Assignment Ulumul Quran 2014

Embed Size (px)

Citation preview

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN KERTAS CADANGAN

PENGENALAN

Perkataan Ulum () adalah merupakan lafaz jamak daripada perkataan ilm (). Perkataan Al-Quran pula ditakrifkan sebagai Kalamullah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, di riwayatkan secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai satu ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas. Ini bermaksud, Ulum Al-Quran adalah merupakan satu gagasan ilmu yang mana ia mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, Asbab Nuzul, Al-Makki, Wal-Madani, Nasikh Mansukh, peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya, perumpamaan-perumpamaan, tertib surah dan sebagainya. Menurutpendapat Zarqani,Ulum Al-Quran bemaksud ilmu yang berkenaan dengan Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, Ijaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran. Bagi Imam Al-Suyutipula, beliau menegaskan bahawa Ulum Al-Quran ialah Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang Al-Quran dari segi penurunannya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.Kesimpulannya, Ulum Al-Quran adalah merupakantarkib idhafi( ) yang boleh diertikan sebagai Sekumpulan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Perkataan ilmu menjadi jamak kepada perkataan ulum kerana ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran meliputi banyak skop atau cabang.Contohnya ilmu Tafsir, ilmu Qiraat, ilmu Rasm Uthmani, ilmu Ikjaz, ilmu Asbab Nuzul, ilmu Nasikh Mansukh dan sebagainya.

LATAR BELAKANG

Kemahiran dan kebolehan untuk membaca Al-Quran merupakan antara kemahiran awal dan utama yang perlu dimiliki oleh orang Islam (Maimunah Ismail, 1995; Muhamad Endut, 1992; Wan Bakar Wan Dagang, 1994). Penekanan ini telah digambarkan dengan jelas oleh Allah seawal wahyu yang pertama diturunkan dalam sejarah Islam yang memerintahkan agar umat Islam berupaya untuk membaca, khususnya Kalam Allah bagi membolehkan mereka memahami dan menghayati ajaran yang baru diturunkan itu. Justeru itu, sejarah perkernbangan pendidikan dalam Islam amat berkait rapat dengan pengajaran Al-Quran kepada anak-anak, Ibnu Khaldun (2000) dan Al-Qabisi sebagaimana yang dinyatakan oleh An-Nukmy (1995), telah meletakkan pengajaran Al Quran sebagai kurikulum utama dan yang paling awal diajarkan kepada anak-anak Muslim pada rnasa itu, Ia penting, rnenurut mereka, kerana pengajaran Al-Quran mampu memberikan as as akidah yang kukuh dalam diri anak-anak.Ekoran daripada keutamaan dan kepentingan penguasaan kemahiran ini dikalangan Muslim, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Menengah (KBSM) yang digubal bagi menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Menengah (KLSM), hasil daripada Laporan Kabinet 1979, menggariskan bahawa antara matlamat dan objektif Pendidikan Islam adalah untuk memastikan pelajar Muslim mempunyai kemahiran untuk membaca Al-Qur'an setelah tamat persekolahan mereka (Maimunah Ismail, 1995).

MATA PELAJARAN ULUM AL-QURAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Perubahan kurikulum ini adalah didasarkan kepada dapatan hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, yang mengkaji mata pelajaran Pendidikan Islam untuk tempoh dua puluh tahun (1962-82) menunjukkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah masih berada di tahap yang kurang memuaskan dalam pendidikan Al-Quran (Zainal Abidin, 1990). Sehubungan dengan itu, KBSR mula diperkenalkan secara berperingkat bermula tahun 1982 melibatkan 302 buah sekolah dan sepenuhnya pada tahun 1983 (Malaysia,1984). KBSM pula mula diperkenalkan pada tahun 1988 sebagai kesinambungan kepada KBSR. Semakan dan perubahan kurikulum yang diperkenalkan turut mempengaruhi dan me1ibatkan Pendidikan Islam sebagai salah satu mata pelajaran teras kurikulum ini yang telah menjadikan pelajaran Al-Quran sebagai teras pengajarannya (Fazlina Fadzil,1999).Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan bahawa dalam KBSM, mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada dua komponen utama, bidang Tilawah Al-Quran dan bidang Ulum syariah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan, bidang Tilawah Al-Quran diperuntukkan masa sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran ini (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988). Bidang Tilawah Al-Quran ini pula terbahagi kepada dua aspek berikut; (Maimunah Ismail, 1995; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)a. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul mengikut hukum-hukum tajwid serta memahami secara keseluruhan ayat-ayat tertentu berdasarkan tajuk-tajuk yang sesuai.

b. Menghafaz ayat-ayat tertentu mengikut hukum tajwid untuk amalan doa, wirid dan tahlil.

