27
1 FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI SEMESTER 2, 2012/13 PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DISEDIAKAN OLEH : NAMA : RASHIDAH BINTI MURAT NO. MATRIK : 168627 PROGRAM: BACELOR SASTERA    PENGKHUSUSAN BAHASA ASING ( BAHASA ARAB) NO. KUMPULAN: KUMPULAN 1 DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA DR. RAJA MASITTAH BTE RAJA ARIFFIN

Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    1/27

    1

    FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

    BBM 3401

    BAHASA MELAYU TINGGI

    SEMESTER 2, 2012/13

    PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN

    BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

    DISEDIAKAN OLEH :

    NAMA : RASHIDAH BINTI MURAT

    NO. MATRIK : 168627

    PROGRAM: BACELOR SASTERAPENGKHUSUSAN

    BAHASA ASING ( BAHASA ARAB)

    NO. KUMPULAN: KUMPULAN 1

    DISEDIAKAN UNTUK :

    PROF. MADYA DR. RAJA MASITTAH BTE RAJA ARIFFIN

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    2/27

    2

    PENGHARGAAN

    SELAUT KASIH , SELEMBAR BUDI

    Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan

    izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

    Terlebih dahulu, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah

    saya iaitu Prof. Madya Dr. Raja Masittah Bte Raja Ariffin yang banyak memberi tunjuk ajar

    kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk

    ajar kepada saya iaitu dengan menyumbangkan maklumat dan idea yang bernas serta memberi

    komitmen yang padu kepada saya agar dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna seperti

    yang telah ditetapkan.

    Dalam pada itu, tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda

    tercinta yang disayangi dan dirindui selalu. Dengan berkat doa serta pengorbanan mereka

    mengasuh dan mendidik, saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading yang bertuah dan

    indah ini. Lantaran itu juga, mereka banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang kepada

    saya supaya meneruskan tekad membuat tugasan ini dengan lebih tekun.

    Di samping itu, diucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli kumpulan saya

    yang bersama-sama mencari dan mengumpul bahan-bahan tugasan. Tidak dilupakan terima kasih

    juga kepada pihak-pihak yang turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir

    kalam, sekian dahulunya buat tatapan insan-insan yang tersayang kerana telah banyak membantu

    dan memberi komitmen yang padu pada saya untuk menyempurnakan tugasan yang diberi ini

    dengan jayanya. Jasa dan pengorbanan kalian amatlah dihargai dan tidak mungkin akan saya

    lupakan sehingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih. Wassalam.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    3/27

    3

    DAFTAR KANDUNGAN

    TOPIK M/S

    Penghargaan 2

    Daftar Kandungan 3-4

    1.0 Pendahuluan1.1 Abstrak 5

    1.2 Objektif Kajian 6

    1.3 Kaedah Kajian 6-7

    1.4 Batasan Kajian 7

    1.5Definisi Istilah 7-82.0 Sejarah Ringkas Perkembangan Bahasa Melayu

    2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba 9

    2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno 9

    2.3 Zaman Bahasa Melayu Klasik 10

    2.4 Zaman Bahasa Melayu Peralihan 10

    2.5Zaman Bahasa Melayu Moden 10

    3.0 Peranan Mahasiswa Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

    3.1Menganjurkan Minggu Bahasa Kebangsaan 113.2Penerapan Budaya Suka Membaca 123.3Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Lambang Jati Diri 12

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    4/27

    4

    3.4Memberi Galakan Dan Kepercayaan Kepada Mahasiswa Antarabangsa DalamMendalami Bahasa Melayu 13

    3.5Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Sebagai kayu Ukur 13-143.6Mendidik Diri Untuk Menjadi Profesional Serta Pejuang Bahasa Yang Hebat 14

    4.0Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Serta Sumbangan Mahasiswa4.1 Mengadakan Aktiviti Kesusasteraan Peringkat IPT 15

