12
Takut Azfa Hanani telah mencuri pinjam beberapa buah buku perpustakaan. Ketika di dalam makmal, kawannya bercakap tentang pencuri yang akan ditangkap tidak lama lagi. Azfa Hanani berasa takut akan digantung atau dibuang sekolah. Namun dia berbuat demikian kerana tekanan hidup. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan bapa saudara yang serba kekurangan. Azfa Hanani bertambah takut apabila dia dipanggil ke bilik pengetua oleh pengawas sekolah. Siapa Mereka? Di bilik pengetua terdapat Syarifah Rozan yang telah dikenalnya. Dia diperkenalkan dengan Tengku Mazran dan Syafinaz. Mereka mengakui wajah Azfa Hanani memang seiras dengan Tengku Murni yang telah meninggal dunia. Mereka mahu Azfa Hanani mengikut mereka untuk menenteramkan perasaan Datin Maziah yang tidak dapat menerima kematian anak kesayangannya. Azfa Hanani setuju sekiranya mendapat keizinan daripada Pak Longnya. Kerana Terdesak Azfa Hanani mendapat keizinan daripada pak long dan mak longnya. Tengku Mazran datang ke rumah Azfa Hanani untuk menjemputnya. Tangku Mazran berjanji sekiranya Azfa Hanani setuju dengan permintaan mereka, mereka akan menanggung kos perubatan anak pak longnya. Azfa Hanani juga mengenangkan dia akan ditangkap dan dibuang sekolah oleh pihak Sekolah Menengah Seri Dian, dia juga menerima tawaran tersebut. Selain daripada itu dia juga akan diberhentikan sekolah pada suatu hari nanti kerana pak longnya tidak mempu untuk menanggung kos persekolahannya.

azfa hanani

Embed Size (px)

DESCRIPTION

novel komsas tingkatan 4

Citation preview

Page 1: azfa hanani

Takut Azfa Hanani telah mencuri pinjam beberapa buah buku perpustakaan. Ketika di dalam makmal, kawannya bercakap tentang pencuri yang akan ditangkap tidak lama lagi. Azfa Hanani berasa takut akan digantung atau dibuang sekolah. Namun dia berbuat demikian kerana tekanan hidup. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan bapa saudara yang serba kekurangan. Azfa Hanani bertambah takut apabila dia dipanggil ke bilik pengetua oleh pengawas sekolah.

Siapa Mereka?Di bilik pengetua terdapat Syarifah Rozan yang telah dikenalnya. Dia diperkenalkan dengan Tengku Mazran dan Syafinaz. Mereka mengakui wajah Azfa Hanani memang seiras dengan Tengku Murni yang telah meninggal dunia. Mereka mahu Azfa Hanani mengikut mereka untuk menenteramkan perasaan Datin Maziah yang tidak dapat menerima kematian anak kesayangannya. Azfa Hanani setuju sekiranya mendapat keizinan daripada Pak Longnya.

Kerana TerdesakAzfa Hanani mendapat keizinan daripada pak long dan mak longnya. Tengku Mazran datang ke rumah Azfa Hanani untuk menjemputnya. Tangku Mazran berjanji sekiranya Azfa Hanani setuju dengan permintaan mereka, mereka akan menanggung kos perubatan anak pak longnya. Azfa Hanani juga mengenangkan dia akan ditangkap dan dibuang sekolah oleh pihak Sekolah Menengah Seri Dian, dia juga menerima tawaran tersebut. Selain daripada itu dia juga akan diberhentikan sekolah pada suatu hari nanti kerana pak longnya tidak mempu untuk menanggung kos persekolahannya.

Seawal KehadiranTangku Mazzran, Syafinaz dan Azfa Hanani menginap di Hotel Universe terlebih dahulu. Mereka mengajar Afza Hanani tentang perwatakan dan kebiasaan Tengku Murni. Sesampai di rumah Datin Maziah, Afza Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar telah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Azfa Hanani disuruh berehat. Dia teringatkan Nordin yang menemuinya semasa dia hendak berangkat ke Kuala Lumpur. Nordin menjelaskan bahawa pencuri yang ditangkap ialah beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah, dia dapat melakukan apa yang diajar kepadanya dengan baik.

Page 2: azfa hanani

Sebagai Pelajar BaruAzfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu kepada Tengku Murni dan juga Ekran, Andiani serta pelajar yang memusuhi Tengku Murni iaitu Laini, Syafikah dan Fuziana. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa beg duit, kad ATM dan kad pengenalan Tangku Murni belum dijumpai.

