146
Ke arah Mencapai Kualiti Tertinggi PSS Berkualiti Murid Berkualiti SENARAI SEMAK KANDUNGAN DALAM FAIL KUASA TAJUK ADA TIADA CATATAN Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pss 1.1 Pendahuluan 1.2 Tujuan 1.3 Isi kandungan 1.4 Prosedur pindaan Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah 2.1 Sejarah Penubuhan PSS 2.2 Lokasi PSS (pelan) 2.3 Visi PSS 2.4 Misi PSS 2.5 Piagam PSS 2.6 Matlamat PSS 2.7 Objektif PSS 2.8 Fungsi & peranan PSS Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah 3.1 Jawatankuasa Induk PSS:- (a) struktur organisasi (b) senarai tugas 3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:- (a) struktur organisasi (b) senarai tugas Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah Fail Kuasa PSS

b4.1 Pengoperasian Pss.fail Kuaasassa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ffd

Citation preview

Ke arah Mencapai Kualiti Tertinggi

PSS Berkualiti Murid Berkualiti

SENARAI SEMAK KANDUNGAN DALAM FAIL KUASA

TAJUKADATIADACATATAN

Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pss

1.1 Pendahuluan1.2 Tujuan1.3 Isi kandungan1.4 Prosedur pindaan

Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah

2.1 Sejarah Penubuhan PSS

2.2 Lokasi PSS (pelan)

2.3 Visi PSS

2.4 Misi PSS

2.5 Piagam PSS

2.6 Matlamat PSS

2.7 Objektif PSS

2.8 Fungsi & peranan PSS

Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah

3.1 Jawatankuasa Induk PSS:-

(a) struktur organisasi

(b) senarai tugas

3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:-

(a) struktur organisasi

(b) senarai tugas

Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah

4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)

4.2 Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-

(a) kriteria pemilihan

(b) pakaian seragam

(c) kehadiran

(d) senarai tugas

(e) senarai semak

(f) borang kebenaran

(g) surat pelantikan

4.3 Sistem Merit Pengawas PSS

Bab 5 : Peraturan Pusat Sumber Sekolah

5.1 Peraturan Am

5.2 Peraturan Khusus

5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik)

5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat

Bab 6 : Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah

6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS

6.2 Rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan

6.3 Rancangan Tahunan PSS

6.4 Laporan PSS (bulanan & tahunan)

6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK)

6.6 Fail Meja (FM)

6.7 Rancangan Pembangunan PSS

6.8 Dokumentasi

Bab 7 : Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah

7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku

7.2 Prosedur pemilihan koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dan sebagainya)

7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat

7.4 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS

Bab 8 : Kewangan Pusat Sumber Sekolah

8.1 Prosedur kewangan

8.2 Punca kewangan

8.3 Anggaran Perbelanjaan

8.4 Laporan Kewangan

Bab 9 : Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah

9.1 Pengurusan bahan secara berpusat

9.2 Sistem Pengelasan

9.3 Proses Teknik

9.4 Pengkatalogan

9.5 Lokasi bahan

9.6 Penyusunan bahan

Bab 10 : Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

10.1 Mesyuarat / Taklimat

10.2 Kursus / Bengkel

10.3 Pertandingan

10.4 Program Perkembangan Staf

10.5 Program Orientasi PSS

10.6 Lawatan

10.7 Gotong Royong

10.8 Pameran

10.9 Minggu PSS

10.10 Promosi PSS

10.11 Program Panitia Mata Pelajaran

10.12 Aktiviti Galak Guna PSS

Bab 11 : Stok dan Inventori Pusat Sumber Sekolah

11.1 Pengurusan Harta Modal (Kew 312)

11.2 Penyenggaraan Harta Modal (Kew 312A)

11.3 Daftar Inventori (Kew 313)

11.4 Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314)

11.5 Rekod Perolehan Bahan Buku

11.6 Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku

11.7 Rekod Perolehan Akhbar

11.8 Rekod Perolehan Majalah

11.9 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot dan peralatan)

11.10 Pelupusan

11.11 Hapuskira

11.12 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)

Bab 12 : Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah

12.1 Sistem sirkulasi

12.2 Keahlian

12.3 Pinjaman berkelompok

Bab 13 : Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah

13.1 Jenis-jenis perkhidmatan:-

(a) Peminjaman buku

(b) Peminjaman buku rujukan

(c) Peminjaman berkelompok

(d) Peminjaman bahan bukan buku

(e) Peminjaman peralatan

(f) Peminjaman pihak luar

(g) Reprografi

(h) Koleksi soalan

(i) Rakam salin

(j) Sebaran maklumat

(k) Rekreasi

(l) Khidmat nasihat dan bimbingan

(m) Pameran

(n) Promosi dan sebagainya

13.2 Waktu perkhidmatan:-

(a) Satu masa khas setiap kelas

(b) Waktu rehat

(c) Waktu tengah hari

(d) Waktu petang

(e) Hari sabtu

(f) Cuti sekolah

(g) Jadual waktu Guru Perpustakaan & Media

Bab 14 : Automasi Pusat Sumber Sekolah

14.1 Sistem yang digunakan

14.2 Sistem keselamatan

14.3 Menu utama

14.4 (Output)

14.5 Prosedur memasukkan data

14.6 Alat Pembaca Label Kod Berpalang (Bar code)

14.7 Rangkaian (networking)

14.8 Carian maklumat

14.9 Laporan

Bab 15 : Program Bacaan (NILAM)

15.1 Konsep Program NILAM:-

(a) Latar belakang

(b) Rasional

(c) Asas pertimbangan

(d) Pendekatan

(e) Model program nilam

(f) Tahap program nilam (jauhari & rakan pembaca)

(g) Sistem ganjaran

15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-

15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-(a) Pengenalan(b) Pelaksanaan(c) Bahan(d) Peranan(e) Pengumpulan data(f) Contoh-contoh rekod bacaan(g) Aktiviti NILAM Bulan Membaca Kebangsaan (Julai), Hari Buku Sedunia (23 April), Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa (Hari Isnin minggu keempat bulan Oktober)

EN.L. SUNDRAJ

GURU BESAR

SJK(T) LADANG KIRBY

71900 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

1.1 PENDAHULUAN/DEFINISI

Fail Kuasa(Authority Files) merupakan satu aspek penting yang perlu dititik

beratkan dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah Pusat Sumber Sekolah. Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar atau polisi dan keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur Pusat Sumber Sekolah.

Anggapan yang mengatakan bahawa fail kuasa itu sama dengan "Rancangan Pembangunan Pusat Sumber Sekolah "(Blue Print) adalah salah.Sebenarnya

Rancangan Pembangunan Pusat Sumber Sekolah (Blue Print) adalah sebahagian daripada fail kuasa.Dengan itu segala perkhidmatan,program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut landasan yang ditetapkan dalam fail kuasa.

Fail kuasa merupakan satu rekod tentang pernyataan dasar dan keputusan yang diambil tentang satu-satu prosedur Pusat Sumber Sekolah.Fai lKuasa Pusat Sumber Sekolah harus dirangka secara kolektif oleh guru-guru Pusat Sumber Sekolah dan perlu diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan Pusat Sumber Sekolah berkenaan.

1.2 TUJUAN PENYEDIAAN FAIL KUASA

Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah disediakan bertujuan:

(Tidak menjejaskan pengurusan Pusat Sumber Sekolah apabila

berlaku pertukaran Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

(Guru baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan

merujuk fail kuasa yang disediakan.

(Mengelak daripada berlakunya percanggahan idea di kalangan Ahli

Jawatankuasa dan kakitangan Pusat Sumber Sekolah.

(Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam

pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah.

Fail kuasa ini juga disediakan dengan tujuan:

(Memudahkan tenaga pengajar sekolah ini menyemak bahan-bahan

yang ada di Pusat Sumber Sekolah.

(Membolahkan tenaga pengajar sekolah ini membuat persediaan

awal sebelum mengajar.

(Menggunakan bahan/alatan Pusat Sumber Sekolah di dalam usaha

menjayakan pengajaran dan pembelajaran.

(Sebagai salah satu daripada langkah-langkah menggalakkan

penggunaan Pusat Sumber Sekolah ini.

(Membolehkan tenaga pengajar menggunakan Pusat Sumber

Sekolah sebagai "Bahan Maklumat" dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Penggunaan Pusat Sumber Sekolah yang berkesan dalam jangka masa panjang akan:

(Meningkatkan mutu pengajaran tenaga pengajar sekolah.

(Meningkatkan prestasi pelajaran serta pencapaian akademik.

(Menjadikan Pusat Sumber sekolah sebagai satu "Agensi Maklumat

Di Sekolah".

1.3 ISI KANDUNGAN

Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah ini mengandungi empat belas bab.Fail kuasa lazimnya dsimpan dalam bentuk "Ring File" supaya sesuatu keputusan itu dapat diganti tanpa menjejaskan keseluruhan isi asal,sekiranya terdapt apa-apa perubahan atau pindaan.Fail Kuasa yang lengkap mempunyai tarikh kuatkuasa sesuatu prosedur itu.Ini memudahkan kita mengenal pasti prosedur mana yang patut diutamakan ketika membuat penyemakan semula.Biasanya penyemakan semula fail kuasa ini dilaksanakan lima tahun sekali atau mengikut keperluan.

Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah mengandungi bab-bab berikut:

(Muka surat judul

(Pengenalan kepada fail kuasa

(Isi kandungan Fail Kuasa

(Kandungan dan pindaan mengikut bab

Kandungan dalam fail kuasa hendaklah disusun seperti berikut:

(Setiap bab akan dinamakan mengikut tajuk

(Selepas tajuk utama akan disusun pula kandungan bab berkenaan

(Borang berkuatkuasa bab berkenaan yang telah disahkan

(Jika ada pindaan,borang pindaan akan disusun di akhir bab

berkenaan mengikut bilangan pindaan

1.4 PROSEDUR PENYEDIAAN FAIL KUASA

Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah harus bertanggungjawab merangka isi kandungan sesebuah fail kuasa sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah.Ini adalah kerana salah satu fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukan dasar atau polisi menganai peraturan, lantikan jawatankuasa kerja, pemerolehan bahan dan sebagainya. Selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat tersebut barulah fail kuasa berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya.

(Sila rujuk Lampiran A-Borang Penguat Kuasa Mengikut Bab)

1.5 PROSEDUR PINDAAN

Prosedur yang sama juga akan digunakan semasa membuat sesuatu pindaan atau perubahan dalam fail kuasa.Guru Perpustakaan dan Media akan merangka pindaan atau perubahan dan membentangkannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan kelulusan. Selepas itu barulah pindaan atau perubahan tersbeut akan dikuatkuasakan sepenuhnya.

Langkah-langkah membuat pindaan atau perubahan:

Kaji semula bahagian-bahagian yang perlu dibuat pindaan

Guru Perpustakaan dan Media Sekolah perlu menyediakan draf pindaan

Draf pindaan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan kelulusan

Selepas mendapat kelulusan,Guru Perpustakaan dan Media Sekolah hendaklah memasukkan pindaan tersebut dalam Borang Pindaan dan mendaptkan tanda tangan untuk pengesahan Pengetua/Guru Besar

Tarikh berkuatkuasa pindaan tersebut ialah tarikh mendapat kelulusan (Tarikh Mesyuarat)

FAIL KUASA (AUTHORITY FILE)PUSAT SUMBER SEKOLAH

SJK(T) LADANG KIRBYAdalah merupakan catatan tugas yang dilaksanakan oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah difailkan atau dijilidkan dengan tujuan menjadikan panduan, rujukan untuk guru yang terlibat dengan pengurusan Pusat Sumber Sekolah ini.