    4.2 Penerbitan Hasil Karya Berbentuk Ilmiah 16

    4.3 Pengiklanan Bagi Mencungkil Bakat Mahasiswa 16

    5.0 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

    5.1 Pengaruh Bahasa Slanga 17-18

    5.2 Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Rujukan 18

    5.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Yang Mahir 19-20

    5.4 Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan 20-21

    6.0 Hasil Kajian 22-23

    7.0Penutup7.1 Kesimpulan 24

    7.2 Cadangan 25

    8.0 Bibliografi 26-27

    9.0 Lampiran 28-30

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    5/27

    5

    PENDAHULUAN

    1.1 Abstrak

    Kajian ini merupakan kupasan yang mengkaji sejauh mana peranan mahasiswa

    khususnya tidak kira di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi

    Swasta (IPTS) dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Hal

    ini juga berkaitan dengan usaha yang ditunjukkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

    dengan sumbangan golongan mahasiswa secara khusus ke arah memperkasakan bahasa

    kebangsaan sesuai dengan aspirasi kerajaan iaitu dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai

    bahasa utama Malaysia dan terus utuh dan kekal sepanjang zaman serta mencapai Wawasan

    2020. Dengan merujuk pelbagai sumber, kajian ini membicarakan juga mengenai pelbagai

    cabaran yang perlu dihadapi oleh para mahasiswa khususnya dalam usaha memperkasakan

    bahasa rasmi negara kita. Peranan para mahasiswa amat penting sebagai generasi utama yang

    menjadi tonggak ilmuwan yang dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan bakal penggerak ke

    mana arah tuju bahasa Melayu pada masa hadapan. Kita tidak akan meminggirkan bahasa lain

    seperti bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia kerana bahasa lain memang ada peranan dan

    sumbangannyayang tertentu dalam pembangunan negara kita. Namun, kita masih berpegang

    teguh kepada prinsip awal penubuhan negara ini, iaitu bahasa Melayu akan terus kekal menjadi

    bahasa nombor satu negara dan penggunaannya haruslah meliputi segala urusan dalam negara

    serta dilaksanakan secara meluas. Hal ini demikian disebabkan bahasa Melayu adalah asas jati

    diri, asas pemikiran, dan nilai serta pandangan hidup kita sebagai bangsa yang berdaulat dan

    bermaruah, sementara bahasa lain berperanan membantu proses pemindahan ilmu, maklumat dan

    teknologi daripada budaya lain ke dalam budaya kita.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    6/27

    6

    1.2 Objektif

    Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

    1. Untuk mengetahui sejarah perkembangan bahasa Melayu secara ringkas bagimenghayati asal-usul bahasa Melayu itu sendiri melalui lima fasa atau zaman.

    2. Untuk mengkaji peranan para mahasiswa di IPTA atau IPTS sebagai bakal generasiakan datang dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    3. Untuk mengenal pasti peranan Dewan Bahasa Melayu dan Pustaka (DBP) dengansumbangan para mahasiswa ke arah memperkasakan bahasa kebangsaan negara kita.

    4. Untuk mengenal pasti cabaran terbesar dan utama yang dihadapi khususnya oleh paramahasiswa dalam era globalisasi ini.

    5. Untuk menyelidik hasil kajian daripada borang kaji selidik seperti yang terdapatdalam lampiran.

    1.3 Kaedah Kajian

    Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan tugasan ini ialah kaedah pergi ke

    perpustakaan dengan merujuk buku-buku, jurnal, majalah dan penulisan kreatif yang telah dikaji

    oleh pengkaji terdahulu. Internet juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam

    mencari bahan untuk tujuan kajian ini. Seterusnya ialah kaedah borang kaji selidik dengan

    bilangan responden seramai 31 orang di mana kesemua soalan yang diajukan dicipta sendiri oleh

    ahli kumpulan saya sendiri bagi melengkapkan lagi misi kajian ini.

    Akhir sekali, kaedah mencari bahan di Wisata Minda, Sanggar Bahasa, Fakulti Bahasa

    Moden dan Komunikasi (FBMK) dengan mencari bahan-bahan seperti tesis atau penulisan

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    7/27

    7

    ilmiah khususnya yang menyimpan pelbagai tajuk penyelidikan yang dibuat oleh para graduan

    Universiti Putra Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Pencarian bahan-bahan di situ sedikit

    sebanyak membantu saya dalam membuat draf tugasan ini secara sempurna dan saya mampu

    menyiapkan tugasan ini dengan baik.

