22
KESESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, ALATAN DAN KEMUDAHAN SERTA KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) MENGIKUT PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU ASMA WATI BINTI SANIP Universiti Teknologi Malaysia

ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

KESESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, ALATAN DAN KEMUDAHAN

SERTA KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) MENGIKUT

PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH

MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

ASMA WATI BINTI SANIP

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini
Page 3: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

ii

Page 4: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

iii

Page 5: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

KESESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, ALATAN DAN KEMUDAHAN

SERTA KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) MENGIKUT

PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH

MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

ASMA WATI BINTI SANIP

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 6: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

ii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat suami tercinta serta putera puteriku tersayang,

Arshad bin Kamaludin

Nuralifah bt Arshad

Muhamad Arif bin Arshad

Muhammad Aziq bin Arshad

Muhammad Azim bin Arshad

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan kalian tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

Buat ayah dan ibuku,

Hj. Sanip bin Hj. Abdullah

Hjh. Siti Joriah @ Jamiah bt Hj. Bahari

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat kekanda dan adindaku terima kasih atas segalanya.

Page 7: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

iii

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak

memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah

penyelia, Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak

guru-guru pembimbing sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini juga

amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama

ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat mak, abah, suami dan anak-anak yang tersayang, segala doa

restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah

SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih.

Page 8: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, masa,

kemudahan dan alatan serta kaedah tunjuk cara (demonstrasi) bagi matapelajaran

Kemahiran Hidup elektif Kemahiran Teknikal mengikut perspektif guru-guru

Kemahiran Hidup di sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kaedah penyelidikan

adalah berbentuk diskriptif yang menggunakan soal selidik terhadap 40 sampel yang

dipilih secara rawak. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Ujian-t digunakan bagi melihat

perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan

dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru Kemahiran

Teknikal peringkat menengah rendah. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru amat

bersetuju bahawa isi kandungan sukatan Kemahiran Teknikal adalah bersesuaian

untuk pelajar sekolah menengah rendah dengan jumlah min yang tinggi iaitu 3.82.

Guru-guru juga bersetuju dengan masa yang diperuntukan iaitu dengan min yang

sederhana (3.10) dan juga kemudahan dan alatan yang mencukupi bagi mata

pelajaran Kemahiran Teknikal juga dengan jumlah min yang tinggi (3.79). Malahan

kaedah pengajaran secara tunjuk cara dalam pengajaran Kemahiran Teknikal amat

dipersetujui oleh guru-guru dengan mencatatkan jumlah min yang tinggi (4.10).

Berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,

kemudahan dan alatan yang mencukupi serta kesesuaian kaedah tunjuk cara

(demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran Kemahiran Teknikal

peringkat menengah rendah. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan

kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan guru yang

berketrampilan, berdedikasi dan beriltizam tinggi terhadap profesionalisme mereka.

Page 9: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

v

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the perception of the Technical

Skill teachers at Johor Bahru secondary school towards the suitability of contents,

time provided, tools and equipment also demonstration strategy in Technical subject.

The research is done through questionnaires to 40 Living Skill teachers around Johor

Bahru secondary schooll who had teaching Technical Skill at randomly. The data

was analysed using the SPSS 11.5 software to get the frequencies, the percentage and

the mean. The t- test was using for looking to difference towards the suitability of

contents, time provided, tools and equipment also demonstration strategy between

the gender of the Technical Skill teachers. The outcome of this research showed that

the teachers agree that the content is suitable which the total mean are high (3.82).

The teachers also agree with the time was provided is suitable with the total mean are

moderate (3.10). About the tools and equipment the teachers agree that it was

suitable and the the total mean are high (3.79). For the demonstration strategy the

teachers also agree that it is suitable for students secondary school learning which the

total mean are high (4.10). According to the t-test analysis, the data shown there are

no significance difference towards the suitability of contents, time provided, tools

and equipment also demonstration strategy between the gender of the Technical Skill

teachers. This research is meant to give the guidelines to the concerned parties to

improve the implementation of teaching process, therefore will produce presentable,

dedicated and highly committed teachers to their professionalism.