Segala catatan dan peraturan yang dirancang oleh Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber Sekolah hendaklah ditanda tangani oleh Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan disahkan oleh Pengetua/Guru besar sebelum difailkan.

Semoga Fail kuasa ini dapat memberi panduan dan rujukan untuk guru-guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah, terutama guru-guru Penyelaras yang baru dilantik, Pengetua/Guru besar dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung serta murid yang terlibat dengan pengurusan Pusat Sumber Sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIASJK(T) Ladang KirbySeremban Negeri Sembilan Darul Khusus

2.1 SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Pusat Sumber SJK(T) Ladang Kirby merupakan nadi kepada perkembangan dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran sekolah. SJK(T) Kirby telah dibina pada tahun 1930. Bangunan lama sekolah ini merupakan rumah mayat dahulu. Rumah mayat ini diperbuat daripada papan dan zink. Pada tahun 1945 , selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, rumah mayat ini dijadikan sekolah. Hampir ke semua murid yang belajar di sekolah ini merupakan dari penduduk Ladang Kirby dan Ladang Carotina. Sebuah bangunan baru dengan tiga buah bilik darjah dan sebuah stor dibina pada tahun 1975 memandangkan keramaian murid belajar di sekolah ini bertambah kepada lebih kurang 100 orang.

PSS SJK(T) Ladang Kirby mula beroperasi pada tahun 1975 apabila sekolah ini diubahsuai. PSS SJK(T) Ladang Kirby beroperasi sepenuhnya pada tahun 2009 setelah berpindah ke bangunan sendiri . Pihak pentadbir telah memberi perhatian sepenuhnya ke atas pembangunan dan perkembangan PSS.Jika dibandingkan dengan keadaan yang serba kurang pada awal penubuhannya,kini PSS SJK(T) Ladang Kirby sedang berusaha untuk mencapai kemajuan yang membanggakan. PSS SJK(T) Ladang Kirby juga telah diubahsuai dan dicat semula pada tahun 2014.Di antara elemen utama PSS ialah;

1. Sudut Bahan Bantu Mengajar(BBM)2. Bilik Perpustakaan

3. Ruang APD

4. Ruang legar5. Taman Mini Sifir

6. Sudut I think

7. Makmal Sains

8. Bilik Pendidikan Moral

9. Bilik Pemulihan

10. Makmal Komputer

11. Ruang SALC

12. Galeri Sejarah

2.2 LOKASI PUSAT SUMBER SEKOLAH Bil.BilikLokasi

1.Sudut Bahan Bantu Mengajar(BBM)PSS

2. Bilik PerpustakaanPSS

3. Ruang APDPPS dan bilik ICT

4. Ruang legarPSS

5.Taman Mini SifirDepan makmal Sains

6. Sudut I thinkPSS

7. Makmal SainsBlok 3

8. Bilik Pendidikan MoralBlok 2

9. Bilik PemulihanSebelah bilik PSS

10. Makmal KomputerPejabat

11. Ruang SALCPSS

12.Galeri SejarahPSS

2.3 VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Menjadikan PSS sebagai penggerak kearah pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran yang efektif. 2.4 MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH Meningkatkan kemudahan fizikal PSS serta penggunaan media pendidikan yang maksimum bagi meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.2.5 PIAGAM PUSAT SUMBER SEKOLAH

Kami warga Pusat Sumber SJK(T) Ladang Kirby dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanjia akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

Memberi layanan mesra kepada pelanggan dalam segala urusan harian

Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap maklumat atau bantuan yang dikehendaki oleh pelanggan.

Mempastikan segala program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

Menyiapkan semua tempahan menyalin rakaman video audio pada tarikh ditetapkan .

Memproses barang tuntutan dan pesanan guru-guru untuk membina BBM dalam masa dua minggu dari tarikh permohonan.

Sentiasa prihatin dan sedia menerima cadangan dan teguran bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan PSS

2.6 MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sebagai Pusat Ilmu,Pusat Sumber Sekolah mempunyai matlamat yang khusus dalam mencapai perlaksanaan sistem pendidikan negara.

1. Meningkatkan mutu pendidikan negara.

2. Membentuk profesion perguruan berilmu dan dinamis.

3. Membentuk golongan murid berilmu,dinamik,kreatif dan berdisiplin.

2.7 OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

2. Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak bergantung kepada buku teks.

3. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik dan berdikari.

4. Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan alatan pengajaran dan pembelajaran.

5. Menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar.

6. Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

2.8 FUNGSI DAN PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Berkhidmat sebagai pusat memperolehi, menghasil, mengelas, mengkatalog dan megredkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

2. Sebagai pusat di mana bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dipilih untuk penggunaan kelas.

3. Memberi khidmat panduan dan nasihat kepada guru-guru dan pelajar untuk memperolehi,menghasilkan dan menggunakan bahan dan alatan dari semasa ke semasa.

4. Menjalankan tugas untuk menilai dan menyenggarakan bahan dan alatan di semasa ke semasa.

5. Merancang dan menentukan supaya bahan yang dihasilan atau yang diperolehi selaras dengan keperluan dan perkembanagn semasa sekolah.

6. Menyediakan alat media mengikut kemampuan pihak sekolah.

7. Sebagai pusat perkembangan kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah

8. Merupakan agen perhubungan antara sekolah,PKG,BTP dan perpustakaan.

9. Membuat penilaian ke atas perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.

3.1 JAWATANKUASA INDUK

Tugas-tugas:

Guru Besar1. Sebagai penasihat dalam jentera pentadbiran PSS.

2. Memastikan PSS berjalan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Unit Teknologi Pendidikan.

3. Membantu dan menasihat perancangan,pelaksanaan program untuk mendapatkan alat atau media serta lain-lain kemudahan.

4. Membentuk satu dasar yang praktikal bersama pengerusi-pengerusi/penyelarasbdi sekolah dan menyelaraskan dengan PSS sekolah-sekolah di daerah.

5. Mengadakan perbincangan dengan pegawai UTP,PPD,JPNS,PSPN untuk kemajuan dan kelancaran PSS sekolah.

6. Menasihat dan membantu mengurus perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS.

7. Memberi pandangan serta penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

8. Menyediakan kemudahan-kemudahan mengendali dan membaiki alatan pengajaran.

9. Menyebarkan konsep PSS kepada guru, murid dan masyarakat tempatan.

Naib Pengerusi /GPK11. Sebagai ketua pentadbiran PSS.

2. Memastikan PSS berjalan dengan berkesan untuk mencapai objektif PSS.

3. Membentuk satu dasar praktikal bersama penasihat mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan kerjasama dan bantuan AJK PSS.

4. Menyelaras kursus dalaman bagi guru-guru yang memerlukannya.

5. Merancang untuk mendapatkan bantuan derma dari pihak-pihak tertentu dalam pelbagai bentuk modal dan fizikal seperti wang tunai derma buku,bahan-bahan BBM serta kepakaran tertentu.

6. Merancang perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS.

7. Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

8. Melahirkan satu suasana yang boleh menggalakkan guru-guru dan pelajar menggunakan PSS dengan sepenuhnya demi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru Perpustakaan dan Media1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2. Merancangdan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama guru besar, kakitangan PSS, guru dan murid sekolah.

3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum sekolah.4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan P&P.

6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.

8. Merancang dan mengurus program promosi PSS.

9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber.10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/PKG/Perpustakaan awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.

11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.

12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk /Kerja PSS.

13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.

14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan PSS.

15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan /PSS Negeri.

16. Menjalankan penyelidikan/ kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.

17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan,pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.

18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

Ketua Panitia:1. Memastikan penggunaan PSS digunakan secara optimum oleh guru dalam panitia setiap hari.

2. Dengan bantuan ahli panitia dapat mengemaskinikan buku stok BBM masing-masing.

3. Pemusatan bahan bukan buku BBM setiap panitia dikemaskini dengan nombor perolehan.

4. Memastikan bilangan koleksi BBM setiap panitia sentiasa meningkat.

5. Bersama-sama ahli panitia membina BBM bukan cetak.

6. Mengadakan kursus dalaman bagi tujuan meningkatkan P & P.

7. Menyimpan rekod kadar guna BBM ahli panitia seperti audio visual dan bukan audio visual dan menyerahkan data penggunaannya kepada AJK Pusat Sumber Guru untuk dianalisa.(Borang BBM1)

8. Bekerjasama dengan pihak PSS dalam segala aktiviti yang telah dirancang.

9. Menghantar satu salinan laporan aktiviti panitia kepada guru GPM.

10. Membuat kajian dan tindakan bagi pelajaran masing-masing.11. Memastikan panitia masing-masing menyediakan BBM untuk tujuan pertandingan BBM KBKK peringkat sekolah oleh PKG.(Bagi panitia yang terpilih untuk penyertaan pertandingan)

12. Mengadakan pameran bertema. ( Bagi panitia yang terpilih sahaja)

3.2 JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

SJK(T) LADANG KIRBY

Tugas-tugas:

Guru Perpustakaan dan media1. Melantik Pengawas-pengawas perpustakaan.

2. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan.

3. Memastikan keceriaan perpustakaan.

4. Memastikan perpustakaan mempunyai ciri-ciri keselamatan/peraturan.

5. Membuat promosi untuk perpustakaan.

6. Menguruskan bahan buku:

i. kegiatan pengkelasan

ii. pengkatalogan

iii. pengrekodan buku stok

iv. rekod penggunaan

v. pinjaman dan baik pulih

7. Sediakan Carta Organisasi Jawatankuasa Perpustakaan

8. Orientasi penggunaan katalog kepada semua pelajar.

9. Menyediakan mesyuarat dengan jawatankuasa pepustakaan sekurang-kurangnya 4 kali.

10. Mempamerkan panduan keselamatan dalam perpustakaan.

11. Membuat fail tegak.

12. Menguruskan stok akhbar/ majalah.

13. Menggunting dan mempamerkan keratan akhbar.

14. Membuat katalog/ stok bagi akhbar/majalah.

15. Menjilidkan majalah dalam tahun semasa.

16. Membuat stok dan inventori bilik

17. Mengemaskinikan fail perpustakaan.

18. Mendedahkan MENU PSS dan penggunaannya untuk panduan guru.

19. Merancang dan menjalankan aktiviti perpustakaan terutamanya Program Galakan Membaca.

20. Melatih dan menyelia pengawas perpustakaan untuk pengurusan perpustakaan21. Menguruskan papan kenyataan bilik.

Guru BBM

1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 2 kali setahun .

2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik.

3. Membuat promosi bilik.

4. Membuat carta organisasi jawatankuasa bilik BBM.

5. Menyenaraikan bahan-bahan BBM dan lokasi membuat edaran kepada semua guru.

6. Menguruskan proses pinjaman dan pemulangan.

7. Menyediakan bahan-bahan pembinaan BBM kepada semua guru.

8. Merekodkan dan menstok bahan BBM yang dihasilkan oleh Panitia.

9. Memastikan panitia yang terpilih untuk penyediakan pakej BBM KBKK membina BBM memenuhi syarat yang dikehendaki.

10. Memproses bahan,mengkelas katalog,rekod inventori,pinjaman,baik pulih bahan BBM dan hapus kira.

11. Membuat analisa dan penggunaan BBM(Audio visual dan bukan audio visual) yang diserah oleh ketua panitia.(Borang BBM1)

12. Mengadakan langkah-langkah keselamatan / peraturan kepada semua guru.

13. Membuat stok dan inventori bilik.

14. Memastikan BBM dalam keadaan baik.

15. Mengarahkan AJK pelajar membaiki alatan BBM yang rosak.

16. Mengorganisasikan bahan supaya guru mudah mengesan bahan.

17. Menceriakan bilik.

18. Menguruskan papan kenyataan bilik

19. Mengemaskinikan fail bilik BBM.

(Rujuk Buku Penggredan sebagai panduan pengurusan)

Guru Bilik SPBT1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali.

