23
AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL NO KAD MATRIK: 800206025322001 NO K/P: 800206025322 NO TELEFON: 0125415059 E-MAIL: [email protected] TUTOR : EN KARNAKARAN A/L GANASON PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

Assingment Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

asemblaj

Citation preview

Page 1: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE 2203

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL

NO KAD MATRIK: 800206025322001

NO K/P: 800206025322

NO TELEFON: 0125415059

E-MAIL: [email protected]

TUTOR : EN KARNAKARAN A/L GANASON

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: JANUARI 2015

Page 2: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

ISI KANDUNGAN M/S

1. PENGENALAN 1

2. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ASEMBLAJ 2D DAN 3D 4-5

3. PERKAITAN SENI ASEMBLAJ 2D DAN 3D DALAM ASPEK

ESTETIK, FUNGSI DAN MAKNA 6 - 7

4. HASIL KARYA

4.1 TEMA 8

4.2 PROSES PERKEMBANGAN IDEA 9

4.3 ALAT/BAHAN 10

4.4 TEKNIK 10

4.5 PENGARUH HASIL DAPATAN 10

5. PROSES MEMBENTUK ASEMBLAJ 11-13

6. KESIMPULAN 14

Page 3: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

1.PENGENALAN

Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan

pengguasaan jisim atau isipadu objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya.

Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang

benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Oleh itu dalam dalam penghasilan

arca asemblaj kriteria-kriteria tersebut perlu dilaksanakan bagi mendapatkan suatu hasilan karya

yang diingini. Sebagaimana yang diketahui asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun

dan mempunyai daya estetik atau cara perletakkan yang menimbulkan sesuatu makna atau lebih

dikenali sebagai cantuman bahan-bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk

satu kesatuan atau komposisi arca yang harmoni.

Jika ditinjau takrif bentuk tiga dimensi pula adalah merupakan objek yang bersifat konkrit,

berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia berupa objek semulajadi,

objek buatan manusia atau bentuk ilusi. Bentuk semulajadi dan buatan manusia boleh disentuh,

dilihat dan dirasa. Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa

kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi. Manakala bentuk 2-

dimensi (2D) adalah sebarang bentuk yang mempunyai panjang dan tinggi. Malahan bentuk 2D

terdiri daripada lukisan, sketsa dan lain-lain yang boleh dilihat satu arah.

Dengan itu, asemblaj (assemblage) bolehlah didefinisikan karya dua dimensi atau tiga

dimensi yang terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai. Ia merupakan cabang daripada

abstrak ekspressionisme. Arca asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar

tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul

‘Wall-scale-asemblaj’. Karya Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang

seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu cabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya

dari pelbagai bahan kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya

‘Homage to New York’ tahun 1960. Di peringkat awalan Robert Rauschenberg telah

menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi Marcel

Duchamp pula arca asemblajnya yang bertajuk ‘Bicycle Wheel’, ‘Green Monumenta V’ karya

Ramlan Abdullah, ‘Pemain Rebab 1’ karya Mad Anuar Ismail dan ‘Killing Tool’ karya Raja

Shariman Raja Azidin.

Page 4: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

CONTOH KARYA ASEMBLAJ

Anthony Lau –  Karya :“Rimba” Mad Anuar IsmailTajuk Arca :  "Pemain Rebat No.1" Tahun :1991,Bahan : Ukiran Kayu, Ukuran : 400 x 240 x 100cm

Azhar Abdul Manan 

Tahun: September, 1989, 

Tajuk Arca : "Aku Lihat Warisan yang Hilang"

Ukuran : 56x100x100cm

Page 5: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

Page 6: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

2. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ASEMBLAJ 2D DAN 3D

2.1 PERSAMAAN ASEMBLAJ 2DIMENSI DENGAN 3DIMENSI

Karya asemblaj dapat dihasilkan sama ada dalam bentuk 2 dimensi ataupun 3dimensi atau

kedua-duanya sekali. Oleh itu, setiap arca asemblaj 2D dan 3D akan mempunyai persamaan dari

segi permukaan arca tersebut. Dalam pada itu juga, pembinaan arca asemblaj tersebut turut

mempunyai persamaan dari segi tinggi.Ini kerana karya asemblaj samaada dalam bentuk 2D atau

3D mempunyai tinggi. Malahan ianya juga mempunyai persamaan dari segi panjang dalam

menghasilkan karya asemblaj 2D atau 3D. Persamaan asemblaj 2D dan 3D yang lain ialah

mempunyai bucu serta mempunyai sudut.Ini bagi memastikan setiap hasilan karya asemblaj 2D

atau 3D menepati unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan karya yang

berkualiti.

