32
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF1403SMP SENI DALAM PENDIDIKAN JANUARI 2015 PERKEMBANGAN KEUPAYAAN KANAK-KANAK UNTUK MEMBUAT PENEROKAAN DAN MEMPEROLEHI PENGALAMAN BERDASARKAN PERMAINAN TING TING KAPAL TERBANG NAMA : TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK NO. MATRIKS : 720130115259001 NO. KAD PENGENALAN : 720130-11-5259 NO. TELEFON : 014-8086122 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : SUHANI BINTI SURATMAN

ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1403SMP

SENI DALAM PENDIDIKAN

JANUARI 2015

PERKEMBANGAN KEUPAYAAN KANAK-KANAK UNTUK MEMBUAT PENEROKAAN DAN MEMPEROLEHI PENGALAMAN BERDASARKAN PERMAINAN TING TING KAPAL TERBANG

NAMA : TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK

NO. MATRIKS : 720130115259001

NO. KAD PENGENALAN : 720130-11-5259

NO. TELEFON : 014-8086122

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : SUHANI BINTI SURATMAN

PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE

Page 2: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Isi Kandungan Muka surat

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Apa Itu Permainan Ting-Ting Kapal Terbang 2

3.0 Aspek Perkembangan Kanak- kanak Dalam

Permainan Ting- Ting Kapal Terbang 5

4.0 Aspek-Aspek Penting Dalam Penilaian Perkembangan 8

4.1 Perkembangan Kemahiran Kognitif 8

4.2 Perkembangan Kemahiran Motor 9

4.3 Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi 12

4.4 Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi 14

5.0 Aspek Penerokaan Dan Pengalaman Dalam

Permainan Ting- Ting Kapal Terbang 16

5.1 Pemerhatian Yang Aktif 16

5.2 Interaksi Yang Kritis Dan Kreatif Dengan Bahan 17

5.3 Pengalaman Langsung 18

6.0 Rumusan 21

Rujukan

1

Page 3: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

1.0 Pendahuluan

Maksud permainan tradisional ini ialah permainan yang dimainkan sama ada oleh orang

Melayu, Cina,India atau lain kaum dari dulu lagi.Matlamat utama bagi apa jua permainan

tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak

langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap

kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu

permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup

terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung

terutamanya sejak dahulu hingga hari ini.Selain dari itu, ada satu lagi aspek yang amat penting

untuk dibincangkan iaitu aspek perkembangan dari segi psikomotor, kognitif dan emosi serta

sosial kanak-kanak.

2.0 Apa Itu Permainan Ting- Ting Kapal Terbang 

Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan

kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan

peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati

dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan.

Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung

terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Jengkek Kapal

Terbang".

2

Page 4: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Gambar 1: Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak- kanak perempuan.

Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan memandangkan

sebahagian besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Namun

begitu, tidaklah terlalu janggal sekiranya kanak-kanak lelaki pun turut bermain sama. Namun,

"kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk

bermain. Gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian

rupa yang menampakkan imej sebuah "kapal terbang". Terdapat lima petak empat segi yang

dilakarkan sebaris. Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di

kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Di sebelah kanan pada

petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil

"tangga" yang kelihatan seperti ekor kapal terbang.

Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. Memadai jika kawasan itu dapat menampung 8

buah petak. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan kewibawaan mereka.

Sedar dan tahu pentingnya keselamatan, mereka memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas

tapak permainan. Jika terdapat tunggul atau kayu, maka dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak

perlu dititikberatkan kerana tapak tidak mudah dipindah-pindahkan. Paling kurang, permainan

ini dimainkan oleh 2 orang. Jika lebih ramai yang terlibat, tentu lebih seronok.

Sebelum itu "buah" untuk permainan mesti disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek

yang agak sesuai contohnya kepingan papan penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar

3

Page 5: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

hasil lemparan nanti lebih mantap. Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian

yang unik dijalankan. Masing-masing berdiri bahu-membahu membelakangi garisan tadi.

Kemudian masing-masing melempar "buah" secara membelakang, sejauh yang mungkin. Siapa

yang jauh mendapat hak bermain yang pertama.

Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang semakin lama

semakin sukar. Dalam pusingan pertama pemain disyaratkan membawa "buah" dengan cara

menatangnya di atas belakang tapak tangan. Jika "buah" terjatuh, pemain dikira "mati". Ini

bermakna pemain seterusnya mendapat peluang berjengkek. Jika pemain berjaya menamatkan 9

"ting" dan 2 "Brak" tanpa menjatuhkan "buah", dia perlu melambung "buah" dan menyambutnya

secara kaut dengan kedudukan tapak tangan menghala ke bawah.

4

Page 6: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Gambar 2 & 3 : Pelbagai rupa bentuk permainan ting- ting kapal terbang.

Kemudian barulah dia berhak mendapatkan "rumah". "Buah" mestilah mendarat di mana-mana

petak iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu,

pemain lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak "rumah" orang. Pemain lain boleh

bertingting di petak "rumah" orang dengan kebenaran tuannya.

Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada "kemewahan" iaitu banyaknya

"rumah" yang berjaya dimiliki seseorang pemain. Malah permainan itu terpaksa ditamatkan

apabila semua petak sudah bertukar menjadi "rumah". Namun bukanlah secepat dan semudah itu

menukarkan semua petak menjadi "rumah". Seandainya "buah" yang dilemparkan mendarat di

"rumah" sendiri, maka rumah itu di kira "hangus" iaitu bertukar menjadi petak semula dan

pemain dikira "mati".

Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat kerjasama,

timbang rasa, tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.

3.0 Aspek Perkembangan Kanak- kanak Dalam Permainan Ting- Ting Kapal Terbang

5

Page 7: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat bayi (0 – 2 tahun), peringkat awal kanak – kanak ( 2 – 6 tahun ) dan peringkat akhir kanak – kanak ( 9 – 11 tahun ). Pada setiap peringkat perkembangan ini, kanak-kanak akan mengalami perubahan yang unik dari  aspek tertentu seperti psikomotor , kognitif dan emosi serta sosial dan bahasa.Jadual berikut menunjukkan aspek-aspek perkembangan kanak – kanak.

Peringkat Umur

( Tahun )

Aspek Perkembangan Psikomotor

Bayi 0 - 2 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot.Tulang masih lembut Mula mengenal objek dalam sekitar melalui organ deria dan tangan Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkan dengan

sempurna

Awal

Kanak - kanak

2 - 6 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi Mempunyai satu set gigi susu

Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal

Kanak - kanak 6 - 11   Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik   Otak mata sudah matang untuk membaca   Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi

yang berlainan   Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa

Peringkat Umur

( Tahun )

Aspek Perkembangan Psikomotor ( Jasmani )

Bayi 0 - 2   Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan gerak geri

  Mula mengaitkan objek dengan kata-kata

Awal 2 - 6   Mula menggunakan bahasa sebagai ganti kepada gambaran benda   Mula membentuk konsep yang mudah

6

Page 8: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Kanak – kanak   Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-pura   Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan cirri-ciri amnya.

Kanak - kanak 6 - 11   Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu   Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubungannya

dengan simbol bahasa

Peringkat Umur

( Tahun )

Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial

Bayi 0 - 2   Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa keselamatan   Mula ada perasaan cemburu dan irihati

Awal

Kanak - kanak

2 - 6   Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama   Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru   Perasaan cemburu semakin bertambah   Suka bermain sendiri   Hanya suka bergaul dengan saudara-mara yang berumur sama

Kanak - kanak 6 - 11   Mula sedar tentang perasaan lain   Emosi semakin stabil   Suka bergaul dengan rakan sebaya   Suka bermain secara berpasukan

Peringkat Umur

( Tahun )

Aspek Perkembangan Bahasa

Bayi 0 - 2 Mengeluarkan bunyi menunjukkan rasa kurang senang

Mengulang-ulang bunyi yang sama

Meniru suku kata yang mudah

Awal

Kanak - kanak

2 - 6 Boleh meniru dan menyebut ayat yang mudah

Boleh menyatakan idea dengan melukis gambar

Kanak – kanak 6 - 11 Boleh menggunakan simbol bahasa untuk menghubungkan objek

7

Page 9: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Memperoleh kemahiran pertuturan dalam pergaulan sosial.

