17
ASSIGNMENT 9 CEE 583 PHYSICAL EDUCATION FACILITIES AND SPORT EVENT MANAGEMENT SJKT BANDAR SPRINGHILL, LUKUT, PORT DICKSON KERTAS KERJA SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN TARIKH 15 APRIL 2015 MASA 7.30 PAGI – 9.00 PAGI TEMPAT TAPAK PERHIMPUNAN SJKT BANDAR SPRINGHILL

Assignment 583

Embed Size (px)

Citation preview

ASSIGNMENT 9 CEE 583PHYSICAL EDUCATION FACILITIES AND SPORT EVENT MANAGEMENT

SJKT BANDAR SPRINGHILL, LUKUT, PORT DICKSON

KERTAS KERJA SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

TARIKH15 APRIL 2015

MASA7.30 PAGI 9.00 PAGI

TEMPATTAPAK PERHIMPUNANSJKT BANDAR SPRINGHILL

1.0 PENDAHULUAN

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkankecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

2.0 RASIONALSenamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah. 2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor 2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.

Senamrobik 1Murid 1Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1Murid 1Sukan dijadikan amalan di sekolah bagi mencapai objektif berikut:4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;4.2 melibatkan penyertaan semua murid;4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN15 April 2015

6.0 MASA7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPATTapak Perhimpunan SJKT Bandar Springhill

8.0 KUMPULAN SASARAN 8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut: 8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid tahap 1) 8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.25 pagi : Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan7.30 pagi : Perhimpunan Pagi : Bacaan Doa7.45 Pagi : Gimik Pelancaran 8.00 pagi : Senamrobik 1Murid 1Sukan bermula9.00 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik 1Murid 1Sukan

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITIJawatankuasa Pelancaran Program Senamrobik 1Murid 1SukanPengerusi: Pn.A.Santhi (Guru Besar)Timbalan Pengerusi : Cik.L.Letchumy (GPK.Kokurikulum)Naib Pengerusi i : Pn. R.Kala (GPK. Pentadbiran)Naib Pengerusi ii : Pn.M.Saraswathy (GPK.HEM)Penyelaras : En. A.Krishna Kumar (S/U Sukan)Setiausaha : En. M.Gobikrishna Bendahari: Pn.S.VinimalarJuruacara : Pn.M.Batmawathy Bacaan Doa : Pn.R.SheelaSiaraya : En. R.GunasegaranDisiplin Murid : Pn.S.KarthiyaaniAJK Dokumentasi : Pn.P.Punitha Pn.P.Shaliny

11.0 ANGGARAN BELANJAWANANGGARAN BELANJAWANBILPERKARAKUANTITI (UNIT)HARGA SEUNIT(RM)JUMLAH(RM)

1

2Bayaran SaguhatiInstruktor Senamrobik

Air Minuman1

1200

300200

300

500

12.0 SENARAI PERALATAN1. LAPTOP2. PEMBESAR SUARA3. MIKROFONE

PENUTUPSenamrobik Serentak 1Murid 1Sukan diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Disediakan Oleh:(A.Krishna Kumar)PenyelarasAktiviti Senamrobik 1 Murid 1 SukanSJKT Bandar Springhill

Disahkan Oleh:

(A.Santhi)Guru Besar SJKT Bandar Springhill

ASSIGNMENT 10 CEE 583PHYSICAL EDUCATION FACILITIES AND SPORT EVENT MANAGEMENTLAPORAN SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SJKT BANDAR SPRINGHILL

