7
PERATURAN KESELAMATAN AM 101. Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh sebab aliran arusnya tidak nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersalah aliran, arus ini boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya. 102. Kejadian yang tidak diingini hanya dapat diatasi jika peraturan- peraturan keselamatan dipatuhi. Di negara kita peraturan-peraturan ini adalah berdasarkan kepada peraturan IEE yang dikemaskini dari masa ke semasa dengan sedikit perubahan dan tambahan. PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN 103. Peraturan Am Semasa Di Tempat Kerja. Beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut : a. Lantai tempat kerja hendaklah bersih daripada minyak, air dan gris. b. Peralatan kerja hendaklah disimpan di tempat yang betul supaya mudah dicari apabila diperlukan, terutamanya di waktu kecemasan. c. Peralatan ini hendaklah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik agar tidak mendatangkan bahaya sewaktu menggunakannya kelak. d. Jika perlu lantai dan meja kerja-kerja elektrik mestilah dilitupi dengan getah penebat untuk mengelakkan daripada renjatan elektrik. e. Jangan gunakan sesuatu peralatan tanpa mengetahui cara penggunaannya yang betul. f. Jangan dibuang atau ditutup papan tanda amaran yang terdapat pada sesuatu peralatan atau mesin. g. Gunakan alat yang betul untuk melakukan sesuatu tugas dan jangan cuba membaiki alat tersebut tanpa pengetahuan yang secukupnya. 104. Peraturan Keselamatan Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Elektrik. Dalam kerja-kerja pemasangan elektrik, antara peraturan keselamatan yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:

BAB 1- Peraturan Keselamatan

  • Upload
    archery

  • View
    61

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendawaian elektrik

Citation preview

BAB 1

PERATURAN KESELAMATAN

AM101.Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh sebab aliran arusnya tidak nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersalah aliran, arus ini boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya.

102.Kejadian yang tidak diingini hanya dapat diatasi jika peraturan-peraturan keselamatan dipatuhi. Di negara kita peraturan-peraturan ini adalah berdasarkan kepada peraturan IEE yang dikemaskini dari masa ke semasa dengan sedikit perubahan dan tambahan.

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN

103.Peraturan Am Semasa Di Tempat Kerja. Beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

a.Lantai tempat kerja hendaklah bersih daripada minyak, air dan gris.

b.Peralatan kerja hendaklah disimpan di tempat yang betul supaya mudah dicari apabila diperlukan, terutamanya di waktu kecemasan.

c.Peralatan ini hendaklah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik agar tidak mendatangkan bahaya sewaktu menggunakannya kelak.

d.Jika perlu lantai dan meja kerja-kerja elektrik mestilah dilitupi dengan getah penebat untuk mengelakkan daripada renjatan elektrik.

e.Jangan gunakan sesuatu peralatan tanpa mengetahui cara penggunaannya yang betul.f.Jangan dibuang atau ditutup papan tanda amaran yang terdapat pada sesuatu peralatan atau mesin.

g.Gunakan alat yang betul untuk melakukan sesuatu tugas dan jangan cuba membaiki alat tersebut tanpa pengetahuan yang secukupnya.

104.Peraturan Keselamatan Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Elektrik. Dalam kerja-kerja pemasangan elektrik, antara peraturan keselamatan yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:

a.Sebarang kerja baik pulih, tambahan dan pemasangan elektrik hendaklah dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan.b.Sewaktu memotong penebat kabel, kita hendaklah menggunakan alat khas dan sentiasa berhati-hati supaya tidak menjejaskan pengalir. c.Alatan tangan yang digunakan hendaklah daripada jenis yang tangkainya mempunyai penebat dan selamat digunakan.

d.Pakaian sewaktu bekerja hendaklah yang bersesuaian seperti overall atau seumpamanya. Baju dan seluar yang berzip tidak dibenarkan dipakai kecuali jika bahagian yang berzip itu ditutup. 105.Perkara-Perkara Yang Perlu Diawasi Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Elektrik.

a.Tangga. Ianya ialah contoh alat yang digunakan untuk naik ke tempat yang lebih tinggi. Semasa digunakan ia hendaklah disandarkan ke bangunan dan di tempat-tempat licin, ia hendaklah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan daripada tergelincir atau boleh juga ditegakkan dengan menggunakan tapak penyokong yang berada pada jarak mencapai 1/3 daripada panjang tangga. b.Litar. Sebelum bekerja pastikan litar itu diputuskan. Seberapa yang boleh tutup suis utama dan tanggalkan fiusnya. Bekerja pada litar hidup amat berbahaya dan hanya dilakukan dengan mematuhi langkah-langkah berikut :

(1)Menebatkan dirinya daripada menjadi pengalir arus elektrik.