Wan Bakar Wan Dagang (1991) pula menyatakan bahawa objektif Tilawah AlQuran KBSM adalah bagi;

1. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal Al-Quran dengan baik dan fasih;

2. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal Al-Quran di sekolah dan juga di luar sekolah;

3. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan Al-Quran;

4. Pelajar yang sentiasa menghayati Al-Qur'an dalam kehidupan individu dan berjemaah.

KERTAS CADANGANMENJADIKAN MATA PELAJARAN ULUM AL-QURAN SEBAGAI SUBJEK ELEKTIF DI PERINGKAT SEKOLAH(MENENGAH ATAS)

PENDAHULUAN Al-Quran al-Karim merupakan kitab panduan hidup yang diturunkan kepada manusia. Ia bukan sahaja menjadi pedoman hidup dari sudut hukum-hakam serta iktibar dari kisah-kisah umat terdahulu, bahkan ia juga merupakan panduan dan rujukan dari aspek bahasa Arab. Bermula dengan usaha memelihara kesuciannya dari kesalahan membaca (al-lahn) dan memahaminya maka lahirlah ilmu nahu.Al-Quran al-Karim mempunyai pengaruh yang amat besar dalam ilmu nahu. Ia bukan saja penyebab utama kepada kemunculan dan penyusunan ilmu ini sehingga ia menjadi satu disiplin ilmu yang sangat sistemetik, malah ia merupakan sumber utama dalam pembinaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedahnya, di samping terdapat sumber sumber asas yang lain iaitu pertuturan orangorang Arab (Kalam al-Arab ) dan Al-Hadithal-Nabawiyy dan al-Qiyas.Dr.Abdul al-lim Mukram mengatakan kalaulah tidak kerana al-Quran, nescaya ilmu nahu ini tidak akan berkembang sehingga ia menjadi satu disiplin ilmu yang lengkap. Pengaruh al-Quran dapat dilihat dengan jelas dalam pengkaedahan nahu, sama ada ahli nahu Basrah mahupun Kufahdan Baghdad. Kekuatan pengaruh al-Quran dalam pengkaedahan ilmu nahu amat jelas. Selain daripada menjadi asas kepada pembinaan kaedah-kaedah nahu, ayat-ayatnya juga dijadikan sebagai sumber pengukuhan kepada kaedah yang sedia ada, yang telah diguna pakai dalam pertuturan mereka, syair-syair dan prosa-prosa. Al-Quran juga dijadikan hujjah bagi membatalkan kaedah dan peraturan sedia ada yang telah diguna pakai di kalangan orang-orang Arab.Salah satu cabang ilmu nahu ialah gaya bahasa. Kekayaan al-Quran dengan gaya bahasa menjadikan ia amat indah untuk diamati dan dikaji. Penulis merasakan kajian terhadap gaya bahasa yang wujud didalam al-Quran perlu digiatkan bagi menambah kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran itu sendiri, disamping mengetahui rahsia disebalik penggunaannya, kerana setiap gaya bahasa yang digunakan adasignifikannya tersendiri.Gaya bahasa yang wujud dalam bahasa Arab terbentuk dari tiga unsur utama, iaitu kata nama kata kerja dan partikel. Dari tiga unsur ini dibina ayat-ayat dan gaya bahasa tertentu bagi menyampaikan mesej kepada pendengar. Salah satu gaya bahasa yang wujud dalam al-Quran dan sistem sintaksis bahasa Arab yang amat menarik untuk dikaji dan diketengahkan ialah gaya bahasa syart. Di mana selain ia mempunyai makna juga mempunyai disiplin dan peraturan tertentu yang tersendiri gaya bahasa syart perlu dikuasai oleh seorang pelajar dan penutur bahasa Arab

