Upload
lethu
View
253
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Microsoft PowerPoint 1
1.1 Pengenalan
Dewasa ini istilah multimedia merupakan antara istilah utama yang sering diperkatakan apabila
seseorang membicarakan mengenai industri teknologi maklumat dan telekomunikasi. Di mana–
mana sahaja orang membincangkan mengenai multimedia; di sekolah, di pusatpusat
pengajian tinggi, di jabatan–jabatan kerajaan mahupun swasta, di pusat-pusat membeli belah,
pusat hiburan dan sebagainya. Pendek kata multimedia telah menjadi suatu topik yang paling
hangat diperkatakan dewasa ini. Salah satu penggunaan multimedia yang utama ialah dalam
bidang persembahan ataupun penyampaian maklumat. Sama ada ianya bagi tujuan
pendidikan, latihan, perniagaan, pemasaran, hiburan dan sebagainya, persembahan secara
elektronik berasaskan multimedia semakin mendapat tempat dan digemari ramai.
1.2 Persembahan Elektronik dan Multimedia
Dalam kehidupan yang masyarakatnya semakin kompetatif, sesuatu kelainan yang mampu
menarik perhatian amat diperlukan bagi mendapatkan maklum balas positif dari masyarakat.
Persembahan yang canggih perlu disediakan dan di sini media komunikasi yang paling sesuai
ialah persembahan elektronik berasaskan multimedia bagi menarik dan seterusnya
mengekalkan perhatian seseorang.Dengan menggunakan multimedia, proses perkongsian
maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan meyakinkan. Seseorang
pembentang dapat melakukan proses penerangan atau persembahan dengan lebih mudah
dan berkesan. Dengan bantuan teknologi persembahan multimedia juga, sesuatu maklumat
yang ingin disampaiakn kepada mata dunia misalnya tidak hanya diperkenalkan melalui kata-
kata semata-mata malah ianya boleh dipamerkan dalam bentuk yang lebih hidup dan dinamik
dengan bantuan animasi 3 dimensi, video interaktif serta gambar foto yang jauh lebih menarik.
Persembahan multimedia elektronik atau juga lebih dikenali sebagai “electronic slide
presentations” merujuk kepada persembahan oleh seseorang pembentang kepada seorang
atau sekumpulan pengguna. Pembentang mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap tajuk
dan teknik persembahan. Biasanya persembahan cara ini melibatkan suatu proses komunikasi
satu hala yang linear. Persembahan jenis ini adalah penting apabila pembentang ingin
memanfaatkan sepenuhnya teknologi multimedia dan dalam masa yang sama mengawal
sepenuhnya corak persembahan yang digunakan.
Kebanyakan persembahan jenis ini adalah menyerupai persembahan dengan menggunakan
slaid tradisi dan ianya boleh dibangunkan dengan mudah, pantas dan kos yang rendah.
Persembahan Slaid Elektronik hampir menyerupai penggunaan transparensi dan projector atau
penggunaan slaid fotografi yang tradisi. Walaupun kebanyakan perisian bahasa gubahan
mampu membina persembahan slaid elektronik, namun terdapat beberapa perisian yang
digunakan khusus bagi tujuan ini. Antara perisian yang popular bagi membina Persembahan
Slaid Elektronik ialah :
• Microsoft Power Point
• Adobe Persuasion
BAB 01 : PENGENALAN KEPADA MS POWERPOINT XP
Microsoft PowerPoint 2
• Asymetrix Compel
• Action
• Harvard Graphics
• Astound
Perisian – perisian jenis ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya, harga yang berpatutan
(murah), mudah untuk dipelajari serta mudah untuk dikuasai atau digunakan. Biasanya perisian
– perisian tersebut juga menyediakan “template” dengan pebagai corak, warna latar
belakang serta grafik – grafik yang memudahkan pembangunan aplikasi multimedia anda. Ia
juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan anda memasukkan unsur – unsur audio,
videi serta animasi ke dalam persembahan. Sesetengah perisian juga menyediakan
kemudahan bagi membina pautan atau capaian yang membolehkan pengguna bergerak ke
mana – mana bahagian di dalam aplikasi.
1.3 Microsoft Power Point
Program Powerpoint adalah sebahagian dari komponen Microsoft Office yang didapati lebih
berkesan untuk menyampaikan taklimat, bagi menggantikan transperansi melalui Overhead
Projector, penggunaan dokumen (kertas) melalui direct projector, dan paparan melalui Slide
Projector yang ada digunakan sebelum ini.
Selain dari memaparkan slide dengan berwarna, program ini boleh dimuatkan dengan grafik
dari Clipart yang sedia ada, gambar foto yang disediakan sendiri melalui scanner, gambar dari
file movie, dan juga suara yang disediakan, bagi memantapkan lagi persembahan supaya
dapat menarik minat penonton. Dengan cara itu, maklumat yang hendak disampaikan dapat
diterima dengan berkesan.
1.4 Fungsi Utama Microsoft Power Point XP
Berikut merupakan antara kegunaan atau fungsi utama perisian Microsoft Power Point :
o Membina Persembahan elektronik
Kebanyakkan olrang menggunakan Microsoft Power Point bagi membina persembahan
elektronik berasaskan siri slaid yang mampu mempertingkatkan lagi keupayaan serta tarikh
dalam proses penyampaian sesuatu maklumat. Fail atau siri elektronik yang dihasilkan boleh
dipersembahkan sama ada kepada kumpulan pengguna yang ramai, kumpulan kecil
mahupun bagi kegunaan secara individu. Selain dari itu, Microsoft Power Point juga
membolehkan fail yang dihasilkan olehnya dimainkan secara automatik walaupun tanpa
kehadiran pembentang atau penyampai maklumat. Sebagai contoh konsep ini sering
digunakan semasa sesi pameran, kiosk dan sebagainya.
o Menghasilkan cetakan nota atau transparensi
Dengan menggunakan Microsoft Power Point, seseorang boleh mencetak slaid yangdigunakan
bagi tujuan persembahan kepada bentuk nota edaran kepada pengguna dengan mudah
dan pantas. Ianya menawarkan pelbagai bentuk etakan sama ada dalam bentuk slaid
sebenar, nota ringkas atau outline dan sebagainya.
Microsoft PowerPoint 3
Selain itu, proses menghasilkan cetakan bagi tujuan dijadikan set transparensi jauh lebih mudah
berbanding penggunaan perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan
sebagainya. Ianya juga menyediakan pelbagai reka bentuk dan juga reka letak yang
membolehkan set tranparensi yang lebih baik dihasilkan.
o Menghasilkan persembahan dalam bentuk halaman web
Bagi anda yang berminat untuk membangunkan halaman web tetapi tiada pengetahuan atau
kemahiran bagi tujuan tersebut, Microsoft PP mampu membantu. Dengan PP, sesebuah
persembahan elektronik yang dihasilkan boleh diterjemahkan kepada bentuk fail halaman web
berformatkan HTML. Halaman web yang terhasil dengan cara ini bukan sahaja menarik malah
ianya juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti seperti mana slaid yang asal.
o Menghasilkan slaid 35 mm
Dengan sokongan perkakasan tertentu, PP juga membenarkan anda meminda fail
persembahan elektronik yang dihasilkan olehnya untuk tujuan cetakan kepada filem khas. Filem
khas ini kemudiannya akan digunakan bagi penghasilan slaid 35 mm yang boleh dimanfaatkan
bagi tujuan persembahan secara tradisi menggunakan Slide Projector.
