22
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011 MUDUL UMUM BIL. 1 2011 Tajuk Tugasan Rekod merupakan satu dokumen yang sangat penting dan perlu diberi perhatian agar tidak mengalami kerosakan atau kemusnahan.Ketua Jabatan perlulah mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara, Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan “Rekod Kerajaan”. Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memeihara rekod di dalam jagaan mereka. TUGASAN INDIVIDU

Assignment KISSM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Tajuk Tugasan

Rekod merupakan satu dokumen yang sangat penting dan perlu diberi

perhatian agar tidak mengalami kerosakan atau kemusnahan.Ketua Jabatan

perlulah mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib

Negara,

Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan “Rekod Kerajaan”.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk

memeihara rekod di dalam jagaan mereka.

TUGASAN INDIVIDU

Page 2: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Pendahuluan

Semenjak Malaysia merdeka dari tahun 1967 hingga sekarang, berbagai

pendekatan dan kaedah diadakan bagi memantapkan perkhidmatan agensi-agensi

kerajaan.Pendekatan-pendekatan yang dibuat adalah bagi memperbaiki urus tadbir

sektor perkhidmatan awam agar seiring dengan perkembangan semasa, terkini dan

dapat memenuhi inspirasi kerajaan.

Kerajaan memberi penekanan yang utama terhadap kecekapan jabatan/ agensi

kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Keupayaan sesebuah

jabatan/agensi dalam menyampaikan perkhidmatan, membuat keputusan dan

melaksanakan transaksi yang berkualiti adalah bergantung kepada sejauh mana

maklumat yang diperlukan dapat diwujud, disimpan, dicapai serta digunakan.

Kebanyakan daripada maklumat yang dihasilkan adalah terkandung di dalam rekod

yang diselenggarakan oleh sesebuah jabatan/agensi.

Di samping itu, kerajaan juga memberi penekanan kepada integriti perkhidmatan

awam. Teras kepada integriti adalah akauntabiliti dan ketelusan perkhidmatan awam.

Integriti hanya dapat dizahirkan melalui rekod yang lengkap, sahih, mudah dicapai dan

boleh digunakan. Kepentingan maklumat dan rekod sememangnya difahami oleh

jabatan/ agensi namun, masih terdapat kelemahan dari segi mendapatkan maklumat

dan rekod yang lengkap yang diperlukan semasa membuat kajian, perancangan,

pelaksanaan, pemantauan dan lebih malang lagi dalam membuat sesuatu keputusan.

Oleh yang demikian, rekod yang merupakan sumber maklumat dan dokumen bukti

kepada urusan rasmi kerajaan hendaklah diuruskan dengan cekap dan teratur.

Page 3: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Sehubungan dengan ini, prinsip dan teras yang ditetapkan dalam Dasar Pengurusan

Rekod Kerajaan ini perlulah dipatuhi oleh setiap jabatan/ agensi kerajaan.

Definasi Rekod Kerajaan

Mengikut kamus dewan edisi keempat, “rekod” bermaksud “1. catatan yg dibuat

untuk ingatan atau rujukan, keterangan yang tercatat: memberi ~ yang lebih

lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan

mengenai pelajaran (pekerjaan); 2. butir-butir mengenai latar belakang peribadi

seseorang: ia mempunyai ~ yang baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja;”

Rekod juga memberi pengertian seperti berikut, transaksi rasmi.” “Maklumat

yang diwujud, diterima dan diselenggara sebagai bukti oleh sesebuah organisasi

atau orang perseorangan bagi memenuhi kehendak undang-undang serta semasa

melaksanakan transaksi rasmi.

(Malaysia Standard 2223-1:2009)

Manakala “kerajaan” pula membawa maksud “satu negeri atau negara yang

mempunyai raja sebagai kepala pemerintahannya. 2 Pemerintahan atau

pemerintah sesebuah negara. 3 Naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan

sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yang anggota kabinetnya terdiri

daripada berbagai-bagai parti (bukan dari pada satu parti politik). ~ pusat

pemerintahan yang bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri

atau bahagian).”