2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik.

3. Membuat promosi bilik.

4. Membuat carta organisasi jawatankuasa bilik SPBT5. Menyenaraikan bahan-bahan BBM dan kemudahan bilik, membuat edaran kepada semua guru.

6. Menguruskan penggunaan bilik.

7. Menyediakan jadual waktu penggunaan bilik .

8. Mengkatalog dan mengklafikasikan bahan-bahan di dalam bilik.

9. Memastikan bilik SPBT mempunyai ciri-ciri keselamatan/peraturan.

10. Membuat stok dan inventori bilik.

11. Menceriakan bilik.

12. Mengemaskinikan fail bilik SPBT13. Menyediakan aktiviti Bilik SAL.

Guru Bilik Komputer

1. Menyediakan peraturan penggunaan bilik.

2. Membuat promosi bilik.

3. Membuat carta organisasi jawatankuasa bilik komputer.

4. Menyenaraikan kemudahan bilik, membuat edaran kepada semua guru.

5. Menguruskan penggunaan bilik.

6. Menyediakan jadual waktu penggunaan bilik komputer.

7. Memastikan keceriaan bilik komputer.

8. Memastikan bilik komputer mempunyai ciri-ciri keselamatan/peraturan.

9. Membuat stok dan inventori bilik.

10. Mengemaskinikan fail bilik komputer.

Guru NILAM 1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kali setahun .

2. Memastikan semua murid mempunyai buku NILAM.

3. Menyediakan pangkalan data dan maklumat-maklumat yang berkaitan Program NILAM.

4. Membuat analisis program NILAM berdasarkan data terkumpul.

5. Memasukkan dan mengemaskini data dari masa ke masa.

6. Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah.

7. Memantau perjalanan program NILAM & Laluan Iqra.

8. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis.

9. Menganjurkan aktiviti galakan membaca/ Program NILAM peringkat sekolah.

10. Menyelia pelaksaan Program Bacaan Pagi Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Celik

ayat .

11. Tentukan bahan bacaan murid.

12. Memantau dan membuat penilaian aktiviti.

13. Membuat laporan dan pencapaian.

4.1 BADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengawas Pusat Sumber merupakan nadi penggerak PSS sekolah.Sebuah Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang diketuai oleh Penyelaras PSS dibentuk untuk tujuan memilih,melantik,memantau dan menilai pengawas PSS SJK(T) Ladang KirbyBADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

4.2 KRITERIA MEMILIH PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

2. Jujur dan ikhlas .

3. Menepati masa.

4. Sanggup bertugas di luar waktu persekolahan seperti pada waktu cuti sekolah.

5. Berkelakuan baik.

6. Mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas.

7. Rajin.

8. Sudi menolong PSS pada bila-bila masa.

4.3 SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengawas Perpustakaan:Tugas Umum:

1. Bertugas pada waktu rehat dan waktu lain yang telah ditentukan.

2. Menjalankan tugas khas seperti stok & pengkelasan,proses,katalog, keceriaan, Fail Tegak & Papan kenyataan serta Baik pulih.

3. Menyusun buku di rak.

4. Menguruskan proses pinjaman dan pemulangan buku di kaunter.

5. Merekodkan pinjaman dan pemulangan dalam buku.

6. Mengawas pelajar yang masuk/keluar perpustakaan.

7. Membuat laporan kepada guru perpustakaan jika terdapat sebarangan masalah.

(a) AJK Pengkelasan/Stok

1. Membantu guru perpustakaan membuat pengkelasan buku.

2. Menulis nombor panggilan berdasarkan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.

3. Menulis nombor perolehan mengikut urutan buku stok.

(b) AJK Proses

1. Mengecop buku yang baru diterima.(Cop hak milik dan Cop Perpolehan)

2. Mengisi butiran yang diperlukan dalam Cop Perolehan.( punca,tarikh )

3. Mengisi slip kerja.

3. Menampal slip tarikh pulang untuk buku pinjaman.

4. Menampalkan slip tulang buku.

(c) AJK Katalog

1. Memasukkan data ke dalam komputer berdasarkan maklumat dalam slip kerja

2. Menyusun kad katalog di kabinet katalog.

(d) AJK Keceriaan

1. Membantu guru perpustakaan menceriakan perpustakaan.

2. Menjaga kebersihan perpustakaan.

3. Baik pulih perabot perpustakaan.

(e) AJK Baik Pulih/Bank Soalan

1. Mengenal pasti buku-buku yang rosak.

2. Merawat buku-buku yang rosak.

3. Merekodkan buku-buku yang dibaik pulih.

4. Melaporkan kepada guru perpustakaan jika buku rosak dengan teruk sehingga tidak boleh dibaik pulih.

5. Mengumpulkan soalan peperiksaan awam/ sekolah mengikut tahun.

6. Menyusun soalan-soalan dengan sistematik.

(f) AJK Fail Tegak /Papan Kenyataan

1. Mengkerat akhbar untuk fail tegak mengikut tajuk.

2. Mengindekskan surat khabar.

3. Menampalkan berita-berita hangat terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan setiap minggu sekali.

Pengawas APD/Bilik Sumber Guru/Makmal Bahasa/Makmal Komputer

1. Menjaga keceriaan bilik.

2. Membantu guru APD/Bilik Sumber Guru/Makmak Bahasa/Makmal Komputer dalam segala tugas yang diperlukan.

3. Menjalankan tugas pada masa yang telah ditetapkan.

Pengawas Radio Sekolah

1. Membantu guru media mengendalikan Radio Sekolah.

2. Membuat pengumuman yang diberi oleh guru.

3. Menjalankan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.

CATATAN:

1. Pemilihan Pengawas Pusat Sumber dibuat pada awal tahun. Murid yang dikenal pasti untuk dipilih sebagai akan ditemuramah oleh GPM bersama guru PSS yang berkenaan.

2. Surat Perlantikan diedarkan untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga.( Rujuk Contoh Surat Perlantikan)

3. Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah akan dibuat pada awal tahun (Februari/Mac).

4. Pengawas PSS yang tidak bertugas tiga kali berturut-turut akan diberi surat amaran pertama.Surat amaran kali kedua akan diberi sekiranya masih tidak bertugas dan seterusnya surat amaran ketiga.

5. Pengawas PSS yang tidak menunjukkan minat lagi untuk membantu di perpustakaan akan dipecat selepas perbincangan dengan pengawas PSS berkanaan.

(Rujuk contoh surat)

ARAHAN DAN PERATURAN PERPUSTAKAAN (GURU)

(I) PERATURAN AM

1.Guru dibenarkan menggunakan kemudahan perpustakaan mengikut masa perkhidmatan

perpustakaan.

2.Guru dikehendaki merujuk Sudut Informasi di luar perpustakaan untuk mendapatkan

maklumat terkini penggunaan perpustakaan.

3.Hanya SATU kelas sahaja yang dibenarkan mengguna perpustakaan setiap waktu.

(II) PERATURAN KHUSUS

1.Jadual Penggunaan Waktu BM & BI dipaparkan di Sudut Informasi di luar perpustakaan.

Sila rujuk sebelum membawa pelajar ke perpustakaan.

2.Guru-guru yang ingin membawa pelajar ke perpustakaan selain daripada waktu

penggunaan BM & BI, sila dapatkan kebenaran guru perpustakaan/pembantu

perpustakaan terlebih dahulu.

3.Sila mendapatkan kunci daripada guru perpustakaan /penyelaras PSS sekiranya

pembantu perpustakaan cuti.

(III) PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

1. Jika guru membawa pelajar ke perpustakaan,pastikan pelajar tidak membawa masuk

bag / fail dan sebarang buku bacaan.

2. Guru-guru diminta menentukan lokasi pelajar-pelajar yang dibawa masuk (Ruang

Rujukan atau Ruang Fiksyen) bagi memudahkan tugas pengawasan.

3. Sila rekodkan penggunaan perpustakaan dalam buku yang disediakan.

4. Pastikan pelajar ikut segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

5. Pastikan perpustakaan dalam keadaan kemas, teratur dan bersih sebelum

meninggalkan perpustakaan.

6. Pastikan kipas dan lampu ditutup suisnya setelah digunakan.

7. Guru-guru diminta mengawasi pelajar-pelajar yang keluar untuk memastikan tiada

bahan atau buku perpustakaan yang dibawa keluar tanpa melalui proses pinjaman.

8. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam perpustakaan tanpa pengawasan guru.

(IV) PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU / BAHAN BUKAN

BUKU PERPUSTAKAAN

1. Semua pinjaman buku dan bahan bukan buku perpustakaan hendaklah mengikut

prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan.

Merekodkan pinjaman ke dalam Buku Rekod Pinjaman Guru yang telah disediakan di

kaunter perpustakaan.

2. Guru-guru dibenarkan meminjam lebih daripada sebuah buku pada waktu yang sama

(maksimum 3 buah).

3. Tempoh pinjaman ialah satu minggu. Jika perlu melanjutkan tempoh pinjaman sila

merekodkan semula di Buku Rekod Pinjaman Guru.

JAGA KESEMPURNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA

ARAHAN DAN PERATURAN PERPUSTAKAAN:( Pelajar)

(I ) PERATURAN AM

1. Pelajar dibenarkan mengguna kemudahan di perpustakaan pada masa perkhidmatan

perpustakaan.

(Sila rujuk masa penggunaan perpustakaan di Sudut Informasi di luar perpustakaan)

(II) PERATURAN KHUSUS

1. PAKAIAN SEMASA DI PERPUSTAKAANa. Dikehendaki berpakaian kemas dan bersih.

b. Pakaian pelajar dengan seragam sekolah.c. Tidak dibenarkan memakai selipar,seluar pendek atau seluar sukan.d. Tidak dibenarkan memakai topi atau yang seumpamanya.2. DISIPILNa. Adalah dilarang keras membuat bising di dalam perpustakaan dan di luar kaki lima perpustakaan.

b. Tidak dibenarkan berbual-bual di dalam perpustakaan.

c. Tidak boleh makan atau minum di dalam perpustakaan.

d. Perbincangan yang boleh mengganggu keselesaan orang lain adalah ditegah sama sekali.e. Dibenarkan masuk ke perpustakaan dengan pengawalan guru / pembantu perpustakaan atau pengawas perpustakaan.f. Dilarang masuk ke kaunter edaran/pinjaman/pemulangan buku.g. Dilarang membuang sampah merata-rata di perpustakaan.Gunakan bakul sampah yang telah disediakan.h. Dilarang membawa buku bacaan sendiri ke perpustakaan,kecuali dengan kebenaran

guru yang berkenaan.(Buku tulis adalah dibenarkan )

3. AMARAN GURU DAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SENTIASA MENGAWASI GERAK

GERI PENGGUNA PERPUSTAKAAN.MEREKA YANG MELANGGAR

PERATURAN PERPUSTA KAAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN KERAS MENGIKUT

PANDUAN YANG SEDIA ADA.

a. Menggantung pinjaman buku.

b. Dilarang daripada masuk atas menggunakan perpustakaan mengikut tempoh yang

ditentukan oleh guru perpustakaan.

c. Nama pesalah laku tersebut akan dipamerkan di dalam perpustakaan atau di lain-lain

tempat yang difikirkan sesuai.

d. Guru perpustakaan berhak memikirkan apa-apa sahaja langkah yang perlu diambil

bagi menjamin penggunaan perpustakaan yang sempurna.

