B12 SISTEM BEKALAN

Embed Size (px)

Citation preview

SISTEM BEKALAN

1

Pengenalan Bekalan elektrik yang kita terima di rumah sebenarnya telah melalui beberapa peringkat, tiga peringkat yang utama ialah: 1. Penjanaan 2. Penghantaran dan 3. Pengagihan.2

1.

PENJANAANDefinasi.

Penjanaan merupakan satu proses pengeluaran tenaga elektrik dengan jumlah yang besar hasil daripada penukaran tenaga mekanik kepada tenaga elektrik.

3

Penjanaan ( sambungan )

Tenaga mekanik- Diperolehi sama ada dengan pembakaran sumber-sumber asli arang batu, minyak, gas dan bahan radioaktif dalam dandang stim atau menggunakan kuasa angin ( kincir) atau kuasa air ( empangan ).

4

Penjanaan ( sambungan )

Tenaga elektrik diperolehi daripada pemusingan pengulang-alik / penjana (alternator) yang dihasilkan oleh putaran turbin melalui kuasa pengerak (mekanikal ).Nota ( teori asas penghasilan elektrik ): Di dalam penjana terdapat pengalir (Rotor) dan kutub magnet (stator). Apabila rotor berpusing atau sebaliknya, maka pemotongan urat daya magnet berlaku dan menghasilkan daya gerak elektrik.5

Stesen PenjanaTempat yang mengeluarkan tenaga elektrik dengan jumlah yang besar untuk kegunaan umum dinamakan Stesen Penjana. Antara jenis-jenis stesen penjana yang terdapat di Malaysia: a). b). c). d). e). Stesen Penjana Haba ( Terma ) Stesen Penjana Hidro Stesen Penjana Minyak ( Diesel ) Stesen Penjana Kitar Padu Stesen Penjana Turbin Gas.6

Stesen Penjana ( sambungan )Lain-lain jenis stesen Penjana: f ). g). h). i ). Stesen Penjana Arang Batu. Stesen Penjana Solar Kawasan tertentu sahaja Stesen Penjana Kincir Angin Stesen Penjana Nuklear - Negara-negara maju

7

Perbandingan antara Stesen PenjanaStesen Penjana STIM ( Terma ) Kebaikan - Murah - Murah - Tiada pencemaran - Kurang penjagaan - Ringkas - Voltan tinggi - Saiz kecil - Tenaga maksima Keburukan - Penjagaan lebih - Pencemaran udara - Tenaga tidak terkawal - Tempat tertentu - Kos mula mahal - Hakisan & banjir - Voltan kecil - Tenaga Terhad. - Bahaya radioaktif - Penjagaan lebih - Tempat tertentu8

HIDRO

DIESEL

NUKLEAR

LaTiHaN:Pelajar dikehendaki membuat nota dan melukis gambarajah berkaitan mengenai jenis-jenis Sistem Penjana di Malaysia.SuMbEr : i. Buku Teks T4.- Teknologi Elektrik dan ii. lain-lain buku yang berkaitan- PSS.9

2.

PENGHANTARANDefinasi.

Penghantaran ialah proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari penjana elektrik hingga ke stesen-stesen pencawang voltan tinggi ( *Pengubah naik ) atau dari satu stesen penjana ke stesen penjana yang lain. ( 11kV tingkatkan ke 66kV,132kV, 400kV dll ).10

Cara-cara Sistem Penghantaran dilakukanPenghantaran kuasa / tenaga elektrik ini dijalankan dengan beberapa cara tertentu, iaitu seperti : (a). Penghantaran Talian Rentang Atas. ( 275kV ) (b). Penghantaran Kabel Dalam Tanah. ( 132kV ) (c). Penghantaran Kabel Dasar Laut. ( 66kV )

# Penghantaran Talian Rentang atas dan Kabel Bawah Tanah paling banyak digunakan di negara kita.

11

Perbandingan penghantaran Talian atas dengan Kabel bawah Tanah. Penghantaran Talian Atas: 1. Sesuai di kawasan luar bandar2. 3. 4. 5. Mudah membuat penyelenggaraan Menggunakan tiang-tiang penghantaran (kayu, besi & konkrit) Pengalir yang digunakan tidak bertebat (aluminium). Kos pembinaan murah.12

Perbandi gan penghantaran Talian atas dengan Kabel bawah Tanah ( sambungan ).n

Penghantaran Kabel Bawah Tanah: 1. 2. 3. 4. 5. Sesuai di kawasan bandar / bangunan tinggi ( flat ). Sukar membuat penyelenggaraan korek tanah Menggunakan kabel bertebat bahan mineral Tahan lama 50 tahun Kerja pemasangan cepat,

13

Kaedah sambungan Penghantaran dan Pengagihan Terdapat beberapa kaedah sambungan litar antara stesen-stesen penjana bagi tujuan penghantaran & pengagihan iaitu: (a). (b). (c). (d). (e). Sistem Grid Nasional paling banyak digunakan Sistem Gelang Sistem Jejari Sistem Bus-Ties Sistem Rangkaian.14

Kaedah sambungan Penghantaran dan Pengagihan ( sambungan )( 1 ) Sistem Grid Nasional.

