23
1 1.0 PENGENALAN Fiqh ertinya faham atau tahu. Menurut istilah yang digunakan para ahli F (fuqaha). Fiqh itu ialah ilmu yang menerangkan hukum-hukum syari‟at Islam yang diambil dari dalil-dalilnya yang terperinci. Menurut Hasan Ahmad Al-Khatib: Fi Islami ialah sekumpulan hukum syara‟, yang sudah dibukukan dalam berb madzhab, baik dari madzhab yang empat atau dari madzhab lainnya, dan dinukilkan dari fatwa-fatwa sahabat thabi‟in, dari fuqaha yang tujuh di Makkah Madinah, di Syam, di Mesir, di Iraq, di Bashrah dan sebagainya. Fuqaha yang tu itu ialah Sa‟id Musayyab, Abu Bakar bin Abdurrahman, „Urwah bin Zubair, Sulaim Yasar, Al-Qasim bin Muhammad, Charijah bin Zaid, dan Ubaidillah Abdillah. Dilihat darisegi ilmu pengetahuan yangg berkembang dalam kalangan ulama Islam, fiqh itu ialah ilmu pengetahuan yang membicarakan /membahas/memuat hukum-hukum Islam yang bersumber bersumber pada Al- Qur‟an, Sunnah dalil-dalil Syar‟i yang lain; setelah diformulasikan ol dengan mempergunakan kaedah-kaedahUshul Fiqh.Dengan demikianbererti bahawa fiqh itu merupakan formulasi dari Al-Qur‟an dan Sunnah yang berbent hukum amaliyah yang akan diamalkanoleh ummatnya. Hukum ituberbentuk amaliyah yang akan diamalkan oleh setiap mukallaf (Mukallaf ertinya orang yang sudah dibebani/diberi tanggungjawab melaksanakan ajaran syari‟at Islam tanda-tanda seperti baligh, berakal, sedar, sudah masuk Islam). Hukum yang diatur dalam fiqh Islam itu terdiri dari hukum waji mubah, makruh dan haram; di samping itu ada pula dalam bentuk yang lain sepert sah, batal, benar, salah, berpahala, berdosa dan sebagainya. PEMBAHAGIAN HUKUM FIQH Ibadat Ibadah artinya pengabdian dan penyembahan seorang Muslim terhadap Allah yang dilakukan dengan merendahkan diri serendah-rendahnya dan de niat yang ikhlas menurut cara-cara yang ditentukan oleh agama.

Assignment Fiqh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

assignment

Citation preview

1.0 PENGENALAN Fiqh ertinya faham atau tahu. Menurut istilah yang digunakan para ahli Fiqh (fuqaha). Fiqh itu ialah ilmu yang menerangkan hukum-hukum syariat Islam yang diambil dari dalil-dalilnya yang terperinci. Menurut Hasan Ahmad Al-Khatib: Fiqhul Islami ialah sekumpulan hukum syara, yang sudah dibukukan dalam berbagai madzhab, baik dari madzhab yang empat atau dari madzhab lainnya, dan yang dinukilkan dari fatwa-fatwa sahabat thabiin, dari fuqaha yang tujuh di Makkah, di Madinah, di Syam, di Mesir, di Iraq, di Bashrah dan sebagainya. Fuqaha yang tujuh itu ialah Said Musayyab, Abu Bakar bin Abdurrahman, Urwah bin Zubair, Sulaiman Yasar, Al-Qasim bin Muhammad, Charijah bin Zaid, dan Ubaidillah Abdillah.Dilihat dari segi ilmu pengetahuan yangg berkembang dalam kalangan ulama Islam, fiqh itu ialah ilmu pengetahuan yang membicarakan /membahas/memuat hukum-hukum Islam yang bersumber bersumber pada Al-Quran, Sunnah dalil-dalil Syari yang lain; setelah diformulasikan oleh para ulama dengan mempergunakan kaedah-kaedah Ushul Fiqh. Dengan demikian bererti bahawa fiqh itu merupakan formulasi dari Al-Quran dan Sunnah yang berbentuk hukum amaliyah yang akan diamalkan oleh ummatnya. Hukum itu berbentuk amaliyah yang akan diamalkan oleh setiap mukallaf (Mukallaf ertinya orang yang sudah dibebani/diberi tanggungjawab melaksanakan ajaran syariat Islam dengan tanda-tanda seperti baligh, berakal, sedar, sudah masuk Islam).Hukum yang diatur dalam fiqh Islam itu terdiri dari hukum wajib, sunat, mubah, makruh dan haram; di samping itu ada pula dalam bentuk yang lain seperti sah, batal, benar, salah, berpahala, berdosa dan sebagainya.

PEMBAHAGIAN HUKUM FIQHIbadatIbadah artinya pengabdian dan penyembahan seorang Muslim terhadap Allah yang dilakukan dengan merendahkan diri serendah-rendahnya dan dengan niat yang ikhlas menurut cara-cara yang ditentukan oleh agama.

