18
KELUARAN INI Editorial INFO Bersama Pengarah Profail Staf Aktiviti Jabatan Lawatan/Aktiviti Staf Aktiviti Kelab Staf Artikel Motivasi CDL 2012 Malam Sanjungan Budi Karya dan Bakat Pedoman Hidup Renjis-Renjis Dipilis Timang Anakku Sa- yang B U L E T I N U N T A I K A T A PENGAKHIRAN YANG BAIK Kehidupan ini ada pasang surutnya. Dunia ini akan ada pengakhirannya. Begitulah juga dengan hidup kita semua. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Se- tiap langkah akan terhenti, setiap denyut akan len- yap dan setiap perjuangan pasti akan ada titik nokhtah. Akan tetapi biarlah pengakhiran itu be- rakhir dengan sesempurna mungkin dalam situasi yang baik. Biarlah yang tinggal itu satu sejarah, se- jarah yang harus diteruskan demi kelangsungan hidup, sejarah yang menjadi ikutan dan panduan un- tuk generasi akan datang. Selamat Tinggal 2012, selamat datang 2013. Moga tahun mendatang ini akan memberi banyak rezeki dan kebaikan pada kita semua. Apapun yang bakal berlaku, perjuangan dan amanah ini haruslah diteruskan kerana kita adalah khalifah di muka bumi yang fana ini. Amin…….. MUTIARA KATA “ALANG—ALANG BERIMPIAN, BERANIKAN BERIMPIAN BESAR” ~ SR. DONALD JOHN TRUMP ~

B U L E T I N U N T A I K A T A

  • Upload
    vancong

  • View
    249

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

KELUARAN INI

Editorial

INFO

Bersama Pengarah

Profail Staf

Aktiviti Jabatan

Lawatan/Aktiviti Staf

Aktiviti Kelab Staf

Artikel Motivasi

CDL 2012

Malam Sanjungan Budi

Karya dan Bakat

Pedoman Hidup

Renjis-Renjis Dipilis

Timang Anakku Sa-yang

B U L E T I N U N T A I K A T A

PENGAKHIRAN YANG BAIK

Kehidupan ini ada pasang surutnya. Dunia ini

akan ada pengakhirannya. Begitulah juga dengan

hidup kita semua.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Se-

tiap langkah akan terhenti, setiap denyut akan len-

yap dan setiap perjuangan pasti akan ada titik

nokhtah. Akan tetapi biarlah pengakhiran itu be-

rakhir dengan sesempurna mungkin dalam situasi

yang baik. Biarlah yang tinggal itu satu sejarah, se-

jarah yang harus diteruskan demi kelangsungan

hidup, sejarah yang menjadi ikutan dan panduan un-

tuk generasi akan datang.

Selamat Tinggal 2012, selamat datang 2013.

Moga tahun mendatang ini akan memberi banyak

rezeki dan kebaikan pada kita semua. Apapun yang

bakal berlaku, perjuangan dan amanah ini haruslah

diteruskan kerana kita adalah khalifah di muka bumi

yang fana ini.

Amin…….. MUTIARA KATA

“ALANG—ALANG BERIMPIAN, BERANIKAN BERIMPIAN BESAR”

