Upload
vunhu
View
307
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 1
LATAR BELAKANG PROJEK
1.1 Latar belakang kajian
Dewasa ini dunia kita tidak asing lagi dengan golongan kurang upaya. Negara kita juga
tidak memandang rendah golongan ini. Sehubungan itu negara telah mewujudkan pelbagai pusat
pengajian khas untuk membantu golongan ini mendapatkan pendidikan supaya mampu bersaing
secara sihat. Namun tidak dapat dinafikan golongan kurang upaya mengalami kesukaran untuk
melakukan sesuatu kerja secara normal dalam kehidupan mereka. Pergerakan mereka juga lebih
terbatas dari golongan normal. Bagi pengguna kerusi roda, mereka lebih terbatas untuk bergerak
sama ada di tempat awam ataupun dirumah. Mereka mengalami kesukaran untuk mencapai atau
meletakkan sesuatu barang di tempat yang lebih tinggi seperti menyangkut atau mengambil
pakaian dari dalam almari.
1.2 Penyataan masalah
Kebanyakkan pengguna kerusi roda mengalami kesukaran untuk menyangkut pakaian
di dalam almari kerana kebanyakkan almari yang dihasilkan pada masa kini lebih besar dan
tinggi. Faktor fizikal mereka yang tidak boleh berdiri dan mencapai barang di tempat yang lebih
tinggi menyebabkan kerja menjadi beban. Konsep reka bentuk almari ini adalah untuk
meringankan beban yang ditanggung oleh pengguna kerusi roda. Oleh yang demikian, almari
dengan penyangkut pakaian boleh laras amatlah diperlukan.
1.3 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mereka bentuk almari dengan penyangkut boleh laras dan memiliki ciri-ciri
keselamatan kepada pengguna.
ii. Mengfabrikasi almari yang mudah dan praktikal untuk kegunaan orang kurang
upaya.
iii. Menguji system handicapped e-cupboard oleh pengguna kerusi roda dalam
melakukan kerja harian seperti mengambil pakaian untuk dipakai atau
menyimpan pakaian.
1.4 Skop
Kajian ini menggunakan power window motor yang beroperasi dengan menggunakan
sumber kuasa elektrik. Almari turut dilengkapi lampu LED almari automatik yang beroperasi
menggunakan bateri 3A. Bahan utama untuk menghasilkan almari ini ialah keluli lembut
berongga dan plywood.
1. Menggunakan kuasa power window motor
2. Menggunakan sistem takal
3. Boleh mangangkat beban maksimum 15 kilogram
4. Boleh menampung maksimum 25 pakaian
5. Sesuai digunakan hanya untuk pakaian yang berukuran panjang maksimum 80cm.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1. PENGENALAN
Almari, (berasal dari perkataan bahasa Portugis (“Armario”), manakala dalam bahasa
Inggeris disebut Wardrobe, juga dikenali dengan Armoire berasal dari bahasa Perancis,
merupakan sebuah kabinet berdiri tinggi atau bersaiz sederhana untuk
menyimpan pakaian atau buku atau barang-barangan perhiasan. Pada awal kemunculan almari,
almari secara fizikalnya mempunyai struktur fizikal dan ia tidaklah digunakan sehingga ke
sesuatu ketika dimana para pemegang darjat kebesaran yang tinggal didalam istana agung dan
para bangsawan yang berpengaruh kuat yang mana ada diantara mereka yang menginap dalam
sesuatu kamar yang berasingan dari bilik menyimpan pakaian. Nama sesuatu Almari itu
diberikan bergantung kepada sesuatu bilik yang mempunyai keluasan dinding yang diselaputi
oleh cupboard dan lokar, laci menjadi penemuan yang relatif pada alaf moden. Dari almari dan
lokar, pakaian moden, dengan ruang yang mempunyai penggantung, rak dan laci, berevolusi
perlahan-lahan juga merupakan revolusi reka cipta almari dari hari ke hari.
Pada masa kini, almari merupakan suatu objek yang bagaikan wajib berada di setiap
rumah, tempat belajar, bekerja dan tempat-tempat penginapan. Fungsi khusus almari kini
pelbagai, tidak terhad hanya kepada menyangkut baju atau berkaitan pakaian. Apabila kita lihat
bentuk almari kini, kebanyakkannya mempunyai tempat menyangkut yang tinggi. Daripada
keadaan ini, muncul beberapa persoalan, bagaimanakah orang kelainan upaya (OKU) yang
berkerusi roda, lumpuh atau lain-lain menyangkut baju-baju mereka di dalam almari. Setelah
berfikir secara berkumpulan, maka muncullah idea Handicapped E-Cupboard. Sebuah almari
yang boleh
dilaraskan batang penyangkutnya untuk memudahkan proses penyangkut bagi
kegunaan golongan-golongan (OKU).