Page 10: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN TESIS

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.7.1 Guru 7

Page 11: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

vii

1.7.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 7

1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri 8

1.7.4 Pentadbiran Sekolah 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 8

1.9.1 Kemahiran Hidup Bersepadu 9

1.9.2 Guru Kemahiran Hidup 9

1.9.3 Kemahiran Teknikal 9

1.9.4 Sukatan Kemahiran Hidup Bersepadu 9

1.9.5 Alatan dan Kelengkapan 9

1.9.6 Strategi Pengajaran 10

1.9.7 Tunjukcara (Demonstrasi) 10

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 11

2.3 Isi Kandungan 13

2.4 Peruntukan Masa 15

2.5 Kemudahan Asas Di Sekolah 17

2.6 Alatan dan Kemudahan 19

2.7 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 21

Page 12: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

viii

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Sampel Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Prosedur Kajian 33

3.7 Penganalisaan Data 33

4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 36

4.2 Keputusan Analisis Data Bahagian A 37

4.2.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Mengikut Jantina Responden 37

4.2.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Mengikut Umur Responden 37

4.2.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Mengikut Bangsa Responden 38

4.2.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Mengikut Pencapaian Akademik

Responden 38

4.2.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Mengikut Jawatan Responden 39

4.2.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Mengikut Pengalaman Mengajar

Responden 39

4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 40

4.3.1 Persoalan Kajian 1

Adakah sukatan matapelajaran

Kemahiran Teknikal sesuai untuk

Page 13: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

ix

pengajaran dan pembelajaran

peringkat menengah rendah? 40

4.3.2 Persoalan Kajian 2

Adakah masa yang diperuntukan bagi

sesuatu sesi pengajaran subjek

Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah? 43

4.3.3 Persoalan Kajian 3

Adakah alatan atau kemudahan

mencukupi atau mudah diperoleh

bagi proses pengajaran dan

pembelajaran subjek Kemahiran

Teknikal peringkat menengah rendah? 46

4.3.4 Persoalan Kajian 4

Adakah kaedah tunjukcara (demonstrasi)

sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran subjek Kemahiran

teknikal peringkat menengah rendah? 49

4.3.5 Pengujian Hipotesis Kajian 52

4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 54

5 RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan Dan Rumusan 57

5.2.1 Demografi Responden 57

5.2.2 Persoalan Kajian 1

Kesesuaian isi kandungan sukatan

matapelajaran Kemahiran Teknikaluntuk

pengajaran dan pembelajaran

peringkat menengah rendah 59

5.2.3 Persoalan Kajian 2

Masa yang diperuntukan mencukupi bagi

Page 14: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

x

sesuatu sesi pengajaran subjek

Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah 60

5.2.4 Persoalan Kajian 3

alatan dan kemudahan

mencukupi atau mudah diperoleh

bagi proses pengajaran dan

pembelajaran subjek Kemahiran

Teknikal peringkat menengah rendah 61

5.2.5 Persoalan Kajian 4

Kesesuaian kaedah tunjukcara dalam

pengajaran dan pembelajaran subjek

Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah 63

5.3 Cadangan Kajian 65

5.3.1 Pihak Guru 65

5.3.2 Pihak Sekolah 65

5.3.3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 66

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.5 Penutup 67

RUJUKAN 69

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 72

LAMPIRAN B 78

LAMPIRAN C 80

LAMPIRAN D 81

Page 15: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Senarai Tempat Kajian Yang Dijalankan

Dan Bilangan Sampel 29

3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 30

3.3 Skor Skala Likert 31

3.4 Nilai Statistik Alpha Cronbach 32

3.5 Item Persoalan Kajian Yang Telah Diubahsuai 32

3.6 Pengkelasan Semula Skala Likert 34

3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 34

3.8 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 34

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Jantina 37

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Umur 37

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Bangsa 38

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pencapaian

Akademik 38

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jawatan 39

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut

Pengalaman 39

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Analisis Kesesuaian Sukatan 41

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Analisis Kesesuaian Masa 44

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Page 16: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

xii

Analisis Alatan dan Kemudahan 47

4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Analisis Kesesuaian Kaedah demonstrasi 50

4.11 Dapatan ujian-t Kesesuaian Sukatan 52

4.12 Dapatan ujian-t Kesesuaian Masa 52

4.13 Dapatan ujian-t Kemudahan dan Alatan 53

4.14 Dapatan ujian-t Kesesuian Keadah Demonstrasi 54

4.15 Analisis Keseluruhan dan tahap penilaian

Persoalan Kajian 54

4.16 Analisis Keseluruhan Dapatan ujian-t bagi Setiap

Persoalan Kajian 55

Page 17: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bagi menghadapi cabaran-cabaran Wawasan 2020, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menyediakan aneka strategi bagi menangkis pandangan masyarakat

yang memandang rendah terhadap Pendidikan Teknik khususnya Pendidikan

Vokasional. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

mengkaji semula tentang peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem

pendidikan formal.

