21
PENDAHULUAN . Menurut Nik Safiah Karim( 2008) , sintaksis dapat ditakrifkan sabagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk , struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatbahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. - Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. - Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara- cara penggabungan ayat. - Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat AYAT KLAUSA FRASA KATA Definisi Ayat: - Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. - Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan

Assighment sintaksis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assighment sintaksis

PENDAHULUAN .

Menurut Nik Safiah Karim( 2008) , sintaksis dapat ditakrifkan sabagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk , struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatbahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

- Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.

- Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.

- Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat

AYAT

KLAUSA

FRASA

KATA

Definisi Ayat:

- Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

- Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Binaan Ayat:

- Setiap pembentukan ayat di dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruki.

- Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.

Page 2: Assighment sintaksis

- Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.

Subjek dan Predikat:

- Subjek ialah konstiuen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan , yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

- Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

- Dalam kebangyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

- Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya.

- Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Pola Ayat Dasar:

- Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

- Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.

- Daripada pola itulah terbit ayat yang lain, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

- Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandukan kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikat.

Page 3: Assighment sintaksis

Contoh Pola Ayat Dasar.

Pola Subjek Predikat

Pola 1 ( Frasa Nama-FN)

Fatimah

( Frasa Nama-FN))

guru

Pola 2 ( Frasa Nama-FN)

Padi

( Frasa Adjektif-FA)

menguning

Pola 3 ( Frasa Nama-FA)

Budak-budak

( Frasa Adjektif-FA)

nakal

Pola 4 ( Frasa Nama-FN)

Biliknya

(Frasa Sendi Nama)

di atas

Frasa:

Menurut Azahar Bahari ( 2009), frasa berpotensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada hanya satu perkataan.Tetapi frasa dapat diperkembang dan menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.

Contoh: Lembu

FRASA NAMA

Lembu

Seekor lembu

Seekor lembu betina

Seekor anak lembu betina

Page 4: Assighment sintaksis

Asraf ((2008) pula menyatakan bahawa frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek dan predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama(FN), Frasa Adjektif (FA), Frasa Kerja (FK) dan Frasa Sendi ( FS).

Menurut buku-buku tatabahasa yang terdahulu, frasa adalah satu bentuk yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberi istilah rangkai kata dengan pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian beberapa patah kata.

Mengikut konsep pada masa kini, ada frasa yang boleh terdiri daripada sepatah kata sahaja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat, atau objek da nada pula yang tidak bolehterdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentunya sebagai unit bahasa gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu mengikut kelas sendiri.

Menurut Nik Safiah Karim (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada suatu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun hanya satu perkataan yang berpotensi boleh diperluaskan menjadi dua atau lebih.Binaan frasa boleh hanya mengandungi subjek atau predikat sahaja. Susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.

Contoh:

i) Di dalam kotak itu tersimpan pelbagai barang.ii) Budak lelaki itu sedang menyanyi.iii) Burung helang terbang melayang.

Frasa juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkatan atau lebih.Misalnya, perkataan beg ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi sebuah beg, beg tangan, sebuah beg tangan dan sebagainya,

Frasa

Beg

Sebuah beg

Beg tangan

Sebuah beg tangan

Page 5: Assighment sintaksis

Menurut Abdullah Hassan ( 2008), frasa didefinisikan pula sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat. Ia dapat terdiri daripada satu perkataan ataupun sekumpulan perkataan yang digabungkan mengikut rumus tatabahasa Melayu bagi menghasikan makna.

Pada era Pendeta Za’ba memanggilnya rangkai kata , dan mesti terbina daripada dua perkataan atau lebih.Tetapi sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa.

Contoh : Kereta

Paling mustahaknya ialah setiap frasa mesti mempunyai inti yang akan membina struktur frasa itu.Sekiranya frasa terdiri daripada satu perkataan, maka perkataannya yang menjadi frasa.Kemudian inti tersebut dapat diberi penerangan menjadi lebih luas. Frasa satu perkataan boleh dijadikan seperti rajah berikut.