    1.4 Batasan Kajian

    Tugasan ini dibahagikan kepada empat bahagian yang utama. Pertama, sejarah ringkas

    penubuhan bahasa Melayu. Selain itu, peranan para mahasiswa dalam memartabatkan bahasa

    Melayu sebagai bahasa nombor satu negara. Seterusnya, peranan Dewan Bahasa Melayu dan

    Pustaka (DBP) dengan sumbangan yang diberikan khususnya oleh golongan mahasiswa. Akhir

    sekali, cabaran yang perlu dihadapi oleh para mahasiswa khususnya dalam memperjuangkan

    bahasa kebangsaan negara ini.

    1.5 Definisi Istilah

    Peranan menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tugas (bahagian, pekerjaan)

    yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu.

    Mahasiswa pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pelajar (penuntut) di

    universiti; kemahasiswaan hal yang berkaitan dengan mahasiswa.

    Seterusnya, martabat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kedudukan pada

    mata masyarakat, darjat, pangkat dan tingkat. Oleh itu, memartabatkan menurut sumber kamus

    yang sama bermaksud menjadikan sesuatu bermartabat.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    8/27

    8

    Bahasa menurut Kamus Besar Bahasa Melayu bermaksud bicara, ujaran tatatertib, sopan

    santun, tingkah laku, pertuturan / percakapan yang baik (Zainal Abidin Safarwan, 1996:128).

    Definisi bahasa yang paling baru dan lazim menurut fungsi dan bentuknya.

    Menurut fungsinya, bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan

    yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk ucapan dan dipakai oleh sesuatu

    masyarakat sebagai pelat berkomunikasi.

    Menurut bentuknya, bahasa telah ditakrifkan oleh Chomsky sebagai sejumlah kalimat-

    kalimat yang tidak terbatas, di mana setiap kalimat mempunyai panjang yang terbatas dan terbuat

    dari sejumlah unsur-unsur (elemen-elemen) yang terbatas pula jumlahnya.

    Seterusnya, Melayu pula menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud satu nama asal

    bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya.

    Akhir sekali, kebangsaan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud kepada sesuatu

    yang berkaitan dengan negara secara keseluruhannya nasional dan dipilih untuk melambangkan

    keperibadian sesebuah negara seperti bahasa dan pakaian.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    9/27

    9

    SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

    Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa

    Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap-tahap

    iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, bahasa

    Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Peralihan dan bahasa Melayu Moden.

    2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

    Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud sejak 2,500 sebelum Masihi.

    Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala

    menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu

    Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu, Bahasa Melayu Purba

    tidak wujud dalam bentuk tulisan.

    2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

    Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno

    bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi

    kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam

    yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah

    prasasti. Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud

    setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya

    dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan

    bahasa pentadbiran.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    10/27

    10

    2.3 Zaman Bahasa Melayu Klasik

    Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah

    Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa

    Melayu Klasik.Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu

    Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Dalam masa yang sama

    bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya

    dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini juga jelas dalam aktiviti

    perdagangan dan penyebaran agama Islam.

    2.4 Zaman Bahasa Melayu Peralihan

    Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Peralihan

    bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk

    menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi

    politik. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan

    Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Zaman bahasa Melayu Peralihan ini juga,

    terdapat banyak hasil penulisan sepertibuku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah

    dan lain-lain.

    2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

    Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah dinyatakan bahawa zaman bahasa

    Melayu Moden telah mula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai

    permulaan zaman bahasa Melayu moden. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,

    Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa

    kebangsaan.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    11/27

    11

    PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

    Apabila bercakap mengenai pembinaan tamadun, masyarakat akan memandang golongan

    mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi tidak kira IPTA atau IPTS sebagai organ

    utama dalam merealisasikan tamadun sesebuah bangsa itu. Untuk merealisasikan pembinaan

    tamadun Melayu ini, para mahasiswa harus memainkan peranan dalam memperjuangkan soal

    kebangkitan bahasa ibunda iaitu dalam memartabatkan bahasa Melayu.

