assingment HBSC3303_V2 SCHOOL SCIENCE CURRICULUM 2015.doc

Embed Size (px)

Citation preview

SARJANA MUDA PENGAJARAN (AMBILAN KHAS OKTOBER 2012)HBSC3303_V2

SCHOOL SCIENCE CURRICULUM

SEMESTER SEPTEMBER 2015NAMA

AZNIRAWATI BINTI MOHD AZIZI

NO. MATRIC

(780601045360002)

NO. KAD PENGENALAN

780601-04-5360

NO.TELEFON

013-6105350

E-mail Address

[email protected] Centre MELAKA LEARNING CENTRE (M02)

ISI KANDUNGAN

NOTAJUKMUKA SURAT

1Pengenalan2

2Empat Prinsip Prinsip KSSR5

3Komponen Sains Dalam Keperluan Murid Abad Ke - 2110

4Perlaksanaan Dan Kejayaan Sains Dalam Menjana Keperluan Murid Abad Ke - 21 19

5Kesimpulan25

6Rujukan27

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah Negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan Negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan disamping untuk membasmi buta huruf dikalangan rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan Negara. Kurikulum dan system peperiksaan yang sama serta penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama system persekolahan adalah antara perkara yang diberikan penegasan dalam perlaksanaan pendidikan selepas merdeka. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi menkaji seterusnya memberikan cadangan tentang penambahbaikkan perlaksanaan system pendidikan Negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 1979 telah membawa impak yang besar kepada scenario pendidikan Negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982. KBSR memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR selepas ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berdasarkan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada tahun 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah dinegara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke -21.

Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada pembangunan globalisasi. Cabaran diperingkat ini dimana global sifatnya yang berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlulah selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistic dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa melahirkan model insan yang seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran yang akan mendatang. (KPM, 2010). Ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya system pendidikan di Malaysia memberikan penekanan kepada Pembangunan Model Insan; penghasilan pelajar yang celik minda ; pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program pembangunan akal manusia dalam menghasilkan insan ulul-al-bab. Justeru itu mulai 2011 Kurikulum Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 50 buah menjalani ujian rintis bagi semua matapelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi matapelajaran yang terpilih sahaja. Perkeliling Ikhtisas Bil 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk semua murid tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul al-bab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan bekalan untuk menghadapi cabaran

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu.

Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :- kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusan2.0 Empat Prinsip KSSR

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahanBahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2.1 sebagai prinsipnya. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai.Pendekatan BersepaduTumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara MenyeluruhKSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua MuridKSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur HidupKSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Bentuk KurikulumKonsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993. Melalui konsep kesepaduan, gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan; yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai the whole is greater than the sum of the parts. Dalam konteks kesepaduan KBSR, pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang, meyeluruh dan bersepadu. Sehubungan itu, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup.

Rajah 2.0

Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni.Standard KandunganStandard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan. Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, bahan kurikulum, fokus kurikulum, dan penilaian. Daripada aspek reka bentuk kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya.

Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitutunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras, mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun). Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Dalam KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak dilakukan. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan.3.0 Cabaran Sains terhadap Keperluan Murid Abad Ke 21

Bertepatan dengan fasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagimemastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telahdiperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar k epada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sebelum Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003.Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemenkreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggiserta berkeperibadian mulia.Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21,dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif daninovasi dalam sistem pendidikan mereka sebagai kunci kejayaan dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan danpembangunan (R&D) dalam bidang Sains.