1. Dua buah kereta yang besar itu

Analisis

Kereta Kereta besar( kn inti) ( kn inti + ad )

Dua buah kereta besar Dua buah kereta besar itu( kn bil + kn penj + kn inti + adj) ( kn bil + kn pnj + kn inti + adj + kgn tunj)

Melalui pelbagai definisi yang telah diberikan oleh beberapa tokoh bahasa tersebut, dapatlah dibuat kesimpulan bahasa frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau diperluaskan menjadi dua atau lebih perkataan yang memberi makna tersendiri.

Struktur Frasa

Satu Perkataan Banyak Perkataan

Page 6: Assighment sintaksis

A. Penganalisisan Penggunaan Frasa

Mengklasifikasikan frasa yang bertugas sebagai subjek , predikat dan objek dalam ayat 1 hingga 5 yang disenaraikan.Selain itu klasifikasikan penerang, pelengkap dan keterangan bagi bahagian-bahagian ayat tersebut.

1. Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.

Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat, Subjek ayat ini terdiri daripada “daerah kami “, manakala pedikatnya pula adalah” akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan hadapan” .Ayat ini ialah kumpulan ayat pasif songsang separa pelaku diri ketiga.

Pola ayat ini terdiri daripada FN + FK Frasa nama” daerah” sebagai subjek dan kata ganti nama diri pertama iaitu” kami “yang bertidak sebagai penerang kepada kata nama” daerah”.Frasa kerja pasif sebagai predikat pula terdiri daripada kata bantu” akan.” Kata kerja pasif berimbuhan awalan di- iaitu “dikunjungi” dan pelaku diri ketiga “pemimpin parti” serta kata penentu tersebut. “Pemimpin” adalah merupakan kata nama, manakala parti tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada” pemimpin.”

Bagi frasa kerja yang bertindak sebagai predikat pula terdapat frasa sendi nama iaitu “bulan depan” yang berfungsi sebagai kata keterangan waktu kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi nama “bulan depan” terdapat kata nama bulan dan juga kata nama arah depan yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama bulan.

Ayat ini kita boleh tukarkannya kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti berikut: “ Pemimpin parti tersebut akan meengunjungi daerah kami pada bulan depan “

2. Hasi padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

Ayat ini terbina daripada satu subjek dan satu predikat.Subjek ayat trdiri daripada “ Hasil padinya “ sementara predikatnya pula adalah “ berguni-berguni di dalam kepuk itu”.

Pola bagi ayat ini terbentuk daripada FN + FK . Frasa nama bagi subjek ialah kata nama “hasil” dan kata” padi “pula ialah kata nama yang menjalankan fungsi sebagai penerang kepada kata nama “hasil” serta

Page 7: Assighment sintaksis

terdapat kata ganti nama diri ketiga iaitu “ nya” yang ditulis rapat dengan kata padi kerana unsur klitik.

Predikat ayat ini terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada kata nama ganda . Kata nama ganda yang digunakan ialah kata ganda nama seluruh iaitu “ guni-guni “ yang menerima imbuhan awalan ber- iaitu “ berguni-guni”

Frasa sendi nama pula berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja tak transitif “ berguni-guni “yang terdiri daripada kata sendi nama “ di “, manakala kata “ dalam “ pula ialah kata nama arah, kata “ kepuk “ ialah kata nama dan kata “ itu “ sebagai kata penentu.

Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif tak transitif susunan songsang seluruh predikat seperti berikut “ Berguni-guni di dalam kepuk itu hasil padinya”

3. Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat terdiri daripada kata “ perintah yang kami terima itu “ manakala predikatnya pula ialah “kami laksanakan dengan segeranya”

Pola ayat ini terdiri daripada Frasa Nama + Frasa Kerja . Frasa nama bertindak sebagai subjek terdiri daripada kata nama “perintah”, kata sandang “ yang” yang berfungsi sebagai kata nama.Kata ganti nama diri pertama “kami”, kata kerja “ terima “ dan kata penentu “itu”. Kata “ Yang kami terima itu “merupakan frasa nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama” perintah”.

