12
SOALAN TUGASAN : PERKEMBANGAN DAN KEBERKESANAN INSTITUSI PENDIDIKAN AL-QURAN TEMPATAN. Sediakan maklumat yang berkaitan : Profil dan latarbelakang penubuhan. Peruntukan atau sumber kewangan. Proses pengajaran bacaan Al-Quran terhadap pelajar. Kelayakan atau kebolehan guru. Sediakan juga laporan mengenai sejauhmanakah : Keberkesanan pengajaran guru. Permasalahan yang wujud. Rumusan keseluruhan PENGENALAN BAITI SSA’ADAH merupakan sebuah kelas bimbingan dan pengajaran membaca Al-Quran yang beroperasi di rumah dan dikendalikan oleh orang perseorangan . Ianya mula beroperasi sekitar Mac 2007 hasil usaha dan titik peluh sepasang suami isteri iaitu Ustaz Sharifuddin dan Ustazah Mazilah. Kelas bimbingan ini bermula dengan 2 orang pelajar sahaja yang mana kedua-duanya itu merupakan anak buah kepada Ustazah 1

Assignment Ting 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perkongsian bahan agar dapat memberikan manfaat kepada yang memerlukan

Citation preview

SOALAN TUGASAN : PERKEMBANGAN DAN KEBERKESANAN INSTITUSI PENDIDIKAN AL-QURAN TEMPATAN.

Sediakan maklumat yang berkaitan :

Profil dan latarbelakang penubuhan.

Peruntukan atau sumber kewangan.

Proses pengajaran bacaan Al-Quran terhadap pelajar.

Kelayakan atau kebolehan guru.

Sediakan juga laporan mengenai sejauhmanakah :

Keberkesanan pengajaran guru.

Permasalahan yang wujud.

Rumusan keseluruhanPENGENALANBAITI SSAADAH merupakan sebuah kelas bimbingan dan pengajaran membaca Al-Quran yang beroperasi di rumah dan dikendalikan oleh orang perseorangan . Ianya mula beroperasi sekitar Mac 2007 hasil usaha dan titik peluh sepasang suami isteri iaitu Ustaz Sharifuddin dan Ustazah Mazilah. Kelas bimbingan ini bermula dengan 2 orang pelajar sahaja yang mana kedua-duanya itu merupakan anak buah kepada Ustazah Mazilah, yang mana ketika itu baru berpindah ke kawasan tersebut yang mana tiada kelas bimbingan mengaji Al-Quran. Atas rasa tanggungjawab mendidik dan mengasuh generasi muda untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber hidup, kedua-duanya mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan kelas tersebut. Bermula dari itulah bilangan pelajar bertambah dari 2 orang sehingga mencecah ke 30 orang hari ini.

Gambar 1 : Sesi pengajaran sedang berjalan.

SUMBER KEWANGAN

Niat kedua-dua tenaga pengajar untuk mengajar dan membimbing pelajar-pelajarnya mahir membaca Al-Quran bukanlah untuk menambah pendapatan atau sekadar mengisi masa lapang. Oleh yang demikian, Ustaz Sharifuddin mahupun Ustazah Mazilah tidak meletakkan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh ibu bapa pelajarnya seperti kelas-kelas tuisyen yang lain. Ianya berdasarkan keikhlasan dan lebih kepada sumbangan, bukannya bayaran. Malah apabila ditanya berapa jumlah yang diterima setiap bulan hasil dari kelas mengaji al-quran, dengan rendah dirinya mengatakan beliau tidak pernah melihat berapa jumlah yang diberikan oleh ibu bapa pelajar-pelajarnya, malahan terus dimasukkan ke dalam satu bekas khas.

Kebiasaannya sumbangan yang diterima oleh beliau akan digunakan untuk membelikan Al-Quran atau hadiah yang akan diberikan kepada pelajar-pelajarnya yang cemerlang sama ada khatam al-quran atau beralih ke juzuk yang baru sebagai satu galakan agar mereka berlumba-lumba untuk istiqamah ketika membaca Al-Quran. Selain daripada itu juga, pasangan suami isteri ini sering menjamu anak-anak didik mereka dengan sedikit juadah sebelum mereka pulang ke rumah.

PROSES PENGAJARAN BACAAN AL-QURAN.

i. Waktu pembelajaran : 8.00 hingga 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Ini waktu yang paling sesuai untuk kanak-kanak mengaji Al-Quran memandangkan kebanyakan anak-anak didik mereka bersekolah pagi dan petang.

Suasana yang tenang dan mudah untuk membaca.

ii. Kaedah Bacaan Al-Quran : IQRA

Kaedah yang digunapakai di sekolah rendah dan juga di SRA.

Mudah diikuti oleh pelajar-pelajar di peringkat awal.

iii. Pembentukan halaqat Al-Quran : TIADA

Menggunakan kaedah talaqqi musyafahah & Tikrar

Gambar 2 : Salah seorang pelajar sedang membaca Al-Quran.