~ SR. DONALD JOHN TRUMP ~

Page 2: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

SIDANG PENGARANG

PENAUNG

IR. HJ. MOHAMAD SOFIAN AHMAD

PENASIHAT

SR. HJ. AZIZ CHE JUSOH

PENASIHAT PENTADBIRAN

HJ. AMIN KARIM

EN. MOHD ZUKI ARIFFIN

PENGARANG / ILUSTRASI / GRAF-

IK

PN. JULIANA ABDUL MUTALIB

LEMBAGA EDITORIAL

PN. RAHMAH MOHAMAD DAUD

EN. SHAMSUDIN SAAD

EN. ABDULLAH YUSOFF

TINTA EMAS PENGARAH DI PAGI JUMAAT

Saling bekerjasama, bergerak dalam kumpulan ibarat kuda dan pedati

Untuk melakukan sesuatu kerja, niat hendaklah ikhlas dan beri tumpuan sewajarnya

Jadikan motivasi dalaman suatu kekuatan untuk bekerja

Semangat untuk berbuat sesuatu tanpa disuruh

Maruah diri adalah penting dan perlu ditambah nilai oleh diri sendiri

Kehidupan tidak tahu penghujungnya, mesti ada pengisian yang baik

Kehidupan bersaing dengan diri sendiri, kehidupan kita tentukan sendiri

Do the right thing and do it right

Life is not a race, life is a journey. Nikmati setiap apa dalam perjalanan

Kerja secara berjemaah. No man is an island

EDITORIAL Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedar tak sedar kita telahpun berada di

penghujung tahun, penghujung jalan untuk kehidupan

tahun 2012. Walaupun begitu, diharap matlamat dan

cita—cita untuk tahun ini telahpun tercapai. Anda seha-

rusnya berbangga dengan pencapaian diri sendiri…..

Majlis konvokesyen telah berlalu dengan jayanya.

Untuk makluman semua, Jabatan Pembangunan adalah

di antara Jabatan yang paling utama menerajui per-

siapan dan kerja—kerja dibelakang tabir untuk majlis

konvokesyen setiap tahun. Dari kerja—kerja hiasan dala-

man, karpet, pentas, susun atur di dewan dan se-

bagainya demi memastikan kecantikan dan kekemasan

terserlah. Tahniah kepada semua yang terlibat terutama

para pekerja rendah awam Jabatan Pembangunan.

Biarlah kita lebih memberi daripada lebih meneri-

ma.. dan biarlah kita terima ganjaran sebenarnya dari

Allah SWT dari ganjaran dari manusia semata. Keikhla-

san dan keberkatan dalam bekerja itulah yang penting

demi untuk menyara ahli keluarga tercinta.

Sekian. Salam sayang dari saya dan warga Buletin UK.

- Juliana -

Page 3: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

I N F O

SALAM TAKZIAH (Al-Fatihah)

Encik Shamsul Kader Mydin telah kematian bapa pada 23 September 2012

En. Shahrulnizam Mohamad Nor telah kematian bapa pada 1 November 2012

Hari Warga Staf 2012 pada 21-22 Oktober 2012 di USM kampus Kesihatan.

Wakil Jabatan Pembangunan Baharudin bin Abd. Hamid dan Chen Loke Choy

Le tour de’ Campus (tmpt ke—3 Senior Veteran dan Johan dan Naib Johan untuk Sukaneka

SEKALUNG TAHNIAH !!!!!!

Pelantikan Y. Brs. Prof. Asma Ismail (TNC P&I) sebagai

Naib Canselor USIM bermula pada 1 Disember 2012.

Y. Bhg. Prof. Dato’ Omar Osman, Naib Canselor USM dikurniakan “Tokoh Pendidikan”

sempena sambutan Maal Hijrah di Rumah Terbuka Pemenang (Tokoh Persatuan Melayu

Pulau Pinang) pada 15 November 2012

Page 4: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

EDISI KHAS BERSAMA PENGARAH PEMBANGUNAN

1) Berapa lama Tn. Hj telah berkhidmat di USM dan ceritakan pengalaman kerja yang lalu.

Saya telah mula berkhidmat di USM pada 3 Mei 1982. Pada tarikh persaraan 5 Mei 2013,

maka genaplah perkhidmatan saya 31 tahun. Semasa saya belum lagi disahkan dalam jawatan,

saya telah terpilih untuk mengikuti program latihan “A Course on Administration in Higher Educa-

tion” di Institute of Education, University of London dari April hingga Jun 1983. Latihan ini

dibiayai oleh British Council dibawah program CICHE. Apa yang menarik saya adalah peserta

yang paling muda diantara peserta lain yang terdiri dari Pegawai Tadbir dan Teknikal universiti—

universiti COMMONWEALTH. Kursus berkenaan memberi pendedahan yang amat baik dan

bermakna buat saya dan menyebabkan saya ‘mula jatuh cinta’ dengan kerja—kerja yang dil-

aksanakan oleh Jabatan Pembangunan dari aspek pembangunan fizikal apabila melakukan

‘Attachment’ selama 1 bulan di University of Sheffield (universiti tempat saya belajar dulu) se-

bagai menepati keperluan kursus. Saya memperolehi Sijil dalam “Campus Planning, Design &

Maintenance”.