    3.1 Menganjurkan Minggu Bahasa Melayu Dalam Kegiatan Kebahasaan

    Peranan utama golongan mahasiswa ini adalah dengan menganjurkan Minggu Bahasa

    Malaysia di institusi pengajian tinggi masing-masing dalam kegiatan kebahasaan. Hal ini amat

    penting untuk dilaksanakan bagi tujuan memupuk rasa cinta dan bangga akan bahasa ibunda

    sendiri khususnya dalam kalangan mahasiswa itu sendiri. Buktinya, kebimbangan bahasa melayu

    ini akan terhakis sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap pemansuhan bahasa Melayu

    sebagai bahasa pengantar seperti yang pernah berlaku kepada bahasa jawi jika tanggungjawab

    sebegini tidak dijalankan. Kegiatan kebahasaan yang terdapat pada Minggu Bahasa Malaysia ini

    juga dapat memberikan kesedaran yang tinggi dan peka mengenai segala isu global yang

    berkaitan dalam mengangkat martabat bahasa Melayu mengenai peri pentingnya peranan

    mahasiswa dalam memartabatkan bahasa kebangsaan negara kita ini.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    12/27

    12

    3.2 Penerapan Budaya Sikap Suka Membaca

    Kedua, para mahasiswa perlulah menjadikan budaya membaca sebagai amalan wajib

    sebagai bakal ilmuwan. Sikap kurang membaca merupakan antara salah satu punca timbulnya isu

    mahasiswa lesu. Perkara ini terjadi disebabkan mahasiswa terlalu bergantung harap dengan

    lembaran nota yang diberikan oleh sesetengah pensyarah sehingga segelintir mahasiswa

    merasakan mencari bahan rujukan tambahan seperti buku ilmiah di perpustakaan hanya

    membuang masa dan tidak diperlukan.

    Kesannya, ilmu pengetahuan seseorang mahasiswa itu hanya terhad kepada pengajaran

    dan sebarang nota daripada pensyarah mereka sendiri dan tidak bertambah kepada sesuatu yang

    bersifat baru. Oleh itu, sekiranya budaya suka membaca ini berjaya diterapkan dalam diri

    golongan mahasiswa terutamanya terhadap bahan-bahan ilmiah seperti buku dan jurnal dalam

    bahasa Melayu, maka mereka mampu berbahasa Melayu dengan baik sekali gus dapat

    mengangkat tinggi nilai bahasa Melayu itu sendiri.

    3.3 Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Lambang Jati Diri

    Ketiga, para mahasiswa mestilah menyemai jati diri masing-masing sebagai masyarakat

    Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu. Pembinaan jati diri sesuatu bangsa itu harus

    dimulai dengan mencintai bahasa ibundanya. Di institusi pengajian tinggi masing-masing,

    penggunaan bahasa Melayu mestilah diterapkan dalam situasi rasmi dan tidak memasukkan

    elemen pelbagai dialek di dalamnya khususnya dalam majlis-majlis rasmi. Perkara sebegini

    penting bagi memastikan generasi yang akan datang tidak cepat terpengaruh dengan unsur luar

    seperti pengaruh bahasa slanga yang juga sangat popular dalam kalangan mahasiswa sendiri.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    13/27

    13

    3.4 Memberi Galakan Dan Kepercayaan Padu Kepada Mahasiswa Antarabangsa

    Dalam Mendalami Bahasa Melayu

    Seperti yang kita tahu, bahasa Melayu telah menjadi lingua-franca dan diucapkan oleh

    pelbagai etnik di Malaysia. Jadi amat wajarlah ribuan mahasiswa antarabangsa diberi pengajaran

    mengenai kursus Bahasa Melayu Komunikatif. Pada waktu yang sama, mahasiswa tempatan

    boleh mendekati mereka dengan menggunakan beberapa pendekatan yang efektif.

    Contohnya, menggunakan pendekatan bertanyakan perkembangan pembelajaran bahasa

    Melayu di samping mempromosikan budaya pelbagai etnik di Malaysia ini yang menggunakan

    bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara walaupun mempunyai bahasa masing-masing.

    Sekiranya minat mereka dengan bahasa Melayu ini sangat mendalam, maka mahasiswa tempatan

    boleh mengesyorkan supaya turut mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang

    dianjurkan pada Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh para mahasiswa sendiri sebagai

    tanda sokongan mereka sendiri.