(2)Bekerja hanya pada satu litar.

(3)Menggunakan sarung tangan yang dibuat daripada penebat dan berdiri di atas benda bukan logam.

(4)Semua alat hendaklah berada di dalam keadaan kering.c.Ujian Litar. Sebelum bekerja pastikan bekalan elektrik ke litar hendaklah diputuskan dengan menggunakan lampu penguji atau sebarang alat penguji. Setelah siap dibaiki atau dibuat tambahan, litar hendaklah diuji dahulu sebelum diberikan bekalan.d.Kendalian Yang Selamat. Tentukan fius dan pemutus litar bersesuaian dengan kadar alat atau beban yang dilindungi. Oleh itu jangan ditukarkan kadarnya dengan sesuka hati dan alat perlindungan arus bocor ke bumi hendaklah diuji dari masa ke semasa supaya alat tersebut boleh berfungsi dengan baik apabila berlaku kebocoran arus ke bumi.

106.Kehendak-Kehendak Keselamatan Dalam Pemasangan. Secara menyeluruh keselamatan pemasangan elektrik adalah mengikut kod-kod keselamatan atau akta tertentu antaranya ialah:

a.Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik hendaklah orang yang berkelayakan dengan menggunakan alat-alat yang diakui oleh SIRIM atau mematuhi piawaian antarabangsa mengikut BS.

b.Ujian hendaklah dilakukan sebelum dan selepas penambahan pemasangan baru atau baikpulih dilakukan.

c.Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai dengan saiz dan penebatnya supaya mampu menampung voltan, arus dan suhu sekitar.

d.Fius dan pemutus litar hendaklah bersesuaian dengan kadar arusnya dan mudah dikendalikan.

e.Pemasangan sistem pembumian hendaklah berkesan.

f.Tiada penambahan litar kecuali mendapat kebenaran.

RENJATAN ELEKTRIK

107.Kerosakan alat elektrik dan kecuaian manusia merupakan sebab-sebab utama terjadinya renjatan elektrik. Semasa renjatan badan seseorang yang menjadi mangsanya menjadi pengalir arus elektrik. Berikut adalah anggaran arus dan kesannya terhadap pengguna:

a.1mA hingga 3mA

-Tidak berbahaya.b.10mA hingga 15mA

-Kaku dan kebas.c.25mA hingga 30mA

-Kaku yang lebih ketara sehingga boleh membawa lumpuh.

d.50mA ke atas

-Memberhentikan denyutan jantung dan boleh membawa maut.APABILA BERLAKU RENJATAN ELEKTRIK

108.Tindakan Segera. Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, orang yang menyaksikan hendaklah bertenang dan melakukan langkah-langkah berikut:a.Putuskan bekalan dengan menutup suis utama, atau melakukan litar pintas agar pemutus litar atau fius terputus.

b.Buat panggilan kecemasan ke pusat pertolongan cemas.c.Mulakan pemulihan pernafasan seberapa segera yang boleh.d.Memberikan rawatan awal kepada mangsa jika berlaku kecederaan.e.Sentiasa hangatkan tubuh mangsa dengan memicit tubuhnya atau dengan sebarang cara lain.

PERTOLONGAN CEMAS

109.Pemulihan Nafas. Pemulihan nafas dilakukan bagi membantu mangsa yang tersekat pernafasan akibat lemas, renjatan elektrik atau sebagainya. Cara pemulihan nafas dilakukan dengan meniru pergerakan nafas biasa. Terdapat beberapa kaedah pemulihan nafas, tetapi yang perlu diingat ialah setiap saat proses pemulihan nafas dikira agar bersesuaian dengan pergerakan nafas biasa. Pada umumnya apabila didapati mangsa terganggu pernafasannya, perkara-perkara yang berikut hendaklah kita lakukan:

a.Longgarkan pakaiannya seperti tali leher, butang baju dan seluar.

b.Baringkan mangsa di tempat yang selamat dan selesa untuk melakukan pemulihan nafas.

c.Tanggalkan benda-benda seperti gigi palsu, kasut, jam, cincin, gelang, rantai dan sebagainya yang boleh menyekat perjalanan darah.

d.Beri rawatan pada bahagian-bahagian badannya yang luka.

e.Buat panggilan kecemasan jika dianggapkan bahaya kerana pemulihan ini merupakan rawatan sementara.