Pada tahun 1984, saya telah dilibatkan dalam perbincangan awal dan penyediaan keperlu-

an pembangunan fizikal bagi Cadangan Kampus Kejuruteraan di Perak Darul Ridzuan. Pada ta-

hun 1985, saya mengetui pasukan menyediakan perancangan dan rekabentuk kemudahan

fizikal di Ipoh dengan mengambilalih bangunan lama di Majlis Perbandaran Ipoh sebagai Kampus

Sementara dan Asrama Negeri Perak di Jalan Tambun sebagai kemudahan penginapan pelajar

wanita manakala pelajar lelaki disewakan beberapa buah rumah di kawasan perumahan baru di

Taman Rezeki, Sg. Rokam, Ipoh yang dilengkapi dengan kemudahan asrama.

Pada tahun 1986, saya bersama 7 orang staf yang lain (5 staf lantikan baru dan 2 staf la-

ma) merupakan “Kumpulan Peneroka” yang pertama berpindah ke kampus sementara di Ipoh

bagi memastikan kemudahan asas disediakan sebelum staf dari PTJ lain berpindah. Ini

merupakan satu cabaran besar yang perlu dipikul sementelahan umur saya baru menjangkau 28

tahun dan masih kurang pengalaman. Sayugia, semua cabaran dapat diatasi kerana saya

mempunyai pasukan staf yang amat komited dan berdedikasi.

Nama : Ir. Hj. Mohamad Sofian Bin Ahmad Tarikh Lahir : 5 Mei 1957 Jawatan : Pengarah, Jabatan Pembangunan USM Kampus Induk Pendidikan : - Penang Free School, Penang - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh - University of Sheffield, United Kingdom

Page 5: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

Pada tahun 1986, tanggungjawab saya sebagai Pengurus Projek bagi pembangunan Kampus

tetap di Sri Iskandar, Perak bermula dan projek ini merupakan projek terbesar yang pertama saya

kendalikan dengan jumlah RM78 juta. Projek fasa 1 RM50 juta dibiayai melalui pinjaman Bank

Dunia dan setiap 3 bulan akan ada wakil dari Bank Dunia datang untuk meninjau kemajuan projek

di tapak dan saya bertanggungjawab untuk memberi laporan lengkap kepada mereka. Ini merupa-

kan satu pendedahan dan pengalaman yang baik dari segi tatacara dan prosedur yang diamalkan

diperingkat Antarabangsa. Akhirnya, projek dapat disiapkan mengikut jadual dengan kos kon-

trak. Pada akhir 1989, perpindahan ke kampus tetap Sri Iskandar bermula dengan Jabatan Pem-

bangunan sebagai Jabatan pertama yang berpindah diikuti dengan jabatan—jabatan lain. Kam-

pus mula beroperasi pada bulan Julai bagi sesi Akademik 1990—1991 dan selamat dirasmikan

pada September 1990.

2) Apakah cabaran yang paling getir yang dihadapi sepanjang berkhidmat di USM?

Pada tahun 1997, USM menerima keputusan Kabinet bahawa Kampus Kejuruteraan di Sri

Iskandar akan diserahkan kepada Petronas untuk kampus universitinya dan USM akan berpindah

balik ke Pulau Pinang. Ini merupakan satu cabaran yang cukup besar kerana saya terpaksa men-

jalankan 3 aktiviti utama dalam masa serentak iaitu menyusun semula Jabatan Pembangunan,

merancang pembangunan semula kampus Kejuruteraan di Pulau Pinang, merancang perpindahan

serta penyerahan kampus Kejuruteraan kepada Petronas.