Gambar 3 : Ustaz Sharifuddin sedang menjalankan kaedah talaqqi musyafahah.KELAYAKAN ATAU KEBOLEHAN GURUUstaz Sharifuddin merupakan seorang Guru Pendidikan Islam yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur. Selain daripada mengajar mengaji di rumah, beliau juga merupakan tenaga pengajar sambilan di masjid berhampiran rumahnya pada hari Sabtu dan Ahad.

Manakala isterinya pula, Ustazah Mazilah juga merupakan seorang guru pendidikan islam di sekolah rendah dan telah mengajar hamper 10 tahun. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran secara PJJ di UKM dalam jurusan Ilmu Wahyu.

KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU.

Melalui sesi perbualan bersama kedua-dua tenaga pengajar ini, umur pelajar yang belajar mengaji adalah di antara 5 ke 13 tahun. Seramai lebih kurang 30 orang pelajar akan mengaji secara talaqqi musyafahah. Biasanya pelajar-pelajarnya akan sampai ke rumahnya sekitar jam 7.30 malam walaupun waktu mengaji bermula pada jam 8.00 malam.

Pelajar-pelajar akan diminta untuk ulang baca pada muka surat sebelumnya terlebih dahulu. Sekiranya mereka telah lancar, barulah digerakkan ke muka surat berikutnya. Pengalaman menerima beberapa orang pelajar yang buta huruf dan tidak tahu membaca langsung merupakan antara cabaran berat yang perlu dipikul dan digalas dengan penuh tanggungjawab. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-duanya untuk membantu pelajar tersebut agar dapat membaca dengan baik. Usaha mereka bukan setakat mengajar sahaja, malah cara lain yang digunakan juga antaranya membacakan ayat Surah Toha, melakukan solat hajat memohon pada Allah agar diterangkan hati dan juga memberikan air zam zam atau kismis. Alhamdulillah, berkat keikhlasan dan kesungguhan mereka berdua, pelajar-pelajar ini sudah boleh membaca dengan baik dalam tempoh paling lama iaitu 3 bulan.Selain dari itu juga ada pelajar yang terang hati boleh membaca dengan cepat. Contohnya seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun, yang waktu mula-mula datang belum tahu dan tidak kenal huruf. Namun tidak sampai 3 bulan, pelajar tersebut sudah boleh membaca hingga Iqra 3 dengan fasih. Hari ini beliau sudah bersekolah di Tahun 1 dan sudah membaca al-Quran dengan lancar dan fasih.

Gambar 4: Adik Aliya merupakan salah seorang pelajar yang terang hati dan mudah mengenal dengan cepat.

PERMASALAHAN YANG WUJUD.Beberapa masalah yang wujud dalam tempoh pengajaran Al-Quran ialah :

1. Ada segelintir pelajar yang tidak konsisten dari segi kedatangan. Sekiranya pada sebelah petang, mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar, kebiasaannya malam mereka tidak hadir kerana kepenatan. Ini menyebabkan mereka ketinggalan atau lupa.

2. Cuti sekolah, cuti mengaji Al-Quran.

Biasanya apabila cuti sekolah, kebanyakan ibubapa atau pelajar itu sendiri pun bercuti mengaji. Ini pun akan menyebabkan pelajar ketinggalan malah kadangkala lupa terus dan perlu mula dari awal.

3. Datang lewat, balik awal.

Ada sebahagian pelajar yang datang lewat tetapi nak balik awal atas beberapa alasan. Ini menyebabkan sesi pengajaran berjalan dalam tempoh yang singkat dan terkocoh-kocoh.

4. Mengaji semata-mata di kelas sahaja tetapi tidak di rumah.

Segelintir pelajar yang hanya membuka al-Quran dan membacanya ketika sampai di kelas mengaji sedangkan di rumah tiada latihan. Ini menyebabkan pelajar agak lambat dan sukar untuk membaca dengan baik dan lancar.

Gambar 5 : Sebahagian daripada pelajar-pelajar sedang menunggu giliran mengaji.

RUMUSAN

Hasil daripada temubual dengan beberapa orang pelajar, rata-ratanya mengatakan bahawa mereka seronok belajar mengaji di Baitus Saadah kerana ustaz dan ustazah mengajar dengan baik. Kebanyakan mereka menunjukkan minat dan kesungguhan ketika membaca al-Quran. Inisiatif yang diberikan oleh kedua-dua tenaga pengajar ini kepada pelajar-pelajarnya menjadi faktor penggalak untuk mereka berlumba-lumba memperbaiki bacaan al-Quran.Keikhlasan dan kesungguhan mereka berdua ini dalam meneruskan kesinambungan warisan Nabi Muhammad s.a.w ini perlu dijadikan contoh oleh umat islam yang lain. Agak sukar dalam suasana hari ini orang mengajar sesuatu tanpa mengharapkan balasan terutama dari aspek kewangan. Namun itulah yang dilakukan oleh pasangan ini. Hanya Allah Taala yang akan membalas dan membayar niat suci mereka untuk mendidik generasi muda hari ini celik al_Quran dan membudayakan membaca al-Quran setiap hari.10