ASEMBLAJ 2D ASEMBLAJ 3D

MEMPUNYAI PERMUKAAN

MEMPUNYAI TINGGI

MEMPUNYAI PANJANG

MEMPUNYAI SUDUT

MEMPUNYAI BUCU

Page 7: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

2.2 PERBEZAAN ASEMBLAJ 2DIMENSI DENGAN 3DIMENSI

Jika ditinjau perbezaan dari segi ciri-ciri 2D dan 3D seni asemblaj ini mempunyai

perbezaan yang ketara. Dalam karya ini ianya mempunyai panjang dan lebar bagi 2 dimensi

manakala 3 dimensi mempunyai panjang, lebar dan kedalaman. Malahan semua bentuk 2

dimensi mempunyai sisi yang lurus kecuali bentuk bulat tetapi bagi 3 dimensi mempunyai sisi

yang lurus. Bagi semua bentuk 2 dimensi mempunyai satu permukaan yang rata kecuali bentuk

bulat sedangkan semua bentuk 3 dimensi mempunyai permukaan yang rata kecuali bagi bentuk

sfera,kon dan silinder (minimum permukaan bagi bentuk 3D adalah 2D). Perbezaan lain antara

karya 2 dimensi dengan 3 dimensi ialah karya 2D wujud ruang di atas permukaan tepat

berbanding karya 3D yang wujud ruang nyata. Selain itu, karya 2D bersifat jalinan tampak

manakala karya 3D bersifat jalinan sentuh. Karya 2D bersudut 180 darjah manakala 3D

bersudut 360 darjah. Malahan karya 2D berbentuk ilusi dan ruang ilusi tiada konkrit jisim

berbanding karya 3D yang berbentuk konkrit serta ruang dan jisim.

Page 8: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

3. PERKAITAN SENI ASEMBALAJ 2D DAN 3D DALAM ASPEK ESTETIK, FUNGSI

DAN MAKNA.

Dilihat dari konsep yang berkaitan dengan estetika termasuklah keindahan, cita

rasa,simbolik, karya seni, pengalaman estetika dan sebagainya. Estetika adalah sesuatu ilmu yang

mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan keindahan, mempelajari semua aspek yang

disebut keindahan. Maksud keindahan itu amat luas. Estetika boleh membahas tentang indah atau

tidak tentang sesuatu karya. Yang jelas dalam hal ini, estetika adalah karya seni manusia atau

mengenai alam semesta ini.

Istilah estetik atau estetika mula digunakan buat pertama kalinya oleh ahli falsafah

Jerman,Alexander Baumgarten sekitar tahun 1744 (Abdul Shukor Hashim, 1991). Prof Dr Haji

Abdul Shukor Hashim et.al ( Oktober 2011), Open Universiti Malaysia, PerkembanganSeni

Kanak-kanak,Meteor Doc Sdn. Bhd. Perkataan estetik diambil daripada perkataan Greek iaitu

aisthetikos yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria. Secara

ringkasnya estetik melibatkan penggunaan semua deria. Dengan itu,apabila seseorang menghayati

karya, individu terbabit akan bertindak balas dengan karya tersebut dan proses ini dikenali sebagai

Tindak balas Estetik (Aesthetic Response). Tindak balas estetik merujuk kepada reaksi semula

jadi manusia yang tercetus apabila seseorang melihat karya seni. Sebagai contoh, kekaguman

seseorang apabila apabila melihat hasil karya yang cantik dan mempesonakan. Dengan demikian,

estetik sesebuah karya asemblaj terletak pada tahap penilaian seseorang dalam yang membabitkan

deria seseorang itu.

Dalam pada itu juga, seni asemblaj ini turut berfungsi sebagai bahan peragaan atau tatapan

umum dalam mengindahkan ruang. Malahan ianya juga turut berfungsi sebagai hiasan dalam atau

luar bangunan di samping turut mempunyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang

intektual dalam penghasilan karya asemblaj. Ianya menawarkan kepada penikmat untuk

menghayati bentuk, kepadatan, saiz, isipadu di samping meletakkan emosi rasa bersamaya. Sudah

tentu ianya akan menjadi lebih istimewa jika ianya menjadi penghias halaman dengan ini ianya

akan mengubah ruang menjadi lebih indah dan bermakna. Itulah interpritasi yang meletakkan nilai

arca asemblaj sebagai satu objek seni dan berfungsi. Dengan kedudukannya yang boleh berfungsi

Page 9: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

serta sekaligus membawa nilai-nilai estetika dari segi reka bentuk, keseimbangan,pengisian ruang

dan pembuatannya boleh membantu kita menjadi lebih jelas seni asemblaj ini.