4. PENGKELASAN BUKUa. Buku-buku yang disimpan dan disusun pada rak-rak buku adalah mengikut tajuk perkara sesebuah buku itu.

b. Sistem pengkelasan buku yang digunakan ialah Sistem Pengkelasan Dewey.

c. Tujuan utama pengkelasan buku atau bahan pusat sumber sekolah ialah membolehkan pengguna-pengguna mencari buku atau bahan yang dikehendaki itu dengan mudah.

d. Proses pengkelasan juga membolehkan para pengguna mengetahui jenis bahan yang ada di perpustakaan atau pusat sumber.

SISTEM PENGKELASAN DEWEY (ringkasan pertama)

000 karya am

100 falsafah

200 agama

300 sains kemasyarakatan

400 bahasa

500 sains tulen

600 teknologi

700 kesenian

800 kesusasteraan

900 geografi dan sejarah

(III) PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

1. Pelajar tidak dibenarkan berada di perpustakaan tanpa pengawasan guru kecuali pada waktu rehat.

2. Pelajar P.O.L (waktu perpustakaan)dibenarkan mengguna perpustakaan dengan mendapatkan kebenaran daripada guru perpustakaan.

3. Rekodkan penggunaan di dalam Buku Rekod Penggunaan Pelajar di kaunter.

(IV) PERATURAN PINJAMAN / PENGGUNAAN & PEMULANGAN BUKU-BUKU PERPUSTAKAAN:

a. Letakkan buku yang telah dibaca pada rak-raknya mengikut nombor pengkelasannya

ATAU letaknya di troli buku untuk memudahkan pengawas perpustakaan menysusunnya

semula di rak.

b. Peminjaman buku hanya dibenarkan dengan kad pinjaman yang disahkan.

c. Dilarang menggunakan kad orang lain.Jika dapat dikesan,kad tersebut akan dirampas.d. Kad-kad yang telah dipadamkan nama atau nombor dengan cecair pemadam dan ditulis semula

tidak akan dilayan.

e. Adalah kesalahan besar jika menconteng,mencakar,mengoyak atau seumpamanya dan membawa keluar buku secara haram.

f. Tanggungjawab peminjam di atas keselamatan buku selama itu berada dalam pinjamannya.Sebarang kerosakan atau sebagainya perlulah diganti.

g. Buku yang lewat dikembalikan mengikut tarikh pemulangan,maka peminjam tersebut akan didenda sebanyak RM 0.10(sepuluh sen) bagi setiap hari lewat.

h. Peminjaman boleh dibuat pada waktu rehat atau waktu-waktu yang dibenarkan.

PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI PUSAT SUMBER SEKOLAH(PSS)1. Hanya guru sahaja yang dibenarkan mengguna computer di PSS.

2. Kegunaan komputer adalah untuk P&P atau urusan sekolah sahaja.

3. Guru dibenarkan mengguna komputer 2 sahaja.

(Komputer 1 untuk urusan PSS sahaja)

4. Penggunaan bahan media seperti disket, CD atau pendrive adalah ditegah sama sekali.Ini adalah untuk memasti keselamtan data yang disimpan.5. Penggunaan hanya pada waktu perkhidmatan perpustakaan.6. Dapatkan kebenaran daripada penyelaras PSS, guru perpustakaan atau pembantu perpustakaan.7. Rekodkan penggunaan dalam Buku Rekod Penggunaan Komputer PSS.8. Laporkan kepada penyelaras, guru perpustakaan atau pembantu perpustakaan jika terdapat sebarangan masalah pada komputer berkenaan.PERATURAN PENGGUNAAN BILIK ALAT PANDANG DENGAR (APD)

( A ) Peraturan Am

1.Guru/ Pelajar dibenarkan mengguna kemudahan Bilik APD pada masa perkhidmatan Bilik APD.

2.Hanya SATU kelas sahaja yang dibenarkan mengguna Bilik APD setiap waktu.

( B ) Peraturan Khusus

1. Tempahan Bilik APD boleh dibuat oleh guru dengan mengisi borang tempahan yang disediakan untuk tempoh sebulan.

(Di luar bilik APD)2. Kunci Bilik APD boleh diperolehi daripada guru Bilik APD.Rekod pengambilan kunci

dalam buku yang telah disediakan.

(C ) Peraturan Penggunaan Alat / Bilik APD

1. Sila tuliskan nama guru,Tingkatan, masa dan alat yang digunakan dalam Buku Rekod Penggunaan Bilik APD yang disediakan.

2. Sila rekod juga penggunaan ASTRO dalam Buku Penggunaan ASTRO jika guru menyaksikan program ASTRO.

3. Pastikan pelajar tidak membawa masuk beg / fail dan sebagainya.4. Pastikan pelajar ikut segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

5. Sebelum meninggalkan Bilik APD,Pastikan semua belakan elektrik dimatikan terlebih

dahulu.

6. Pastikan pintu 'grill' dan pintu Bilik APD dikunci sebelum meninggalkan bilik.

7. Pelajar tidak dibenarkan berada di Bilik APD tanpa pengawasan guru.

8. Guru yang bertanggungjawab perlu serahkan kunci kepada guru Bilik APD selepas menggunakannya.

9. Kebersihan dan keselamatan Bilik APD adalah tanggungjawab bersama.

10.Gunakan segala kemudahan yang ada mengikut tatacara penggunaan yang betul. (Sila rujuk buku panduan penggunaan alat APD yang disediakan di bahagian papan kenyataan bilik)

11.Pastikan semua alat yang digunakan diletakan di lokasi asal selepas digunakan.

12.Sebarang kerosakan alat /kehilangan alat APD perlu dilaporkan kepada guru Bilik APD

dengan segera.

13.Jika berlaku sebarang kerosakan / kehilangan alat APD, guru dan kelas yang menggunakan Bilik APD pada hari tersebut perlu bertanggungjawab.

(D) Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan/ Alat APD

1.Rekod pinjaman bahan/alat dalam Buku Rekod Pinjaman yang telah disediakan.

2.Tempoh pinjamam bahan/alat APD adalah seminggu sahaja.

3.Pastikan keadaan bahan/ alat APD adalah baik sebelum dan selepas pinjaman.

4.Sebarang kerosakan bahan/alat APD perlu dilaporkan kepada

guru Bilik APD dengan segera.PERATURAN PENGGUNAAN BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR(BBM)

( A ) Peraturan Am

1. Guru dibenarkan mengguna kemudahan bahan yang ada di Bilik BBM pada masa perkhidmatan Bilik BBM.

2. Hanya guru sahaja yang dibenarkan masuk ke Bilik BBM.

(B) Peraturan Khusus

1. Pastikan semua pinjaman BBM direkodkan dan dipulangkan ke Bilik BBM setelah

penggunaannya.

2. Kendalikan alatan dalam bilik ini dengan cermat.

3. Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bilik ini.

4. Pastikan kekemasan dan kebersihan bilik ini terpelihara.

5. Letakkan BBM yang dipinjam ke tempat asalnya.

(C) Pinjaman Bahan/ Alat untuk P&P1. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Pinjaman.

2. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh guru sendiri.

3. Tempoh pinjaman ialah 2 hari. Sekiranya guru perlu menggunakan alat/bahan lebih lama lagi, guru perlu membuat catatan baru dalam Buku Rekod Pinjaman.

4. Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asal.

5. Sebarang kerosakan/kehilangan bahan hendaklah dilaporkan kepada Penyelaras Bilik BBM.

(D) Penyediaan BBM1. Bahan-bahan dan peralatan di dalam bilik ini boleh digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan P&P.

2. Pastikan semua peralatan yang digunakan diletakkan di tempat asal.

3. Memastikan bilik ini sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

4. Sebelum meninggalkan bilik ini, pastikan

kipas ditutup

rekod penggunaan di dalam Buku Rekod Penggunaan Bilik

(C) Perolehan Bahan Membuat BBM1. Bahan-bahan boleh diperolehi daripada guru penyelaras bilik ini .2. Guru juga boleh memperolehi bahan-banan BBM denagn mengisi Borang Pesanan Bahan BBM yang terdapat di bilik ini atau di meja guru penyelaras di bilik guru.

3. Pastikan bahan yang diperlukan untuk persediaan BBM tidak melebihi 3 pada suatu masa.

PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER1. Pengguna dikehendaki tanggalkan kasut sebelum masuk ke makmal komputer.

2. Semua pengguna dikehendaki mencatatkan nama pada buku rekod penggunaan komputer.

3. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar, susun atur semula kerusi supaya kemas.

4. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru komputer.

5. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

6. Semua pengguna dikehendaki membuat tempahan awal penggunaan makmal komputer untuk P&P.

7. Pengguna dilarang melayari internet pada alamat-alamat yang tidak senonoh(lucah).

8. Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.

9. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke dalam makmal.

10. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal.

11. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau berbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera kepada guru makmal komputer.

12. Dilarang makan dan minum di dalam makmal komputer.

13. Dilarang merokok.

14. Pelajar dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.

15. Tutupkan komputer dengan cara yang betul selepas penggunaannya. 6.1 PENGURUSAN SISTEM FAIL PUSAT SUMBER SEKOLAH

Fail-fail Pusat Sumber Sekolah SMK. Seremban Jaya disimpan dalam kabinet besi mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam panduan penggredan PSS . Di antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:

BAHAGIAN A

01. JAWATANKUASA INDUK / KERJA

02. SURAT PERKELILING

03. PERKELILING PERPUSTAKAAN

04. PERKELILING APD /BBM

05. TV & RADIO PENDIDIKAN

06. PKG/PSPN

07. PENGAGIHAN TUGAS JAWANTANKUASA

08. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PSS

09. BLUE PRINT

010. FAIL KUASA

011. PROMOSI / BROSUR

012. PENINGKATAN KOLEKSI

013. LAPORAN AKTIVITI

014. PEROLEHAN SUMBER/KOLEKSI PSS

015. KESELAMATAN

BAHAGIAN B(PERPUSTAKAAN)

016. KEMUDAHAN FIZIKAL

017. NISBAH KOLEKSI

018. AKHBAR / MAJALAH

019. INDEKS SURAT KHABAR

020. MENU PSS

021. PENGURUSAN BAHAN BUKU

022. WAKTU PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

023. NILAM

024. LALUAN IQRA

025. LALUAN ILMU

026. PROJEK KHEMAH MEMBACA

027. BUKU SKRAP

028. ULASAN BUKU/ BICARA BUKU/PROMOSI BUKU

029. LAIN-LAIN(PROGRAM GALAKAN MEMBACA)

BAHAGIAN C (BBM)

030. KEMUDAHAN FIZIKAL BILIK BBM/APD

031. KOLEKSI BBM AUDIO / VIDEO

032. KOLEKSI BBM BUKAN AUDIO /VIDEO

033. PENGURUSAN BAHAN BUKAN BUKU

034. KADAR GUNA BBM

035. KEKERAPAN HASILAN BBM

036. PAKEJ BBM KBKK

BAHAGIAN D

037. KURSUS TEKNOLOGI

038. MINGGU PSS

039. BULETIN PSS

040. KAJIAN TINDAKAN

041. PROGRAM RADIO SEKOLAH

042. PROGRAM ASTRO -JADUAL RANCANGAN

043. PROGRAM ASTRO - JADUAL PENGGUNAAN

044. APD -REKOD PENGGUNAAN

045. RANCANGAN SUMBER KEWANGAN

046. BIL / INVOICE

047. ELEMEN TEKNOLOGI MAKLUMAT

048. MAKMAL KOMPUTER

049. GALERI SEJARAH

050. BILIK SALC

051. BILIK MATEMATIK

052. BILIK SENI

053. BILIK PERDAGANGAN

054. LAMAN SEKOLAH

055. BILIK MUZIK

056. PAMERAN BERTEMA

057. LAWATAN

058. DAFTAR HARTA MODAL /INVENTORI

Catatan:Fail akan ditambah mengikut keperluan semasa.

