AWARD KES GADUH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

..

Text of AWARD KES GADUH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO KES: 9/4-2781/06 ANTARA JAFERI BIN DAUD & 1 ORANG PERAYU LWN HGC HI-GLORY (M) SDN BHD AWARD NO: 1558 TAHUN 2011 DI HADAPAN TEMPAT TARIKH RUJUKAN TARIKH SEBUTAN : : : : DATO' HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG 28 OGOS 2006. 19 MAC 2007, 21 MEI 2007, 21 JUN 2007, 18 MAC 2008, 1 OKTOBER 2009 & 19 JANUARI 2010. 19 FEBRUARI 2009 & 25 OGOS 2010. YB. Raveen Tharan dari Tetuan Raveen & Associates bagi Pihak-Pihak Menuntut Cik Neo Siew Leng, dari Tetuan Lim Kian Hoon bagi Pihak RespondenRujukan :

TARIKH PERBICARAAN PERWAKILAN

: :

Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan dengan pembuangan kerja Jaferi bin Daud (dirujuk sebagai Pihak Menuntut Pertama) Puan Che Ani Abdul Rahman (Pihak Menuntut Kedua) oleh HGC Hi-Glory (M) Sdn Bhd ( dirujuk sebagai Responden) pada 26hb Ogos 2005. 1

AWARD Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) pada 28 hb Ogos 2006 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Jaferi bin Daud (dirujuk sebagai "Pihak Menuntut Pertama") dan Puan Che Ani Abdul Rahman (Dirujuk sebagai "Pihak Menuntut Kedua") pada 26 hb Ogos 2005 oleh HGC Hi-Glory (M) Sdn Bhd (Dirujuk sebagai "Responden").

Kes ini telah diterima pada 30 hb November 2006 dan sebutan kali pertama telah diadakan pada 19hb Mac 2007 di hadapan Y.A. Tuan Mohd Amin Firdaus bin Abdullah. Perbicaraan kes ini telah dijalankan di hadapan Y.A. Tuan Mohd Amin Firdaus bin Abdullah pada 19 hb Februari 2009, sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi. Keduadua pihak tiada bantahan untuk saya meneruskan perbicaraan untuk keterangan saksi ketiga Responden dan keterangan kedua-dua Pihak Menuntut.

Perbicaraan sambungan telah dimulakan pada 25 hb Ogos 2010 dan selesai perbicaraan pada hari yang sama. Peguambela Pihak-pihak

Menuntut iaitu Tetuan Raveen & Associates yang sepatutnya memfailkan2

Hujahan Bertulis Pihak-pihak Menuntut ke Mahkamah pada 27 hb September 2010 telah memfailkannya ke Mahkamah pada 24 hb November 2010. Manakala peguamcara Responden, Tetuan Lim Kiam Hoon memfailkan Hujahan Bertulis pada 8hb November 2010. Jawapan kepada Hujahan

Bertulis Syarikat telah difailkan oleh Tetuan Raveen & Associates pada 22 hb November 2010.

Latar Belakang Fakta Kes

Pihak

Menuntut

Pertama

memulakan

pekerjaan

dengan

Responden sebagai Printing Operator dan telah disahkan jawatan pada 1 hb Januari 2003 dengan gaji permulaan sebanyak RM900.00 sebulan serta elaun-elaun sebanyak RM35.00 sehari. (Rujuk COB1 muka surat 13). Surat Pengesahan Jawatan telah dikeluarkan oleh Responden pada 2 hb Mei 2004. Jawatan terakhir yang dipegang oleh Pihak Menuntut Pertama adalah sebagai Penyelia sebelum ditamatkan perkhidmatan pertama oleh

Responden pada 23hb Mei 2005.