1.5 Istilah-istilah dalam PowerPoint
• Persembahan
Satu himpunan slaid (slides), handouts, speaker notes dan outline, semuanya di dalam satu fail.
• Slaid
Adalah merupakan satu mukasurat individu dalam persembahan, yang mengandungi tajuk,
teks graf, lukisan objek-objek, bentuk, clip art, drawn art, dan visual yang dibentuk daripada
aplikasi-aplikasi lain.
• Handouts
Slaid-slaid (saiznya lebih kecil) yang bercetak samada 2, 3 atau 6 slaid dalam satu muka untuk
diberi kepada pendengar/penonton.
• Speaker’s Notes
Saiz imej slaid yang lebih kecil dicetak bersama-sama nota penceramah.
• Outlines
Format di mana hanya tajuk dan teks utama dipaparkan, tetapi tidak termasuk lukisan
(gambar) atau yang ditaip menggunakan Text tool.
Microsoft PowerPoint 4
2.1 Kaedah memulakan Program MS-Powerpoint
Terdapat 2 kaedah bagi memulakan MS Powerpoint :-
o Klik butang Start ���� All Program ���� Microsoft Office ���� Microsoft Powerpoint.
o Klik terus pada ikon Powerpoint yang dibuat jalan singkat pada desktop.
2.2 Persekitaran dalam Powerpoint
Secara umumnya persekitaran yang bakal anda perolehi adalah seperti rajah yang ditunjukkan
di bawah.
BAB 02 : MEMULAKAN POWERPOINT
Menu Bar Title Bar
Drawing Toolbar
Note
Page
View
Standard Toolbar
Task Pane
Powerpoint
View
Formatting
Toolbar
Horizontal
Scroll Bar
Vertical
Scroll
Bar
Status Bar
Microsoft PowerPoint 5
Bil Elemen Keterangan
1. Menu Bar Menyenaraikan arahan yang boleh digunakan dalam
bentuk teks
2. Tool Bar Menyenaraikan arahan yang biasa digunakan dalam
bentuk ikon atau butang (button)
3. Power Point
Views
Gaya persembahan dilihat pada skrin
4. Task Pane Menyenaraikan arahan spesifik yang digunakan di
dalam PowerPoint
5. Status Bar Memaparkan ringkasan persembahan
6. Note Page
View
Menyimpan nota-nota yang akan digunakan
pembentang
2.3 Elemen-elemen penting dalam Powerpoint
o Title Bar
Menunjukkan nama aplikasi dan nama persembahan yang dibuka pada satu-satu
masa. Ianya akan bertukar sebaik sahaja anda menyimpan persembahan dengan satu
nama lain.
o Menu Bar
Terletak di bahagian atas skrin dan menyenaraikan menu-menu. Setiap menu
mengandungi senarai arahan-arahan. Contohnya seperti ditunjukkan oleh rajah di
bawah.
Jadual 1: Keterangan setiap elemen-elemen dalam Menu Bar.
Bil Elemen Keterangan
1 File Mencipta fail baru, membuka fail sedia ada, menutup
fail, menyimpan fail dan semua urusan melibatkan
cetakan dan setup mukasurat.
2 Edit Mengandungi arahan seperti Undo, Cut, Paste, Copy,
Select All dan urusan mencari dan menyunting
perkataan dan objek.
3 View Mengandungi arahan memilih slide, outline, slide
sorter, notes pages, slide show dan slide master.
Memaparkan juga toolbars, rulers dan bantuan. Ianya
juga digunakan untuk membesarkan pandangan
mengikut peratus yang diperlukan.
Microsoft PowerPoint 6
4 Insert Untuk tujuan memasukkan apa jua elemen paparan
terutama kepada Clipart, Graf atau apa jua objek.
5 Format Kemudahan untuk pertukaran Font (jenis tulisan),
alignment, spacing, colour (warna) dan shadow
(bayang).
6 Tools Mengandungi kemudahan untuk memeriksa ejaan,
bahasa, auto correct (pembetulan automatik) dan
options (pilihan pembetulan).
7 Slide Show View Show,Actions button, Custom Animation.
8 Window Paparan sebagai tetingkap untuk melihat fail lain
yang dibuka.
9 Help Panduan pengguna.
o Standard Toolbars
Membolehkan anda menyusun arahan didalam Powerpoint supaya dapat digunakan
dengan lebih cepat. Toolbar mengandungi butang, menu atau kombinasi kedua-
duanya. Standard toolbar sepertimana dalam rajah di bawah memaparkan satu
butang “Shortcut” untuk kerja-kerja yang anda biasa lakukan setiap kali anda
memulakan persembahan.
Jadual 2: Keterangan setiap elemen dalam standard tool bar.
Bil Elemen Keterangan
1 New Mencipta fail baru (new)
2 Open Membuka/mendapatkan fail dalam simpanan
3 Save Menyimpan fail.
4 Print Pilihan mencetak.
5 Spelling Memeriksa ejaan dalam bahasa Inggeris
6 Cut Memotong, memadam atau menyunting objek
atau teks ke Clipboard.
7 Copy Menyalin objek atau teks ke dalam Clipboard
tanpa mengubahnya dari kedudukan asal.
8 Paste Meletak atau menyalin objek/teks ke tempat
lain.
9 Format Painter Menandakan sesuatu objek atau teks bersama
sekali dengan warna, font, shadow, pattern
untuk disalin ke tempat lain.
10 Undo Kembali ke tindakan/proses asal.
Microsoft PowerPoint 7
11 Redo Mendapatkan tindakan/proses terakhir.
12 New Slide Untuk mendapatkan slide baru.
13 Insert Table Mencipta/ membuat jadual baru.
14 Insert worksheet Mendapatkan lembaran kerja dari aplikasi Excel.
15 Insert charts Memasukkan elemen graf.
16 Insert cliparts Mendapatkan gambar-gambar sedia ada
dalam Clipart.
17 Zoom Pandangan kecil dan besar (peratus) untuk
panduan pengguna.
o Drawing Toolbars
Memberi set bar untuk melukis dan grafik dalam membuat carta dan “Embellish” teks
dan grafik dengan kesan 3-D dan bayang-bayang, “textured”, gambar atau
“transparent fill”, “Wordart” dan “Autoshape”. Contoh adalah sepertimana dalam rajah
di bawah.
Jadual 3: Menunjukkan keterangan ringkas elemen dalam Drawing Toolbars
Bil Elemen Keterangan
1 Draw Mengurus sebarang objek atau lukisan yang
dihasilkan.
2 Pointer Untuk memilih objek sebelum pengubahsuaian
dilakukan.
3 Free rotate Untuk menggerakkan objek secara pusingan.
4 Autoshapes Untuk memilih objek dan bentuk yang telah
disediakan.
