25
TAJUK : DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT { ال ا ق م ه ن ع ال ي ض ر ر م ع ن اب ن ع: ال ل و س ر ذ خ أ ال ق ى ف ب ك ن م ب م ل س و ه ي ل ع ى ال ل ص: ك ن أ ا ك ني ى الد ف ن كل ي ب س ر اب ع و ، أ ريب { ل و ق ا ي م ه ن ع ال ى ض ر ر م ع ن اب ان ك و: ل ف ت ي س م ا أ ذ إن م ذ خ ، و اء س الم ر ظ ت ن ل ت ف ت ح ب أص ا ذ إ اح، و ب الص ر ظ ت ن ت ك وت م ل ك ات ي ن ح م و ك ض ر م ل ك ت ح ص{ لبخارى رواه ا

Ayat wa hadis ahkam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ayat wa hadis ahkam

TAJUK : DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

أخذ رسول ال: عن ابن عمر رضي ال عنهما قال }كن فى الدنيا كأنك: صلى ال عليه وسلم بمنكبى فقال

.غريب، أو عابر سبيل

إذا أمسيت فل: وكان ابن عمر رضى ال عنهما يقول }تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فل تنتظر المساء، وخذ من

رواه البخارى} صحتك لمرضك ومن حياتك لموتك

Page 2: Ayat wa hadis ahkam

• Maksudnya: ” Daripada Ibnu Umar r.a., beliau berkata: ”Rasulullah saw. memegang dua bahuku sambil bersabda; jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan ”

• Ibnu Umar telah berkata ; ”Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang. Manfa’atkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Page 3: Ayat wa hadis ahkam

Kepentingan Hadis

Hadis ini amat banyak faedah dan pengajaran untukdijadikan panduan hidup kepada seluruh kaum muslimin, di antaranya:• Menyuruh agar memendekkan cita-cita di dunia

yang fana ini.• Tidak menjadikan dunia sebagai tempat tinggal

yang tetap dan merasa tenang terhadapnya.• Merasakan diri sebagai seorang pengembara atau

orang asing yang singgah untuk sementara waktu.• Dunia adalah tempat menyiapkan bekalan dan

kenderaan untuk meneruskan perjalanan demi menghadapi hari yang dijanjikan.

Page 4: Ayat wa hadis ahkam

Maksud kalimah

Bermaksud; orang asing atau orang yang {غريب } berdagang.

Bermaksud; orang yang sedang melalui di عابر سبيل} { jalan (pengembara) (matan arba’in an-Nawawiah:1966) ;Bermaksud; Kamu berada di wakt petang امسيت } { iaitu apabila masuknya waktu petang bermula dari gelincir matahari sehingga tengah malam. Bermaksud; Kamu berada di waktu pagi; iaitu { أصبحت } apabila masuknya waktu pagi, bermula dari tengah malam sehingga gelincir matahari.

Page 5: Ayat wa hadis ahkam

Kandungan Hadis:

1. Rasulullah saw. adalah seorang murabbi:1.1 Cara pentarbiahannya lebih terkehadapan dan sempurna.

1.2 Menggunakan teknik perbandingan, menerangkan perkara yang berbentuk ma’ani kepada alam realiti.

1.3 Sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar.

1.4 Mengetahui kemampuan akal dan mengawasi amalan yang di lakukan

1.5. Meneguhkan yang betul dan membetulkan yang salah.

1.6 Sebagai suri teladan yang baik, penuh kesabaran dan penjagaan.

1.7 Rasulullah saw. memegang kedua-dua belah bahu Abdullah

bin ’Umar kerana;

Page 6: Ayat wa hadis ahkam

1.7.1 Memberi perhatian sepenuhnya terhadap

ilmu yang ingin disampaikan.

1.7.2 Baginda amat ingin menyampaikan ilmu

tersebut ke dalam jiwa dan perasaan yang

sudah sedia menerimanya.

1.7.3 Memberi galakkan kepada guru atau

penasihat agar memegang sebahagian

anggota badan kepada orang yang diajar

atau yang dinasihatinya.