Page 4: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Apabila dikaitkan antara rekod dengan kerajaan ianya menjadi satu istilah yang

membawa maksud satu dokumen rasmi sesebuah kerajaan yang memerintah.

Mengikut Akta Arkib Negara Malaysia 2003 (Akta 629), Rekod Kerajaan bermaksud,”

Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau

peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat dan termasuklah kertas,

dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan,gambar foto, mikro

filem, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik oleh mana-mana

pegawai awam di dalam menjalankan tugas rasmi jabatan tanpa mengira bentuk

atau ciri-ciri fizikal dan apap-apa salinannya.” Dengan kata lain rekod kerajaan merangkumi apa sahaja maklumat yang

tercatat atau yang direkodkan (recorded information) berhubung dengan semua tugas

atau kerja harian jabatan. Ketua jabatan bertanggungjawab melakukan kajian semula

setiap tahun (Surat Pekeliling Am 1/97 – Ketua Jabatan bertanggungjawab melakukan

Kajian Semula setiap tahun bagi menyenarai pindahkan semua rekod yang berusia 5

tahun dari tarikh ianya ditutup). Rekod Kerajaan juga tidak boleh dimusnahkan tanpa

kebenaran Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Page 5: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Objektif

Dasar Pengurusan Rekod Kerajaan adalah untuk mencapai objektif berikut:

a) Menetapkan prinsip dan hala tuju pengurusan rekod di kementerian, jabatan

dan agensi kerajaan.

b) Menetapkan tanggungjawab ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan

melaksanakan teras pengurusan rekod.

c) Memastikan rekod kerajaan diurus dengan cekap dan teratur selaras dengan

peruntukan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.

Usaha-Usaha dalam Memelihara Rekod

Pihak yang bertanggungjawab perlu memelihara rekod dalam jagaan mereka

dengan sebaik mungkin. Terdapat beberapa arahan dan surat pekeliling yang perlu

dipatuhi oleh pemegang rekod kerajaan dalam menguruskan rekod. Antaranya;

Akta 629 Arkib Negara 2003.

Surat Pekeliling Am Bil 1/1970.

Surat Pekeliling Am Bil 23 Tahun 1972.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 10 Tahun 1984.

Arahan Perbendaharaan 156

Arahan Perbendaharaan 299

Arahan Perkhidmatan Bab 5

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 9 Tahun 1986.

Page 6: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Surat Kementerian Kewangan 3 November 1993.

Akta 629 Arkib Negara 2003.

Surat Pekeliling Am Bil 1/1970.

Surat Pekeliling Am Bil 23 Tahun 1972.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 10 Tahun 1984.

Arahan Perbendaharaan 156.

Arahan Perbendaharaan 299.

Arahan Perkhidmatan Bab 5.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 9 Tahun 1986.

Surat Kementerian Kewangan 3 November 1993.

Pemeliharaan rekod kerajaan adalah amat penting. Mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 1

Tahun 1997 berkenaan Peraturan Pemeliharaan Rekod-rekod Kerajaan, perkara-

perkara berikut perlulah diambil kira dalam pengurusan sesuatu rekod

kerajaan.Antaranya;

Penyenaraian rekod-rekod berumur 5 tahun.

Pemindahan rekod-rekod terperingkat.

Pemusnahan Rekod Kewangan.

Penyelarasan di peringkat agensi.

Pemusnahan rekod.

Penyelidikan rekod.

Rujukan kembali rekod.

Mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 692) iaitu yang berkaitan dengan kawalan dan

larangan berkenaan rekod, maka sesuatu rekod itu;

Page 7: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Tidak boleh dimusnahkan atau benarkan pemusnahan mana-mana rekod awam

yang dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.

Jika berniat, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah dalam borang yang

ditetapkan dengan menyatakan sifat rekod awam tersebut.

Kebenaran pemusnahan sesuatu rekod hanya dengan kebenaran Ketua

Pengarah Arkib Negara.

