Assignment BMM 3101

Embed Size (px)

Citation preview

IPG KAMPUS KENINGAU BEG BERKUNCI NO. 11 89009 KENINGAU, SABAH

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN / UNIT :

: :

GUSNAINI BINTI PASADDEI 700120-12-6132

2 / PPG (BM) BMM 3101 -PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

KOD DAN MATA PELAJARAN :

NAMA DAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN

: :

DRS. BAHAMAN BIN ISMAIL 24 SEPTEMBER 2011

1

ISI KANDUNGAN

TAJUK ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 01

PENDAHULUAN

02

SOALAN

03

KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU

04

PENGGABUNGJALINAN

05 - 08

PENYERAPAN

09 - 12

PENGAYAAN

12 - 13

PEMULIHAN

13 -14

PENILAIAN

15 - 16 17 20 21 24 25 26

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

LAPORAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI

RUJUKAN

27

LAMPIRAN BORANG KOLABORASI

28

2

PENDAHULUAN

Guru adalah seorang yang mempunyai tugas yang cukup berat . Satu daripada tugasnya ialah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi tunjuk ajar cara atau strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-soalan peperiksaan lepas dan lain-lain lagi. Di sini, para guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri.

3

SOALAN: Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Seterusnya melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, hubungan sosial dan memperoleh ilmu. Secara individu anda dikehendaki: 1. Mengumpul bahan dan maklumat tentang konsep 5P iaitu Penggabungjalinan, Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian. Berdasarkan bahan dan maklumat tadi, jelaskan dengan contoh bagaimana konsep tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 2. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tahap 2. RPH yang disediakan hendaklah berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran bagi tahun berkenaan dan mengandungi aspek 5P.

3. Menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan RPH yang telah disediakan, seterusnya membuat laporan tentang sesi berkenaan yang

mengandungi butiran: persediaan sebelum, semasa pelaksanaan dan selepas mengajar, kekuatan dan kelemahan pengajaran (fokuskan kepada aspek 5P), dan lain-lain yang berkaitan. Melampirkan gambar-gambar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga digalakkan.

4. Menulis refleksi yang tidak kurang daripada 500 patah perkataan berkaitan tugasan. Refleksi perlu mengandungi proses awal penyiapan tugasan, kekangan, dapatan baharu, cadangan untuk menambah baik tugasan dan lain-lain yang berkaitan.

5. Berkolaborasi dengan pensyarah, rakan, guru dan pihak yang berkaitan. Bukti kolaborasi hendaklah disokong dengan borang kolaborasi yang disediakan sendiri.4

KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Semua ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kemahiran-kemahiran ini adalah perlu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi tersebut akan menjadi lebih menarik perhatian murid dan berkesan kepada mereka. 5 Konsep ini sangat penting untuk semua murid jenis murid. Murid yang lemah boleh menjadi lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar dan seterusnya murid yang pandai boleh menambah pengetahuan mereka.

PENGGABUNGJALINAN PENYERAPAN PENILAIAN

PENGAYAAN

PEMULIHAN

5

1.

PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan adalah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan beberapa bidang kemahiran lain dari mata pelajaran lain dapat disampaikan dalam satu masa yang sama. pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Dengan itu sesi pengajaran dan

1.1 Tujuan strategi penggabungjalinan

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai murid.

1.2 Prinsip-prinsip penggabungjalinan

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. Kemahiran fokus utama dan sampingan hendaklah ditentukan dan dirancang dengan baik. Penggabungjalinan mesti setaraf dengan kebolehan murid. Semua aspek pembelajaran yang hendak digabungjalinkan itu hendaklah benar-benar difahami dan diketahui oleh guru mengajar.

6

1.3 Bentuk-bentuk penggabungjalinan

A Penggabungjalinan kemahiran

K1

K1 - Kemahiran Mendengar K2 - Kemahiran Bertutur K3 - Kemahiran Membaca

K4 K2

K4 - Kemahiran Menulis BM - Bahasa Melayu

K3 BM

7

Rajah : Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam satu mata pelajaran

K1 - Kemahiran Bahasa K1 K2 - Kemahiran Muzik K3 - Kemahiran Seni BM - Bahasa Melayu K2 K3 BM

Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran lebih daripada satu mata pelajaran

B Penggabungjalinan bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan dan sesuai dengan keperluan psikologi murid, pengalaman dan tahap pencapaian murid perlu ditetapkan sebelum menggunakannya.