2.2 KOMPONEN UTAMA
2.2.1 Power Window Motor
Rajah 2.2.1: Power Window Motor
Sistem power window merupakan rangkaian dari electrical body yang berfungsi untuk
membuka dan menutup kaca pintu dengan menggunakan suis, dimana suis power window motor
terpasang pada sisi bagian dalam pintu.
Mekanisme pengangkat Regulator Power Window adalah komponen terpenting pada
sistem power window. Sebuah motor elektrik kecil yang melekat pada regulator dengan
menggunakan nisbah jumlah gigi yang memberikan tenaga putar yang cukup untuk mengangkat
tingkap kenderaan, sekaligus menjaga agar kaca tingkap mampu naik atau turun dengan lancar.
2.2.2 Lampu LED Automatik
Rajah 2.2.2: Lampu LED Automatik
Lampu LED adalah produk diod pancaran cahaya (LED) yang disusun menjadi
sebuah lampu. Lampu LED memiliki ketahanan yang lebih baik dan menggunakan cahaya
elektrik lebih sedikit berbanding daripada lampu pijar dan tetap jauh lebih berkesan
daripada lampu neon. Lampu led automatik menggunakan konsep suis sentuh, apabila terdapat
hadangan pada suis, ia akan memutuskan arus pada litar. Apabila dijauhkan ia akan
menyambung kembali arus kuasa dan mentol akan menyala
2.2.3 Keluli lembut
Rajah 2.2.3: Keluli Lembut
Keluli lembut digunakan sebagai rangka utama untuk penghasilan projek ini.
2.2.4 Plywood
RAJAH 2.2.3: Plywood
Papan plywood merupakan sebuah papan nipis yang diperbuat daripada kayu. Dalam
projek ini, ia digunakan sebagai tapak dan dinding almari. Bahan ini dipilih kerana ianya ringan,
murah dan mudah dibentuk.
2.3 JENIS-JENIS ALMARI DI PASARAN
2.3.1 Almari kanak kanak
Rajah 2.3.1: Almari Kanak Kanak
Almari kanak kanak biasanya mempunyai bentuk yang unik dan khas dengan dunia
kanak kanak. Bagi almari kanak kanak biasanya menggunakan bahan yang selamat, kuat dan
kukuh.
Hal ini untuk memastikan aktiviti kanak kanak yang aktif selamat dari segala bahaya.
Almari ini juga direka berdasarkan minat kanak kanak dari segi motif dan bentuknya.
2.3.2 Almari Pakaian
Rajah 2.3.2: Almari Pakaian
Almari pakaian adalah untuk menyimpan pakaian atau baju keluarga yang biasanya
disimpan di dalam setiap bilik. Biasanya almari ini tidak mementingkan aspek yang terlalu
mendalam, kerana fungsi utamanya ialah hanya sebagai tempat meletak pakaian. Namun terdapat
juga penambahan cermin solek untuk menjadikan almari lebih menarik.
2.3.3 Almari hiasan
Rajah 2.3.3: Almari Hiasan
Almari hiasan mempunyai ruangan utama yang luas dan biasanya pintunya dipasang
kaca untuk memperlihatkan hiasan di dalam almari. Pemilihan kabinet hiasan ini boleh menjadi
pelengkap dalaman bilik yang tentunya boleh memperlihatkan isi dalaman almari. Fungsi almari
hiasan biasanya berfungsi sebagai tempat meletakkan barang barang bernilai seperti piala,sijil
penghargaan, foto ataupun lukisan.
2.4 RUMUSAN
Setelah di analisis, sesuatu reka bentuk diperhalusi dari segi fungsi binaan, bahan yang
digunakan serta keadaan yang ekonomik. Pada peringkat ini lukisan berskala dilukis bagi
mendapatkan gambaran sebenar projek tersebut. Setelah semuanya selesai barulah proses
pembinaan Handicapped E-Cupboard dilakukan.
