Awalnya sebuah negara

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Awalnya sebuah negara

    1/3

    Awalnya sebuah negara

    AZMIN ALI

    23 April 2016

    AWAL April lalu saya memberikan ucapan penangguhan Dewan Negeri Selangor buat kali

    yang kedua. Saya amat berpuas hati dengan perbahasan ahli-ahli Dewan membahaskan titah

    DYMM Sultan Selangor semasa membuka dewan.

    Saya turut mendengar reaksi yang menyifatkan ucapan baginda sebagai berminda tinggi dan

     berpencerahan.

    Sebagai ketua negeri yang terbit dari institusi raja-raja Melayu, baginda berfungsi untuk

    menjaga perpaduan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Peranan tersebut

    amat penting dalam konteks sebuah negeri demokrasi dan masyarakat yang kosmopolitan.

    Raja-raja Melayu merupakan institusi yang segar dan tidak boleh dilihat sebagai rubber stamp.

    Dalam konteks rantau ini, raja-raja Melayu adalah pengasas kepada pembinaan institusi

    kerajaan. Bahkan konsep kerajaan itu datangnya daripada perkataan “raja”. Kerajaan itu wujud

    dengan adanya raja.

    Tidak lama dahulu ungkapan primacy of the economics begitu berpengaruh di mana prestasi

    negara diukur daripada pencapaian ekonomi. Gaya atau trend ini dimulai dengan slogan Bill

    Clinton It’s the economy, stupid! dalam kempen presiden beliau melawan George Bush. 

    Tetapi apabila keruntuhan institusi kenegaraan di Timur Tengah dan Afrika yang mencetuskan

    krisis kemanusiaan, jutaan pelarian dan menggugat kestabilan sistem antarabangsa, politik dan

     peri pentingnya institusi kenegaraan kembali diberi perhatian.

    Justeru, pemikir teori politik yang amat berpengaruh kini, Francis Fukuyama menulis karya

    terpenting beliau yang berjudul, The Origins of Political Order dengan mengangkat wacana

    The necessity of Politics, iaitu politik sebagai satu kemestian. Ekonomi amat penting. Ekonomi

  • 8/17/2019 Awalnya sebuah negara

    2/3

    membawa kemakmuran. Tetapi semuanya bermula dengan politik, bermula dengan

     pembentukan negara.

    Sejak 300 tahun lalu peradaban Barat tegak dengan hebat dan kemudiannya mendominasi

    dunia. Tetapi institusi kenegaraan itu sendiri - dan tanpa institusi tersebut peradaban tidak boleh

    dibangunkan - tidak lahir di Barat. Tamadun China pada zaman Dinasti Zhou Timur (770-256

    SM) adalah pemula kepada pembinaan negara.

    “Prasasti Kedukan Bukit” yang terletak di Sungai Musi, Selatan Sumatra, yang bertarikh 23

    April, 682 yang ditulis dalam bahasa Melayu lama dengan menggunakan tulisan Pallava

    membuktikan wujudnya sebuah kerajaan Melayu pertama yang bernama “Sriwijaya, kota yang

     jaya, bahagia dan makmur.” 

    Rantau ini telah mengenal institusi kenegaraan sejak 1,500 tahun lalu, jauh sebelum kedatangan

    kuasa Barat. Institusi tersebut berkembang meskipun berpindah dari satu tempat ke tempat

    yang lain.

    Kejatuhan Sriwijaya digantikan oleh Melaka, sebuah metropolis abad ke-15 yang setanding

    dengan Venice, salah sebuah kota utama zaman Renaissance. Kejatuhan Melaka tahun 1511

    tidak mematikan pengalaman kenegaraan rantau ini, sebaliknya terus bersambung dengan lebih

    rancak melalui pembinaan kerajaan-kerajaan baharu di Johor, Acheh, Sulawesi, Jawa, Patani

    dan di merata tempat di kepulauan Melayu.

    Dengan sistem politik yang semakin mantap dan dinamik, kesultanan-kesultanan Melayu

    menjadikan rantau ini wilayah perdagangan yang rancak. Sistem politik ini turut menaungi

    kebangkitan kegiatan intelektual dan melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan seperti Hamzah

    Fansuri, Nurudin al-Raniri, Raja Ali Haji dan lain-lain.

    Justeru, kerajaan hari ini adalah hasil daripada perjuangan, pengalaman kolektif dan kumulatif

    merentasi jarak masa 1,500 tahun lamanya. Kesultanan Islam dan institusi raja-raja Melayu

    mempunyai peranan yang besar dalam pengalaman seni kenegaraan tersebut dan penciptaan

     peradaban serantau.

  • 8/17/2019 Awalnya sebuah negara

    3/3

    Meskipun kini kita hidup pada zaman moden, namun sesebuah sistem politik tidak boleh

    tercabut dari sejarah. Sebahagian dari unsur tersebut termaktub dalam Perlembagaan

    Persekutuan seperti yang disebut oleh Tun Salleh Abas dalam tulisannya Traditional Elements

    in the Malaysian Constitution.

    Maka, mempertahankan integriti dan kelangsungan institusi kenegaraan sangat penting kerana

    institusi berkenaan boleh mengalami kereputan. Inilah tema jilid kedua buku Fukuyama:

    Political Order and Political Decay yang perlu direnungi para demokrat.

    * Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Selangor

    Dipetik daripada Sinar Harian Online (http://www.sinarharian.com.my/)