Bab 1 - Konsep Penduduk

Embed Size (px)

Citation preview

Tema 1 - PendudukBab 1 Konsep Penduduk

FAKTA Populasi Dunia 6,919,900,000 (22Mei 2011) China 1,339,724,852 India 1,210,193,422 USA 311,398,000 Indonesia 237,556,363 Russia 142,905,200 (9) Jepun 127,960,000 (10) Malaysia 27,565,821 (44) [2010] Vatican City 500

1.1. Penduduk Sebagai Sumber Manusia Sumber manusia ialah sumber tenaga buruh. Ia menjadi aset sesebuah negara. Sebagai aset, sumber manusia diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti.

Secara Kuantiti Bilangan atau jumlah atau saiz penduduk yang dimiliki oleh sesebuah negara, taburan penduduk dan struktur umur-jantina. China, Indonesia dan India miliki tenaga kerja yang cukup untuk menjana pembangunan (ekonomi, kutipan cukai, saiz pasaran, jumlah anggota tentera)

Secara Kualiti Ciri-ciri fizikal dan kesihatan, tahap pendidikan, kemahiran yang dimiliki, keterbukaan, mobiliti, sikap dan kemenjadian. Ciri-ciri ini ditentukan oleh perancangan sumber manusia yang berkesan oleh sesebuah negara. Perancangan meliputi kawalan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan lanjutan serta pembangunan sosioekonomi yang mapan.

Contoh Malaysia Tumpuan utama melahirkan penduduk berkualiti sebagai modal insan yang menjadi nadi penting ke arah pembentukan negara maju menjelang 2020. Dasar 70juta penduduk pada tahun 2100 diperkukuhkan bagi menghasilkan tenaga kerja dan saiz pasaran yang mencukupi kepada negara. Adunan aspek kuantiti dan kualiti tentukan tahap pembangunan sosioekonomi sesebuah negara.

Sambungan Penentuan produktiviti sesuatu sektor ekonomi jumlah buruh, tahap kesihatan, jantina, umur, kesanggupan dan mobiliti tenaga manusia. Misalnya, melakukan kerja seperti sawah, buruh ladang dan binaan perlu penduduk lelaki yg ramai, sihat dan muda. Contoh: Malaysia Buruh Indonesia.

Sumber Manusia Umumnya merupakan tenaga buruh bagi melakukan kerja yang menggunakan tenaga kudrat (otot) seperti mengerjakan tanah pertanian dan buruh di sektor pembinaan. Tenaga buruh berkualiti tahap kesihatan baik, berkeupayaan melakukan kerja fizikal yang lasak.

Sambungan Sektor perkhidmatan, profesional, pengurusan dan perniagaan kualiti penduduk banyak bergantung kepada taraf pendidikan, kemahiran, pengalaman bekerja, latihan dan keterbukaan. Era globalisasi keupayaan kuasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemahiran berbahasa (BI). Ini kerana pembangunan sosioekonomi dunia berkembang berasaskan KEkonomi. Perlukan pekerja berkemahiran multi dimensi dalam bidang ICT spt e-dagang, epelaburan, e-governan dsb.

Perkaitan Kualiti Sumber Manusia Bilangan buruh dipengaruhi kadar pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan penduduk dipengaruhi kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi. Kadar kelahiran dan kadar kematian bergantung kepada taraf kesihatan, pemakanan, taraf kesuburan dsb. Migrasi ditentukan oleh faktor taburan sumber alam dan tahap pembangunan ekonomi.

Sambungan Oleh itu, dalam memahami aspek sumber manusia, saling hubungan antara semua faktor tadi mestilah diteliti dengan mendalam. kefahaman yang mendalam membolehkan perancangan dan pembangunan sumber manusia yang sistematik, cekap, tepat dan berkesan boleh dilaksanakan bagi menjamin keperluan tenaga kerja yang berkualiti terus dihasilkan.

1.2. Penduduk Sebagai Agen Perubahan Perubahan Sosioekonomi Perubahan Landskap Budaya (Alam Sekitar Manusia) Perubahan Landskap Fizikal (Alam Sekitar Fizikal)

Perubahan Sosioekonomi Penduduk sebagai sumber tenaga penting untuk menukarkan sektor ekonomi tradisional (pertanian) kepada sektor ekonomi moden (perindustrian dan perkhidmatan) Mewujudkan kepelbagaian ekonomi perniagaan, perdagangan, pengangkutan, pelancongan dll. Mengembangkan jumlah permintaan dan penawaran barangan.