Oleh itu, seni asemblaj ini memberikan nilai estetik yang tersendiri di samping mempunyai

fungsi serta makna dalam kehidupan kita dan alam semesta. Melalui ini juga, seseorang pengkarya

akan cuba mengetengahkan idea-idea atau perasaan mereka terhadap kehidupan di sekeliling

mereka.

Page 10: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

4. HASIL KARYA

4.1 TEMA

Arca asemblaj yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang

ingin diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama

dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian

maklumat,dokumentasi,lonjakan paradigm, cetusn emosi dan perasaan. Semua persoalan yang

ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yang dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan

berkenaan melalui hasil pengkarya.Malahan bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan

hasilan. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca.

Bagi pemerhati atau penonton, tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan

tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

Oleh itu, tema yang dipilih adalah berkaitan dengan alam semesta yang bermotifkan flora

dan fauna dalam menghasilkan arca asemblaj ini. Malah tema ini dipilih bagi merealisasikan

konsep kitar semula dan menyayangi alam sekitar. Selain itu, tema ini amat bersesuaian pada

masa kini dalam mendidik generasi muda menyayangi alam sekitar yang semakin hari semakin

pupus.

Page 11: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

4.2 PROSES PERKEMBANGAN IDEA

PENYEDIAAN LAKARAN IDEA

Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan arca

asemblaj. Perancangan yang rapid an tertib boleh mendatangkan faedah yang besar untuk

peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru it, perancangan seperti yang

dinyatakan di bawah ini akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih bermakna.

Page 12: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

4.3 ALAT / BAHAN

Pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan untuk menghasilkan asemblaj yang

dirancang. Pemilihan alatan ada kaitan dengan pemilihan bahan binaan asemblaj dimana tema

menentukan kombinasi alat dan bahan serta bagaimana konsep gabungan (assemble) ke atas objek

pilihan di susun atur. Di samping itu teknik juga mempengaruhi pemilihan alat dan bahan.

Berdasarkan tema yang dipilih, alatan dan bahan yang akan digunakan adalah kotak CD dan CD,

pemegang pintu cabinet, penyangkut plastik bilik air, tombol besi, nat dan skru, wayar elektrik,

duit syiling 1 sen, kertas tisu, started lampu, butang baju, plastic pembungkus makanan dan gam

lilin sebagai bahan pencantum.

4.4 TEKNIK

Teknik dalam menghasilkan asemblaj ini adalah dengan mencantumkan semua bahagian

dengan menggunakan gam lilin panas. Ini adalah untuk memastikan semua bahagian bahan dapat

bercantum dengan kemas serta kukuh dan sempurna.

4.5 PENGARUH HASIL DAPATAN

Lakaran 4 dipilih kerana bersesuaian dengan tema dan bahan yang akan digunakan kerana

mudah didapati. Di samping itu, bahan yang dipilih juga menepati konsep kitar semula di samping

menjaga alam sekitar. Malah bahan yang digunakan juga mudah dicantumkan dengan

menggunakan gam lilin panas. Berdasarkan lakaran 4 juga, arca asemblaj tersebut memenuhi

unsur-unsur seni serta prinsip-prinsip rekaan dan kepelbagaian bahan.

Page 13: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

5. PROSES MEMBENTUK ASEMBLAJ

Setelah penyediaan lakaran idea selesai, proses berikut merupakan urutan kerja

membentuk asemblaj yang perlu dilakukan. Antaranya ialah membuat model kecil atau prototaip (

proto-type), yang mana merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang

sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini di samping pengiraan pelbagai

ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang

boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilannya.

Seterusnya adalah dengan membuat kerangka atau struktur yang mana kerangka sesuatu

asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastic. Kerangka atau struktur

adalah tulang temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan . Ianya penting untuk kawalan

bentuk di samping menjadikan asemblaj berada pada saiz yang sebenar. Ketiganya membuat

asemblaj yang sebenar, dimana bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup

dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah binaannya

sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar.

Akhirnya adalah melibatkan kemasan dan persembahan yang mana untuk mendapatkan

hasilan yang baik, proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian bahan asembalaj

yang masih kasar, menambah tekstura pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat,

mencanai, dan sebagainya sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika

yang tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang membentuk

tekstura, syelek, varnish, cat dan sebagainya akan menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.