5 Line Melukis garisan
6 Arrow Melukis garisan anak panah
7 Rectangle Melukis kotak
8 Oval Melukis bulatan
9 Text Box Melukis teks pada kotak
10 Insert Wordart Memasukkan teks Wordart dalam persembahan.
11 Fill Color Mewarnakan dalaman lukisan
12 Line Color Mewarnakan garisan lukisan
13 Text Color Mewarnakan teks
14 Line Style Mengubah gaya dan bentuk garisan yang dilukis.
15 Dash Style Menukar gaya dan bentuk garisan terputus-putus.
16 Arrow Style Menukar gaya dan bentuk garisan anak panah
17 Shadow Melukis bayangan pada objek dan lukisan.
18 3-D Melukis bayangan dalam bentuk 3-D pada objek dan
lukisan.
Microsoft PowerPoint 8
o Scroll Bars
Dipaparkan dibahagian bawah dan kanan Windows bila teks, grafik atau ikon di
Windows mengambil lebih ruang dari kawasan yang ditunjukkan . “Vertical Scroll Bars”
digunakan bagi menunjukkan slide yang sebelumnya dan yang berikutnya manakala
“Horizontal Scroll Bar” digunakan untuk bergerak ke kiri atau ke kanan.
2.4 Powerpoint View
Terdapat 5 jenis view yang terdapat pada Powerpoint untuk memaparkan persembahan yang
telah disediakan. Setiap View menyediakan bentuk paparan dan keupayaan yang berbeza.
Rajah di bawah menunjukkan butang-butang bagi setiap jenis view.
o Outline View
Semasa ikon Outline View dipilih Drawing toolbar akan digantikan dengan Outlining
toolbar. Di dalam mod ini hanya teks sahaja akan dipaparkan. Mod ini merupakan cara
terbaik dan pantas untuk membina sesuatu persembahan.
o Slide View
Setiap kali memulakan Powerpoint, anda akan berada pada mod Slide View. Di dalam
mod ini, anda boleh melakukan operasi-operasi seperti menaip, melukis, menambah clip
art, menyisip gambar, mengubah bentuk dan saiz teks serta objek. Tiga jenis toolbars
(Standard, Formatting dan Drawing) dipaparkan dalam mod ini.
o Normal View
Dalam mod ini anda dapat melihat slaid yang akan dipaparkan di bahagian atas
mukasurat, di bahagian sebelah kiri terdapat slaid-slaid kecil yang terdapat dalam
sesuatu fail powerpoint manakala di bahagian bawah adalah untuk nota-nota. Anda
boleh menaip dan melukis semasa berada dalam mod ini. Seperti juga Slide View, tiga
jenis toolbar akan dipaparkan, iaitu Standard, Formatting dan Drawing toolbar.
o Slide Sorter View
Di dalam mod ini, anda dapat melihat slaid-slaid kecil yang lengkap dengan teks dan
grafik. Hanya dua jenis toolbar akan dipaparkan, iaitu Standard dan Slide Sorter toolbar.
Operasi-operasi yang boleh dilakukan ialah set gaya peralihan slaid (slide transition),
mencipta build slide, set tempoh masa untuk persembahan, menyembunyikan slaid,
menyusun semula slaid-slaid dan dapat melihat aliran sesuatu persembahan.
o Slide Show View
Slaid persembahan akan dipaparkan di skrin tanpa sebarang title bar atau toolbar. Mod
ini akan memaparkan slaid-slaid mengikut ciri-ciri yang telah ditentukan seperti warna,
bentuk, cara peralihan slaid, tempoh masa dan sebagainya. Paparan yang serupa
akan dihasilkan apabila persembahan yang sebenar dibuat.
Microsoft PowerPoint 9
2.5 Penyelenggaraan Dokumen Dalam Powerpoint
2.5.1 Memulakan persembahan
Kaedah 1:
• Klik pada File – New
Kaedah 2:
• Klik pada ikon New
Kaedah 3:
• Tekan kekunci CTRL dan N serentak.
2.5.2 Menyimpan persembahan yang telah dibina
Kaedah 1:
• Klik pada File – Save
• Pilih direktori
• Namakan fail
• Klik butang Save
+
Microsoft PowerPoint 10
Kaedah 2:
• Klik pada butang Save
• Pilih direktori
Kaedah 3:
• Klik pada File – Save As
• Pilih direktori
• Klik butang Save
Microsoft PowerPoint 11
Kaedah 4:
• Tekan kekunci CTRL + S serentak
• Ulangi langkah (kaedah 3) di atas.
2.5.3 Membuka fail persembahan yang disimpan
Kaedah 1:
• Klik pada File – Open
• Pilih direktori
• Klik pada nama fail yang hendak dibuka.
• Klik pada butang Open.
+
Microsoft PowerPoint 12
Kaedah 2:
• Menggunakan ikon Open
• Klik pada ikon Open
• Ulangi proses seperti mana kaedah 1.
2.5.4 Menutup Fail
• Klik pada menu File – Close
• Sekiranya anda belum menyimpan file berkenaan anda akan memperolehi
kotak dialog yang mengingatkan anda supaya menyimpan perubahan
tersebut.
2.5.5 Menutup file dan keluar dari MS Powerpoint
Kaedah 1 :
• Klik pada menu File – Exit
Kaedah 2 :
• Klik pada ikon bertanda X dipenjuru
kanan.
Microsoft PowerPoint 13
3.1 Membangunkan Sebuah Persembahan Elektronik Menggunakan Kemudahan Blank
Presentation
Kemudahan Blank Presentation merupakan satu teknik penghasilan persembahan elektronik
yang digemari ramai terutamanya bagi pengguna yang inginkan kuasa kawalan sepenuhnya
dalam menentukan reka letak, reka bentuk, warna serta penetapan lain pada skrin
persembahan.
3.1.1 Langkah-langkah membuka ‘Slide Layout’
Langkah 1 : Klik pada Menu Format di ruangan Menu Bar.
Langkah 2 : Pilih Sub Menu ‘Slide Layout’.
Langkah 3 : ‘Slide Layout’ akan di paparkan pada ruangan Task Pane seperti
di bawah.
BAB 03 : MENGHASILKAN BAHAN PERSEMBAHAN
Microsoft PowerPoint 14
‘Task Pane’ akan memaparkan senarai Slide Layout atau reka letak slaid yang boleh dipilih.
Terdapat lebih daripada 25 jenis Slide Layout yang disediakan sebagai pilihan anda.
Slide Layout merujuk kepada penetapan atau reka letak objek atau teks pada skrin
persembahan. Anda perlu bijak memilih Slide Layout yang bersesuaian dengan keperluan
persembahan. Jenis-jenis ‘Slide Layout’ yang boleh dipilih adalah seperti berikut :
3.2 Membangunkan Sebuah Persembahan Elektronik Menggunakan Kemudahan Design
Template
‘Design Template’ merupakan kemudahan di dalam Microsoft PowerPoint yang menyediakan
template-template yang boleh digunakan bagi tujuan persembahan. Template disini merujuk
kepada reka bentuk skrin yang meliputi pemilihan corak atau imej sebagai latar belakang skrin,
jenis fon, saiz tulisan dan sebagainya.
3.2.1 Langkah-langkah membuka ‘Slide Design’
Langkah 1 : Klik pada Menu Format diruangan Menu Bar.
Langkah 2 : Pilih Sub Menu ‘Slide Design’.
Microsoft PowerPoint 15
Langkah 3 : ‘Design Template’ akan di paparkan pada ruangan Task Pane.