Binaan yang dibuat adalah berasaskan pada sambungan struktur yang dicantumkan
menggunakan kaedah-kaedah tertentu supaya dapat digunakan dengan baik dan selamat. Struktur
tersebut direkabentuk dan dibina untuk menyokong beban atau daya supaya binaan tersebut
kukuh, tidak mudah tumbang atau rosak. Struktur binaan akan mengalami beban statik, beban
dinamik atau kedua-duanya sekali. Untuk itu beberapa aspek penting dakam mereka bentuk perlu
diberi perhatian yang lebih seperti:
i. Kekuatan struktur
ii. Saiz anggota struktur
iii. Faktor pemasangan dan penyelenggaraan
iv. Faktor keselamatan
v. Proses binaan
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan
dalam sesuatu kegiatan. Fungsi metodologi adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan
sesuatu reka bentuk bagi menghasilkan produk yang sistematik dan bermutu tinggi.
Menggunakan kaedah PRIME:
Kaedah PRIME digunakan untuk membuat projek:
P - Problem (mereka satu reka bentuk baru).
R - Research (penyelidikan).
I - Invention (ciptaan kaedah penghasilan projek).
M - Modification (pengubasuaian).
E – Evalution (penilaian).
Setiap langkah kerja dalam carta alir metodologi perlu difahami terlebih dahulu, ini
penting bagi melancarkan perjalanan projek yang akan dijalankan. Setelah memahami carta alir
tersebut, sesuatu projek dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Sepanjang melakukan kerja-kerja menyiapkan projek Handicapped E-Cupboard.
Langkah kerja yang dilakukan oleh kumpulan kami terdiri daripada:
i. Proses rekabentuk produk.
ii. Proses pemilihan bahan mentah dan komponen.
iii. Proses pemotongan bahan mentah.
iv. Proses pemasangan komponen-komponen.
v. Proses pengujian projek.
Proses-proses ini berkaitan untuk memastikan kami dapat melakukan projek mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
3.2.1 Bahan Mentah
BAHAN UKURAN UNIT
Plywood 3 meter lebar 3 meter tinggi 1 keping
Skru 1 inci 500 gram
Keluli lembut berongga Saiz 0.5 x 0.5 inci panjang 2
meter
1 batang
Keluli lembut berongga Saiz 1 x 1 inci panjang 2
meter
10 batang
Tali kabel Saiz 0.5 cm panjang 2 meter 1 gulung
Engsel pintu Saiz 7 cm x 4 cm 4 buah
Selak pintu Saiz 16 cm x 4 cm 2 buah
3.2.2 Lakaran Projek
Rajah 3.2.2: Lakaran Projek
Lakaran ini dilakukan dengan menggunakan perisian berkomputer AutoCad
Inventor 2016. Perisian ini adalah aplikasi reka bentuk komputer untuk reka bentuk
mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. Dengan perisian Inventor, jurutera
boleh mengintegrasikan data 2D dan 3D ke dalam persekitaran reka bentuk tunggal,
mewujudkan perwakilan maya produk akhir yang membolehkan mereka mengesahkan
bentuk, muat, dan fungsi produk sebelum dibina. Inventor Autodesk termasuk alat
pemprograman parametrik, pengedaran langsung dan pemodelan bebas yang kuat serta
keupayaan terjemahan multi-CAD dan lukisan DWG ™.
3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kajian ini dilakukan secara tinjauan dan temu ramah serta dilaksanakan menggunakan
kaedah kaji selidik. Tinjauan dilakukan di rumah-rumah dan pusat-pusat yang menempatkan
orang kelainan upaya ( OKU ) di sekitar Kuantan, Pahang. Soalan yang diajukan kepada
golongan ini adalah selari dengan objektif untuk membuktikan adakah masalah itu benar-benar
muncul. Temu ramah dan soal selidik hanya menumpukan kepada hanya golongan OKU yang
berkerusi roda, dan kerdil untuk mendapatkan keterangan masalah yang lebih jelas dan
meyakinkan.
3.3.1 Lokasi Tinjauan
1) Rumah Hembusan Amal Kasih Sayang, Taman Guru, Batu 5
Rajah 3.3.1: Rumah Orang Tua
3.3.4 Peralatan Digunakan Dalam Kajian
Berikut adalah peralatan yang digunakan untuk membuat almari:
1. Gergaji tangan
Rajah 3.3.4.1: Gergaji tangan
Gergaji digunakan untuk memotong kayu kepada bentuk atau produk yang dikehendaki.
