8
Draf Aturan KOPERASI SMK COCHRANE BERHAD SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN COCHRANE JALAN SHAHBANDAR 55100 KUALA LUMPUR DRAF ATURAN-ATURAN KECIL PENGGUNAAN WANG TABUNGAN 1.0 PENGENALAN Koperasi SMK Cochrane Berhad mempunyai lima (5) Kumpulan Wang atau Tabung yang diwujudkan untuk manfaat anggota-anggotanya. Dana yang terkumpul di dalam tabung ini adalah melalui keuntungan yang diperolehi oleh Koperasi dari setahun ke setahun dan penyaluran wang ke dalam setiap jenis Tabung adalah berdasarkan cadangan sebagaimana yang telah dipersetujui bersama antara Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 2.0 TAFSIRAN 2.1 Di dalam Aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya maka tafsiran berikut adalah dipakai: 2.1.1 “anggota” maknanya anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi anggota mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi; 2.1.2 “keluarga anggota” termasuklah, isteri atau isteri- isterinya, anak-anaknya yang mana termasuk juga anak angkatnya yang sah di sisi Undang-Undang dan anak tiri serta ibu bapanya; 2.1.3 “derma” maknanya pemberian wang secara ikhlas yang dikeluarkan daripada Tabung Anggota Koperasi ini mengikut Peraturan-peraturan ini; 2.1.4 “Institusi Pengajian tinggi” maknanya tempat belajar di mana sijil kelulusannya bertaraf diploma atau ijazah dan diiktiraf oleh Kerajaan; 2.1.5 “lembaga” maknanya Anggota Lembaga Koperasi yang dilantik di bawah Undang-Undang Kecil Koperasi ini. 3.0 MATLAMAT Memberi perkhidmatan dan bantuan kepada anggota-anggota Koperasi SMK Cochrane Berhad yang kurang bernasib baik, memberi motivasi untuk pencapaian yang cemerlang serta memberi galakan kepada warga sekolah menceburi koperasi 4.0 OBJEKTIF 1

Aturan Penggunaan Wang Tabungan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kegunaan wang tabung koperasi sekolah, syarat untuk memohon wang tabungan koperasi

Citation preview

Page 1: Aturan Penggunaan Wang Tabungan

Draf Aturan

KOPERASI SMK COCHRANE BERHADSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN COCHRANE

JALAN SHAHBANDAR55100 KUALA LUMPUR

DRAF ATURAN-ATURAN KECIL PENGGUNAAN WANG TABUNGAN

1.0 PENGENALAN

Koperasi SMK Cochrane Berhad mempunyai lima (5) Kumpulan Wang atau Tabung yang diwujudkan untuk manfaat anggota-anggotanya. Dana yang terkumpul di dalam tabung ini adalah melalui keuntungan yang diperolehi oleh Koperasi dari setahun ke setahun dan penyaluran wang ke dalam setiap jenis Tabung adalah berdasarkan cadangan sebagaimana yang telah dipersetujui bersama antara Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

2.0 TAFSIRAN

2.1 Di dalam Aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya maka tafsiran berikut adalah dipakai:

2.1.1 “anggota” maknanya anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi anggota mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi;

2.1.2 “keluarga anggota” termasuklah, isteri atau isteri-isterinya, anak-anaknya yang mana termasuk juga anak angkatnya yang sah di sisi Undang-Undang dan anak tiri serta ibu bapanya;

2.1.3 “derma” maknanya pemberian wang secara ikhlas yang dikeluarkan daripada Tabung Anggota Koperasi ini mengikut Peraturan-peraturan ini;

2.1.4 “Institusi Pengajian tinggi” maknanya tempat belajar di mana sijil kelulusannya bertaraf diploma atau ijazah dan diiktiraf oleh Kerajaan;

2.1.5 “lembaga” maknanya Anggota Lembaga Koperasi yang dilantik di bawah Undang-Undang Kecil Koperasi ini.

3.0 MATLAMAT

Memberi perkhidmatan dan bantuan kepada anggota-anggota Koperasi SMK Cochrane Berhad yang kurang bernasib baik, memberi motivasi untuk pencapaian yang cemerlang serta memberi galakan kepada warga sekolah menceburi koperasi

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membantu anggota-anggota koperasi yang kurang berkemampuan;

4.2 Meringankan beban sara hidup anggota-anggota semasa sakit ataupun ditimpa kemalangan;

4.3 Menghargai sumbangan Anggota Pengurusan Koperasi (APK) , Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengawas Koperasi;

4.4 Memberi insentif kepada anggota atau keluarga anggota yang lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan awam, peperiksaan peringkat sekolah atau peperiksaan ikhtisas serta peninggian taraf akademiknya;

4.5 Membantu pihak pengurusan sekolah menceriakan persekitaran sekolah dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan warga sekolah;

1

Page 2: Aturan Penggunaan Wang Tabungan

Draf Aturan

4.6 Menderma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf atau yang dianjurkan oleh kerajaan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikannya dan membangunkan masyarakat.