Predikat bagi ayat ini pula terdiri daripada Frasa kerja pasif dan frasa

sendi nama.Frasa kerja pasif terdiri daripada kata ganti nama diri pertama”kami”diikuti pula dengan kata kerja pasif yang berimbuhan akhiran….-kan iaitu “laksanakan “Manakala frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama “ dengan “, kata keterangan masa “ segera” dan kata ganti nama diri ketiga “nya”.Frasa sendi nama “dengan segeranya” pula berfungsi sebagai keterangan kepada kata kerja pasif “laksanakan “

Ayat ini ialah ayat jenis pasif songsang seluruh predikat pelaku diri pertama. Ayat ini juga boleh ditukar menjadi ayat aktif transitif susunan

Page 8: Assighment sintaksis

biasa seperti “ Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya “

4. Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan pilihan raya umum ke – 13.

Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat.Subjek ayat ini terdiri daripada kata “ orang “ manakala predikatnya pula ialah “sibuk memperkatakan pilihan raya umum ke -13”

Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama + frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek ialah kata nama “orang”. Frasa kerja yang berfungsi sebagai predikat pula ialah terbina daripada frasa kerja dan frasa sendi .Frasa kerja terdiri daripada frasa adjektif “ sibuk “ yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir sebelum kata kerja transitif berimbuhan apitan memper_ kan iaitu” memperkatakan”, kata nama juga terdapat di sini iaitu “ pilihan raya”, juga terdapat kata sendi “ke”bagi kata bilangan “ tiga belas”

Ayat ini ialah ayat ayat aktif transitif songsang terbahagi diri pelaku ketiga. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut “ Orang sibuk memperkatakan pilihan raya umum di seluruh negara”

5. Ke mana- mana sahaja pengedar dadah it uterus diburu polis.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ini terdiri daripada “ pengedar dadah itu” manakala predikatnya pula terdiri daripada “ terus diburu polis ke mana-mana sahaja”

Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama + frasa kerja. Frasa nama yang bertindak sebagai subjek terdiri daripada kata nama “ pengedar”, kata nama “ dadah “ pula berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “ pengedar”. Frasa kerja pasif pula sebagai predikat terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa sendi nama.

Frasa kerja pasif terdiri daripada kata “ terus” yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir sebelum kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu kata “ diburu” dan kata nama “ polis “ yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja pasif “diburu”

Page 9: Assighment sintaksis

Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama ”ke” diikuti dengan kata ganti tak tentu iaitu ” mana-mana” dari kata nama “ sahaja”. Kata “ ke mana-mana sahaja” berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “ polis”

Ayat ini ialah ayat pasif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Ayat ini juga boleh ditukar kepada ayat aktif transitif aktif susunan biasa seperti berikut “ Polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.”

Page 10: Assighment sintaksis

B. Penganalisisan Penggunaan KlausaMembincangkan pembentukan ayat yang menggunakan klausa dengan tugas-tugasnya yang tertentu bagi ayat 6 hingga 10. Nyatakan sebab-sebab klausa berfungsi sebagai tugas yang tertentu.

6. Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Ayat ini adalah ayat jenis pasif songsang seluruh predikat pelaku diri pertama dengan klausa sebagai subjek. Subjek ayat terdiri daripada klausa “ bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya”, Sementara predikatnya pula terdiri daripada ayat “ saya jelaskan kepadanya”

Subjek utama dalam klausa bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama “pemimpin itu”.Kata” pemimpin” merupakan golongan kata nama dan kata “itu” pula bertindak sebagai kata penentu.

Predikat klausa ayat ini terdiri daripada frasa adjektif yang terbina daripada kata nafi “ tidak “, kata adjektif “amanah” dan frasa sendi nama “terhadap”, kata nama “rakyat” dan kata ganti nama diri ketiga “nya”.Predikat ayat pasif pelaku diri pertama ini terdiri daripada frasa kerja pasif pelaku diri pertama “ saya jelaskan” dan frasa sendi nama “ kepadanya”Frasa kerja pasif pelaku diri pertama terikat dengan hokum aneksi pesona iaitu antara kata ganti nama diri pertama dengan kata kerja pasif tidak boleh adanya perkataan lain. Dalam frasa sendi nama terdapat kata dendi nama “kepada” dan kata ganti nama ketiga “ nya”

Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal seperti yang berikut :

i) Saya jelaskan kepadanya.(sesuatu)ii) Pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata “ sesuatu “ digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada pemimpin itu yang tidak amanah terhadap rakyatnya.Ayat ini boleh dijadikan ayat aktif susunan biasa seperti berikut:” Saya menjelaskan bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya”

Page 11: Assighment sintaksis

7. Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya ?