MATLAMATMatlamat menjadikan Ulum Al-quran sebagai subjek elektif di peringkat menengah atas adalah untuk melahirkan pelajar yang berilmu dalam bidang al-quran dengan lebih mendalam seiring dengan Falsafah Pendidikan Islam dan berwawasan sesuai dengan visi dan misi sekolah. Di tingkatan ernpat, pelajar akan diberikan pilihan untuk rnengikuti aliran pilihan mereka berdasarkan kepada pencapaian dan keputusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Umurnnya aliran yang ditawarkan meliputi aliran Sastera Ikhtisas, Sastera Perakaunan, Sains Tulin, Sains Perakaunan, Agama Tulin dan Agarna Perakaunan. Bagi pelajar yang mengikuti aliran Agama Tulin atau Agama Perakaunan, mereka dikehendaki untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran atau Ulum Al-Quran dan As-Sunnah (PQS). Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah yang diperkenalkan bermula tahun 1995 turut menjadikan kemahiran pel ajar untuk membaca al-Qur'an sebagai salah satu objektifnya yang utama (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),Xementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2002). Oleh kerana mata pelajaran ini hanya diperkenalkan kepada pelajar di tingkatan empat dan lima, kemahiran pelajar untuk menguasai kemahiran ini di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah banyak mempengaruhi tahap kemahiran mereka di peringkat ini (Che Pee Saad, 1993). Pembelajaran Tilawah Al-Quran di sekolah menengah sekarang merupakan sebahagian daripada kandungan Pendidikan Islam yang berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan mulai 1988. Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum, kurikulum baru Pendidikan Islam mula menggantikan kurikulum lama Pendidikan Islam yang telah digunakan sejak 1982 di sekolah menengah. Semakan kurikulum Pendidikan Islam KBSM oleh JAPIM pada 2002 membawa kepada perlaksanaan kurikulum baru mulai 2003 pada peringkat Tingkatan 1. Kini, kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM terbahagi kepada bidang-bidang berikut; Pertama, Tilawah Al-Quran yang merangkumi bacaan, hafazan dan kefahaman dan Hadis; Kedua, Ulum Syariyah yang merangkumi Akidah, Ibadah, Sejarah Nabi Muhammad s.a.w dan Tamadun Islam dan akhir sekali Adab dan Akhlak Islamiah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005). Manakala peruntukan masa pengajaran Pendidikan Islam bagi peringkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam waktu seminggu dan bagi peringkat menengah atas ialah 160 minit atau empat kali seminggu.

OBJEKTIFBerikut ialah objektif yang ingin di capai sekiranya setiap pelajar mempelajari serta mendalami ulum al-quran.i. Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam al-quran.ii. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-quran semenjak ia diturunkan sampai sekarang dimana jalan penyampaiannya adalah secara mutawatir. iii. Dapat mempelajari ilmu serta ayat nasikh dan mansukh, asbab al-nuzul dan perkara-perkara yang berkaitan dengan al-quran. iv. Untuk memahami kalam Allah atau al-quran sebagaimana yang di terangkan oleh rasulullah, para sahabat dan tabiin. v. Untuk mengetahui method ahli tafsir mentafsir al-quran.vi. Mengetahui keistimewaan ahli tafsir mentafsir ayat-ayat al-quran.vii. Menarik minat pelajar untuk menjadi seorang pengkaji al-quran sebagai pewaris para ulama pada masa akan datang. viii. Memberi keyakinan kepada pelajar al-quran merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.

RASIONAL

a. Menyedari betapa cerdik pandai Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.b. Memberi keberkesanan yang lebih baik kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.c. Mendedahkan keberkesanan pelajar kepada perkembangan hukum hakam Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis.d. Membantu sekolah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan SPM.e. Menggabungkan tenaga semua pihak untuk mempertingkatkan prestasi kecemerlangan akademik pelajar.

HUBUNGKAIT PENDIDIKAN ULUM AL-QURAN DALAM PRINSIP KBSM

KBSM digubal berdasarkan prinsip-prinsip asas yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Prinsip-prinsip tersebut dapat diklasifikasi seperti yang berikut :

5.1Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah.

Pada peringkat rendah penekanan diberikan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Seterusnya kemahiran tersebut diperkembangkan dan diperkukuhkan pada peringkat menengah.5.2Pendidikan Umum Untuk Semua Pelajar.

Murid-murid pada peringkat menengah rendah dan menengah atas disediakan program pendidikan yang sama untuk memberi mereka peluang yang lebih luas bagi mendapat ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Mata pelajaran teras wajib diambil oleh semua pelajar bagi menjamin hasrat ini tercapai.