4.0 Aspek-Aspek Penting Dalam Penilaian Perkembangan

            Domain perkembangan adalah kunci bahawa untuk mengetahui kanak-kanak yang

normal atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan adalah dengan penilaian

komprehensif. Instrumen penilaian yang digunakan ialah dengan melihat dan mengukur

perkembangan kanak-kanak dalam satu atau lebih domain. Domain-domain itu ialah kemahiran

kognitif, kemahiran motor iaitu motor kasar dan motor halus, kemahiran bahasa dan komunikasi,

kemahiran sosial-emosi dan kemahiran jagaan diri.

            Perkembangan wujud sejak kanak-kanak masih kecil, bagaimanapun domain-domain ini

tidak boleh diasingkan. Ini adalah kerana domain perkembangan ini saling bertindak balas dalam

cara yang kompleks. Dalam fakta, fungsi akan terus dihubungkan di antara perubahan dalam

sesuatu perkembangan dan berlaku dalam perkembangan yang lain. Contohnya, apabila kanak-

kanak mula berjalan, dia mula mendapat pengalaman yang baru. Jadi, kemahiran akan

mempengaruhi perkembangan dalam domain yang lain seperti kognitif, bahasa dan

perkembangan social.

            Jenis-jenis perkembangan boleh digunakan sebagai panduan umum untuk intervensi dan

rujukan di samping dapat menimbang dan menentukan kekuatan individu, keperluan dan

kemajuan yang dapat dibuat.

4.1 Perkembangan Kemahiran Kognitif

            Perkembangan kemahiran kognitif merujuk bahawa kebolehan mental dan intelektual

kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan

kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka.

Perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif Piaget.

8

Page 10: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembangan dalam satu siri tahap yang

kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain dan tahap perkembangan

kognitif Piaget ada empat iaitu tahap sensori motor iaitu bagi kanak-kanak yang baru lahir

sehingga 2 tahun, tahap dua pula dipanggil tahap praoperasi iaitu kanak-kanak yang berumur 2

sehingga 7 tahun. Manakala tahap yang seterusnya ialah tahap operasi konkrit iaitu kanak-kanak

7 sehingga 11 tahun dan tahap yang keempat ialah tahap operasi formal iaitu 11 tahun ke atas

(Jas Laile Suzana Jaafar, 2000: 84).  Penilaian kemahiran kognitif biasanya melibatkan konsep

pengekalan objek, hubungan dari segi ruang, peniruan, sebab akibat dan penggunaan objek.

            Perkembangan kognitif berlaku apabila kanak-kanak beri perhatian dan mewujudkan

ransangan kemudian menyepadukan maklumat baru dengan kemahiran dan pengetahuan.

Terdapat kemahiran praakademik seperti membilang, mengasingkan dan sebagainya. Kemahiran

kognitif termasuklah kapisiti meramalkan kejadian, menggunakan ingatan jangka pendek dan

jangka panjang. Dalam prasekolah, penilaian kemahiran kognitif ialah seperti kemahiran pra

bacaan, pra menulis dan pra matematik (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 93).

Dalam perkembangan kognitif, kita boleh lihat secara lebih terperinci tentang

perkembangan kanak-kanak iaitu dari 1 hingga 2 tahun. Apabila kanak-kanak sampai pada

peringkat ini, kita dapati kanak-kanak sudah boleh memerhati ciri-ciri fizikal yang terdapat pada

objek, menyelesaikan masalah-masalah yang mudah, mengklasifikasikan objek berdasarkan

kesamaan fizikal, mengatasi halangan untuk mendapatkan objek. Selain itu juga kanak-kanak

boleh memahami kegunaan objek dan juga kanak-kanak boleh membuka bungkusan permainan

mereka (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

Pada peringkat 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh memilih dan melihat gambar

dalam buku, boleh memadankan dengan setiap pasangan objek. Contohnya, cawan dengan

piring, kasut dengan stoking. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh namakan gambar objek yang

mudah-mudah dan dapat mengenalpasti beberapa objek dalam gambar tersebut. Apabila ditanya

tentang apa yang sedang dilakukan, mereka akan memberitahu secara ringkas apa yang dia buat.