2. Tukul
Rajah 3.3.4.2: Tukul
Tukul digunakan untuk mengetuk paku dibahagian-bahagian yang diperlukan. 3. Pita pengukur
Rajah 3.3.4.3: Pita Pengukur
Untuk mengukur tinggi, panjang, dan lebar kayu sebelum memotong.
4. Gerudi tangan
Rajah 3.3.4.4: Gerudi Tangan
Gerudi digunakan untuk menebuk lubang mengetatkan atau melonggarkan skru.
5.Pencanai Tangan
Rajah 3.3.4.5: Pencanai Tangan
Digunakan untuk mengasah pemukaan besi yang tidak rata dan memotong kepingan besi
yang nipis.
6. Pemotong besi
Rajah 3.3.4.6: Pemotong Besi
Digunakan untuk memotong batang besi kepada saiz yang diingini
7. Mesin kimpalan MIG
Rajah 3.3.4.7: Mesin Kimpalan Mig
Digunakan untuk menyambung besi-besi melalui kimpalan.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan ialah konsep penilaian dan pemilihan di analisis
dengan membandingkan konsep rekaan tersebut. Cara ini dilakukan dengan memberi mata
kepada setiap konsep yang dilakarkan didalam konsep yang terbaik.
3.4.1 Konsep Lakaran
Konsep 1
Rajah 3.4.1.1 : Konsep Lakaran 1
Kelebihan Kekurangan
Boleh memuatkan pakaian pelbagai saiz Tidak boleh memuatkan banyak pakaian
Mudah dialihkan Sistem pergerakan penyangkut tidak lancar
Boleh diletakkan dikawasan yang kecil Terlalu tinggi iaitu 6 kaki
Konsep 2
Rajah 3.4.1.2: Konsep 2
Kelebihan Kekurangan
Boleh dimasukkan banyak pakaian Tidak boleh memuatkan pakaian yang
panjang lebih daripada 70 cm
Mudah dialihkan Sistem pergerakan penyangkut tidak lancar
Boleh diletakkan dikawasan yang kecil Rekabentuk tidak cantik dan terlalu rendah
ketinggiannya
Konsep 3
Rajah 3.4.1.3: Konsep 3
Kelebihan Kekurangan
Boleh memuatkan banyak pakaian sehingga
25 helai
Tidak boleh memuatkan pakaian yang
melebihi 80cm
Mudah dialihkan
Boleh diletakkan dikawasan bilik yang kecil
Sistem pergerakan penyangkut lancar
Rekabentuk yang cantik
Keputusan adalah berdasarkan kelebihan dan kelemahan. Jika terdapat kelemahan
didalam konsep yang dipilih ianya boleh diperbaiki.
NO Kriteria Interest criteria
Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3
1 Kecekapan 4 - + +
2 Rekaan komersial 3 - - +
3 Kos 3 - - +
4 Operasi 4 - + +
5 Mudah alih 5 + + +
6 Saiz projek 2 + - +
7 Jumlah + 2 3 6
8 Jumlah - 4 3 0
9 Jumlah keseluruhan -2 0 6
Rajah 3.4.1.4: Jadual Penilaian Dan Pemilihan
3.4.2 Kos Anggaran
KOS ANGGARAN
KOMPONEN KUANTITI HARGA
3.5 RUMUSAN BAB
Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Ini kerana
kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaedah yamg sesuai dengan objektif
Plywood 3 unit RM200
Power window motor 1 unit RM40
Lampu led automatik 2 unit RM10
Paku 500 gram RM5
Double roller 3 unit RM36
Engsel 4 unit RM10
Keluli lembut pelbagai saiz 11 unit Percuma
Selak pintu 1 unit RM2
Roda 4 unit RM10
Skru 1 paket RM5
JUMLAH RM348
kajian, objektif dan persoalan yang ditetapkan oleh penyelidik. Metodologi ini sewajarnya
menggunakan teknik yang betul dan bersistematik bagi menghasilkan dapatan idea yang
mempunyai kesahihan dan nilai yang tinggi. Selain itu, prosedur pengumpulan data iaitu kaedah
soal selidik juga diterangkan bagi memastikan idea dapat digabungkan dan dicerna dengan lancar
dan sistematik dan menghasilkan projek yang berkualiti dan inovatif.