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elementersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global.Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasiKSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahanuntuk menghadapi cabaran yang mendatang.Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif daninovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.Keupayaan negara menghasilkan modal insan berkualiti sememangnya tidak bolehdisangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa.Namun, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspekpembangunan negara.Menyediakan Generasi Saintifik Masa Hadapan dalam Menongkah Cabaran Abad ke 21

Pendidikan dan proses P&P kini semakin mencabar dan keberhasilan P&P perlu mengarah kepada penghasilan insan yang peka terhadap krisis dunia yang semakin meruncing meliputi tenaga dan pengeksploitasian sumber, pencemaran alam dan perubahan iklim, pertanian dan kecukupan makanan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dalam melestarikan pembangunan dan menjana ekonomi sejagat. Pendidikan holistik dan bersepadu yang perlu dikembangkan seharusnya tidak lagi melihat bidang-bidang terceruk sebagai pengkhususan yang menjurus kepada kerjaya eksklusif individu tetapi pendekatan rentas bidang ke arah pembinaan insan yang lebih menyeluruh (syumul, holistik), serta lebih bersedia mendepani dan menyelesaikan masalah-masalah sejagat. Dalam usaha menghasilkan insan seperti mana yang dicitrakan menjelang Malaysia Negara Maju 2020, ilmu sains tidak boleh lagi diajar secara diskret seperti mana yang lazimnya diamalkan, bahkan ia perlu disepadukan dengan ilmu yang berteraskan Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sebagai Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendukung falsafah pembinaan insan yang menyepadukan iman, ilmu, amal serta teori, dan tidak ketinggalan teknologi, usaha yang mampan diperlukan dalam menghasilkan pengalaman pembelajaran STEM yang bukan hanya menyepadukan penemuan terkini dalam penyelidikan pendidikan sains, bahkan ia turut perlu didasarkan kepada ilmu alQuran dan Hadis. Kesepaduan ini cuba diungkapkan dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih konkrit dan boleh garap(hands-on)serta menyasarkan generasi yang lebih umbi supaya akhirnya terbina lah insan berilmu yang dinamaiUlul Albab. Hasrat inilah yang telah diusahakan oleh Kelompok Penyelidikan Peradaban dan Pendidikan STEM yang terdiri dari Kumpulan Penyelidikan Pendidikan STEM, STEMind (STEM Islamik dan Dakwah) dan Pendidikan Ruhiyy Ilmu Sains Matematik (PRISMa). Tumpuan yang diberikan oleh Kelompok Peradaban dan Pendidikan STEM ialah memastikan sinergi dalam penggembelengan usaha ke arah penguasaan konsep asas STEM yang bermakna, peningkatan kemahiran pedagogical STEM ke arah pemugaran minat terhadap mata pelajaran tersebut dan di tahap yang lebih ideal, menghasilkan insan yang syumul dan holistik melalui aktiviti pengayaan STEMind.Pemupukan minat terhadap sains dan teknologi hanya boleh dilentur seandainya pelajar mempunyai latar belakang pemahaman dan penguasaan konsep asas sains dan matematik yang bermakna. Dalam konteks ini, Kumpulan Pendidikan Ruhiyy Ilmu Sains Matematik (PRISMa) telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan minat masyarakat, terutama pelajar sekolah terhadap subjek matematik, melakukan anjakan paradigma terhadap subjek matematik, mempopularkan subjek matematik dalam kalangan masyarakat, menggalakkan pelajar menjurus dalam bidang Sains amnya dan matematik khasnya dan memperlihatkan peranan dan kedudukan matematik dalam kehidupan seharian. Usaha ini kemudiannya digandingkan dengan tumpuan yang diberikan oleh penyelidikan Kumpulan Pendidikan STEM yang menjuruskan usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran pelajar dan pengajaran guru dalam mata pelajaran asas sains dan matematik. Kepercayaan dan pengetahuan guru dicungkil, kemahiran dan bakat pedagogi mereka digilap dan penglibatan pelajar melalui pembelajaran aktif diperkasakan melalui penyediaan pelbagai modul pembelajaran seperti Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Berasaskan Permainan, Pembelajaran MenggunakanGraphic Calculator, Pembelajaran Berperantarakan Agen Pedagogi, Pembelajaran Berasaskan Otak serta banyak lagi seperti mana yang terhimpun dalam direktori penyelidikan Pendidikan STEM. Tidak ketinggalan, penyelidikan turut menumpukan kepada pelajar terpinggir dan tidak beruntung agar ilmu jurang pengetahuan sains dan matematik dapat dikurangkan sekali gus membuka peluang pendidikan untuk semua. Dalam memastikan misi tersebut terjelma nyata dalam konteks perkembangan pendidikan sains glokal, Kumpulan Pendidikan STEM turut prihatin kepada perkembangan profesionalisme guru dengan menerajui penyelidikan yang menumpukan kepada peningkatan kemahiran pedagogi isi kandungan guru untuk pengajaran secara formal mahupun informal. Kepercayaan turut diberikan kepada Kumpulan Penyelidikan STEM untuk mempelopori kajianLesson Studydi Malaysia yang antara lain, bertujuan meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui penilaian dan usaha kolaboratif rakan sebaya serta penilaian keberkesanan latihan guru STEM di Malaysia.