Dilakukan dengan menyambungkan beberapa janakuasa elektrik yang terdapat di negara kita. Kebaikan Sistem grid. a). Bekalan mencukupi walaupun salah satu penjana rosak b). Frekuensi sentiasa stabil c). Kos penggunaan penjana kecil & tempat dapat dijimatkan. - Kelemahan Sistem Grid. a). Penjagaan rapi b). Masa menyiapkan Lama c). Kos permulaan besar.15

Kaedah sambungan Penghantaran dan Pengagihan ( sambungan )( 2 ). Sistem Gelang. - Menyambungkan semua pengubah pada stesen pencawang di sesuatu kawasan dalam litar gelang- pada bahagian primer sahaja. - Kebaikan sistem gelang: (a). Arus seimbang. (b). Susutan voltan dianggap tiada. (c). Dapat menampung beban yang banyak - Kelemahan sistem gelang: (a). Kawasan yang memperolehi bekalan elektrik dari pengubah yang rosak tidak mendapat bekalan elektrk.

16

Kaedah sambungan Penghantaran dan Pengagihan ( sambungan )( 3 ) Sistem Jejari. - Dibuat dengan menyambungkan pengubah peninggi secara jejari. - Digunakan di kawasan / daerah yang memerlukan bekalan elektrik yang kecil. - Kebaikan Sistem Jejari: (a). senang dikendalikan (b). Mudah membuat penambahan litar (c). Kos paling murah - Kelemahan sistem jejari: (a). Saiz kabel lebih besar (b). Satu pengubah rosak semua tidak dapat bekalan elektrik.17

Perubahan Voltan Dan FrekuensiSemasa proses Penjanaan, Penghantaran dan Pengagihan Voltan bekalan yang dibekalkan kepada pengguna akan mengalami sedikit Kesusutan. Bagi kepentingan penghantaran, voltan janaan perlu ditingkatkan terlebih dahulu sebelum diagihkan bagi: i). Dapatkan nilai voltan bekalan yang stabil / kepada pengguna. ii). Mengatasi masalah penghantaran. kesusutan mencukupi dalam

voltan

iii). Mengurangkan kos perbelanjaan saiz kabel dan kelengkapan yang besar.

penggunaan18

Perubahan Voltan Dan Frekuensi (sambungan)Jika susutan voltan dan perubahan frekuensi ini lebih daripada kadar yang ditetapkan kecekapan peralatan elektrik akan terjejas dan Lampu-lampu menjadi malap. IEE : telah menetapkan perubahan yang dibenarkan, ialah: a) Susutan Voltan - tidak lebih / kurang 6% daripada voltan bekalan.

b). Perubahan Frekuensi - Tidak lebih / kurang 1% daripada frekuensi yang sepatutnya.19

Perubahan Voltan Dan Frekuensi ( sambungan) Contoh susutan Voltan: Jika voltan bekalan ialah 230V, maka susutan voltan yang dibenarkan ialah: 216.2 Volt minima dan 243.8 Volt maksima. = = 6 x 230 v 100 13.8 V20

Perubahan Voltan Dan Frekuensi ( sambungan)Contoh susutan Frekuensi: Jika frekuensi bekalan sepatutnya 50 Hz, maka susutan yang dibenarkan ialah: 49.5 Hz minima dan = 1 x 50Hz 100 = 0.5Hz21

50.5 Hz maksima.

Voltan PiawaiVoltan Piawai IEE 1976, ialah: i. Voltan Lampau Rendah - ( Jalur I ): - Tidak lebih 50V AU / 100 VAT ( antara pengaliratau antara pengalir Hidup dan Bumi ).

Ii. Voltan Rendah - ( Jalur II ): - Tidak lebih 1000V AU / 1500 V AT (antara pengalir) - Tidak lebih 600 V AU / 900 VAT (antara Pengalir &Bumi)22

Voltan Piawai ( sambungan )Walau bagaimanapun, bagi kefahaman pengguna, pihak berkuasa di negara kita ( Malaysia ) telah menetapkan beberapa nilai voltan bagi pemasangan pengguna, iaitu: i. Voltan Rendah Voltan sederhana 240V AU - fasa tunggal 230V AT. 415V AU - 3 fasa 4dawai. 460V AT.23

ii.

Kerja Rumah:Pelajar dikehendaki membuat nota dan melukis gambarajah berkaitan mengenai cara / kaedah sistem penghantaran dijalankan...SuMbEr : i. Buku Teks T4.- Teknologi Elektrik dan ii. lain-lain buku yang berkaitan- PSS.24