31
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei malah mempunyai sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai 28 juta orang. Malaysia berakar-umbikan kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke- 18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri- Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 1

Assignment Siap!

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sekadar rujukan

Citation preview

Page 1: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan  persekutuan  di Asia Tenggara yang

terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi

berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan

yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga

Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan  Thailand, Indonesia,

dan  Brunei malah mempunyai sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara

Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala  Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada

tahun 2009, Malaysia dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai 28 juta orang.

Malaysia berakar-umbikan kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan

menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali

sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah

Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum

menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu

dengan negeri  Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari

persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim  tropika serta

mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara

megadiversiti.  Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar 

Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis  Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan 

Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik, Negara -

Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara - Negara Berkecuali.

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

1

Page 2: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoritinya sebanyak

50.4% merupakan orang Melayu dan 11% terdiri daripada kaum bumiputera lain. Perlembagaan

negara menetapkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang mengamalkan adat dan

kebudayaan Melayu. Taraf bumiputera turut diberi kepada sesetengah orang asli bukan Melayu

tertentu, termasuk etnik Thai, Khmer, Cham dan peribumi Sabah dan Sarawak. Lebih separuh

penduduk Sarawak adalah bumiputera bukan Melayu (yang mana 30% adalah Iban); begitu juga

dengan 60% penduduk Sabah (yang mana 18% adalah Kadazan - Dusun, dan 17%

adalah Bajau). Wujudnya juga kelompok - kelompok peribumi kecil di semenanjung yang

dikenali sama sekali sebagai Orang Asli.

Sementara itu sebanyak 23.7% dari penduduk Malaysia berketurunan  Cina, manakala

7.1% lagi berketurunan India. Masyarakat India mula berhijrah ke Malaysia pada awal abad ke-

19.  Majoriti masyarakat India di Malaysia bersuku Tamil. Ramai orang Eropah dan Timur

Tengah yang masing-masing berasimilasi ke dalam masyarakat Kristian dan Islam melalui

perkahwinan campur. Kebanyakan rakyat Malaysia kaum Serani mengakui berdarah British,

Belanda atau Portugis.

Kewarganegaraan Malaysia biasanya diberikan secara  jus soli.  Kewarganegaraan di

negeri Sabah dan Sarawak berbeza daripada kewarganegeraan di  Semenanjung Malaysia atas

sebab - sebab urusan imigresen. Setiap warganegara yang mencecah usia 12 tahun diberi kad

pengenalan bercip pintar biometrik yang dikenali sebagai MyKad dan harus sentiasa membawa

kad itu sepanjang masa.

Islam pula merupakan kata kerja bahasa Arab iaitu Aslama, yang bermaksud " untuk

merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)".  Satu lagi perkataan yang diterbitkan

daripada akar yang sama ialah salam yang bermaksud “ sejahtera ”. Dengan demikian, Islam

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

2

Page 3: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan orang Islam harus menunjukkan ini

dengan menyembahNya, menurut perintahNya dan mengelakkan syirik. Perkataan ini

kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat, kualiti Islam

sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan:

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya

untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah

petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata

hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah

bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima

peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian

keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

(Az-Zumar 39:22)

Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada 2009 melaporkan

bahawa 23% penduduk dunia atau 1.57 bilion orang merupakan umat Islam. Sekitar 80 – 90%

angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10 – 20% adalah Syiah, dengan minoriti kecil

tergolong dalam mazhab lain. Kira-kira 50 negara bermajoriti orang Islam, dan sekitar 20% dari

semua umat Islam seluruh dunia merupakan Arab.  Antara 1900 dan 1970 komuniti Islam telah

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

3

Page 4: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta dan sekitar 1970 dan 2009 populasi masyarakat

telah berkembang lebih tiga kali ganda menjangkau sejumlah 1.57 bilion penganut.

Majoriti masyarakat Islam tinggal di Asia dan Afrika. Sekitar 62% orang Islam menetap

di  Asia, dengan lebih 683  juta penganut di Indonesia,  Pakistan,  India  dan  Bangladesh.

Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti  Turki  dan  Iran  adalah negara majoriti Islam

terbesar; di Afrika,  Mesir  dan  Nigeria  memiliki masyarakat Islam teramai.