    3.5 Menjadikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Sebagai kayu Ukur

    Sekiranya pertandingan tersebut yang mula diadakan pada tahun 2007 dijadikan kayu

    ukur oleh golongan mahasiswa, maka sudah tentu martabat bahasa kebangsaan kita dapat

    dijulang tinggi. Keindahan dan keunikan bahasa Melayu dapat dizahirkan melalui kebolehan

    menguasai bahasa Melayu para peserta dari luar negara jadi tidak mustahillah sekiranya suatu

    hari nanti bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ASEAN yang penuturnya adalah 350 juta

    orang.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    14/27

    14

    Oleh itu, tanggungjawab ini juga perlu digalas oleh para mahasiswa bagi merealisasikan

    misi ini dan dapat merentasi pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pada masa akan datang

    dengan kerjasama pelbagai pihak tertentu.

    3.6 Mendidik Diri Untuk Menjadi Profesional Serta Pejuang Bahasa Yang Hebat

    Dalam perkara ini, para mahasiswa harus melihat kembali bagaimana kejayaan empayar

    Islam suatu ketika dahulu yang telah menjadi tamadun yang terbilang melangkaui tamadun yang

    sedia ada dan sebelumnya. Bagi menjadi seorang pejuang bahasa yang hebat, tidak semestinya

    seseorang itu harus mengambil program bahasa Melayu dalam sesebuah institusi pengajian

    tinggi malah program perubatan misalnya masih boleh menjadi pejuang bahasa.

    Contohnya, para mahasiswa yang mengikuti mana-mana program di luar negara memang

    mempelajari ilmu pengetahuan tersebut dalam bahasa asing tetapi apabila kembali ke Malaysia,

    akan berlaku suatu proses dengan menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam

    sistem pendidikan di Malaysia tanpa menolak kepentingan bahasa asing yang dipelajari tersebut

    seperti yang beraku di negara matahari terbit iaitu Jepun.

    Hal ini terbukti bahawa kemajuan sesuatu bangsa itu bukanlah bergantung kepada bahasa

    asing. Masyarakat akan terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang datang dari negara

    barat jika golongan mahasiswa berpendapat sedemikian.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    15/27

    15

    PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) SERTA SUMBANGAN

    MAHASISWA

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi

    memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu

    daripada perhatian daripada pelbagai pihak pada era globalisasi ini. Peranan Dewan Bahasa dan

    Pustaka ini sentiasa selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai

    Bahasa Ilmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar

    Nasional untuk Membina Bangsa" namun saya akan menghuraikan peranan DBP secara khusus

    serta sumbangan yang diberikan oleh golongan mahasiswa.

    4.1 Mengadakan Aktiviti Kesusasteraan Peringkat IPT

    Antara peranan yang dijalankan oleh pihak DBP adalah dengan mengadakan aktiviti

    kesusasteraan dalam usaha mengembangkan bakat kesusasteraan yang ada bukan sahaja pada

    para mahasiswa tetapi juga ahli akademik dan kakitangan IPT. Aktiviti kesusasteraan yang

    dianjurkan oleh DBP adalah seperti bengkel penulisan, ceramah, seminar dan lain-lain bagi

    mengasah bakat terpendam mereka di samping melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada

    masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan

    kaedah penganugerahan bagi menggalakkan golongan mahasiswa khususnya dalam menceburi

    bidang ini. Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mac 2012, Siti Aisyah yang merupakan

    kakitangan DBP menyatakan bahawa Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP sedang

    berusaha mendapatkan kerjasama institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi melaksanakan

    Bengkel Penulisan Esei Kritikan, sekali gus mencambah usaha bagi menambah jumlah

    pengkritik yang begitu sedikit jumlahnya di Malaysia.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    16/27

    16

    4.2 Penerbitan Hasil Karya Berbentuk Ilmiah

    DBP juga bertanggungjawab dalam mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam

    percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk

    kesusasteraan dalam bahasa Melayu. Para mahasiswa, ahli akademik serta kakitangan IPT boleh

    memberikan sumbangan dengan menulis bahan yang berkaitan penyelidikan dan pelbagai genre

    bahasa dan sastera untuk dimuatkan ke dalam bahan bacaan terbitan DBP. Misalnya, Universiti

    Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan kerjasama

    dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah bagi menerbitkan buku-buku

    akademik hasil karya ahli akademik universiti itu. UMSKAL telah menyalurkan hasil

    penyelidikan dan tulisan berkaitan perniagaan dan multimedia kepada DBP untuk diterbitkan ke

    dalam buku, majalah dan majalah terbitan DBP. Dengan adanya kerjasama tersebut, penerbitan

    buku berkenaan akan dapat membantu menampung lebih banyak buku rujukan khusus berkaitan

    penyelidikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

    4.3 Pengiklanan Bagi Mencungkil Bakat Mahasiswa

    Seterusnya, DBP berperanan dalam bidang pengiklanan dengan cara menguar-uarkan

    ruang karya dan menulis bagi belia khususnya mahasiswa untuk dipromosikan di Institut

    Pengajian Tinggi (IPT) kerana kelihatan pentas ini belum wujud lagi. Respon dari Dato Dr. Haji

    Awang bin Sariyan, pihak DBP menggalakkan penghantaran karya dalam salah satu laman

    sesawang DBP, e-Coret.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    17/27

    17

    CABARAN YANG PERLU DIHADAPI DALAM MEMARTABATKAN BAHASA

    MELAYU

    5.1 Pengaruh Bahasa Slanga

    Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh

    sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya

    difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam

    berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai

    golongan mengikut identiti mereka.

    Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya

    menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan

    mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam

    pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal.

    Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang

    baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering kali digunakan oleh golongan muda seperti

    kumpulan rock dan kawan melepak, atau pelajar universiti atau golongan profesional untuk

    menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini

    cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman.

    Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun,

    buat dek, bengang, geng, melepak, buat potdan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut

    tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya

    berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    18/27

    18

    tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada

    pembangunan negara.

    5.2 Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Bahan Rujukan

    Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah

    kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa

    Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar

    universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan

    dari segi istilah.

    Malah, buku-buku ilmiah ini banyak didatangkan dari luar negara untuk rujukan para

    pelajar di Institusi Pengajian Tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS khususnya dalam bidang Sains

    dan Teknologi seperti perubatan dan kejuruteraan. Dasar mempercayai budaya orang luar juga

    telah lama menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia dan perkara ini perlu dikekang

    awal dan tidak boleh dipandang ringan seperti bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu

    sebelanga.

    Oleh itu, para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan lebih banyak

    buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya bagi satu usaha

    ke arah memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri sekali gus memudahkan para mahasiswa

    khususnya dalam mencari bahan rujukan dalam bahasa ibunda mereka sendiri.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    19/27

    19

    5.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Yang Mahir

    Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah

    kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya.

    Abdul Hamid Mahmood (1993 : 21) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan

    jika para tenaga pengajar yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan

    bahasa Melayu dengan betul.

    Menurut kajian beliau, ramai tenaga pengajar masih menggunakan dialek setempat

    semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard.

    Budaya berbahasa yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga

    pengajar tersebut menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru.

    Hal ini demikian menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat

    mempelajari bahasa Melayu dengan betul.

    Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di dalam kelas masih ada sehingga

    hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar yang dianggap sebagai orang Melayu adalah orang

    Melayu. Sebilangan daripada mereka adalah orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di

    rumah. Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka.

    Bagi kebanyakan pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka

    terpaksa mempelajarinya.

    Menurut Sufean Hussin (1996 : 50) mengatakan bahawa di institusi pendidikan, para

    pelajar akan diajar mengenai aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

    Melayu kerana ia amat penting untuk melahirkan pelajar yang pintar berbahasa selain dapat

    menggunakan tatabahasa dengan betul.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    20/27

    20

    Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di institusi pendidikan adalah untuk

    membolehkan para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau

    ayat dengan menganalisis kedudukannya.

    Selain itu, ia juga dapat membantu para pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah

    difahami oleh orang lain serta pelajar dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.

    Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Tenaga pengajar

    perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Mereka tidak boleh dengan

    sewenang-wenangnya mengajar tatabahasa kepada para pelajar tanpa membuat sebarang rujukan

    berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Hal ini bersesuaian dengan zaman sekarang di

    mana para pelajar perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan

    peperiksaan kelak.

    5.4 Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan

    Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat

    kemajuan negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa

    Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu semakin tidak diambil kira lagi.

    Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka

    hendak menjadi bangsa yang maju dengan alasan proses globalisasi.

    Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar Melayu

    dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris itu

    merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    21/27

    21

    pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Cabaran paling serius adalah terhadap

    kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan

    kepada pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

    Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di

    negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya, akta

    yang sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS

    menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya.

    Pada pendapat saya, perkara itu kurang relevan kerana buktinya bahasa Melayu pernah

    digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehingga Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai

    bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu juga telah dibuktikan oleh

    UKM apabila berjaya melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang

    lain. Golongan professional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut

    mahir berbahasa Inggeris.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    22/27

    22

    HASIL KAJIAN

    Graf Bar

    PETUNJUK:

    1. Pengaplikasian Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mahasiswa.2. Penggunaan dialek negeri masing-masing dalam pertuturan harian dengan rakan senegeri

    mahasiswa.

    3. Golongan mahasiswa saling tegur-menegur dan memperbetulkan penggunaan bahasaMelayu.

    4. Golongan mahasiswa sering mengikuti program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkatuniversiti.

    5. Golongan mahasiswa gemar membeli dan membaca bahan ilmiah yang diterbitkan oleh DBP.

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    1 2 3 4 5

    Pera

    tus(%)

    Kategori Soalan

    PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN

    BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

    setuju

    x setuju

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    23/27

    23

    Huraian Berdasarkan Graf

    Graf bar ini membincangkan mengenai peratus bilangan mahasiswa yang memainkan

    peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berdasarkan kajian,

    sebanyak 61% responden gemar membeli dan membaca bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan

    oleh DBP. Hanya 39% sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini kerana

    bahan-bahan tersebut mudah didapati oleh golongan mahasiswa, pihak DBP telah membuat

    penjualan dan pameran buku-buku mereka secara besar-besaran di institusi pengajian tinggi

    (IPT).

    Namun begitu, sebanyak 61% responden juga tidak bersetuju untuk mengikuti program

    Bulan Bahasa Kebangsaan di peringkat universiti. Hasil kajian tersebut mencatat peratus tidak

    setuju yang tertinggi di antara kelima-lima kategori soalan. Hal ini kerana bagi mereka program

    tersebut kurang menarik dan membosankan disebabkan kurangnya pembaharuan aktiviti dalam

    pengisian program tersebut. Oleh itu, pihak penganjur iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

    hendaklah mempelbagaikan aktiviti yang lebih menarik sepanjang program tersebut diadakan.

    Selain itu, pihak penganjur perlulah menawarkan bentuk hadiah yang lebih menarik bagi setiap

    kategori pertandingan agar para mahasiswa akan lebih cenderung untuk menyertai pertandingan

    tersebut seperti tiket percutian ke destinasi berhampiran dan lain-lain.

    Kesimpulannya, para mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memberikan

    maklum balas yang begitu baik dalam memainkan peranan bagi memartabatkan bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    24/27

    24

    PENUTUP

    7.1 Kesimpulan

    Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah hinggalah ke

    peringkat pengajian tinggi. Walaupun banyak masalah serta cabaran dalam memartabatkan

    bahasa Melayu perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya memandang serius

    setiap isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi sekiranya hal ini melibatkan

    bidang pendidikan. Hal ini kerana warga pendidikan yang sebenarnya akan membawa wadah

    perjuangan sama ada bahasa Melayu akan berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal

    itu, generasi muda terutama para mahasiswa harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa

    kebangsaan dengan kerjasama pihak tertentu. Dalam mencari ilmu pengetahuan di negara asing,

    apabila golongan mahasiswa kembali ke Malaysia, sumbangan mereka amatlah diperlukan

    khususnya dalam bidang pendidikan dengan menggunakan bahasa pengantar kebangsaan.

    Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun

    2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara sepanjang zaman.

    Untuk meletakkan bahasa Melayu ke dunia yang luas, kita memerlukan satu bahasa yang

    diistilahkan sebagai bahasa Melayu global dan bukan dialek-dialek nasional yang sedia

    berkembang. Minat ahli politik dan ahli akademik terhadap pembinaan bahasa Melayu global

    memang selalu ada tetapi kerap kali diselubungi oleh sikap dan tindakan yang bertentangan.

