11
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya: 1. Ar-Rahmaan: ( ن م ح ر ل ا) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. 2. Ar-Rahim: ( م ي ح ر ل ا) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. 3. Al-Malik: ( لك م ل ا) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. 4. Al-Quddus: ( دوس ق ل ا) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. 5. As-Salaam: ( لام س ل ا) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. 6. Al-Mu’min: ( ن م ؤ م ل ا) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik. 7. Al-Muhaimin: ( ن م حي م ل ا) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. 8. Al-’Aziiz: ( & ز ي& ز لع ا) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya 9. Al-Jabbaar: ( ار. ب0 ح ل ا) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya. Nama : Abdul Rasyid NIM : 1107114138

ASMAUL HUSNA.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Asmaul Husna

Citation preview

Page 1: ASMAUL HUSNA.docx

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-

agung dan pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar ( الرحيم

jangkaan dan penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( ( الملك Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur

kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan ( القدوس

kekurangan.

5. As-Salaam: ( ( السالم Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan

kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.

6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang

bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada

yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( ( المحيمن Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta

Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-’Aziiz: ( Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk ( العزيز

berbuat sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya,

iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta

memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.

10.Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang

melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan

kemegahanNya.

11.Al-Khaaliq: ( Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa ( الخالق

asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

12.Al-Baari’: ( Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu ( البارئ

mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13.Al-Mushawwir: ( ,Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk ( المصور

memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya.

(Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang

menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada

asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai

dengan keadaan dan keperluannya).

Nama : Abdul RasyidNIM : 1107114138Mata Kuliah : Agama (C)

Page 2: ASMAUL HUSNA.docx

14.Al-Ghaffaar: ( ( الغفار Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan

menutupi dosa-dosa dan kesalahan.

15.Al-Qahhaar: ( ( القهار Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam

kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

16.Al-Wahhaab: ( ( الوهاب Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi

banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

17.Ar-Razzaaq: ( Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi ( الرزاق

berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

18.Al-Fattaah: ( ( الفتاح Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka

gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19.Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan

tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20.Al-Qaabidh: ( ( القابض Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha

Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang

dikehendaki olehNya.

21.Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah

Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan

olehNya.

22.AI-Khaafidh: ( Maha ( الخافض Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha

Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat

kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23.Ar-Raafi’: ( ( الرافع Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang

yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu

termasuk golongan kaum yang bertaqwa.

24.Al-Mu’iz: ( ( المعز Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi

Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada

agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

25.Al-Muzil: ( ( المذل Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-

musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.

26.As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.

27.Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.

28.Al-Hakam: ( Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim ( الحكم

yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak

keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan

hukumNya itu.

29.Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

30.Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus,

iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

31.Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/  Maha Mengetahui.

Page 3: ASMAUL HUSNA.docx

32.Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu

yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh

memberikan siksaan.

33.Al-’Adzhiim: ( ( العظيم Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di

mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan

kesempunnaan.

34.Al-Ghafuur: ( ( الغفور Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada

hamba-hambaNya.

35.Asy-Syakuur: ( / Maha Pembalas ( الشكور Maha Bersyukur, iaitu memberikan

balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.

36.Al-’Aliy: ( ( العلي Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu

mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh

akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun

pandainya.

37.Al-Kabiir: ( ( الكبير Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh

pancaindera ataupun akal manusia.

38.Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu

menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala

amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun

untuk memberikan balasanNya.

39.Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik

yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40.Al-Hasiib: ( ( الحسيب Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung,

iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada

hari Qiamat.

41.Al-Jaliil: ( Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana ( الجليل

kesempurnaan sifat-sifatNya.

42.Al-Kariim: ( Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa ( الكريم

pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43.Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang

mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

44.Al-Mujiib: ( ( المجيب Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan

siapa saja yang berdoa padaNya.

45.Al-Waasi’: ( Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata ( الواسع

kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

46.Al-Hakiim: ( ( الحكيم Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang

tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala

sesuatu.

Page 4: ASMAUL HUSNA.docx

47.Al-Waduud: ( ( الودود Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang

menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik

pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

48.Al-Majiid: ( Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal ( المجيد

kemuliaan dan keutamaan.