Ayat ini adalah ayat tanya susunan biasa dengan klausa sebagai predikatnya.Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama iaitu kostituen “ kawasan kediamannya itu”.Subjek ayat Tanya dengan kata Tanya susunan biasa dengan klausa sebagai predikat yang terdiri daripada frasa nama “ kawasan kediamannya itu”.Kata ‘kawasan” ialah kata nama, kata “Kediamannya” juga kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata “ kawasan” dan kata “itu “pula ialah kata penentu.Kata “ kediaman” diikuti dengan kata ganti nama diri ketiga “nya” dalam keadaan ianya ditulis dirapatkan antara satu sama lain kerana unsur klitik.

Predikat ayat ini ialah klausa yang terdiri daripada subjek dan predikat.Dalam klausa ini susunan subjek dan predikatanya disongsangkan seperti “bagaimana keadaannya”

Klausa sebagai predikat terdiri daripada kata “ bagaimana”. Subjek dalam klausa pula terdiri daripada frasa nama “ keadaannya” ialah golongan kata nama dan “ nya” ialah kata ganti nama diri pertama diikuti dengan tanda (?).Predikat Klaus pula terdiri daripada kata Tanya “ bagaimana”Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat Tanya susunan biasa iaitu : “ Bagaimanakah keadaannya kawasan kediamannya itu?”

8 .Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.

Ayat ini mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh itu ayat ini tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat ini ialah terdiri daripada frasa nama iaitu “pihak polis”. Kata “pihak “ ialah kata nama dan kata “ polis”juga adalah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “pihak”.Predikat ayat ini ialah frasa kerja transitif yang terdiri daripada kata kerja transitif “ menerangkan” diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai objek iaitu “ bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri “ Ayat ini sebenarnya terbina daripada dua ayat tunggal iaitu :

Page 12: Assighment sintaksis

i) Pihak polis menerangkan ( sesuatu)ii) Pendatang asing itu telah melarikan diri.

Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menggunakan kata hubung “ bahawa” sementara kata sesuatu digugirkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada”pendatang asing itu sudah melarikan diri.

Konsituen “ bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri “ dikenali sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat lengkap tetapi berfungsi sebagai objek kepada kata kerja “menerangkan”. Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri pula disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekumpulan kata yang ada subjek dan predikat.

Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah frasa nama “ pendatang asing “.”Pendatang” ialah kata nama sementara” asing”juga ialah kata nama yang bertindak sebagai penerang kepada kata “ pendatang “ dan kata “ itu” ialah kata penentu yang menjadi penentu kepada subjek. predikatnya pula ialah frasa kerja tak transitif iaitu terdiri daripada kata kerja transitif berimbuhan apitan me_an iaitu “melarikan” dan kata nama “ diri”.

Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat pasif dengan klausa sebagai subjek seperti yang berikut : Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis.

9 .Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek .Oleh itu ayat ini tergolong dalam ayat jenis majmuk. Subjek utama ayat terdiri daripada kata “ penduduk di situ”, manakala predikatnya pula ialah “ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

Klausa yang bertindak sebagai pelengkap terdiri daripada “ bahawa kediaman mereka tidak selamat” Subjek ayat iaitu” kediaman mereka”manakala predikat ayat adalah “tidak selamat”.Dan kata “ bahawa “ pula ialah kata hubung . Klausa sebagai objek ini pula wujud selepas kata kerja tak transitif berimbuhan awalan ber_ iaitu “ berpendapat” yang bertugas sebagai pelengkap kepada ayat tersebut.