Bahan Utama(petikan) Bahan Bahan sokongan(rangsangan) Bahan lisan (rakaman)

Rencana,

Laporan,

Berita,

Ucapan

Komentar, Pengumuman, Ulasan, Iklan Gambar, Data, Rajah, Graf, Carta Ucapan, Temu bual, Ulasan, Komentar, Laporan, Pengumuman, Wawancara

Rajah : Penggabungjalinan Bahan8

C Penggabungjalinan aktiviti

Penggabungjalinan ini mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti yang berkait rapat dan sesuai untuk digabungjalinkan. Sekurang-kurangnya dua atau lebih aktiviti boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan.

Lisan

Berbual,

berbincang,

bertemu

ramah,

berbahas, berceramah, bercerita, berlakon. Memaham, mengecam isi penting,

Aktiviti

Bacaan dan Kefahaman

meringaks, membuat ayat, memberi makna, menghurai.

Tulisan

Esei, laporan, ulasan, ucapan, arahan, iklan, mencatat isi

Rajah : Penggabungjalinan Aktiviti

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Kita membuat set induksi dengan mendengarkan lagu yang bertema atau berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Mendengar atau menyanyikan lagu itu

bermaksud kita menggabungkan kemahiran yang diambil dari mata pelajaran Pendidikan Seni.

9

2.

PENYERAPAN

Penyerapan merupakan proses menyatupadukan pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh diserapkan.

2.1

Tujuan Penyerapan

Aspek Penyerapan adalah untuk: a) Menambahkan kefahaman dan kemahiran melalui aktiviti yang dijalankan, b) Mendorong sikap dalam diri untuk menambahkan ilmu pengetahuan, c) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati, d) Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu, e) Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif, f) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati, g) Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks, h) Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri, dan i) Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

10

2.2

Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

i.

Pengetahuan atau isi pelajaran

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.

Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak.

Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakat.

ii.

Nilai Murni

Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan unsur-unsur yang baik iaitu nilai murni yang merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula hendaklah merujuk kepada perkara-perkara baik, mulia dan luhur. Nilai murni boleh diterapkan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran seperti melalui penyampaian pengetahuan tentang nilai yang dimasukkan dalam semua mata pelajaran yang diajar oleh guru seperti melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah, melalui aspek kognitif seperti melalui kesedaran, keyakinan dan penghayatan. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti aktiviti kerja kumpulan dan kerja projek.

11

Antara adalah senarai nilai-nilai murni: Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat menghormati Kebersihan fizikal dan mental Jujur Rajin Kerjasama Sederhana Bersyukur Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Rasional Semangat bermasyarakat Semangat kewarganegaraan

iii.

Kewarganegaraan

Unsur

patriotisme

yang

diserapkan

dalam

pengajaran

Bahasa

Melayu

mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu (murid) terhadap bangsa dan negara Malaysia.

iv.

Peraturan Sosio-Budaya

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia yang mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.12

v.

Kemahiran Bernilai Tambah

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan murid dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar murid. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Petikan tentang seorang murid yang baik digunakan sebagai alat bantu mengajar. Semua maklumat dalam petikan berkaitan dengan sikap murid tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung, guru telah memasukkan konsep penyerapan nilai murni berkaitan dengan Pendidikan Moral.

3.

PENGAYAAN

Konsep seterusnya ialah pengayaan. Konsep ini adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar kepada murid untuk mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua jenis murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu bagi meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

13

Program ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah: Pembelajaran akses kendiri, Kerja projek, Bacaan tambahan, Permainan dan rekreasi, dan Pembelajaran berbantukan komputer.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kita boleh menggunakan komputer di makmal komputer. Murid-murid dikehendaki menaip karangan mereka

menggunakan komputer. Aktiviti ini adalah konsep pengayaan.

4.

