian / seminar /tajuk Islam dan Kemajmukan: Pengalaman Malaysia/ Seminar

    Antarabangsa Jerman dan Budaya Islam.

    Furnivall, John S. (1948), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma

    and Netherlands India. New York : New York University Press.

    Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : DBP.

    (Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)

    Michael Fullen ( 1998 ) , Whats Worth Fighting For Out There,

    Zaidatol Akmaliah Lope Pihie ( 1990 ). Pentadbiran Pendidikan. Fajar Bakti Sdn.Bhd.Shah Alam Selangor

    16

  • 7/31/2019 Asign2012(Mei)

    17/17