MuamalatMuamalat ialah peraturan agama untuk menjaga hak milik manusia dalam tukar menukar barang atau seuatu yang memberi manfaat dengan cara yang ditentukan agama agar tidak terdapat keterpaksaan dari salah satu pihak, penipuan, pemalsuan, dan segala pendzaliman yang ada kaitannya dengan peredaran harta dalam hidup bermasyarakat.MunakahatMunakahat ialah undang undang perkawinan atau akad yang menghalalkan pergaulan antara seorang laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya untuk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga dan menyelesaikan pertikaian yang mungkin terjadi antara keduanya. Pada dasarnya pernikahan itu diperintahkan oleh agama sesuai dengan ayat dibawah ini: Maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil maka kawinilah satu saja (an-Nisa 3)JinayatJinayat ialah perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama dan dapat menimbulkan hukuman demi untuk menjaga harta, jiwa serta hak azasi manusia.Keseluruhan hukum yang disebutkan di atas tidak hanya mengandungi makna keduniaan, tetapi juga mengandungi makna keakhiratan. Hal ini bermaksud, nilai dari sesuatu hukum tidak hanya berkait dengan hukum di dunia ini, tetapi juga hukum ukhrawi, kerana Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat, walaupun keduanya mampu dibezakan. Namun dalam perbincangan ini, kami memfokuskan kepada muamalah dalam aspek perbankan Islam.

2.0 KONSEP PERBANKAN ISLAMPerbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad). Anatar produk-produk dalam perbankan Islam ialah : 1. Wadiah (simpanan)Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya. Modus Operandi Wadiah :-1. Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan kepada anda.2. Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.3. Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.4. Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit.2. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal. Pelaksanaan Mudharabah :-1. Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan terma dalam perjanjian Mudarabah.2. Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui.3. Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.4. Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.5. Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah anda laburkan di bank.3. Bai Bithaman Ajil BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran. Cara pelaksanaan Bai Bithaman Ajil :-1. Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.2. Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.3. Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.4. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.5. Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.6. Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.4. Musyarakah (Usaha sama)Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.5. Ijarah Thumma Bai (Sewa beli)Ijarah Thumma Bai lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/ penyewaan) dan kontrak Bai (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.6. Wakalah (Agensi)Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya.7. Qard (Kontrak hutang)Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.Perbezaan antara sistem perbankan konvensional dengan sistem perbankan Islam ialah :-SISTEM PERBANKAN KONVENSIONALSISTEM PERBANKAN ISLAM

1.Dasar perniagaanBerlandaskan pemberian faedah (riba) dalam hamper semua transaksi, baik dalam pinjaman , overdraf, pajakan, sewa beli, simpanan dan kad kredit.1.Dasar perniagaanMengharamkan pemberian faedah atau ribaMengikut prinsip dan syariah islam serta mengamalkan konsep perkongsian untung dan rugi bersama

2.Peraturan dan undang-undangMenjalankan urusannya mengikut Akta Perbankan dan Institusi kewangan 1989.2.Peraturan dan undang-undangMenjalankan urusan mengikut Akta Perbankan 1983.Akta ini member kuasa kepada bank Negara Malaysia untuk mengawal selia dan memantau urusan perbankan islam supaya tidak bertentangan dengan syariah Islam.

3.PelaburanMember kebebasan melakukan pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak bercanggah dengan undang-undang3.PelaburanSemua pelaburan adalah bebas dariunsur ketidakpastian (gharar). Setiap pelaburan adalah mengikut hokum islam dan dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang telah diharamkan seperti perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tiak halal, dan sebagainya.

4.PenasihatTerdiri daripada mereka yang pakar dalam urusan perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan maksimum4.PenasihatTerdiri daripada ulama, ahli akademik, dan pakar perbankan Islam. Mereka merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah Sepusat yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan memastikan perjalanan operasi institusi perbankan Islam adalah konsisten serta sentiasa mengikut hokum syarak.