Kebanyakan anggaran menyatakan yang rakyat Republik China memiliki antara 20

hingga 30 juta penganut agama Islam (1.5% hingga 2% penduduk). Bagaimanapun, data

daripada  International Population Center, San Diego State University  menunjukkan bahawa

China memiliki 65.3 juta orang Islam.  Islam ialah agama kedua terbesar selepas  Kristian di

kebanyakkan negara  Eropah dan sedang menghampiri status tersebut di benua Amerika, dengan

anggaran antara 2.45 juta dan kira - kira 7 juta masyarakat Islam di Amerika Syarikat.

Etnik boleh di definisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang

hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik

mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep - konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa

memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi ( keturunan dan pertalian

darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat

pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri

budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi

politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazan,

Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat

etnosentrik, iaitu mengangap cirri - ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

4

Page 5: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap

rendah atau tidak bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa

kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub

budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah

laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud

dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah

jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu

perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri. 

Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada

negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status negara maju, seperti

yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur

kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan

suatu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses

transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang

telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang

tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah

merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi.

Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja

tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Pada masa yang sama, kestabilan politik

sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan

kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

5

Page 6: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi

secara saksama dan perkongsian kuasa yang matang.

Dalam tugasan ini akan dijelaskan hubungan etnik di Malaysia dari perspektif Islam iaitu

antara hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam di mana Islam telah menetapkan

peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Malah di dalam Al – Quran iaitu surah Al – Hujurat ayat

13, ada mengiktirafkan keperlbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu

bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu sama lain. Ayat tersebut berbunyi

seperti berikut ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu

dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu

berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan

(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya

semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di

antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam

PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujuraat 49:13)

Islam merupakan satu sistem hidup yang bersifat rabbani dan menganjurkan setiap

manusia agar berlaku adil dalam setiap tindakan. Islam juga menyeru agar meletakkan sesuatu

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

6

Page 7: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

pada tempat yang sewajarnya, memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta

menghukum manusia yang bersalah dengan hukuman yang setimpal tanpa membezakan antara

manusia, merupakan perkara – perkara yang sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Konsep

persamaan dalam Islam pula adalah berasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia

yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu

diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik ini, tentunya melahirkan kepelbagaian

budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini

begitu indah untuk dikongsi bersama.

Hak persamaan yang diletakkan dalam Islam tidak berdasarkan kepada kedudukan

seseorang mengikut jantina, bangsa, pangkat ataupun darjat. Semua manusia mempunyai hak

yang sama untuk hidup bermaruah dan mempunyai peluang yang sama banyak untuk mencari

rezeki dan kekayaan di bumi Allah, mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan,

mendapat kedudukan yang sama di sisi undang – undang dan mempunyai peluang yang sama

untuk melakukan ibadah kepada Allah. Setiap manusia diberkan ganjaran dan balasan atas setiap

perbuatan yang dilakukan. Jelaslah Islam tidak mengiktiraf perbezaan fizikal dan lahiriah seperti

pangkat, keturunan, etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat perhatian dan

perhitungan yang sama dari Allah. (Abdul Monir, 1986)

Kebebasan untuk hidup dan meneruskan kelansungan hidup yang diberikan adalah

berasaskan kepada kenyataan bahawa kita adalah manusia dan sebagai manusia, kehormatan kita

adalah terpelihara. Islam tidak sekali – kali membenarkan sebarang bentuk permusuhan berlaku

hanya kerana berbezanya bangsa dan etnik atau lantaran berbeza keturunan dan warna kulit.

Lebih – labih lagi apabila kelompok majority menindas kelompok minority dalam arus

pembangunan negara. Islam melihat permusuhan yang disebabkan oleh perbezaan warna kulit

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

7

Page 8: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

atau berlainan etnik mampu menghuru – harakan masyarakan serta menghancurkan keharmonian

hidup di kalangan masyarakat.

Islam telah menggariskan bahawa persamaan di kalangan bangsa dan etnik merupakan

asas kepada keharmonian dan keamanan kehidupan bermasyarakat khususnya di Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai kumpulan minority yang perlu dipelihara dan

dijaga haknya. Manakala hak kumpulan ini telah dijadikan salah satu daripada prinsip

pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oeh mantan perdana menteri yang ke – 5 Yang

Amat Behormat, Dato’ Seri Abdullah Badawi di mana ianya teah menjadi kerangka dalam

proses pembangunan Malaysia.