6.2 FORMAT REKOD-REKOD PENGGUNAAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN

Format rekod penggunaan, pinjaman dan pemulangan mengikut bilik-bilik masing-masing.

(RUJUK CONTOH-CONTOH YANG DILAMPIRKAN)6.3 RANCANGAN TAHUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Berikut ini adalah senarai rancangan tahunan Pusat Sumber Sekolah yang dirancangkan. Aktiviti ini akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Mesyuarat Jawatankuasa PSS,NILAM dll

Keceriaan Bilik PSS

Penyediaan BBM

Program Pengingkatan Profesionalisme

Minggu PSS Pameran Bertema(Bulan Panitia)

NILAM Pengkatalogan bahan buku dan bukan buku Program Galakan Membaca

Bulan-bulan Panitia

Radio Sekolah

Kajian dan Tindakan

Pertandingan BBM KBKK

Buletin PSS

Taman Mini Perpustakaan

Pondok Membaca

6.4 LAPORAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Setiap aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang dirancang dan dilaksanakan perlu dilaporkan mengikut format seperti yang berikut:

(a) Bulanan

6.5 MANUAL PROSEDUR KERJA

6.6 FAIL MEJA

6.7 RANCANGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pihak pentadbiran bersama-sama penyelaras PSS ,PIBG dan ahli jawatankuasa PSS dikehendaki merancang pembangunan PSS dari masa ke masa.Rancangan pembagunan ini dirancang mengikut kewangan yang ada dan keperluan sekolah mengikut semasa.Untuk memastikan PSS membangun mengikut perancangan yang dibuat, maka rancangan jangka masa pendek (tahunan) dan rancangan jangka masa panjang ( 3 tahun) akan disediakan oleh penyelaras PSS.

6.8 DOKUMENTASI

Dokumentasi PSS SMK _____________ dibuat dalam bentuk:

i. Laporan bertulis disimpan dalam fail PSS mengikut perkara.

ii. Gambar disimpan dalam album sekolah (Laman Sekolah)

iii. Rakaman aktiviti sekolah dirakam dalam kemera video dan disimpan dalam CD.

Semua perkara di atas akan disimpan di Kabinet Fail PSS.

PENTADBIRAN MAJALAH, AKHBAR DAN RISALAH

MAJALAH

1.Catatkan penerimaan majalah dalam Buku Rekod Perolehan. Majalah yang

dilanggan perlu direkod dalam ruang yang tertentu supaya senang dapat ditentukan samaada tiap-tiap keluaran majalah itu diterima dengan betul.

2.Keluaran yang diterima hendaklah di cop dengan Cop Hak Milik Pusat Sumber di

muka surat yang ditentukan (5 atau 15)

3.Ketentuan berapa lamakan keluaran yang telah lalu itu disimpan bergantung kepada luas tempat menyimpan dan ketentuan masa yang dibuat oleg guru pusat sumber.

AKHBAR-AKHBAR

1.Rekodkan penerimaannya

2.Copkan dengan cop Pusat Sumber di atas muka surat pertama

RISALAH-RISALAH

1.Failkan setiap penerimaannya.

2.Dikelas dan dikatalogkan seperti sebuah buku

3.Kabinet fail dan kotak-kotak tempat menyimpan risalah hendaklah dilabelkan supaya mudah dikesan.

4.Apabila risalah diterima, ianya dicop dengan cop hak milik PSS dan ditentukan perkara isinya dan difailkan.

5.Buat sekeping kad untuk tiap-tiap satu tajuk perkara yang digunakan dan dimasukkan ke dalam katalog.

6.Lekatkan label JUDUL di bahagian atas tulang

7.Setelah selesai, letakkan kotak slaid itu di atas rak untuk tujuan perkhidmatan.

KATALOG-MENGKATALOG BAHAN BUKU

Pendahuluan

Untuk membolehkan pengguna mencari dan menggunakan bahan-bahan di Pusat Sumber secara berkesan, bahan-bahan itu perlu diorganisasikan melalui proses pengkelasan dan pengkatalogan.

Pengkatalogan ialah satu proses untuk merekodkan butir-butir maklumat mengenai nuku atau bahan-bahan bantu mengajar. Rekod yang mengandungi butir maklumat itu dipanggil KATALOG.

1.FUNGSI KAD KATALOG

Merupakan satu direktori atau rekod mengenai semua bahan yang dimiliki oleh Pusat Sumber. Dengan adanya rekod ini, pengguna-pengguna akan dapat mengesan sesuatu buku atau bahan bantu mengajar yang diperlukan dengan merujukkan kepada;

1.1 Nama Pengarang

1.2Judul atau

1.3Perkara

2.JENIS KAD KATALOG

Jenis katalog yang biasa digunakan di Pusat Sumber ialah Katalog Kad. Kad Katalog ini mempunyai ukuran 3 in x 5 in atau 7.6 cm x 12 cm. Kad Katalog terbahagi kepada tiga iaitu;

2.1Kad Pengarang - di mana nama pengarang tercatat pada baris paling teratas

2.2Kad Judul - judul buku atau bahan tercatat pada baris teratas di kad

2.3Kad Perkara - tajuk perkara sesuatu buku atau bahan dicatatkan di baris teratas pada kad

3.SUSUNAN KAD KATALOG

3.1Katalog Kamus

Semua jenis kad tidak kira Kad Pengarang, Kad Judul atau Kad Perkara, disusun bersama-sama mengikut abjad seperti susunan dalam kamus.

3.2Katalog Terpisah (Dua Bahagian)

Kad-kad Pengarang dan kad-kad judul disusun bersama-sama mengikut abjad dalam satu bahagian. Manakala Kad perkara diasingkan pula ke bahagian yang lain. Kad ini dicadangkan sesuai untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah.4.KAD ENTRI UTAMA/KAD ENTRI TAMBAHAN

4.1Di antara ketiga-tiga jenis kad atau entri tersebut iaitu Kad Pengarang, Kad Judul dan Kad Perkara, salah satu darinya dikenali sebagai Kad Utama (Entri Utama).

4.2Kad Utama / Entri Utama mengandungi maklumat lengkap mengenai buku atau bahan yang dikatalogkan. Kad-kad utama juga digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk menyediakan kad tambahan. Sementara Kad Tambahan/Entri Tambahan pula keterangannya boleh diringkaskan. Kad Utama/Entri Utama biasanya adalah Kad Pengarang tetapi adakalanya Kad Judul pun boleh dijadikan Kad Utama/Entri Utama jika sesebuah buku atau bahan itu tidak mempunyai nama pengarang. Jika begini keadaannya Kad Perkara pula akan dijadikan Kad Tambahan/Entri Tambahan.

5.MAKLUMAT DALAM KAD UTAMA

Maklumat yang terkandung di dalam Kad Utama/Entri Utama adalah seperti berikut;

CONTOH KAD UTAMA LENGKAP

Jenis Kad Ringkas yang dicadangkan

Bagi memudahkan kerja di PSS, adalah dicadangkan supaya Pusat Sumber Sekolah ini menggunakan kad seperti yang dicontohkan;

CONTOH KAD UTAMA RINGKAS

CONTOH KAD JUDUL RINGKAS

CONTOH KAD PERKARA RINGKAS

Format Kad Katalog

Pusat Sumber Sekolah ini dicadangkan menggunakan format yang seragam dengan lain-lain pusat sumber seperti yang dicontohkan:-

1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 2

1

2

3

4

5

6

7

8

9

0

1

2

Contoh Kad Entri Utama di bawah nama pengarang

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2

1

2

3

4

5

6

7

8

9

0

1

2

Contoh Kad Entri Utama di bawah nama judul

(nama pengarang tidak diketahui)

PERATURAN-PERATURAN UNTUK MENENTUKAN TAJUK ENTRI (KAD) UTAMA

1.Karya oleh sesorang pengarang.

Sediakan Entri Utama dibawah nama pengarang.

2.Karya oleh 2 orang pengarang

Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang pertama

3.Karya oleh 3 orang pengarang atau lebih

Sediakan Entri Utama di bawah judul

4.Karya tanpa nama pengarang

Sediakan Entri Utama di bawah judul

5.Karya suntingan

Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang

Sediakan entri Utama di bawah judul karya sekiranya pengarang tidak dapat dipastikan.

6.Karya semakan

Iaitu karya yang disemak semula (revised), diingkas (abridged), ditokok tambah (enlarged), (condensed), dikemaskinikan (up-date);

i.Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang asal

ii.Sekiranya pengarang asal tidak diketahui atau dipastikan, sediakan entri dibawah nama penyemak.

7.Karya yang dipadankan.

Iaitu karya yang ditulus semula dalam bentuk sastra lain, ditulis semula, atau disesuaikan untuk kanak-kanak dan sebagainya. Sediakan Enyri Utama di bawah nama pihak yang memadamkannya.

8.Karya terjemahan

Sediakan Entri Utama di bawah nama pengarang asal. Sekirannya pengarang asal tidak diketahui, sediakan Entri Utama di bawah judul karya.

9.Karya Suci

Sediakan Entri Utama di bawah judul

10.Karya hasil Kerjasama Antara Pengarang dan Pelukis

Sediakan Entri Utama di bawah nama pihak pertama yang disebutkan.

CONTOH KAD ENTRI UTAMA

Tiga atau lebih daripada tiga pengarang

Buku Terjemahan (pengarang asal diketahui)

Buku suntingan atau dieditkan

Ensiklopedia atau buku-buku berjilid-jilid di bawah satu judul siri

Entri di bawah Nama Pengarang Selembaga (institusi, persatuan dsb)

*Nota : Buku ini diterbitkan oleh Perpustakaan oleh Perpustakaan Negara

Malaysia

KATALOG-MENGKATALOG BAHAN BUKAN BUKU

1.Cara mengkatalogkan bahan bukan buku adalah lebih kurang sama dengan bahan

buku, hanya terdapat perbezaan dari segi maklumat mengenai huraian fizikal bahan itu.

2.Kad Entri Utama baginya ialah Kad Judul dan nota atau keterangan mengenai isi kandungan bahan adalah penting dan perlu disebutkan dalam kad.

3.Kad Katalog bagi bahan bukan buku adalah kad berwarna. Kad-kad ini adalah disusun bersama-sama dengan kad-kad pengarang dan kad judul untuk bahan buku.

JENIS MAKLUMAT

1.Untuk Pusat Sumber Sekolah ini dicadangkan Kad Entri Utama ialah Kad Judul. Maklumat yang perlu diisikan ialah;

Nombor panggilan

Tanda letak

Judul

Nama penerbit, tarikh terbitan (jika diketahui)

Huraian fizikal bahan

Nota- termasuk isi dan kesesuaiannya serta bahan yang disertakan.

Trasing

2.Maklumat yang diperlukan untuk penghurai fizikal bahan-bahan ialah seperti `berikut;

2.1Bahan-bahan pandang

Peta

Jumlah; Skil; h.p. atau bwn; saiz

Carta

Jumlah; h.p. atau bwn; saiz

Gambar

Jumlah; h.p. atau bwn; saiz

Kad Imbasan

Jumlah; h.p. atau bwn; saiz

Filem Bisu

Jumlah ril; h.p. atau bwn; masa tayangan; t..s.