3.0 ISU-ISU DALAM PERBANKAN ISLAMISU : GHARAR DALAM PRODUK BAY BITHAMAN AL-AJIL (BBA) DALAM PEMBIAYAAN RUMAH.BBA adalah bermaksud jualan dengan harga tangguh secara bayaran ansuran. Pelanggan yang bermuamalat dengan Bank akan terikat dengan satu perjanjian atau aqad jual beli di mana pihak bank akan membeli sesuatu harta dan kemudiannya pihak bank akan menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Pihak pelanggan akan membayar harga harta tersebut secara ansuran selama mana mengikut terma yang dipersetujui. Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 275 : Maksudnya : Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.Dalam ayat ini, Allah telah mengahalalkan jual beli dan mengaharamkan riba. Syarat BBA telah mengahramkan riba dalam jual beli. Pihak bank telah mengunakan konsepp untung rugi dalam proses jual bei. Namun terdapat isu yang timbul dalam perjanjian ini. Dianggarkan ramai pembeli rumah yang menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai telah mendapat pembiayaan daripada institusi yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam melalui pembiayaan perumahan al-Bai' Bithaman Ajil. Malangnya ramai pembeli yang menggunakan pembiayaan tersebut tidak tahu akan hak mereka sebagai pembeli rumah dan secara langsung tidak jelas akan pelaksanaannya (Utusan Malaysia, 30 Jun 2006). Antara isu yang tmbul ialah : 1. Apakah peranan perbankan Islam apabila hartanah yang terlibat itu menjadi terbengkalai?2. Apakah pihak perbankan Islam bertanggungjawab sepenuhnya?3. Adakah BBA itu menepati undang-undang Islam yang menekankan keadilan, menjauhi gharar dan riba?BBA tidak memberi perlindungan yang sewajarnya kepada para pembeli peminjam. Terdapat banyak kes yang membuktikan perkara ini. Sekiranya projek perumahan terbengkalai, pihak perbankan Islam tidak bertanggungjawab untuk memulihkan projek tersebut, sedangkan di dalam perjanjian secara jelas, bank telah menjadi penjual. Penjual perlu bertanggungjawab bagi memastikan unit rumah yang telah dibeli oleh pembeli peminjam dapat disiapkan sepenuhnya. Apa yang jelas, sekiranya pembeli peminjam gagal untuk melunaskan ansuran bulanan, bank akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pembeli peminjam mungkir itu termasuk membankrap pembeli itu. Persoalannya adalah berikut: adakah ini adil? Menurut undang-undang Islam sesuatu transaksi itu mestilah adil, tidak berunsur riba dan tidak melibatkan gharar.Di dalam BBA terdapat unsur gharar yang dilarang oleh Islam. Gharar di sini bermaksud ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu perkara yang telah dipersetujui. Perkara penting dalam sesuatu jual beli rumah adalah unit-unit rumah yang siap sepenuhnya dan sedia diduduki serta boleh didaftarkan ke atas nama pembeli. Di dalam projek perumahan terbengkalai, jelas unit-unit rumah tidak dapat disiapkan oleh penjual (vendor) iaitu Perbankan Islam. Namun perbankan Islam meminta para pembeli peminjam tetap membayar ansuran bulanan yang telah ditetapkan. Bukankah ini merupakan suatu contoh gharar. Sepatutnya, perbankan Islam perlu memastikan unit-unit rumah itu dapat disiapkan sepenuhnya sebelum meminta pembeli peminjam membuat bayaran bulanan. Maksud siap sepenuhnya itu adalah rumah itu siap menurut kehendak undang-undang Akta Bangunan Seragam 1984, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, memperoleh Sijil Layak Menduduki atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC), bangunan itu sedia untuk diduduki dan hakmilik hartanah itu boleh didaftarkan ke atas nama pembeli.Bagi mengelakkan daripada terjatuh dalam praktis gharar, penulis berpendapat, perbankan perlu melibatkan diri dalam projek perumahan yang telah siap sepenuhnya. Bukan separuh siap. Sekiranya, perbankan Islam masih lagi mahu meneruskan praktis melibatkan projek perumahan yang masih belum siap sepenuhnya, terma-terma di dalam BBA perlu meletakkan tanggungjawab ke atas Perbankan Islam selaku pemilik rumah itu untuk memulihkan projek itu sekiranya projek tersebut menjadi terbengkalai, bukan menuding jari menyalahkan pembeli rumah. Secara alternatif, sekiranya projek itu gagal untuk dipulihkan, perbankan Islam perlu sedia untuk memulangkan kembali segala wang yang telah dibayar pembeli. Secara tidak langsung ini memberi keadilan kepada para pembeli dan meletakkan kedudukan di mana Perbankan Islam adalah suatu sistem perbankan yang boleh dipercayai dan adil.