5.0 JENIS-JENIS TABUNG

Lima jenis Tabung tersebut adalah :-i) Tabung Pendidikan Koperasiii) Tabung Derma Dan Sumbanganiii) Tabung Kebajikan Amiv) Tabung Pengubahsuaian Kedaiv) Tabung Keceriaan

6.0 ATURAN PENGGUNAAN

6.1 Tabung Pendidikan Koperasi

6.1.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

6.1.2 Diberikan dengan tujuan :i) Membiayai sebarang bentuk aktiviti pendidikan melibatkan anggota

atau Guru Koperasi seperti menghadiri kursus, bengkel, seminar atau lawatan berkaitan hal ehwal koperasi.

ii) Pemberian berupa wang, baucer atau peralatan kepada anggota atau anak anggota yang cemerlang dalam peperiksaan PMR/SPM/STPM atau peperiksaan peringkat sekolah.

iii) Pemberian berupa wang atau baucer kepada anggota yang cemerlang di dalam peperiksaan ikhtisasnya seperti peperiksaan PTK atau berjaya menamatkan pelajaran di peringkat lebih tinggi di IPT.

6.1.3 Cara pembahagian bantuan adalah mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.

6.2 Tabung Derma Dan Sumbangan

6.2.1 Jumlah peruntukan :i) Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi

setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.ii) Derma daripada ahli-ahli koperasi sama ada honorarium ysng tidak

dituntut atau saham dan dividen ahli berhenti yang tidak dituntut.iii) Derma-derma daripada pihak lain.

6.2.2 Diberikan dengan tujuan :i) Derma khairat kematian anggota atau keluarga anggotaii) Derma kepada anggota atau keluarga anggota yang ditimpa

kemalangan.iii) Sumbangan untuk melaksanakan program-program sekolah bagi

tujuan yang khusus melibatkan anggota-anggota seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Graduasi Pelajar, sambutan Hari Guru dan lain-lain.

iv) Sumbangan di atas khidmat APK, ALK dan Pengawas Koperasi.v) Derma kebajikan kepada pihak-pihak luar dan bukan ahli bagi kes-

kes istimewa yang difikirkan sesuai oleh APK seperti kes ditimpa bencana alam atau peperangan.

6.2.3 Cara pembahagian bantuan :i) Mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas

bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.

2

Page 3: Aturan Penggunaan Wang Tabungan

Draf Aturan

ii) Tuntutan semula saham, dividen atau honorarium oleh ahli-ahli yang berhenti atau diberhentikan.

6.3 Tabung Kebajikan Am

6.3.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

6.3.2 Diberikan dengan tujuan :i) membantu menjelaskan yuran peperiksaan PMR/SPM/STPM

anggota dan bukan anggota yang tidak berkemampuan yang difikirkan sesuai oleh APK.

ii) Memberi bantuan dalam bentuk pakaian, peralatan dan buku-buku pelajaran kepada anggota dan bukan anggota yang tidak berkemampuan yang difikirkan sesuai oleh APK.

6.3.3 Cara pembahagian bantuan yang merupakan bentuk wang tunai, mengikut kadar yuran peperiksaan semasa dan bagi bantuan bukan berbentuk wang, kadar adalah sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.

6.4 Tabung Pengubahsuaian Kedai

6.4.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

6.4.2 Diberikan dengan tujuan :i) Menampung perbelajaan menaik taraf kemudahan-

kemudahan di kedai koperasi.ii) Memberi bantuan kepada mana-mana anggota yang

mempunyai inisiatif untuk mengubahsuai atau menceriakan bangunan atau persekitaran kedai koperasi untuk manfaat semua ahli.

iii) Pembelian peralatan-peralatan untuk kemudahan pengurusan pentadbiran koperasi seperti komputer, penerbitan buku undang-undang kecil serta risalah koperasi, dan sebagainya.

6.4.3 Cara pembahagian bantuan adalah mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.

6.5 Tabung Keceriaan

6.5.1 Jumlah peruntukan adalah 10% dari keuntungan bersih Koperasi setelah ditolak peruntukan bagi Kumpulan Wang Rizab.

6.5.2 Diberi dengan tujuan:i) Menceriakan kawasan sekolah ii) Sumbangan kebersihan antara kelas

6.5.3 Cara pembahagian bantuan :i) Diberikan kepada pihak pentadbiran sekolah bagi menceriakan

kawasan sekolah secara umum seperti pembinaan landskap dan kebersihan kelas

ii) Dibahagi-bahagikan kepada Persatuan/Kelab/Badan Beruniform yang menguruskan keceriaan taman-taman angkat di sekitar sekolah.

3

Page 4: Aturan Penggunaan Wang Tabungan

Draf Aturan

iii) Mengikut kadar yang dipersetujui dalam mesyuarat ALK selepas bermulanya sesuatu tahun kewangan yang baru.

7.0 PENTADBIRAN TABUNGAN

7.1 Tabung Anggota Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil Wang Tabungan yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil 43 (w) koperasi ini.