Manakala penyelidikan yang dilakukan oleh Kumpulan STEMind merupakan penyelidikan unik rentas bidang yang telah menggabungkan keupayaan Bidang Tafsir sehingga penterjemahan dan tadabbur ayat-ayat yang disepadukan dengan Pandang Alam dan terbitan teknologinya sebagaimana yang diwawaskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kumpulan yang disertai oleh ahli akademik pelbagai lapisan ini mempunyai halatuju untuk menyepadukan elemen STEM berteraskan Tauhid atau Sains Tauhidik melalui kajian pembangunan, penilaian dan intervensi P&P bersepadu dan disampaikan kepada generasi yang lebih umbi melalui proses pemindahan ilmu(knowledge transfer)secara terus dan berperantara. Selain itu, jati diri kebangsaan yang bertapak dalam alam Melayu juga dibina semula dengan memberi kesedaran akan kekayaan dunia dan kebudayaan Melayu dalam membentuk nilai-nilai murni budaya bangsa. Sejak penubuhan kumpulan pada Tahun 2012, STEMind telah membina modul-modul pemerkasaan Ulul Albab berasaskan kepada ayat-ayat AlQuran dan AlSunnah yang dikelompokkan kepada enam komponen pembina:

a) modul-modul Jati Sedar Diri Manusia Sebagai Khalifah (Modul Ana Khalifah) secara gabungan pendekatan ampuh Sunnatullah dan Sunnah Rasul, dengan pendekatan santai dan berinovasi;

b) modul-modul Ibadah Harian yang diperkukuhkan pemahamannya dengan penemuan sains dan pembangunan teknologi terkini dalam meningkatkan rasa khusyu. Ini termasuklah kefahaman terhadap analisis kitar hayat air dan teknologi penjimatan air, kajian biomekanik (matematik) dalam rukun fili solat serta teknologi laser (inframerah) dalam pembetulan arah qiblat.

c) Modul-modul perkasa jasmani dan kerohanian yang melibatkan hasil-hasil kajian terhadap makanan dan pemakanan yang disebut dalam alQuran dan Hadis, kaedah pengesanan penyakit melalui pembedahan mikro dan pengesan pengimejan digital 2D dan 3D, serta fisiologi, biofizik dan matematik dalam Sunnah Riadah larian, berenang, berkuda, memanah dan beradu tenaga;

d) Modul-modul pandang dan tadabbur alam yang meliputi pemerhatian dan cerapan terhadap angkasa, alam batuan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga sosial yang menerbitkan faham terbitan teknologi biomimetik;

e) Modul-modul teknologi maslahah ummah yang bermula dengan terjemahan pandang alam kepada teknologi beinspirasikan hayat dan alami yang menerbitkan teknologi penerbangan, pergerakan dan kecerdasan buatan pada robot-robot, kepada pertanian bioteknologi moden hingga pencetusan pembangunan lestari dan tauhidik; dan akhir sekali

f) Modul-modul Kesarjanaan Islam yang membina kemahiran insaniah bagi menyampaikan dakwah berhikmah meliputi penulisan, pengucapan umum, pengenalpastian dakyah alam siber dan perkongsian pengalaman oleh penyelidik, penulis, perekacipta dan pendakwah bukan popular.Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan.Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakangperniagaan.Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan.Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yangperlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan harusdipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam persaingan global.Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR pada tahun hadapan.Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan.Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalammendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada didalam bilik darjah sahaja.Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :- kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusanDalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut; Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving

Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

Literasi Maklumat (Information Literacy)

Literasi Media (Media Literacy)

Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)

Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)

Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;

menguasai subjek (kandungan kurikulum)

mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

memiliki kemahiran kaunseling

menggunakan teknologi terkiniManakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;

Berupaya membuat hubung-kait

Bijak menyoal

Yakin berkomunikasi

Mengambil risiko

Dahagakan ilmu

Ingin tahu

Menjana idea

Fleksibel

Tidak berputus asa

Mendengar dan membuat refleksi

Berkemahiran kritis

Menguasai kemahiran literasi

Berani mencuba

Mampu berfikir sendiri

Membuat inisiatif

Mampu bekerja dengan orang lain

Membuat perubahan

Berintegriti

Berkeperibadian tinggiPROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :1. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling.2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.3. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.5. Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.6. Mempunyai perasaan ingin tahu.7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.8. Tidak pernah berputus asa.9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan.10. Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.12. Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha untuk membuat perubahan.13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.14. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. 4.0 Perlaksanaan Dan Kejayaan Sains Dalam Keperluan Murid Abad Ke-21(a) Teknologi Maklumat/Komputer Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. (b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. (c) Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut: Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu) Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar. (d) Pendekatan Modular Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar. (e) Mastery Learning Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran. (f) 'Tracking' dan 'Banding' Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. (g) Sistem Kredit Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.Pembelajaran berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang projekyang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek, murid mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.Semasa melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan secara mendalam tentang projek berkenaan kerana: ia disusun atur sekitar persoalan terbuka atau cabaran yang membuatkan murid fokus dengan kerja atau tugas pembelajaran seperti menyoal, mengakses maklumat, merefleksi dan sebagainya. ia membuatkan murid ingin tahu dan memahami konten serta menguasai kemahiran murid perlu melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan projek. Proses inkuiri akan menggalakan murid menghasilkan idea-idea baru serta membuat interpretasi murid perlu terlibat dengan komunikasi seperti berkolaborasi dan bukan sekadar mengingati maklumat dan fakta (mereka perlu terlibat dengan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menghasilkan) murid perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek murid berpeluang untuk menyatakan pandangan serta pilihan mereka sendiri serta bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka (murid menjadi lebih aktif) melibatkan maklum balas (daripada rakan dan guru) dan mengulangkaji pelajaran berkongsi hasil dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas atau daripada kelas atau sekolah lain (apabila dimuatnaik menggunakan blog atau laman sesawang)

Teori Pembelajaran berasaskan E-pembelajaran Pembelajaran melalui streaming video ialah pembelajaran secara elektronik atau lebih dikenali sebagai E-pembelajaran. E-pembelajaran merupakan satu proses penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara bagi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN, atau Internet. Rangkaian elektronik yang dimaksudkan di sini ialah seperti internet, intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM. Bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi teks, animasi, grafik, simulasi, video dan audio (Koran, 2002). Menurut Rahimi, Zawawi & Wan Nordin (2005), E-pembelajaran merupakan kombinasi di antara teknologi elektronik dan elemen pendidikan. Cara pembelajaran ini memudahkan individu yang mengikuti sesi pembelajaran secara tersendiri dan bebas dengan mengikut keinginan dan keupayaan sendiri. E-pembelajaran merangkumi apa-apa bentuk pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Sistem penyampaian E-pembelajaran yang digunakan adalah tertakluk kepada percambahan evolusi sosioteknologi zaman kini. Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously (pada waktu yang sama) ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai grafik, teks, simulasi, animasi, video dan audio. Disamping itu, ia juga harus menyediakan kemudahan seperti kemudahan dalam bentuk pembelajaran secara berkumpulan dan dibantu dengan golongan professional dalam bidang tertentu secara dalam talian (Learnframe, 2000).E-pembelajaran mempunyai perbezaan dengan pembelajaran secara tradisional. Asep (2005) menyatakan bahawa pembelajaran secara tradisional menjadikan guru sebagai insan yang serba tahu dan bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Berbeza pula dengan E-pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran mereka kerana persekitaran pembelajaran yang aktif memaksa pelajar membuat perancangan dan mencari bahan pembelajaran hasil usaha dan inisiatif diri sendiri. Walaupun telah banyak kajian telah dijalankan, takrifan mengenai Epembelajaran masih lagi menyampaikan mesej yang sama iaitu Epembelajaran ditakrifkan sebagai pembelajaran yang menyediakan pengguna peralatan elektronik bukan sahaja bagi tujuan mempertingkatkan pengalaman dalam penyampaian ilmu pengetahuan, malah bertujuan untuk mendorong penggunaan teknologi secara kreatif melalui pengajaran dan pembelajaran (Wiles, 2003).a. Gambaran Mengenai Streaming Video