Ini semua perlu diselesaikan dalam tempoh 3 tahun sebelum sesi 2001/2002 bermula. Jika

USM gagal, pihak Petronas akan memotong 10% dari bayaran pampasan RM215 juta yang dibuat

bagi kampus Sri Iskandar. Dengan berkat kerja kuat Pegawai dan staf Jabatan Pembangunan

serta kerjasama dan bantuan semua pihak, usaha ini dapat dilakukan dengan jayanya walaupun

terdapat beberapa masalah.

3) Terangkan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.

Di antara pengalaman manis yang tak dapat dilupakan adalah pada hari pertama saya

melapor diri, saya dibawa oleh Ir. Foong Yee Chye (Pengarah Pembangunan pada masa itu)

berjumpa dengan Naib Canselor (Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir) ketika itu. Beliau dalam keadaan

marah ketika berjumpa dengan kami dibiliknya lantaran hasil dari temujanjnya sebelum kami. Kami

terpaksa mendengar leterannya dan kemudian beliau menanyakan tujuan kami datang ber-

temunya pada hari tersebut. Saya diperkenalkan oleh Ir. Foong kepada Naib Canselor dan sesi

temuduga pun bermula. Wajah beliau bertukar ceria dan gembira pabila mengetahui saya pernah

bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh. Terus keluar kata—kata ini

“Foong, his my student. I want him to get involve in Kubang Kerian project, tomorrow take

him along to KL”. Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir adalah merupakan pengasas dan Pengetua

pertama STAR. Sekolah ini cukup dekat dihatinya dan semua bekas pelajar STAR dianggap

pelajarnya. Pertemuan ini juga menjadikan saya cukup bersemangat untuk memulakan karier di

USM.

Pengalaman manis kedua berlaku ketika saya ada temujanji dengan Dekan PP.

Perumahan, Bangunan dan Perancangan iaitu Encik Kamaruddin Md. Noor (Dekan ketika itu).

Page 6: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

Saya terus bertemu dengan stenonya dan memaklumkan saya dari Jabatan Pembangunan

dan ada temujanji dengan dekan. Beliau terus berkata “Oh ya, kerusi yang nak dibaiki ada da-

lam bilik Dekan.” Saya terus terpingga—pingga untuk memahami maksudnya. Tiba—tiba mun-

cul Tn. Hj. Zainon Din, P. Pendaftar HBP terus menegur saya seraya berkata,

“Ini En. Sofian, Engineer baru di Pembangunan”. Saya senyum sambil melihat wajah steno

yang bertukar merah (blushing). Beliau mungkin menyangka saya ini Tukang Kayu lantaran

melihat penampilan saya ketika itu. Saya tersenyum bila mengenangkan peristiwa ini.

4) Apakah saranan Tn. Hj. untuk memartabatkan dan meningkatkan prestasi Jabatan Pem-

bangunan?

Di dalam setiap penyampaian saya tentang peranan dan tanggungjawab Jabatan di dalam

perancangan pembangunan Universiti yang selalu saya sebutkan adalah 3 komponen penting iai-

tu PEMBANGUNAN AKADEMIK, PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PEMBANGUNAN

FIZIKAL. Pelaksanaannya mesti selaras. Jelaslah peranan yang dimainkan oleh Jabatan tidak

kurang penting. Oleh itu Jabatan hendaklah sentiasa di tahap yang dapat melaksanakan

perancangan Universiti. Ianya mesti dinamik dan anjal dan perlu mempunyai kapasiti dan

keupayaan untuk sentiasa berubah dalam menyesuaikan tuntutan semasa pembangunan akade-

mik.

5) Kongsikan tips – tips untuk menjadi pekerja yang berdedikasi dan berhemah tinggi.

Setelah menyedari akan peranan dan tanggungjawab setiap anggota Jabatan Pem-

bangunan perlu bermula dengan dirinya, untuk meningkatkan prestasi masing—masing dari

aspek displin, penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang kerja.