Tranperansi OHP

Jumlah; h.p. atau bwn;

Filem Jalur

Jumlah; fr; h.p. atau bwn;

Slaid

Jumlah; h.p. atau bwn;

Kad Lembaran Kerja

Jumlah; h.p. atau bwn; saiz

2.2Bahan-bahan Audio

Piring Hitam

Jumlah; laju; mano atau stereo

Kaset

Jumlah; masa permainan; mono atau stereo

Pita ril(Open reel)

Jumlah; masa permainan; bil.trek; mono atau stereo

2.3Bahan Pandang Dengar

Filem Suara

Jumlah ril; masa tayangan; h.p. atau bwn; saiz

Pita/Slaid

Jumlah slaid; h.p. atau bwn + bil. Pita; masa permainan; mono atau stereo

Pita/Filem Jalur

Jumlah; bil.fr;(full or frame); h.p. atau bwn + bil. Pita masa permainan; mono atau stereo

Pita/Kad Audio

Jumlah kad + bil . PITA; masa permainan;mono atau stereo

Pita Video

Jumlah kaset; h.p. atau bwn; masa tayangan

2.4Kit

Tidak perlu memberi lokasi bagi kit hanya catatkan semua bahan yang terdapat di dalam kit pada bahagian nota.

2.5Bahan 3D

Model

Tidak perlu memberi lokasi bagi model hanya huraian model pada bahagian nota

Permainan

Jumlah bahan; jenis bahan simpanan

Glob

Diameter; h.p. atau bwn; jenis permukaan.

2.6Nota

Catatkan bahan simpanan seperti panduan guru atau panduan murid dan

sebagainya dalam bahagian nota.

CONTOH KAD KATALOG BAHAN BUKAN BUKU

CARTA

KASET

KAD IMBASAN

PERMAINAN

SLAID

TRANSPARENSI OHP

MODEL

PITA VIDEO

PETA

KASET

7.1 DASAR PEMILIHAN BUKU DAN BUKAN BUKU

a. Mengenal pasti harga bahan

b. Menyemak kesesuaian bahan

c. Menguji ketahanan (bahan bukan buku)

d. Lain-lain

7.2 PROSEDUR KOLEKSI BUKU DAN BUKAN BUKU

Bahan Buku

Koleksi bahan bacaan PSS hendaklah mengandungi kepelbagaian aliran bahasa yang digunakan di sekolah,mengikut jenis bahan dan tahap peringkat pelajar.

(i) Agihan mengikut aliran bahasa

Agihan bahan mengikut aliran bahasa dibuat berdasarkan jumlah

waktu penggunaan sesuatu bahasa di sesebuah sekolah, supaya

pelajar berpeluang mendapat bahan untuk memperkaya dan

mengukuhkan penguasaan bahasa pengantar ,bahasa kedua dan

bahasa lain-lain.

Jenis sekolahBahasa Melayu %Bahasa Inggeris %Bahasa Cina/Tamil dll %

Sekolah Rendah( 75(50( 10

Pengagihan ini berpandukan kepada kurikulum dan kokurikulum

sekolah. Ia boleh diubahsuai mengikut keperluan masing-masing.

(ii) Agihan mengikut jenis bahan

Agihan ini mengikut peratusan yang berdasarkan kepada bilangan

naskah:

Peringkat sekolahFiksyen

%Bukan Fiksyen %Terbitan Berkala

Bil. Judul

Sekolah

Rendah558550

7.3 PROSES PEMILIHAN DAN PEROLEHAN BAHAN/ALATAN(i) Mengenal pasti jumlah peruntukan melalui kerani kewangan

(ii) Mengenal pasti keperluan semasa

(iii) Perbincangan dengan pihak pentadbir & ketua-ketua panitia

(iv) Mengenal pasti pihak pembekal

(v) Mengenal pasti harga

(vi) Menyemak kualiti bahan/alat

(vii) Membuat permohonan dalaman

(viii) Mendapatkan kelulusan pentadbir

(ix) Memesan bahan/alat

(x) Menghantar invoice kepada kerani kewangan

7.4 KRITERIA PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN

(i) Mengenal pasti keperluan pelajar/guru

(ii) Mengenal pasti kualiti bahan, boleh merujuk ketua-ketua panitia

(iii) Mengenal pasti kuantiti yang diperlukan

(iv) Harga berpatutan

(v) Menstok ,mengkelas bahan

7.5 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KOLEKSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

(i) Penyemakan stok

(ii) Baik pulih bahan

8.1 PUNCA KEWANGAN

FUND KERAJAAN

SUWA

PIBG

DERMA

SWASTA

8.2 ANGGARAN BELANJAWAN

Anggaran Belanjawan Tahunan Pusat Sumber Sekolah adalah penting untuk pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang berkesan. Anggaran ini boleh dirancang bersama-sama Ahli jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan disahkan oleh Pengetua.

Dalam merancang pembelian bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah, pertimbangan mestilah diberikan tentang bahan-bahan yang telah ada di Pusat Sumber Sekolah.Dengan itu dapatlah diketahui bahan-bahan yang perlu atau patut ditambah jumlahnya.

Anggaran Belanjawan Tahunan bagi Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut:

Anggaran untuk buku-buku:

1.1 Buku Fiksyen

20%

1.2 Buku Bukan Fiksyen 20% 50%

1.3 Buku Rujukan 10%

Anggaran untuk bahan bukan buku

1.1 Akhbar

20%

30%

1.2 Majalah

10%

Bahan-bahan BBM seperti Transparensi,

Kaset, filem slide,video dan lain-lain bahan10%

yang berfaedah kepada guru dan pelajar

Anggaran bahan Pusat Sumber Sekolah

Bahan-bahan keperluan seperti

10%

Kad Pinjaman,Poket Buku daln lain-lain

Anggaran ini boleh berubah mengikut keperluan semasa.

8.3 LAPORAN KEWANGAN

(i) Bulanan

Bulan:

BilTarikhPerkaraJum.No. CekCatatanBilTarikhPerkaraJum.No. CekCatatan

(ii) Tahunan

8.4 PROSEDUR KEWANGAN

Langkah-langkah :

1. Mengisi borang Permohonan Awal Membeli Barang.

(Diisi dalam 2 salinan-Rujuk contoh borang)

2. Mendaptkan Pesanan Kerajaan melalui kerani sekolah.

3. Dapatkan bil daripada pembekal semasa atau selepas barang diterima.

4. Tindakan pejabat seterusnya.

8.5 IMBANGAN PERBELANJAAN

Pernyataan tentang perbelanjaan pusat sumber sama ada terlebih belanja atau sebaliknya.

Contoh:

IMBANGAN PERBELANJAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

TAHUN 2005Pendapatan

1.Sumbangan PIBG RM 1,000

2.Wang SUWA RM 7,000

3.Dana RM 500

JUMLAH RM 8,500

Perbelajaan

1.Pembelian buku RM 5,000

2.Majalah/Akhbar RM 1,000

3.BBM Bukan Buku RM 2,000

4.Bahan-bahan Pejaba RM 1,000

JUMLAH RM 9,000

CATATAN: Terlebih belanja RM1,000(-RM 1,000)

9.1 PENGKELASAN

PENGERTIAN DAN TUJUAN

1. Mengkelaskan buku bermakna meletakkan buku-buku itu secara berkumpulan supaya setiap kumpulan mengandungi,seberapa boleh,

a) Semua buku mengenai sesuatu perkara tertentu,misalnya geologi;

b) Semua buku,tidak kira perkaranya,yang ditulis dalam sesuatu bentuk tertentu,misalnya puisi atau

c) Semua buku yang ada kena mengena dengan sesuatu masa tertentu,misalnya,Zaman Pertengahan..

2. Tujuan utama pengkelasan buku atau bahan-bahan di PSS ini dibuat untuk membolehkan para pengguna mengetahui apa jenis bahan yang ada di PSS dengan mudahnya.Proses pengkelasan ini juga membolehkan para pengguna mengetahui apa jenis bahan yang ada di PSS mengenai topik-topik tertentu.

9.2 PROSES TEKNIK

(A) CARA-CARA MEMPROSES BUKU:

1.Copkan tanda hakmilik .(Cop Pusat Sumber Sekolah)

(I ) Copkan tanda hakmilik perpustakaan pada bahagian dalam

kulit depan dan belakang buku

(ii).Copkan juga hakmilik perpustakaan di muka surat sulit a.Bagi buku fiksyen

copkan di muka surat 100 bagi buku yang melebihi dari 200 muka surat

copkan di muka surat 10 bagi buku yang kurang dari 200 muka surat

b.Bagi buku bukan fiksyen

copkan di muka surat 99 bagi buku yang melebihi dari 200 muka surat

copkan di muka surat 9 bagi buku yang kurang dari 200 muka surat

2.Copkan juga nombor perolehan buku ,nombor panggilan,punca dan tarikh pada halaman

muka surat judul.(Cop Perolehan Pusat Sumber Sekolah)

(Tuliskan nama penyumbang jika buku tersebut disumbangkan oleh pihak tertentu))

3. Cop RUJUKAN di muka surat dalam depan dan belakang buku jika buku berkenaan hanya untuk rujukan sahaja.

4.Mengisi slip Kerja Katalog

Isikan butir-butir buku ke dalam slip kerja. Slip kerja Ia adalah merupakan sekeping borang bagi menyenangkan kerja guru perpustakaan untuk membuat

pengkatalogan.Slip kerja mengandungi segala butiran yang ada kaitan dengan bahan buku dan bukan buku.

Dari slip kerja,barulah kad katalog dapat dibuat.

(Sila rujuk contoh slip kerja di sebelah)

5.Tampalkan slip tulang buku sahaja bagi buku hanya untuk rujukan seperti kamus.(Tidak perlu tampal slip tarikh pulang,kocek buku dan kad pengarang. )

6.Tampal slip tarikh pulang pada muka surat pertama dalam kulit depan dan kocek buku

pada muka surat terakhir dalam kulit belakang

Slip tarikh pulang Kocek buku

( ( 1.5cm 1.5cm

1.5 CM 1.5 CM

7.Isi kocek buku

Contoh:

2cm

3 @4 ketipan dari tepi 780.7 1050/00

MOH

4cm

Mohammad,Haji

Langkau sebaris

Pengenalan kepada

bagaimana mengkelas dan

mengkatalog bahan buku

8.Isi kad Pengarang

780.7 1050/00

3 ketikan dari tepi MOH

Nama Pengarang

Mohammad,Haji

Nama Buku

Pengenalan kepada

Tarikh Nama Peminjam Tingkatan

Dipulangkan

8.Tampal slip tulang buku

780.7

MOH

Jarak 3.5 cm dari atas ke bawah

ENTRI UTAMA DI BAWAH NAMA PENGARANG

1.SEORANG PENGARANG

Masukkan sebuah karya oleh seorang pengarang,sama ada pengarang diri atau selembaga,di bawah nama pengarangnya

2.DUA ORANG PENGARANG

Masukkan nama pengarang yang pertama sahaja.Nama pengarang kedua boleh dimasukkan di bawah entri tambahan.

3.TIGA ORANG PENGARANG ATAU LEBIH

Jika terdapat lebih dari 2 orang pengarang,masukkan nama pengarang yang pertama sahaja,diikuti oleh entri tambahan bagi pengarang kedua dan ketiga.

4.TANPA NAMA PENGARANG

Jika sesebuah karya itu tidak ada nama pengarang,atau nama pengarang tidak dapat dipastikan, masukkkan entri utamanya di bawah judul.

5.PENYUNTING

Karya yang ditulis oleh seorang penulis dan disunting oleh orang lain dimasukkan di bawah nama penulis. Sediakan entri tambahan di bawah nama penyunting.

6.PENTERJEMAHAN

Masukkan sebuah karya yang merupakan hasil terjemahan di bawah nama pengarang asalnya,jika ada. Jika ada dicatatkan nama pengarang asalnya masukkan di bawah judul, tetapi sediakan entri tambahan di bawah nama penterjemahnya.