Subjek dalam klausa pula terdiri daripada frasa nama” kediaman “. Predikat bagi klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi “ tidak” dan kata nama “ selamat”

Subjek ayat aktif tak transitif dengan klausa sebagai pelengkap terdiri daripada kata nama “ penduduk” dan frasa sendi nama” di situ” yang terdiri daripada kata sendi “di” dan kata tunjuk “ situ” yang berfungsi sebagai kata ganti tempat.

Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang seperti berikut :

Page 13: Assighment sintaksis

i) Penduduk di situ berpendapat( sesuatu)ii) Kediaman mereka tidak selamat.

Kedua –dua ayat tersebut digabungkan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada kediaman mrerka tidak selamat.

Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat aktif tak transitif songsang seluruh predikatnya dengan klausa sebagai pelengkap seperti berikut : Berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat lah oleh penduduk di situ.

10. Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan oarng tempatan.

Ayat ini tergolong dalam ayat jenis majmuk kerana menggunakan kata hubung bahawa sebagai penghubung antara dua ayat tunggal . Ayat ini sebenarnya terdiri lebih daripada satu subjek. Subjek utama ayat terdiri daripada kata” kakitangan pejabat itu” manakala predikatnya pula ialah “ mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan”

Klausa dalam ayat sebagai penerang terdiri daripada subjek” pengarah baharu itu”manakala predikat ayat pula terdiri daripada kata “ bukan orang tempatan”.Kata ‘ bahawa” ialah kata hubung bertindak sebagai klausa bagi penerang iaitu kata” bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan”hadir selepas kata nama berimbuhan apitan penge_ an iaitu “pengesahan”. Kata ‘’pengesahan wujud selepas kata kerja transitif berimbuhan awalan men_iaitu kata “mendapat”. Oleh itu klausa ‘ bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan” merupakan klausa penerang kerana hadir selepas kata nama ‘ pengesahan”yang bertugas sebagai penerang dalam ayat tersebut.

Subjek dalam klausa pula terdiri daripada frasa nama “ pengarah baharu itu “Pengarah ialah kata nama , manakala baharu pula kata adjektif yang menjadi penerang kepada kata nama ; pengarah” dan kata “itu” ialah kata penetu.Predikat kalusa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi “ bukan”. Kata nama ‘ orang” dan kata nama” tempatan” yang bertugas sebagai penerang kepada “ pengarah baharu itu”.

Subjek ayat aktif transitif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang ini terdiri daripada frasa nama” kakitangan pejabat itu”. “Kakitangan” ialah kata nama, manakala kata “pejabat “ juga kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “pejabat “ dan kata “ itu” sebagai kata penentu”

Ayat ini juga boleh ditukar menjadi ayat pasif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang seperti berikut: “Pengesahan bahawa pengarah baharu itu bulanlah orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu”

Page 14: Assighment sintaksis

Isi Kandungan

- Soalan Tugasan- Pendahuluan

Sintaksis Ayat Pola Ayat Frasa

- Analisis Penggunaan Frasa- Analisis Penggunaan Frasa- Refleksi- Bibliografi

BIBLIOGRAFI

Page 15: Assighment sintaksis

Abdullah Hassan(2006).Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:PTS Publications&Distributors Sdn.Bhd.

Asraf Abdul Wahab.(1989).Petunjuk Bahasa Melayu Baku.Kuala Lumpur:Sasbadi Sdn.Bhd.

Dr.Ali Mahmood.MashudiBahari.Dr.Seman Salleh.Munsyi Zainal Abidin Kasim(2007).Pembelajaran Morfosintaksis Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Open Universiti.

Hashim B.Hj Musa(1990).Sintaksis Bahasa Melayu Satu Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa.Kuala Lumpur:Nusantara In.

Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Musa,Abdul Hamid Mahmood(2008). Tatabahasa Dewan.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rujukan Internet

rieeidvannzyeien89.blogspot.com/2011/02/sintaksis-bahasa-melayu.html

www.slideshare.net/NoorSyazwanni/nota-ringkas-sintaksis

www.slideshare.net/cikguliza/sintaksis-bahasa-melayu

Page 16: Assighment sintaksis