KESALAHAN : Mana-mana pelanggaran akta ini membolehkan seseorang itu

didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-

duanya.

Page 8: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

PEMELIHARAAN REKOD

Apa itu pemeliharaan rekod?

Pemeliharaan rekod bermaksud penjagaan dan pengendalian rekod dengan baik bagi

mengelakkan rekod daripada sebarang kerosakan fizikal. Pemuliharaan rekod adalah

bermaksud proses baik pulih rekod terhadap rekod yang telah rosak agar segala

maklumat yang terkandung didalamnya dapat dipelihara.

(Panduan Pengurusan Pejabat bil 5/ 2007)

Kenapa Rekod Perlu Dipelihara?

1. Rekod-rekod yang diwujudkan oleh Jabatan Kerajaan yang mempunyai nilai-nilai

kekal dan sejarah merupakan warisan negara. Rekod-rekod ini amat penting sebagai

bahan bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan oleh Kerajaan, penyelidik dan

generasi akan datang.

2. Rekod-rekod mudah dirosakkan oleh agen-agen perosak jika ianya tidak

dipelihara dengan cermat dan akan ini membawa kerugian kepada negara.

3. Rekod-rekod juga merupakan satu element keselamatan kerajaan. Pendedahan

kepada pihak yang berkepentingan akan memudaratkan pentadbiran negara. Justeru

itu rekod kerajaan perlulah sentiasa dijaga dan dipelihara.

Pemeliharaan rekod boleh kita bahagikan kepada empat komponen utama,iaitu;

1. Kaedah penyimpanan rekod

2. Musuh-musuh rekod

Page 9: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

3. Cara-cara mengendalikan rekod dengan betul

4. Tanggungjawab penjawat awam dalam pemeliharaan rekod

1. Kaedah penyimpanan rekod

Kaedah penyimpanan rekod bermaksud satu kaedah dalam menyusun dan

mengesan rekod. Ianya melibatkan satu sistem yang sistematik bagi membolehkan

rekod diakses dengan cepat dan tepat pada waktu yang dikehendaki. 2. Musuh-musuh rekod.

Musuh-musuh rekod adalah semua agen perosak yang disebabkan oleh faktor-faktor

fizikal, biologikal, kimiawi dan manusia.

a) Faktor Fizikal

1) Tempat Simpanan.

Tempat simpanan yang tidak sempurna adalah merupakan salah satu agen perosak

rekod seperti bangunan yang diperbuat dari kayu dan mudah terbakar, dimasukki

air, serangga serta juga tidak mempunyai sistem peredaran udara yang baik dan

sistem penyimpanan yang tidak teratur.

2) Cahaya, Suhu dan Kelembapan.

Rekod-rekod yang sering terdedah kepada cahaya dan mudah rosak, pecah dan

bertukar warna manakala suhu yang terlalu tinggi menyebabkan rekod mudah

berkedut dan hancur. Kelembapan bandingan (relative humidity) yang tinggi pula

menggalakkan pertumbuhan cendawan dan kulat pada rekod-rekod tersebut.

3) Habuk.

Habuk yang terkumpul di tempat simpanan rekod di mana kelembapan

bandingannya tinggi akan menggalakkan pertumbuhan cendawan dan kulat.

Page 10: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Butiran-butiran halus dan tajam pada habuk merosakkan kertas dan rekod yang lain

terutama sekali mikrofilem dan pita magnetik. Habuk juga mengandungi bakteria

yang merbahaya kepada manusia.

4) Bencana Alam.