Di Malaysia, persamaan ini ditekankan di mana setiap orang tanpa mengira etnik

dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, pendidikan, social, perundangan mahupun

beragama. Hal ini jelas dalam pembagunan negara Malaysia, etnik Cina dan India diberikan

peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam bidang pendidikan dalam

bahasa ibunda mereka dan bebas mengamalkan anutan kepercayaan agama mereka. Menurut

Mohd Kamal (1994), walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar islamisasi seperti

Dasar Penerapan Nilai – Nilai Islam, namun dasar ini tidak pernah menyisihkan kepentingan dan

sensitiviti penganut bukan Islam di Malaysia.

Selain daripada hak persamaan, Islam juga amat mengutamakan keadilan dalam setiap

tindakan yang di ambil. Melalui keadilan inilah, Islam menganjurkan kehidupan yang harmoni

dan saling menghormati. Apabila keadilan di laksanakan di kalangan anggota masyarakat, maka

dengan sendirinya pintu permusuhan dan perasaan membenci dapat dihilangkan sedikit demi

sedikit. Keadilan yang dilaksanakan itu sendiri merupakan salah satu kaedah bagi menutup ruang

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

8

Page 9: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

– ruang kemusnahan yang mungkn berlaku di kalangan masyarakat atau mengelakkan

pencerobohan ke atas hak – hak yang ditetapkan.

Keadilan juga bermaksud setiap hukuman perlu dilaksanakan ke atas kesalahan yang

dilakukan tanpa mengira sesiapa atau bangsa mana sekalipun tanpa menimbulkan semangat

untuk mempertahankannya atau berusaha untuk mengelakkan hukuman tersebut semata – mata

kerana kaum, bangsa, agama atau etnik sendiri. Yang berhak perlu diberi kelayakannya atau

yang bersalah perlulah dihukum kerana kesalahannya tanpa mempersoalkan keturunan, pengkat

atau etniknya. Firman Allah s.w.t ;

Wahai orang – orang yang beriman! Hendaklah kamu semua

sentiasa menjadi orang – orang yang menegakkan keadilan

Allah, lagi menerangkan kebenaran ; dan jangan sekali – kali

kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu

kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil

(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepad

taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah

Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu

lakukan.

( Surah Al – Maaidah 5 : 8 )

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

9

Page 10: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Merujuk kepada keadaan di Malaysia, Malaysia adalah sebuah negara yang mana

masyarakatnya bersifat majmuk. Kemajmukan ini tentulah akan menimbulkan perbezaan antara

etnik dari segi budaya dan agama. Namun, setiap individu diberi kebebasan beragama dan

berbudaya. Orang bukan Islam dibenarkan mendirkan rumah ibadat di mana ramai terdapat

penganut agama tersebut. Dalam politik, pemilihan pemimpin ditentukan oleh pilihan raya yang

member pengiktirafan keadilan kapada rakyat. Dari segi ekonomi, pengenalan dasar – dasar

pembangunan Negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara, Rancangan

Pembangunan Lima Tahun, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebajikan Negara telah

mengambil kira pandangan masyarakat walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa

seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153.

Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama

yang paling ramai penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci

Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam;

19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain

mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya

dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang

tidak beragama atau tidak memberikan maklumat.

Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan

Malaysia. Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti

ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-

Muslim di tempat-tempat tertentu seperti  Pulau Pinang.  Majoriti orang India Malaysia beragama

Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000

beragama Sikh, dan 1,000 penganut lain. Kristian merupakan agama utama

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

10

Page 11: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3%

pengikut agama tradisional.

Umat Islam diwajibkan menurut keputusan Mahkamah Syariah untuk perihal berkenaan

agama Islam. Hakim syariah sewajarnya mengikuti fahaman

perundangan Syafii selaku mazhab utama di Malaysia. Bidang kuasa mahkamah Syariah terhad

kepada hal-ehwal umat Islam seperti pernikahan, pewarisan, perceraian, kemurtadan, mualaf,

hak penjagaan anak dan lain-lain lagi. Tiada kesalahan jenayah atau awam lain yang terletak

dalam bidang mahkamah Syariah yang serupa hierarkinya dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah -

Mahkamah Sivil (termasuk Mahkamah Persekutuan) selaku mahkamah agung negara pun tidak

melayan perihal amalan Islam.