Microsoft PowerPoint 16
Jenis-jenis ‘Design Template’ yang boleh dipilih adalah seperti berikut :
3.3 Membina Fail Baru
Langkah 1 : Bina satu fail baru. Pilih penetapan Blank Presentation pada Task Pane.
Langkah 2 : Biarkan AutoLayout yang ditetapkan oleh Microsoft PowerPoint (Title Slide Layout)
sebagai layout atau reka letak skrin persembahan pertama anda.
Microsoft PowerPoint 17
3.4 Menambah Teks Ke Dalam Slaid
Langkah 1 : Slaid dengan Title Slide Layout mengandungi dua komponen utama iaitu kotak
teks bagi Tajuk (Title) dan juga kotak teks bagi Sub-Tajuk (Subtitle). Taipkan teks
yang bersesuaian ke dalam kedua-dua kotak masukan teks tersebut.
Langkah 2 : Aktifkan kotak masukan teks bagi tajuk persembahan. Taipkan perkataan
“Persembahan Powerpoint”.
Langkah 3 : Aktifkan kotak atau medan masukan teks bagi sub-tajuk persembahan. Taipkan
“Dipersembahkan oleh: Nama anda dan tempat anda bekerja”. Sebagai
contoh, hasil yang berikut akan dapat diperolehi.
Langkah 4 : Tukarkan jenis fon, saiz teks dan juga warna teks sekiranya perlu. Seterusnya,
gerakkan tajuk persembahan agar berada pada bahagian atas skrin. Caranya :
o Klik garisan yang memegang medan teks tersebut untuk mengaktifkannya
o Klik dan heret medan tersebut ke lokasi baru yang dikehendaki
o Lepaskan medan tersebut di lokasi baru yang dikehendaki
Microsoft PowerPoint 18
3.5 Menambah Slaid Baru
Langkah 1 : Untuk memasukkan slide baru, klik pada menu Insert� New Slide. AutoLayout
bagi slaid kedua ini agak berbeza dengan AutoLayout yang disediakan pada
slaid pertama.
Nota : Untuk menambah slide baru dengan layout yang berbeza, klik sekali lagi pada menu
Insert � New Slide. Kemudian pilih layout yang bersesuaian pada template Slide Layout
yang disediakan di bahagian Task Pane.
3.6 Menggunakan Layout Yang Mengandungi Media Lain Selain Dari Teks
Selain dari teks, Microsoft PowerPoint juga membenarkan elemen-elemen lain seperti imej atau
grafik, audio, video, animasi, carta, graf, lukisan dan sebagainya dimasukkan ke dalam
sesebuah persembahan. Dalam latihan kerja seterusnya kita akan menyediakan slaid
persembahan agar bersedia untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun
operasi menghasil atau menggunakan media-media tersebut tidak akan dibincangkan dengan
mendalam di sini kerana ianya akan dibincangkan di dalam bab yang akan datang.
Langkah 1 : Pilih layout dari kumpulan Text and Content layout. Pilih mana-mana layout yang
ikehendaki. Dalam contoh ini Title, Text and Content layout akan digunakan.
Hasilnya, paparan seperti berikut akan dihasilkan :
Microsoft PowerPoint 19
Langkah 2 : Sekarang, kandungan slide boleh diolah mengikut kesesuain dan kreativiti anda.
3.7 Memasukkan Bahan Selain Teks Ke Dalam Persembahan
Terdapat dua bentuk imej atau grafik utama yang boleh digunakan di dalam Microsoft
PowerPoint iaitu : -
o ClipArt
o Imej Luaran.
3.7.1 Memasukkan Clipart Ke Dalam Persembahan
Langkah 1 : Aktifkan slaid yang ingin dimasukkan imej. Perhatikan bahawa,
memandangkan kita menggunakan Title, Text and Content
layout, ikon “Click icon to add content” telah sedia ada untuk
membolehkan bahan yang ingin dimasukkan ke dalam slaid.
Terdapat 6 pilihan bahan yang boleh dimasukkan iaitu :
o Insert Table
o Insert Chart
o Insert Clipart
o Insert Picture
o Insert Diagram or Organization Chart
o Insert Media Clip
Langkah 2 : Dwi klik atau klik berganda pada ikon ClipArt tersebut bagi
memulakan operasi memasukkan ClipArt ke dalam slaid anda.
Langkah 3 : Tetingkap Select Picture akan dipaparkan bagi membolehkan
anda memilih imej atau ClipArt yang ingin digunakan.
Microsoft PowerPoint 20
Nota : Kaedah yang sama boleh digunakan untuk memasukkan imej luaran. Perbezaan hanya
dengan menekan pada butang Insert Picture.
3.8 Menghasilkan Latar Belakang Slaid Persembahan
Selain menggunakan template, imej dan sebagainya sebagai latar belakang sesebuah slaid
persembahan, kita juga boleh menggunakan warna, corak, texture dan sebagainya bagi
tujuan yang sama. Langkahnya adalah seperti berikut :
Langkah 1 : Gunakan arahan Background dari menu Format. Tetingkap Background seperti
yang berikut akan dipaparkan.
Langkah 2 : Tetingkap ini membolehkan anda memilih warna, texture, pattern atau imej
sebagai latar belakang slaid anda.
Langkah 3 : Klik pada anak panah menghala ke bawah. Apabila pilihan warna dipaparkan
seperti yang berikutnya, pilih warna yang dikehendaki.
Langkah 4 : Tekan butang Apply bagi membolehkan warna yang dipilih tadi dijadikan warna
bagi latar belakang slaid yang sedang aktif.
Microsoft PowerPoint 21
Langkah 5 : Sekiranya anda inginkan agar warna tersebut dijadikan warna latar belakang
bagi keseluruhan slaid persembahan yang ada, tekan butang Apply All.
Langkah 6 : Kembali ke menu pilihan warna bagi Background. Ubah suai spesifikasi yang
disediakan dengan menekan pilihan Fill Effects seperti di bawah bagi
membentuk warna Gradient yang dikehendaki sebagai warna latar belakang
slaid tersebut.
Langkah 7 : Pilihan bentuk gradient yang bersesuaian. Apabila anda berpuas hati, tekan
butang OK dan seterusnya butang Apply.
Langkah 8 : Hasilnya, anda akan memperolehi warna gradient sebagai warna latar belakang
slaid yang dikehendaki.
Nota : Kaedah yang sama boleh digunakan untuk pilihan Texture dan Pattern.
Langkah 9 : Seterusnya aktifkan pula slaid yang lain. Dengan cara yang sama gunakan
arahan Background dari menu Format.
Microsoft PowerPoint 22
Langkah 10 : Gunakan pilih Fill Effects dan kemudiannya klik pada tab Picture. Apabila
tetingkap Fill Effects : Picture dipaparkan. Tekan butang Select Picture.
Langkah 11 : Apabila tetingkap Select Picture dipaparkan, tentukan lokasi di mana imej atau
gambar yang ingin digunakan sebagai latar belakang. Pilih imej yang
dikehendaki dan tekan butang Insert. Paparan imej yang dipilih akan dipaparkan
pada tetingkap Fill Effects. Sekiranya anda berpuas hati dengan pemilihan yang
dibuat, tekan butang OK.