Menyedari bahawa Universiti sentiasa berkembang dan berubah, maka Jabatan juga perlu

ada kapasiti dan keupayaan untuk berubah. Jabatan perlu berada di dalam keadaan yang

dinamik bukan statik. Kita perlu ada pembaharuan dari aspek proses kerja, sistem dan

prosedur sesuai dengan tuntutan semasa.

Kerja berpasukan, semangat setiakawan dan perasaan rasa bangga dengan hasil

kerja adalah antara faktor yang perlu terus disemai, dipupuk agar ianya menjadi antara ciri—ciri

staf Jabatan Pembangunan.

6) Apakah perancangan masa depan selepas bersara nanti.

Saya telah merancang persaraan secara serius bermula 2003 dengan mengambil kira

komitmen keluarga dan tugas—tugas di Jabatan. Saya telah mulakan beberapa program

melibatkan Pegawai dan Staf dalam program yang dinamakan “Succession Planning”. Pada

awal pelaksanaan program ini memang tidak diketahui dan disedari oleh Pegawai dan Staf.

Ianya banyak berbentuk latihan dan pendedahan kerja. Sebahagian besar apa yang dirancang

nampaknya berjalan lancar.

Page 7: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

Selepas bersara saya mempunyai masa yang lebih untuk memberi khidmat kepada

sekolah—sekolah dibawah Pendidikan Al-Hidayah di Ipoh yang mana saya merupakan seorang

daripada ahli pengasas sekolah agama ini. Bermula pada tahun 1989 dengan Sekolah Rendah

kini mempunyai Sekolah Menengah, Pengajian Sijil Tinggi Agama dan dalam perancangan untuk

Kolej Pengajian Tinggi.

Saya merancang untuk kembali aktif dalam Badan Professional iaitu Institusi Jurutera

Malaysia Cawangan Perak. Ini akan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman

dengan pelajar—pelajar yang berminat dengan kerjaya bidang kejuruteraan menerusi program

ceramah kerjaya dan sebagainya. Saya juga akan terlibat dengan lebih aktif dalam kerja khidmat

sosial menerusi penglibatan dengan badan—badan NGO.

Dengan masa yang lebih dan tidak lagi terikat dengan jadual kerja saya berkemungkinan

boleh terlibat dengan program ceramah motivasi dan pembangunan diri. Di samping itu, saya

akan teruskan penglibatan saya sebagai Penasihat Teknikal Pembinaan Masjid. Sebuah masjid di

Parit Buntar dijangka siap pada pertengahan tahun ini dan kemungkinan besar selepas ini akan

terlibat pula dengan pembinaan sebuah masjid di Pendang, Kedah.

Saya juga akan berkesempatan untuk melihat perkembangan terutama pendidikan cucu-

cucu saya. Di dalam zaman yang cukup mencabar sekarang ini saya rasa ada peranan yang

boleh saya mainkan untuk membantu anak dan menantu saya.

Dari segi aplikasi pengetahuan dan pengalaman saya sebagai Jurutera Professional saya

mungkin (bergantung kepada peluang) menjalankan kerja perundingan secara sambilan atau

“Project to Project Basis”.

Selain daripada itu, saya mempunyai masa untuk menunaikan hak tubuh badan saya yang

mungkin selama ini tidak begitu diberi perhatian secara serius dari segi kesihatan, pemakanan dan

senaman. Tidak dilupakan juga hak rohani yang perlu kepada santapan.

Sekian. Terima kasih.

WARGA SIDANG REDAKSI BULETIN UNTAI KATA BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PENGARAH PEMBANGUNAN

Page 8: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

Pada peringkat awal pada tahun 1999, mengurus dua (2) bahagian utama di Jabatan Pembangunan, iaitu Bahagian Rekabentuk dan Lukisan (tahun 1999 hingga 2005) & Bahagian Kejuruteraan Awam dan Struktur

Mengurus projek pembangunan fizikal, ubahsuaian dan penyenggaraan.