Banjir, peperangan, kebakaran, gempa bumi dan bencana-bencana alam yang lain

adalah juga merupakan agen-agen perosak rekod.

b) Faktor Biologikal

Terdiri daripada binatang/serangga perosak seperti tikus, anai-anai, lipas, gegat dan

binatang-binatang perosak yang lain. Ia akan menyerang rekod-rekod yang disimpan

di tempat simpanan yang tidak terurus, lembap, sesak dan kotor. Kulat dan

cendawan juga merupakan agen perosak rekod.

c) Faktor Kimia

Rekod-rekod yang diwujudkan merupakan bahan-bahan kimia umpamanya kertas yang

mengandungi asid semasa proses pembuatannya. Begitu juga dakwat dan bahan-

bahan kimia lain yang digunakan ke atas rekod-rekod daripada jenis-jenis yang

berlainan. Sekiranya rekod-rekod ini tidak dipelihara dengan sempurna, bahan-bahan

kimia di dalamnya akan bertindakbalas dengan alam sekitar dan akan merosakkan

rekod.Pencemaran udara terutamanya yang berpunca daripada asap kilang-kilang

perindustrian dan kenderaan, di dalam jangkamasa panjang akan mendatangkan kesan

buruk ke atas rekod.

d) Faktor Manusia

Manusia adalah perosak utama kerana kebanyakan kerosakan ke atas rekod adalah

berpunca daripada kelalaian manusia menguruskannya. Ia Boleh terjadi apabila rekod-

Page 11: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

rekod dikendalikan dengan kasar, tidak disimpan dengan baik dan tidak dipelihara

dengan selamat.

Cara-cara Pemeliharaan Rekod

Rekod-rekod kerajaan mestilah disimpan di satu tempat yang selamat.Tempat

simpanan rekod mestilah terdiri daripada bangunan yang mempunyai bilik-bilik yang

sesuai dan selamat serta mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

1. Bilik rekod tidak boleh dibina di tingkat bawah bangunan (basement).

Kedudukannya hendaklah di atas paras banjir dan tidak ada saluran air yang

merintangi tempat simpanan rekod untuk mengelakkan sebarang kebocoran dan

banjir. Rekod-rekod juga tidak boleh disimpan di atas lantai bilik. Pemeriksaan

berkala ke atas saluran paip, penyembur air automatik dan struktur atap dan

bumbung perlulah dilakukan. Lokasi Bilik Rekod juga mestilah tidak berdekatan

dengan tandas atau kantin.Bagi mengatasi masalah serangga, bilik rekod dibina

di atas concrete piers atau “slab of concrete at ground level.”

Page 12: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

(Tempat simpanan rekod yang tidak berpusat)

(Rekod-rekod yang disimpan tidak terurus)

( Bilik rekod yang terlalu padat)

Page 13: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

2. Bahan-bahan binaan yang digunakan mestilaha kukuh, bermutu tinggi, tidak

mudah terbakar dan diresapi oleh air. Bahan yang digunakan untuk membina

bilik/bangunan mestilah dapat menahan kebakaran selama 4 jam dan mestilah

mendapat pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ruang

simpanan rekod mestilah mencukupi untuk masa kini dan masa hadapan. Ianyan

juga perlu dibina dengan penggunaan bahan tidak mudah terbakar, selamat dari

sebarang gegaran dan runtuhan jika berlaku kebakaran. Lantai hendaklah

diperbuat daripada konkrit yang diliputi plastik atau epocy -type. Lapisan ini

diperlukan bagi menghindari habuk daripada berkumpul.

3. Bilik rekod juga perlu dilengkapi dengan sistem pencegahan kebakaran seperti

alat-alat pengesan asap dan haba, sistem semburan automatik, loceng amaran

kebakaran, pintu rintangan api dan sebagainya.

(Alat pengesan asap)

Page 14: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

(Sistem semburan air automatik)

(Penggera kebakaran)

Page 15: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

4. Mempunyai sistem pendawaian elektrik yang selamat. Pendawaian elektrik

hendaklah dilindungi dengan cara ditanam dan bahan mestilah berkualiti tinggi.

Lampu yang dicadangkan bagi bilik rekod ialah dari jenis fluoresent light fixtures.