Islam dengan jelas melarang kepada pembelaan etnik sendiri dalam erti kata membantu

dan membela etnik sendiri yang melakukan kesalahan. Larangan ini dijelaskan oleh nabi dalam

hadisnya yang bermaksud ;

Bukan dari kalangan orang yang menyeru ke jalan asabiah dan

bukan di kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan

asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang mati di atas

dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, sahabat bertanya

“Apakah yang dimaksudkan dengan asabiah, wahai

Rasululullah?”. Baginda menjawab “Kamu membantu

saudaramu di atas landasan kezaliman”.

(Muhamad Syams, 1990)

Begitu juga dengan asabiah yang sering disalah tafsirkan apabila sesuatu kaum berpakat

dan bekerjasama di atas landasan bangsanya dianggap asabiah. Asabiah pada dasarnya difahami

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

11

Page 12: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

sebagai semangat perkauman sempit dan hidup subur di zaman jahiliah kerana rasa cinta yang

sangat mendalam terhadap suku kaum sendiri. Ia berlaku tanpa batas di mana mereka sanggup

berbunuhan dan berperang asalkan puak mereka menang. Mereka membela kaum sendiri

walaupun perbuatan tersebut membawa ketidak adilan dan kezaliman. Asabiah hanya akan

menjadi masalah dan menimbulkan masalah sekiranya dijadikan suatu keyakinan pengganti

Islam dan disertai kefahaman karut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Berpandukan

kepada hadis ini, hujah yang mengatakan perjuangan memajukan bangsa sendiri sebagai asabiah

tidak dapat diterima. Dalam konteks di Malaysia, usaha yang dilakukan demi membawa

kemajuan kepada orang Melayu tidak boleh dianggap asabiah. Hal ini kerana dalam semangat

setia kawan yang tiada unsure kezaliman di mana usaha membantu orang Melayu dilaksanakan

tanpa mengambil hak orang bukan Melayu dan disebabkan orang Melayu jauh ketinggalan dari

kaum lain. Rasululullah s.a.w ada menegaskan perkara ini dalam khutbah terakhir (Haji Wida)

iaitu ;

“Sesiapa yang menzalimi ‘Dhimmi’ (golongan bukan Islam yang

tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam) atau yang

membuat perjanjian damai atau membebankan mereka dengan

yang mereka tidak berupaya, maka akulah yang akan

berhadapan dengannya.”

Menurut Ismail Ibrahim yang merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan,

beliau menjelaskan perhubungan etnik mestilah berpaksikan kepada teori ajaran Islam yang

komprehensif dan menyeluruh di mana Al – Quran menjelaskan hikmah kejadian manusia yang

pelbagai etnik. Hal ini agar manusia dapat hidup bersama, berkomunikasi, dan tolong menolong

untuk hidup secara aman, membina ilmu dan kekuatan ekonomi serta teknologi dalam segala

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

12

Page 13: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

aspek kehidupan. Kebebasan beragama dalam Islam berdasarkan keyakinan untuk memilih

agamanya dan nabi menjelaskan kategori Dhimmi tidak boleh disakiti dan diperangi. Sesiapa

yang memerangi mereka, ia seolah – olah memerangi nabi. Kefahaman asabiah perlu difahami

iaitu untuk membantu kaum melakukan kezaliman. Konsep perkongsian kuasa, kebebasan

beragama, perlindungan undang – undang terhadap kaum yang lemah merupakan dasar yang

direstui Islam. Konflik yang berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan Kampung Medan bukan

kerana agama tetapi lebih berbentuk perkauman.

Jika dirujuk kembali sejarah perhubungan etnik yang berlaku pada zaman Islam iaitu

pada zaman Rasulullah, Khalifah ar – Rasyiddin, pemerintahan Bani Umaiyah, pemerintahan

Bani Abbasiah dan sehinggalah sekarang, orang bukan Islam diberikan hak – hak yang tertentu.