Contohnya, dia meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa seperti menyapu sampah. Kanak-

kanak pada peringkat ini, mereka belajar melalui penjelajahan dan arahan orang dewasa seperti

9

Page 11: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

membaca dalam buku bergambar. Kanak-kanak ini juga mula memahami fungsi konsep dalam

objek-objek yang dibiasa dilihat. Contohnya, sudu untuk makan ( Richard M. Gargiulo &

Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

Kanak-kanak yang berada pada tahap 3 hingg 4 tahun ini, kebanyakan mereka sudah

boleh mengenal dan memadankan enam warna, boleh menyusun blok-blok mengikut saiz dan

lukis gambar yang mereka tahu dan sekiranya mereka tidak melukis gambar tersebut, mereka

akan menerangkan tentang gambar itu. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tahu menggunakan

soalan seperti “kenapa” dan “bagaimana”. Mereka juga tahu berapa umur mereka. Kanak-kanak

ini belajar melalui pemerhatian dan mengikut arahan orang dewasa. Pada tahap ini juga kanak-

kanak memahami fungsi konsep dalam kumpulan objek. Contohnya, perabut ada di dalam rumah

dan kanak-kanak dapat mengenalpasti gambar tangan, kaki adalah sebahagian dari anggota

badan. Di samping itu juga, kanak-kanak mula tahu yang lepas dan sedang berlaku. Contohnya,

kelmarin kita pergi ke pasar dan hari ini kita pergi ke rumah kawan (Richard M. Gargiulo &

Jennifer L.Kilgo, 2000: 307).

Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh menunjukkan dan

menamakan 4 dari 6 warna. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar orang dengan mengenali

dua hingga enam bahagian badan seperti kepala, tangan serta boleh namakan atau padankan

dengan badan. Kanak-kanak pada peringkat ini pula belajar melalui pemerhatian dan dengan apa

yang dikata. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh memahami konsep masa. Kanak-kanak juga

boleh menulis nama sendiri dan juga boleh menghurai gambar yang dilihat. Kanak-kanak juga

boleh menceritakan apa yang berlaku selepas itu (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo,

2000: 309).

Akhirnya, perkembangan kognitif kanak-kanak dinilai pada umur 5 hungga 6 tahun. Pada

peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menulis huruf dan angka dan juga boleh menghafal

bilangan nombor sampai sepuluh. Kanak-kanak juga boleh mengasingkan objek pada satu

kriteria tertentu. Contohnya, mengikut warna, bentuk atau saiz. Kanak-kanak juga mula

menggunakan konsep masa dengan tepat iaitu “kemarin” dan “esok”. Pembelajaran kanak-kanak

ini melalui arahan dari orang dewasa dan apabila mereka minat, mereka akan mengabaikan

10

Page 12: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

halangan atau gangguan yang ada. Konsep masa dikembangkan dalam memahami sesuatu acara

yang akan datang. Contohnya, Krismas akan datang selepas 2 minggu (Richard M. Gargiulo &

Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).

4.2 Kemahiran Motor

Dalam kemahiran motor pula, ia merujuk kepada kebolehan bergerak atau kawalan

pergerakan yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan

koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan yang berbeza. Dalam kemahiran

motor, boleh dibahagikan kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar

melibatkan pergerakan dan kawalan otot. Contoh kemahiran otot kasar ialah melompat, berlari,

berjalan, merangkak dan banyak lagi (Bruce A. Bracken, 1983: 285). Kemahiran motor halus

pula, menggunakan otot-otot kecil, seperti memegang, meramas dan sebagainya.

 Kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak belajar untuk

menunjukkan pelbagai tugasan yang melibatkan motor kasar iaitu dengan berjalan cepat di

samping menyeimbangkan dengan motor halus seperti membutangkan baju, menggunting dan

menulis. Dalam kemahiran motor halus pula, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun

akan berkembang dengan cepat. Apabila kanak-kanak mencapai umur prasekolah, mereka boleh

menyimpan dan mengendalikan sesuatu dan akan menjadi mahir misalnya mereka boleh

memasukkan blok ke dalam lubang yang sesuai.