Pada 15 April 2015 bersamaan hari Rabu yang lalu, telah diadakan Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program ini berlangsung selama 2 Jam 45 minit yang melibatkan semua warga sekolah iaitu semua guru, murid-murid dan staf sokongan. Senamrobik di sekolah ini, bertujuan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas. Matlamat program ini adalah melahirkan generasi muda yang cergas dan sihat. Selain itu, dapat membina keyakinan diri murid agar tidak malu dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan sukan. Terdapat beberapa objektif di dalam program ini iaitu menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. Sebelum program ini berlangsung, saya dan rakan berbincang dengan pihak pentadbir sekolah untuk mengendalikan program ini. Pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada kami berdua untuk mengendalikan program ini. Satu mesyuarat mengenai program senamrobik ini telah diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa. Kerjasama guru-guru amat kami harapkan untuk sama-sama menjayakan program ini. Selepas berbincang dan melantik ahli jawatankuasa, kami membuat kertas kerja dan buku program. Selain warga sekolah, kami juga turut menjemput ibubapa/PIBG untuk turut serta di dalam program ini. Senamrobik ini dimulakan dengan pergerakan warming up iaitu dengan kata lain memanaskan badan terlebih dahulu. Selepas itu, baru diikuti dengan pergerakan yang mengikut rentak lagu. Senaman ini berlangsung selama hampir 30 minit dan diakhiri dengan pergerakan cooling down iaitu sesi menyejukkan badan. Sebelum itu, guru juga mengingatkan murid-murid jika ada yang sakit untuk tidak turut serta atau membuat pergerakan yang termampu sahaja. Kekuatan sepanjang program ini berlangsung, ialah kerjasama dan sokongan daripada warga sekolah. Saya dan rakan dapat menimba pengalaman untuk mengendalikan sesuatu program. Bagi saya, bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu program yang dianjurkan. Banyak perkara yang perlu diambil serius. Bagi pendapat saya, kerjasama ahli di dalam organisasi perlu ada untuk menjadikan sesuatu program itu berjalan dengan lancar. Selain itu, faktor cuaca yang baik juga menjadi salah satu kekuatan. Rasa syukur dipanjatkan ke atas Ilahi kerana cuaca pada pagi hari Selasa amat baik. Oleh itu, program dapat dijalankan di dataran perhimpunan. Jika cuaca tidak baik, program senamrobik ini pasti tidak dapat dijalankan kerana tiada tempat berbumbung yang boleh menampung semua murid. Kekuatan lain yang saya dapat lihat ialah pergerakan senamrobik yang mudah diikuti. Semua murid dan guru dapat mengikut pergerakan yang di lakukan oleh instructor di hadapan. Saya dan rakan menjadi instructor di hadapan sewaktu senamrobik berlangsung. Kami mengaplikasikan pergerakan yang mudah agar semua dapat mengikuti pergerakan senamrobik tersebut. Selain itu, faktor lagu yang digunakan. Lagu yang digunakan ada yang perlahan dan rancak. Pergerakan dibuat mengikut beat lagu. Murid-murid rasa terhibur dengan program senamrobik disamping melakukan aktiviti yang menyihatkan. Oleh kerana mendapat sambutan daripada murid-murid, pada masa akan datang boleh diadakan pertandingan senamrobik mengikut kelas. Ini juga merupakan salah satu aktiviti yang menarik untuk diadakan. Sepanjang program senamrobik berlangsung, murid-murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung, memudahkan perjalanan aktiviti ini. Setiap kekuatan pasti ada kelemahannya. Terdapat beberapa kelemahan yang saya lihat sepanjang berlangsung program ini. Antaranya, dari segi keadaan tempat. Senamrobik ini dijalankan di kawasan tapak perhimpunan. Kawasan ini agak kecil dan sempit untuk menampung murid-murid yang seramai 255 orang. Ini kerana, aktiviti senamrobik ini memerlukan ruang yang luas untuk membuat pergerakan agar tidak bertembung dengan rakan yang lain. Oleh itu, cadangan penambahbaikan, aktiviti seperti ini sepatutnya dilaksanakan di tempat yang luas seperti padang sekolah.

Selain itu, kelemahan yang saya lihat ialah murid tidak diingatkan membawa air kosong. Ini kerana, selepas aktiviti senamrobik, murid-murid menyerbu ke kantin untuk membeli air. Perkara ini perlu diambil perhatian, agar pada masa akan datang, lebih peka terhadap sesuatu perkara. Kelemahan lain yang saya lihat ialah pergerakan senamrobik yang agak sukar bagi murid tahun 1. Ini kerana, saya perhatikan murid tahun 1 tidak dapat mengikut dengan baik langkah dan pergerakan yang saya dan rakan lakukan di hadapan. Oleh itu, pergerakan senamrobik perlu disesuaikan dengan tahap murid-murid supaya murid berasa bersemangat.

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2015PENDAFTARAN IBU BAPA DAN AHLI PIBGPENDAFTARAN MURID OLEH GURU KELAS

MURID MELAKUKAN SENAMROBIK DENGAN CERIAGURU-GURU MENUNJUK CARA MELAKUKAN SENAMROBIK

BERGAMBAR DENGAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SELAKU BAPA ANGAKAT SEKOLAHMURID MELIBATKAN DIRI DALAM PERMAINAN KUMPULAN