Assigment Menggambar

  • View
    661

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Menggambar

Text of Assigment Menggambar

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER ENAM ( SEPTEMBER ) / 2012 HBAE1403 MENGGAMBAR

TUTOR PN NURUL HUDA BT MOHAMED

PELAJAR Nama No. IC No. Matrik : Nor Aini Bt Yusop : 730414045108 : 730414045108001

1

ISI KANDUNGANBIL 1.0 1.1 PERKARA Pengenalan Definisi Menggambar 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 1.1.5 1.1.6 1.1.7 1.1.8 1.1.9 Lukisan Catan Kolaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan MUKA SURAT 4 4 5 5 5 6 6 7 7 8 8 9 9 10 10 11 13 14

1.1.10 Capan 1.1.11 Mozek 1.1.12 Montaj 1.1.13 Poster 2.0 3.0 4.0 Penggunaan Media dan Teknik Dalam Menggambar Pandangan Tokoh Peranan Menggambar Terhadap Perkembangan Kanak-kanak 5.0 Kaitan Menggambar Dengan Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak. 6.0 Kajian Hasil Kerja Murid dan Kaitan Dengan Perkembangan Kanak-kanak

15

16

2

6.1 6.2 6.3 6.4 7.0

Kesan Terhadap Perkembangan Psikomotor Kesan Terhadap Perkembangan Kognitif Kesan Terhadap Perkembangan Emosi Kesan Terhadap Perkembangan Sosial

16 18 19 20

Maklumat Sokongan Teori Perkembangan Seni Kanak-kanak Victor Lowenfeld. Penutup Rujukan

22

8.0

26 33

3

1.0

Pengenalan 1.1 Definisi Menggambar

Menggambar merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik yang mana dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Selain itu , respresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan adalah dalam bentuk grafik. Dalam teknik menggambar perkembangan, imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri seseorang kanak-kanak perlu diutamakan. Bidang ini membolehkan kanak-kanak mengenali lebih dekat lagi kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur,imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Antara kegiatan dalam bidang menggambar ialah; 1.1.1 Lukisan Lukisan ialah aktiviti menggambar yang menggunakan media kering seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin, comte dan lain-lain.

Contoh Lukisan

4

1.1.2 Catan Berlawanan dengan lukisan, catan merupakan aktiviti menghasilkan karya menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai-bagai jenis berus dan alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapu bahan cat di atas sesuatu permukaan.

Contoh Catan

1.1.3 Kolaj Kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahanbahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik secara bebas dan bertindih. Bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai-bagai kesan kepada kandungan dan penyampaian.

Contoh Kolaj

5

1.1.4 Cetakan Cetakan pula melibatkan cara menghasilkan karya dengan menekankan sesuatu blok yang mempunyai sifat timbul dan tenggelam pada kertas, kain dan sebagainya. Warna disapu pada permukaan blok yang boleh dihasilkan menggunakan linoleum, polyfoam, kentang, sabun dan banyak lagi. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan. Misalnya sifat garisan yang keras akan ketara pada blok kayu dan sifat jalinan yang bertitik-titik terhasil daripada blok polyfoam.

Contoh Cetakan

1.1.5 Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidakbercampur antara satu sama lain. Contohny a warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin. Proses membuat batik ialah satu contoh resis. Di sekolah rendah, krayon boleh digunakan. Krayon disapukan pada kertas bagi menggantikan lilin. Apabila warna air disapu pada permukaan kertas, ia tidak akan bercampur dengan krayon. Kesannya akan terhasil dua kawasan dengan dua jenis kesan.

Contoh Resis

6

1.1.6 Gosokan Gosokan terhasil apabila krayon atau pensel warna ditekan pada permukaan yang kasar dengan jalinan yang berlainan.

Contoh Gosokan

1.1.7 Stensilan Dalam teknik stensilan, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Contoh Stensilan

7

1.1.8 Percikan Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek boleh digunakan untuk menghalang percikan warna ke atas permukaan kertas. Objek tersebut boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

Contoh Percikan

1.1.9 Gurisan Guisan juga merupakan salah satu cara menghasilkan gambar. Permukaan kertas disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis. Gunakan alat yang keras atau tajam seperti paku, kayu atau plastik untuk mengguris pada krayon tersebut untuk menghasilkan gambar.

Contoh Gurisan

8

1.1.10 Capan Teknik capan sebenarnya hampir sama dengan cetakan. Cat air atau poster disapu ke atas sesuatu permukaan. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai motif seperti sayur-sayuran, cengkerang, daun dan sebagainya.

Contoh Capan

1.1.11 Mozek

Mozek pula ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menampal bahan seperti kertas warna, plastik, jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan secara tidak bertindih. Sempadan kepingan yang ditampal itu memberi kesan jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Contoh Mozek

9

1.1.12 Montaj Montaj ialah satu poses menghasilakan komposit gambar dengan cara menggunting dan mencantum beberapa foto daripada pelbagai sumber. Gambar-gambar disusun secara bertindih antara satu sama lain.

Contoh Montaj

1.1.13 Poster Poster ialah gambar pada sekeping kertas yang digunakan sebagai alat untuk mengiklankan sesuatu, alat propaganda dan protes dan alat untuk menyampaikan pesanan.

Contoh Poster

10

2.0

Penggunaan Media dan Teknik Dalam Menggambar Dalam bidang menggambar penggunaan media seperti cat air, cat minyak, cat poster ,

pastel dan oil pastel sering digunakan oleh para pengkarya. Cat air bersifat lur sinar, lembut dan legap.Ia akan menjadi tebal jika disapu secara berlapis-lapis. Bahantaranya ialah air dengan penguat gam Arab. Terdapat pelbagai teknik dalam menghasilkan catan air. Antaranya sapuan basah atas kering, kering atas basah, kering atas kering, renjisan garam dan renjisan warna. Cat poster hampir sama dengan cat air tetapi bersifat legap dan tebal.

Contoh Lukisan Cat Air

Contoh Lukisan Cat Poster

11

Cat minyak pula menggunakan turpentin sebagai bahantara dan minyak linsid sebagai pengilat. Ia lambat kering dan biasanya digunakan di atas kanvas. Teknik yang biasa digunakan dalam menghasilkan catan minyak ialah teknik titik, teknik glazing, teknik scumbling, teknik impasto dan teknik hard edge.

Contoh Lukisan Cat Minyak

Contoh Lukisan Pastel

12

3.0

Pandangan Tokoh Proses menggambar di peringkat kanak-kanak adalah teratur dan sesuai dengan

perkembangan tumbesaran mereka. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak

mempunyai

hubung kait yang rapat dengan proses perkembangan tumbesaran mereka. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor ,kognitif, emosi serta sosial mereka. Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa aktiviti menggambar memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan daripada beberapa orang tokoh. Berdasarkan Teori konstruktivisme , kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Menggambar boleh dijadikan wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Menurut Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner pula,terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Seterusnya dapat menjana kecerdasan minda kanakkanak dengan lebih menyeluruh. Pendekatan menggambar yang melibatkan integrasi pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran kanak-kanak kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan intuitif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal serta interlektual. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 513

pandangan

tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. 4.0 Peranan Menggambar Terhadap Perkembangan Ka