12
Ayam Masak Merah Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak. 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 2 sudu besar sos cili 60 ml santan 250 ml air 3 biji tomato - belah 4 Garam secukup rasa Gula secukup rasa - saya tambah Minyak utk menumis Kacang peas - opsyenal Bahan bahan kisar halus: 4 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 cm halia 15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar Bahan bahan hiris:

Ayam Masak Merah.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Ayam Masak MerahOleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.2 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manis2 sudu besar sos cili60 ml santan250 ml air3 biji tomato - belah 4Garam secukup rasaGula secukup rasa - saya tambahMinyak utk menumisKacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus:4 biji bawang besar5 ulas bawang merah5 ulas bawang putih2 cm halia15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland5 ulas bawang putih2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

AYAM MASAK PAPRIKBahan-Bahan: 300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang 3 sudu besar minyak masak 1 sudu besar cili kisar 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 cm halia (hiris nipis) 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos cili 1 sudu kecil pes tomyam 1 helai daun limau purut 1 batang serai (dititik) 5 biji cili api (dititik) 1/2 labu bawang besar (hiris kasar) sedikit air sedikit sos ikan (optional) sayur (bunga kubis,kacang panjang dan capsicum hijau) Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar. 3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat. 4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas. Tips: Kalau nak pedas boleh tambah cili api.AYAM MASAK KUNYITBahan-Bahan: 300g ayam, bahagian dada 4 batang kacang panjang, potong 2 inci 1 sudu kecil serbuk kunyit 2 senduk minyak masak 1 biji bawang besar, hiris nipis 2 ulas bawang putih, hiris nipis 1 biji bawang merah, hiris nipis 1 biji cili merah, hiris nipis Cara Penyediaan: 1. Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit. 2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau. 3. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang. Tips: Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.Resepi Mudah: Ayam Goreng Mayonaise6 March 2014 by ctfand 17 Comments Resepi ayam goreng mayonaise ni amat simple dan sangat mudah. Sesuai sangat bagi ibu-ibu yang sibuk macam aku..Bahan-bahannya:10 sayap ayam3 sudu makan penuh mayonaise2 sudu makan sos tiram3 sudu makan tepung jagung2 @ 1 sudu makan gula ikut cita rasa nak manis ke tak..1 sudu teh garam2 ulas bawang putih tumbuk lumatCara-Cara:1. Ayam di basuh, toskan airnya agar adunan tidak berair nanti.2. Gaulkan ayam bersama mayonaise, sos tiram, gula, garam dan bawang putih. Masa ni memang dah terhidu bau sedap ayam yang bakal digoreng. Kalau nak perap dalam setengah jam pun boleh, tapi kalau nak cepat, tak perap pun tak apa.3. Masukkan tepung jagung. Gaul lagi.4. Goreng macam biasa. Pastikan api sederhana supaya ayam masak dengan sempurna.5. Sedia untuk dihidang dan dimakan begitu saja!TambahanTentang gula, kalau nak manis bubuh lebih, kalau tak, kurangkan. Macamana nak tau rasa manis masin sesuai atau tak? Goreng 2 3 ketul dulu, tak ngam..tambah lagi.. Kadar mayonaise dan sos tiram tu pun sebenarnya boleh diubah mengikut kesesuaian rasa masing-masing.Yang pastinya, ayam goreng mayonaise ini akan sedikit melekit dan lembab sebab adanya kombinasi mayonaise, sos tiram dan tepung jagung tadi. Bawang putih pula menyempurnakan bau dan rasa.Biasanya, aku goreng ayam sampai nampak sedikit coklat kehitaman, tapi, bukanlah pada keseluruhan sayap ayam, dan bukan juga hangus. Kalau hangus jadi pahit pulak. Rasa ayam akan lebih sedap dengan rupa ni sebab manis tu keluar. Macamana nak cakap ni..harap korang fahamlah.. Minta maaf sangat-sangat gambar belum ada. InsyaAllah, dalam masa terdekat aku uploadkan gambar..