ISU : PINJAMAN WANG MELALUI PERBANKAN ISLAM

Pada masa kini, mata wang merupakan satu alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Wang dan ekonomi tidak dapat dipisahkan lagi dek perubahan dan perkembangan teknologi pesat yang melibatkan seluruh dunia. Wang secara amnya ialah merujuk kepada apa sahaja yang diterima umum sebagai alat pertukaran barangan atau sebagai alat bayaran tertanguh dan untuk diterima umum. Selain itu, wang mestilah mempunyai nilai yang stabil dan kuasa beli yang tetap untuk memberi keyakinan kepada orang ramai. Pada hari ini, keperluan manusia semakin meningkat mengikut pembangunan semasa yang mana kediaman, kenderaan, perniagaan dan lain-lain lagi sangat diperlukan. Bagi memenuhi keperluan ini, perkara utama yang perlu dilihat ialah kekuatan kewangan yang ada pada seseorang. Realitinya kebanyakan orang tidak memiliki wang yang mencukupi bagi mendapatkan keperluan-keperluan tersebut. Oleh itu, pihak bank menyediakan perkhidmatan pinjaman kewangan bagi membolehkan keperluan tadi dipenuhi oleh orang ramai.Namun begitu, ramai yang terkeliru apabila menyebut pinjaman secara Islam dengan merujuk kepada produk-produk yang ditawarkan oleh bank-bank Islam. Hakikatnya, mereka semua silap, kerana produk bank Islam yang berasaskan pinjaman hampir tiada. Ini adalah kerana sesebuah 'pinjaman' Islam tidak boleh sama sekali dijadikan sebagai medium untuk meraih sebarang keuntungan. Pinjaman tidak lain hanya satu jenis kontrak belas ihsan, untuk menolong mereka yang susah secara percuma sahaja. Hasil dari itu, Allah swt menjanjikan mereka yang memberikan pinjaman tanpa sebarang caj dengan gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda.Oleh kerana sifat dan fungsi sebuah bank berbeza dengan sebuah syarikat jualan biasa, pihak bank cuba mengadaptasikan beberapa konsep akad jual beli bagi menyesuaikannya dengan sifat sebuah bank di zaman moden ini. Sebuah bank pada asasnya berfungsi sebagai pemberi pinjaman, itu adalah dalam konteks sebuah bank riba, maka fungsi itu terpaksa ditukar kepada bank Islam sebagai pembiaya yang juga bersifat sebagai 'trader', iaitu penjual dan pembeli.Untuk mengubah sifat asal fungsi sebuah bank dari pemberi pinjam kepada pembiaya dan penjual serta pembeli, bank Islam menghadapi banyak cabaran berdasarkan undang-undang setempat. Adakalanya halangan undang-undang setempat boleh menjadikan sebuah bank Islam gagal untuk berfungsi secara seratus peratus menepati Shariah. Bukan kerana mereka sengaja untuk ingkar dan culas, tetapi terpaksa tunduk dek undang-undang setempat yang enggan diubah oleh pembuat undang-undang. Usaha mendesak masih berterusan tetapi tentunya tidak wajar diletakkan ancaman dan kecaman kepada bank-bank Islam. Jika ingin mengecam, pastinya anda faham siapa yang patut ditujukan kecaman.Antara salah satu cara yang cuba diguna pakai oleh sebuah bank Islam bagi menjalankan fungsinya sebagai pembiaya dan jugatrader ialah dengan memperkenalkan konsep jualan secara Murabahah. Bagi mengadun kontrakMurabahahagar ia dapat disesuaikan dengan peranan asas sebuah bank iaitu sebagai pembiaya,financieratau orang tengah(intermediaries)yangpada hakikatnya tetapi ingin bertransaksi seperti syarikat peniaga(trader), beberapa jenis pengadunan kontrakMurabahahtelah dibuat bagi tujuan itu. Ia seperti berikut :i. Produk pembiyaan aset atau modal(Financing): Murabahahantara tiga pihak(Tri-partied Murabahah )ii. Produk Perbendaharaan(treasury):KomoditiMurabahahiii. Produk pasaran modal(capital market):TerbitanSukukMurabahah

Demikian merupakan tiga contoh produk utama yang menggunakan konsepMurabahahdalam tiga sektor utama perbankan. Salah satunya ialah MurabahahLil Amir Bishirayang didefinisikan sebagai jualanMurabahahbagi individu yang berjanji untuk membeli atau Murabahah to the purchase orderer, ia adalah satu bentuk permintaan satu pihak (pelanggan) kepada satu pihak lain yang mempunyai wang (bank) untuk membeli satu satu aset yang diingini pelanggan dengan pihak pelanggan berjanji akan membelinya dari pihak yang pembeli awal (bank) dengan harga yang lebih tinggi dari pembelian pertama. Contoh pembiayaan aset sepertikereta, rumah, kapal terbang, alatan mesin untuk kegunaan kilang, bangunan, tanah, hak cipta, hak pemilikan saham dan lain-lain aset yang bersifattangibledanintangible.

Majoriti ulama mengharuskan pembelian dalam bentuk ini dengan beberapa syarat yang mesti dijaga. Selain syarat-syaratMurabahahyang biasa, kontrak Murabahahantara tiga pihak ini punyai beberapa syarat tambahanyang mana tanpanya jual beli ini dikira batal dan haram.

1. Jualan ini apabila berlaku ke atas satu aset, diwajibkan pihak pembeli (bank) untuk memiliknya dengan pemilikan sah menurut hukum syarak. Selagi mana pihak yang diminta (bank) menanggung tanggungjawab dan risiko jika aset rosak sebelum dijual (serahan) kepada pelanggan.2. Janji yang diberikan oleh peminta (pelanggan) kepada yang diminta ( bank), janji ini bersifat mengikat (mulzim) ke atas yang memberi janji dari sudut agama kecuali jika terdapat keuzuran sebenar3. Kedua pihak saling berjanji iaitu janji yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak (pihak peminta janji akan beli dan yang diminta janji akan jual), ia adalah harus dengan syarat kedua pihak bebas dan boleh memilih (sama ada untuk meneruskan atau membatalkan), jika kedua belah pihak terikat dan tidak boleh membatalkan janji mereka, tatkala itu janji kedua belah pihak menjadi tidak harus (kontrak batal dan haram), kerana saling berjanji untuk membeli dan menjual adalah sama seperti kontrak jual beli, yang ketika itu memerlukan penjual telah memiliki aset, agar mereka tidak jatuh ke dalam larangan menjual sesuatu sebelum memilikinya.

Kesimpulannya, jual beli secaramurabahahini boleh dan halal dilaksanakan oleh bank-bank Islam dengan syarat-syarat khusus yang disebutkan. Maka di sini dapat dilihat dengan jelas bahawasanya, sekalipun sistem ini berasaskan konvensional yang dicipta oleh yahudi, namum cendikiawan islam meletakkan garis panduan bagi mengislamisasikan sistem yang telah pun menguasai seluruh dunia ini.