Langkah 13 : Seterusnya, tekan butang Preview bagi melihat kesan yang terhasil. Sekiranya
anda berpuas hati dengan paparan yang dihasilkan, tekan butang Apply atau
Apply to All.
Microsoft PowerPoint 23
Langkah 14 : Hasilnya, slaid anda akan mempunyai gambar atau imej sebagai latar
belakangnya.
Langkah 15 : Sekiranya perlu, pinda warna teks agar ianya mudah untuk dibaca
memandangkan imej sebagai latar belakang sering menimbulkan masalah dari
sudut keselesaan membaca.
Microsoft PowerPoint 24
Powerpoint membenarkan anda memanipulasi text dengan cara yang lebih mudah.
Contohnya meletakkan kesan grafik yang istimewa pada teks anda, dan memasukkan jadual
dari aplikasi WORD untuk penambahan kesan visual kepada persembahan anda.
4.1 Mengubah Atribut Teks
Anda boleh menggunakan toolbar seperti rajah di atas untuk mengubah atribut teks pada
persembahan anda.
4.1.1 Kaedah menukar bentuk-bentuk tulisan
Langkah 1 : Klik pada lokasi text.
Langkah 2 : Taipkan sebarang pernyataan seperti tajuk dan sebagainya.
Langkah 3 : Blok pada perkataan tersebut dan anda boleh mengubah jenis, saiz,
warna dan bentuk tulisan yang dikehendaki. Sila rujuk kepada rajah di bawah:-
BAB 04 : FORMAT TEKS
Microsoft PowerPoint 25
4.1.2 Memasukkan Elemen Wordart Dalam Persembahan
Langkah 1 : Klik pada lokasi text.
Langkah 2 : Taipkan sebarang pernyataan seperti tajuk dan sebagainya.
Langkah 3 : Klik ikon WordArt. Anda akan melihat paparan senarai bentuk-bentuk
dalam WordArt seperti rajah di muka surat sebelah.
Langkah 4 : Anda sekarang boleh memanipulasi text dengan memilih pada mana-
mana bentuk WordArt dalam galeri yang dipaparkan dengan
meletakkan kursor dan klik pada pilihan.
4.1.3 Memasukkan Teks Pada Kotak Dialog
Langkah 1 : Bawa kursor ke dan pilih mana-mana kotak dialog yang
anda inginkan.
Langkah 2 : Klik kotak dialog 2 kali dan taip pernyataan yang berkenaan.
Langkah 3 : Anda sekarang boleh mengubah saiz, warna, jenis tulisan mengikut
citarasa anda dengan memblok pada kenyataan tersebut.
Microsoft PowerPoint 26
4.2 Menyunting Bulleted List
4.2.1 Memasukkan Bullet Kaedah
Langkah 1 : Klik penunjuk tetikus pada akhir aksara bagi perenggan selepas bullet
dimasukkan.
Langkah 2 : Tekan SHIFT, ENTER untuk memasukkan baris kosong selepas perenggan.
Langkah 3 : Tekan ENTER untuk memasukkan bullet. Bullet akan bertambah dan kursor
berada di situ.
Langkah 4 : Taip teks di baris tersebut dan klik di luar placeholder apabila selesai.
4.2.2 Menukar bentuk bullet bagi sesuatu baris
Langkah 1 : Klik di perenggan yang hendak ditukar bentuk bullet, arahkan pada
perenggan dan klik butang kanan tetikus.
Langkah 2 : Pilih bullet dari menu short-cut dan kotak dialog Bullet akan dipaparkan
dengan contoh bullet yang boleh dipilih.
Langkah 3 : Klik pada bullet form box. Senarai font juga disediakan. Klik font yang
dikehendaki dan contoh bullet dengan font yang disediakan akan
dipaparkan.
Langkah 4 : Klik bentuk bullet yang dikehendaki. Klik butang Preview jika hendak
melihat hasilnya.
Langkah 5 : Klik butang OK apabila selesai dan bentuk bullet bagi baris/perenggan
telah berubah.
4.2.3 Mengubah bentuk bullet di semua perenggan. Kaedah:
Langkah 1 : Klik di satu bahagian perenggan.
Langkah 2 : Klik bullet di tepi placeholder. Halakan penunjuk tetikus di tepi bullet list
dan klik butang kanan tetikus.
Langkah 3 : Pilih bullet dari menu shortcut dan kotak dialog bullet akan dipaparkan
dengan contoh bullet yang boleh dipilih.
Langkah 4 : Klik pada kotak bullets from dan senarai font yang diperlukan akan
dipaparkan.
Langkah 5 : Klik salah satu font yang dipilih dan contoh font yang dipilih akan
dipaparkan. Klik bentuk bullet yang dipilih.
Langkah 6 : Klik butang preview jika hendak dilihat hasilnya, klik butang OK apabila
selesai dan bentuk di semua perenggan di list bullet akan berubah.
Microsoft PowerPoint 27
4.2.4 Menghapuskan Bullet Dari Perenggan di dalam Bullet List.
Langkah 1 : Pilih perenggan di mana bullet akan dikeluarkan. Halakan penunjuk pada
perenggan yang dipilih dan klik butang kanan tetikus.
Langkah 2 : Pilih Bullet dari menu shortcut dan kotak dialog Bullet akan dipaparkan
dengan contoh bullet yang boleh dipilih.
Langkah 3 : Klik use a bullet pada control box untuk memadamkan X. Klik butang
Preview jika hendak dilihat hasilnya. Klik butang OK apabila selesai dan
bullet yang perenggan dipilih akan dikeluarkan.
Microsoft PowerPoint 28
5.1 Memasukkan Audio Ke Dalam Powerpoint
Bagi menambahbaik persembahan powerpoint yang dibina, Microsoft Powerpoint
menyediakan kemudahan untuk memasukkan muzik dan bunyi sama ada dari komputer,
internet, Clip Organizer, lagu dari CD atau lagu yang telah dirakam sendiri.
Secara default, bunyi yang dimasukkan akan dihubungkan ke fail powerpoint. Ianya tidak
dimasukkan secara fizikal ke dalam fail. Oleh itu, salinan kepada kepada fail audio tersebut
mestilah disimpan bersama-sama dengan fail persembahan sewaktu persembahan dilakukan.
Untuk memasukkan bunyi ke dalam fail persembahan, langkah-langkah yang perlu diikuti
adalah seperti berikut :
Langkah 1 : Buka fail persembahan yang ingin dimasukkan bunyi.
Langkah 2 : Seterusnya, pergi ke menu Insert � Movies and Sounds dan pilih sama ada bunyi
tersebut dari Clip Organizer atau dari File.
BAB 05 : MENAMBAHBAIK PERSEMBAHAN
Microsoft PowerPoint 29
Langkah 3 : Tetingkap Insert Sound akan dipaparkan. Pilih direktori di mana bunyi tersebut
disimpan.
Langkah 4 : Klik pada fail tersebut dan klik pada butang OK.
Langkah 5 : Anda akan ditanyakan sama ada ingin bunyi tersebut dimulakan secara
otomatik atau apabila tetikus diklik. Klik pada butang ‘Automatically’.
Langkah 6 : Ikon akan dipaparkan ditengah-tengah persembahan powerpoint. Klik
kanan pada ikon tersebut dan pilih ‘Edit Sound Object’.