    Oleh itu, kita seharusnya membuka jalan kepada setiap lapisan masyarakat untuk

    memahami dan menguasai bahasa Melayu. Jika kita bersedia dan dapat bersikap sedemikian

    maka barulah kita dapat berucap dan bercakap tentang keberkesanan bahasa Melayu secara

    global.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    25/27

    25

    7.2 Cadangan

    Kita mungkin selalu mendengar ungkapan BAHASA JIWA BANGSA di mana-mana

    di sekeliling kita, jadi sudah tibalah masanya ungkapan ini dihayati dan diimplementasikan

    dengan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak. Hidupkanlah kembali slogan Jiwa Bangsa kita ini

    agar bangsa kita akan terus mekar, disanjung dan dipandang mulia. Kita tidak harus terus selesa

    dengan sentimen bahawa penggunaan bahasa Melayu hanya sesuai untuk golongan yang

    mempunyai tahap akademik yang rendah semata-mata. Pertama, saya cadangkan bahawa para

    mahasiswa perlu memperbanyak karya dan kajian asli untuk memperluaskan bahan rujukan

    bersifat tempatan. Selain itu, golongan mahasiswa ini hendaklah meningkatkan penulisan dan

    perterjemahan buku-buku dan makalah-makalah ilmu ke dalam bahasa Melayu. Seterusnya, para

    mahasiswa yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu boleh mengadakan perbincangan secara

    ulang tetap di antara tenaga pengajar, mahasiswa dan pentadbir universiti serta pihak swasta bagi

    mencari inisiatif baru yang mampu menjulang martabat bahasa pengantar utama negara ini.

    Semua cadangan tersebut diharap dapat memupuk kesedaran khususnya golongan

    mahasiswa sebagai tonggak utama negara tentang peri pentingnya mencintai dan menghargai

    bahasa kebangsaan. Dalam akhbar Berita Harian, DBP sendiri bercadang untuk mengadakan

    Bengkel Penulisan Musim Panas khusus untuk pelajar luar negara yang pulang pada cuti

    semester dan telah pun mendapat persetujuan awal daripada kelompok terbabit yang berminat

    mendalami selok-belok penulisan secara formal.

    Akhir sekali, secara umumnya,saya ingin cadangkan melalui kesepakatan seluruh

    ASEAN dan Benua Asia agar bahasa Melayu ini terus ditinggikan dan diletakkan sebagai antara

    bahasa utama di peringkat badan-badan dunia.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    26/27

    26

    BIBLIOGRAFI

    Mohd Amin Arshad. (2000). Bahasa Slanga: Pembentukan & Ciri-cirinya dalam Monograf

    Bahasa dan Budaya Melayu. Bil 3. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Awang Sariyan. (1998).Isu-isu Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.: Petaling Jaya.

    Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Kamus Dewan. (2002). Edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Dewan Bahasa. Oktober 2002. Jilid 2. Bilangan 10. Rejab / Syaaban 1423.

    Ismail bin Dahaman. (1991). Peranan DBP Dalam Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

    Menjelang Abad ke-21. Dalam Jurnal Dewan Bahasa Mei 1991. Jil. 35(5) hlm. 415-451. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd. Kamal Hassan, (1988).Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Kuala

    Lumpur, Penerbit Nurin Enterprise.

    Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992).Pembinaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

  • 5/25/2018 Assgmt 131115005745 Phpapp02ling&Sosio6

    27/27

    27

    Sufean Hussin (1996). Pendidikan di MalaysiaSejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd Amin Arshad ( 2005).Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor.

    Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pusataka.

    Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa Pengintelektualan Bahasa Melayu.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abd. Hamid Mahmood (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed (M).

    http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 5.4.2013.

    http://www.sejarahpengumpulanbahasamelayu.com

    http://www.utusan.com.my/utusan/info Utusan Melayu (M) Bhd

    UTUSAN MALAYSIA, 1 NOVEMBER 2011.

    UTUSAN MALAYSIA, 19 JANUARI 2012.

    http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlhttp://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlhttp://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlhttp://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp.%20Diakses%20pada%205.4.2013http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp.%20Diakses%20pada%205.4.2013http://www.sejarahpengumpulanbahasamelayu.com/http://www.sejarahpengumpulanbahasamelayu.com/http://www.sejarahpengumpulanbahasamelayu.com/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp.%20Diakses%20pada%205.4.2013http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html