ISU : RIBA DALAM PERBANKAN ISLAM?Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam atau juga dikenali sebagai undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas yang menguasai perbankan Islam ialah saling berkongsi risiko dan keuntungan antara kedua-dua pihak, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga yang dijalankan itu adalah berdasarkan aktiviti perniagaan atau aset asas.Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan, menjana perniagaan dan perdagangan serta menghasilkan pembangunan kemasyarakatan atau manfaat. Aktiviti yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang.Perbezaan antara perbankan Islam dan konvensional dapat dilihat daripada aspek konsep perbankan dan operasinya. Antara perbezaan tersebut ialah:-1. Pertama : Dalam perbankan Islam, segala aktiviti adalah berdasarkan system muamalat Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan para ulama. Manakala di perbankan konvensional, aktivitinya bersumberkan kepada sistem ekonomi riba. Perbezaan ini dapat dilihat secara jelas dengan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah di kebanyakan bank yang menawarkan perkhidmatan sistem perbankan Islam. Keahlian Jawatankuasa Syariah ini terdiri daripada ulama dan pakar-pakar kewangan Islam. Mereka berperanan untuk memastikan sistem yang dilaksanakan selari dengan syariat Islam. 2. Kedua : Perbankan Islam menjalankan konsep jual-beli dalam mendapatkan keuntungan, yang mana keuntungan tersebut adalah hasil dari perniagaan jual-beli yang dijalankan. Manakala perbankan konvensional adalah dengan menggunakan konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam menjalankan perniagaan mereka. Hasilnya, mereka mendapat riba atau tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman yang diberikan dan sumber-sumber lain yang diharamkan oleh syarak. 3. Ketiga : Antara aktiviti-aktiviti perbankan Islam yang berlandaskan kontrak-kontrak perniagaan yang dibenarkan yang dibenarkan oleh Islam adalah seperti Al-Mudharabah, Al-Musyarakah, Al-Bai bi al-Tsaman, Al-Ijarah dan banyak lagi. Di mana kontrak-kontrak perniagaan ini adalah berperanan sebagai pilihan kepada sistem pinjaman riba yang dijalankan di bank-bank konvensional. Tambahan lagi, kontrak ini telah disahkan halal oleh Badan Pemantauan Syariah Bank Negara Malaysia dan Badan Pemantauan Syariah di bank-bank Islam berkenaan sebelum produk-produk tersebut di pasarkan. 4. Keempat : Dari sudut hubungan dengan para pelanggan, bank konvensional hanya terhad kepada hubungan antara penghutang dan pemiutang sahaja. Namun dalam perbankan Islam, hubungan dengan para pelanggan adalah di antara penjual dan pembeli, serta bertindak selaku pengurus projek ataupun ahli kewangan yang bergiat di dalam pengumpulan wang atau amanah yang berdasarkan kepada perkongsisan atau rugi. 5. Kelima : Selain menjalankan aktiviti perniagaan dan menunaikan zakat, menjadi tanggungjawab kepada perbankan Islam melaksanakan program-program kebajikan dan menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada masyarakat. Ini telah dizahirkan melalui program-program seperti bantuan kepada rumah-rumah kebajikan, keluarga miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan saudara baru. Di samping itu, sumbangan dan bantuan kemanusiaan juga disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti gempa bumi, banjir kilat dan tsunami. Ini semua adalah hasil daripada keuntungan yang diperolehi melalui perniagaan yang dijalankan. Bagi sesetengah kes pula, pihak bank sanggup menggugurkan tuntutan terhadap baki hutang pelanggan yang telah ditimpa musibah sebagai contohnya pelanggan yang mengalami masalah hilang upaya kekal atau meninggal dunia.Aspek lain yang membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional adalah melalui produk-produk yang dipasarkan. Antaranya ialah:- 1. Pertama : Dalam akaun simpanan biasa, perbankan Islam mengenengahkan kontrak simpanan Wadiah, iaitu simpanan dengan jaminan. Bank sebagai pemegang simpanan akan menggunakan wang tersebut bagi tujuan tertentu dan menjamin simpanan wang yang diletakkan oleh pelanggan tanpa ada penambahan atau pengurangan. Ini adalah kerana di dalam Islam janji pulangan di dalam akaun simpanan ini adalah riba. Berbeza di dalam akaun simpanan bank konvensional, setiap pemegang akaun dijanjikan pulangan tertentu untuk simpanan yang dibuat. Akibatnya, pemegang akaun simpanan, disogok dan dikaburi dengan pulangan riba pada setiap akaun mereka. 2. Kedua : Dalam kontrak pelaburan, perbankan Islam menggunakan konsep perkongsian keuntungan dan risiko yang sebenar dan tidak membebankan kedua-dua pihak atau salah satu pihak. Sebagai contoh, dalam konsep Al-Mudharabah (pelaburan Islam), pelanggan sebagai pelabur dan bank sebagai pengusaha berkongsi keuntungan ketika mendapat keuntungan, manakala kerugian akan ditanggung oleh pelabur. Ini bertepatan dengan kaedah feqah yang bermaksud setiap pulangan adalah dengan risiko. Perkongsian untung dan risiko secara sebenar ini adalah adil dan tidak membebankan mana-mana pihak yang terlibat. Berbeza dengan pelaburan konvensional yang memberikan pulangan tetap dijanjikan diawal kontrak, yang mana pelaburan ini tidak melibatkan perkongsian sebenar di antara pihak terlibat. Pulangan tetap yang dijanjikan diawal kontrak pelaburan adalah riba dan haram dalam Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan riba? Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai jenis-jenis riba yang berlegar dalam sistem muamalat terutama perbankan konvensional. Antaranya adalah :-Dibahagikan kepada dua iaitu :-1. Riba Ad-Duyun (Muncul dari Hutang) : Iaitu kadar lebihan faedah (riba) yang terhasil disebabkan tempoh. Ia pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu :- Riba al-Qardh : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih dari jumlah pinjaman pokok yangmana ianya telah disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam. Riba al-Jahiliyyah : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang telah dipersetujui. Akibatnya si pemberi pinjam akan mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh pembyaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan.2. Riba al-Buyu' (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) : Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua jenis iaitu :- Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa). Contohnya :-5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh. Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh. Ia adalah termasuk di dalam Riba An-Nasak. Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti). Contohnya : Menukar 5 gram emas (jenis 916) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.Unsur-unsur riba yang terdapat dalam sistem perbankan secara amnya adalah seperti berikut :-1. Riba dalam pinjaman. Apabila seorang pelanggan datang ke sebuah Bank Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan yang tidak menawarkan produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk :- Membeli kereta ( Car Loan ) Membeli rumah ( Home Loan ) Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft ) Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan ) Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )Ketika itu, proses pinjam meminjam di antara kedua-dua pihak akan dibuat. Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini, iaitu permintaan si pelanggan B, Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B, tetapi Bank menetapkan bunga atau faedah atau interest sebanyak 8% daripada jumlah pinjaman itu (RM 8,000) di bawah nama interest bagi membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan. 8% itulah yang dinamakan riba ad-Duyun jenis al-Qard .1. Riba dalam Akaun simpanan dan pelaburan. Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :- Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account). Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).2. Riba dalam Kad Kredit3. Riba Dalam Insuran Konvensional4. Riba yang berlaku dalam jual beli barang kemas (emas) dengan secara ansuranDi Malaysia, amalan perbankan Islam berjalan dengan baik di peringkat perbincangan oleh Majlis Penasihat Shariah dan kelulusan sesuatu konsep dalam produk perbankan itu, tetapi berlaku kebimbangan iaitu implementasi dan pemantauan di kalangan pengamal perbankan. Ini adalah kerana tidak ramai anatara mereka yang memahami, justeru, kesilapan boleh dan amat mudah boleh berlaku akibat ketidakfahaman.Sebagai contoh, kesilapan dalam menerangkan tentang sesuatu konsep Perbankan Islam kepada pelanggan. Kesilapan dalam tertib atau aturan menandatangani kontrak,kesilapan dalam menggunakan aset yang ingin ditransaksikan, iaitu apabila satu-satu aset digunakan untuk berpuluh-puluh kali teransaksi BBA sebagai contoh dan banyak lagi yang sukar untuk difahami oleh orang awam. Malah kebanyakan ahli perbankan Islam juga tidak memahaminya dan ia memerlukan penerangan yang panjang.Fakta terpenting yang perlu di fahami oleh adalah, sistem perbankan Islam telah merubah perspektif hubungan antara pengguna atau penyimpan dengan bank. Hubungan di antara pelanggan dan bank menurut bank konvensional adalah atas kontrak pinjaman wangdengan bayaran faedah dikenakan atas jumlah pokok, ia mestilah di bayar oleh peminjam kepada Bank. Manakala bank-bank Islam telah menukar habis hubungan tidak sihat itu kepada hubungan perkongsian (Musyarakah atau Mudarabah), atau penjual (Bank) dan pembeli (pelanggan). Unsur komitmen yang lahir atas hubungan ini pastinya akan merangsang dan memberi kesan prestasi yang memberangsang terhadap output perniagaan bank Islam dan ekonomi masyarakat.Prinsip perkongsian yang digunakan dalam produk-produk pembiayaan juga dapat menawarkan kepada pelanggan jumlah untung hasil perkongisan dengan bank Islam. Tambahan pula, apabila klien mengalami kerugian, pihak bank Islam turut menanggung kerugian berdasarkan persetujuan perkongsian tersebut. Dalam tatacara ini, pembiayaan dihubungkan kepada proses produksi dan pertukaran bahan mentah dan aset.Seiringan dengan ini juga, bank islam turut menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang dipraktiskan secara langsung dan tidak langsung di dalam proses membuat keputusan yang berkaitan pelanggan.Justeru itu, perlaksanaan akhlak sebagai satu cabang Shariah yang penting berjaya dipatuhi.Seperti yang dimaklumkan bahawa riba sememangnya di amalkan secara berleluasa dalam perbankan konvensional, pinjaman Along dan juga dalam semua institusi kewangan yang tidak mempunyai majlis penasihat Shariah. Setakat ini mereka telah mengubah semua kontrak atau aqad yang digunakan agar riba dapat dijauhi. Majlis penasihat Shariah di bank-bank ini berfungsi besar bagi memastikan tanda halal' yang ada pada bank islam itu, benar atau tidak. Justeru, kesimpulan ringkas yang boleh dibuat adalah, tiada Riba di perbankan Islam. Bagaimanapun, riba masih boleh wujud secara senyap-senyap atau terangan di perbankan islam jika majlis penasihat Shariah dan pegawai Shariah di bank lalai dari tugasan mereka. Ataupun, ia boleh juga terjadi jika pihak pengurusan tidak peka dan mengabaikan nasihat penasihat Shariah.Kesimpulannya, perlaksanaan perbankan Islam dapat dijalankan dengan sempurna sekiranya prinsip-prinsip shariah yang diadakan dapat dilaksanakan dengan baik dan boleh mengelakkan amalan riba berlaku secara tanpa sedar.

