46
Ayat ma Ayat ma jmuk ialah ayat yang jmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara itu disusun mengikut cara tertentu sehingga tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. menjadikannya ayat baharu. AYAT MAJMUK AYAT MAJMUK

Ayat Majmuk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PPISMP BMZ 1034 Nota Sintaksis

Citation preview

Page 1: Ayat Majmuk

Ayat maAyat majmuk ialah ayat yang jmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara itu disusun mengikut cara tertentu sehingga tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. menjadikannya ayat baharu.

AYAT MAJMUKAYAT MAJMUK

Page 2: Ayat Majmuk

Contoh Ayat MajmukContoh Ayat Majmuk

• Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat kira-kira.

(a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat kira-kira.

• Abu rajin tetapi adiknya malas. (a) Abu rajin.

(b) Adiknya malas.

Page 3: Ayat Majmuk

Ayat majmuk dibahagikan Ayat majmuk dibahagikan kepada 3 jenis utama, iaitu : kepada 3 jenis utama, iaitu :

1.Ayat majmuk gabungan2.Ayat majmuk pancangan3.Ayat majmuk campuran

Page 4: Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk Gabungan1. Ayat Majmuk Gabungan

• Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat – ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya seperti contoh-contoh berikut:

a. Murid – murid berlari dan bernyanyi. b. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.

Page 5: Ayat Majmuk

• Ayat – ayat ini boleh juga disambung tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan. Sebagai contoh:

a. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak- geri mereka.

b. Penari-penari itu sungguh lincah, melompat ke kiri, melompat ke kanan.

Ayat Majmuk GabunganAyat Majmuk Gabungan Sambungan

Page 6: Ayat Majmuk

Ayat Majmuk Gabungan ada 2 jenis gabungan.

Page 7: Ayat Majmuk

Jenis Gabungan 1Jenis Gabungan 1

1.Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan, yakni satu demi satu. Ayat

dibentuk dengan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, malahan, kemudian, dan akhirnya.

Contohnya: (a) Beliau memandang saya sambil tersenyum. (b) Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.

Page 8: Ayat Majmuk

2.Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu.

Contohnya: (a) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. (b) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

Jenis Gabungan 2Jenis Gabungan 2

Page 9: Ayat Majmuk

2. Ayat Majmuk Pancangan2. Ayat Majmuk Pancangan

• Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

Page 10: Ayat Majmuk

3 Jenis 3 Jenis Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Pancangan

1.Ayat relatif2.Ayat komplemen3.Ayat keterangan

Page 11: Ayat Majmuk

Ayat RelatifAyat Relatif

• Ayat relatif ialah ayat yang dikenal dengan penggunaan perkataan yang, seperti dalam contoh-contoh berikut:

(a) Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres.

(b) Mereka menonton wayang yang amat lucu.

Page 12: Ayat Majmuk

2 jenis pancangan relatif2 jenis pancangan relatif

• Pancangan Ke dalam Subjekcth:a) Budak itu anak sayab) Budak itu sedang membaca majalah

Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.

Page 13: Ayat Majmuk

• Pancangan ke dalam PredikatCth:a) Saya membeli bajub) Baju itu berwarna merah

Saya membeli baju yang berwarna merah.

Page 14: Ayat Majmuk

• Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi juga digunakan juga sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti dalam contoh-contoh berikut :

1.(a) Warna yang biru itu warna kegemaran ibu saya. (b) Yang biru itu warna kegemaran ibu saya.

2.(a) Mereka yang rajin dan berusaha selalunya berjaya. (b) Yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.

Page 15: Ayat Majmuk

Ayat Komplemen

Page 16: Ayat Majmuk

66. Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.

Objek kepada k.k. transitif

menerangkan

subjek k.k. transitif

Ayat bahawa murid itu sakit merupakan objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Dalam ayat tersebut terdapat subjek dia dan kata kerja transitif menerangkan, dan ayat bahawa murid itu sakit, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu.

Page 17: Ayat Majmuk

(b) murid itu sakit.(Ayat Komplemen)

66. (a) Dia menerangkan sesuatu.(Ayat induk)

Ayat 66(b) telah dipancangkan ke dalam ayat 66(a) untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan seperti ini, yang berbeza daripada hubungan ayat relatif, disebut hubungankomplemen.Dalam ayat Dia menerangkan bahawa murid itu sakit ayat induknya ialah ayat 66(a) sementara ayat 66(b) merupakan ayat komplemen.

Page 18: Ayat Majmuk

Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawa dan untuk.Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

68. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.69. Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu merosot adalah kurang tepat.70. Untuk Ali melakukannya sangat sukar.71. Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.72. Penduduk-penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam.

Page 19: Ayat Majmuk

Bagi ayat-ayat yang mengandungi kata hubung komplemen bahawa pada kedudukan objek, kadang-kadang pengguguran kata komplemen tersebutdibenarkan, yakin tidak menjejaskan makna. Walau bagaimanapun, pada kedudukan FN kata komplemen untuk tidak bolah digugurkan. Perhatikan ayat-ayat berikut:

68. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi. ( c ) Dia mengetahui Ahmad telah pergi.