7.PELUKIS

a.Masukan sebuah kayra oleh seorang penulis teks dan seorang pelukis di bawah nama penulis teks itu.

b.Jika nama penulis teks itu tidak ada dan nama pelukis sahaja disebut, masukkan karya itu di bawah nama pelukis.

8.NAMA SAMARAN

Jika sesebuah karya yang ditulis dengan menggunakan nama samaran, masukkan nama di bawah nama samaran itu.

(B) CARA-CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU:

1. Rujuk cara-cara memproses bahan buku seperti carta,peta dan lain-lain.

2. Isi slip kerja untuk semua bahan bukan buku .

CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU - PITA KASET AUDIO

Definasi kaset :

Ialah bahan bekas bertutup dengan magnetik yang mengandungi rakaman suara

Alat untuk memproses ;

Helaian slip kerja

Kad tempahan

Kad katalog

Transparent tape / pita lutsinar (2 lebar)

Langkah 1 . Terima dan semak

1.1Kaset yang diterima hendaklah disemak dengan cermat. Segala-galanya hendaklah menepati apa yang dipesan dahulunya, samada dari segi jumlah, judul dan nilai bahan itu. Keadaan fizikal bahan kaset juga hendaklah dipastikan supaya tiada ada yang rosak. Jikalau ada yang rosak, kita hendaklah serahkan kembali kepada pembekal

1.2Jika semuanya betul, dari senarai pesanan asal atau salinan yang ada dalam simpanan; kaset kaset tadi hendaklah diterima dan ditanda pada invois. Invois tadi hendaklah ditandatangani oleh mereka yang menerima atau menyemak pesanan tadi.

1.3Satu bil hendaklah dihantar ke pejabat sekolah atau kepada pihak pengurusan sekolah untuk bayaran

1.4Disamping itu, dapatkan semua kad pesanan dari fail Dalam Pesanan dan tuliskan haribulan diterima kaset tadi. Letakkan kad itu ke dalam buku Rekod Bahan Pandang Mengajar. Beritahu kepada sesiapa yang memerlukan, bahan itu telah diterima.

Langkah 2. Melekatkan Tanda Hakmilik

Sila letakkan tanda hak milik di mana tempat yang mudah dikesan seperti dalam

rajah 1.

Langkah 3. Melabel

3.1 Sebagaimana melabel di piring hitam, kaedah melabel di kaset ini adalah sama sahaja. Nombor perolehan diletakkan di sebelah atas kiri pita seperti dalam rajah 1. Sementara nombor panggilannya disebelah atas kanan pita tadi.

3.2Perlu diingatkan juga, jika terdapat kaset yang dihasilkan sendiri, jangan lupa diletakkan label mengenai judul, nama penyampai dan tarikh rakaman itu dibuat seperti dalam rajah 2.

3.3Kemudian gunakan tranparent tape (pita lutsinar) dan lekatkan di setiap label bagi penahan label itu dari terkoyak.

Langkah 4. Mengisi butiran bahan dalam Buku Rekod

Segala butiran mengenai bahan hendaklah diisikan dalam buku Rekod. Tujuan mengisi butiran ini ialah untuk menyenangkan semakan stok dan memudahkan mengisi dalam slip perolehan.

Langkah 5. Menyediakan Slip Kerja

Tujuan menyediakan slip kerja ialah untuk memudahkan kita merekodkan dalam kad katalog. Ianya boleh disediakan sewaktu kita memasukkan maklumat ke dalam buku daftar Bahan Bukan Buku di atas. Segala maklumat yang patut diisikan bolehlah diikut seperti contoh.

Langkah 6. Menaip Kad Katalog

Entri-entri yang hendak ditaip adalah seperti berikut ;

No. Panggilan

Judul

Pengeluaran / Penanggungjawab

Penyampai

Huraian teknikal (Technical Description)

Rujuk rajah 3

KASET

Rajah 3

Langkah 7. Penyusunan dan Penyimpanan

Pita Kaset yang telah siap diproses, disusun dan disimpan dalam kabinet kayu seperti dalam gambarajah 5 dibawah.

Pita kaset hendaklah diletakkan dengan tulang kaset dilentangkan ke atas. Dengan cara ini dapatlah kita mengesan nombor panggilan dan nombor perolehan sepertimana yang terdapat dalam kad katalog.

CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU - MODEL

Definasi :

Suatu bahan tiga damensi yang menggambarkan satu benda yang benar, sama ada mengikut saiz atau ukuran skalanya.

Langkah-langkah memproses

1.Memeriksa model dan invois yang diterima. Menyemak senarai yang terdapat dalam fail pesanan asal. Tandakan haribulan penerimaan. Jika terdapat kesilapan beritahu kepada pembekal. Jika semuanya betul, hantarkan bil itu ke pejabat untuk urusan pembayaran.

3. Rekodkan model yang diterima ke dalam Buku Rekod Perolehan. Catitkan butir-butir yang diperlukan seperti judul, no. panggilan, no.perolehan, tarikh terima dan bilangan.No.

PerolehanJudulJenis

BahanNo.

PanggilanKolasiSumber

diperolehiTarikh

diperolehiHarga

BayarCatatan

BBM

001

Model1.bwn12.1.95RM123

3.No. Panggilan adalah mengikut adalah mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.

4.Catatkan no. panggilan dan no.perolehan pada model. Sebaikbaiknya no.panggilan ini ditandakan di bahagian yang mudah dilihat oleh pengguna dengan menggunakan pena berdakwat kekal.

5.Copkan Tanda Hak Milik PSS dan tarikh diterima

6.Slip penanda khas juga boleh digunakan jika cara di atas kurang sesuai. Ini terpulang kepada pentadbiran PSS sekolah ini.

7.Jika model atau alatan itu tidak disimpan di Bilik BBm/PSS, sila tulis di bahagian atas no.panggilan tempat model itu diletakkan contoh :

MS

613

SIS

8.Singkatan bagi nama bilik di sekolah ini yang dicadangkan ialah;

MS-Makmal Sains

KM-Kemahiran Hidup

AP-Amalan Perdagangan

MK-Muzik

PJ-Pendidikan Jasmani

PS-Pendidikan Seni

9. Senarai nama tempat ini perlu ditampalkan berhampiran dengan kabinet Katalog supaya pengguna boleh mengesannya.

AKSES MODEL

1.Akses tertutup

Model disimpan di dalam almari yang berkunci, boleh dipinjam dengan rujuk pada indeks atau katalog. Pengguna perlu memberitahu pustakawan, guru bertugas atau penyelaras apabila hendak menggunakan sesuatu model.

2.Akses Terbuka

Model diletak pada mana-mana tempat di Pusat Sumber Sekolah yang terbuka pada pengguna pada setiap masa.

Akses Terbuka atau tertutup ini bergantung pada pengurusan PSS atau keselamatan alatan yang mungkin berharga mahal.

SIRKULASI MODEL (untuk Guru)

1.Sediakan Borang Khas untuk meminjam bahan dari Pusat Sumber Sekolah. Kotak atau fail juga perlu jika menggunakan sistem ini.

Contoh borang;

BilNama

PeminjamJudulJenis

BahanNo.

PanggilNo

PerolehTarikh

PinjamTarikh

PulangT.Tangan

2.Menggunakan Buku Rekod Khas untuk tujuan pinjaman dari Pusat Sumber Sekolah adalah lebih baik. Untuk itu beberapa ruang maklumat tertentu perlu dibuat di Buku Rekod itu seperti di bawah untuk diisi oleh pengguna.

CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU - GLOB

Pengenalan :

Koleksi bahan-bahan Pusat Sumber lazimnya mengandungi bahan-bahan buku dan bahan bukan buku. Glob adalah merupakan salah satu bahan bukan buku yang penting dan berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Definasi

Kartografi merupakan satu jenis bahan yamg menunjukkan bumi dan cakerawala sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya mengikut skala. Glob adalah salah satu bahan kartografi. Glob adalah satu model cakerawala berbentuk sfera yang lazimnya bumi. Kita boleh mengetahui kedudukan sesuatu tempat di muka bumi ini dengan melihat kepada glob.

Penggunaan :

Glob digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Sains. Guru dan murid-murid boleh menggunakan glob ini untuk mencari sesuatu tempat di muka bumi ini

CARA MEMPROSES GLOB

1.Apabila bahan diterima, periksa keadaan bahan serta invois sama dad ia selaras

dengan pesanan atau tidak.

2.Catatkan tarikh penerimaan dan hantarkan bil ke pejabat untuk tujuan bayaran.

3.Sediakan slip kerja.

4.Copkan tanda hak milik dan tarikh terima pada eradle atau alas glob

5.Berikan nombor perolehan dan nombor panggilan serta rekodkan segala butir-butir

yang berkenaan dengan rekod ke dalam Buku Rekod Perolehan.

6.Sediakan entri katalog untuk glob. Maklumat yang tercatat pada glob adalah terhad. Maklumat tambahan perlu diperolehi dari katalog penebit. Jika nama pereka glob (cartographer) tercatat pada glob, maka entri utama disediakan di bawah tajuk

namanya. Sekiranya kartografer itu tiada, maka entri utama akan disediakan di

bawah tajuk jadul.

7.Maklumat yang perlu disediakan di kad Entri Utama adalah seperti berikut :

GLOB

Jika glob ini tidak disimpan di dalam Pusat Sumber Sekolah, nombor panggilannya perlu ditambah tempat di mana glob ini disimpan seperti nombor perolehan model.

Contoh :

MS

912

TOL

Sirkulasi

Untuk memudahkan pinjaman Buku Rekod Pinjaman perlu disediakan iaitu Buku Rekod

Pinjaman Bahan Bantu Mengajar.

CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU - TRANPARENSI

Definasi

i. Sehelai bahan lut sinar yang mengandungi imej dan digunakan dengan projektor OHP.ii. Ia dalah slaid besar untuk digunakan dengan projektor lutrinar (overhead projector) oleh seseorang penyampai di depan sebuah bilik bercahaya. Ukurannya ialah 7 x 7 atau 10x10.

LANGKAH MEMPROSES TRANPERANSI

Langkah 1

1.Apabila menerima tranperansi dari pembekal, pastikan semua kenyataan/maklumat adalah betul dari segi;

Senarai pesanan awal

Bilangan

Keadaan fizikal yang baik

Kemaskini

2.Selepas diperiksa, rekodkan butiran tranperansi ke dalam buku perolehan.

Langkah 2

1.Tiap-tiap satu kepingan tranperansi perlulah dicopkan tanda hak milik Pusat Sumber serta tarikh diterima pada bahagian bawah sebelah kiri. (Rujuk contoh).

2.Tiap-tiap kepingan tranperansi hendaklah diberi nombor pengkelasannya supaya dapat menggolongkannya kedalam satu jenis.

3.Nombor panggilan dan nombor perolehan (aksesen) perlu dicatitkan pada kepingan tranperansi seperti berikut;

Nombor panggilan di bahagian atas sebelah kiri

Contoh :574

SISRujuk contoh 2

Nombor perolehan (aksesen) di bahagian atas sebelah kanan.

Contoh :APD

001Rujuk contoh 3

Nombor bilangan kandungan tranperansi perlu dicatitkan pda setiap kepingan. Contoh; Jika bilangan tranperansi ialah 5, maka tranperansi pertama dicatit sebagai 1,2,3 dan seterusnya.