4.0 RUJUKANAbd Latif Muda, R. A. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.Abd Latif Muda, R. A. (1997). Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.Dr. Mustofa Al-Khin, D. M.-B.-S. (2011). Kitab Fikah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.Finance, I. I. (2011). Pengenalan Kewangan Islam di Malaysia. Retrieved October 5, 2014, from Pengenalan Kewangan Islam di Malaysia Web site: http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenai-perbankan-islam/pengenalan-kewangan-islam-di-malaysiaInfo, I. F. (2011). Konsep Syariah dalam Perbankan Islam. Retrieved October 5, 2014, from Konsep Syariah dalam Perbankan Islam Web Site: http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenai-perbankan-islam/konsep-syariah-dalam-perbankan-islamNazir. (2011, January 21). Perbandingan Sistem Perbankan Islam dan Konvesional. Retrieved October 5, 2014, from Perbandingan Sistem Perbankan Islam dan Konvesional Web site: http://masjidbatubelah.blogspot.com/2011/01/perbandingan-sistem-perbankan-islam-dan.htmlRahman, Z. A. (2006, December 14). Riba Masih dalam Perbankan Islam? Retrieved October 5, 2014, from Riba Masih dalam Perbankan Islam? Web site: http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/216-riba-di-perbankan-islam--interview-majalah-cermin-dis-2006.html#Dirujuk pada 27 September 2014 di laman http://rowiyah.blogspot.com/2010/03/apa-itu-wang.htmlDirujuk pada 27 September 2014 di laman http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/829-fahamilah--tiada-pinjaman-secara-islam-di-bank-islam.html