Microsoft PowerPoint 30
Langkah 7 : Pada Play Options tandakan pada pilihan ‘Loop until stopped’ (pilihan ini akan
membuatkan bunyi tersebut berulang-ulang sehingga persembahan selesai) dan
pada Display Options tandakan pada ‘Hide sound icon during slide show’
(pilihan ini akan menyembunyikan ikon pembesar suara ketika persembahan
slide dimulakan).
Langkah 8 : Lagu yang dimasukkan ke dalam slide tersebut akan terhenti apabila slide
bertukar ke slide yang seterusnya. Untuk memastikan lagu tersebut dimainkan
secara berterusan sehingga persembahan selesai, klik pada menu Slide Show �
Custom Animation. Lagu yang telah dimasukkan akan kelihatan di sebelah
kanan pada Task Pane.
Microsoft PowerPoint 31
Langkah 9 : Klik pada anak panah ke bawah di sebelah lagu yang dimasukkan. Beberapa
pilihan akan dipaparkan. Klik pada ‘Effect Options…’
Langkah 10 : Tetingkap ‘Play Sound’ akan dipaparkan. Pada pilihan ‘Stop Playing’, taipkan
bilangan slide yang terakhir di dalam fail persembahan. Ini akan membuatkan
lagu akan dimainkan secara berterusan sehingga akhir walaupun slide bertukar
ke slide yang seterusnya,
Langkah 11 : Simpan kerja dan klik View Slide show atau tekah kekunci F5 untuk mendengar
bunyi yang telah dimasukkan.
Microsoft PowerPoint 32
5.2 Memasukkan Movie Ke Dalam Powerpoint
Powerpoint menyediakan kemudahan memasukkan movie dalam bentuk format AVI,
QuickTime, dan MPEG yang kebiasaannya mempunyai extension .avi, .mov, .qt, .mpg, dan
.mpeg. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah:
Langkah 1 : Buka fail baru seperti di bawah:
Langkah 2 : Seterusnya, pergi ke menu Insert � Movies and Sounds dan pilih sama ada movie
tersebut dari Clip Organizer atau pun File.
Langkah 3 : Simpan kerja dan klik View Slide show atau tekah kekunci F5 untuk melihat movie
yang telah dimasukkan.
Microsoft PowerPoint 33
5.3 Menggabungkan Fail Flash ke Dalam Powerpoint
Di dalam powerpoint juga terdapat kemudahan untuk menggabungkan fail flash ke dalam
powerpoint, ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat pembentangan
tanpa perlu membuka perisian flash secara berasingan. Langkah-langkah untuk
menggabungkan fail flash kedalam powerpoint ialah seperti berikut:
Langkah 1 : Buka fail baru di perisian powerpoint
Langkah 3 : Pilih slide powerpoint yang ingin dimasukkan fail flash
Langkah 3 : Klik pada menu View � Toolbars � ControlToolbox
Langkah 4 : Kemudian, klik pada butang More Controls
Microsoft PowerPoint 34
Langkah 5 : Setelah itu, pilih fungsi Shockwave Flash Object
Langkah 6 : Letakkan fail flash ke dalam slide.
Microsoft PowerPoint 35
Langkah 7 : Seterusnya, klik kanan butang tetikus di tempat fail flash dan pilih Properties
Langkah 8 : Di dalam Properties, pergi ke movie dan letakkan alamat direktori fail flash yang
telah disimpan.
5.4 Melindungi Slide Powerpoint
Tujuan melindungi slide powerpoint adalah untuk menghindari pengguna lain dari membuka
atau mengubah slide presentation dengan menggunakan katalaluan.
Langkah 1 : Buka fail powerpoint yang ingin dilindungi di dalam perisian Microsoft PowerPoint.
Langkah 2 : Klik pada Tool tab dan pilih menu Option
Langkah 3 : Dialog box Options dipaparkan
Microsoft PowerPoint 36
Langkah 4 : Klik Security tab dan masukkan katalaluan di kotak katalaluan, kemudian klik
butang Ok.
Langkah 5 : Dialog box Confirm Password dipaparkan, masukkan katalaluan sekali lagi untuk
pengesahan katalaluan kemudian klik butang Ok
Nota:
Setiap kali pengguna membuka fail Powerpoint yang telah dilindungi, Powerpoint akan
meminta:
1. Password to open : Elakkan pengguna membuka fail tanpa memasukkan katalaluan yang
betul.
2. Password to modify : Elakkan pengguna membuat perubahan tanpa memasukkan
katalaluan yang betul.
3. Katalaluan adalah case sensitif .
4. Sekiranya slide presentation hanya dilindungi dengan Password to modify sahaja, pengguna
boleh view read-only version.
5. Bagi pengguna yang mahu memadam katalaluan : Pilih menu Tool � Option � klik tab
Security � padam kataluan � klik butang Ok.
Microsoft PowerPoint 37
5.5 Mempamerkan Grid
Tujuan garisan Grid adalah membantu pengguna memasukkan object ke dalam slide. Apabila
pengguna insert, move atau resize object, secara automatiknya, object akan ditempatkan di
dalam garisan grid oleh Powerpoint.
Langkah 1 : Klik Show/Hide Button dalam Standard toolbar
5.6 Proses Mempakej Persembahan Powerpoint
Persembahan powerpoint boleh dipakejkan menggunakan Microsoft 2003/xp. Tujuan
mempakejkan persembahan powerpoint ialah untuk memudahkan persembahan powerpoint
terutama apabila komputer tidak mempunyai perisian powerpoint semasa persembahan slaid.
Selain itu pakej yang dibuat ke atas CD membolehkan persembahan dalam bentuk slide view
boleh diperolehi secara automatik apabila CD dimasukkan ke dalam komputer. Pakej boleh
dilakukan ke dalam CD, komputer dan mana-mana lokasi dalam rangkaian. Langkah-langkah
untuk menyediakan pakej powerpoint ialah:
Langkah 1 : Buka fail powerpoint yang ingin dipakej di dalam perisian Microsoft Powerpoint.
Langkah 2 : Masukkan CD kosong ke dalam komputer.
Langkah 3 : Pada File tab, pilih Package For CD.
Langkah 4 : Pada kotak Name the CD, taip nama CD mengikut nama yang diingini.
Microsoft PowerPoint 38
Langkah 5 : Untuk menentukan persembahan yang nak dimasukkan dan juga susunan
persembahan, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 5 (1) : Untuk tambah persembahan atau fail yang belum dimasukkan
lagi, klik Add Files. Pilih fail yang dikehendaki seperti rajah
dibawah, kemudian klik Add.
Langkah 5 (2) : Secara lalai, persembahan disetkan untuk dimainkan secara
automatik dalam susunan seperti dalam senarai rajah dibawah.
Untuk menukar susunan, pilih persembahan dan klik panah Up
atau Down.
Microsoft PowerPoint 39
Langkah 5 (2) : Untuk buang persembahan, pilih persembahan dan klik Remove.
Langkah 6 : Kemudian, klik Copy to CD.
Jika pakej hendak dibuat ke dalam komputer atau suatu lokasi rangkaian, klik
Copy to Folder dan berikan semua maklumat yang diperlukan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah. Klik butang Browse untuk menentukan lokasi
direktori untuk disimpan.