5. Tempat simpanan rekod memerlukan peredaran udara yang baik dengan suhu

yang sesuai iaitu di antara 15°C - 18°C dan kelembapan bandingannya ialah

55% - 65%. Sekiranya tempat simpanan rekod tidak mempunyai alat hawa

dingin, kipas bolehlah digunakan untuk mendapatkan peredaran udara yang

sempurna. Berikut ialah suhu yang sesuai mengikut jenis rekod;

Rekod Suhu

Kertas 18 – 22° C

Gambar 15- 18 °C

Pita Video 15 – 18 °C

Filem 10 °C

Rekod Elektronik 10 °C

6. Habuk, debu dan sawang serta kotoran lain perlulah sentiasa dibersihkan.

Tempat simpanan rekod perlulah dibersihkan selalu dengan cara menggunakan

pencuci hampagas sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan cara

mengelap atau menyapu rekod tersebut. Bilik Rekod yang sentiasa dibersihkan

akan menjadikan ianya sentiasa bersih dari pada kotoran dan habuk. Pemntauan

oleh pihak yang dipertanggungjawab dalam menjaga rekod perlu sentiasa

Page 16: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

dilakukan supaya rekod-rekod dalam jagaan sentiasa dalam keadaan bersih.

Sekiranya ada kotoran maka ianya perlu dibersihkan dengan segera dan tidak

membiarkan rekod tersebut terbiar dalam keadaan kotor.

7. Rekod perlu disimpan di atas rak dan disusun kemas mengikut jenis-jenis rekod

bagi memudahkan peredaran udara dan pengesanan kembali rekod-rekod

tersebut. Rekod yang disimpan mestilah mempunyai jarak 6 inci dari permukaan

lantai. Rekod-rekod juga perlulah disimpan jangan terlalu padat. Rak-rak yang

digunakan untuk menyimpan rekod bolehlah terdiri daripada rak-rak besi atau

kayu yang kukuh.

Page 17: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

(Contoh-contoh rak kabinet besi yang sesuai untuk menyimpan rekod)

8. Rekod yang terkena air akan menjadi basah,melekat dan dakwatnya menjadi

kabur serta merosak kualiti kertas.Oleh itu rekod yang basah hendaklah

dikeringkan dengan menggunakan kipas dalam bangunan atau menggunakan

teknik pengeringan beku (freeze drying) dan tidak boleh dijemur di bawah

sinaran matahari. Rekod yang berlapuk, berkulat dan sebagainya hendaklah

dibersihkan.

9. Rekod yang koyak tidak boleh ditampal sesuka hati dan perlu menggunakan

perekat atau gam yang sesuai. Mana-mana kertas atau lampiran yang tertanggal

hendaklah dimasukkan semula ke dalam fail dengan segera.

10. Cahaya juga memainkan peranan utama dan memberik kesan keatas rekod.

Bilik rekod juga sewajarnya mempunyai tingkap yang paling minima. Ini

Page 18: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

bertujuan untuk mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki bilik rekod.

Rekod yang terdedah kepada pancaran cahaya matahari akan mudah rosak.Ini

disebabkan oleh pancaran ultra violet (UV) daripada pancaran cahaya atau

lampu. Ini boleh diatasi dengan cara-cara seperti berikut:

Memasang langsir tebal di tingkap-tingkap bilik rekod,

Dinding bilik rekod dicat dengan dengan warna putih yang

mengandungi titanium dioksida,

Lampu dipasang sekiranya ada keperluan sahaja,

Lampu yang digunakan tidak dipancarakan secara langsung keatas

rekod-rekod,

Rekod-rekod hendaklah disimpan dalam kotak.

11. Api merupakan ancaman yang paling besar bagi rekod.Bagi memlihara rekod

daripada termusnah oleh ancaman api maka langkah-langkah tersebut perlu

dilakukan, antaranya ialah seperti di perkara 3 di atas. Tambahan kepada

perkara tersebut ialah bilik rekod hendaklah di tempatkan jauh dari punca api

seperti dapur kantin, depoh minyak, stor simpanan bahan kimia. Alat pemadam

api, telefon bomba dan alat pengesan kebakaran hendaklah sentiasa berfungsi.