Justeru itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan dalam

program KBSM. Melalui matapelajaran ini, objektif tersebut dapat dicapai dengan

mendedahkan pelajar-pelajar menengah rendah kerpada Pendidikan Teknik dan

Vokasional, disamping menekankan terhadap nilai-nilai yang tinggi seperti

keupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja yang

baik, disiplin serta semangat untuk bersaing (Kementerian Pelajaran Malaysia 1991)

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mula dilaksanakan pada tahun

1991 selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

adalah berupa hasil daripada perubahan kurikulum melalui perlaksanaan Dasar

Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Pentadbiran Negara pada tahun 1979 dan

kurikulum ini merupakan satu keseimbangan dan kesinambungan daripada

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Page 18: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

2

Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian

rupa dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia

mengorak langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu iaitu

melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,

emosi dan intelek serta berketrampilan.

Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum

yang bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan

’Bahawa matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah

dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989

yang menggantikan Matapelajaran elektif (Anika Jurusan).

Matlamat pelajaran Kemahiran Hidup ialah untuk mendedahkan pelajar

kepada aspek teknologi, perdagangan dan keusahawanan serta teknikal dalam

kehidupan seharian. Lantaran itu pra vokasional para pelajar boleh dikembangkan

melalui penyelidkan untuk tujuan meningkatkan lagi teknologi dalam bidang

pembuatan pada masa akan datang.

Telah menjadi wawasan kerajaan kita untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara industri, maka dengan itu para pelajar sepatutnya diberi pendedahan yang

luas berkenaan dengan teknologi dan semua perkara yang berkaitan. Lantaran itu

kemahiran yang diajar dalam sukatan matapelajaran Kemahiran Hidup dikatakan

sedikit sebanyak dapat memenuhi kriteria tersebut.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup semakan terbaru (2002),

matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu matapelajaran yang

berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk

meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga

kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan

Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Sukatan matapelajaran Kemahiran Hidup telah banyak melalui perubahan

sejak dari tahun 1989 hinggalah kepada rombakan terbaru sukatan pada tahun 2002.

Page 19: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

3

Konsepnya masih sama iaitu mengandungi dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan

(Elektif). Dalam bahagian Teras mengandungi komponen Reka Bentuk dan

Teknologi. Di dalam bahagian Pilihan pula mengandungi komponen Kemahiran

Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 3 diwajibkan untuk mempelajari komponen di

dalam bahagian Teras manakala bahagian Pilihan pula mereka dibenarkan untuk

memilih salah satu daripada setiap komponen yang ditawarkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran pra-

vokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran

asas. Ini adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara

produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa

berubah-ubah. Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat

sendiri yang mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysian bertarikh 4 November

1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua komponen yang

terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun 1991, sukatan

sekali lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Rombakan terkini sukatan matapelajaran kemahiran Hidup adalah dalam tahun 2002

dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga,

Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

Dapatan Jemaah Nazir sekolah mendapati guru kurang yakin serta kurang

keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7

September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta

kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan

sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan

bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan.

Page 20: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

4

Bertitik tolak daripada sukatan matapelajaran KHB yang dirombak pada

tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti kesesuaian

sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan isi kandungan, masa yang

diperuntukkan, kemudahan dan alatan dan juga kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah

dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat

matapelajaran Kemahiran hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini

melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan

pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik

darjah.

Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk

mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi

semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya

bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi isi kandungan, masa,

kemudahan dan alatan yang mencukupi atau tidak atau serta kesesuaian kaedah

pengajaran secara tunjuk cara (demonstrasi) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Sejauh mana kesesuaian sukatan Kemahiran Hidup untuk pelajaran peringkat

menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang terperinci

dibuat bagi menilai kesesuaian sukatan pelajaran kemahiran Hidup untuk pelajaran

menengah rendah mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Hidup.

Page 21: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

5

1.4 Objektif Kajian

Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi

mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Hidup mengikut pandangan guru-guru

Kemahiran Hidup. Objektif khususnya ialah:

i- Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan matapelajaran Kemahiran

Teknikal bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.

ii- Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi

pengajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.

iii- Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran

dan pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah

rendah.

iv- Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal

peringkat menengah rendah.

v- Melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,

kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

antara jantina guru-guru mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik telah cuba mencari jawapan berpandukan

kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:

i- Adakah isi kandungan matapelajaran Kemahiran Teknikal sesuai

untuk pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah?

ii- Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk sesuatu sesi pengajaran

subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?

Page 22: ASMA WATI BINTI SANIP - fp.utm.my  fileTerima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini

ii- Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan

pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah

rendah?

iii- Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah?

iv- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina

guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah

rendah?

v- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara

jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah?

viii- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara

jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah?

ix- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara

(demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran

teknikal peringkat menengah rendah?