Kita boleh lihat secara terperinci bagaimana perkembangan motor kasar dan motor halus

berkembang mengikut peringkat-peringkat umur. Pada umur 1 hingga 2 tahun, perkembangan

motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui kanak-kanak itu berjalan dengan memegang

kerusi dan boleh berdiri untuk seketika. Manalaka perkembangan motor halus pula, kanak-kanak

boleh mengambil objek dari bekas, meletakkan objek ke dalam bekas, cuba untuk menconteng

dan kanak-kanak ini juga boleh memegan penyepit dengan kemas iaitu boleh genggam dengan

baik ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula, perkembangan motor kasar boleh

dilihat apabila kanak-kanak itu berlari ke hadapan dengan baik dan boleh melompat pada satu

11

Page 13: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

tempat dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kanak-kanak juga boleh berdiri atas satu

kaki tetapi dengan bantuan dan juga boleh berjalan berjengket serta menyepak bola. Dalam

perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menggunting, pegang krayon tetapi ibu jari

dan jari yang lain tidak menggengam. Selain itu, kanak-kanak boleh memusing, mumukul,

memicit, menekan dan menarik tanah liat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 304).

Pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun, perkembangan motor kasar boleh dilihat apabila

kanak-kanak boleh menggelonsor tanpa bantuan, boleh mengimbangkan badan dengan berdiri

atas satu kaki dalam masa 5 hingga 10 minit. Kanak-kanak juga boleh berlari di sekeliling

halangan dan berjalan dalam satu baris. Perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh

membina bangunan menggunakan 9 blok-blok kecil dan juga mereka boleh membentuk tanah

liat menjadi bentuk bulat, ular dan sebagainya ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:

306).

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak

boleh melompat ke hadapan 10 kali tanpa jatuh dan boleh naik dan turun tangga seorang diri,

manakala perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menulis silang pangkah dan

bentuk dan kanak-kanak juga boleh menggunting dan menyambung semula apa yang digunting

( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).

Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun, didapati kanak-kanak boleh melompat

sejauh 2 meter, melompat melangkau dan lompat bertali bagi perkembangan motor kasar,

manakala kanak-kanak boleh melukis bentuk segitiga, tulis nombor 1 hingga 5 adalah

merupakan perkembangan motor halus ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).

4.3 Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi

            Perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu domain yang

penting. Komunikasi merujuk kepada pesanan yang bertindak balas antara orang yang bercakap

dengan pendengar, manakala bahasa pula menggunakan simbol atau sintaksis atau tatabahasa

apabila berkomunkasi dengan orang lain.

12

Page 14: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Dalam penilaian bahasa dan komunikasi terdapat dua jenis bahasa iaitu receptive

language iaitu bahasa yang mudah diterima iaitu kebolehan kanak-kanak untuk memehami

secara verbal dan tak verbal. Bahasa yang ditunjukkan dengan perasaan iaitu yang melibatkan

perkataan, gesture dan tingkah laku yang digunakan untuk menyampaikan maklumat

ialah expressive language.

Masa yang kritikal dalam perkembangan bahasa dan komunikasi bagi kanak-kanak ialah

sebelum umur 5 tahun. Biasanya komunikasi bagi bayi bermula pada umur 3 tahun yang mana

kanak-kanak memperolehi semua komponen dalam komunikasi. Perkembangan bahasa akan

membentuk konsep sebagai perkembangan yang melalui tahap-tahap yang bermula pada bayi.

Contohnya, apabila kanak-kanak masuk ke sekolah, mereka akan menggunakan semua jenis

ayat. Jadi, apabila terdapat kemahiran komunikasi yang lambat, jadi mereka akan berusaha untuk

berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti gesture (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000:

94).

Jadi, untuk lihat perkembangan bahasa, kita boleh menilai dari peringkat umur kanak-

kanak tersebut. Peringkat umur kanak-kanak 1 hingga 2 tahun, kita boleh lihat kanka-kanak itu

boleh memahami perkataan “tidak” dan menikmati atau seronok apabila melihat buku. Ini

adalah receptive language. Manakala bagi expressive languagepula, kanak-kanak boleh

menyebut atau membunyikan satu konsonan. Contohnya, “ba”. Kanak-kanak juga dapat

memahami tindak balas perkataan tertentu contohnya, berkenaan bunyi “bye-bye” dengan

gesture ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).