Malah dalam konteks kontrak sosial juaga ada menyebut bahawa kontrak sosial di Malaysia

merujuk kepada perjanjian oleh bapa - bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan

merupakan penggantian beri - memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14 - 18 yang

berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu,

dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum

bumiputera. Istilah ini juga kadang - kadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian -

bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia

adalah sebuah negara sekular.

Dalam hal ini, terdapat beberapa prinsip asas yang mendasari bentuk hubungan umat

Islam dengan bukan Islam. Prinsip – prinsip tersebut ialah ;

1. Kepercayaan tentang kemuliaan sebagai manusia tanpa

mengira agama, bangsa dan warna kulit. Kemuliaan inilah

sebenarnya yang menjamin hak untuk setiap manusia dihormati

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

13

Page 14: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

2. Kepercayaan bahawa perbezaan agama di kalangan manusia

berlaku dengan kehendak Allah yang telah memberi kebebasan

dan pilihan kepad makhluk – makhlukNya dalam setiap apa

yang hendak dilakukan atau ditinggalkan

3. Kepercayaan bahawa umat Islam tidak ditugaskan untuk

mempersoalkan setiap golongan tersebut di akhirat

4. Kepercayaan bahawa Allah memerintahkan supaya umat Islam

sentiasa berlaku adil dan berakhlak mulia walaupun terhadap

orang bukan Islam. Di samping itu, umat Islam juga perlu

menyedari bahawa Allah membenci kezaliman walaupun

dilakukan oelh umat Islam terhadap orang bukan Islam.

Namun, dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab orang bukan Islam menjaga

perasaan orang Islam yang menjadi rakan senegara mereka. Begitu juga dengan kedaulatan

negara Islam yang memberikan pengawalan dan perlindungan kepada diri dan harta benda

mereka. Maka, mereka ditegah mencaci agama Islam, rasul dan kitab suci. Mereka juga dilarang

menyebarkan apa sahaja aqidah atau idea yang bertentangan dengan aqidah negara dan agama

yang mana ianya selari dengan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kebebasan

beragama.

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik, setiap rakyat perlu hormat –

menghormati terhadap hak individu dan masyarakat. Fahaman seperti eksterisme, cauvinisme

(kepercayaan yang patriotik, berlebihan, dan membuta tuli dalam keunggulan dan keberanian

nasional), fanatisisme, etnosentrisme, prejudis, streotaip dan rasisme hendaklah diketepikan

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

14

Page 15: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

(Wan Suhaimi dan Syed Mohammad Hilmi, 2007). Hal ini ada juga dijelaskan di dalam Al –

Quran seperti berikut;

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami

tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh

seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh

orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka

seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang

menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia

telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi

sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan

membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya

kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-

orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

(Al-Maaidah 5:32)

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

15

Page 16: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan

yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat

yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi

keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)

dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang

menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu

ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau

mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk

menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah

yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa

pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan

sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk

diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah

petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman

kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan

rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

(Al-Baqarah 2:143)

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

16

Page 17: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Setiap rakyat Malaysia perlu menggerakkan hubungan etnik dan sering berinteraksi

antara satu sama lain. Di samping itu, orang bukan Islam di Malaysia telah menikmati hak – hak

mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak tersebut juga selari

dengan hak kepada bukan Islam yang diberikan oleh Islam. Antaranya, mereka bebas menganut

dan mengamalkan agama dengan aman dan damai, bebas mendirikan rumah ibadat, bebas

makan, minum dan berpakaian mengikut kebudayaan sendiri, bebas mencari rezeki, bebas

memiliki dan mengurus harta, bebas memilih pemimpin snediri, mendapat hak pendidikan dan

kesihatan, terjamin dari segi keselamatan hidup, mendapat keadilan dari segi undang – undang

dan sebagainya. Sebagai contoh, walaupun sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil

terkeluar dari segi pengurusan, namun kerajaan tetap menyalurkan bantuan kepda sekolah

tersebut.