Warga pendidik merupakan golongan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik sering mencari alternatif yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan keberkesanan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. Kewujudan peningkatan rangkaian jalur lebar, kemudahan mengakses internet, dan kemudahan peralatan dan perisian audio dan video yang mesra pengguna telah menjadikan media tersebut sebagai satu penyelesaian yang praktikal untuk menyampaikan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran (Martindale, 2002). Pengajaran melalui streaming video boleh digunakan samada secara siaran langsung atau secara rakaman.

b. Pengintegrasian Streaming Video

Menjadikan streaming video sebagai salah satu medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dan idea baru bagi memastikan guru dan pelajar menjana kemahiran abad ke-21. Penggunaan streaming video dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kebaikan yang tersendiri iaitu: 1. Menggalakkan penglibatan secara aktif, kolaboratif dan interaktif (LTSN Generic Centre, 2003).

2. Lebih berpusatkan pelajar dimana pelajar aktif dan memainkan peranan penting dalam pembelajaran mereka (Koran, 2002). Pelajar mampu mengawal pembelajaran mereka dan belajar berdasarkan tahap kebolehan mereka sendiri (LTSN Generic Center, 2003).

3.Memudahkan guru dan pelajar mengakses, tanpa memilih masa, hala tuju serta kandungan pembelajaran mereka secara sendiri (Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005; LTSN Generic Centre, 2003).

4. Guru dan pelajar turut memperoleh manfaat dengan mengulang semula topik pelajaran yang kompleks agar dapat difahami (Michelich, 2002; Reed, 2003).

5. Penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara sistematik bagi guru dan pelajar agar dapat dijadikan rujukan dimasa hadapan kelak (LTSN Generic Center, 2003).

6. Guru dapat menghasilkan dan merancang bahan pengajaran dan pembelajaran secara profesional dengan menyelitkan ciri-ciri multimedia seiring dengan zaman teknologi masa kini agar dapat melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik (Garrison, 2001; LTSN Generic Centre, 2003).

7. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terus dan dapat dilihat dengan jelas melalui tayangan (Schmerbeck, 2000; Weiser, 2002).8. Mengurangkan bebanan guru dengan penjimatan masa dan tenaga dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan cepat kerana bahan boleh didapati secara atas talian (Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005).

9.Menarik perhatian pelajar kerana memaparkan isi kandungan pelajaran yang mudah difahami dan diserap oleh pelajar (Hartsell, T. & Yuen, S., 2006).

10. Boleh melatih, memotivasi dan memberi arahan yang wajar kepada pengguna bagi tujuan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara.5.0 Kesimpulan Pengintegrasian E-pembelajaran di Malaysia masih lagi berada di tahap permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi desakan ke atas penggunaan aplikasi ini sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, golongan pendidik perlu mempertingkatkan kemahiran dengan mengasah bakat bagi merealisasikan penggunaan E-pembelajaran secara streaming video dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seiring dengan zaman digital. Menjayakannya adalah satu cabaran. Maka, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan kejayaan penggunaan E-pembelajaran secara streaming video di masa akan datang. Dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional, konsep ini masih lagi baru dan memiliki banyak kekurangan bukan sahaja di kalangan guru dan pelajar, malah di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh yang demikian, persediaan dalam memperbaiki segala cabaran dan kelemahan perlu dilaksanakan bagi melahirkan pakar dalam bidang pendidikan demi memenuhi tuntutan masa depan. Perlaksanaan penggunaan E-pembelajaran secara streaming video diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru sejajar dengan abad ke-21 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelajar juga memperoleh manfaat menerusi penggunaan E-pembelajaran secara streaming video dalam pembelajaran mereka. Pelajar mempunyai ruang, masa dan pilihan sendiri dalam menentukan pembelajaran mereka.