Langkah 3

Langkah ini merupakan proses mekanikal dan ianya dijalankan seperti berikut:-

a)Butir-butir seperti no.panggilan dan no.perolehan (aksesen) Nama Pengarang

dan Judul Tranperansi dicatit pada poket buku dan kad buku. (Rujuk contoh).

b) Catatkan no. panggilan dan no.perolehan pada slip tarikh pulang. (Rujuk contoh).

d) Lekatkan poket dan slip tarikh pulang pada bahagian fail manila. Ini bertujuan untuk

mengelakkan daripada poket buku, dan tarikh slip pulang tidak rosak apabila dikeluarkan

dari fail kabinet.

d)Catatkan nombor panggilan pada bahagian atas penutup manila supaya senang mengesan tranperansi yang dikehendaki oleh pengguna.

e)Buat satu jendela (window) di bahagian belakang sudut atas manila tepat di mana terdapatnya judul tranperansi supaya pengguna dapat mengetahui isi kandungan tranperansi dengan mudah.

Langkah 4

Setelah selesai masukkan tranperansi ke dalam fail manila dan disusun di fail kabinet. Sekarang tranperansi itu boleh memenuhi perkhidmatan pinjaman.

Langkah 5

Penyediaan kad katalog

CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU - PETA

Definasi ;

Peta ialah satu gambaran yang melambangkan suatu kawasan yang tertentu atau umum dan dilihat dari atas muka bumi dengan menggunakan skala yang jauh lebih kecil.

Jenis-jenis peta

i. Peta Gulung

ii. Peta Topo

Tujuan memproses peta

1.Untuk memudahkan para pengguna mengesan kembali peta-peta yang diperlukan.

2.Bagi memudahkan cara penyimpanan serta cara penyusunannya.

Penggunaan peta

1.Membantu para pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

2.Membantu murid-murid dan pelajar mencari maklumat sendiri

Cara memproses peta

1.Bahan yang diterima perlu disemak keadaan fizikalnya serta invois. Pastikan ia bersamaan dengan borang pesanan asal.

2.Rekodkan ke dalam Buku Rekod Perolehan.

3.Cop Tanda Hak Milik di bahagian belakang peta, di sebelah kanan bahagian atas bersama tarikh terima di bahagian bawah tanda hak milik.

4.Lekatkan label nombor perolehan di bahagian atas sebelah kiri (hadapan) dan label nombor panggilan di bahagian atas sebelah kanan.

5.Bagi peta yang menggunakan kayu penggulung, tampalkan no. perolehan dan no. panggilan kayu penggulung tersebut.

6.Simpan peta-peta tadi di tempat simpanan untuk perkhidmatan.

7.Cara meletakkan nombor panggilan dan perolehan sesuatu peta juga adalah tertakluk kepada cara penyimpan sesuatu peta asalkan nombor perolehan itu tetap berada di bahagian sebelah kanan.

Kad Katalog

Kad-kad katalog perlu juga disediakan sebagaimana kad katalog bahan bantu mengajar yang lain. Ini untuk memudahkan para pengguna mengesan kembali. Seelok-eloknya bersebelahan dengan kabinet peta atau almari peta atau pun rak peta. Indeks peta juga perlu diadakan bagi mumudahkan para pengguna.

Sirkulasi

Peta-peta boleh dipinjam kepada guru-guru dan murid-murid tempuh pinjaman adalah bergantung kepada Pusat Sumber Sekolah ini.

Cara Pinjaman

Pusat Sumber Sekolah ini adalah dicadangkan menggunakan Buku Rekod Pinjaman Bahan Bantu Mengajar seperti bahan-bahan yang lain jika bahan-bahan yang dipinjam tidak menggunakan slip pinjaman, kad bahan dan slip tarikh pulang.

CARA-CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU - PITA SLAID

Pita Slaid ialah terdiri daripada kaset, filem dan buku panduan. Pita salid boleh dihasilkan sendiri oleh guru-guru sebagai koleksi bahan Pusat Sumber Sekolah. Filem slaid ditayangkan dengan menggunakan Projektor slaid iaitu salah satu alat perkakasan yang mudah digunakan oleh guru atau pelajar.

Cara memproses

1.Bahan yang diterima hendaklah disemak dan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

2.Rekodkan bahan ke dalam Buku Rekod Perolehan. Maklumat yang diperlukan ialah;

Nombor perolehan

Nombor Panggilan

Judul

Pihak Penanggungjawab

Bilangan kepingan Slaid

Bilangan pita kaset (Tempuh masa-min, saat)

Bilangan Naskah Buku Panduan

3.Lekatkan Kad Poket bahan dibahagian bawah sebelah kiri kotak slaid

4.Slip tarikh pulang dibahagian atas sebelah kad bahan

5.Kad bahan dimasukkan ke dalam Poket bahan

6.Tampalkan Slip Nota Bahan di sebelah kanan poket iaitu dibawah slip tarikh pulang

7.Setelah selesai diproses, masukkan ke dalam kotak slaid yang dibuat khas.

8.Pada kotak slaid itu hendaklah ditampalkan no. panggilan di tulang kotak dengan ketinggian 1.5 inci dari bahagian bawah.

SLAID

MEMPROSES FILEM SLAID

1.Semak sliad yang diterima. Pastikan yang slaid itu adalah betul seperti yang tercatat dalam fail barang pesanan

2.Pastikan bilangannya cukup

3.Pastikan mutu dan kualiti gambarnya memuaskan. (Jika Filem slaid itu diambil sendiri beberapa keping yang rosak-over exposed atau under exposed). Slaid yang rosak perlulah diganti semula.

4.Copkan Tanda Hak Milik pada kepingan slaid (Belakang bawah/atas)

5.Masukkan maklumat slaid itu ke dalam Buku Perolehan. Maklumat yang perlu dimasukkan adalah seperti berikut;

Judul

Bilangan Slaid

Jumlah Buku Panduan

6. Gunakan Light Box bagi memilih slaid. Bagi menentukan kedudukan slaid di dalam tray

projektor. Pegang Slaid itu dengan bahagian yang ada nombor pada permukaannya menghadapi anda. Pastikan uang kedudukannya betul. Pusingkan mengikut arah pusinagn jam sehingga kedudukannya terbalik (Rajah B)

7.Tandakan dengan anak panah bahagian yang menghala ke atas. Ini adalah untuk memudahkan pengguna supaya meletakkan slaid itu dengan kedudukan sebenar di dalam tray. (Rajah B)

8.Berikan nombor bilangan bagi setiap slaid itu seperti 1/24,2/24,3/24,4/24 dan seterusnya 24/24. Letakkan nombor itu di bahagian atas sebelah kanan.

9.Tuliskan Judul di bahagian bawah setiap kepingan slaid. Manakala nombor panggilan

hendaklah diletakkan di bahagian atas sebelah kiri.

10.Kepingan slaid itu boleh disimpan di dalam album khas atau kotak yang dibuat khas.

MEMPROSES PITA SLAID

Pengenalan

PERMAINAN

Definasi:Sekumpulan bahan yang dihasilkan untuk tujuan permainan mengikut peraturan-

peraturan tertentu.

1.Alat untuk memproses ;

1.1Bahan permainan yang diterima hendaklah disemak invoisnya sama ada sama

dengan pesanan yang telah dibuat atau tidak. Ini dapat dilakukan dengan merujuk

kepada Fail Dalam Pesanan.

1.2 Rekodkan segala maklumat yang diperlukan pada slip kerja iaitu;

a. Nombor Panggilan

b. Nombor Pengkelasan

c. Judul

d. Tarikh diterbitkan

e. Nama dan alamat penanggungjawab

f. Harga bahan

g. Catatan dll

1.3 Copkan Tanda Hak Milik, No Panggilan pada setiap item alat permainan. (seberapa boleh)

1.4Nombor panggilan perlu dituliskan pada tepi kotak simpanan dengan jarak 3.8 cm

dari bawah.

1.5Tampalkan juga poket buku dan kad serta slip tarikh pulang. (Rujuk rajah)

1.6Buatkan senarai jumlah item-item yang ada dalam setiap set alat permainan itu.

2.Lokasi alat permainan

2.1Letakkan alat permainan di atas rak yang disediakan sesuai dengan keadaan fizikal

alat/bahan tersebut.

2.2 Rak alat permainan ini sebaik-baiknya diletakkan berhampiran dengan kuanter

pinjaman dan rak majalah.

2.3 Alat permainan ini digunakan dalam PSS disudut permainan/latihan dan juga boleh

dibawa keluar dengan pinjaman. Keadaan ini perlu ada sistem pengawalan dari PSS

sendiri.

3.Sirkulasi

3.1 Alat permainan ini boleh dipinjam kepada guru-guru dan murid-murid. Cara dan

masa pinjaman tertakluk kepada peraturan PSS yang telah disediakan.

3.2 Alat permainan ini tetap mempunyai kad pinjaman. Catatkan butir-butir

penggunaannya di buku Rekod Pinjaman yang telah disediakan.

Cara memproses Permainan Dalam

Contoh Borang pinjaman dengan menggunakan Buku Pinjaman

REKOD PEROLEHAN

1.Rekod nombor perolehan.

2.Nombor perolehan adalah berterusan.

3.Semua buku yang diberi mesti distok di PSS.(Perpustakaan)

4.Semua bahan bukan buku distok di Pusat Sumber Guru(BBM).

5.Cetak senarai buku baru yang telah dimasukkan dalam perisian .

6.Bukukan senarai buku yang dicetak.

Merekod nama pengarang

Contoh:

Nama Melayu Cara Merekod

Hafidah bt Hj. AliHafidah bt Hj. Ali

Haji Mohammad Ali b Ahmad

Tan Sri Mohammad Ahmad

Wan Semaon Wan Ali

Mohammad Ali b Ahmad,Haji

Mohammad Ahmad, Tan Sri

Semaon Wan Ali, Wan

Catatan:Jika terdapat nama dengan gelaran,rekodkan nama dahulu dan diikuti dengan gelaran,gariskan gelaran itu.

Nama BaratCara Merekod

a.Betty King

Ronald H.Reagean

P.G.WalkerKing,Betty

Reagean, Ronald H

Walker, P.G.

b.Cecil Day-Lewis

(Nama yg ada tanda sengkang)Day-Lewis, Cecil

c.Walter De La Mare

(Nama dengan kara awalan)De La Mare, Walter

d.Sir Stamford Raffles

(Nama dengan gelaran British)Raffles, Sir Stamford

Nama ChinaCara Merekod

Tan Sean Huat

S.H.Tan

Lily KuahTan, Sean Huat

Tan, S.H.

Kuah, Lily

Nama IndiaCara Merekod

Dilip Kumar Ghosh

N.Samy

Martha Ratnam

Velsamy SinnasamyGhosh, Dilip Kumar

Samy, N.

Ratnam, Martha

Velsamy Sinnasamy

9.4 KATALOG

Di bawah sistem pengoutomasian, kad katalog tidak lagi disediakan secara manual. Setelah data bahan buku atau bahan bukan buku dimasukkan ke dalam komputer, katalog akan disediakan.Jika pelanggan ingin menyemak bahan di PSS, hanya perlu mencari dalam komputer sahaja.

9.5 LOKASI DAN PENYUSUSNAN

Perpustakaan Penyususnan buku mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.

Buku fiksyen dan buku bukan fiksyen untuk pinjaman disusun di rak terbuka.

Buku rujukan dan buku 'red spot' disusun di ruang rujukan.

Pusat Sumber Guru

(BBM)

Buku dab BBM disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.

Pakej BBM KBKK disusun di meja pameran hasil BBM.

Bilik Alat Pandang Dengar

Bahan bukan buku seperti CD, Video dan kaset disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.

Bilik Matematik

Bahan buku dan bahan bukan buku disusun mengikut jenisnya.

Bilik SALC Bahan bacaan bahasa Inggeris & bahasa Melayu

Edaran, buku fiksyen dll

Bilik Geografi Bahan-bahan buku dan bukan buku disusun mengikut sudut bilik berkenaan.

Galeri Sejarah Bahan-bahan buku dan bukan buku disusun mengikut sudut yang telah ditentukan.

10.1 MESYUARAT