Nama: Ir. Mohd Nizam Bin Mohd Razak

Tarikh Lahir : 17 Mei 1973

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian),

(UTM) 1997

Ijazah Sarjana Pengurusan Projek, (USM) 2004

Jawatan: Ketua Jurutera Awam J48

Keahlian : 25 May 2010—Registered as a Corporate Member with

The Concrete Society of Malaysia (CSM)

3 November 2008—Transfer to the grade of Member

(Corporate Membership) with The Institution of

Engineers, Malaysia (IEM)

29 April 2008—Registered as a Professional Engineer

(P.Eng.) with Board of Engineers Malaysia (BEM)

15 April 2006—Registered as a Member of The Institute

of Value Management Malaysia (IVMM)

26 Oktober 1998—Registered as a Graduate Engineer

with The Institution of Engineers Malaysia (IEM).

7 May 1998—Registered as a Graduate Engineer with

Board of Engineers, Malaysia BEM).

Hobi : Motosikal berkuasa tinggi (Kelab USM Superbikers)

bermain gitar/memancing/bermain paintball

PROFAIL STAF

1. Sejak bila anda berkhidmat di USM serta pengalaman kerja yang lalu.

Setelah tamat pengajian di UTM pada April 1997, terus mendapat tawaran bekerja di syarikat Intria Bina Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (anak syarikat Intria Group di bawah kumpulan UEM) dan lapor diri untuk jawatan pertama sebagai Project Engineer pada 2 Mei 1997.

Bekerja di tapak bina, mengawasi projek pembinaan Bandar Nusajaya di Gelang Patah, Johor. Projek tersebut menggunakan kaedah Turnkey dengan kos RM800 juta.

Memulakan karier di USM dengan melapor diri sebagai JURUTERA AWAM J3 pada 4 Januari 1999. Telah ditugaskan di Jabatan Pembangunan Kampus Induk.

Pada peringkat awal di USM, telah terlibat dengan projek-projek Rancangan Malaysia ke-7 (RMK7), antaranya bangunan Eureka, Arkeologi, Vektor, Kompleks Sains & Dewan Kuliah, Rumah Antarabangsa, Palapes dan projek terbesar adalah pembinaan Kompleks Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun (RST) yang mengandungi tiga (3) pakej pembinaan.

Page 9: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

2. Sepanjang anda berkhidmat di Jabatan Pembangunan, boleh anda kongsikan motivasi

diri mengenai pencapaian dan kejayaan di dalam bidang kejuruteraan awam ini.

3. Pengalaman manis yang tak dapat dilupakan sepanjang bertugas di USM?

Pada tahun 2007, dilantik sebagai ketua dalam membangunkan sistem iMOS (pengurusan penyenggaraan berkomputer) bagi menggantikan sistem BEAM ketika itu. Bekerjasama dengan pihak PPKT. Sekarang telah dinaiktaraf kepada sistem CMMS-BEAM v2.

Terlibat dalam Transformasi Jabatan Pembangunan pada tahun 2008.

Pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) pada tahun 2005, di bawah bidang Teknologi Binaan.

Tiga asas dalam mendapat kepuasan bekerja, iaitu :

- SATISFACTION (Kepuasan)

- APPRECIATION (Penghargaan)

- RESPECTATION (Penghormatan)

Melakukan sesuatu, perlu bersungguh-sungguh. Tidak suka kerja semberono.

Berjaya mendapat M.Sc. Project Management pada tahun 2004 dengan pengecualian yuran oleh pihak universiti dan separuh masa. Berjaya menamatkan pengajian walaupun sibuk dengan tugas.

Berjaya mendapat status Jurutera Profesional dengan membawa gelaran Ir. pada tahun 2008. Rekod pengalaman Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) di bawah mentor berdaftar, iaitu Ir. Hj. Mohamad Sofian Ahmad, Pengarah, Jabatan Pembangunan USM.

4. Apakah perancangan dan harapan di masa depan?

Meningkatkan sifat setia, komited dan patuh arahan di kalangan staf.

Membawa Jabatan Pembangunan ke peringkat lebih tinggi.