110.Kaedah Pemulihan Nafas. Terdapat lima kaedah dan cara yang boleh digunakan dalam pemulihan nafas seperti berikut:

a.Kaedah Mulut ke Mulut.b.Kaedah Holger Nielson.

c.Kaedah Silvester.d.Kaedah Schafer.111.Daripada senarai di atas, Kaedah Holger Nielson adalah kaedah yang paling sesuai untuk pemulihan nafas bagi mangsa terkena renjatan elektrik. Di bawah ini diterangkan cara-cara atau teknik melakukan pemulihan nafas menggunakan teknik ini.

a.Mangsa diletakkan dalam keadaan meniarap dan kedua-dua belah tangannya diletakkan di bawah dahi, perawat pula hendaklah duduk di hadapan kepalanya (Lihat Gambarajah 1.1).

b.Letakkan kedua-dua belah tangan perawat di atas belakang mangsa dengan pangkal tapak tangan menekan bahagian bawah tulang belikatnya dan ibu jari mengikut tulang belakangnya dan jari-jari tangan perawat lurus ke arah kaki mangsa.c.Kemudian perawat bolehlah bergerak ke hadapan dengan perlahan-lahan sehingga kedudukkan lengannya tegak tetapi jangan menggunakan kekuatan tekanan yang luar biasa. Gerakan ini mengambil masa dua saat (dengan membilang satu dan dua). Tekanan ini akan menyebabkan nafas mangsa terhembus keluar.

Gambarajah 1.1 : Letakkan Tangan di belakang (bawah tulang belikat) dan tekan

tulang belakangnyad.Kemudian perawat hendaklah menggerakkan badannya ke belakang dengan membilang tiga dalam satu saat sambil melurut tangannya melalui bahu mangsa sehingga pangkal lengan mangsa itu tegang. Gerakan ini dilakukan selama satu saat dengan membilang empat, lima tetapi jangan sampai dada mangsa itu terangkat.

e. Gerakan ini menyebabkan mangsa menarik nafas. Dengan membilang enam dalam satu saat, lengan mangsa itu hendaklah diletakkan kembali ke permukaan tempat dia ditiarapkan. Sebagaimana gerakan sebelumnya, gerakan ini mengambil masa enam saat iaitu sepuluh kali dalam seminit. Pertolongan ini hendaklah dilakukan berterusan sehingga mangsa itu pulih. Jika perawat tidak mampu meneruskan tugasnya, bolehlah ditukarkan dengan orang yang lain. Perlu diingatkan sepanjang proses ini dijalankan lengan orang yang merawat hendaklah sentiasa lurus. (Lihat Gambarajah 1.2 ).

Gambarajah 1.2 : Lurut tangannya ke bawah, tarik ke belakang dan turunkan

perlahan-lahaMEMADAMKAN KEBAKARAN

112.Kebakaran boleh terjadi melalui tindak balas kimia antara oksigen dan bahan yang mudah terbakar. Kebakaran yang berpunca daripada elektrik mungkin disebabkan oleh kadar saiz kabel yang tidak sesuai atau pelindung arus lebih yang tidak tepat kadarnya atau disebabkan oleh alat pelindungan arus bocor ke bumi tidak berfungsi. Kebakaran boleh dikelaskan kepada A, B, C dan D.

a.Kelas A. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh bahan-bahan biasa yang mudah terbakar seperti kayu, kain dan sebagainya. Kebakaran kelas A dipadamkan dengan menggunakan air yang banyak atau air yang dicampur dengan bahan-bahan kimia pencegah kebakaran seperti yang terdapat di dalam tangki pemadam kebakaran boleh angkat. b.Kelas B. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh cecair atau gas yang mudah terbakar seperti petrol, minyak, cat dan seumpamanya. Cara memadam kebakaran kelas ini ialah dengan menggunakan buih kimia atau buih yang mengandungi karbon dioksida tulen di bawah tekanan.

c.Kelas C. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh pendawaian elektrik, jentera dan kelengkapan elektrik. Ketika kebakaran ini, arus elektrik mungkin masih mengalir atau hidup, oleh itu air tidak sesuai digunakan sebgai bahan pemadam. Cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan semburan karbon dioksida.

d.Kelas D. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh bahan kimia seperti natrium, kalium dan sebagainya. Cara memadam kebakaran yang lazim digunakan ialah dengan menyembur serbuk kering yang mengandungi bahan pencegah kebakaran. 113.Kaedah memadam kebakaran jenis pancutan air dan buih tidak boleh digunakan untuk memadam kebakaran elektrik kerana kaedah ini dapat membantu merebakkan arus elektrik. Rintangan pengalir pada ketika itu menjadi rendah lalu menyebabkan arus bertambah besar dan keadaan ini amat bahaya.RUMUSAN114.Peraturan keselamatan di dalam bab ini menetapkan beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum dan semasa mengendalikan peralatan dan pemasangan elektrik. Ia juga menyentuh tindakan-tindakan awal perlu diambil dalam mengendalikan kes renjatan elektrik dan juga tindakan berlakunya kebakaran.