7.2 Jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tidak lebih dari 5 orang.

7.3 Mereka-mereka yang diberikuasa mengeluarkan wang oleh Undang-Undang Kecil Koperasi adalah dengan sendirinya menjadi ahli Jawatankuasa Kecil ini.

8.0 KELAYAKAN PEMOHON

8.1 Anggota-anggota Koperasi ini yang telah menjadi anggota 6 bulan dengan tidak putus-putus, adalah layak untuk memohon bantuan dari Tabung Anggota Koperasi ini.

8.2 Waris bagi anggota yang meninggal dunia adalah layak memohon bantuan Tabung Derma Dan Sumbangan dengan syarat bahawa anggota yang meninggal dunia itu telah menjadi anggota Koperasi ini selama 6 bulan dengan tidak putus-putus. Kelayakan ini akan tamat tempohnya selepas 6 bulan dari tarikh kematian ahli itu.

8.3 Di dalam keadaan di mana suami isteri adalah anggota Koperasi ini, maka salah seorang sahaja di antaranya yang layak memohon bantuan Tabung Derma Dan Sumbangan bagi kes kematian anak dan bantuan Tabung Pendidikan Koperasi bagi pencapaian kecemerlangan anak-anak di dalam peperiksaan PMR/SPM/STPM atau peperiksaan peringkat sekolah.

8.4 Di dalam keadaan di mana suami isteri adalah anggota Koperasi ini, masing-masing boleh memohon bantuan Tabung Pendidikan Koperasi sekiranya berjaya dalam peperiksaan ikhtisasnya dan peninggian taraf pendidikannya.

8.5 Pihak pentadbir sekolah yang menjadi premis Koperasi ini.

8.6 Individu bukan anggota atau pihak luar yang difikirkan layak memohon oleh APK atau pihak pentadbir sekolah.

8.7 Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut mana-mana bantuan dalam Tabung Anggota Koperasi ini sebagai satu haknya.

9.0 PERMOHONAN

9.1 Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan dari Tabung Anggota Koperasi ini hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Lembaga.

9.2 Permohonan-permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama dengan kenyataan-kenyataan yang sah yang boleh menyokong akan permohonannya itu.

10.0 KADAR BANTUAN

10.1 Bantuan berbentuk kewangan kepada pemohon-pemohon yang layak adalah mengikut kadar-kadar yang berikut:

4

Page 5: Aturan Penggunaan Wang Tabungan

Draf Aturan

Had maksimum yang boleh dibayar

(a) Tabung Derma Dan Sumbangan RM 300.00

(b) Tabung Pendidikan Koperasi RM 200.00

(c) Tabung Kebajikan Am RM 200.00

(d) Tabung Pengubahsuaian Kedai RM 5000.00

(e) Tabung Keceriaan RM 2000.00

10.2Kadar yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan itu bergantunglah pada kedudukan kewangan Tabung Anggota Koperasi ini, tetapi semua pembayaran tidaklah boleh melebihi had maksimum yang telah ditetapkan itu, melainkan sekiranya ingin diubah hendaklah melalui persetujuan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

11.0 MEMPROSES PERMOHONAN

11.1Borang-borang permohonan, apabila diterima hendaklah diproses oleh Jawatankuasa Kecil Tabung Anggota Koperasi ini.

11.2Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Lembaga.

12.0 PEMBAYARAN

12.1Semua Pembayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali apa-apa amaun yang kurang daripada RM 50.00.

12.2Bayaran-bayaran hanya akan dibuat selepas satu minggu dari tarikh Lembaga mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya kecuali bayaran-bayaran derma untuk kematian yang mana boleh mengikut pegawai-pegawai koperasi, dibayar dengan serta merta setelah pegawai-pegawai tersebut berpuas hati di atas ketulenan permohonan itu.

13.0 PENGGANTUNGAN DERMA

13.1Jika kedudukan Tabung Anggota Koperasi ini mengalami kesulitan dari segi kewangan, maka Lembaga hendaklah menggantung akan aktivitinya sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.

13.2Anggota-anggota koperasi hendaklah diberitahu melalui Surat-surat Pekeliling mengenai penggantungan atau pemulihan semula Tabung Kebajikan Anggota ini.

14.0 AUDIT

14.1Akaun Tabung Kebajikan Anggota ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain Akaun Koperasi setahun sekali.

15.0 MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG

15.1Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung anggota-anggota, laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti Tabung Anggota Koperasi ini serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya.

5

Page 6: Aturan Penggunaan Wang Tabungan

Draf Aturan

16.0 PERTIKAIAN

16.1Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran ini timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-Undang Kecil 75 Koperasi ini.

16.2Aturan ini telah diterima dan dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Koperasi pada .......................................................................................

Ditandatangan oleh ;

...................................................(SHAMSHIAH BT AHMAD)

PengerusiKoperasi SMK Cochrane Berhad

....................................................... .........................................(IRNI HAFIZAN BT IBRAHIM BEY) (NOREHAN BT ISMAIL)Setiausaha BendahariKoperasi SMK Cochrane Berhad Koperasi SMK Cochrane Berhad

6