Pada peringkat umur  2 hingga 3 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh

mengenalpasti objek apabila memberitahu tentang kegunaannya. Kanak-kanak juga faham

tentang bentuk soalan “apa” dan “di mana” serta kanak-kanak ini juga memahami negatif iaitu

“tidak boleh” dan “jangan”. Bagi expressive language pula, kanak-kanak suka mendengar cerita

pendek atau cerita ringkas. Kanak-kanak juga boleh menyambung atau mengabung kosa kata

bersama dua perkataan menjadi rangkai kata. Kanak-kanak ini juga boleh membuat penyataan

negatif contohnya, “jangan buka” ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L.Kilgo, 2000: 304).

13

Page 15: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Perkembangan bahasa dan komunikasi pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun

dari receptive language boleh dilihat, kanak-kanak boleh memahami ayat yang melibatkan

konsep masa seperti “esok kita pergi ke zoo” dan juga kanak-kanak juga boleh memahami

bandingan saiz. Contohnya, saiz besar, lebih besar manakala expressive language pula,

menunjukkan kanak-kanak sudah boleh memberitahu tentang pengalaman yang

lepas, gayapertuturannya dapat difahami tapi mempunyai kesalahan dalam ayat. Di samping itu,

kanak-kanak boleh bercakap dalam 2 atau 3 ayat yang berbentuk “agent-action-objek”. Contoh

ayat seperti “ saya lihat bola” (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).

Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, mereka sudah boleh

memahami secara perbandingan seperti cantik, sangat cantik. Mereka juga mendengar cerita

panjang tetapi kerapkali salah tafsirkan fakta yang ada dalam cerita itu. Kanak-kanak juga boleh

memahami urutan acara apabila kita memberitahu mereka. Contohnya, “mula-mula kita akan

pergi ke stor, kemudian kita buat kek dan esok barulah kita boleh makan”. Ini termasuk

dalam receptive language. Manakala dalam expressive language pula, kanak-kanak boleh

menyambung ayat. Contohnya, “saya pergi ke stor dan saya membawa ais krim”. Kanak-kanak

juga boleh memberitahu tentang kandungan yang terdapat dalam cerita tetapi banyak fakta yang

salah ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).

Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh

mendemonstrasi kemahiran pra akademik. Bagi expressive language pula, kanak-kanak boleh

menjelaskan perbezaan antara tatabahasa yang digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Di samping itu, kanak-kanak itu boleh berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang

yang tidak dikenali. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga boleh menceritakan semula buku

yang telah dibaca dengan tepat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).

4.4 Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi

Domain yang seterusnya ialah perkembangan kemahiran sosial-emosi. Dalam domain ini,

ia merujuk kepada tingkah laku bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dan

kawan-kawan di persekitaran dan bagaimana mereka bertindak balas dalam situasi sosial. Ia juga

14

Page 16: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

melibatkan bagaimana kanak-kanak memulakan sesuatu interaksi dan tindak balas untuk 

interaksi dengan orang lain.

Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan remaja, mereka biasanya perlukan kemahiran

bagaimana untuk turut serta dalam interaksi timbal-balik, manakala apabila kanak-kanak

berinteraksi dengan kawan-kawan, mereka memerlukan kemahiran seperti bagaimana untuk

main peranan contohnya dalam permainan anak patung. Kemahiran emosi pula adalah kebolehan

untuk mengenalpasti  perasaan. Kemahiran ini adalah melibatkan bagaimana untuk mengawal

dengan satu dorongan tertentu atau dengan perasaan hati dan bagaimana untuk menyelesaikan

konflik (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419).

            Dalam perkembangan sosial emosi, kita boleh lihat perkembangannya mengikut

peringkat umur. Peringkat umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak menunjukkan rasa suka dan tidak

suka kepada sesetengah orang, kepada objek  atau situasi. Kanak-kanak juga menguji ibu bapa

dengan tingkah laku yang nakal semasa ibu memberi makan dan semasa hendak tidurkan mereka

( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

            Sementara bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak menyertai dalam

permainan dan boleh bergantung kepada keupayaan sendiri. Kanak-kanak juga menyertai dalam

kumpulan yang mudah seperti bertepuk tangan, menyanyi dan juga kanak-kanak ini

mengenalpasti identiti jantina (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

            Selain itu, perkembangan pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun boleh dilihat apabila

kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan dan mereka mula berinteraksi sesama

mereka. Dalam permainan, mereka melakonkan babak seperti pengembaraan dan permainan

rumah (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 307).

            Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak mula berpakaian mengikut jantina

seperti kanak-kanak perempuan akan memakai mini skirt. Ini menunjukkan ciri-ciri perbezaan

jantina antara perempuan dan lelaki. Selain itu, pada peringkat ini juga, kanak-kanak bermain

dan berinteraksi dengan kawan-kawan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309).

15

Page 17: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun pula, kanak-kanak mula memilih kawan dan dalam

permainan, mereka mempunyai persaingan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:

311).

            Domain yang terakhir ialah perkembangan kemahiran penjagaan diri dan adaptif. Ianya

berfokus tentang pemakanan, penjagaan diri termasuklah basuh tangan dan gosok gigi dan

tentang pemakaian (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419). Aspek perkembangan penjagaan diri ini

berkembang bermula 3-4 tahun dan biasanya perkembangan penjagaan diri berkembang dengan

bimbingan ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak tersebut.

            Melalui penjagaan diri kanak-kanak kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak memakai

pakaian denag cara yang betul. Selain itu, dalam cara pemakaian kanak-kanak prasekolah juga

biasanya menunjukkan semua asas penjagaan diri seperti boleh membutangkan bajunya sendiri

(Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94).

5.0 Aspek Penerokaan Dan Pengalaman Dalam Permainan Ting- Ting Kapal Terbang

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian

(ii) penerokaan

(iii) penghasilan (pembuatan)

(iv) apresiasi dan perlanjutan

5.1 Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

• pengetahuan sedia ada murid;

16

Page 18: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

• benda yang konkrit;

• minat, kecenderongan dan latar belakang murid;

• bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

• mencetus idea dan imaginasi.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.

Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej

mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan

alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis

dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan

dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan

bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual

berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa

berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi

visualnya dengan objek yang dilihat.

5.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan

dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri

perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan

• aktiviti kecil mudah ringkas;

• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;

• penemuan oleh murid sendiri, uji menguji; mencari altenatif, variasi dan kemungkinan

lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba

17

Page 19: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

• aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan

• menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

18

Page 20: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Gambar 4 dan 5: Aspek- aspek penerokaan

ii) penghasilan / membuat / pengalaman penggunaan alat

bahan dan teknik;

• tatacara, langkah dan proses membuat;

• amalan tertib kerja

• keselamatan semasa bekerja; dan

• penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

5.3 Pengalaman Langsung Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah

bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan

mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan

menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran

kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan

penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi

perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni

Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan

kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan

teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan

mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan

dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau

dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan,

alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,

19

Page 21: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan

teknologi bahan dan perkakasan.

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,

berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara tidak langsung memberikan

pengalaman langsung kepada murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga

melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu

perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut

diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Selain diberi pengalaman membuat

apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai

segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah

memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan

dengan semua keadaan.

Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman

langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini

membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea

dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak

dapat membina idea baru dari benda konkrit.

20

Page 22: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

Gambar 6: Cara- cara Memperolehi Pengalaman

6.0 Rumusan

Penerokaan dengan kepelbagaian alat dan bahan menggalakkan murid membuat penerokaan dan

percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses

ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung

dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat

dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang

dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar

secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam

penghasilan seni di masa akan datang.

Rujukan

Malaysia, K. P. (2001). Kurikulum prasekolah kebangsaan. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia, pg, 72.

Razali, M., Amirah, N., & Tasir, Z. (2008). Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak.

Abdullah, F., Sarnon, N., Hoesni, S. M., & WJ, W. A. (2008). Dari Halaman Rumah Ke Hadapan Layar: Pola Bermain Dan Fungsinya Kepada Perkembangan Kanak-Kanak. e-BANGI, 3(1), 14.

Abu, S. B. (2004). Pelaksanaan Aktiviti Belajar melalui Bermain di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka. Dicapai daripada http://www. ipislam. edu. my/uploaded/file/saayah. pdf.

21

Page 23: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF1403SMP.docx

TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001

22