69. Bahawa ekonomi negara pada masa itu telah merosot adalah kurang tepat. ( c ) Ekonomi negara kita pada masa itu telah merosot kurang tepat.

70. Untuk Ali melakukannya sangat sukar. * Ali melakukannya sangat sukar.

Page 20: Ayat Majmuk

18.3.2.1 Jenis-jenis ayat komplemen

Terdapat tiga jenis ayat komplemen:

( i ) Ayat komplemen frasa nama.

( ii ) Ayat komplemen frasa kerja.

( iii ) Ayat komplemen frasa adjektif.

Page 21: Ayat Majmuk

( a ) Ayat komplemen frasa nama subjek

73. Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas.74. Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah.75. Agak sukar untuk Dato’ Azmi memenangi pilihan raya kecil itu.76. Bahawa rancangan itu gagal tidak benar.77. Dakwaan bahawa Ali menipu telah diketahui umum.78. Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli.79. Sesungguhnya amat mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri.80. Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.81. Sangat tidak munasabah bahawa masalah itu tidak dapat diselesaikan melalui perundingan.

Perhatikan bahawa walaupun susunan binaan ayat-ayat 75, 78, 79, dan 81, berbeza, bahagian-bahagian yang condong itu tetap merupakan subjek oleh sebab ayat-ayat itu ialah ayat songsang.

Page 22: Ayat Majmuk

( b ) Ayat komplemen frasa nama objek tepat

Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja. Perhatikan ayat-ayat berikut:

83. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

84. Pemuda itu mengakui bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen.

85. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.

86. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.

Dalam ayat-ayat di atas ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi

sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.

Page 23: Ayat Majmuk

( ii ) Ayat komplemen frasa kerja

Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif,

iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama tetapi oleh keterangan-keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut.

93. Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.

94. Kenyataan itu bermaksud bahawa kerajaan sanggup memajukan kawasan luar bandar.

95. Penduduk-penduduk kampung itu berpandangan bahawa projek itu akan membawa banyak manfaat.

Page 24: Ayat Majmuk

(iii) Ayat komplemen frasa adjektif

Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Demikian juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Tetapi jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu terhad; contohnya:

103. Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.

104. Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam peperiksaan itu.

105. Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.

106. Pelajar itu sedar benar bahawa mereka harus belajar bersungguh-sungguh.

Page 25: Ayat Majmuk

18.3.3 Ayat keterangan

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Perhatikan contoh-contoh ini:

107. Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.

108. Anak itu menangis kerana ia lapar.

109. Ali tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dahulu.

110. Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis membuat pemeriksaan.

Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

Page 26: Ayat Majmuk

18.3.3.1 Jenis-jenis ayat keterangan

( i ) Keterangan musabab

Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata bubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab.

111. Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

112. Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.

113. Oleh sebab mereka mengamalkan dasar apartheid, negara itu dikenakan sekatan ekonomi.

Page 27: Ayat Majmuk

( ii ) Keterangan akibat

Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau

hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan adalah seperti

hingga dan sehingga.

116. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak tekaknya.

117. Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya.

Page 28: Ayat Majmuk

( iii ) Keterangan syarat

Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang

mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya,

andai kata, jikalau, jika, dan kalau.

118. Sekirannya saya lulus peperiksaan ini saya akan berpuasa sepuluh hari.

119. Andai kata mereka menyerang kita akan bertahan bersungguh-sungguh.

120. Ali akan ikut serta kalau ayah membenarkannya.

Page 29: Ayat Majmuk

( iv ) Keterangan waktu

Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa

sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu

adalah seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara,

tatkala, dan ketika.

123. Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.

124. Dia melaporkan diri di pejabat itu setelah mendapat surat tawaran pekerjaan.

125. Sementara menanti padi masak petani itu menanam jagung.

126. Tatkala hujan mula turun mereka masih di sawah.

Page 30: Ayat Majmuk

( v ) Keterangan pertentangan

Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, namun, sekalipun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, dan sedangkan.

128. Sungguhpun badannya letih Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.

129. Kendatipun perajurit itu telah terkena peluru, dia terus melawan musuh.

130. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.

Page 31: Ayat Majmuk

( vi ) Keterangan harapan

Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu

perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan

harapan adalah seperti supaya, agar, semoga, moga-moga, dan

kalau-kalau.

133. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

134. Supaya suasana menjadi aman damai mereka semua bersetuju dengan cadangan pemimpin muda itu.

135. Cuba bertanya pada orang tua itu, kalau-kalau dia mengetahuinya.

Page 32: Ayat Majmuk

( vii ) Keterangan cara

Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau

kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung

keterangan cara ialah dengan.

136. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.

137. Dengan memberanikan hati Anita terjun dari kapal ke dalam laut.

138. Dengan menggunakan besi Aziz memecahkan tingkap rumah itu.

Page 33: Ayat Majmuk

( viii ) Keterangan tujuan

Keterangaan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud

bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan

tujuan adalah untuk, demi, dan bagi.

Sunguh mustahil untuknya melarikan diri

141. Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

142. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan.