Pihak Menuntut Pertama menyatakan

dalam Pernyataan Kes perenggan 4 -7 bahawa pada 23 hb Mei 2005 semasa melapor kerja lebih kurang jam 8.30 malam beliau dipanggil masuk ke pejabat dan diarah meninggalkan Syarikat Responden serta-merta pada hari tersebut tanpa sebarang notis penamatan kerja oleh Pihak Responden. Pihak Menuntut Pertama juga menyatakan bahawa beliau tidak diberi3

sebarang notis atau surat tunjuk sebab mahupun notis penggantungan kerja oleh Responden dan tiada Siasatan Dalaman dijalankan. Pihak Menuntut Pertama telah membuat laporan polis bertarikh 24 hb Mei 2005 (Rujuk CLB1 muka surat 2). Pada 29 hb Mei 2005, Pihak Menuntut Pertama menulis surat pemberhentian kerja kepada Responden (Rujuk CLB1 muka surat 8-9). Menurut Responden, notis penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut

Pertama telah dikeluarkan oleh Pihak Responden pada 30 hb Mei 2005 tanpa tandatangan Pihak Menuntut Pertama atas 3 pertuduhan seperti berikut (rujuk COB1 muka surat 20):i) Pergaduhan dan berlawan dalam kilang ii) Tidak menjalankan tugas & tanggungjawab penuh sebagai seorang Supervisor. iii) Tidak hadir bekerja 48 jam berturut-turut mulai 24 hb Mei 2005, 25hb Mei 2005 dan 26hb Mei 2005 tanpa beritahu dan tanpa memberi sebarang notis.

Pihak Responden juga telah memberi 3 surat amaran kepada Pihak Menuntut Pertama pada 23 hb Mei 2005 (Rujuk COB1 muka surat 1618).

Lantaran itu, satu Memorandum Persetujuan Seksyen 20 Akta4

Perhubungan Perusahaan 1967 telah ditandatangani di antara Pihak Menuntut Pertama dan Ketua Jabatan Pentadbiran pada 23 hb Ogos 2005 untuk Pihak Menuntut Pertama bekerja semula di Responden pada 24 hb Ogos 2005 jam 8.30 pagi dengan bayaran gaji tertunggak Pihak Menuntut Pertama untuk bulan Jun, Julai & Ogos (Rujuk COB1 muka surat 23). Pihak Menuntut Pertama melapor diri di Responden pada 24 hb Ogos 2005 jam 8.30 pagi dan telah ditukar dari Jabatan Percetakan ke Jabatan Quality Control pada 24hb Ogos 2005. (Rujuk COB1 muka surat 24-25 & 28) dan selepas

tarikh 24hb Ogos 2005, Pihak Menuntut Pertama tidak hadir kerja sehingga tarikh pembuangan kerja. Alasan Pihak Menuntut Pertama tidak hadir kerja kerana tidak berpuas hati ditempatkan di lobi kilang.

Manakala pihak Responden telah menulis dua pucuk surat kepada Pihak Menuntut Pertama pada 29 hb Ogos 2005 dan 11hb September 2005. (Rujuk COB2 muka surat 67 & 68). Surat-surat bantahan daripada pekerja-pekerja tidak bersetuju Pihak Menuntut Pertama diambil bekerja semula di Jabatan Quality Control seperti dalam (Rujuk COB1 muka surat 3241). Pihak Responden telah mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama yang tidak bertarikh (Rujuk COB1 muka surat 31).

5

Pihak Menuntut Kedua memulakan pekerjaan dengan Responden sebagai Quality Control Trainee pada 1 hb Oktober 2003 dengan gaji permulaan sebanyak RM410.00 sebulan dan elaun-elaun sebanyak RM35.00 sehari. (Rujuk COB1 muka surat 42-51) Surat Perlantikan Kontrak Pihak Menuntut Kedua dikeluarkan oleh Responden pada 1 hb Oktober 2003. Surat Pengesahan Jawatan tidak dikeluarkan oleh Responden. Dalam Pernyataan Kes Pihak Menuntut Kedua menyatakan bahawa beliau bekerja di Jabatan Percetakan sebagai Line Leader dan seramai 20 pekerja melapor diri kepada beliau.