Page 10: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

Aktiviti Jabatan : Jamuan Raya Pembangunan pada 10 September 2012

Berbuka puasa bersama Anak Yatim Umu Sabariah di Desa Gemilang, USM

Page 11: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

Lawatan Staf : Lawatan Sambil Belajar ke Nilai, Negeri

Sembilan pada 2-5 Oktober 2012 (Ganjaran Tambahan Untuk

Staf yang Cemerlang Tahun 2011)

Staf yang Terpilih : Puan Juliana Abdul Mutalib dan Puan Nur Hafizzah Baharuddin

Acara Lawatan : Melawat ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan INTI International

University, Nilai. Aktiviti yang dijalankan adalah dibawa melawat ke sekitar Jabatan Pendaftar

USIM dan diberi penerangan bahagian pentadbiran USIM dan lain—lain. Kami dibawa melawat

ke bahagian perubatan USIM di kampus Pandan Indah. Diberi pendedahan tentang kaedah pe-

rubatan pergigian dan selok belok pembedahan. Di INTI University, kami diberi taklimat oleh Naib

Canselor INTI mengenai universiti dan prasarana moden untuk kemudahan pelajar. Untuk sesi

brain storming, Unit Latihan menyediakan beberapa aktiviti menguji minda yang menarik sekalu-

gus dapat bertukar—tukar pendapat antara satu sama lain. Juga sesi berkenalan sesama staf

kampus Kesihatan dan Kejuruteraan. Bagi saya dan rakan, aktiviti lawatan ini amatlah menyer-

onokkan di samping menambahkan ilmu pengetahuan dan kenalan baru.

Page 12: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

Aktiviti Lawatan Kelab Staf Ke Melaka dan

Nilai 3 pada 21—23 Disember 2012

Ahli rombongan seramai 40 orang termasuk ahli keluarga staf

Di Melaka— Tour sekitar bandaraya Melaka seperti Menara Taming Sari, Muzium Tamadun Islam,

Muzium Kesultanan Melaka, Muzium Samudera (terdapat hampir 26 buah muzium) di Melaka.

Malam—ke Bandar Hilir untuk makan malam dan menikmati River Cruise. Ada juga yang ke Jonker

Street untuk menjamu mata dan membeli belah di sana. Di sekitar River Cruise terdapat juga

persembahan kebudayaan seperti boria untuk tontonan orang ramai serta gerai—gerai pasar malam.

Di PD Negeri Sembilan—Melawat ke Muzium Tentera Darat yang menarik dengan replika pesawat,

helikopter dan kereta kebal. Bersiar—siar di persisiran pantai PD.

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA BALU ALLAHYARHAM HASBULLAH BIN ABDUL RAHMAN

(PUAN SITI SARAH) DARI KELAB STAF JABATAN PEMBANGUNAN, KAMPUS INDUK

Page 13: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

MOTIVATION ETHICS AT WORK - (10 Tips of Workplace Etiquette)

1. Always show respect and do not criticise your employer

The boss is always right. Never ever talk behind their backs. Communicate effectively and show them respect

2. Do not rub your colleagues the wrong way

Activities at work can create a friendly environment in relationship with your employer. Do not get involved in acts that leave bad impression of you to your colleagues.

3. Do not compare yourself with your colleagues

Don’t go complain to your employer when colleagues gets promoted.

4. Do not interfere or comment on your colleagues personal affairs

Listen and advice when asked, but don’t over zealous in giving thoughts and opinions

5. Do not be a busy-body

Do not be tattletale and feed your employers with information on your colleagues faults

6. Let your attire speak yourself

Always dress well and appropriately. Follow the dress code set by your management

7. Do not bring family into work Don’t bring your family to your workplace unless they are invited. Do not speak at

length about your family to your colleagues.

8. Respect the contribution of others Contribution of your colleagues towards the establishment of the company should

acknowledged and respected. Do not get jealous to others

9. Take credit only when it is due and be modest about it If there’s an appraisal that due to your work, take the credit because of your efforts are

knowledged and need to celebrate. Be modest about the success.

10. Always keep yourself informed Always be well informed about what is happening in the business. It will generate a

good impression of you as a competent or employee.