1.7.4 Ibnu Mas’ud menceritakan bagaimana

Rasulullah saw. meletakkan tapak

tangannya di antara tapak tanganku ketika

mengajar bacaan tasyahud awwal.

Page 7: Ayat wa hadis ahkam

Hikmah Rasulullah saw. berbuat demikian:

• Mewujudkan perasaan harmonis, suasana akrab, semangat serta penuh perhatian.

• Perbuatan tersebut pasti sukar dilupakan ajaran atau nasihatnya kerana dengan cara demikian.

• Pentarbiahan tersebut berlaku mungkin hanya kepada orang yang disenangi sahaja.

• Menunjukkan kecintaan Rasulullah saw. kepada Ibnu ’Umar dan Ibnu Mas’ud.

Page 8: Ayat wa hadis ahkam

Kebinasaan dunia dan kekalnya akhirat: 2.1 Kehidupan manusia menurut iradat Allah Taala, kematian pasti akan

datang. Firman Allah swt.;

“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian”

(Aali Imraan : 185)

2

Page 9: Ayat wa hadis ahkam

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati”.

(Az-Zumar: 30)

”Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati”. (Luqmaan: 34)

Page 10: Ayat wa hadis ahkam

2.2 Dunia akan hancur, kehidupan akhirat yang

hakiki dankekal, tidak ada penghujung dan

penamat.

2.3 Allah akan membangkitkan manusia dari

kubur, dikumpul untuk dihisab segala amalan

dan ditentukan sama ada ke syurga atau ke

neraka.

2.4 Orang yang bertakwa akan kekal di dalam

syurga dan orang-orang kafir akan kekal di

dalam neraka

Page 11: Ayat wa hadis ahkam

2.5 Mukmin yang bijak ialah: 2.5.1 Tidak terpedaya dengan

kemewahan dunia. 2.5.2 Tidak merasa tenang hati dengannya. 2.5.3 Tidak menganggap dunia ini segala-galanya. 2.5.4 Memendekkan angan- angannya. 2.5.5 Menjadikan dunia tempat menabur benih (amal soleh) yang akan dipetik hasilnya di akhirat.

Page 12: Ayat wa hadis ahkam

Rasulullah saw. bersabda:

ما لي وللدنيا، إنما مثلي ومثل الدنيا كمثل راكب }

قال في ظل شجرة في يوم صائف ثم راح {وتركها

”Apalah aku ini dengan dunia! Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.”

Page 13: Ayat wa hadis ahkam

3. Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Bagi orang mukmin dunia diibaratkan sebagai: 3.1 Orang asing atau orang musafir (pengembara)

3.2 Tidak tertipu dengan kemewahan dunia.

3.3 Merupakan tempat singgah sementara bukan tempat menetap

Page 14: Ayat wa hadis ahkam

Firman Allah swt..

”Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah sementara sahaja dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal”.

(Ghafir: 39)

Page 15: Ayat wa hadis ahkam

3.4 Alat untuk mengisi penghidupan yang baik

bagi mencapai darjat yang tinggi dan mulia di sisi Allah swt. dihari kemudian.

3.5 Sebagai seorang pedagang yang sedang musafir, bekalan atau keperluan perlu mencukupi, jika tidak pasti terlantar dan sengsara serta tidak sampai ke tempat yang dituju. Inilah perbandingan bagi kehidupan di duna ini, semakin lama hidup, semakin dekat perjalanan dan semakin hampir pula ajalnya. Alangkah ruginya jika bekalan tidak mencukupi dan amat sedikit.

Page 16: Ayat wa hadis ahkam

3.6 Tidak membina tempat tinggal yang dibanggakan, tidak mengumpul alat perkakas atau perhiasan rumah, tetapi redha dengan yang sedikit sahaja. Ia menyimpan, menabung dan menyiapkan hadiah-hadiah dan cenderahati untuk dini’mati di negeri yang hakiki, kerana yakin di sanalah tempat tinggalnya yang sebenar.

Page 17: Ayat wa hadis ahkam

3.7 Zuhud di dunia ini kerana dunia hanya sementara, yang kekal ialah akhirat

Firman Allah swt.