Namun sebagai rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu sepatutnya tahu dan

menjiwai 7 wasiat Raja – Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan

keamanan jika kota bersatu dan berpegang teguh kepadanya seperti yang di ingatkan oleh Raja

Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Wasiat yang disampaikan semasa raja – raja Melayu

menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

pada 5 Ogos 1957 yang mana antara kandungannya ialah ;

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang

kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan

Tanah Melayu (sekarang dipanggil Malaysia)

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami

benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu,

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

17

Page 18: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

selain gunung – ganang, tasik dan hutan simpan, tanah

simpanan Melayu sehinggan nisbah 50 peratus, selebihnya

kamu rebutlah bersama – sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami

serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar

Melayu selain membanteras kekacauan dalam Negara dan

ancaman dari luar Negara

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan

raja – raja Melayu memerintah Negara ini

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan

6. Kami tetapkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada

raja – raja Melayu untuk melindungi kedudukan istemewa

orang Melayu dan kepentingan sah kaum – kaum lain

(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri

Sabah dan Sarawak)

Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan

seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, Negara,

kedudukan keluarga, orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam.

Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga

kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan

dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam.

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

18

Page 19: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan seperti mewujudkan perbezaan dan

diskriminasi antara kaum dan ia seolah – olah bertentangan dengan konsep persamaan dan

keadilan dalam Islam. Walau bagaimanapun, peruntukan orang Melayu ini merupakan jaminan

bago prang Melayu untuk sama – sama mencapai kejayaan kerana tanpa dibantu sukar untuk

Berjaya disebabkan dasar pecah dan perintah yang di amalkan oleh penjajah British. Merujuk

kepada statistic yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan, jelas menunjukkan orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi dan

pendidikan berbanding etnik lain. Jika diteliti walaupun orang Melayu mendapat kedudukan

istimewa, namun pada masa yang sama hak kaum lain dijamin dan tidak boleh dilucutkan.

Selain itu ua adalah persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu sewaktu

menggubal perlembagaan dan bukan keputusan sebelah pihak sahaja. Hal ini ditambah lagi keran

peruntukan tersebut adalah bagi menjamin kedudukan orang Melayu yang bermaksud menjamin

kedudukan orang Islam. Pada masa yang sama, orang bukan Melayu lebih Berjaya dari segi

ekonomi dan pendidikan berbanding orang Melayu. Namun, kedudukan istimewa orang Melayu

ini perlu dilaksanakan dengan betul iaitu untuk membantu orang Melayu keluar dari arus

kemiskinan tanpa menafikan hak etnik lain. Kedudukan istimewa ini juga perlu dirasai oleh

semua orang Melayu dan bukan segelintir orang Melayu seperti yang dianggap oleh etnik lain.

Jika ini dilaksanakan, jelaslah ia menepati prinsip keadilan Islam.

Perbincangan di atas menunjukkan orang Melayu mempunyai keistimewaan dalam

Perlembagaan Persekutuan khususnya yang menyentuh mengenai Perkara 153. Maka perkara ini

perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda agar sentiasa berlapang

dada dalam setiap isu yang melibatkan orang Melayu dalam perlembagaan. Ia seperti mana yang

pernah dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Raja – Raja ke – 215 iaitu Islam dan orang Melayu

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

19

Page 20: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

merupakan asas utama dalam pembentukan Malaysia. Di samping itu, Islam menganjurkan agar

menerima perbezaan agama dan etnik sebagai satu yang lumrah dalam manusia seperti dalam

surah Al – Hujuraat ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan

kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan

kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu

berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang

lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah

orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih

keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan

keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujuraat 49:13)

Ayat ini menerangkan Islam menyaran agar umatnya mengelakkan cemuhan budaya,

etnik dan agama, bersopan santun dan berbudi. Justeru itu, sewajarnya rakyat Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai etnik, perlu saling hormat – menghormati terhadap hak individu dan

masyarakat. Fahaman seperti eksterisme, cauvinisme, etnosentrisme, prejudis, streotaip dan

rasisme haruslah diketepikan demi kemakmuran masyarakat majmuk pelbagai etnik di Malaysia.

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

20

Page 21: Assignment Siap!

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

RUJUKAN

Kedudukan non - Muslim dalam negara Islam. (1989). Shah Alam: Penerbitan Hizbi.

Malaysia, J. K. (2005). Islam Hadhari : Satu Penjelasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia.

Sokong Projek Surah.My - Serai Solutions . (n.d.). Tafsiran Al - Quran. Retrieved Ogos 7, 2012,

from www.surah.my

Yaacob, A. M. (2005). Hak & tanggungkawab pelbagai kaum dari perspektif Islam. Kuala

Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

NURAFIFAH KAMARUDINS 216300

21