5.0 REFLEKSIMUHAMMAD FAIEZZULLAH BIN SHAARI (910816 10 5669)Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pengajian Fiqh, Ustaz Zuku b. Md Hashim diatas tunjuk ajar dan bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini.Setelah diberi taklimat untuk tugasan ini, kami mendapat tajuk tajuk perbankan Islam. Saya kira tajuk ini adalah tajuk yang cukup luas. saya membahagikan tajuk tugasan kumpulan supaya ahli kumpulan bersedia mencari bahan masing-masing. Pelbagai sumber bahan dan rujukan saya cari untuk menyediakan tugasan yang diberi. Maklumat yang banayk diperoleh kebanayakn dari suber internet disebabkan tajuk muamalat perbankan Islam adalah tajuk kontemporari. Ia sentiasa berubah mengikut keadan ekonomi selagi tidak melanggar dasar yang ditetapkan oleh para ulamak.Kelebihan tugasan ini membuatkan saya perlu banayk membaca kerana sya tiada pengetahuan dalam bab ekonomi. Jadi pelbagai istilah baru yang saya jumpa dalam mempelajari tajuk perbankan Islam. Dari sini jga saya dapat mengetahui perbezaan antara perbankan Islam dan perbakan konvensional. Ini membka minda saya ntuk mencari kefhaman dalam tajuk ini. Jika kita menilk kitab-kitab yang dikarang ulamak, mereka hanya memberikan secara umum sahaja garis pandun dalam muamalat Islam. Jika hari ini kita meihat adanya satu badan yang menyelia matawang negara iaitu Bank Negara Malaysia(BNM), yang didalamnya ada satu jawatankuasa penasihat syariah yang memantau institusi perbnkan Islm di Malaysia.Kelemahan yang saya perolehi dalam tajuk ini, ita melihat banayk muamalat kita seharian tidak didasari dengan syariah Islam. Kita banyak terdedah dengan sistem konensional yang dicipta barat. Walaupun perbankan Islam telah ditubuhkan, tetapi ia masih dicampuri dengan sistem konvensional. Inilah yang menjadi titik pertikaian pengguna dalam sistem perbankan Islam. Kelemahan sistem matawang mempengaruhi urusan jual beli di bank. Ada yang mengatakan bank membuat permaianan money game dalam urusan. Sebenarnya semakin saya memahami sistem muamalat didunia ini, semakin saya tidak memahaminya kerana ia bukan bidang khusus yang saya perlu pelajari.Pengalaman baru yang saya peroleh ialah, ulama mutaakirin sedang berusaha menambah baik sistem perbankan Islam yang sekarang ini sedang berkembang di seluruh dunia. Kita perlu menjadikan sistem muamalat Islam adalah yang terbaik dan adil bagi semua pihak. Saya masih tiada pengalaman dalam proses pinjaman dalam Islam. Jadi saya banayak bertanya kepada orang yang sudah mengalaminya. Antara harapan saya adalah untuk mendalaminya bidang ini kerana hanya segelintir sahaja yang begitu arif dalam bidang ini.Akhir kata, saya mendapat bayak ilmu melalui tugasan ini dan saya akan cuba memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman saya dalam pengajian fiqh agar ilmu yang disampaikan benar benar bermanfaat. Dengan bahan yang diperoleh, insyaallah saya akan gunakannya dimasa akan datang.

MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN MOHD ZAMANI(910402 07 5535) Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Pengajian Fiqh. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai pengetahuan dalam isu semasa berkaitan perbankan islam. Hal ini kerana, secara keseluruhannya tugasan yang perlu dilaksanakan memerlukan pembacaan dan pemahaman yang jelas berkaitan isu-isu semasa yang melibatkan hukum hakam di situ selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik yang khusus dalam Pendidikan Islam, kami mestilah sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam hukum hakam berkaitan isu semasa dalam pelbagai bidang .Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan inovasi untuk sesebuah aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

SOLIHIN BIN AHMAD BAKARY (910119 08 6175)Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dapat menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran PIM 3143 Pengajian Fiqh. Sesungguhnya segala yang ingin dinukilkan adalah berkaitan dengan apa yang telah saya perolehi sepanjang perlaksanaan kerja kursus bagi mata pelajaran ini. Melalui kerja kursus ini, banyak perkara yang telah dapat diperolehi dan akan disampaikan berkaitan perolehan ilmu, pengalaman baru, kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti sepanjang tugasan atau projek ini dijalankan.Untuk perolehan ilmu, saya bersama rakan-rakan kumpulan telah dapat memperolehi beberapa ilmu yang baru khususnya yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh. Ilmu yang telah diperolehi merupakan khazanah yang tidak mungkin boleh dilupa dan diabai. Sepanjang tempoh perlaksanaan tugasan ini, saya telah memperolehi ilmu terutama berkaitan dengan tajuk Perbankan Islam yang merupakan suatu bidang atau maudu terbaru bagi saya kerana sebelum ini saya jarang sekali mengetahuinya secara lebih mendalam. Berkenaan tajuk ini, saya telah dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan perbankan Islam yang tuntasnya berpandukan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW. Maka, sudah semestinya ilmu perbankan Islam ini akan menyelamatkan manusia yang melaksanakannnya di dunia seterusnya di akhirat.Selain itu, berkenaan pengalaman baru yang telah diperolehi sepanjang perlaksanaan tugasan ini, saya telah dapat mengumpul seberapa maklumat berkenaan tugasan iaitu mengenai perbankan Islam. Pengalaman mengutip maklumat sama ada melalui buku, kitab, majalah, jurnal dan laman web sedikit sebanyak dapat mengajar saya bagaimana untuk memperoleh maklumat yang betul dan sahih. Seterusnya, antara pengalaman lain yang diperoleh adalah berkaitan dengan perciptaan inovasi yang digunapakai dalam tajuk yang dipilih. Inovasi melalui penciptaan bahan bantu mengajar bagi memberikan maklumat berkaitan tajuk yang diajar sangat penting demi kelangsungan penyampaian ilmu agar anak didik dan masyarakat dapat memahami apa yang ingin disampaikan.Seterusnya berkaitan dengan kekuatan dalam tugasan yang dilaksanakan, saya mendapati saya telah dapat mengumpul seberapa maklumat berdasarkan rujukan iaitu melalui buku, majalah, kitab, jurnal dan laman web. Selain itu, kekuatan yang diperoleh adalah saya dapat bertukar-tukar pandagan dan idea sepanjang perlaksanaan tugasan ini. Kekuatan yang lain yang dapat diperolehi adalah saya dapat menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar untuk digunakan dalam penyampaian tajuk Perbankan Islam. Sesuatu perkara yang dilakukan pasti ada kelemahan. Tidak terkecuali dalam penulisan untuk tugasan kerja kursus ini. Antara kelemahan yang dapat diperolehi adalah saya masih kurang memahami kandungan dan konsep yang terdapat dalam tajuk Perbankan Islam. Oleh itu, kadang-kadang saya berasa keliru untuk mengeluarkan pendapat dalam menghasilkan sebuah penulisan esei berkaitan tajuk ini. Selain itu, kelemahan yang telah dapat dikenalpasti adalah berkaitan keseragaman untuk mengkolaborasi segala maklumat dan rujukan yang diperleh bagi tujuan. Kadangkala saya berasa serabut untuk memilih mana-mana rujukan dan maklumat yang telah diperolehi. Sebagai kesimpulan, dengan penghasilan kerja kursus ini dapat memberikan seberapa banyak informasi berkenaan persoalan semasa yang terkandung dalam tajuk-tajuk bidang pengajian Fiqh terutama berkaitan Perbankan Islam. Semoga dengan terhasilnya kerja kursus ini dapatlah memberikan manfaat kepada umat Islam khususnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan ilmu-ilmu Fiqh yang meliputi segala aspek kehidupan manusia sama ada melalui bidang muamalat, munakahat, jenayah dan lain-lain lagi. Sesungguhnya ilmu yang diturunkan melalui wahyu Allah SWT dan disampaikan melalui sunnah Rasulullah SAW adalah ilmu yang berguna dan bernilai serta bermanfaat kepada seluruh manusia di dunia seterusnya di akhirat kelak.

1