”Pada hal kenikmatan hidup di dunia

hanyalah sedikit kalau dibandingkan

dengan kehidupan di akhirat”.

(Al-Taubah: 28)

Page 18: Ayat wa hadis ahkam

3.8 Hassan al-Basri berkata, ”ia tidak risau dengan kehinaan dunia, tidak berlumba-lumba untuk mendapatkan kemegahan dunia”.

3.9 Ibnu Rajab berkata,”Asal Adam di syurga, kemudian di tempatkan ke dunia, tetapi dijanjikan kepada orang-orang soleh untuk kembali ke syurga. Oleh itu orang mukmin sentiasa merindui negerinya yang pertama dan cintakan tanahairnya

yang hakiki.”

3.10 Mukmin sebenar, menyediakan tempat tinggal dan kelengkapan di dunia hanya sebagai alat pembantu untuk mendapatkan keinginannya di akhirat serta untuk mendapat keredhaan Allah swt.

Page 19: Ayat wa hadis ahkam

”Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji

kamu siapa yang lebih baik amalnya.” (Al-Mulk: 2)

3.11 Mencari teman yang boleh menunjuk jalan dan membantu

untuk sampai ke tempat yang selamat.

Firman Allah swt.

”Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya

menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali

orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 67)t

Firman Allah swt.

Page 20: Ayat wa hadis ahkam

3.12 Berhati-hati menjaga diri agar sentiasa taat dan bertaqwa kepada Allah swt. di dunia ini untuk bekalan di akhirat. Firman Allah swt.;

Page 21: Ayat wa hadis ahkam

”Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul." Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sipolan itu teman akrab (ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur'an ketika Al Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.” (Al-Furqaan: 27-29)

Page 22: Ayat wa hadis ahkam

4. Nasihat ibnu Umar r.a., kerja di waktu petang tidak menunggu waktu pagi dan di kala pagi tidak menunggu waktu petang, bermaksud:4.1 Amal pagi hendaklah dikerjakan pada waktu pagi dan amal petang hendaklah dikerjakan pada waktu petang kerana tiap-tiap amal ada waktunya.

4.2 Amal hari ini jangan ditunggu untuk dikerjakan pada esuk hari. 4.3 Waktu adalah umur, habis waktu bererti kurangnya umur dan kurangnya waktu beramal. 4.4 Masa sihat dan masa hidup di dunia hendaklan digunakan sepenuhnya untuk amal yang berguna bagi mendapatkan faedah kemudian hari. Hargailah masa tersebut sebelum datang masa sakit dan masa mati.

Page 23: Ayat wa hadis ahkam

اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، }

وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك،

{وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك Maksudnya,

”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa mudamu sebelum datang waktu tuamu, masa sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, masa kayamu sebelum datang waktu fakirmu, masa senangmu sebelum datang waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang waktu matimu”.

4.5 Al-Hakim meriwayatkan satu hadis daripada ibnu

’Abbas daripada Rasulullah saw.;

Page 24: Ayat wa hadis ahkam

Segera melakukan amal kebajikan serta membanyakkannya, tidak lalai dan tidak

menangguhkannya.Rebut peluang dan kesempatan yang ada sebelum

terlambat.Zuhud dalam kehidupan, hindarkan daripada

kesibukan, ini bukan bererti meninggalkan amal usaha dan kegiatan dunia, sehingga lupa amal

akhirat.Berusaha keras untuk beramal soleh, serta ada rasa

takut dan berhati-hati terhadap seksaan Allah swt.Bijak memilih teman kerana ditakuti tergelincir atau

terhalang untuk sampai ke tujuan dan matlamat akhirat.

5

6 7

8

9

Page 25: Ayat wa hadis ahkam

• Kesimpulan

Hadis ini mengajak kita agar dapat mewujudkan keseimbangan antara amal dunia dan akhirat. Amalan dunia adalah wajib sekadar untuk mencukupi keperluan dan mengambil manfaat sahaja.Gunakan peluang hidup ini demi untuk akhirat dan untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah swt. Setiap kali kita melebihkan pergantungan kepada dunia serta leka dengannya, bererti kita menjauhkan diri daripada akhirat.