5.3Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada.

Kebanyakan mata pelajaran yang sedia ada dipelajari kurikulum lama sekolah menengah ( KLSM ) diteruskan dalam KBSM . Walau bagaimana pun organisasi kandungan dan penekanan dalam KBSM berbeza dengan KLSM.

5.4 Kesepaduan Antara Unsur-Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.

KBSM digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui mata pelajaran- mata pelajaran tersebut dapat menjamin aspek-aspek tersebut berkembang secara seiring dan memperlihatkan perkaitan antara satu sama lain.

5.5Penekanan Nilai-Nilai Murni.

Penyerapan nilai-nilai murni dilaksanakan dengan menyeluruh melalui semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai Nilai Merentas Kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni secara khusus terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid Muslim dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Muslim

5.6 Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu.

Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab dan Inggeris. Pendekatan ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

5.7Pendidikan Seumur Hidup

Kurikulum menengah menekankan pemupukan minat terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran belajar supaya muridmurid dapat memiliki sikap yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha mencari ilmu dan mengembangkan ilmu.

PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN ULUM AL-QURAN

Pendidikan Ulum Al-Quran Dan Al-Sunnah (PQS) adalah merupakan salah satu mata pelajaran elektif Pengajian Islam yang ditawarkan kepada semua murid sekolah menengah peringkat SPM. Secara umumnya mata pelajaran ini diambil oleh murid-murid dari SMKA, KAA dan SMA. Mata pelajaran Ulum Al-Quran ini mula diajar kepada murid tingkatan 4 pada tahun 1992 dan pada tahun 1993 merupakan kali pertama murid tingkatan 5 mendudukinya dalam peperiksaan SPM.

Sukatan Pelajaran Ulum Al-Quran ini belum disemak sejak ianya mula diperkenalkan sehinggalah pada semakan kali ini. Semakan ini adalah atas arahan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Januari 1999, supaya dilakukan semakan kepada kurikulum dengan menumpukan kepada teks kurikulum dan kaedah pengajaran. Semakan bertujuan mempertingkatkan keberkesanan dalam Pendidikan Islam serta memberi penekanan terutamanya kepada pembinaan tamadun, pembangunan umat Islam, pembangunan bangsa dan negara yang menyeluruh.

Pada tahun 1999, pihak Jawatankuasa Kurikulum Pusat telah memaklumkan bahawa kurikulum semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Ulum Al-Quran dan Al-Sunnah perlu disemak semula dan merancangkan pelaksanaannya mulai tahun 2003. Pada tahun 2000 Sukatan Pelajaran Ulum Al-Quran yang disemak semula telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Perlembagaan Malaysia :

Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Akta Pendidikan 1996 :

Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya. Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.

Jemaah Menteri

Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.284/971/75 Pada 02 Julai 1975 membincangkan kertas rancangan Kementerian Pelajaran mengambilalih sebuah Sekolah Menengah Ugama daripada tiap-tiap satu negeri :

Perkara 8 (b) Sekolah-sekolah yang diambilalih itu seperti di (a) di atas hendaklah tertakluk kepada Akta Pelajaran 1961 serta pindaan-pindaannya, dan peraturan Kursus Pengajian 1956 dengan diberi perhatian khas mengenai Pengajian Ugama serta Bahasa Arab

Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997 :

Perkara 3 (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut :(d)Mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;

Jadual 9 : Mata Pelajaran Elektif Peingkat Menengah Atas :Kumpulan IV ( Pengajian Islam )(a)Tasawwur Islam;(b) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah(C) Pendidikan Syariah Islamiah.

Jadual 14 : Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Menengah Atas ( 40 minit suatu waktu )

Tasawwur Islam:4Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah:4Pendidikan Syariah Islamiah:4

ORGANISASI SUKATAN PELAJARAN

Matlamat

Matlamat utama mata pelajaran Pendidikan Ulum Al-Quran dan Al-Sunnah adalah untuk mendalami Al-Quran dan Al-Sunnah, dan ilmu yang berkaitan dengannya dalam memberi sumbangan kepada pembentukan dan perkembangan diri serta tamadun untuk menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang bertaqwa.