Sambungan Perkembangan sektor pendidikan, kesihatan dan telekomunikasi kerana adanya penduduk mencukupi dan berkualiti. Contoh- perkembangan pesat sektor telekomunikasi kerana permintaan tinggi penduduk. Perubahan teknologi oleh penduduk menyebabkan revolusi teknologi telekomunikasi spt satelit, Sistem Penentuan Global (GPS), Sistem Informasi Geografi (GIS).

Sambungan Kewujudan pembangunan fizikal pesat seperti infrastruktur, jaringan pengangkutan, pertambahan bangunan kilang, kemajuan bandar dan pertambahan pusat-pusat perkhidmatan penduduk. Indikator ekonomi seperti pertambahan KDNK, pendapatan per kapita, peningkatan kuasa beli, peningkatan taraf hidup, pertambahan saiz pasaran- bukti kemajuan sosioekonomi telah dicapai.

Perubahan Landskap Budaya Fenomena budaya petempatan, pusat perindustrian, jaringan pengangkutan, telekomunikasi, pembandaran, guna tanah pertanian. Fenomena Budaya=alam sekitar manusia terhasil daripada gubahan manusia ke atas alam sekitar fizikal. Alam sekitar manusia bersifat dinamik kerana berubah mengikut masa dan tempat.

SambunganASM Zaman Dahulu Ringkas Petempatan kecil dan keperluan rendah Kegiatan berburu, menangkap ikan, pertanian kecilan. Tiada kemudahan asas Tidak melakukan gangguan yang ketara ke atas alam sekitar fizikal. ASM Masa Kini Kompleks Petempatan meluas dan keperluan tinggi. Aktiviti ekonomi semakin pelbagai dan luas. Kemudahan asas yang lengkap Penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek.

Sambungan Walau bagaimanapun pada masa kini, perubahan landskap budaya berbeza antara satu kawasan dengan kawasan lain. Ia bergantung kepada tahap teknologi dan kemajuan budaya yang dicapai oleh sesebuah masyarakat pada waktu itu dan tempat itu. Penduduk yang memiliki budaya yang maju cenderung menghasilkan fenomena ASM yang lebih kompleks manakala penduduk yang budaya dan teknologi belum maju menghasilkan landskap budaya yang lebih mudah dan ringkas.

Perubahan Landskap Budaya Akibat Aktiviti ManusiaAktiviti Manusia Pembinaan Petempatan Landskap Budaya yang Terhasil atau Berubah Perubahan keadaan topografi dan corak landskap kewujudan bangunan kediaman seperti rumah flat, kondominium, banglo dan taman perumahan bagi menggantikan landskap asal (hutan) Perubahan fungsi dan pola guna tanah landskap perladangan dan kebun kecil, tanaman baru menggantikan tumbuhan hutan. Landskap mudah kepada kompleks kilang, perumahan, jaringan pengangkutan dan telekomunikasi, bangunan perniagaan (pasaraya, hotel, institusi kewangan, pejabat, medan letak kereta).

Aktiviti Pertanian dan Penternakan Perindustrian dan Pembandaran

Rangkaian Pengangkutan Ruang dan kawasan antara sesuatu tempat menjadi lebih dan Perhubungan terhubung dan darjah ketersampaian yang tinggi. Kesannya jarak menjadi lebih dekat dan mudahkan pergerakan penduduk serta mobiliti buruh.

Perubahan Landskap Fizikal Manusia sbg agen pengubah bertindak pelbagai cara terhadap alam sekitar fizikal. Manusia sering bertindak terhadap tanah, air, udara, flora dan fauna. Tindakan manusia terhadap sistem-sistem alam sekitar fizikal ini menimbulkan kesan atau perubahan landskap fizikal yang ketara.

Perubahan Sistem Geomorfologi Menebuk bukit Mengorek tanah di lereng bukit Tarahan bukit dan kerja meratakan bukit Kesannya- menghasilkan pandang darat seperti lurah, peparit dan gegalur serta menggalakkan proses luluhawa, hakisan, gelangsaran tanah, tanah runtuh.

Sambungan Kerja-kerja perlombongan dan pengorekan tanah. Kesannya landskap tanah gersang, struktur tanah longgar, kawasan bekas lombong memperlihatkan kesan lekukan dan tasik buatan manusia disekitarnya.

Perubahan Sistem Ekologi Aktiviti penyahhutanan spt pembalakan, penerokaan tanah baru untuk pertanian, amalan pertanian pindah. Kesan mengubah landskap hutan primer kepada hutan sekunder, hutan tanaman spt ladang getah dan kelapa sawit.

Perubahan Sistem Hidrologi Pembinaan empangan hodroelektrik Kesan perubahan hutan semula jadi kepada tasik buatan manusia, penenggelaman beratus-ratus hektar hutan. Penenggelaman hutan menghapus/memusnahkan kepelbagaian biologi, habitat dan rantaian makanan.