Page 14: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

5.1 LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN ASEMBLAJ

LANGKAH 1

Pemilihan lakaran thumbnail-print

(Lakaran 4 telah dipilih )

LANGKAH 2

Pemilihan alat dan bahan yang akan

digunakan dalam menghasilkan arca

asemblaj.

LANGKAH 3

Memulakan proses mencantum kesemua

bahagian bahan dengan menggunakan gam

lilin panas.

Page 15: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

LANGKAH 4

Menyusun atur semua bahagian bahan

yang digam dengan menekankan prinsip-

prinsip rekaan.

LANGKAH 5

Membuat kemasan dan hiasan mengikut

kreativiti agar asemblaj yang dihasilkan

menarik dan kemas serta kukuh dan

selamat dipamerkan.

LANGKAH 6

Hasil arca asemblaj yang telah siap

Page 16: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran ‘abstrak-

ekperssionisme dan nukilannya secara dua dimensi, tiga dimensi atau kedua-duanya sekali. Ianya

dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya bahan buangan yang bersifat pejal dan

tahan lama. Malahan konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk

semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik. Objek yang digabung juga,

perlu melalui teknik kimpalan, skru, bold dan nat, gam, tanggam dan ikatan. Komposisi objek

membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa. Ini bermakna semakin besar gabungan

objek yang dibina, semakin besar makna dan ceritanya.

Rentetan daripada proses penjanaan idea, pemilihan lakaran dan penghasilan arca asemblaj

dapatlah dinyatakan di sini bahawa pemilihan tema dan tajuk amat memainkan peranan dalam

penghasilan asemblaj. Ini kerana percanggahan tema bagi sesebuah asemblaj akan menyukarkan

pengkarya mencari alat serta bahan dalam menghasilkan asemblaj. Malahan pemilihan tema ini

juga akan membantu pengkarya melakar lakaran thumbnail-print asemblaj yang akan dihasilkan.

Hakikat sebenarnya asemblaj ini mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Ianya akan dikatakan

cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Oleh itu dalam

mencari kesatuan dan kesepaduan serta keserasian dalam penghasilan asemblaj ini, saya

menghadapi kesukaran dalam mengharmonikan asemblaj tersebut. Namun setelah mengumpul

beberapa bahan terbuang dan cuba menggabungkannya beberapa kali akhirnya saya dapat

memenuhi tema yang telah dipilih oleh saya.

Dari sini juga saya menyedari bahawa asemblaj adalah sebuah karya yang unik untuk

dijadikan sebagai bahan peragaan atau hiasan dalam atau luar rumah. Malahan karya ini juga

berfungsi sebagai menyayangi alam sekitar dengan mengitar semula bahan terbuang untuk

dijadikan sebagai karya seni yang unik. Proses ini sedikit sebanyak akan menyelamatkan bumi di

samping meningkatkan kreativiti untuk mencipta sesuatu yang baru dengan menggunakan bahan

terbuang dan menjadikannya satu ciptaan yang menarik, unik serta memberi makna kepada

semua. Dengan demikian, asemblaj ini harus diperkembangkan dan diperluaskan lagi agar

generasi muda lebih memahami asembalaj di samping menggalakkan hasil ciptaan baru yang

lebih kreatif dan inovatif.

Page 17: Assingment Seni

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

RUJUKAN

Chua Yan Piaw (2011), Longman Esensi Pendidikan Seni Visual SPM, Vivar Printing Sdn Bhd.

Mohd Zairi Husain ( Oktober 2011), Open Universiti Malaysia, Membentuk dan Membuat

Binaan, Meteor Doc Sdn. Bhd.

Rousliluddin Ambia et. al ( Oktober 2011), Open Universiti Malaysia, Pengenalan Pendidikan

Seni Visual, Meteor Doc Sdn. Bhd.

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim et.al ( Oktober 2011), Open Universiti Malaysia,

PerkembanganSeni Kanak-kanak,Meteor Doc Sdn. Bhd.

Zailani Yaacob,et.al ( 2011 ), Pendidikan Seni Visual KBSM, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://www.scribd.com/doc/257834839/asemblaj#scribd

http://noorafifahazizan.blogspot.com/2014/11/edu-3053.html

http://artisenivisual.blogspot.com/2012/02/arca.html

https://www.google.com.my/search?q=gambar+arca+asemblaj&espv=2&biw=1280&bih=656&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=G1sBVeTJDdGWu

http://www.pelitahati.com.my/category/projects/