Imbalan BudiSekembali dari sekolah, Datin Maziah menunggu untuk makan bersama. Datin Maziah memasak untuk Azfa Hanani. Datin Maziah menegur Azfa Hanani yang makan sedikit daripada biasa. Di dalam bilik, Azfa Hanani melihat dan membaca diari Tengku Murni untuk lebih mengenali hal peribadi Tengku Murni.

Kerenah LailiAzfa Hanani menulis surat kepada pak long sekeluarga. Kemudian dia ke sekolah untuk menghadiri perjumpaan pelajar tingkatan lima. Mereka mengadakan mesyuarat tentang pelaksanaan projek hari Sumbangsih. Taklimat disampaikan oleh Ekran. Laili tidak puas hati kerana tidak diberikan peranan mengendalikan slot Malam Bakat Sumbangsih. Selepas mesyuarat, Azfa Hanani pergi ke Plaza Cahaya untuk mendaftar kelas Bahasa Inggeris dan kelas Bahasa Jepun. Semasa mencari hentian teksi dia terserempak dengan Ekran sedang menjual burger.

Tertanya-tanyaKetika di perpustakaan sekolah, Fuziana dan Syafikah menawarkan peranan pengacara Malam Bakat Sumbangsih kepada Azfa Hanani. Azfa Hanani menolak tawaran itu kerana menyedari bahawa slot itu sepetutnya dikendalikan oleh pelajar tingkatan lima Sastera II. Selain daripada itu Azfa Hanani dapat membaca bahawa mereka tidak ikhlas. Di rumah malam itu, Tengku Muzaffar menegurnya dengan baik. Tengku Muzaffar berjanji akan mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer.

EkranAzfa Hanani nekad untuk menemui Ekran. Selepas kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun, dia diganggu oleh Iskandar. Iskandar menggodanya dan mahu menghantar Azfa Hanani pulang. Azfa Hanani pergi ke tempat Ekran menjual burger. Ekran menjelaskan bahawa dia ingin menjadi akauntan. Menjual burger adalah satu peluang untuk dia belajar secara praktikal.

Page 3: azfa hanani

Meluah RasaAzfa Hanani menghubungi Syafinaz untuk mendapat kebenaran ke Pesta Buku. Setelah medapat kebenaran, Azfa Hanani bersama Ekran ke sana. Dalam perjalanan, Ekran menjelaskan bahawa ayah Laili pernah menderma sebanyak RM 10 ribu kepada Persatuan Pelajar Tingkatan Lima. Itulah sebab dia berlagak sombong dan Ekran tidak begitu membangkangnya. Mereka kemudiannya terserampak dengan Tengku Muzaffar sedang menunggang motosikal.

Bukan DirancangTengku Ellina meminta Azfa Hanani ke rumahnya. Azfa Hanani meminta kebenaran daripada Datin Maziah. Datin Maziah keberatan kerana peperiksaan SPM sudah dapat. Namun setelah dipujuk, Datin memberikan kebenaran. Azfa Hanani dihantar oleh Tengku Muzaffar. Azfa Hanani diminta memainkan peranan Tengku Ellina sebagai pengerusi forum remaja untuk sesi latihan hari itu kerana Tengku Ellina terpaksa mengendalikan mesyuarat projek Hari Sumbangsih. Suara dan kebolehan Azfa Hanani membuatkan rakan meminta dia menggantikan Tengku Ellina sebagai pengerusi.

MeluluPertandingan forum remaja akan berlangsung tidak lama lagi. Azfa Hanani dan rakannya membuat persiapan terakhir. Dia mendapat tahu gerai burger Ekran telah dibakar malam tadi. Dia terus mencari Ekran di bilik persatuan pelajar tingkatan lima. Ekran tidak ada. Laili muncul marah kerana Azfa Hanani tidak menerima tawarannya. Kata-kata berupa ugutan dan penghinaan menyebabkan perasaan Azfa Hanani gementar.