PEMULIHAN

Pemulihan adalah dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan satu strategi yang guru lakukan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Program ini hanya akan dilaksanakan setelah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

14

4.1 Objektif pemulihan

Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:

a) Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka, b) Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu, c) Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru, d) Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju, e) Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, f) Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari, g) Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Aktiviti latih tubi merupakan satu konsep pemulihan. Dengan aktiviti ini kita boleh menggalakkan mereka agar dapat menguasai kemahiran tertentu.

15

5.

PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik yang dijalankan untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan

Pembelajaran.

5.1

Jenis-jenis Penilaian

A)

Penilaian Formatif

Penilaian Formatif ini lebih dikenali sebagai ujian kemajuan (progressive test) yang melibatkan penaksiran yang sistematik, yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap pengurusan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan

dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini

menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak untuk mengesan sama ada murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh

menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan mereka ketika pembelajaran berlangsung atau semasa membuat latihan. Penilaian ini boleh menjadi satu dorongan kepada murid untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan aktiviti pengayaan yang mencabar.

Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu melaksanakan langkah-langkah berikut: a. Menentukan unit atau tajuk pembelajaran b. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki16

c. Menyusun perkara yang akan diuji dalam unit d. Membina item ujian e. Mengesyorkan langkah pemulihan,pengukuran dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.

B)

Penilaian Sumatif

Penilaian kedua ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian iaitu merupakan ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ia mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. Dengan cara ini, guru dapat menentukan satakat mana objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat membandingkan pencapaian gred seseorang murid dengan murid lain. Penilaian dijalankan dengan menggunakan ujian kertas pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan (secara formal). Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan

murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan rekod profil murid. Maklumat yang diperolehi dapat membantu guru untuk menaksir keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Guru menyediakan soalan-soalan di setiap akhir pengajaran dan pembelajaran dalam kelas samada soalan lisan atau bertulis.

17

Tarikh Masa Tahun

: : :

20 September 2011 8.30 a.m 9.30 a.m 5 Amanah Bahasa Melayu Kesihatan Asas Kesejahteraan Fokus Utama :

Mata Pelajaran: Tajuk Kemahiran : :

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan

Fokus Sampingan : 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan. Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Objektif

: Pada akhir pelajaran, murid dapat: 1) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai 2) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana dan kata hubung

BB Mengajar : Petikan, laptop, LCD, lembaran kerja Hasil Pembelajaran : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks18

Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan. Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Nilai Ilmu KBT

: Kebersihan fizikal dan mental : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : i) Kemahiran Berfikir ii) Kemahiran Belajar iii) Kemahiran Teknologi Maklumat iv) Kecerdasan Pelbagai

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah menghadiri ceramah kesihatan yang disampaikan oleh jururawat di sekolah.

Sistem Bahasa

: Tatabahasa Kosa kata

: kata kerja, penanda wacana, ayat tanya : kesejahteraan, karbohidrat, protein, vitamin

Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan g k menulis

19

Langkah Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan BBM : laptop,

Set induksi (5 minit)

Mendengar irama muzik yang dimainkan.

1. Guru mengarahkan semua murid berdiri dan melakukan senaman ringan mengikut arahan guru.

muzik

Penggabungj alinan: P.Muzik,PJK

1. Guru mengaitkan aktiviti Soal jawab tentang Langkah 1 (5 minit) senaman yang dilakukan sebentar tadi. senaman tadi dengan bahan bacaan yang akan mereka baca. Penyerapan : 2. Guru menayang petikan tentang kesihatan di komputer. 1. Murid membaca petikan mengikut guru dengan sebutan dan intonasi yang betul. Membaca petikan Langkah 2 (15 minit) mengikut bacaan dan tunjuk ajar guru 2. Guru mengarahkan murid membaca petikan mengikut kumpulan. Pemulihan BBM : laptop, LCD, petikan PJK BBM : laptop, LCD

3. Murid membaca petikan mengikut kumpulan.

20

1. Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam petikan.

1. Murid menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam petikan.

2. Membuat ayat Langkah 3 (20 minit) menggunakan penanda wacana

2. Seorang murid mewakili setiap kumpulan menulisnya di papan tulis.

BBM : papan tulis, buku latihan

Penilaian: Guru melihat semua hasil kerja murid dari meja ke meja.