Microsoft PowerPoint 40
Langkah 7 : Pilih lokasi di mana tempat untuk simpan pakej. Kemudian tekan butang Select.
Langkah 8 : Kemudian klik butang Ok. Komputer akan memproses pakej berkenaan dalam
masa beberapa saat.
Langkah 9 : Dialog box seperti Rajah 5 akan dipaparkan semula dan tekan butang Close.
Langkah 10 : Satu folder dengan nama yang dinamakan dalam kotak Name the CD akan
dibina pada lokasi yang telah diplih tadi.
Langkah 11 : Folder berkenaanlah yang akan kita gunakan untuk memindah pakej ke mana-
mana komputer yang dikehendaki.
5.7 Menukar Setting Lalai (Default Setting)
Secara lalai, persembahan adalah mengikut senarai dalam Files to be copied. Fail-fail lain yang
ada kaitan persembahan seperti fail grafik, fail audio dan lain-lain akan dimasukkan secara
automatik tetapi ia tidak akan kelihatan di dalam senarai Files to be copied. Untuk melakukan
perubahan setting, klik pada butang Option seperti rajah dibawah.
Microsoft PowerPoint 41
Ada kemungkinan perubahan ingin dilakukan terhadap setting lalai PowerPoint dengan
mengikut kesukaan seperti berikut:
o Jika kita sedia maklum komputer yang akan digunakan sudah mempunyai perisian
PowerPoint, kita tidak perlu memasukkan item Microsoft Office Powerpoint Viewer.
Jangan tanda pada PowerPoint Viewew check box.
o Untuk tidak memainkan persembahan secara automatik, atau untuk menentukan
pilihan memainkan secara automatik yang lain, pilih senarai di dalam Select how
presentation will play in the Powerpoint Viewer :
o Untuk memasukkan TrueType fonts, pilih Embedded TrueType fonts dengan tik pada
checkbox. Ini bagi membolehkan tulisan dan jenis huruf boleh dibaca pada mana-
mana komputer.
o
o Untuk setkan password untuk buka dan edit fail di dalam pakej, pilih Secure the
PowerPoint files, masukkan password yang diingini untuk membuka dan mengubahsuai
fail berkenaan.
o Klik butang Ok untuk menutup kotak dialog Options.
Microsoft PowerPoint 42
o
6.1 Membina Jadual
Langkah 1 : Buat fail baru dengan klik pada File � New.
Langkah 2 : Buka Slide Layout. Klik pada Format � Slide Layout.
Langkah 3 : Seterusnya pilih layout Title and Table . Di dalam Task Pane : Slide Layout, pilih
‘Title and Table’ iaitu di bawah Other Layout.
BAB 06 : JADUAL, CARTA DAN GRAF
Microsoft PowerPoint 43
Langkah 4 : Paparan slide akan seperti rajah di bawah. Klik berganda pada ikon .
Langkah 5 : Kotak dialog berikut akan dipaparkan. Tetapkan bilangan lajur dan baris
mengikut kesesuaian. Kemudian klik butang OK.
Langkah 6 : Hasilnya adalah seperti di bawah. Maklumat bolehlah dimasukkan ke dalam
jadual yang telah dibina.
Microsoft PowerPoint 44
6.2 Membina Carta Organisasi
Langkah 1 : Buat fail baru dengan klik pada File � New.
Langkah 2 : Buka Slide Layout. Klik pada Format � Slide Layout.
Langkah 3 : Seterusnya pilih layout ‘Title and Diagram or Organization Chart’ . Di dalam Task
Pane : Slide Layout, di bawah bahagian Other Layout pilih ‘Title and Diagram or
Organization Chart’.
Langkah 4 : Paparan slide akan kelihatan seperti rajah di bawah. Klik berganda pada ikon
.
Microsoft PowerPoint 45
Langkah 5 : Pilih ikon carta organisasi, pada lajur dan baris pertama. Klik OK untuk langkah
seterusnya.
Langkah 6 : Hasilnya adalah seperti di bawah.
Microsoft PowerPoint 46
Langkah 7 : Untuk menambah kotak baru, klik pada kotak pada baris pertama. Kemudian
pada toolbar Organization Chart, pilih Subordinate atau Assistant.
Langkah 8 : Hasilnya adalah seperti di bawah.
Subordinate
Assistant
Microsoft PowerPoint 47
6.3 Membina Graf
Langkah 1 : Buat fail baru dengan klik pada File � New.
Langkah 2 : Buka Slide Layout. Klik pada Format � Slide Layout.
Langkah 3 : Seterusnya pilih layout ‘Title and Chart’ . Di dalam Task Pane : Slide Layout, di
bawah bahagian Other Layout pilih ‘Title and Chart’.
Langkah 4 : Paparan slide akan kelihatan seperti rajah di bawah. Klik berganda pada ikon
.
Microsoft PowerPoint 48
Langkah 5 : Paparan slide akan kelihatan seperti rajah di bawah. Masukkan data ke dalam
jadual excel yang dipaparkan.
Langkah 6 : Tukarkan graf ke bentuk yang bersesuaian. Sebagai contoh ke bentuk 3 dimensi.
Klik pada menu Chart � Chart Type.
Langkah 7 : Kotak dialog ‘Chart Type’ akan dipaparkan. Pilih bentuk graf mengikut
kesesuaian dan klik pada butang OK.
Microsoft PowerPoint 49
Langkah 8 : Graf yang terhasil adalah seperti berikut.
Langkah 8 : Seterusnya, klik pada menu Chart � Chart Option. Tetingkap Chart Option akan
dipaparkan.
Microsoft PowerPoint 50
Langkah 9 : Pada tab Titles, masukkan maklumat bagi :
o Chart Title – tajuk bagi graf yang dibina
o Category (X) axis – nama kategori bagi paksi X
o Category (Z) axis – nama kategori bagi paksi Z
Langkah 10 : Pada tab Legend, tentukan kedudukan penunjuk dipaparkan di dalam graf.
Microsoft PowerPoint 51
Langkah 11 : Pada tab Data Labels, tentukan sama ada ingin memaparkan series name,
category name atau value pada graf yang dibina.
Langkah 12 : Pada tab Data Table, tentukan sama ada ingin memaparkan jadual data pada
graf yang dibina.
Microsoft PowerPoint 52
7.1 Memasukkan Table Microsoft Word Ke Dalam Microsoft Powerpoint
Tujuan proses ini dijalankan adalah untuk memasukkan table Microsoft Word ke dalam Microsoft
Powerpoint. Ini adalah satu cara selain daripada cara biasa memasukkan table terus ke dalam
slide power point.
Langkah 1 : Klik menu Insert � Object.
Langkah 2 : Dialog box Insert Object dipaparkan, setelah itu klik Create New, kemudian pada
Object Type, pilih Microsoft Word Document dan klik butang Ok.
BAB 07 : INTEGRASI DENGAN WORD DAN EXCEL
Microsoft PowerPoint 53
Langkah 3 : Kotak Microsoft Word kemudian akan dipaparkan di dalam slide PowerPoint.
Langkah 4 : Klik menu Table, kemudian pilih Insert Table, isi Table Size, pilih menu Autofit
Behaviour(Autofit To Windows).