Hadiah BerertiPasukan forum remaja telah menang pertandingan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai pengerusi terbaik. Dia mendapat pujian daripada rakan termasuk Tengku Ellina. Datin Maziah telah mengadakan parti hari jadi Murni yang ke-17. Azfa Hanani terharu kerana tidak pernah menyambut hari jadi seumpama itu. Dia terlebih dahulu dibimbing oleh Syafinaz untuk mengendalikan parti itu. Ekran datang lewat dan tidak mahu masuk. Dia memberikan hadiah dan terus berlalu. Selesai majlis, Tengku Mazran memberitahu Azfa Hanani bahawa sepupunya Zuraini yang ditemani oleh pak long, Abang Norman dan Kak Rozan telah menemui kiai di Jakarta dan mempunyai harapan sembuh. Azfa Hanani menyatakan perasaan rindu kepada keluarga di kampung dan rakan-rakan lama.

Misteri yang TersimpanTengku Mazran memberikan telefonnya untuk digukana oleh Azfa Hanani. Dia telah menghubungi rakan-rakan lamanya. Syafinaz menjemput Azfa Hanani makan.namun dia enggan dengan alasan masih kenyang. Tengku Muzaffar menunaikan janjinya mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer. Bekalan elektrik terputus menyebabkan pembelajaran terhenti. Azfa Hanani membukan hadiah termasuklah hadiah yang diberikan oleh Ekran. Dia terkejut kerana mendapati kad pengenalan dan wang kepunyaan Tengku Murni.

Page 4: azfa hanani

Kunjungan MengejutMelalui perbualan telefon dengan pak long, Azfa Hanani dapat tahu bahawa Zuraini sudah boleh berjalan. Mereka akan pulang pada hari itu. Azfa Hanani mahu ke lapangan terbang untuk menemui mereka namun ditegah oleh Syafinaz. Azfa Hanani ke kelas Bahasa Inggeris. Sepulang ke rumah dia terkejut melihat pak long dan Zuraini ada di rumah tersebut. Dia berbual panjang dengan Zuraini. Di sudut lain pak longnya dan Datuk Tengku Makmur berbual panjang dengan pak longnya. Datin Maziah tidak ada di rumah.

Hari SumbangsihHari sumbangsih berjalan dengan lancar. Azfa Hanani diberitahu rakannya bahawa Laili membawa Iskandar ke sekolah. Azfa Hananicuba mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang beg duit dan kad pengenalan Tengku Murni. Dia berjaya menemui Ekran di dalam bilik persatuan tingkatan lima. Ekran menjelaskan hubungannya dengan Tengku Murni dan menunjukkan beberapa keping gambar. Atas alasan tertentu mereka berpisah dan beg duit Tengku Murni tertinggal di dalam bilik itu. Hari itu juga Tengku Murni menemui ajal.

TerusirAZfa Hanani mengkaji kandungan diari Tengku Murni. Dengan mengunakan lilin dia dapat mengesan beberapa perkataan yang dipadamkan. Dia menemui Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran kerana Ekran miskin dan tidak ada masa depan. Azfa Hanani terhina dan belaku pertengkaran sehingga didengar oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada malam itu juga.

HakikatTengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani ke rumah Tengku Ellina. Kemudian baru pulang ke kampung. Dia rasa bahagia walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan kerana tidak perlu bersikap hipokrit. Dia telah nekad untuk tidak kembali ke rumah Datin Maziah lagi. Tengku Mazran, Syafinaz, Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur datang menemui Azfa Hanani. Mereka memohon maaf atas apa yang berlaku. Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa dialah yang memyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Kemudian daripada itu. Anak itu tidak dapat dikesan untuk dibantu. Hal itu diketahui oleh Datuk Tengku Makmur semasa pak long Azfa Hanani berkunjung ke rumah mereka semasa pulang dari Jakarta.

Page 5: azfa hanani

Segala-galanya BerakhirAzfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identity asalnya Nani. Dia juga meminta tidak dimanjakan. Kutipan Hari sumbangsih mencecah RM 16,655.00. Fuziana dan Syafikah meminta maaf daripada Azfa Hanani atas sikapnya sebelum itu. Laili terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa membonceng motosikal Iskandar. Iskandar maninggal di tempat kejadian manakala Laili dirawat di wad ICU. Pasukan forum remaja telah menjadi johan peringkat negeri. Azfa Hanani telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik peringkat negeri. Azfa Hanani pergi ke rumah Ekran. Dia dapati Tengku Muzaffar ada di situ. Dia sedang menyiapkan gerai burger. Tengku Muzaffar salah sangka. Ekran anak kepada pensyarah universiti tempatan. Ibu bapanya melanjutkan plajaran ke peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Selama itu dia tinggal di rumah datuknya.