Adalah penting bagi tenaga pengajar membantu pelajar memahami segala maklumat yang mereka peroleh dengan memberi mereka masa dan peluang menggambarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh semasa proses pembelajaran (Kolb, 1984). Perbezaan kebolehan dalam memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru kepada pelajar menyebabkan mereka mempunyai cara yang berbeza dalam memahami ilmu semasa proses pembelajaran. Adalah tidak wajar sekiranya kita menganggap kesemua pelajar akan memperoleh ilmu dalam masa yang sama melalui cara pengajaran yang sama dengan kaedah yang sama yang digunakan beberapa tahun lalu akan memberikan impak yang sama pada hari ini. Penggunaan teknologi digital sememangnya berlainan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain (Prensky, 2001). Penggunaan visual, audio, grafik dan kepantasan teknologi simulasi telah memberi impak yang signifikan kepada pelajar. Hasilnya, pelajar semakin memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif kini. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komuniksi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan E-pembelajaran secara streaming video dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan Epembelajaran dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang kritikal bagi mengkaji kesan integrasi E-pembelajaran secara streaming video terhadap kesediaan guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke- 21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar (Lima et al., 2004; Rabe & Cadorna-Carlow, 2007). Oleh yang demikian, semua pihak harus memberikan komitmen penuh dalam merealisasikan penggunaan E-pembelajaran secara streaming video dalam pendidikan teknik dan vokasional bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang. ( 6025 patah perkataan)

6. Rujukan Angeli, C. & Valanides, N. (2005). A Socio-Technical Analysis of Factors Affecting the Integration of ICT in Primary and Secondary Education. http://www.irma-international.org/viewtitle/20951/ (September 20, 2011).

Asep Herman Suyanto. (2005). Mengenal E-learning. [Atas Talian] www.ipi.or.id/elearn.pdf (July 6, 2011). Burnett, A., Maue, D., & McKaveney, E.. (2002).

Planning and Implementing Instructional Video. http://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-andimplementing-instructional-video.aspx (August 9, 2011). Carabaneanu, L., Trandafir, R. & Mazilu, M. (2006). Trends in E-learning. [Atas Talian] http://www.codewitz.net/papers/MMT_106- 111_Trends_in_E-Learning.pdf (September 9, 2011). Cuban, L. (2001).

Oversold and Underused: Reforming Schools through Technology. [Atas Talian] http://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20- %20oversold.pdf (September 20, 2011). Eteokleous, P. N. (2004).

Computer Technology Integration in Cyprus Elementary Schools. [Atas Talian] http://www.openthesis.org/documents/Computer-technologyintegration-in-Cyprus-43903.html (September 20, 2011). Garrison, W. (2001). Video Streaming into the Mainstream. Journal of Audiovisual Media in Medicine. 24(4), 174-178.

Hadjithoma Christina & Eteokleous Nikleia. (2007). ICT in Primary Schools: Explaining the Integration in Relation to Context. Mediterranean Journal of Educational Studies. 12(1), 1-25. [Atas Talian] http://www.um.edu.mt/__data/assets/pdf_file/0005/39380/23_MJES_ 1212007.pdf (August 5, 2011). Hartsell, T. & Yuen, S. (2006).

Video Streaming in Online Learning. Jurnal, 14(1), 31-43. [Atas Talian] http://digitalvideooverview.weebly.com/uploads/2/0/1/9/2019204/arti cle_6152.pdf (September 1, 2011). Hurst, P. (1981).

Some Issues in Improving the Quality of Education. Comparative Education, 17(2), 185-193.

PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH

PENDEKATAN BERSEPADU

PRINSIP KSSR

PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID

PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011).

26