Objektif

Kurikulum Pendidikan Ulum Al-Quran dan Al-Sunnah membolehkan murid mendapat:

i.Membaca, menghafaz, memahami, mengamal dan menghayati kandungan Al- Quran dalam kehidupan.ii. Membaca, memahami, mengamal dan menghayati kandungan Hadis Rasulullah S.A.W. iii.Memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran dari aspek sejarah, sebab-sebab nuzul ayat serta pengumpulan Al-Quran.iv.Mengenali,memahami dan menghurai istilah-istilah tertentu yang digunakan dalam Ulum al-Hadis.v.Beradab dan berakhlak mulia dan terpuji, memelihara perpaduan ummah dan sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara.vi.Menghargai dan menghayati perkembangan dan kemajuan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kini dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial, politik dan pembangunan.vii. Mengenali, menyanjungi dan mencontohi tokoh dan ahli fikir Islam yang terkemuka.

ORGANISASI KANDUNGANTujuan sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah ialah untuk memperkayakan para pelajar dengan ilmu Al-Quran dan Al-Sunnah serta memantapkan kefahaman mereka mengenai konsep-konsep dan huraian ilmu Al-Quran dan Al-Sunnah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang dalam dan luar bilik darjah. Mata pelajaran ini mengandungi bidang-bidang Pengajian Al-Quran, Ulum Al-Quran, Pengajian Al-Hadis, Ulum Al-Hadis, Akhlak dan Tamadun Islam.Bidang Pengajian Al-Quran menekankan aspek membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat tertentu. Sementara Ulum Al-Quran membicarakan mengenai Al-Quran, wahyu dan sejarah penulisan Al-Quran. Manakala Pengajian Al-Hadis menghuraikan hadis-hadis tertentu yang berkaitan dengan aspek budaya ilmu, budaya kerja, akhlak dan tamadun manusia. Ulum Al-Hadis pula membincangkan kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Seterusnya bidang akhlak menjuruskan kepada pembentukan sifat-sifat mulia dan terpuji di kalangan pelajar. Akhirnya bidang Tamadun Islam memberi tumpuan kepada aspek perkembangan dan kesan tamadun Islam yang mencorakkan tamadun manusia dalam kehidupan sosial, pendidikan, politik dan ekonomi untuk dijadikan teladan. Bidang ini juga membicarakan sumbangan tokoh-tokoh Islam terkemuka.Bidang-bidang tersebut di atas merupakan kesepaduan dan penggabung-jalinan ilmu yang berpaksikan akidah Islamiah yang dapat melahirkan generasi yang sanggup dan dapat memajukan diri, bangsa dan negara berasaskan ajaran Islam sebenar.

PENGAJIAN AL-QURAN

Mata Pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Pendidikan Islam yang wajib di ajar kepada semua murid yang beragama Islam, sama ada peringkat rendah dan menengah. Di peringkat menengah atas pelajar diberi pilihan untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai mata pelajaran elektif. Diharapkan melalui mata pelajaran elektif ini pelajar dapat memperkayakan lagi pengetahuan, kemahiran dan penghayatan yang berkaitan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah untuk diamalkan dan dihayati dalam kehidupan seharian.Bidang Pengajian Al-Quran menekankan aspek membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat tertentu. Ayat Al-Quran dipilih berdasarkan tema tertentu berkaitan dengan kehidupan murid atau yang perlu untuk kefahaman, amalan dan pembentukan akhlak. Komponen bidang ini merangkumi ayat tilawah, kefahaman dan hafazan. Ini merupakan penerusan pengajaran dan pembelajaran kepada murid Islam dalam pengajaran Tilawah Al-Quran.

CIRI-CIRI PENGAJARAN PENGAJIAN AL-QURAN.

Bidang Pengajian al-Quran menumpukan perkara-perkara berikut :-

i. Kemahiran lisanii. Aspek kelancaran bacaaniii. Penguasaan kemahiran fasahahiv. Kemahiran bacaan secara tartilv. Penguasaan Tilawah secara tertil (kelancaran,Tajwid dan Fasohah)vi. Hafazan teksvii. Kefahaman teksviii. Amalan adab-adab berkaitan al-Quran.ix. Amalan atau aplikasix. Penghayatan

KUMPULAN SASARAN Pelajar menengah atas (tingkatan 4 dan 5 )

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

PENUTUPUlum Al-quran adalah ilmu yang membahas segala hal yang berhubung dengan al-quran dan ilmu-ilmu yang disandarkan dengan al-quran sebagai penunjang untuk memahami al-quran secara luas dan mendalam.