143. Dua atom hydrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi membentuk satu molekul air.

Page 34: Ayat Majmuk

( ix ) Keterangan perbandingan

Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan kejadian

yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, dan bak.

144. Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.

145. Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

146. Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan.

Page 35: Ayat Majmuk

18.4 Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada

satu jenis ayat, yakin yang terdiri daripada campuran ayat tunggul dengan

ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat

sedemikian biasanya panjang. Perhatikan contoh ayat 148 di bawah:

148. Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah

letih lesu telah lama tidur.

Page 36: Ayat Majmuk

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambung

Dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca

buku sementara ayat yang kedua ialah kawan-kawannya yang sudah

letih lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini merupakan ayat majmuk

juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu dipancangkan

ke dalamnya.

Page 37: Ayat Majmuk

Kadangkala sebuah ayat yang pendek merupakan ayat majmuk,

seperti dalam contoh berikut:

152. Kereta yang sentiasa rosak itu ditendang dan ditolak olehnya.

152. (a) Kereta itu ditendang olehnya. (b) Kereta itu ditolak olehnya. (c) Kereta itu sentiasa rosak.

Page 38: Ayat Majmuk

18.5 Ayat Majmuk Pasif

( i ) Ayat majmuk gabungan

158. (a) Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi. (b) Pasif: Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

159. (a) Aktif: Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.

(b) Pasif: saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

Page 39: Ayat Majmuk

( ii ) Ayat majmuk relatif

160. (a) Aktif: Mereka menonton wayang yang lucu itu.

(b) Pasif: Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.

161. (a) Aktif: Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

(b) Pasif: Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.

Page 40: Ayat Majmuk

( iii ) Ayat majmuk komplemen Komplemen Objek

162. (a) Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan. (b) Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.

163. (a) Aktif: Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di India.

(b)Pasif: Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh akhbar itu.

Page 41: Ayat Majmuk

( iv ) Ayat majmuk keterangan

164. (a) Aktif: Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya. (b) Pasif: Buku itu akan dibeli oleh ali kalau ayah membenarkannya. (c) Pasif: Ali akan membeli buu itu kalau dibenarkan oleh ayah.

165. (a) Aktif: Sugguhun badannya letih Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. (b) Pasif: Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ali.

Page 42: Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk gabungan

2. Ayat majmuk pancangan

3. Ayat majmuk campuran

(i) susunan fakta – faktanya berurutan

(ii) pertentangan fakta

1. Ayat relatif2. Ayat komplemen

3. Ayat keterangana. Ayat komplemen frasa nama.

b. Ayat komplemen frasa kerja.c. Ayat komplemen frasa adjektif.

( i ) ( i ) Ayat komplemen frasa nama subjekAyat komplemen frasa nama subjek

( ii ) ( ii ) Ayat komplemen frasa nama objek tepatAyat komplemen frasa nama objek tepat

IMBASAN SEMULA

Page 43: Ayat Majmuk

3. Ayat majmuk campuran

3. Ayat keterangan

a. Musabab

b. Akibat

c. Syarat

d. Waktu

e. Pertentangan

f. Harapan

g. Cara

h. Tujuan

i. perbandingan

4. Ayat majmuk pasif

a. Ayat majmuk gabungan

b. Ayat majmuk relatif

c. Ayat majmuk komplemen objek

d. Ayat majmuk keterangan

Page 44: Ayat Majmuk

PERBANDINGANPERBANDINGAN

PELITA BAHASA MELAYU NAHU MELAYU MUTAKHIR

TATABAHASA DEWAN

Ayat Berkait Ayat Kompleks Ayat Majmuk

Ayat BerlapisJenis binaan : -

Jenis pembentukan:1. Gabungan

dua/lebih ayat selapis.

2. Bendanya lain ceritanya sama.

(Deretan beberapa ayat)

Ayat Majmuk GabunganJenis binaan :1. Susunan fakta2. Pertentangan fakta

Ayat Majmuk GabunganJenis binaan :1. Susunan fakta2. Pertentangan fakta

Jenis pembentukan:1. Pengekalan semua

ayat2. Penggunaan

bahagian yang sama.

3. Deretan beberapa ayat.

Page 45: Ayat Majmuk

PERBANDINGANPERBANDINGAN

PELITA BAHASA MELAYU NAHU MELAYU MUTAKHIR

TATABAHASA DEWAN

Ayat Bercampur-Satu persatuan ayat yang mengandungi ayat selapis atau ayat berkait dan sebaliknya.

Ayat Majmuk Pancangan

3 jenis :1. Ayat relatif2. Ayat komplemen3. Ayat keterangan

Ayat Majmuk Pancangan- Ayat kecil dipanjangkan dalam ayat induk.

3 jenis :1. Ayat relatif2. Ayat komplemen3. Ayat keterangan

Ayat Bercampur Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pasif Ayat Majmuk Pasif

Page 46: Ayat Majmuk

KesimpulanKesimpulan

• Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggunakan penyambung, kata sendi penambah atau kata hubung. Ia juga boleh mempunyai subjek dan predikat yang berlainan. Justeru, ayat majmuk, ayat kompleks atau ayat berkait adalah ayat yang mempunyai lebih dari satu jenis ayat.