Bateri alat pengesan asap perlulah sentiasa diperiksa setiap enam bulan sekali

bagi memastikan alat pengesan tersebut sentiasa berfungsi. Begitu juga dengan

peralatan pemadam api perlulah sentiasa diselenggara dan dapat digunakan

apabila diperlukan.

Page 19: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

(Telefon bomba)

Page 20: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

(Hose reel)

Bilik Registri dan Bilik Rekod adalah tempat yang paling sesuai dalam memelihara

rekod-rekod kerajaan. Bilik Registri merupakan satu bilik fail atau bilik pendaftaran bagi

fail-fail jabatan atau agensi kerajaan. Ia akan menyimpan, menyelenggara dan

mengawal rekod atau fail aktif. Bilik Registri bermatlamat memastikan semua maklumat

jabatan dikendalikan dan diuruskan dengan baik. Ia juga bertujuan memberikan

perkhidmatan yang baik bagi pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. Ia juga

membekalkan maklumat rekod yang betul dalam masa yang ditetapkan.

Terdapat tiga jenis Bilik Registri iaitu, Sistem Registri Berpusat, Sistem Registri

Tidak Berpusat atau kombinasi antara kedua-dua sistem ini.

Manakala Bilik Rekod pula merupakan tempat simpanan dan mengawal rekod tidak

aktif tetapi mempunyai nilai kekal. Ianya juga berfungsi sebagai ruang simpanan

sementara bagi rekod-rekod separa aktif dan tidak aktif penggunan supaya

penggunaan, penyelenggaraan dan pengawalan ke atas rekod-rekod tersebut menjadi

lebih ekonomi dan lebih cekap. Ianya berbeza daripada Bilik Registri. Pemilihan lokasi

adalah amat penting bagi menempatkan kedua-dua bilik tersebut. Lokasi yang dipilih

mestilah satu tempat yang selamat di dalam bangunan Jabatan / Pejabat berkenaan,

mudah dihubungi, tidak menjadi tempat tumpuan umum bagi kakitangan atau orang luar

(pelanggan).

Penutup

Page 21: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Jabatan / agensi kerajaan hendaklah mewujudkan dan menyelenggara rekod

yang sahih (authentic), kebolehpercayaan (reliable), lengkap (completeness), utuh

(integrity) dan boleh digunakan (useable), semasa menjalankan tugas rasmi serta

mematuhi kehendak undang-undang dan akauntabiliti. Rekod hendaklah diurus dengan

cekap dan teratur bermula dari pewujudan, penawanan, penggunaan, pemeliharaan

hingga pelupusannya.

Berdasarkan Akta Arkib Negara 2003 dan Surat Pekeliling Am. Bil. 1/1997 iaitu

mengenai Pemeliharaan Rekod-rekod Kerajaan dan Arahan Perkhidmatan Bab 5,

jabatan-jabatan kerajaan perlu mematuhi peraturan tersebut bagi memastikan rekod-

rekod kerajaan dipelihara dengan selamat. Langkah penjagaan dan pemeliharaan ini

perlu diambil perhatian oleh setiap anggota atau kakitangan agensi kerajaan dalam

tadbir urus rekod yang kemas dan teratur. Dasar Pengurusan Rekod Kerajaan yang

menjelaskan prinsip dan teras pengurusan rekod ini hendaklah dijadikan asas bagi

pelaksanaan program dan aktiviti pengurusan rekod di jabatan/agensi kerajaan.

Page 22: Assignment KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia AZAHAR BIN MAT NAWI Modul Umum Bil. 1 2011

MU

DU

L U

MU

M B

IL.

1 2

01

1

Bahan-Bahan Rujukan:

1. Arahan Perkhidmatan: Bab 1 – Bab 8

2. http://www.arkib.gov.my/home

3. Mok Soon Sang (2010). Kursus Induksi Perkhidmatan Awam dan Kenegaraan.

Selangor: Penberbitan Multimedia Sdn. Bhd.

4. Perintah Am Bab A, B, C, D, E, F dan G.