Source : The Star (Feb 2013)

Page 14: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

CABARAN DI LAPANGAN 2012 USM TRANSKRIAN 17.12.12

Foto : Ihsan dari Facebook J. Pembangunan

Page 15: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

MALAM SANJUNGAN BUDI 2012 (MAJLIS PERSARAAN PENGARAH

J. PEMBANGUNAN) DI BUKIT JAWI GOLF RESORT (17.12.12)

Page 16: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

(Sajak ditujukan untuk Ir. Hj. Mohamad Sofian Ahmad

Sempena Majlis Makan Malam Sanjungan Budi 2012)

TENTANG DIA

Tentang dia Ibarat bintang di angkasa Menerangi segenap alam semesta Daku terpesona kilauannya Tentang dia Karisma itulah jati dirinya Sumber inspirasi bagi kami Jadi dokongan dalam meniti hari Tentang dia Kekuatannya adalah semangat Mengharungi onak lembah berduri Rela membakar diri sendiri Demi keutuhan bangsa pertiwi Tentang dia Akan kugenggam erat amanat ini Kerna dirimu ibarat untaian semangat Demi perjuangan yang tiada nokhtah hentinya Tentang dia Sesungguhnya tiada kata dapat diibaratkan Dirimu itu tiada galang gantinya Itulah dia ……….. Ir. Hj. Mohamad Sofian bin Ahmad Nukilan rasa : Juliana Abdul Mutalib

KARYA & BAKAT

KATA NALURIMU

Ingatannya

Pengakhiran biarlah yang terbaik

Kehidupan umpama gerabak keretapi

Yang terakhir perlu dijaga agar tidak

tergelincir

Pintanya

Bekerja ibarat kuda dan pedati

Ikhlas dan saling bekerjasama

Keluarga jadikan sumber inspirasi

Do the right thing and do it right

Tegasnya

Jangan diambil mudah hidup ini

Motivasi paling tinggi adalah

diri sendiri

Bulat air kerana pembentung

Teguh Jabatan kerana muafakat

Pada kami

Ingatannya tepat menusuk kalbu

Pintanya ikhlas benar penuh erti

Tegasnya menjunjung jati diri

~ Mohd Zuki Ariffin ~

Page 17: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

KARYA & BAKAT PEDOMAN HIDUP

WANITA PERHIASAN DUNIA

CIRI—CIRI :-

1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al—Hadis sebagai sumber hukum dalam

seluruh aspek kehidupannya

2. Wanita yang ibadahnya baik dan memiliki akhlak mulia. Tidak mengumpat dan

berdusta.

3. Wanita yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan sentiasa mendoakan dan

menghormati mereka.

4. Taat kepada suami dan menjaga harta suaminya. Mendidik anak—anak secara Islam.

Bila dipandang menyenangkan hati dan jiwa. Berhias hanya untuk suami dan

memotivasi suami untuk berjuang membela agama.

5. Ia tidak bermewah—mewah dengan harta dunia, bersikap sederhana. Kesabaran luar

biasa atas janji—janji Allah dan ia tidak berhenti untuk belajar buat bekal hidupnya.

6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat

besar erti baginya. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya lem-

but, hatinay bersih dan akalnya cerdas dan dengan hartanya.

7. Ia berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan y

yang dapat membantu ekonomi keluarga untuk berinfaq, bersedekah dan berzakat.

“Manusia yang tidak berimpian adalah manusia

yang berjiwa kosong”

- Dr. Azizan Osman -

(Sumber : ohislam.com)

Page 18: B U L E T I N   U N T A I  K A T A

DODOI

ANAKKU

SAYANG

RENJIS—RENJIS

DIPILIS

DITEPUNGILAH

TAWAR

ADLEENA BT. KAMIL

(Anak sulung kepada Pn. Aimi Adyani)

TARIKH LAHIR : 25 OGOS 2012

PERKAHWINAN ANAK SULUNG

MOKHTAR HARUN PADA 8 DISEMBER

2012

Syakila bt. Mokhtar &

Muslihin bin Mohd Rashid