Tema dalam novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani seorang anak yatim piatu sanggup menerima tawaran untuk menjadi Tengku Murni bagi memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak tertekan jika mendapat tahu bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia.

1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan.a. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.b. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung.c. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

2. Berani mengambil risiko.a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni.b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu.

3. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian.a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa.

Page 6: azfa hanani

4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat.a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana tamakkan harta.b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana Ekran berasal dari keluarga yang susah.c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.

5. Berpegang kepada janji.a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan mereka.

Azfa Hanani / Akua. Azfa Hanani ialah watak utama novel ini.b. Berumur 17 tahun.c. Secara fizikalnya Azfa Hanani gadis yang cantik, wajahnya lembut.d. Azfa Hanani kehilangan kedua ibu bapanya semasa dia masih bayi.e. Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di SM Seri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SRP, kecuali subjek Bahasa Inggeris.f. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan.g. Gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km dengan menggunakan bas sekolah.h. Taat kepada pak long dan mak longnya. Dia meminta keizinan mereka terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.i. Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anak pak longnya.j. Bertanggungjawab. Dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang ‘dipinjamnya’ itu kepada Cikgu Zamin.k. Taat pada perintah agama. Buktinya, dia rajin bersembahyang dan selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya.l. Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar- pelajar di sekolah baharunya, iaitu SM Taman Sari.m. Cekal hati. Contohnya, Azfa Hanani berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di tempat yang baharu.n. Pemaaf. Dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.o. Teguh jati diri. Buktinya, dia masih mahu mengekalkan identiti diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.Tengku

Page 7: azfa hanani

Murni / Murnia. Anak perempuan Datuk T. Makmur dan Datin Maziah.b. Wajahnya seiras dengan Azfa Hanani.c. Meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya semasa memandu bersama-sama ibunya.d. Gemar berpakaian ‘rugged’. Buktinya diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar di dalam album Tengku Murni.e. Anak yang manja. Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana.f. Peramah. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan hampir semua pelajar SM Taman Sari.g. Tidak mudah mengalah. Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-abangnya.h. Tidak memandang rendah pada orang lain. Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering merendahkan orang lain.

Datin Maziaha. Isteri Datuk Tengku Makmur.b. Ibu kepada Tengku Murshadad (anak sulung), Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan ‘ akhirnya Tengku Murni.c. Hidup bermadu setelah suaminya bernikah dengan seorang gadis muda.d. Ibu yang penyayang. Dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.e. Mengalami tekanan perasaan. Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredakan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya itu.

Tengku Mazran / Abang Mazrana. Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.b. Isterinya bernama Syafinaz.c. Anak yang bertanggungjawab. Buktinya, dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari penawarnya, iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tengku Murni.d. Penyayang. Buktinya, atas dasar kasih kepada ibu, dia berusaha untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya.e. Mengambil berat. Buktinya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani.f. Berpegang teguh pada janji. Setiap janjinya dengan Azfa Hanani ditunaikan.g. Berpendirian terbuka. Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berketurunan bangsawan.

Page 8: azfa hanani

Syafinaz/Kak Finaza. Isteri Tengku Mazran.b. Kakak ipar yang baik hati. Buktinya banyak membantu AH sepanjang dia tinggal di rumah banglo Datin Maziah.c. Sanggup berkorban. Dia telah berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah sakit.d. Bijak mengurus diri. Setelah AH dapat menyesuaikan dirinya, Kak Finaz menyambung tugasnya sebagai seorang arkitek.

Ekrana. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengikuti kursus doktor falsafah di Amerika Syarikat.b. Ekran pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di SM Taman Sari.c. Ingin menjadi akauntan. Buktinya, perniagaan burger diusahakannya bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya di sekolah.d. Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi.e. Merendah diri. Dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal dari keluarga yang agak berada.f. Mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni yang dibaca oleh AH mengesahkan hubungan mereka.

Datuk Tengku Makmura. Suami Datin Maziah.b. Mempunyai dua orang isteri.c. Angkuh. Dia menilai pertolongan yang diberikan oleh AH berdasarkan pertimbangan wang ringgit semata-mata.e. Berpegang teguh pada janji. Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari AH namun tidak berjumpa. Tujuannya untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara AH.