Pada 25hb Mei 2005 pihak Responden telah menyuruh Pihak Menuntut Kedua meninggalkan premis kilang dengan serta-merta tanpa sebarang alasan atau tanpa sebarang surat diberikan kepada beliau dan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Kedua pada hari tersebut.

Lantaran itu, pada 31hb Mei 2005, Pihak Menuntut Kedua telah membuat laporan polis (Rujuk CLB1 muka surat 3) dan selepas itu Pihak Menuntut Kedua tidak hadir bekerja mulai dari 30 hb Mei 2005 hingga 2hb Jun 2005 tanpa memohon cuti.

Justeru itu, satu Memorandum Persetujuan Seksyen 20 Akta6

Perhubungan Perusahaan 1967 telah ditandatangani di antara Pihak Menuntut Kedua dan Ketua Jabatan Pentadbiran pada 23 hb Ogos 2005 untuk Pihak Menuntut Kedua bekerja semula di Syarikat Responden pada 25 hb Ogos 2005 jam 8.30 pagi dengan bayaran gaji tertunggak Pihak Menuntut Kedua. (Rujuk COB1 muka surat 64).

Menurut Responden, Pihak Menuntut Kedua telah melapor diri untuk bekerja pada 25hb Ogos 2005 dan pada 26 hb Ogos 2005 beliau meninggalkan kerja beliau dan gagal hadir bekerja selepas itu. Menuntut Kedua tidak berpuas hati ditempatkan di lobi. Pihak

Pihak

Responden

telah

mengeluarkan

dua

pucuk

surat

pembuangan kerja kepada Pihak Menuntut Kedua bertarikh 29 hb Ogos 2005 dan 11hb September 2005 (Rujuk COB2 muka surat 69 & 70).

Pihak Menuntut Pertama dan Kedua mendakwa Responden telah menamatkan perkhidmatan mereka tanpa sebarang sebab dan tidak mengikut peruntukan undang-undang. Mereka memohon untuk diambil

bekerja semula dengan Responden ke jawatan asal mereka, gaji , elaun atau bayaran lain yang tertakluk di bawah penggajian mereka daripada tarikh pembuangan kerja sehingga tarikh diambil bekerja semula, kekananan dan7

lain-lain.

Pihak Responden berhujah bahawa kedua-dua Pihak Menuntut telah meninggalkan pekerjaannya. Oleh yang demikian, persoalan yang

Mahkamah harus putuskan bukanlah mengenai penamatan kerja tanpa alasan yang adil dan munasabah tetapi samada terdapat penamatan kerja oleh Syarikat atau Kedua-dua Pihak Menuntut telah meninggalkan pekerjaan. Persoalan penting yang Mahkamah harus memutuskan adalah : a) Samada beban pembuktian oleh Kedua-dua Pihak Menuntut untuk membuktikan mereka telah meninggalkan pekerjaan atau b) Samada beban pembuktian oleh Kedua-dua Pihak Menuntut bahawa terdapat 'Victimisation' yang membolehkan mereka meninggalkan

pekerjaannya.

OP, Malhotra in the Law of Industrial Disputes, 4 th Edition which stated as follows : "The contract of service comes to an end where the workman abandon's his job.... the word abandonment has been explained to mean "to leave completely & finally; forsake utterly; to relinquish..... abandonment In

when used in relation to an office means "voluntarily relinquishment".

order to constitute "abondonment" therefore, there must be total and complete giving up of duties so as to indicate an intention not to resume the8

same...., However, the intention maybe inferred from the acts or conduct of the party .. Under the common law, an inference that an employee has abandoned or relinquished service is not easily drawn unless from the lenght of absence and from other surrounding circumstances an inference to that effect can be legitimately drawn and it can be assumed that the employee intented to abandon service."

Undang-undang

Fungsi Mahkamah Perusahaan

di dalam rujukan di bawah

Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Pe