49.Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan

kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati

dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

50.Asy-Syahiid: ( Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua ( الشهيد

makhluk.

51.Al-Haq: ( Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah ( الحق

sedikit pun.

52.Al-Wakiil: ( ( الوكيل Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara

penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa

yang menjadi keperluan mereka itu.

53.Al-Qawiy: ( Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki ( القوى

kekuasaan yang sesempurnanya.

54.Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna

Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

55.Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua

kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian

pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

56.Al-Hamiid: ( ( الحميد Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk

memperoleh pujian dan sanjungan.

57.Al-Muhshii: ( Maha Menghitung  / Maha Penghitung, iaitu yang tiada ( المحصى

satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan

sebagaimana wajarnya.

58.Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang

melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59.Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan,

iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

60.Al-Muhyii: ( ( المحي Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan

pada setiap sesuatu yang berhak hidup.

61.Al-Mumiit: ( Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari ( المميت

apa-apa yang hidup.

62.Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63.Al-Qayyuum: ( ( القيوم Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya,

SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia.

DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

Page 5: ASMAUL HUSNA.docx

64.Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan

apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa

pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.

65.Al-Maajid: ( Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah ( الماجد

tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65

A1-Maajid).

66.Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.

67.Al-Ahad: ( األحد ) Maha Tunggal.

68.Ash-Shamad: ( ( الصمد Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi

Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat

keperluan.

69.Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

70.Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.

71.Al-Muqaddim: ( ( المقدم Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu

mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau

dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

72.Al-Muakhkhir: ( Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha ( المؤخر

Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian

sesuatu dari yang lainnya.

73.Al-Awwal: ( األول ) Maha Pemulaan  / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari

semua yang maujud.

74.Al-Aakhir: ( ( اآلخر Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah

habisnya segala sesuatu yang maujud.

75.Azh-Zhaahir: ( ( الظاهر Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu

menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-

tanda ciptaanNya

76.Al-Baathin: ( ,Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya ( الباطن

sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77.Al-Waalii: ( / Maha Menguasai ( الوالى Maha Menguasai Urusan / Yang Maha

Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan

menjadi milikNya.

78.Al-Muta’aalii: ( ( المتعال Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala

kekurangan dan kerendahan.

79.Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang

banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan

yang dilimpahkanNya.

80.At-Tawwaab: ( Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan ( التواب

kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan

menerimanya.

Page 6: ASMAUL HUSNA.docx

81.Al-Muntaqim: ( ( المنتقم Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada

mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

82.Al-’Afuw: ( ( العفو Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan

kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83.Ar-Rauuf: ( Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan ( الرؤف

kasih sayangNya.

84.Maalikul Mulk: ( الملك المالك ) Maha Pemilik Kekuasaan  / Maha Menguasai

kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di

alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu

semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

85.Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( واإلكرام ذوالجالل ) Maha Pemilik Keagungan dan

Kemuliaan  / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang

mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang

amat banyak dan melimpah ruah.

86.Al-Muqsith: ( ( المقسط Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan

kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang

menganiaya dengan keadilanNya.

87.Al-Jaami’: ( ( الجامع Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu

mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga

mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

88.Al-Ghaniy: ( Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu ( الغنى

tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang

selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

89.Al-Mughnii: ( ( المغنى Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan

Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang

berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-

hambaNya.

90.Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu

membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang

menyebabkan kerosakan.

91.Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  /

Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-

musuhNya

92.An-Naafi’: ( ( النافع Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang

dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

93.An-Nuur: ( Maha Pemberi Cahaya  / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ( النور

ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan

tanda-tanda kekuasaanNya.

Page 7: ASMAUL HUSNA.docx

94.Al-Haadi: ( ( الهادى Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi

Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar

berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.

95.Al-Badii’: ( ,Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru ( البديع

sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya

itu.

96.Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

97.Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu

kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

98.Ar-Rasyiid: ( ( الرشيد Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha

Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan

dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan

mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99.Ash-Shabuur: ( ( الصبور Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan

seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.