3. Guru mengarahkan murid membuat ayat menggunakan penanda wacana yang ditulis di papan tulis ke dalam buku latihan mereka. 1. Guru mengedar lembaran

Penilaian

Langkah 4 (10 minit)

Kelaskan makanan mengikut kumpulan

kerja yang mengandungi borang pengurusan grafik.

BBM : lembaran kerja

2. Murid mengisi lembaran kerja mengikut kumpulan. Guru bersoaljawab dengan murid tentang penanda wacana

Pengayaan

Penutup (5 minit) Rumusan

yang telah mereka pelajari dan penanda wacana lain yang murid tahu selain yang terdapat dalam petikan.

21

LAPORAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Persediaan sebelum

Kelas yang diajar merupakan kelas yang mempunyai beberapa orang murid yang masih belum dapat membaca dengan sebutan yang betul beserta intonasi. Setiap kali rancangan mengajar harian dibuat, guru memastikan agar kemahiran membaca ada digunakan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid tersebut. Masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan murid mudah lupa apa yang telah diajar oleh guru pada pembelajaran yang lalu. Selain itu muridmurid ini juga cepat bosan dan malas menulis. Hasil kajian mendapati murid-murid ini hidup dalam kalangan keluarga yang kurang mampu. Kurangnya pendidikan ibu bapa mereka juga adalah faktor murid-murid tersebut menghadapi masalah ini.

Semasa pelaksanaan

Semasa set induksi dijalankan, murid-murid mula bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran. Mereka rasa gembira dengan adanya muzik yang dimainkan sebagai muzik latar dalam aktiviti senaman ringkas mereka. Dalam langkah satu pula, murid-murid berebut-rebut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab berkaitan kesihatan yang dikemukakan. Mereka mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan. Dalam langkah yang kedua pula, murid akur dan mengikut

bacaan yang dibimbing oleh guru mengikut sebutan dan intonasi yang betul. Pada langkah kedua juga, murid diminta melakukan aktiviti (membaca) secara

berkumpulan. Murid-murid telah bekerjasama dalam kumpulan. Pada langkah ketiga, murid juga diminta melakukan aktiviti iaitu menulis penanda wacana yang terdapat dalam petikan di papan tulis secara berkumpulan walaupun hanya seorang wakil dikehendaki menulisnya. Di dapati murid-murid juga telah bekerjasama sesama ahli kumpulan mereka. Pada langkah yang keempat, murid-murid berlumba-lumba

22

menyiapkan lembaran kerja yang diberi. Kebanyakan mereka siap sebelum sesi pembelajaran tamat. Keseluruhannya, objektif pengajaran ini telah tercapai. pengajaran yang digunakan oleh Ini menunjukkan teknik

guru dapat menarik minat murid untuk

mengikutinya sehingga tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan dan kelemahan Kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah penumpuan beberapa murid yang kurang ketika sesi pembelajaran. Selain itu masih terdapat murid yang masih tidak dapat mengeja perkataan dengan betul walaupun telah diberi penekanan latih tubi, begitu juga dengan tugasan yang diberi. Walau

bagaimanapun, kelemahan ini boleh diatasi bagi pengajaran yang berikutnya kerana bilangannya adalah sedikit. Beberapa cadangan bagi penambahbaikan pengajaran ke atas murid yang lemah telah disenaraikan. Antaranya ialah memperbanyakkan bahan bantu mengajar yang menarik. Bahan bantu mengajar yang pelbagai pasti dapat menarik perhatian murid tersebut. Penglibatan ibubapa juga diperlukan bagi mengatasi masalah pembelajaran murid-murid. Ibubapa perlu didedahkan dengan cara pembacaan yang betul. Dengan cara ini, kerja susulan yang diberi oleh guru dapat dipantau oleh ibubapa mereka.

Kesimpulan Pada keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat perlulah sesuai dengan tahap pencapaian murid. Walaupun murid yang diajar adalah kumpulan murid pintar tetapi jika teknik pengajaran yang digunakan tidak bersesuaian, pasti objektif pengajaran tidak tercapai. Guru juga perlulah sering membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang bermasalah agar pengajaran yang dijalankan boleh membantu mereka.

23

Gambar-gambar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Gambar menunjukkan murid membaca petikan dengan bimbingan guru.