Microsoft PowerPoint 54
Langkah 5 : Klik luar dari kawasan Microsoft Word untuk menghilangkan box Microsoft Word,
klik kanan tetikus, kemudian pilih menu Table Properties untuk mengubahsuai
table.
Microsoft PowerPoint 55
7.2 Memasukkan Jadual Microsoft Excel Ke Dalam Microsoft Powerpoint
Langkah 1 : Klik menu Insert � Object.
Langkah 2 : Dialog box Insert Object dipaparkan, setelah itu klik Create New, kemudian pada
Object Type, pilih Microsoft Word Worksheet dan klik butang Ok.
Langkah 3 : Kotak Microsoft Excel akan dipaparkan di dalam slide Powerpoint. Data bolehlah
dimasukkan seperti yang kebiasaan digunakan di dalam Excel.
Microsoft PowerPoint 56
8.1 Menambahkan Kesan Transisi Ke Dalam Persembahan
Transisi atau Transition merujuk kepada kesan khas yang digunakan bagi memapar atau
memadam sesuatu slaid persembahan daripada skrin.
Langkah 1 : Buka fail powerpoint yang ingin digunakan.
Langkah 2 : Pilih arahan Slide Transition dari menu Slide Show. Arahan ini akan membuka
tetingkap Slide Transition pada Task Pane.
Langkah 3 : Aktifkan slaid persembahan yang pertama.
Langkah 4 : Pilih transisi yang ingin digunakan. Misalnya, dalam contoh ini transisi Comb
Vertical akan digunakan.
BAB 08 : MENGHASILKAN PERSEMBAHAN YANG INTERAKTIF
Tetingkap Slide
Transition
Microsoft PowerPoint 57
Langkah 5 : Sebaik sahaja anda mengaktifkan mana-mana jenis transisi pada tetingkap Slide
Transition, contoh transisi yang mewakilinya akan dipaparkan pada slaid
persembahan pada tetingkap Slide Pane.
Langkah 6 : Seterusnya, pada bahagian Modify Transition pula, tetapkan kepantasan atau
speed transisi agar tidak terlalu pantas dengan memilih arahan Speed : Medium.
Langkah 7 : Pada kategori Modify Transition juga, pilih kesan audio yang akan mengiringi
transisi slaid yang telah dipilih. Sekiranya anda tidak mahu sebarang kesan audio
digunakan, biarkan sahaja pilihan ini dengan penetapan asal iaitu No sound.
Langkah 8 : Pada kategori Advanced Slide pula, anda boleh memilih sama ada transisi untuk
beralih ke slaid seterusnya berlaku dengan klikan tetikus ataupun secara
automatik berdasarkan tempoh masa yang tertentu atau kedua-duanya sekali.
Langkah 9 : Buat masa ini biarkan penetapan On Mouse Clik diaktifkan manakala
penetapanAutomatically after tidak diusik.
Langkah 10 : Tekan butang Play bagi melihat kesan penambahan transisi kepada slaid anda.
Langkah 11 : Anda juga boleh menekan butang Slide Show bagi memaparkan slaid dengan
kesan transisi seolah-olah ianya dalam persekitaran sebenar sewaktu
persembahan kelak.
Langkah 12 : Sekiranya anda inginkan penetapan yang sama digunakan pada kesemua slaid
dalam fail persembahan PowerPoint tersebut, tekan butang : Apply to All Slide.
Langkah 13 : Aktifkan slaid yang kedua pula pada tetingkap Normal View. Dengan cara yang
sama, masukkan transisi dengan penetapan yang bersesuaian.
Langkah 14 : Lakukan langkah kerja yang sama pada ke semua yang ada dalam fail anda.
Langkah 15 : Sekiranya anda telah berpuas hati, save aplikasi anda dan persembahkan ia
dengan menggunakan ikon Slide Show.
8.2 Membina Animasi Slaid Dan Teks Dengan Animation Schemes
Langkah 1 : Pilih arahan Animation Schemes dari menu Slide how. Arahan ini akan membuka
tetingkap Animation Schemes pada Task Pane.
Microsoft PowerPoint 58
Langkah 2 : Aktifkan slaid pertama dalam fail persembahan anda.
Langkah 3 : Menerusi tetingkap Animation Schemes pada Task Pane, pilih skema animasi
yang diingini. Perhatikan bahawa apabila sesuatu skema animasi diaktifkan,
ianya akan memaparkan senarai kesan transisi dan juga animasi yang akan
diguna pakai pada slaid yang berkaitan. Sebagai contoh, sekiranya Animation
Schemes jenis ‘Big Title’ digunakan, ianya akan mempunyai ciri-ciri seperti berikut
:
Slide Transition : Wedge
Title : Magnify
Body : Faded Zoom
Ini bermakna, terdapat 3 kesan animasi dan transisi yang akan dihasilkan iaitu
satu kesan transisi slaid, satu kesan animasi teks bagi tajuk dan satu kesan animasi
bagi isi kandungan atau bodybagi slaid.
Langkah 4 : Lakukan perkara yang sama pada ke semua slide di dalam fail persembahan
anda.
Langkah 5 : Perhatikan bahawa setiap slaid yang diletakkan kesan Animation Schemes akan
mempunyai kesan transisi dan juga animasi teks.
Tetingkap
Animation Scheme
Microsoft PowerPoint 59
8.3 Menghasilkan Animasi Laluan
Selain daripada kesan animasi yang sedia ada, Microsoft PowerPoint juga menyediakan
kemudahan untuk membolehkan anda membina animasi ciptaan sendiri berdasarkan konsep
animasi laluan atau path animation.
Langkah 1 : Bina satu fail baru dengan menggunakan kemudahan Blank Presentation.
Langkah 2 : Lukiskan sebarang objek atau taipkan sebarang teks atau import imej/Clipart ke
dalam skrin.
Langkah 3 : Aktifkan imej tersebut dan pilih arahan Custom Animation dari menu Slide Show.
Arahan ini akan membuka tetingkap Custom Animation pada Task Pane.
Langkah 4 : Tekan butang Add Effect dari tetingkap Custom Animation (pada Task Pane)
dan pilih kesan khas dari kategori Motion Paths dan kemudiannya arah
pergerakan atau laluan animasi yang diingini (misalnya dalam contoh ini, arah
Diagonal Down Right telah dipilih).
Tetingkap
Animation
Scheme
Microsoft PowerPoint 60
Langkah 5 : Hasilnya, satu animasi laluan akan diintegrasikan kepada imej tersebut. Ianya
diwakili dengan arah pergerakan atau laluan yang telah dipilih.
Langkah 6 : Tekan butang Play dan lihat kesannya pada paparan slaid anda.
Langkah 7 : Selain daripada memilih arah laluan yang telah disediakan oleh Microsoft
PowerPoint, anda juga boleh menetapkan sendiri laluan yang diingini dengan
menggunakan kemudahan Draw Custom Path.
Langkah 8 : Dalam contoh ini misalnya, laluan baru bagi imej telah dibentuk dengan
menggunakan kemudahan Draw Custom Path > Line.
Langkah 9 : Apabila pilihan tersebut dipilih, gerakkan tetikus pada slaid dan lukiskan garisan
atau line yang diperlukan sebagai laluan animasi yang ingin dibentuk.