24

Gambar

menunjukkan murid-murid sedang berbincang dalam kumpulan untuk

menyiapkan tugasan yang diberi

25

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan keizinan daripadaNya, dapat juga saya meneruskan pencarian bahan untuk dimasukkan dalam tugasan yang diberi ini. Walau begitu susah hendak memahami kehendak soalan, berkat tunjuk ajar daripada pensyarah, Drs. Bahaman serta rakan-rakan sekelas, juga rakan-rakan di sekolah maka dapatlah saya menyiapkannya. Begitu juga dengan panduan-panduan yang terdapat di internet.

Memang banyak kekangan yang terpaksa dilalui semasa menyiapkan tugasan ini. Saya sebagai seorang guru di sekolah, juga memegang jawatan Guru Data Maklumat sangat kekurangan masa untuk mencari bahan. Masa mencari bahan juga tidak mencukupi kerana hanya waktu selepas balik dari sekolah sahaja, saya boleh mencari maklumat yang diperlukan. Ini amat menyukarkan saya. Alhamdulillah kerana mata pelajaran di sekolah banyak membantu kerana opsyen saya di Maktab Perguruan ialah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kekurangan bahan dan

masa inilah yang menyebabkan saya sukar untuk menyiapkan tugasan ini. Selain daripada itu, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah lebih diutamakan. Saya sebagai suri rumah juga perlu menjalankan tugas-tugas rutin harian sebagai seorang ibu kepada 6 orang anak dan sebagai seorang isteri.

Jarak dari tempat pusat pengajian juga banyak menduga kesabaran saya.

Ini

mengakibatkan sukarnya saya berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang boleh membimbing saya dengan lebih kerap lagi. Begitu juga dengan perpustakaan di pusat pengajian, saya tidak dapat berkujung ke sana kerana kekangan masa kuliah yang hanya dijalankan 1 hari sahaja, memandangkan tempat tinggal saya nun jauh di Pantai Timur Sabah, iaitu daerah Tawau. Syukur Alhamdulillah juga kerana

dengan adanya jalur lebar dan telefon mudah alih maka dapatlah saya berkomunikasi dengan yang berkenaan walaupun masa yang terhad.

26

Walau bagaimanapun, berkat kesabaran yang ada dan atas keinginan yang menebal, saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan segalanya walaupun mempunyai kekurangannya.

Perkara pertama yang saya perlukan dalam tugasan ini ialah bimbingan daripada pensyarah. Saya memerlukan contoh tugasan sebagai panduan saya untuk

membuat tugasan ini. Walaupun tidak banyak masa berbincang bersama pensyarah, saya beruntung kerana mendapat beberapa orang rakan yang sudi membantu saya. Saya juga amat berterima kasih kepada Drs Bahaman kerana beliau telah banyak membantu saya terutama sekali semasa sesi perbincangan di dalam kelas.

Saya banyak membaca bahan dari internet untuk dimuatkan dalam tugasan memandangkan ketiadaan buku yang sesuai yang saya peroleh. Perkara penting yang saya mesti tahu ialah apakah kemahuan soalan yang diberikan. Setelah

mengumpul bahan-bahan, barulah saya membaca untuk memahaminya kemudian membina ayat yang sesuai dari hasil dapatan saya itu. Saya amat mengelakkan diri dari menciplak semua bahan yang saya kumpul kerana saya beranggapan bahawa apabila kita membina ayat sendiri, kita lebih memahami apa maksud ayat-ayat yang dibina. Syukur Alhamdulillah kerana saya boleh membuat tugasan dengan hasil kerja sendiri.

Kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan semua yang saya perolehi kerana semua itu adalah hasil usaha gigih saya yang tidak mengira penat lelah. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak membantu saya terutama sekali suami yang sentiasa memahami akan kesibukan saya, begitu juga dengan anak-anak saya.

27

Rujukan

Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Ahmad Mahmood Musanif (2001). Kamus Pelajar karisma. Kuala Lumpur: Tinggi Press Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1990) Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan- Siri pendidikan Longman

Tengku Sarina Aini Tengku Kassim(2006).Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpersonal Guru.Selangor Darul Ehsan:PTS Profesional.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran dimuat turun pada 17 September 2011

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ dimuat turun pada 18 September 2011

28